Tinta tanpa dakwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

“Tanpa sebarang keributan, nescaya blog inikan terdampar sepi…”

Ya, ya, ya….masakan ilhamkan muncul dikala jiwa sedang lena? Masakan ideakan menjelma tanpa sebarang keserabutan. Hipotesis keracauan jiwa mula tercipta. Semakin itu, semakin ini….Dikala itu, dikala ini…ahhh!!!!! Kacau!

Helaan kegalauan dimuntahkan. Hijau sekali warnanya…ku fikirkan biru kelabu…hahahahaha

Buku berlambangkan tengkorak itu ditatap lama. Separuh dari lembarannya sudah penuh dengan coretan. Adakala tulisannya rapi tersusun seperti tiada ribut yang meniup, ada waktunya pula seolah ditulis diatas kapal yang kehilangan sauh dan dilanda garuda….buruknya mengalahkan cakaran ayam tanpa kasut! Perlahan pena berdakwat hitam digapai….penutup dicampak ketepi…

Ramadhan 17, 1439H
Saat hati hilang mencari kedamaian dihujung dunia, saat itu jua kaki terpasung kaku pada dunia yang fana. Jiwa semakin tenggelam dalam angan yang tiada benarnya. Khayal menggamit hampir butakan rasa ketuhanan pada yang Esa. 

Dia…suatu jawapan yang tiada kepastian. Kenapa?

Aku nak lari….

Ke mana duhai hati?

Ke sebuah negeri yang tiada penghuni…

Tidakkah kan menambah sepi?

Kerna ramai buatku lupa diri…

Kenapa?

Oh…tintanya sudah kehabisan dakwat.
Tiada cetakan, tiada pena….hanya omongan di laman sesawang. Tiada siapakan kisah.

Hidupkah sang penulis? Matikah hatinya? Elokkah pernafasan jiwanya?
Sama seperti….
aksara yang bermain dalam benaknya…menari tanpa henti.
Bicara tanpa suara.
Tapi bingitnya bisa memekakkan minda!

Jeda.. . . . .

Langit biru ditenung. Seperti tiada apa yang ditanggung pada awanan. Sudah lama tidak sebiru ini. Biru. Kelabu…dia termenung lagi….

Aku rindu…rindu pada sesuatu yang tiadakan sama seperti dulu. Mengertikah kamu?
Kelak akukan berhenti. Mungkin seketika…pada apa…kemana dan kenapa…mungkin sukar untuk dicerita. Tapi yang pasti aku mahu lari…seketika cuma…mencari rasa yang semakin jauh dari mayapada yang sepatutnya….

Jauhnya tiada berkejaran…risaukan rasa yang pergi itukan mati terdampar di tandusan yang tiada kehidupan. Mati….

Mati…..

Semoga jiwa yang hilang itukan kembali pada suatu yang hakiki…bukan lagi sekadar ilusi….

Tinta. Tanpa. Dakwat.
Dibiar sepi tanpa ayat yang mungkin kamu dimasa hadapan tidakkan faham.

Ya kamu yang ralit menaip mencari pemula bagi sebuah kehidupan…

Keep reading on

Kehidupan normal seorang pelajar

Khabarnya minggu ni result SPM akan keluar. Cuak dia tak payah ceritalah. SPM ni lah …

4 Tips to finding MLS listings

Home buyers often face many hurdles before finding their dream home. The most significant challenge …

A Good Goodbye 2018

Sebelum aku memulakan ulangkaji bagi exam pada petang esok, sukalah aku katakan Selamat Tinggal 2018! …

#Gift4them: Dalam proses

First of all, aku minta maaf kepada semua rakan blogger sebab dah dua hari tak …

7 Lies I keep repeating on myself

Holla there! It’s been a century I didn’t write any post. Piuh! Say farewell to …

Pyan aka Ammar Sufian

“ASSALAMUALAIKUM”Ini bukan kisah syok sendiri, tapi realiti yang tak pernah wujud.Kisah si Pyan ni bermula …

Any thought?

0 thoughts on “Tinta tanpa dakwat”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *