Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Selepas membelek phone walau tanpa sebarang notifikasi, aku meneruskan penulisan. Argh!!!! (Sebuah catatan psycho pada malam penerbitan season kedua.)

Aku tak bengang untuk menulis. Apa yang merasuk jiwa ini adalah ketakutan pada sesuatu yang tiada pasti. Tiada tarikh dan tanpa sebarang jaminan. Salahkah keputusan yang aku lakukan? Benarkah ini jalan untuk aku meraih mimpi itu agar ia menjadi kenyataan?

Apa? Apa? Dan apa lagi mahu dikejar?

Bayang semalam sudah mula hilang. Yang ada sekarang adalah bayang masa hadapan. Aku tak tahu samada itu bayang kegembiraan atau sekadar bayang ketakutan...

Pergh! Ayat acah puitis! Bukan main.

Serius weh. Aku dah lost track life aku. Mana hidup aku sebenar dowh? Syed Saddiq dah jadi ahli politik muda. At least dia dah bagi sumbangan pada negara pada usia sebaya dengan aku. Selena? Ah, dia tu lagilah...dah berapa banyak lagu dia buat. Siap buat series 13RW lagi. Aku? Hahahaha aku ni tak yah cakaplah. Hidup pun masih macam biawak.

Tinta Tanpa Tarikh

Itu tajuk season kedua bagi podcast aku. Semua tajuk bermula dengan huruf T. T sebab...sebab....suka hati akulah kan nak dedikasikan huruf T sepanjang season 2.

Sebenarnya T adalah simbolik bagi 'Break'. Penghujung hidup penyu macam tulah. Dengarlah podcast Orang kalau nak tahu cerita apa yang aku bebelkan sempena semua T. Adakah 'tikus' pun aku bebelkan???

Aku pernah ada satu buku kecik ni. Dalam tu semua tinta tanpa tarikh. Dan bila baca balik, aku rasa menyesal sebab tak tulis tarikhnya....tapi ia seakan bagus jugaklah...at least, aku tetap ingat setiap peristiwa yang berlaku. Aku nak jugak jadi pelangi dan awan yang melindungi sesorang itu dari terik mentari. Tapi so far, aku adalah awan gelap dan guruh yang digeruni ramai orang. The heck happen man?

Kadang nak balance dunia akhirat, hitam putih, hujan dan panas itu sangat susah. Satunya sebab kau memang jenis yang cepat lagha. Allah...hurm...

Dulu, masa zaman main twitter dengan wechat, kat dua tempat tulah aku meroyan pasal life. Pasal betapa kenapa aku perlu hidup. Tapi, sejak penghapusan dua platform itu, aku hanya jadikan blog ini saja tempat untuk bersadu. hahahaha....ada jugaklah up kat whatsapp status dengan IG. Tapi aku akan cepat-cepat delete, pasai aku tak suka orang baca. Aku nak luah, tapi aku tak nak orang baca. Kalau macam tu baik kau tulis diari!

Tak...macam ni. Aku nak luah...tapi dalam masa yang sama aku tak nak orang tahu. Tak suka bila orang kasi respon. So, kalau tengok aku meroyan ke apa ke an....abaikan saja....itu memang cycle hidup seorang sofie. Kadang dia happy, kadang dia meroyan dan mula pertikai kenapa dia hidup. Dan kadang tu dia rasa macam nak buang semua benda. Sampai habis semua orang, dia buang jugak....

Kekuatan dia untuk normal itu letak pada manusia-manusia yang banyak bagi hidup dia berinspirasi. Salah satunya join satu, dua atau tiga empat jenis kehidupan...jumpa komuniti yang punyai misi perjuangan yang sama...kadang itu dia penat untuk menjadi plastik demi matikan jiwa sisi gelapnya.

Bukan setiap masa aku boleh jadi lampu dan lilin untuk semua orang. Aku pun kadang boleh jadi bah yang akan menenggelamkan kehidupan orang tanpa penyedian sebarang pelampung.

Kadang, kegelapan itu lahirnya ilham.

Kesedihan itu terbitnya penciptaan idea....the happiness of living the darkest life. Tapi, bila dah jumpa lampu....aku takut pada gelap.

Kalau boleh, aku tak nak ditarik semula ke lohong tidak berorang itu.

Tanpa sedar, sebenarnya...kegelapan itu tak pernah tinggalkan aku.

Aku tetap tergelincir.

Setiap cahaya itu pasti punya bayang dan silau yang akan merosak mata.

Sampai bila aku perlu persoal isu ini? Aku bukan tak penat untuk bertarung pada satu entiti yang tiada kenampakkan ini...

Aku penat dowh. Penat sampai rasa macam...manusia tak bersyukur....Astaghfirullahaladzim...mengucap duhai diri....

Bum Bum Bum!

Hantukkan kepala pada keyboard yang menjadi pentas jemarinya untuk menaip dijadikan pusat melepaskan segala rasa. Marahkah dia? Kecewakah dia pada dirinya? Dia tidak tahu!!!! Sumpah dia sudah mahu putus asa pada kehidupan ini. Cukuplah 27 tahun dia survive. Cukuplah 27 tahun angannya itu tiada menjadi impian. Mungkin sudah masanya dia tarik saja jiwanya. Dan hidup seperti robot yang mereka impikan. Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku benci hidup

Aku benci hidup

Aku benci hidup

Aku benci!!!!!!!!!!!!

Tak...aku bukan sirna yang kau impikan.

Aku...adalah kilat yang akan menghancurkan takhtamu sekelip mata.

Aku, tinta tanpa tarikh yang wujudnya tiba-tiba dan tidak akan lepaskan kau pergi hingga kau turut langkahku....

