Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Hati itu ada dua. Hati yang boleh dilihat dengan mata kasar dan hati yang boleh merasa.
Hati itu kalau tidak dipelihara, boleh membuatkan minda/akal kita lumpuh bersama...

Ah! Usah kau berfalsafah tentang hati, jika hati sendiri pun tak pernah dijaga.

Kau tak pernah ada masa aku perlukan. Kau selalu menyepi bila aku ajukan soalan, dan bila aku kian berjauhan dari apa yang kau mahukan, kau mula berhujah yang aku seperti orang tidak bertuhan! Kenyataan kejam apakah itu?

Minda berceloteh tanpa menoleh pada agama. Hati ditahan daripada mengata perkara yang sia-sia. Diikat oleh Ammarah dan Ego yang kian menuntun jiwa nurani yang dulunya seperti salju. Dulu...itu dulu kawan...


Dalam satu jasad, mustahil tiada perbalahan. Hati, raja dalam diri dijadikan tawanan oleh Minda. Minda yang dikatakan tidak percaya pada Tuhan. Minda yang menyerap ucapan luar.  Minda terus menghukum Hati. Lantas Hati dipenjara dari memiliki rasa. 

Minda vs Akal.

Akal merencana untuk menumpaskan Minda yang sedang menghukum Hati tanpa diselidik. Minda keliru...hampir Minda melarikan Akal waras bersama jauh kedasar hempedu. Kalaulah boleh...kalaulah boleh. Tapi, Akal memihak kepada Hati. Ini bermaksud, gelodak perang dalam diri mula tercetus sama seperti situasi yang melanda Turki. Bahkan lebih dashyat dari itu. 

Itu dari presepsi Minda yang telah diselaputi Ego. Ah! Ego dan Nafsu sedang mencuba untuk merampas kuasa raja dalam diri! Mangsanya adalah Fizikal dan jasad lahir yang luarannya nampak sempurna tapi dalamnya teruk binasa...


Hati.

Hati meratap dalam penjara ciptaan Akal dan Minda yang bersengkongkol untuk menumpaskan kerajaannya. Dari sistem beraja kepada sistem liberal. Dia tewas. Tewas dalam kejayaan yang menjadi topeng manusia. Manusia yang tiada peri. Dia benci! Istighfar bukan lagi untuk menyucikan ammarah, tapi untuk menipu diri. Hipokrit! 

Ego.

Ego menepuk dada bagi meredakan kekusutan yang melanda Hati. Dia tahu Hati sedang gelisah. Dia tahu Hati sedang resah. Kacau dibuatnya. Gara-gara ucapan yang mengatakan jasad mereka hidup serupa tidak punya agama, kerajaan mereka goyah. Ingin Ego memainkan peranan dan menyebarkan unsur nasionalisme dengan mengambil langkah yang lebih agresif...

"Jika dunia luar katakan kita jahat, mengapa perlu sajikan kebaikan pada mereka? Mereka tidak tahu apa yang kita hadapi, mengapa kita yang harus tunduk dan menyerah tanpa sebarang bukti dan saksi?"

Ammarah memainkan lagi peranan.


"Mereka harus dihukum! Sama seperti apa yang mereka telah lakukan pada kita. Kami mahu adil dan saksama! Hukum mereka! Hukum mereka!"

Sorakan gila Ammarah menutup Minda dari mendengar tangisan Hati. Hati tewas. Untuk kesekian kalinya hati dipenjara oleh Minda. Minda yang taksub pada 'kebebasan'. 


Minda kalah dalam menang...
Hati dalam tawanan...
Menanti askarnya yang lena...
Bicara sepi tanpa suara jua bisa timbulkan suasana yang tiada siapakan suka.
Holla there!
Kabare kalian semua? Aku doakan korang semua sihat hendaknya sempena bulan syawal ni. Apa cer raya tahun ni? Mesti meriahkan. Yelah, mana ada kelam kelibut nak balik kolej dah...oh, ada jugak ek yang exam sebelum raya? bertabahlah :)

Sebelum terlambat, aku sofieadie dari Miri, ingin mengucapkan salam aidilfitri untuk semua warga muslim yang menyambutnya pada tahun ini. Semoga bulan Syawal kalian tetap meriah dan ceria hendaknya....Maaf zahir batin dari saya, andai ada yang tersinggung sepanjang mengenali insan kerdil ini....



Apa cer, dah lama tak update blog, lepas tu lip-lap-lip-lap...dah raya....oh, kemalasan apakah yang melanda jiwa ini? Oh, rezeki bulan ramadhan hari tu, aku belanjalah blog aku 'baju baru'. Patutnya hari tu lagi aku patut cerita. Tapi, masih 'tak berkesempatan' aka MALAS! huhuhuhu

Start puasa hari tu, faktor kekangan masa yang sampai tak ber-update blog ni. Ni time raya, tadak buat apa-apa pun masih jugak tak ber-update. Masa mood nak update datang, blog buat hal. Tak boleh bukak bagai. DNS error katanya...lepas tu aku try bukak tempat lain. Sama jugak. Last-last aku adu dekat tempat aku daftar domain. Lepas tu, mood nak nulis pun dah merajuk....adalah dalam dua tiga hari takleh bukak...sedih wooo!

Untuk pujuk balik mood menulis tu, aku belanjalah 'baju raya'....tadaaaaa!


Begitulah kisah penuh emosi raya sofieadie....

Raya tahun ni, kitaorang buat open house lambat sikit...nextweek baru open house. Mana yang ada sekitar Miri pada 22 Julai 2016 nanti, (sila masukkan tarikh penting ini dalam jadual anda...) kalau rasa nak makan free, jemputlah maghi ke rumah. Menunya masih belum diputuskan lagi. Tapi, yang pastinya...sushi memang ada. Oh, tak lupa juga pelbagai aneka kek lapis sarawak homemade! Tabiklah kalau yang jejauh sanggup datang... kalau rajin, aku updatelah situasi open house tu nanti...(kalau rajinlah....)

Tu je kot cerita raya untuk hari ni...Thanx for reading! 

p/s: awak yang dapat kad raya dari Miri tu, dah dapat ke belum? 
Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua! 
Sebelum memulakan entri dengan lebih lanjut, bersamalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Prof.Izzi yang baru saja pergi tengahari tadi...Al-Fatihah...


Masa awal masuk UiTM dulu, time MDS akan ada satu ujian Matematik. Dimana ia mengasah balik skill matematik kita. Time tu, aku jawab semberono je...sebab of courselah yang banyak guna formula tu aku tak dapat jawab. Even dia kasi berjuta pun formula. Lepas tu, aku fail!

Maka naiklah nama aku dalam senarai pelajar yang mengikuti kelas intensif matematik. Sebelum sesi kelas bermula, Prof. Izzi telah menjadi motivator untuk pelajar lain yang seangkatan dengan aku. Motivasi dari beliaulah yang membantu aku untuk dapat A dalam setiap subjek yang memerlukan kiraan...dan hari ini, beliau telah pergi...amanlah beliau disana....

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kitakan kembali...

Ramadhan tahun ni, terlalu banyak berita sebegini berlaku dikalangan orang yang aku kenal, atau mungkin keluarga aku kenal...terasa begitu dekat sangat dengan waktunya. Setiap hari, bila ada sesuatu ganjil yang berlaku, hati mesti terus berdetak...

Ya Allah, jika ini Ramadhan terakhir kami, Engkau bantulah kami untuk menjadikanNya yang terbaik antara yang terbaik sepanjang hidup kami... -Amin-

Hari Jumaat yang penuh barakah...semua orang impikan untuk 'pergi' pada hari Jumaat. Semoga diperkenankan olehNya...

Salam Lailatul Qadar...
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    2 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    12 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    21 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026