Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

"Kau sedia ke untuk hadap semua tu nanti? Jadi bukan prioriti?" soalan dijawab dengan senyuman.

Baik dia diam dari meneruskan hujah pada manusia yang tidak berada di sepatu kita. Diam kerana manusia itu hidupnya suka memberi spekulasi. Diam kerana dia punya hak untuk mengabaikan soalan.

"Habis tu, bila dah tahu, memang nak proceed ke?"

Diam lagi. Sengihannya memang tidak membantu kata orang. Bagai kerang busuknya. Ah, liku apakah ini yang dia pilih.

Kejanggalan menjadi manusia bila dia lupa yang setiap tanduk punya mata sekelilingnya. Punya telinga dan lidah serta hati. Biasalah...terlalu betah sendiri hingga dia tidak kisah pada keji maki.

Tipu lagi...

Tidak habiskan dengan penipuan.

Alah, hidup di dunia ini juga terang lagi bersuluh sebuah penipuan. Tiada apa yang benar. Semuanya reka dan dongeng semata. Tiada yang hakiki.

Penat jiwa dia untuk hadap. Namun itu cerita yang mereka pilih untuk tempuh. Cerita kita, kata dia. Ah, dimana aku dalam mereka?

Senyumnya hambar.

"Banyak sebenar cerita kita. Cerita aku yang tiada mata selain Dia. Cerita aku yang tidak pernah punya apa. Ah, masa macam ni lah lagu si Aisyah bergema. hahahah..." selorohnya tawar. Kelat senyuman terasa di jiwa.

Bagaikan melukut ditepi gantang Begitulah aku dalam hidupmu Ada tiada tak memberi kesan Hanya aku menanggung kerinduan...

"Kau boleh je ubah cerita korang ni. Benda boleh ubah..." ujar si teman. Itu cerita tiga bulan lepas. Cerita yang buat dia lari dari semua orang. Lagi.

Tak habis dengan pelarian, sampai bila?

Selama ni dia terlalu ikut kata orang yang tidak hidup dalam cerita dia. Orang kata itu, itulah yang dia patuh. Hasilnya, yang perit itu dia sendiri tanggung. Ada orang yang menasihat tadi di sisi?

Geleng.

Null.

Hanya dia dan dinding suram gelita menemani saban malam. Mujur ada Tuhan di dada.

Hela dilepas seolah bisa memberi ruang pada senak di jiwa. Otak berselirat namun dia tetap tenang. Tenang kerana dengan gelisah tidakkan menyelesaikan masalah. Baiklah di diam-diam tenang di rumahnya sendiri. Tidak lagi menganggu orang dan sibuk teruja sendirian bertanya khabar.

Dia bukan lagi yang itu.

Dia adalah senja. Yang akan berakhir dengan kelam.

Bukan lagi si mentari pagi yang seperti semua orang pernah idam.

"Akak tak faham dengan kamu, akak tak pernah kenal dan berkawan dengan kamu yang terlalu pesimis dan negatif! Mana pergi kamu yang positif, ceria dan sentiasa memberi inspirasi??" dia diam. Diam kerana dia sendiri tidak menahu dia yang diperkatakan itu. Mungkin sudah dia bunuh gamaknya. Mati bersama virus dua tahun yang sudah.

"Nanti kalau kau koyak ke apa, aku ada je ni..." ujar si teman lagi. Dia hanya ketawa. Aku harap aku tak perlu pada koyakan jiwa dan hidup lagi. Penat! Desisnya.

Jika dirinya yang darjah enam melihat pada kondisinya sekarang, gamaknya berbirat tubuhnya di palu tanpa henti. Dia yang usia 12 tahun itu lebih punya jiwa yang matang dari dia yang sekarang. Sengih sendiri sambil menggeleng kepala.

"Usah terlalu menjadi hamba pada dunia. Pada pinjaman yang seketika cuma. Semua akan ditarik, sekelip mata tanpa kau sedar...kau, bagaimana-bagaimana pun kelak akan sendiri. Percayalah...." suasana sepi dan hening. Masing-masing diam. Monolog dia dan dia. Itulah aku yang sentiasa menjadi saksi kala senja. Senja di tengah malam. Kelam bersama ritma menyayat jiwa sebagai kekuatan untuk terusan kuat dan tabah pada jalan bahagia yang dipilih.

Bahagia kita punya derita.

Derita yang menjadi asbab untuk kita hargai setiap bahagia yang mendatang.

Bahagia kita mungkin tidak serupa pada fatamorgana yang awam sering papar.

Bahagia kita sebuah kisah Tenggelamnya Kapal Van Der Wick.

Bahagia kita seperti Pulang.

Bahagia kita jua seperti kisah yang tidakkan menjadi pilihan sesiapa untuk bahagia.

Tapi dia bahagia. Dia tenang dan senang dengan setiap badai.

Orang kata usah berpasakkan rumah ditepian pantai jika ingin bahagia berpanjangan. Namun jarang orang bercerita bahagia dilambung badai itu lebih mahal nilainya kerna tenang itu buat mereka hilang rasa.

"Kau tak usahlah nak bermadah pada kata yang terlalu melangit metafora jika sekadar memujuk jiwa yang sedang parah ke langit kosmos tiada kembali...aku tahu kau sendiri selalu mengilau tangis. Seolah itulah tawa pada jiwa yang terhiris. Kenapa di pilih jalan ini?"

Angkat bahu.

"Alang-alang perit itu biarlah pahit terus. Hahahahaha..." dia ketawa berseloroh menapis setiap esak yang kian menghuni.

"Hidup ni kalau terlalu difikirkan pada koyak semata, sampai bila tidakkan maju. Aku punya cerita aku, dan kau punya cerita kau. Mungkin novel kita tidak sama genre, kisah kita tidakkan tersiar dalam slot yang sama. Ini bukan drama yang dinanti bagi Slot Akasia, Azalea, Samarinda atau apa saja slot yang TV3 tayangkan. Mungkin Disney+ ada...mungkin..."

Senja tetap berakhir. Setiap mula punya akhir. Namun Senja pada aku, selamanya 'kan hadir....

Senja itu mereka sendawa besar selepas melahap empat biji durian. Dan kita bahagia...

Hidup ini bukan sekadar pelangi dan rama-rama semata.

Ia lebih dari taufan, banjir kilat, beliung, tanah runtuh dan segala malapetaka yang bergaris jujuknya. Ia lebih dari segala yang diperkata lisan dan dialam perasaan.

Ia sesuatu yang hendak diluah tetapi tiada satu bahasa yang dapat diperbahaskan. Ia hidup dalam jiwa. Bergema dalam kepala dan terngiang di mata...

Hidup hujahannya selalu banyak. Metafora demi metafora dia beralih madah. Menulis segala khilaf, mencorak setiap langkah. Hari demi saat dia semakin kuat.