Bercerita mengenai tradisi siri Aku dan Blogger ini, buat aku sedar yang setiap sirinya pasti membawa perubahan yang besar dalam hidup. Setiap 13 Disember, aku akan update series ni. Tiba-tiba dia seolah menjadi ritual rasmi untuk blog ni. Walau wujud sekadar suam-suam kuku...aku harap ia bertahan hingga kebangkitan Islam kelak.... Amin!

Seperti tahun ini, Alhamdulillah misi untuk menerbitkan podcast secara rasmi itu sudah tertunai. #towardspersonalbranding gitu. Memang makan masa. Bertahun....Hatta berpuluh tahun pun, aku dah jadi tak kisah sebabnya...nothing worth comes easy. When it easy comes, then it easy go....

Pejam tak sedar, dah enam tahun aku mempublisitikan nama sofieadie.

Banyak betul cerita nak diceritakan dalam siri ni. Tapi dari segi perkembangan blog, blog ni masih ditahap noobie, corot dan tiada setanding blog Melyssa Griffin atau Seth Godin.

Impian aku 5 tahun akan datang untuk blog ni tak banyak. Aku cuma harap dia masih wujud dan beri manfaat pada orang lain. Kalau diberi kesempatan, ingin jugak aku buat merchandise sendiri. InsyaAllah. Aku teringin jugak nak tengok dia berkembang setara blogger international macam penulis hebat Seth Godin. Idea dia sangat unik. Trafik sehebat Neil Patel.

Tapi untuk mengecapi semua itu, buat masa sekarang aku perlu berkorban. Berkorban apa sahaja. Masa, wang, air muka, ego dan segalanya demi melihat mimpi itu menjadi kenyataan. Mimpinya aku untuk bermain drum didalam bilik koleksi figura superhero...berlatarkan dinding warna hitam, bertemakan jalur emas,...sambil menaip entri dan mengupload podcast...argh angan memang indah...

InsyaAllah. Setiap cita itu bermula dari angan. Beranganlah semahumu dan perkemaskanlah langkah untuk mengubah angan itu menjadi realiti...

Dimana aku lihat diri aku 5 tahun dari sekarang?

Mungkin tidak disini.

Mungkin diseberang sana. Ditengah bandaraya idaman yang aku idamkan. Membawa nama sofieadie.com ke serata dunia. Membawa Orang ke pelusuk angkasa. Untuk menjadi Orang itu tidak mudah. Kerana dia masih dihantui kisah silam yang terlalu sarat untuk dia kendong sendirian...

Doakan kita semua dapat mencapai setiap cita yang kita impikan. Aku mungkin tidak tahu bila waktu ini akan berakhir, tapi aku harap segala urusan kita semua dipermudahkan olehNya. Amin!

To the end, moga husnul khatimah!

Ramai yang tak tahu istilah kita itu tak semestinya hanya berlaku antara dua manusia. Ia boleh jadi juga adalah persitiwa antara sekumpulan rakan kelas atau apa jua jamadat yang hidup di alam galaksi ini. Maknanya sangat luas.

Tahun 2019 adalah tahun terakhir aku akan bergelar seorang pelajar setelah 20 tahun. Yup, 20 tahun memegang title tersebut. Dan opkos, seorang sofie ini akan mula membuat pelbagai tribute tentang zaman belajarnya. Lebih-lebih lagi zaman diploma. Sebab diploma life is real dude. Sangat real sampai orang paksa aku untuk move on dari segala persitiwa cerita tentang kita.

Aku tahu, tak semua akan ingat cerita itu dan rajin mendedikasikan cerita mereka secara public macam aku. Tapi, suka hatilah kan. Aku buat saja-saja sebagai simpanan sendiri. Sebagai senyuman untuk hari kemudian. Banyak benda aku nak buat untuk bulan akhir ni.

Maklumlah tahun depan insyaAllah segalanya baru. Segalanya dah tak sama seperti sekarang dan dahulu. Ke manakah kita? Itu semua rahsia.

Podcast project season satu dah pun habis. Nak masuk season kedua pulak. Kena promote dan buat video recap tentang semua tu. Sebenarnya, benda paling susah dalam bidang promosi ni adalah bahagian pre-production. Benda dah ada memang ada, tapi nak edit, cantikkan dia, kemaskan semua benda alah tu....tersangatlah makan masa....sampai kadang boleh tak sedar jam pukul berapa. Tu yang blog pun kejap timbul kejap tenggelam.

Aku tak harap pun orang faham tentang dunia yang aku cuba nak explore ni. Sebab dia sangat serabut dan berselirat. Kemungkinan orang akan taking kau for granted, tak menghargai segalanya itu sangat tinggi dan banyak...it's okay it's alright. I know it tough, but I will survive!

Berapa zaman dah kau lalui untuk lupakan segala cerita tentang kita ini? Berapa banyak dah timbunan diari yang menjadi ceritera duka, tawa dan air mata sepanjang menempuh perjalanan ini? Semua itu kau lalui secara sendirian bersama dorongan dan doa dari orang-orang yang kau sayang. Dan Alhamdulillah kau masih hidup. Kau masih bernafas, walau berkali duri ini kau pijak, berjuta jiwa yang kau sudah koyak....ia memang tak mudah. Sunyi dan air mata usah diceritakanlah....

Cerita tentang kita dengan #tribute1316 ini aku dedikasikan kepada 20 tahun dunia belajar yang sudah aku tempuhi.

Korang tunggu jelah igtv dia nanti. Katalah aku sentimental person sekalipun, aku tahu penghujung hidupnya kelak....video itu jua yang kau akan tatap....kala ketiadaan kita....

Till then!
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    10 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    20 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026