Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Hai there! Apa khabar kalian? Alhamdulillah baik-baik saja semuanya. Minggu lepas terlalu banyak perkara yang aku nak review...pertamanya tentang tiga buah teater yang aku tengok;
  1. Rasa:Jiwa 3.0 by AKSES
  2. Krue-se (Faizal Tehrani) by Aksara Seni
  3. Setanggi Serapah by Anomalist
Ikutkan ada lagi satu malam ni, Genesis by Faculty Law. Sayangnya, petang ni aku dah kena pergi kem. Jadinya, terpaksalah lelong tiket tu pada kawan lain. 

1- Rasa:Jiwa by AKSES ***


Poster, teater, rasa jiwa, akses uitm shah alam

Dalam teater ni ada 5 cerita berbeza. (Janji, Kesal, Setia, Panas dan Dahaga Kasih). Dari tajuk dia kita boleh tahu yang kisahnya banyak berkaitan dengan kecelaruan perasaan antara satu atau dua orang manusia. Antara lima, tu aku paling terkesan dengan cerita akhir sekali. Mantap dan hebat lakonan dia! Seorang bawak lima watak! Memang terkesan sangat...mana tidaknya dia lakonlan watak seorang autism yang dipandang serong. Sedih sangat... 😭sempatlah bergambar dengan pelakon masa akhir tu.

teater, dahaga kasih, akses


2- Krue-Se by Aksara Seni ****
Cerita dia awalnya aku tak faham. Mungkin sebab tak pernah baca buku dia kot. Tapi, apa yang aku kagum dengan teater ni adalah baju dia semua lawa-lawa... (well, perempuan...😂) aku pun dah lupa siapa penaja baju tu. Tapi, selepas 30 minit berlalu, baru ada faham sikit. Pasal Abdullah, Nisbah, Fatimah,...sakit jugaklah bila berada dalam situasi macam tu.

Cerita dia dilakonkan pada zaman Pattani dulu. Latar tempat dia Pattani dan Madinah. Latar masa dia mungkin zaman 40-50'an. Itu dari apa yang aku tengoklah. Mesej yang dia nak sampaikan adalah elemen kesetiaan. Tak semua orang sanggup untuk setia...

teater, poster, krue-se, uitm shah alam, aksara seni

Kebetulan masa tengok teater ni, hero Chowrasta iaitu Chem Amar tengok sekali. Maka ber-welfie-lah kami...😁dan senior masa dalam kelab teater dulu pun berlakon dalam teater ni, tukarlah cerita berita semua tu, dan macam biasa bergambar dengan aktor kesukaan.

3- Setanggi Serapah by Anomalist ****
Dengar je teater dari Anomalist, cepat-cepat aku book tiket. Tak menyempat dah!😅 Memandangkan minggu tu aku ada kem, terpaksalah tengok tayangan tu pada hari pertama. Wow! memang hebat dan terbaik! Agak seram sikit, sebab masa tengok tu malam jumaat pulak, mahunya balik tu terbayang dan terngiang segala lagu...giler r...aku siap nak berdiri atas kerusi lagi..nak kata teruja tak teruja dia. Kemas dan cantik! Akhir sekali mestilah bergambar dengan si hero...ngeh ngeh ngeh...

Apa yang aku dapat dari cerita ni pulak, kalau nak orang setia, jangan sampai salah guna cara. Niat tak menghalalkan cara...

setanggi serapah, teater, anomalist production,

Ada satu teater yang aku terlepas tengok sebab dia buat kat Puncak Alam...memang susah sikitlah nak pergi kalau takde kenderaan sendiri. Iaitu Mandatori by Malice Movement. Wonder jugaklah cerita ni pasal apa...huhuhuhu 

mandatori, poster, teater, uitm puncak alam, malice movement

Teater loverkah aku? 😃 Hurm...entahlah..tapi selagi ada teater yang ditayangkan disekitar kawasan aku dapat pergi, memang aku akan serbu...memang weh...lagi-lagi 1-4 Disember ni Anomalist ada buat Projek K(dengan nombor tiga kecik dibahagian atas)

teater, anomalist production, projek,

So, kalau antara kalian ada yang teringin dan berminat tengok teater dari Anomalist ni, jangan lepaskan peluang untuk serbu teater yang akan datang ni. Aku? ada rezeki, insyaAllah aku pergi...

Berakhir sudahlah kisah teater untuk hari ini. Nak pergi tengok dengan aku? beres...takdak masalah...😎 gerak lu.. pape roger awal...okeh? .

Thanks for reading!

p/s: seronok pulak main emoji dalam blog ni since dia dah update...😆😆
Kepada kamu, 
terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku ^_^

Kamu yang sentiasa buat hariku ceria walau sebenar ia kelabu suram. 
Kamu yang sentiasa ada dikala aku bermuram durja. 
Kamu yang tak pernah jemu walau aku meninggi suara.
Kamu, yang akan hadir saat aku tiada siapa.

cerita rindu, hanya kamu

Kamu itu bilangannya tidaklah ramai
Mungkin dua orang atau tiga,
Mungkin juga hanya satu
Di setiap tempat yang berbeza

Kamu tahu...
Yang tanpa kamu
Aku hanya sang bisu


Apa khabar kamu?
Apa khabar hatimu?
Apa khabar keluargamu?
Lama tidak bertemu
Moga semuanya sihat selalu

Kamu tahu...
Yang cerita tentang kamu tak pernah lekang dari buku
Ada saja mahu dicoret,
Ada saja mahu dicerita
Saksi saat ketiadaanku
Untuk tatapan kamu

Kamu itu orangnya baik,
Bijak dan cerdik usah dikira
Lebih pula petah bersuara
Bertuah mereka

Kamu,
Mungkin kamu sedang membaca
Berfikir siapa 'kamu' yang kucerita
Padahal 'kamu' tahukan,
Cerita ini untuk kamu
Tapi kamu ragu
Kerna aku jarang memberitahu
Yang aku sayang padamu

Jaga hati jaga iman
Tidak kira makmum atau imam
Kerna tiada jaminan
Untuk tetap beramal

Dari aku untuk kamu,


Malam ini suramnya tidak kelihatan, 
kerna dilindungi sang hujan yang berpanjangan. 
Bulan yang terang juga gagal dikesan 
walau direnung secanggih alatan
Orang pernah kata,

You don't write because you want to say something, you write because you have something to say...

Dunia  penulisan,
takkan pernah ada tarikh luputnya. 
Dunia pembacaan, sentiasa ada pasang surutnya. 

Orang kata juga;
penulis itu anugerah.
Sama seperti melukis.
Tapi tidak memasak.

menulis, diari, penulis, pen, buku

Semua orang boleh menulis, semua orang boleh melukis dan semua orang boleh memasak. Yang bezanya adalah sedap atau tidak, cantik atau tidak...tapi, tak semua orang menolak untuk terus menghukum kita dengan memboikot apa yang kita usahakan. Sebabnya manusia ni unik. Apa yang tak indah di mata mereka, mungkin indah di mata yang lain. 

Seperti juga kesukaan kita pada seseorang. Tipikalnya, ramai orang akan berkata, 'putih itu cantik'. Tapi, bagi aku...sawo matang, hitam manis itu lagi lawa...ya, memang putih itu cantik, tapi hitam itu menawan. Jadi, disini tiada beza. Dua-dua seri. Samalah seperti penulisan seseorang itu.

Dunia pembacaan.
Setengah orang suka bacaan santai, sebab apa? Mudah hadam. Setengah orang pulak hanya membaca cerita berkisar konspirasi, dajjal, dan perjuangan, alasan..ianya lebih realiti, membantu meneguhkan jiwa, memberi semangat untuk hidup lebih bersiaga. Lain orang pula, mereka sukakan sesuatu yang ada lakaran; komik - siapa tak minat komikkan? - Ada juga yang lebih cenderung untuk pembacaan awam, seperti biografi, motivasi, pengalaman, dan lain-lain lagi.

writing quote, anne tyler

Ini baru sikit aku tolong huraikan, Itupun dah rasa teleng kepala ni nak hadam. Kalau ditanya aku suka genre apa? Laju aku akan jawab; konspirasi, sejarah, self-development, biografi dan kewangan. Ah! semualah senang cerita. Buat masa sekarang, novel aku memilih sikitlah. hahahaha

Okaylah, bayangkan kalau aku jadi penulis pulak. Tak terbayang weh!! gelakkan diri sendiri,..ada ke orang nak beli buku kau tu ha? Entah cerita merapu manalah yang kau nak olah..dan seterusnya... idea untuk miliki karya sendiri ditatap umum itu terus tertimbus hingga ke kerak bumi dan dibaling jauh! sejauh planet pluto. 