Tipulah jika berkata dia tidak lelah. Lelahnya kadang mahu saja dia beralah. Namun itu bukan pilihan mahupun jawapan.

Ia ada tunggak yang perlu diperjuang. Bukan sesuatu yang perlu dibuktikan. Namun, ada jiwa yang perlu pada pengharapan.

Berharap sinar mentari kan mencelah di hari suram sejuk bagai di Artik.

Dia adalah rama-rama di musim sejuk. Berkaca sayapnya hendak dikibas belum tentukan terbang tinggi.

Mutakhir ini dia sedar, hidup sekadar bahagia bukanlah cabarannya. Ujian itu penguat rasa. Ujian itu pemangkin perasaan. Bertahan atau lepas bukanlah pilihan.

Mimpi, cita dan idaman itu semua jalan yang dia fokuskan.

Dia tahu, hidupnya baru selangkah si anak yang baru belajar tatih. Tapaknya masih bulat untuk terus berdiri tegap. Dia jatuh, kecundang demi tirisan jalan yang bukan sekadar berliku namun terusan tergelincir tanpa sedar.

Ah, siapalah tidak penat dan mengeluh di hujung hari yang kelam.

Apa lagi yang hendak dirungut jika hidupnya kita memang nyata untuk diuji...

Ujian mencuci pedoman hati.

Ujian untuk memikirkan kembali, benarkah matlamat akhir dan tanduk kita selari?

Ah, alpanya sebagai manusia yang terlalu ikut pada kehendak nafsi...

Itu sudah dibuang, ini sudah ditinggal.

Kini ada dia dan kita. Membentuk jiwa yang membakar.

Kau tahukan lelahnya itu bila terlalu menjaga semua perasaan di sempadan halaqah?

Walhal, pada halaqah itu mereka terhiris bagai berpaut pada tangsi yang berduri...

Hidup sang rama kaca...

Hidup dalam kelompokan yang tidak sewarna.

Hidup di tengah mayapada yang tiada khatulistiwa...

Hidup di ufuk yang tiada senja...

Hanya artik kedinginan

Mengharap pelangi sirna di musim salji....

Dunia kata, dua minggu lagi kitakan menjengah ke tahun baru. Ada apa pada tahun baru?

Kadang, tahun baru yang bertukar itu hanya pada angka, masa, dan selebihnya semangat juang.

Kadang terasa mahu saja berserah. Terserah aja tanpa perlu dicuba. Beralah pada setiap atur dan menjadi pasif...

Tapi, hidupnya begitu jua lelah.

Bukan rungut itu dia tidak endah.

Cuma, Tuhan pun dah janji, setiap sukar pasti punya mudah.

Tapi bila terlalu lewah, kitakan parah.

Jadi, mencarilah kesukaran demi kemajuan, legasi dan masa hadapan walau diri tahu akhirnya kita hanyalah di lahad.

Ah,...pesimis dan prejudis kali akal kala lawak tutur sendirian tiada yang memberi ruang riak berjawapan. Hambar sia!

Ah, kalian tidak fun!

Dasar ditelan dunia kedewasaan hanya memilih untuk serius dua puluh delapan jam. Ergh!

Tika mentari sinar mencerlang,

tiada cahaya di ruang kelam.

Hanya kicau dan tempiasan air di ampai.

Tidak beralas, kaki dijejak.

Tidak sekelumit dia berubah, mindanya terperangkap pada matrix yang gagah.

Ingin keluar, tiada ketemu garisan jalan.

Segala masih di awang...

Tiada hitam, tiada putih...

Tika alas dia berhujah,

Aku tidak kau tukar, tidak kau basuh hanya dipijak.

Walhal kotornya aku, kau juakan luat.

Tukarlah aku, buanglah aku, aku bukan lagi si alas kakimu....

Tika alas merubah wajah, kaki diinjak terliuk rasa hingga ke hati tekadnya.

Aku patut tidur...

Alas tidak pernah berhujah.

Itu tajuk lagu baru Bondan Prakoso. Aku memang suka letak tajuk based on lagu yang sedang berputar. Maklumlah, kadang dari lagu ni banyak benar cerita dia yang kita tak boleh nak cerita dalam bahasa biasa. Huhuhuh

So, kau...lama giler tak update pasal hidup? Pe cer? Sihat tak sihat tu?

Musim tengkujuh ginian kesihatan terpaling mahal. Nak-nak usia kau pun dah meningkat kan...kena jaga elok-elok harta Tuhan pinjam tu...

Ala kau...dah lama tak update ada saja nak bebel dekat aku....aiguuu...

Lately aku tak banyak aktif dekat sini, sana mahupun apa jua platform yang ada. Balik-balik share gambar makanan yang lama zaman gathering hari itu. Itu mujur dalam bentuk gambar. Kalau idok, mahu kau share semua dah membasi. Hahahaha

Ambik ghupa je lah ea, nak kasi rasa, bau...confirm aku dah tapau siap keluar balik dah. Maka, rasailah keenakan juadah berdasarkan gambar sahaja ^_^

Balik hari tu,...

'Eh bila masa pulak kau balik?'

'Ala...adalah...konon yakin nak habiskan cuti so bulan ni fokus kerja an....(alih-alih ambil EL...chey!)'

'Ha, kenapa time cuti hari tu? Best tak?'

'Opkosle best, terpaling best la sebab kau merasa percutian bak orang gaji di Qatar gitu. hahahahaha'

Takdelah, aku just lega sebab masa balik hari tu, dapat jumpa semua, sihat wal-a'fiat hendaknya pun dah syukur. Serabut itu semestinyalahkan...tapi terpaling lega bila aku dah bagitau seperkara ni.

Apa dia kau tanya?

Kamu nanya?

Nantilah aku cerita. hahahah sebab aku tak rasa lagi nak share dengan sesiapa. Cerita itu cerita istimewa buat aku. Bukan kamu atau jua orang awam yang membaca. Achegithu...cukup waktu, aku cerita, siap sebuku berwaris keturunannya.

Ish, kau memang an, dah buka cerita, bila orang tanya, ada lagi nak berahsia... -_-

Akulahkan.....

Bila tengok hadiah, teringat yang aku tak beli lagi hadiahnya...hurm....

Aku rasalahkan, aku pun dah lupa aku rasa apa tadi. Macam nak jeles, tapi tak jadi. Nak marah? Jadahnya...maka lupakan sajalah ya...

Hidup ni kawan, ada cerita yang kita rasa macam kita tak boleh terima, tapi seiring masa berlalu, sepulih rawat di jiwa, kita boleh telan dan hadap tanpa sebarang air mata. Walau kadang menitik jua setitis dua. Tapi, tiap titisannya kita iring dengan senyuman dan berkata; "Ya, ini bahagia yang aku pilih...datangnya dengan ujian penguat hati...senyumlah kawan..."

Namun, ada waktu kita kecundang. Namalah manusia. Ah, lemahnya tak terkata untuk redha. Liur ditelan, mata dikerdip berulang, namun hingus yang ditahan mengalir jua. Dia menangis. Menangis untuk terima, cerita kita tak pernah setara cerita manusia biasa. Ada saja keanehan. Ada saja yang bisa mengundang jelingan....*angkat bahu*

Aku hanya pilih untuk tertawa. Senyum bahagia walau hati perlahan menangis hiba. 'Kitakan, memang ujiannya begini barangkali. Redhalah hati. Senyumlah ya...' Dan aku pun tersenyum lagi. Diukir mata hanya dia. Dia dan dia...

Diakah Rin bagi Deena Munawarrah seperti kisah nukilan Nazurah Aishah?

Ya, ya, ya aku berkisah kias. Hahahah kau faham, faham. Tak faham, sila abai. Siapa suruh tak minat bahasa dan sastera. Ini pun aku tulis bukan untuk kau faham. Baca dan berlalu pergi. Pening bukan?

Andaikata kau yang membaca ini faham, kau pastikan tersagat jua jiwa dan akan menahan hiba seperti aku sekarang. Tapi aku yakin, orang tak akan faham sepertimana kita yang menulis ini hadam.

"Jadi, menulislah bahasa yang kami faham..."

Sumbing senyumnya...

"Manusia, jika kalian tiada cerita atau pengalaman, usah dihina atau herdik pada manusia yang hidup pada jalannya. Kerna boleh jadi jika kamu dilandasan ini, kamu lagi melatah lebih kuat teriaknya dari guntur di langit...usah ulas sekelumit pun melainkan kamu pernah hadap, terima, mencuba dan berjaya lepasinya....hanya tika itu kamu mahu berkata apa, katalah semahumu....Namun, diperhatikan jua kita manusia ini, bila ia mula memahami hikmah, mereka cenderung berteleku diam dan hanya senyum sendiri. Jarang mahu diamuk sakan. Mereka tahu, apa yang diperkata lisan itu kan diuji pada masa hadapan. Maka, diamlah sebaik pedoman buatnya...."

Hey, it's okay....

InsyaAllah....

Untuk kamu yang itu, aku bukanlah untukmu...

Untuk dia....terimalah bahasa kiasan yang melambung tingginya di landai....

A decent vacuum can go a long way, and since it may endure for a very long time once acquired, it's definitely not a product for brief use. With so many brands available, such as Dyson, Dibea, or Midea, we can appreciate it if you're unsure about the kind of vacuum cleaner to purchase. Not to worry! We have professional vacuums to fit every budget, from cordless and portable models with strong suction to fully autonomous robot vacuum cleaners.

Here is a good selection of some conventional and bagless, highly recommended vacuum cleaners in Malaysia to assist you in selecting the one that is ideal for cleaning your home and even your car.

Dibea D18 Cordless Vacuum Cleaner

Dibea D18 vacuum cleaner

The Dibea has two modes and is intended to remove dust and debris from laminated flooring, hardwood floors, tiles, and carpet. While the max mode will serve you well to remove debris like food particles, the regular mode is made to pick up dust and hair from a range of surfaces.

Even though the D18 only has one cleaning deck, it has two interchangeable roller brushes, which makes it stand out from many other models. With it, you may clean different types of flooring, such as hardwood and multi-surface flooring, individually to lessen the chance

The electric floor head on the D18 has LED headlights, which is another cool feature. These lights are great for cleaning dark corners and under furniture. Additionally, the vacuum's capacity of 0.54L allows it to be used for extended periods of time without having to stop and empty it.

Roborock S6 MaxV

Roborock S6 MAXV vacuum cleaner

Technology, It's best to embrace the modern era and possess items that are totally powered by it, like this robot vacuum. Nine out of ten users of robot vacuums endorse the Roborock S6 MaxV, which is Roborock's most potent vacuum ever. Although it may be expensive, it cuts down on a significant amount of annual chores.

The LiDAR sensors and stereo cameras on Roborock's first robot vacuum provide greater obstacle avoidance as well as more precise room mapping and navigation. It can avoid objects like electrical lines, shoes, and most crucially, pet feces since it has an internal AI that has been trained in object identification. Additionally, distance is determined more precisely because of its dual cameras.

Additionally, the S6 MaxV has 25% more suction force than its forerunners, which makes it more effective at collecting fine dust from floors and deep areas of carpet. To be noted, setting up the S6 MaxV only takes ten minutes.

As was already mentioned, the S6 MaxV can map the house by floor and area so that it will always know where it is. Additionally equipped with a mop function, the vacuum can clean an area up to 2000 square feet with just one water tank.

Dibea F20 Max

Dibea F20 Max vacuum cleaner

The Dibea F20 Max is the finest portable, stick vacuum on our list for a reason. This model, which boasts a massive 25,000 PA real power suction and a long-lasting robust motor with 60% more improvements than the previous generation, extends the lifespan of an average vacuum by roughly 5 times.

The Dibea F20 Max stands out because to its long battery life. You may now choose the ideal suction power for various jobs at your pleasure. For instance, the Standard mode is perfect for general cleaning of staircases and ceiling corners, while the Eco option is best for removing food crumbs and floor dirt. There is a Max mode, which is the setting with the most powerful suction. This is helpful for challenging tasks including getting rid of tenacious pet hair from carpets, draperies, and even furniture.

Although the foam exhaust filters are washable, the filtering system is located immediately below the HEPA filter, therefore it does not provide protection for allergy sufferers.

Midea Vacuum Cleaner MVCV12KGR

Mideo MVCV12KGR vacuum cleaner

The Midea Vacuum Cleaner MVC-V12K-GR may not be as glamorous as some others, but because of its effectiveness, it provides a decent value. This vacuum is perfect for people who wish to undertake basic cleanings of the floor and furniture because it has a bagless system and an ergonomically built structure.

It has a multi-stage filtration system with a HEPA filter and an 18 kPa suction pressure. It also consumes 1000W of power. These qualities guarantee the removal of even the tiniest, hardest, and most deeply embedded dirt from your carpets and rugs.

There is an eco-mode available if you don't want so much power and it works great for quick cleaning.

The vacuum employs a bagless mechanism, as was already described, to make garbage disposal simple. Given that the trash capacity is 1.5L, you won't need to do this frequently. Additionally, the vacuum cleaner just weighs 4 kg, making it simple to use for heavy-duty cleaning.

Sambil menonton tutorial dekat youtube, aku menaip disini menceritakan tentang hari cuti yang dijanjikan namun tergantung sepi seperti penubuhan kerajaan Malaysia sekarang.

Urghhh....aku pun tak tahu kenapa mood bekerja aku ni habis ke laut....Serius mood nak bersiap ke kerja, nak hadap jalan, drive dan segala itu tidak lagi menerujakan. Huhuhuhu...ini yang mula rasa nak kerja dari rumah ni. Kerja sendiri...

Seronok memang seronok bila kerja dengan orang. Kita just follow apa yang memang sedia ada. Tapi rasa terperangkap sikitlah. Untuk orang macam aku, dia akan rasa sangat terperangkap. Masyuk mana pun kau tetap rasa tepu untuk hadap. Ya, aku syukur dengan apa yang aku ada sekarang. Dan untuk itu aku pilih untuk bekerja lebih keras demi masa hadapan yang lebih bebas.

So, doakan segalanya dipermudahkan dalam mencapai target dan impian.

Aku doa jugak untuk korang semoga segalanya tercapai dengan lebih baik. Corak industri pekerjaan sekarang tidak lagi sama macam dulu. Kita punya pilihan. Dan kita berhak memilih.

Eh, eh....

Hari Isnin tidak cuti tapi aku ambik cuti sendiri. Adalah sebab dia. hahahaha...

Kay r, chow dulu...banyak kerja nak buat even kau cuti hari kerja, kau tetap ada impian untuk digerakkan. Adios!

Pape roger!

Sebulan dah aku tak up apa-apa cerita dekat blog ni. Mahu berhabuk. Itu pun aku masih takde hati untuk bersihkan. Sebenarnya banyak je cerita. Tapi tak semua juga cerita itu layak punya pendengar. Begitulah hidup kedewasaan ini kawan.

Hujan

Aku paling suka musim hujung tahun sebab hari-hari hujan. Alhamdulillah.

Paling best bila cermin kereta kau kena berak burung, then hujan yang tolong bersihkan. Jimat RM30 kau dari suruh orang cucikan. Boleh buat beli air Tea Live dengan cendol tepi jalan yang tak guna eWallet tu.

Tapi, dalam seronoknya musim hujan tengkujuh begini, ada jugak rasa risau. Risau air naik. Risau jalan terputus disebabkan air naik. Risau tersangkut di jalan raya. Risau itu ini yang bila fikir balik, kerisauan aku itu hanya atas angin. Sebagai ihsan pada yang risau.

Apa aku ini terlalu empati atau self eccentric?

'Kau, utamakan kebahagian kau. Apa-apa pun, kawan-kawan dan keluarga hanya nak tengok kita bahagia...'

November

Awal bulan hari tu aku demam. Demam Covid. Syukur dengan demam covid selepas divaksin. Penangan dia tidaklah seberat masa awal-awal dulu. Tapi tumbang 7 hari 7 malam jugaklah akunya.

Bless in disguise kata orang

November ni jugak aku ada appointment cabut gigi bongsu. Sayangnya rasa nak buang. Tapi tu lah...gigi tu bakal memburukkan keadaan. Maka kita set lagi appointment untuk kesembuhan akan datang.

Yang paling bersyukur, disebabkan hari Jumaat yang lepas aku makan nasi ayam berempah dan rempahnya ada tersangkut di tonsil, aku boleh buang akhirnya. Habis kekeliruan doktor dan nurse bila aku ceritakan pengalaman tersangkut rempah ayam di anak tekak. Mendelahai.....kelakar giler rasa...syukur takde apa-apa

Lepas tu, nak kata aku shopping banyak untuk 11.11 itu tidakle...aku just shopping adanya saja. Stock mask, game cashflow sempena gathering family dan cadar tilam. Simple.

Life is simple my friend.

Aku jarang update cerita dekat socmed lately sebab aku hargai privasi.

Kata je lah kau ralit tengok socmed orang sampai malas nak jana idea. Mendelah nak bagi alasan itu ini. Haah, aku ralit dengan kehidupan realiti. Sampai aku rasa hidup dalam maya ini terlalu senak minda. hahahaha

Tenang

Tenang is good. Tenang is rilex. Tenang is sempoi. Tapi kenapa orang tak faham?

Angkat bahu. Tenang is easy to work with. It's just letting things flow. Settle....

Bulan November yang tenang dan santai.

November yang belajar dari kesilapan dan berdamai dengan keadaan.

November yang banyak mengajar untuk sempoi.

So itu cerita aku. Aku belajar. Belajar untuk sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan. Belajar untuk tidak pertikai dan bersungut terlalu kerap hingga menjadi kufur.

Moga Tuhan permudahkan segala urusan kita. Aminn

Arakaian hari yang tenang kala dia asyik menonton satu filem kartun kegemaran, dia dikejutkan oleh satu panggilan.

What now?

Dan bunyi loceng muka pengadilan seolah bergema nyaring

Ting Ting Ting!

Your upcoming test has now arrived. Get ready....set...and go!

Pang!

Dia ketawa besar.

Baru mahu diunjurkan kaki berhenti rehat barang sesaat dua, kini masanya sudah tamat.

Dia hanya mampu ketawa.

Aku menangkah?

Dia menggeleng. Ketawa bagai si gila.

Gila!

Gila!

Gila!

Tasbihnya....Allah, betulkah aku sudah bersedia?

Apakah ini semua Ya Tuhan?

Peliknya, dia tidak lagi merasa beban.

Tiada lagi kesakitan semalam yang penuh dendam...

Tiada lagi rasa kecewa yang penuh sengsara...

Dia bebas!

Aku menangkah?

Hahahahaha

Dia melangkah keluar, debaran seolah tiada selindungnya lagi. Takut, suka, gembira? Dia penasaran dengan rasanya sendiri.

Kelibat dilihat, jauh namun jelas tampak dia tersenyum.

Dia tersengih. Lebar.

'Tuhan, kau lindungilah hamba dari sebarang kebodohan...' desisnya

Hamba sedia.

Orang kata, usah direnung pada luka lama jika ingin berjaya

Usah dipalit garam pada parut yang semakin tiada

Usah dikesal pada apa yang telah berputar...

Khilaf itu sentiasakan ada...

Hendak dikesah, segalanya hanya sejarah

Hendak dikilan, dia pun tidak irau

Dunia ini permainan kataNya

Tempat nan sementara segalanya tiada abadi...

Berat itu dia lepas perlahan

Pada angin yang hanya berputar langsung membawa segala ngeri semalam

Kau, kau yang memperjudis janji pada manusia,

Kau, kau yang mendusta pada setiap kata...

Kau, kau yang bila berucap segalanya bercabang sejuta

Ah, kaulah ralat yang terpaling musibat!

Argh!

Amuk pada yang lesap itu tiada guna

Kau

Kau yang menempelak pada setiap peristiwa

Saban waktu didoa agar Dia menyimpangkan segala siur pada setiap lipatan peta

Moga tidak bersua

Moga ralat nan musibat ini hanya hampas pada debu yang tiada bersangkut pautkan dengan rasa

Kau...

Musibat yang hanat

Selalunya begitulah soalan dia. Keberadaan yang selalu ditanyakan.

Kau dimana?

Sedang buat apa?

Lagi kesibukan kah?

"Weh, dia tak balas dowh mesej aku..." adu si teman.

"Mungkin dia busy kot. Biasalah, hidup dan kesibukan berpisah tiada.." mereka terus lupa pada kewujudan teman yang langsung hanya dia saja yang sedang bertarung alam perjuangan.

Ya, aku cuba untuk faham akan kedudukan kasut yang dia pakai. Kasut kita tidak sama saiz. Telah lagi pada ketinggiannya. Habis aku mendongak pada sebuah memori yang semakin pudar.

Mentari itu dia renung setiap pagi. Mencari kekuatan disebalik sinar yang mencerlang dek kerana quote bulan ini "Step into the daylight and let it go...". Jadi dia renung matahari dengan harapan silauan tembus hingga ke jiwa.

"Aku sudah pulih" ujarnya pada si teman.

"Tahniah!!! Kan aku dah cakap, kau akan lepas punya fasa koyak ni..." dan mereka gelak ketawa terbahak-bahak merai sebuah kejayaan pada taklukan jiwa yang kian lama terpenjara dek rasa yang tidak seimbang. Ah, manusia dan ujian.

Kelakar. Itu saja ujarnya.

"Aku nak keluar dari sini. Argh!!! Cepatlah kaya!!!!"

"Asal? Bukan situ okay ke?"

"Aku tak mahu terlalu selesa di takuk rendah ini...aku mahu keluar."

Dia hanya menggeleng. Mendengar segala lagu yang pernah bersamanya kala jatuh, bangun dan parah dulu. Kini, dia hanya tertawa sendiri.

Dimanakah kita?

Teman kian renggang.

Yang ada kesibukan

Terasa khabar dijawab itu suatu beban.

Jadi, mungkin kita sudah tidak sehaluan?

Itu destinasi kitakah kawan?

Hentian kita sudah berubah. Kendatipun kita pernah berikrar untuk sentiasa ada, ia hanya dongeng semata....

Kami faham. Akurnya. Hidup kita cabarannya tidak sama. Hanya kau terpaling perit. Hanya kau terpaling sakit. Hanya kau...

Aku?

Sentiasa terlihat punya waktu.

Kelakar...

Moga segalanya baik aja buat kehidupan kalian. Itu aja.

Mungkin jua tahun ini sebuah tahun perpisahan. Who knows?

Berpisah pada apa?

Angkat bahu lagi....

Maka, ini yang terakhir buat kita?

Ceritanya aku mencari ringtone baru sampai berjam lamanya pun masih tak jumpa. Hurmmm...

Orang lain semua rungsingkan dengan nasib negara, aku macam...'Ringtone apa ea patut aku tukar untuk sisa-sisa terakhir 2022 ni?'

Nampak tersangat tidak kisah pada nasib negara disitu. Tapi, aku kisah sebenarnya. Cuma aku just kisah yang tidak berapa kisah. Macam tu lah...Mana yang punya semangat itu, teruskanlah...aku sokong mana yang rasa berkeperluan...

Bapak pasif sia reaksi aku pada masa hadapan negara hahahaha

Adoyai...

Cara kita tak sama dalam hal ni. Ikut suka koranglah nak sokong cara macam mana. End to end, kita adalah raja. Raja di tangan kita. Raja dalam diri itu terpaling penting.

Merepek apalah aku tengah malam buta ni?

Neffex kata, untuk move on kena let go. Untuk let go, kita kena drives away all those shitty feelings and throws it out. Then start over...barulah boleh move on....

Aku dekat mana?

Dah tukar kereta baru dah pun. Memang idokle nak guna kereta sama.

Ini metafora ya kawan-kawan.

InsyaAllah ada rezeki kita tukar kereta betul, kita tukarlah nanti. Tapi, kereta liabilitinya panjang. Gunalah mana yang ada janji jiwa tenang. Beres hidup

So, benda apa yang busuk sangat sampai kau pilih untuk tukar kereta?

Bangkai yang merasa diri mulia. Tinggi dari segala takhta. Walhal berbalik di tujuh kaki dalamnya juga...

Okay esok dah Khamis. Tak lama lagi milad Nabi kita.

Alhamdulillah syukran ya Rasullullah atas segalanya. Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W....

Pada aku, terima kasih kerana terus bertahan hingga ke hari ini. This too shall pass. Moga kita semua Husnul Khatimah.

1444H yang lebih gemilang!

Suatu yang asing bila terlalu lama sepi dari dunia maya aksara. Ya, kesibukan melaraskan impian untuk mencipta jurnal dalam bentuk gambar bergerak. Sedar-sedar Oktober menjelma.

Dalam merasakan masa terlalu lambat, kadang aku pun berkehendak agar tahun ini disegerakan habis dengan pantas. Ah, manusia dan segala kepantasan.

Aku sebenarnya tadi mahu buat carian untuk peningkatan hidup kendiri. Terlalu banyak cerita yang perlu aku cuci dan buang daripada memori. Ada perkara yang langsung tiada nilai pada matlamat perjuangan, kita buang, campak ia jauh ketepi hingga tidak lagi menjadi duri dan belati yang akan mematahkan semangat untuk terusan bangkit.

Jiwa ini perlu pada pelarasan. Perlu pada keterangan dan keyakinan yang jelas. Jitu. Tiada lagi warna kelabu. Semuanya hitam dan putih. Jika kelabu, maksudnya itu adalah hitam. Berhenti menganggapnya sebagai suatu kesucian. Apa-apa yang jatuh pada kekotoran, ia suatu yang hitam. Bukan putih. Jangan sesekali memperdaya minda. Hanya jiwa yang lemah beranggapan kelabu itu putih.

Kenapa setiap kali aku menaip mesti bahasanya kedengaran baku ya?

Aku pun tak pasti. Tadi ingatkan nak bersantai. Namalah menulis jurnal setelah dua minggu menyepi. Tup, tup begini bahasanya. Formal, tegas dan agak tiada sentimen.

Ah, minda ini banyak benar difikir. Itu ini mahu diselaraskan kembali. Maklumlah enam purnama sudah dia hidup dalam kawasan kelabu bahkan sebenarnya sudah bercampur merah dan hitam.

'Ah, cerita lama itu suatu pengajaran...' bisik Jiwanya.

Usahlah kesilapan semalam diulang dan dijadi beban untuk perubahan. Lepaskan ia pergi. Lepaskanlah...kemudian langkah diorak dengan lebih berkeyakinan.

Kita punya pengalaman. Guru terbesar untuk perjuangan.

Kepahitan sebuah realiti. Dilukai, disakiti, dikhianati itu semua guru paling bermakna dan tamparan untuk menyedarkan dia semula.

Hidup ini medan ujian. Jika tenang-tenang aja masakan punya ketahanan jiwa yang tinggi.

'Baik. Baik..' akurnya. Menunduk menekur segala khilaf.

