Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
I always told myself that 2017 going to be a rough year. 
Why? My other self ask me back.

Because, you have to struggle a little bit harder than you ever did...

Kenapa?

Ditanya-tanya lagi...

Sebab, tak lama lagi 2020. Kau ingat Tun M sesaje je ke letak wawasan 2020 sebagai target? Aku dari kecik lagi dok tunggu je tahun 2020 tu.  Apalah transformasi diri yang berlaku waktu tu ek...

Masa kecik aku hitung waktu itu...aku ada 20 tahun untuk merealisasikannya. Tapi sekarang, aku hanya ada tiga tahun je...Makanya...aku kena push diri sendiri untuk selari dengan Wawasan 2020. 

Habis TN50? 

Aku tak sanggup hitung lagi waktu itu. Mungkin time tu aku dah settle down dekat German ke an, sape tau...tak pun aku tengah tawaf Kaabah hari-hari...hari-hari. (Aamiin!)

Menjadi generasi 90'an..., TN50 agak lewat sudah untuk tunaikan impian. Yelah, 2050, umur dah 50, 60...itupun insyaAllah umur panjang. Sepatutnya, usia macam tu...at least empayar sudah serantau dunia. Walau tidak gah pada nama, tapi cukup buat generasi kita bangga. 

Generasi yang tidak jadikan viral sebagai satu kebanggaan. 
Generasi yang masih cinta pada buku untuk maju ke hadapan. 
Generasi yang tidak tolak buku kerana disua sekeping gadget yang jika tidak punya jaringan jalur lebar lantas tidak bermakna. 
Generasi yang cinta dan takutkan Tuhan. 
Generasi yang berjiwa pejuang untuk menjadi Sultan Alfateh ke-dua. 

Waktu kan menjadi saksi untuk semuanya. 

Perit rasanya untuk cerita perihal waktu ini. Selagi ia berputar, selaju itu juga emosi kita berubah. Dari detik ke saat hingga bertahun makannya masa itu...Tapi, adakah mentaliti kita bergerak sejajar dengan perubahan waktu itu?

2020.
Perlahan Generasi 90'an kan melangkah masuk ke fasa-3. Fasa dimana pergolakan hidup semakin deras dan berbolak balik. Semua sudutkan diuji. Sudah cukupkah pakej hidup yang kita pilih sekarang untuk menghadapi zaman itu? Kalian tahu jawapannya...

Tiga tahun lagi kawan. Tiga tahun itu tidak lama. 
2012 pun sudah lima tahun berlalu...

Waktu kan menjadi saksi setia,
lahirnya sebuah legenda...

Kita berdaya untuk merancang yang terbaik demi masa hadapan, maka buatlah sebaiknya...walau kita tahu Tuhan sebaik-baik perancang. 

Moga perancangan hidup kita dinaungi rahmat Tuhan. 
Amin...

##

Jumpa kalian di puncak 2020!

success, 2020, sofieadie
Kalau bukan kita sendiri yang akan sayang perjalanan hidup kita, maka siapa lagi?

Setiap hari aku akan ulang frasa ni. Dari rumah ke kelas. Walau dengan penuh mujahadah. Then, dari kelas pergi kerja. Aku ulang lagi. Disebabkan aku perlu memaniskan muka sebaik mungkin dalam bidang ini. (Alah, mana-mana kerja pun perlu senyumlah...) Sehingga aku boleh mengukir senyum dengan sebenarnya. Seperti ini...😊 

- senyum tak susah bukan?

Jadi, aku semat dan pahat dalam diri :- 

I love my life. I will make my own mission come true. Aku yakin! Pasti boleh! Takbir! Allahuakbar!

Dan alhamdulillah hari-hari yang aku lalui itu seperti lancar. Kalau ada cela pun, aku rasa semacam boleh terima. Semacam mudah untuk berlapang dada. Dan yang itulah menyebabkan aku punya minda berdialog lebih dari mulut. Hah!

##

Sekarang ni, aku guna iPhone 4. Pemberian umi aku. Itupun selepas samsung Y aku merajuk dan mintak pencen. Masalah phone aku adalah dia sangat tak compatible dengan apps yang memerlukan ios8. Jadi, bila ada apps yang perlukan ios8 untuk update, phone aku jadi ketinggalan. 

Banyak benda tak boleh guna. Kalau boleh guna pun, mesti ada masalah sikit. Lepas tu, kawan aku yang sangat "cerdik" bagi cadangan. 

"Aku rasa, kau tak payah tukar phone. " kata beliau penuh yakin. 
"Habis, kena tukar apalah?" tanya aku penuh naif.
"Kau cari pakwe!" 
"Apa kaitan dowh?!" No correlation at all!

Terasa macam minda sempit pulak bila jadikan 'itu' sebagai jalan penyelesaian. Kau tak rasa macam tu ke? hahahaha

##

Ramai bertanya; "kerja sambil belajar, tak penat ke? Mesti mu penat kan?" 
Dan aku pun tersenyum. Iya, tidak...tidak pun tidak...

