Open Box Sale by Sofie Adie

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salam Maulidur Rasul buat semua umat islam yang meraikannya. Alhamdulillah sempena Maulidur Rasul ni, cuaca tenang elok je sayu dan sejuk menyelubungi hari kita.

Jualan Open Box dengan harga murah!

Bulan lepas kita ada banyak item yang hendak diletgo dan masih ada dalam stok kita. Kot ada diantara para blogger dan pembaca semua yang berminat untuk cuci mata dan berkenan dengan satu dua item dalam Open Box Sale ni, korang boleh cuci mata dekat sini okay

👉https://canva.link/rw8xbwg93dd7mlm

Itemnya semua masih dalam kondisi yang sangat elok

Durian Runtuh

Rezeki hari tu mencari barangan bekas kaca, since kita dah nak kurangkan pengunaan bekas plastik, nah sekali dapat full set bekas kaca siap sekali dengan bekal makuk tingkat lagi. 

Barangan ni cik abang kita yang sponsor tapi banyak pulak lebihannya. Mana yang berada di area berhampiran, bolehlah kita hantar ke rumah, kalau jauh sikit, boleh guna khidmat GrabExpress atau Lalamove. 

Katalog ni ada juga disediakan diruangan sidebar blog ni, supaya mudah untuk para pengunjung skrol dan terus DM kita kalau ada yang berkenan. 

Paling mudah, just DM di FB, IG ataupun Threads. 

Open Box Sale by Sofie Adie

Sampai bertemu lagi di entri akan datang!

Catat Ulasan

0 Ulasan