Tuhan bagi kita peluang untuk belajar dari kesilapan itu ada hikmahNya. Kita punya waras untuk sentiasa tenang hadapi cabaran. Itu kuncinya.

TENANG.

Tenang itu mahal nilainya.

Sentiasa tenang dalam kabut.

Sentiasa tenang dalam ribut.

Hatta, tetap tenang jua walau hayat diugut.

Tenang...

Jadi Oktober, apa ceritanya?

"Step into the daylight and let it go."

Kabut siang tadi masih berputar dalam mindanya. Seolah segala persitiwa itu baru saja berlaku. Walhal, semua sudah tiga dekad yang lalu.

Dia memandang tanpa rasa.

"Kenapa kau masih hadir?" soalnya tanpa nada.

"Aku mahu pulangkan apa yang aku pinjam dulunya. Nah, ambillah." Suara itu menghulur kembali suatu pinjaman yang sudah lama dia jadikan sebagai yuran kebodohan.

"Kenapa sekarang?"

Diam. Tiada jawapan.

Sehingga hari ini dia hilang tanpa jawapan. Dia hilang.

"Lelaki, bila terbeban selalu memilih melarikan diri dari berhadapan dengan rintangan...entahlah..." ujar si teman.

"Kenapa? Kemana mereka lari? Tanpa rasa bersalah?"

Mereka diam.

Bicara soal manusia dan perhubungan ini langsung tiada hujungnya. Seperti senja, hari demi hari iakan hadir.

Kejap jingga, sekejap merah, sekejap oren dan segalanya bermula dengan warna kuning mentari.

"Sandarkanlah pada Allah. Itu saja jawapan kita sebagai hamba" mereka tersenyum.

Ya, kita punya Allah. Masih punya Allah walau titipan senja kian hilang dari wajah.

Senja itu, Seroja pergi lagi membawa cerita yang menjadi pemangkin untuk dia menjadi srikandi.

InsyaAllah

Awalun aqal ini selalu fikir, akukah belati dalam setiap perhubungan?

Tahun demi dekad dia hidup, ini adalah tahun terpaling sukar yang dia rasa. Jika dulu dia mengeluh atas kesukaran kerana menyiapkan projek tahun akhir, kini apa yang dia rungsing adalah sesuatu kehidupan yang langsung dia tidak fikir...

"Itulah, kita ini selalu beria dengan orang, alih-alih...sini juga kita. Rawat segala rawan, jahit segala luka dan ubat segala rasa..."

Satu demi satu ritma seolah tidak selari dengan minda. Diubah dari Post Rock Ambient kepada Calm Before Storm.

Jiwa dia langsung tiada tenang!

Ah, hati...raihlah tenang dengan mata terpejam.

Mutakhir ini dia sangat rapuh. Rapuh pada setiap kepercayaannya yang dulu. Pada semua yang pernah dia genggam. Otaknya seolah tiada pegangan. Yang ada cuma tawakkal pada Tuhan. Ya, aku jahil. Namun untuk kekal dalam kejahilan itu bukan jawapan.

Aku ingin berjaya. Buang segala belati dalam jiwa.

Aku terasa. Dia makan dalam.

Aku, terkilan. Dia, terusan menelan.

'Orang punyalah heboh cerita itu ini agar kawan nan seorang tidak merasa sendirian, alih-alih...seulas penghargaan pun tiada terlintas.'

'Samada aku yang terlalu sensitif atau memang realiti aku ini si belati dalam daging, aku tak tahu!' dia menggeleng.

Tersayat rasa jiwa. Bukanlah dia terlalu berharap agar dihargai. Namun, tidak luak pun jika secubit kasih dihulur.

'Terima kasih.'

That's it. Itu saja.

Namun, tiada....

Itulah, orang lama kata. Ikhlas itu rahsia Allah.

Hidup, aturan, perjalanan, segalanya yang kita rasa serba tahu itu tetap dalam wilayah Rahisa Allah. Apalah sangat yang kita tahu pada dunia ini?

Ah, redhakanlah semua...bisiknya.

Ku lepas ia pergi. Desisnya.

Sakit?

Ya benar perit. Namun aku tidak mahu simpan lama belati dalam diri.

Tertusuk ia dalam daging, siapa jua yang perit?

Aku juga...

Aku bukan belati.

Apa pun yang terjadi, usah terlalu terkait ia pada hati. Hati hanya untuk Allah. Dunia ini medan ujian. Tidak mengapa jika tidak bahagia. Namalah dunia. Segalanya sandiwara.

Cukuplah...buanglah ia pergi.

Pada Takdir jua kita ini.

Apalah sangat hendak di sedih.

Pergi, pergi ia pergi...

Tidak lagi ditahan, tiada jua ia menangguk di tempayan kasih

Cukup ia disini.

Dia bukan belati

Aku bukan penagih

Itu tipikal, kata orang. Tipikal untuk merindui sesuatu yang lampau. Merindui sesuatu yang mustahil untuk dirindukan.

Merindui selepas kehilangan itu terpaling tipikal.

Tapi aku?

Aku rindu aku yang lalu. Bukan sesiapa, bukan orang lain.

Aku Rindu Aku.. Noktah.

Walhal aku yang dulu amat merindukan aku yang kini. Pelikkan?

Kita sering merindui sesuatu yang mustahil untuk hidup di dimensi yang sama.

Ah, ini semua kerap melihat pada lampau yang lama. Lampau yang sukar untuk digapai. Ah...semua hanya kenangan.

Tanpa kebodohan lalu, aku tidakkan menjadi aku yang kini. Dewasa itu perit kerna kebodohan semakin terit untuk ditelan. Seolah kerongkong kita dimusim kemarau. Hatta darah pun tidak bisa merawat dahaga.

Kita ingat, bila injak usia, kita lebih waras. Nyata tidak...waras itu hanya dongeng kata mereka. Balik-balik kau harus punya sedikit kejam dalam jiwa. Agar kau tidak ditindas.

Ah...aku rindu aku yang lalu.

Aku yang tidak kisah pada orang kata.

Pada dunia menggila yang bersandar serakah semata.

Tanpa kepahitan, kita tidak matang....Kau kena terima, ujian itulah yang mendewasakan aqal dan minda. Redhalah...

Kau, tetap aku rindukan....

Kalau aku bertemu aku yang lampau, mahu aku yang kini dibelasah teruk oleh aku yang lain. Lunyai mahunya aku ini...Bodoh tiada kepalang! Disepak terajang pun segalanya hanya anganan Kalau.

Kesal itu ada. Menebal kesalnya. Namun aku akur,...menyesal itu mendewasakan. Punya penyesalan ertinya kita ini manusia. Memang begini natijahnya...

Kepada aku yang membaca coretan ini kelak, aku tetap bangga dengan dikau. Aku tahu kau tentu-tentu rindukan aku. Namun aku, lebih merindui kau dan berbangga yang kita ini bangkit walau kepayahan. Aku bangga dengan kau. Sudah-sudahlah menoleh ke belakang terlalu lama. Ada apa sangatlah di belakang ini. Majulah pandang ke hadapan.

