Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Orang selalu kata, hidup ini adalah pilihan. Pilihannya yang terlalu banyak sehingga kita, spesifiknya aku menjadi "buta". Buta dalam membuat pilihan. Bila pilihan terlalu terhad, dikatakan tiada kepelbagaian dan tidak kreatif. 

Dua perkara ini sebenarnya buat hidup aku menjadi tergantung. Masih diambang keliru mahu memilih hidup untuk menjadi apa. Cukupkah hidup aku sekadar hidup? 

Hidup = Bernafas
Tidaklah dinamakan hidupnya kita jika tidak bernafas. 

Aku tahu, semua orang sudah penat bahkan persoalan tentang hidup ini tidakkan pernah berhenti dalam diri setiap manusia. 

Hidup.
Untuk apa kita hidup? Apa matlamat hidup yang sebenar? 

Buku tentang "HIDUP" saja sudah berapa banyak di kedai. Movie? Drama? Usahlah dikira. Bilanglah jika kau mahu bilang. Aku sendiri saja sudah beratus helaian dicoretkan penerangan tentang hidup pada diri aku yang satu lagi. Peliknya, masih jua aku tidak faham. Sepertinya tidak akan pernah berhenti. 

Jawapan itu logiknya aku sendiri tahu. Manusia hidup untuk beribadah kepada-Nya. Bahkan jawapan ini di-bold-kan dalam semua buku. 

Tapi, adakah aku cerna dan serapkan ia dalam rutin harian aku? 
Ada turun naiknya. Sukar untuk kekalkan cartanya. 
Ada pasang surutnya.

Iman manusia adalah satu "bubble" yang paling sukar untuk di'centre'kan.

Persoalan tentang hidup bunyinya bingit seperti ada nyamuk dalam kepala. Diketuk tidak mahu keluar. 

Awalun belajar kenal erti dunia, setiap orang pastikan bertanya: 

"Kenapa Tuhan pilih aku untuk hidup? Hidup sebagai seorang manusia?"

Maka, akan diterimalah jawapan:
"Tuhan cipta seseorang manusia itu bukan saja-saja. Dia punya sebab. Ada hikmahNya yang kita sendiri *tidakkan pernah faham."

"Manusia. Adalah sebaik-baik ciptaan Tuhan. Kau harus bangga dan bersyukur Tuhan tidak jadikan kau binatang dan jamadat."

*tidakkan pernah faham - suatu istilah yang bakal menimbulkan lagi pelbagai persoalan. 

Kalau Tuhan membenarkan manusia mempersoalkan dengan apa yang Dia lakukan, kenapa kita manusia takut untuk dipersoalkan diatas apa yang kita buat? Walhal, yang menilai kita pada akhirnya adalah Dia, Allah yang Maha Mengetahui. (Maha Suci Allah dari segala kekurangan dan kelemahan.)

Buktinya, kita takut untuk mengamalkan cara hidup yang Dia mahu kerana takut dikata orang. Takut riak, ujub dan takbur. Maka, kita pun tidak melakukan apa-apa yang 'diri kita' perlukan seperti kehendak-Nya. Biarpun kita sendiri tahu yang hidup ini adalah sebuah pinjaman.

Kita bertanya, "kenapa Tuhan buat begitu begini...", tapi kita tidak pernah menjawab persoalan: "kenapa aku tidak buat apa yang Dia suka". 

Hidup, pilihan yang infiniti.
Dalam hidup jua semua orang dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Yang besar, yang kecil, yang sukar, yang mudah. 

Kenapa kita memilih?
Untuk pastikan kita dapatkan yang terbaik.

Pernahkah apa yang dipilih itu adalah pilihan yang terbaik? 
Dari sini, kita belajar lagi suatu perkara = "Belajar untuk menerima" bila suatu yang kita pilih itu diluar jangkaan kita.

Expectation. 
Ramai mengalami tekanan dan juga kemurungan hanya kerana apa yang mereka ingin dan mahukan itu tidak setanding apa yang mereka bayangkan.

Kecewa. 
Bila kecewa, timbullah persoalan: "Mengapa hidup aku sebegini?" Tanpa sedar kita persoal kerja Tuhan yang awalnya kita yang pilih.

Dan ia berputar lagi hingga ke infiniti. Seperti gasing dalam Inception. Terperangkap dalam dimensi mimpi kerana realiti hidup itu bukan seperti yang kita impi.