Dulu, jika disingkap tabir sejarah itu, benar aku lebih cenderung pada seni sastera, tapi kerana percaya sastera tidakkan membantu aku pergi sejauh angkasa, maka aku pilih untuk menutup tabir itu dan dipaku rapat. Malangnya, tabir itu masih kuintai hingga ke hari ini dan sehingga tercetusnya sebuah blog yang kukira tiada orangkan faham apa yang aku sampaikan kerana ideologi yang kubawa terlalu sarat dengan emosi yang tak terluah oleh suara. Aku terlalu banyak bisu dan bermain dengan aksara sehingga orang jemu untuk membaca. - Dan disitulah aku hentikan anganku untuk menerbit walau sebuah buku-

Besar peranan penulis ni. Sampai aku mati pun orangkan tetap ingat. Paling tidak pun seorang. Paling r...

Aku? jadi penulis?
-tarik nafas panjang,... - penulisan aku tiada nilai untuk dibayar dengan wang ringgit pembaca, cukuplah aku mencuri masa orang untuk membaca laman tak bertauliah aku ni pun aku dah bersyukur giler! dapat satu komen pun dah senyum sampai langit. 

Suatu hari suram bersama pelangi malam, aku bertanya seseorang itu tentang terbitan buku hari ini (atau lebih detail lagi tentang puisi)...dan jawapan yang aku terima adalah..."Puisi bukan sekadar medium luahan hati.." Terdiam kau! -akulah yang terdiam- mananya tidak, dah aku macam orang yang disua lada, dah tahu pedas pergi juga makan..

benjamin franklin quote, writing,

Puisi moden. Namalah puisi moden, Tapi jiwa orang yang suka membaca ni, dia macam takkan pernah berkira dengan buku. Sebab setiap buku itu ada isi dia sendiri. Walau satu. Tak mampu beli, sanggup pinjam kat library. Nak, nak pulak library kat sini banyak. 

Aku membaca bukan sebab penulisnya, aku baca sebab tulisannya. Isi. Sebab aku pernah jadikan sebuah buku ni sebagai sahabat aku. Dia ada waktu aku tengah hilang arah, buku tu penulis hadiah kan untuk kawan dia yang telah pergi. Simple but worth. Berjuta kali aku baca, aku akan berakhir dengan persoalan yang berbeza. Buku tu penuh conteng, banyak kena high-light, banyak kena bookmark. Buku tu dah bersama dengan aku since 2008. Sampai sekarang...

Dahlah, aku nak bagi gambaran kalau aku jadi penulis, ada buku sendiri ada kedai buku sendiri...tapi dah jauh menyimpang...cukuplah buat masa ni, aku jadi penulis kat blog dulu...standardlah penulis ada blog kan? hahahah -itu jawapan orang yang takde blog bila dia tahu penulis ada blog-

Aku bukan Hlovate,..yang mencipta Jade. Bukan Nurul Syahida yang menggarap watak Pyan..bukan jua RAM...yang menghidupkan laksamana sunan dalam lipatan sejarah...

Jika aku penulis,
Aku mahu dia jadikan tulisan aku sebagaimana aku menghargai setiap penulisan orang, tapi layakkah aku? 

Kalau aku jadi penulis,
bersediakah aku dengan cabarannya?

sedih, termenung, menunggu, bear,

Generasiku,
Jika kamu menjumpai tulisan aku dicelahan buku mahupun komputer riba setelah ketiadaanku kelak, awalku berpesan, ambillah mana yang jernih...dan usahlah kamu pertikaikan apa yang keruh..kerna boleh jadi, itu adalah luahan emosi aku yang tak terluah pada manusia diwaktu itu. Gusar, kamu tidak mampu mendengar, jadi kutulis sebagai hilangkan rasa...bagiku, tulisan adalah bukti yang aku hidup hingga hari ini...jika ia terhenti, maka tahulah kamu dimananya aku...

-Thanks for reading...
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: PART 8 - SYAWAL 1447 :.
    2 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    7 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026