Toleh selalu kau tak akan sampai...fokus, betulkan balik navigasi perjalanan. Matlamat destinasi harus tepat. Usahlah melencong terlalu kerap. Okay?

Aku pun rindu aku yang akan datang. Aku tetap jua merindui aku yang sekarang. Kita, tetap dirindukan walau tiada yang merindukan...

Cukup hanya kita. Kitalah kekuatan.

Bangkitlah kawan, bangkit dan terus bangkit...aku tahu, kita kuat. Tetaplah bangkit...bangkit dengan cara kita...

Aku rindu aku...

Dalam pelarian melarikan diri dari sebuah memori yang sukar untuk dilarikan, aku membawa diri. Jauh ke tanah orang. Ah, konon jauh. Walhal sekerat cuma. Jika benar boleh lari sejauh mungkin itu boleh merawat dari segala, sudah lama aku lari semahu mahunya jauh ke alam sana.

Tapi, tidak kata takdir. Aku, masih disini...

Saujana September dimulakan dengan sebuah pemandangan baru. Mengorak langkah walau lesu. Tetap bertatih walau hati sudah kata tidak mahu. Jenuh diperah segala rasa yang bukan lagi hak dia untuk merasa. Argh!

Kehidupan jiwa yang sentiasa ingin pada sesuatu yang tiada akhir.

'Kau, harus lepaskan ia pergi' kata Hati.

Aku merenung dalam ke dasar isi yang Hati cuba sampaikan.

'Kau, tidak lagi menangis pada yang tiada hak. Kau sudah kembali senyum...aku suka' dia tersipu bersahaja.

Segaris senyuman ini hanya terjadi selepas sedekad dia mengerah keringat agar jadikan Dia sebagai sandaran. Alpa!

'Itulah kau, nak kata bodoh, dekan jugak tiga sem. Tapi punyalah mahal yuran kebodohan kau, sampai begini sekali penangannya...' Akal hanya menggeleng. Hendak dikesal, segala sudah menjadi lepas. Jiwa hanya termangu. Sukar benar untuk Minda keluarkan segala ingatan yang tiada lagi guna untuk perjuangan mereka.

'Kau rasa, kita akan berjaya?' soal Iman pada mereka.

Hati, Akal, Minda, Jiwa hanya diam seolah berteleku. Apa kata Raja dalam diri mereka. Di mana mereka 5 saat akan datang, mereka jua tidak tahu. Samalah seperti jemari yang menaip ini. Itu semua gerak dari suatu kuasa yang amat ajaib.

Aku, di sini...mendengarkan satu lagu bertajuk 'Broken Road' tanpa henti. Lagu yang sama berputar sejam yang sudah.

'Apa mesejnya?' tanya Akal.

'Hurm...dia lagu fasal orang yang terusan mencari sesuatu bagi mengisi jiwanya yang tiada isi yang benar...' itu jawapan Minda.

'Ke mana kita esok Iman?'

Iman menjuih. Tidak tahu.

Sejak dewasa ini, Iman lebih gemar bersendiri. Menangis pada tingkah Akal dan Jasad yang sering buat Iman merasa seolah neraka itu seinci dekatnya. Ah, Iman menangis teresak bagai orang dirasuk. Menangis di atas sikap yang dia sendiri gagal untuk bendung.

'Sudah sudahlah tu Iman. Kita, manusia. Pasti ada khilaf. Ini pengajaran paling abadi yang kita akan ingat. Jangan terlalu menghukum jasad. Dia perlukan kita untuk kuat...' pujuk Hati. Bahu Iman ditepuk perlahan. Sudahnya tangisan Iman semakin menjadi...

Jasad mereka terhenti. Hanya Minda merencana, apa akan mereka atur untuk teruskan perjuangan dan impian.

Saujana September.

Walau tiada kelibat pantai yang dilihat sepertimana yang direncana, namun jiwanya sudah lama lemas di lautan yang tidak berdasar. Seolah lautan dan angkasa itu alam yang satu. Sekejap dia terasa seperti terlambung dek ombak. Sebentar lagi mualnya dia seperti berputar di ruang zero graviti.

'Aku ingin Pulang.' Desis Jiwa.

'Aku pun...' Hati menyambung.

'Samalah sepertiku...' ujar Akal sejajar jua mereka yang lain turut mengangguk.

Hati, Iman, Nafsu, Akal...Jiwa, Jasad, Minda...memandang pada aku. Si penaip segala cerita. Pengubah segala jalan cereka. Sejajarkah dengan Takdir? Aku geleng. Angkat bahu. Jawapan itu selamanya aku tidak akan tahu.

'Siapakah Raja dalam diri kini?'

Semua diam.

Saujana September melesapkan segala ingatan dan pengharapan pada suatu yang punya nyawa.

Manusia akan binasa.

Ini semua sementara.

Dia akan pulang bila-bila masa.

Jam 0042, mata mengalih pandang pada waktu. Sudah masa untuk beradu. Jasad perlu pada tidur. Walau hati ingin lagi bermenung. Borak bersama Akal dan Minda di persisir pantai yang tiada pasir.

Dia akur. Tidur itu fitrah. Aku ini manusia. Lemah dan selalu salah. Aku...mengalah. Bukan erti aku kalah. Tapi akur pada fitrah...

Namalah manusia. Hamba sahaya pada Dia. Bukan sesiapa....

Setelah berbulan lamanya kita memakai wajah yang sama, arakian kita berubah wajah. Akhirnya, selesai jua misi untuk menyegarkan wajah blog dengan tema lebih elegant dan simple.

So, amacam?

Esok Isnin bhai, jam 0041 aku tak tidur lagi habislah....hahaha

Bersemangat berkobar-kobar ni nak guna wajah baru blog. Tak banyak yang berubah, masih dok kemas-kemas entri dari zaman lapuk sampai zaman la tak sudah. Haiyer!

Aku pun tak rasa lately ni aku up cerita yang berfaedah. Tengoklah berapa lama dah aku tinggal dunia ilmiah. Sibuk nak itu ini punya pasal, ish ish ish. Tapi jangan risau, aku sudah kembali ke pangkal jalan. Melunaskan kembali impian yang kita pernah semat untuk gapai. Kita boleh punya insyaAllah.

Biasalah dalam mengejar impian ni pasti akan ada gangguan dan lencongan. Alhamdulillah, setelah diuji dengan pelbagai dugaan dan cubaan aku tetap dan masih setia untuk kekal berada di sini. Demi aku, untuk aku kepada aku.

So, papehal aku kongsi kendian. Mata pun dah kabur ya amat nih!

Aku rindu aku!!!!!!

Argh!!!!!!

Three words!

I MISS MYSELF!