###

Minta dijauhkan persoalan ini dari bisikan syaitan. 
Sepatutnya aku letak title post ni dengan tajuk: Jenis muzik yang aku akan dengar. Tapi, bila aku dah mula nak bebel pasal something, aku tahu ianya akan berhujung dengan 'kemerapuan-yang-tak-sudah"! Jadinya, aku pun meletakkan isu ni sebagai tajuk. -end of the intro-

wallpaper,

Biasanya, dan ianya bukan hanya dialami oleh aku seorang saja bahkan hampir semua orang juga; dimana mereka akan mendengar sesuatu berdasarkan rasa yang mereka sedang alami. Macam sekarang, aku tengah mood 'malas'nya -naudzubillah min dzalik!- jadi aku pasang lagu yang boleh bagi aku aura untuk rajin. Seperti list lagu dari band Starset. 

Untuk jadikan isu dan juga senarai ini pendek, aku akan letakkan sekali dengan video diorang. So, kalau korang nak recommendkan aku lagu ke apa ke an, korang bolehlah jadikan entri ni sebagai rujukan. (apa kau ingat, kau tu artis yang orang akan fikir pasal kau ke? cheh!)

1- Lagu untuk mood kacau dan rasa macam boleh lost ke "dunia dimana membunuh orang itu tidak berdosa"

Aku tak maksudkan secara nyata. Itu hanya imaginasi yang sukar dimengerti hinggalah kau sendiri alami. Aku kenal lagu macam ni bila liriknya lebih sense dan lebih dekat dengan pendengar. Macam aku.


Dan biasanya, kepuasan untuk lagu begini tak ramai yang minat. 

2- Bila lost dalam "dunia deepthought" 

Dia kadang aku suka yang tanpa lirik. Hanya irama dan alunan muzik yang menterjemahkan rasa. Ianya kadang lagi sedih dari yang punya lirik yang sedih. Tak...dia bukan sedih tau, dia macam takde rasa apa-apa. Dia "hilang"!


Biasanya ianya sesuai untuk menenangkan aku. Seolah memujuk diri saat terjelepuk...dan bila suatu benda yang sukar untuk diluahkan. Sebab takut pemikiran saat ini akan mencemar reputasi akan datang...jadi, cara terbaik hanya biarkan diri aku "hanyut"...


3- Windy feeling

Aku tak tahulah...tapi lagu ini macam lepas aku keluar dari dunia "lost" aku tadi, lagu inilah yang akan kembalikan hari-hari aku....dia tak bagi semangat yang tinggi pun, cukuplah dia ada untuk temani...


4- Bila jiwa Islamik menyapa...

Aku akan pasang playlist nasyid zaman yang pernah aku hidup suatu tika dulu. Lagu dari kumpulan ni..akan bawak aku lari ke dua dekad yang lalu. Nasyid yang liriknya akan sental jiwa aku yang penuh lagha.


Kadang, aku rasa...aku masih 'tidak hidup' pada masa sekarang. Atau kata lainnya, aku lebih banyak hidup pada masa lampau dan masa depan. Hingga masa sekarang, aku tidak endah. Sebab suatu hari nanti, aku pasti akan ingat masa sekarang dan hargai masa depan. Jadi, masa sekarang aku banyak habiskan dengan apa yang aku rasa aku tak dapat buat pada masa akan datang dan apa yang aku tak dapat tunai pada masa lepas...

Kesimpulannya, dengan muzik, aku boleh time-travel. Forward and backward without any cost. 

Apa ke aku takde lagu happy-happy untuk buat semangat kemas rumah ke apa? yang boleh didengar oleh semua orang dan diterima pakai muziknya?

Alaaa...kalau nak yang itu dengar radio sudahlah...tapi, bab radio punya channel ni pun aku cerewet gak. Yang mana banyak iklan, asyik pusing lagu sama tu...kirim salam ajelah..

So, channel apalah yang aku dengar?
- Best fm
- Cats fm
- Traxx fm

Tapikan, aku okay je kalau time aku dok cari channel tu, tetiba pasang lagu yang aku minat, aku akan dengarlah sampai ke sudah radio tu. Tak kisah sebenarnya...mana-mana pun okay..asalkan time tu mood aku nak dengar radio...-boleh tahan keling jugak aku ni ye? hahahaha-

###

If you want to know someone mood, look at their playlist. They don't listen to it randomly. They do have an undescribed strong reason that can't tell directly to us -The people- 
Ini adalah frasa yang sangatlah aku kurang gemar bila datangnya mood mengemas aku. Tak kiralah kemas rumah ke, kemas barang untuk duduk jauh ke...janji semuanya berkaitan dengan -perpindahan dari satu tempat ke suatu tempat baru-

Kadang aku sendiri hairan, kenapa barang aku boleh jadi sebegitu banyak. Orang tanya; 
"Ko bawak apa yang banyak sangat tu ha? Dah macam lari dari rumah dah aku nengoknya"

Kau tanya aku? ! Aku kau tanya?? Manalah aku tahu! 😟 maybe because of the phrase -"don't throw it. You will never know it can be useful one day.."- dan aku pun menyimpan semua barang seawal aku mula duduk asrama dulu sampailah aku menyewa. 

Kemudian aku pun bising pada diri sendiri;
"Benda apalah yang aku simpan ni? Huh! Makanan expired pun masih berguna ke?"

Dan aku pun memulakan operasi *mengemas dihari yang mood aku tengah ada semangat *mengemas.

Maka, berlaku lagilah detik;
"Ini macam sayang je nak buang...memori ni..simpan tepi dululah.." sambil tangan ambil lagi satu item lain.
"Ini pun, orang kasi. Sayang kalau nak buang macam tu je. Simpan jerlah...mana tau esok lusa berguna..." -Walhal ianya hanya seketul pemadam- Pemadam yang ada kartun Bella si beauty and the beast tu...-

"Eh? Aku masih simpan buku ni lagi? Tak sangkanya...dah kuning dah tulisan..hahahahah kelakar pulak rasa." -Buku yang bermula muka surat pertamanya dengan gambar Awal Ashaari- OMG! OMG!! - Macam tak percaya dulu kala aku peminat awal!! 😱

CD Syurga Cintalah...huuuu CD pertama yang dibeli dengan duit raya. Mana boleh buat sesuka hati. Oh my!

Ini baranglah, kalau aku letak dalam almari kaca...silap hari bulan boleh jadi muzium!

Dan definisi *mengemas aku hanyalah:- Membelek barang dulu kala sambil mengimbau kenangan!

Itulah sebenarnya realiti yang tak pernah dan sukar untuk dibuang. Bila aku buangkan, misalnya macam sesuatu yang tak ada dah wujud pada masa ni, ianya akan menimbulkan satu kekesalan yang kuat dalam diri aku..

Sentimental-kah aku???

Lecturer aku pernah menggelarkan aku 'kotak-hitam'. Yang kalau hilang tu, memang habislah data. Itulah kata beliau.

Aku bukanlah sehebat 'kota-hitam', cuma aku ni jenis...perlukan sesuatu untuk dikenang dan mana tahu untuk rujukan generasi akan datang...-jika ianya berbaloilah untuk mereka- Jika tidak pun, paling kurang mereka-kan ambil pengajaran.

Sebenarnya semua barang itu aku sudah hafal, dan aku hanya "terngiang" dalam kepala segala barang yang kononnya 'akan berguna pada masa depan tu'. So, gambarnya takde...yang ada hanyalah....hurm...memang takde sekarang..sorry...

Air ribena hari tu pun, aku tak minum. Aku simpan. Buat artifak.

Kalau setiap kerdipan mata itu punyai hasilan gambar beserta cetakan tarikh dan peristiwa, aku rasa akulah orang yang akan mengerdipkan mata dengan kerap! Gila!

Aku pun segan nak tunjuk betapa banyaknya khazanah yang aku miliki. Tak termasuk yang aku terpaksa tinggal. Oh, sedihnya terpaksa berpisah dengan 'mereka'. 😭

Okaylah..tu je kot nak cerita mengenai frasa: 'mungkin ia-kan berguna suatu hari nanti..'

Dan sampai kini, aku masih tersekat dalam dunia memori. Kerana realiti itu menggerunkan! hah...

###

Antara 'mereka' yang tidak dapat diselamatkan...
Kenangan bersama kalian adalah saat yang paling aku hargai. Terima kasih atas segala memori...

headphone
Menemani selama 2 tahun yang mencabar,,
sandal
Tanpa kamu mungkin aku takkan dapat berjalan sejauh ini...

selipar
Peneman ke Langkawi 2014 
"Kadang tak semua dapat kita paksa untuk bersama kita hingga akhirnya...thing change...even jamadat pun boleh bertukar inikan pula sekeping fikiran naluri manusia..."

Maybe, one day...this entry will be useful...maybe...
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    4 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    14 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    23 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026