Siapa pernah rasa macam ni? Rasa macam blog korang dah jauh dari motif utama korang cipta blog? Pastu berlakulah peminggiran terhadap blog kerana blog bukan lagi satu keseronokan...huhuhuhu
Aku tak taulah pasai pa dua tiga menjak ni, aku rasa blog aku kind of tersasar dari apa yang aku nak. Dia macam takde jiwa aku dalam blog ni. Rasa kosong gitu! *Tarik nafas, turun nafas....helaan yang panjang!* Tandanya, aku perlu betulkan balik keadaan.
Untuk mencari balik kompas blog aku yang hilang tuh, aku terpaksa buat 'QnA dekat diri sendiri'. Sesi temu bual ni dah bermain dalam minda aku sejak balik dari diploma ri tu.
Soalan pertama: Apa tujuan blog ni dibuat?
- Untuk kongsi cerita, pengalaman, hujah-hujah yang tak boleh disuarakan, erm...berdebat dengan hati sendiri...mostly personal thingy...
Kau rasa ada ke orang nak baca cerita merapu meraban kau tu?
- Erm....agak sukarlah nak jawab. Kadang tu adalah, kadang tu takde. Tapi, tak kisah sebabnya blog suka-suka...
Target utama kau berblogging?
- Just for fun! Takde target tinggi. Tapi nak jugaklah merasa view beribu riban... $_$
Pernah tak, nak jadikan blog satu platform penciptaan identiti maya?
- Pernah! Tapi dah macam tak dah, sebabnya maya dah masuk realiti...
Kesilapan yang menyebabkan kau hilang kompas?
- Bila jiwa aku tak turut serta dalam aksara yang aku taip. Rasa kosong!
Pernah tak terfikir nak jadikan blogging sebagai pasif income?
- Masa awal aku buat blog ni, aku tak fikir sangat pun pasal tu...tapi kalau ada rezeki tu, aku tak tolaklah...
Percaya tak kalau aku kata, fokus utama kau lari sebab tu?
- Hurm...maksud kau?
Kau buat blog untuk suka-sukakan? Lepas tu bila kau ada peluang buat duit dengan blog, kau punya fokus utama untuk blog tu dah lari sebab kau lebih teruja nak jadikan blog kau sebagai income. Kau pun cari jalan untuk semua tu...tanpa sedar, identiti kau sendiri dalam dunia blog tu hilang...
Ooh...tapi aku tak rasa pun macam tu...adalah sikit...sikit jerlah rasa gitu.
Habis tu, kau rasa sebab apa blog kau hilang kompas kalau bukan sebab tu?
.....
Dan sesi perbualan tamat begitu saja, tanpa aku tau jawapan dia. Mungkin aku tau...ya aku yakin aku tahu...cuma bukan kompas yang hilang. Aku yang baca kompas terbalik! Dush!
Antara tanda awal blog hilang arah yang dialami oleh aku adalah bila hilang rasa seronok untuk buat entri dan aku rasa terbeban padahal blog sendiri tuh, bukan blog orang lain...
Memang perubahan itu menakutkan, tapi selagi kita tak berubah, kita takkan kehadapan...
Maka, koreksi diri sendiri balik, lagi-lagi sempena Ramadhan ni...buat blog pun kena reflect balik diri sendiri. T_T Sebab blog tu satu identiti jugak. Bila blog kita hilang kompas, arah atau jauh dari sasaran yang sepatutnya, cuba tanya pada diri;
- Bermanfaatkah blog aku untuk dibaca?
- Berbaloikah orang membacanya?
- Jika blog dijadikan satu buku jurnal, agak-agak setimpal tak dengan harga?
- Friendly user tak blog aku nih?
Paling tidak punkan, aku selalu jugak fikir, kalau aku pergi dulu tanpa sempat pesan dalam wasiat pasal blog ni, agak-agak blog ni dapat jadi jariah aku ke?
Kadang blog ajar aku banyak perkara. Dia buat aku rasa macam "dunia ni ana yang punya!". Tapi dalam masa yang sama macam burung unta yang menyembunyikan kepala dalam pasir. Burung unta?
Semakin lama pengalaman kita berblog, semakin kita tahu arah blog kita yang sebenar. Betul dak?
Aku kira newbie what, sebab baru tiga tahun. Kalau ikut tumbesaran manusia, bertatih lagilah aku ni. Tu pun macam banyak perkara dah berlaku. Boleh pulak tersasar. Adoyai! Maafkan saya, budak baru belajar...
Memang kadang tu, setiap hari aku dok cari cara nak improvekan blog sendiri, tingkatkan kualiti entri supaya orang yang baca pun, rasa berbaloi nak spent masa dekat entri kita. Dua tiga minit yang pembaca guna untuk hadam balik apa yang kita tulis tu, cukup berharga untuk aku. Masa tu lagi mahal tau dari emas.
So, bila aku tengok balik cerita lama-lama aku, rasa macam...agak-agak orang hadam ke mesej yang aku nak sampaikan? ke terlalu tinggi metafora yang aku guna sampai tahap bombastik dan orang kena ulang dua tiga kali baca, dan bila fedup, 'x' lah jawabnya....what a sad ending! T^T
Itulah yang terjadi bila blog hilang kompas...
Kalau keadaan ni pernah berlaku dekat koranglah kan, korang akan buat apa?
Thanks for reading! :)
p/s: aiyak! mintak ampun kalau entri ni banyak buat korang sentap...ngeeee...