Cuba tanya, benda apa yang tak penat dalam dunia ni? Kalau berehat terlalu lama pun, penat juga...#mereput lah, #pishang lah...

Jadi, penat yang berbaloi adalah penat yang kita akan dapat hasilnya. Walau bukan sekarang, tapi untuk masa depan. Depan...

##

Bila kita dah buat sesuatu keputusan, kita mesti belajar untuk menerima dan menyayangi jalan itu sebaik mungkin. Pahit, kelat dan masamnya jalan itu adalah bonus untuk kita menjadi lebih matang. Ada masa terasa terlalu payau hingga bisu. Tapi, percayalah...setiap yang susah pasti ada kemudahan. Itu janji Tuhan...

Live well or live hell, your call...For the better or the worse, we have no choice except to love our own life story...

Hiduplah jalan yang tak pernah ditempuh oleh ramai orang. Memang ia bersemak samun, tapi itulah jalan menuju ke sungai yang ramai tak nampak. Dari aliran sungai itu kelak kita akan berlayar mencipta sejarah dan menunaikan segala impian yang telah lama kita pendam. 

sofieadie.com

#loveurlifeliveurlife 

Carpe diem my friends!
Kerja gila.

1. Untuk pertama kali bawa kereta auto, aku sendirian merempuh highway. Berpandukan google maps, syukur selamat.

2. Lima tahun tak jumpa, terasa semacam tak kenal mereka. Ah, mereka semua sudah bertukar status. Bertanya pada aku, kau bila? Aku tersengih buta...

3. Demi rindu 11 tahun, aku pecut ke Seremban. Bersama kawan dari Bawah Bayu. Terubatkah rindu itu? Dua jam mana cukup....

sofieadie.com,

Mencarik takut.

Siapa kata aku berani untuk merempuh perjalanan sejauh itu untuk pertama kalinya pegang stereng? Sumpah aku tak berani. Tapi, aku yakin...diri aku yang jauh dalam sanubari itu, tekad dan semangatnya kuat. 

Maka, terbitlah kerja gila...

Kena hon?
Hah! Usah diperkatalah...Aku tak boleh nak marah. Aku tau, itu salah aku...Kalau orang tak hon, bila lagi hon nak mainkan peranan?

Tawar rasanya pertemuan kali ini. 
Bukan tak teruja, bukan tak rindu...cuma terasa ada jurang. Cerita hendak ditukar pun terasa hambar. Kau, hanya inginkan kawan dan pendengar untuk cerita yang kau peram. 

Aku? 
Aku hanya mahu bertemu sekadar sua muka. Sebagai tanda aku masih hidup dan masih prihatin akan kewujudan kalian pada suatu tika. Tapi, sayang semua itu hanya merobek luka yang pernah terbina. Jadi, aku hanya tersimpul senyum melihat kalian ketawa suka. 

Cerita aku perlukan pendapat. Cerita aku perlukan nasihat. Aku tidak suka cerita kosong tanpa isi. Paling kurang aku dengar dahulu dan lain masa aku akan cuba amal. Tapi, sayang...isi yang ku harap hanya separuh, selebihnya...terasa angin. Kembung perut, mual...

##

Kalau kalian bertemu dengan seseorang yang kriterianya mencukupi apa yang kalian pernah impikan, apa yang kalian akan buat?

Aku masih berkira bukan kerana philophobia tapi kerana pepatah "easy come, easy go..". 

Dan, prinsip yang aku semat..."Untuk jadi yang pertama, kena menjadi yang pertama..."- Tiada istilah ex, bekas atau sewaktu dengannya-

Sebab itu aku tak pernah bermain hati. Demi menjaga keistimewaan itu...

Prinsip tidak pernah makan tuan bukan?

Syarat aku mudah..
-Dia ada seadanya dia...-

Tapi, orang tetap kata aku cerewet. 

- "Kawan, sebab hati itu tiada spare part, aku pun tiada plaster yang utuh untuk merawatnya. Ia ada satu cuma. Itu sebab aku jaga sehabis mungkin. Kalau bukan kita yang bela hati ini, siapa lagi?" -

##

Sekarang ini, aku perasan satu benda. Diri aku semakin berat mulut. Semakin malas bercerita secara lisan. Kerana lidah itu serupa samurai, aku pilih untuk bisu. 

Ingin aku cerita panjang seperti penulisan aku, tapi aku gagal mencari ayat. Jadi, setiap kali bertemu, aku hanya mampu bisu...

##

Mencarik rindu,
bunyinya sayat dan berat...
terasa makin dibongkar, makin banyak yang terpendam..

Mencarik rindu, 
kerana tidak mampu memberi pesanan pada angin lagi.

Rindu dicarik, perlahan seperti kapas. 

Untuk kalian, aku ucapkan terima kasih. 😊
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: PART 8 - SYAWAL 1447 :.
    2 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    7 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026