Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Februari 2020.

Satu bulan reinkranasi bagi setengah orang. Misalnya, seorang dari kawan zaman diploma sudah pun bertunang. Tahniah kepada Suci! Gembira betul tengok dia dah jadi tunangan orang. Sweet ja family planning gitu.

Kalau nak tahu, Suci ni dia sama pattern dengan aku. Sejenis manusia yang tak suka couple mouple ni. Yakin dengan kerja Tuhan, InsyaAllah semuanya dimudahkan. Haishla, tak percaya dia dah dewasa. Huhuhuhu

Rasa macam kehilangan seorang sahabat paling rapat. ?

So hari ni jugak adik aku sambut kelahiran dia yang ke-26. Sanah helwah ukhti!

Aku pun takde plan nak keluar bila hujung minggu. Sebabnya, hanya hari Ahad saja, yang aku boleh recharge diri dari segala interaksi luar secara fizikal.

Tetiba mengidam pizza pulak. ?

Satgi aku pi lah order pizza kat foodpanda. Aigooo da lama tak guna foodpanda.

Februari 2020?

Banyak benar peristiwa bakal terjadi yang aku sendiri terasa seperti tiada ruang untuk bersendiri. Takpelah, mati nanti kau sendiri jugak.

Sadisnya, aku masih tak ikut jadual rutin yang ditetapkan? Ikutkan, memang nak lari kejap. Tapi tu lah, kehidupan baru bermula da hati nak lari. Pogadah!!!!

Jadi aku harap, Februari adalah bulan untuk reinkranasi kehidupan seorang marhaen bernama sofie. Aku pun da sedikit lose track. Huhuhuhu

Aku harap korang terusan hidup walau dalam jiwa sudah jelak untuk bertarung.

Till then, adios!
Selepas 31 hari berlalu dan hidup di tahun 2020 ni, there's a few things yang aku bersyukur sangat ia hadir. Okay, okay katalah aku klise sekalipun kan, tapi semua orang tahu ia benar. Ecececece...

Antaranya:-
  • Aku bersyukur sebab dipertemukan dengan 2020
  • Alhamdulillah dapat kerja pertama
  • Masih punya rakan taulan yang sentiasa ingat kau walau berjauhan
  • Dapat design blog dengan jayanya walau internet semput nak mati
  • Orang mula kenal Orang

Ikutkan banyak benda aku nak buat. Tapi disebabkan kelajuan internet yang masih lagi ditahap zaman tok nadur berkajang kain, maka segalanya aku tunda. Syukur jugak sebab masa mendesign blog hari tu dia tak banyak ragam.

Tapi, lepas je balik dari Johor hari tu, memang tadak langsung line walau kau subscribe berjuta internet.

Aku cuba jugak tak jadikan ia sebagai pelemah semangat untuk bangkitkan Orang. Tapi tulah, ada setengah benda tu aku hanya boleh buat dekat desktop, jadi memang agak sukarlah.

Cerita bulan Januari ni tak banyak. Kata orang ia bulan percubaan untuk resolusi baru. Hahahaha kau percaya jelah mitos tu. Cerita yang paling aku ingat adalah masa kenal balik dengan kawan sekelas zaman ritu. Phew.... Terlaaaalu banyak cerita sampai aku rasa, confirmed dia serik nak lepak dengan aku. Huhuhuhuhu

So, tahun ni, cuti raya cina hari tu, dengar cerita ramai dah tamatkan zaman bujang. Selain daripada wabak yang merbahaya, Australia terbakar dan isu study di McD, membuatkan aku lebih suka habiskan masa di rumah.

"Bapak lonely gila!" kata sorang teman ni.

"Well, always alone rarely lonely la... Bila kau dah lama survive sorang, kadang kau lupa pada sebuah kesunyian. Sebab kau appreciate every detail things... "

Cyeh! Kemain hujah macam anak murid Jordan Peterson. Padahal pemikiran Adam Smith.

Dua minggu pertama hari tu rasa macam dah kurus sat. Tetiba lepas masuk minggu ketiga, makin berkembang dengan jayanya. What???

Lepas ja aku update wajah baru blog semua hari tu, tak sangka ramai jugak yang berminat dengan kekemasan rekaan seorang insan marhaen ni. Sampai rasa berat bahu untuk pikul segalanya. Aku pun noobie ja gais. Budak luar pagar, yang takda galah untuk jolok cempedak... Tapi tu lah, zaman sekarang, peluang itu sentiasa ada. Tinggal kau nak sambar atau tak je...

Tu jelah kot cerita pengakhiran sebuah Januari. Aku pun rindu kau, eh eh tiberrrr. Aku pun dah takda cerita so far.

Cuma, sejak dua menjak ni aku rasa macam nak hiatus soc-med sampai lepas raya. Tapi, susah pulak aku nak bagi orang aware dengan episod terbaru podcast Orang...

Cerita dia, ko kena konsisten tapi dalam masa yang sama hiatus. Haaaaa acane tu?

Tengoklah dulu macam mana. Ni pun tengah cuba stabilkan jadual hidup sebagai seorang noobie, macai dan penyu. Kadang rasa restless gilaaaaa! Macam workaholic pun ada. Kadang macam zombie. Aku pun dah lemau zero inspirasi. Mungkin kena meditasi kata orang.