Akhirnya kepulangan juga aku yang ini. Aku yang bercita besar. Aku yang berjiwa tegar. Aku yang petualang.

*Tarik nafas dalam*

Kau tahukan perasaan bilamana kau yang dirindukan itu akhirnya kepulangan ke rumah. Ya Allah, lama giler aku hilang. Giler, giler, giler, giler, lama sia!!!

Itulah sibuk sangat dengan entah apa-apa....sampai diri sendiri hilang. Mendelah an...

Tapi takpe, hilangnya aku itu pergi menempuh pengalaman hidup yang tak terjangkau. Gila betullah hidup ni.

Aku sendiri tak sangka yang aku akan jumpa jalan pulang. Alhmadulillah, dengan dorongan dari sahabat Arau, aku bertemu jua jalan ini.

Aku ada satu entri penutup untuk hidup yang itu sebelum aku merasa aku selamat pulang. Tapi entri tu aku akan tulis asing. Biar kau yang itu tahu yang entri itu adalah untuk kau. Walau aku tahu, tak berbaloi pun dedikasikan satu ruangan post hanya untuk kau, tapi takpe....

Ah, I'm so proud of myself that I made it!

I make it till today, I'm survive and alive. Alhamdulillah.

Kau cerita macam baru keluar dari game bunuhan je. Hahahaha

Well, kind of. Game bunuhan jiwa namanya hahahaha

Okay...selamat kembali buat diri yang hilang. Ini akulah....aku masih disini sehingga nafas terakhir. Untuk aku, demi aku....aku kan sentiasa pulang.

Dengarkanlah sebuah lagu pembukaan dari dunia aku...

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia bertemu tahun baru Hijrah yang ke-1444.

Siapa sangka kita masih hidup hingga ke detik ini. Ada yang sudah pergi, ramai yang telah tiada....tapi kita, alhamdulillah disini bernaung dibawah Rahmat Ilahi.

Syukur masih diuji.

Syukur masih punya Iman walau sekerat cuma.

Kalian apa khabar?

Sihat?

Aku, syukur masih di fasa pemulihan jiwa. Moga istiqomah dan husnul khatimah.

Pengakhiran senja yang indah.

Permulaan tahun baharu yang penuh baroqah. InsyaAllah.

Aku tahu, taipan entri kali ni seakan skema. Seakan terlalu bunga dengan jiwa yang ingin dan rindu pada zaman itu. Zaman kau redha pada apa ketentuan.

Redha. Ya, redha Ilahi yang kita pinta.

It is what it is, kata mereka.

Let it flow kata kita.

Ah, kehidupan, sentiasa menghiburkan.

Naik surut itu lumrah alam.

Okaylah, aku chow dulu. Jangan lupa baca doa tahun baru. Niatkan untuk kehidupan yang lebih berkah dan husnul khatimah.

Seleka mana pun dunia, tika kita terdetik pada Dia, syukurlah. Kita masih dirindukan Dia.

Till then....

Salam 1444 Hijrah!

Senja itu dia  menangis lagi. Menangis yang tak sudah. Esaknya saja buat jiwa terasa perit. Sakit! Itu yang dia rasa.

"Aku redha dowh kalau hidup aku takkan bahagia. hahahaha..." selorohnya bersahaja.

Bagaimana lagi dia mahu percaya akan bahagia jika setiap apa yang membahagiakan dia akan membuat jiwanya sakit. Hatinya retak bersepai bagai ditembak bertalu-talu oleh MG-42. Sakit yang tak terucap.

Alunan nasyid yang pernah menjadi pemujuk jiwanya kala sedih dipasang dalam mode repeat.

'Tuhan dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta...

Lalu terhiritlah aku dilorong gelisah, luka hati yang berdarah kini jadi kian parah...

Semalam sudah sampai ke penghujungnya, kisah seribu duka ku harap sudah berlalu. 

Tak ingin lagi ku ulangi kembali, gerak dosa yang menghiris hati...'

Esak tangisanya semakin kuat. Malu, malu dengan Tuhan. Malu dimana lagi mahu disorok diri ini.

Kau tahukan dalam hidup ni semuanya sementara. Apa yang mengecewakan kau hari ini, bila bahagia benar-benar menjelma, kau akan lupa segala kesedihan. Aku berharap sangat yang ini semua sementara dan aku akan akhiri semua sakit dan esak yang tiada sudah ini dengan garis senyuman ketika mati kelak. Lelah! Lelah sekali untuk menangis dan menanti jawapan.

Ini kau kata redha?

Aku cuba. Masih cuba untuk redha.

Aku tahu, aku lemah dari semua segi. Itu ini jiwa terasa kecil. Aku cuba untuk bangkit. Bangkit dan terus bangkit. Namun, ada saja halangan.

"Serius aku tak tahu nak mulakan cerita dari mana. Dari perfume? Sebelum pada perfume? Kena scam? Part mana lagi yang kau paling nak tahu sekali?" dia gelak. Lirih sekali gelaknya.

"Aku tak tahulah dowh...aku dah tak berharap dah untuk bahagia. Aku rasa, aku macam ni lagi bahagia kot. Mungkin, bahagia itu tidak ditakdirkan untuk orang macam aku."

"Orang macam kau? Asal dengan orang macam kau tak layak untuk bahagia?"

"Asal nak bahagia je mesti sedih bertalu-talu datang. Asal nak bahagia je, mesti ada red flaglah. Apalah...aku penat..."

"Ja, bahagia ni bila makin susah kita cari, makin kita hargai setiap kali ia hadir. Bukannya merungut, takut untuk mengecap bahagia. Sebab kau rasa diri kau disumpah dari bahagia? Apa yang merepek sangat ni...kau tu bukan lama sangat pun hidup dah nak berfalsafah pasal bahagia..."

"Aku pulak kena bebel. Kau ni tak bagi chan langsung untuk aku sedihkan. Asal ha? Asal bila aku nak sedih je, mesti kau jugak nak cerita kau lah terpaling sedih? Tak boleh ke bila aku tengah down macam ni, kau just dengar dan bagi aku sedih kawkaw sampai lebam. Aku penat dowh...penat diperkecilkan. Aku tahu, masalah aku tak pernah besar dari masalah kau, tapi please lah, bila aku tengah macam ni, kau tolonglah hadap. Bukannya bandingkan masalah aku dengan masalah kau. Sumpah penat sia..."

Dia terus berlalu tinggalkan sang teman terpinga-pinga. Sumpah dia penat. Penat dengan emosi sendiri. 'Time kau ada masalah, aku dengar je. Angguk-angguk...pigida!'

Senja itu dia pergi lagi membawa satu tangisan yang meruntun jiwa. Tangisan yang bergema di benak.

Setahun sudah cerita dia ditipu, cerita mencari cinta yang bodoh ini nyata menyakitkan. Ah, kalau inilah bahananya, baiklah aku sendiri. Sendiri tidak menyakiti sesiapa. