Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Do you think about me cause I don’t have any doubt you must in this life

Even though you’re never there,

I didn’t feel you disappear from sight, you did it well.

Dua bulan yang lepas, Sum 41 ada keluarkan album baru diorang yang berjudul 'Order in Decline'. Dan dalam album ni aku dah berjuta kali mendengar lagu yang bertajuk 'Never There' among others song. Sebab?

  1. Ia seolah cetusan baru bagi lagu yang begitu menggamit memori seperti; 'With Me', 'Pieces', 'War, dan 'Best of Me'.

  2. Lagu yang begitu personal bagi Deryck dimana dituju untuk ayah dia (I just love personal song...)

  3. Dekat dengan jiwa dan kena dengan situasi hidup untuk dua dekad yang lalu...


[embed]https://www.youtube.com/watch?v=xQwTTalT5u0[/embed]

Apakah aku begitu tua dengan mengatakan aku sudah hidup selama dua dekad?

Nope man, aku masih lagi budak hingusan yang mengemis di jalanan mencari makna hidup yang sebenar biar kalam al-quran itu sentiasa ada untuk dijadikan rujukan.

Aku pernah mendengar satu gosip murahan ini yang mengatakan aku adalah budak muallaf yang baru kenal islam. Respon aku?

Gosh! Kalau aku muallaf aku tak masuk islam seawal ni barangkali. Mungkin masih berfoya, liar dan tidak wujud blog berupa orang yang lemas dilautan tak berpangkalan sebegini. Macam mana kau boleh terfikir yang aku ni baru masuk islam?

Mungkin benar. Mungkin aku masih jahil dan buta untuk praktikkan semua ilmu amal islam dari setiap sudut, ruang dan penjuru.

And now You and I share the same life missing out So the story goes

That we’re left, we’re stuck with a broken house.

I know that if I I had the chance I’d let you know, that I understand and I’ve let it go.

Kenapa susah sangat untuk mengkritik orang secara bersemuka? Kalau itu benar kenapa tidak palit saja cerita palsu itu pada aku? Tak perlu pun kau sebarkan seolah kau benar-benar kenal aku. You never there!
Ah, manusia dan spekulasi...bagai hingus dan air liur basi. Sentiasa ada walau kita bersihkan setiap hari.

Bidalan yang bagus kawanku. Apa kau sudah hilang akal?

Aku tak pernah hilang akal. Yang selalunya, bila aku membiarkan emosi dan perasaan mengawal akal waras. Masa itu mungkin berjuta kerja bodoh dan gila yang aku langsung tak mengaku samada itu aku atau syaitan yang lakukan.

Lagu ni dalam maksudnya.

Mungkin aku boleh tujukan pada semua yang 'Never There' untuk dua dekad itu. Ia sedih, sadis dan begitu menyiat rasa. Tapi, kau tahu...sebab tiadanya mereka disisilah kau terusan hidup tanpa sebarang putus asa. (Walau beribu kali juga kau fikir untuk harakiri atau jika ia halal sudah lama kau akhiri...)

Tapi aku biarkan saja...sebab aku pun sama macam mereka. Barangkali lagi teruk sebab aku pun 'Never there' for them. Jadi kita seri sama.

Jadi aku pilih untuk diam dan biar ia berlalu bagai dandelion yang tiada arah tuju dan tempat daratan. Mungkin dandelion itu bisa mengecap angkasa dan menjadi bintang...aku tak tahu.

I don’t need you by my side I think by now I’m doing fine myself, on my own

But I feel you time to time, like your sending outta sign to tell say I’m not alone

Walaupun mereka tiada pada saat itu, tapi doa mereka tidak pernah putus. Doa kita. Sebab setiap yang hidup semua bergantung pada pengharapan. Hope. Harapan yang buat jiwa punya objektif, matlamat dan sasaran. Walau kadang penat, kita tetap bangkit.

Dan ada masanya juga, aku hanya mahu Netflix and chill. Dunia terlalu pantas untuk dikejarkan. Tiada sisi yang perlu pada kita seorang.

Who cares if one more light goes out?
In a sky of a million stars...

It's kind of heavy tho.

Commitment, priority, dosa pahala, syurga neraka, single loser, married winner such things...

sampai satu masa kau diketuk dengan pemikiran sebegini kau rasa macam nak ambil saja pisau dekat dapur dan tikam saja diri ini tanpa ragu. Sebab kau tahu, hidup kau macam tak bermakna sebab semua 'box' kau satu pun tak pernah di'tick' sejak kau kecik sampai sekarang.

There are things that we can have, but can't keep

I'm very sorry if I never there for all of you...and I always pray that all of us will have a great ending. Di sana...
Yup and yup and yup! Bila naik tajuk movie baru itu tandanya aku baru usai tonton ia di wayang. Baru rajin nak keluar menjengah dunia luar dengan menjejakkan kaki ke wayang. Walaupun fasa final exam itu belum sepenuhnya habis dengan selamat, memandangkan gap seminggu itu buat aku tak keruan untuk menonton the best childhood movies ever!

Sambil layan lagu terbaru Sum 41 'Never There', aku mulakan jemari menari.

The first Toy Story was aired in 1995.

Masa tu aku baru tiga tahun, tapi cerita tu aku tengok sampailah sekarang. Ia seolah membesar bersama. Mungkin Andy itu sebaya aku. Boleh jadi. Tapi entri ni bukanlah untuk kasi spoiler. Untuk semua peminat Toy Story, silalah maju ke wayang terdekat dan ketawa bersama menangis bersama saat menontonnya.

Sungguh, cerita ni lagi sedih dari Endgame! Wait what???

Serius, memanglah ia kartun. Come on babe, mana ada orang nangis tengok kartun. Eh, jangan dowh....berapa banyak kartun aku tengok end up dengan menenyeh hujung mata dek kerana touchy dengan mesej dan juga punchline movie tersebut.

First, aku nak cerita part yang buat aku tak berhenti ketawa terbahak-bahak sampai terpaksa menganggu orang hahahahahaha please....no one watch cinema with a dead emotion right? You should throw all your emotion while watching it...if not...your are in the wrong room my man....

Part ketawa bagai kena rasuk;

Bila Buzz tanya Woody bagaimana bunyi suara yang dia dengar setiap kali dia buat sesuatu yang di luar jangka? Yang si Buzz ni pulak kind of noob, dianya pergi tekan semua butang dekat badan dia sebab dia anggap yang itu adalah suara hati yang Woody maksudkan. Can you get it man? Nope? You didn't get it? Hahahaha

Then it's okay.

Coz the entire conversation about "listen to your inner voice thing" adalah punch line dan mesej utama bagi movie ini. God! Aku sangatlah menganggu penonton lain. Adoyai! hahahaha I'm really miss my childhood moments...isn't it nice to not knowing anything and just be that innocent?

Okay, move on.

Part yang buat aku menangis adalah;

Bilamana Buzz cakap 'To infinity...' dan Woody jawab '...and beyond'. It's kind of heartbreaking relief kind of thing. Dia semacam pengakhiran bagi perjalanan kisah Toy Story yang aku tak boleh terima hakikat yang semua watak itu akan bertemu pengakhirannya.

Seolah semua orang nak matikan watak sebelum ketibaan 2020. Semua cerita lama sudah move on dan memberi laluan kepada fasa dunia baru.

Aku tak sedia! Faham tak?

Aku masih nak Andy yang menjadi satu-satunya budak yang sayangkan permainan dia.

Aku nak Woody dan Buzz sentiasa jadi buddy sepanjang hidup mereka.

Aku nak...semua permainan Andy kekal bersatu selamanya walau tuan mereka sudah bertukar-tukar. Tapi...

...itu bukanlah realiti yang kita hidup. Dengan mendengar suara hati, Woody sanggup...dengan mendengar suara hati...mereka terusan bersatu walau tidak bersama. The relationship thing is going to be damn strong when you have to become a true legend. Kau macam penyu. Hahahaha

Suara hati. Kemana kau bawak aku pergi?

Zaman lalu atau hidup masa kini?

Aku cuba untuk lari dari realiti. Larian itu seolah memberi harapan agar tiada apa yang berubah. Berharap semua kekal sama walau aku sendiri sudah berpaling tadah. Macam Inception. Tak boleh terima kenyataan bahawa setiap angan itu jua punya pengakhiran....huh...suara hati itu amukan rasa yang tidak solidkah?

Entah. Woody lebih tahu. Sebab tu dia pilih untuk mendengar, dan dia bahagia...walau terpaksa asing.

You're totally my idol lah Woody. Dari kecik sampai sekarang dan untuk selamanya. Okaylah terpanjang pulak bebelan dan review pasal TS4 ni. Sampai bertemu di dunia lain. Adios!

p/s: Inspirasi sebenar di balik Woody adalah the great actor; Tom Hanks. You're totally my idol sir.
Soal tentang raya, mungkin semua orang bayang saat gembira, meriah, senyum, kesibukan menyediakan juadah, kuih raya, kek dan sebagainya. Tapi bagi aku, raya itu suatu yang memenatkan. Ia suatu yang hitam kelabu, hujan ribut, teriakan, jeritan, marah dan sesuatu yang menyerabutkan. Ianya sudah menular menjadi alahan memakan diri sampai aku terpaksa buat satu entri untuk meluahkan ketidak selesaan aku pada semua perayaan.

Rasa ketidak selesaan ini semakin membuak bilamana aku menginjak ke dunia dewasa yang aku sendiri tak pernah sedia dan suka untuk hadap. Jadi orang besar ni tak best. Serius tak best. (Kata aku pada diri aku 20 tahun yang lalu.) Mungkin masa zaman kecik dulu aku selalu cakap, 'bila dah besar nanti...' dan menyebabkan sikit pun aku tak enjoy hidup pada masa itu.

Dan sekarang, bila dunia itu dah berlalu, orang pun sudah berubah drastiknya....rupanya apa yang kau nak masa sekarang adalah lebih kepada mahu menjadi kecik semula. Apa yang takutnya jadi orang dewasa? Satu perkataan...

Tanggungjawab (commitment)


Benda paling berat dalam dunia adalah tanggungjawab. Jadi, bila dah masuk ke fasa akil baligh, automatik bahu kau jadi berat. Beban kau jadi bertambah bukan kerana berat badan, tapi kerana sesuatu yang mata kasar tak terlihatkan.

Mana point entri ni tadi. Oh ya, pasal kenapa aku tak suka raya...maaf kawan taulan dan rakan yang membaca...aku tak suka raya sebabnya:-

  1. tak suka (boleh tak kita cakap tak suka tanpa perlu pada sebab?)

  2. tak de sebab

  3. raya? apa tu raya?


Huh...dulu takdelah allergic macam ni sekali pada raya, tapi bila dah semakin kurang ahli...kau semacam automatik...tak suka. Macam dah sampai satu fasa tu, untuk kau move on dari meraikannya. Mungkin zaman dulu kau terlalu banyak letak ke-eksited-kan pada raya sehingga tenaga untuk raya itu sudah habis. Kau kehabisan mood raya dan tiada ganti bateri raya buat jiwa raya kau mati...

No more 'baju raya', 'duit raya', 'kasut raya'...semuanya kau beli sebab nak beli. Kau beri sebab nak beri. Itu saja. Orang lain mahu enjoy raya, silakan...dan aku tak tahu penawar apa untuk aku refill balik bateri mood raya macam tahun 2013 dahulu (mungkin masa tu aku ceritakan raya dalam blog yang dah aku delete). Tahun terakhir aku rasa raya itu raya...

Dan ucapan 'Selamat Hari Raya' itu bukan lagi diterima dengan garis senyuman melainkan rasa yang menjengkelkan...I'm sorry, I just can't take it now. Just play the song Imagine by John Lennon..

Sincerely,

Your deepest dark lost soul in never ending ocean...
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WORDLESS WEDNESDAY 10/26 :.
    5 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Misi tebas rumput di laluan berbata
    10 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    2 hari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026