Apa-apa pun, aku harap korang semua sihat walafiat hendaknya. Jaga kesihatan leklok, jaga hati jaga iman. Sebab ujian keyakinan dan fitnah dunia kian hebat menembusi sampai terlupa siapa lawan siapa teman. Moga dipelihara dari segala musibat dan kita semua kekal dibawah naungan rahmatNya. Amin.....

Till then!



Bicara soal suka, pasti bertanya sebab.

Kenapa kau suka?

Sebab apa kau suka?

Dan apa sebalik cerita perihal realiti suka ni?

Tak. Semuanya tidak bersebab. Aku tulis sebab aku suka tulis. Aku blogging sebab aku suka. Suka hanya kerana suka tanpa sebab.

Tapi, tak semua orang boleh terima suka tanpa sebarang alasan.

"Aku suka kau."

"Sebab apa?" soalnya pelik.

"Sukalah. Takde sebab."

"Mana ada orang suka sesuatu tanpa sebab."

"Ada je. Kau suka nasi perlukan sebab ke?"

Dia diam.

Dan kalau aku tak suka, bermakna memang tiada ruang dan peluang untuk disuka.

"Apasal pulak?"

"Suka hatilah nak tak suka... Serabut tahu!" suaranya meninggi.

Helaan berat terlepas.

"Aku takut dengan ayat 216."

"Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu suka sesuatu sedangkan ia buruk bagimu." Dia berhenti seketika. Memberi ruang untuknya merenung alam. Orang ramai yang lalu lalang seolah sepi di penglihatannya.

"Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak... " sambungnya.

Mereka diam.

"Sebab tu kalau aku suka, aku tak tunjuk, tak cakap, tak respon dan tak buat apa-apa pun untuk pertahankan sesuatu yang aku suka."

"Eh, kau tak boleh macam tu.... Kalau kau suka sesuatu, kau kena sanggup berkorban."

"Dah. Aku korbankan suka aku. Is it enough?"

"What the worst part could happen if kau terus terang tentang semua ni?"

"Ditinggalkan... Hahahaha" gelaknya hambar.

"Aku suka kau"

Dia termangu.

"Nah.... Takkan semudah itu untuk kau suka aku. "

"Tapi kau sendiri yang cakap, suka tak perlukan sebab"

"Ia hanya valid bila aku yang ucap." getusnya.

"Leh, mana adil macam ni! Aku pun boleh guna statement kau what!"

"So, prinsip hidup kau?"

"I'm free flying. Just follow the flow."

"No wonder you lost and drown..."

..........

Betul ke, orang hanya hargai kau bila kau tiada?

Mereka hanya kenal kau bila kau ternama. Bila kau ada benefit untuk mereka... Tapi, bila kau penyu, nobody will looking for you.

"Sedihkan?"

"Apa yang sedih?"

"Bila orang yang kau suka, nampak kau selepas kau berjaya bangkit semula... "

"Laaaa... Apasal nak sedih?  Kau patut happylah sebab dia nampak jugak kau akhirnya... "

"Kan? At least dia nampak. Tapi tu lah, aku yang suka dia tu dah tak ada...."

"Kau yang rumitkan cerita suka. Tadi awal cakap, suka tiada waktu. Setia tak diukur pada lama. Suka tanpa alasanlah etc etc... Sekarang, kau pulak macam lalang!"

..........

Cerita perihal suka, tiadakan punya tarikh penamat. Ya, sukanya dia tiada tarikh basi. Dia masih suka tanpa sebab. Suka tanpa alasan. Suka kerana dia pilih untuk suka.

Naifkah dia jika dia berfikir demikian?

Realiti sebuah suka demikian, jarang bertemu jawapan. Tapi dia yakin yang suka itu bukan persoalan. Isunya bukan suka. Isunya adalah yakin.

Jika kamu tidak yakin, bagaimana takdirkan memihak pada kita?

Yakin itu kuncinya.

Percaya itu, cagar yang kau harus letak dalam setiap doa.

Kau suka?  Doa.

Kau suka? Yakin.

Kau suka? Sabar.

"Lepas tu?"

"Keajaiban akan datang...."

"Macam tu je?"

"Kau kenalah usaha mangkuk! Pastu pergilah cakap dekat dia kau suka. Dia suka balik ke tidak itu campakla tepi."

"Leh? Aku ingat dia terus terima... Chiseee... Cerita dia still 50-50 kena reject la ni?"

Dia angkat bahu sambil pandang langit.  "Wallahua'lam.... "

"But, somehow kan, bila kau dah sematkan prinsip, dia rasa berbaloi. Apa orang cakap, worth the wait gitu...tapi, of course everything will comes with the great price lah"

"Oh... "

///////////

Realiti sebuah suka, nyatanya tak semudah itu. Kau akan terusan diuji, disental, diclorox iman untuk melihat sejauh mana prinsip itu kau kan pegang.

Kau akan jatuh berjuta kali. Berperang dengan entiti yang bukan zahir. Dan paling teruk, kau akan langgar prinsip sendiri. Jika masa itu berlaku kelak, aku mahu kau tampar diri dengan sekuat hati. Agar kau sedar, cerita Realiti Sebuah Suka itu adalah benar.

Yakin itu kuncinya.

Yakin. Kau harus yakin.

Realiti sebuah suka itu adalah suka tanpa sebab.

Kerana aku pilih untuk suka, aku pilih jua untuk terima segalanya....

Aku akan terusan suka sampai bila-bila.

Untuk kau yang aku suka, selamat berjuang!


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: PART 8 - SYAWAL 1447 :.
    2 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    7 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026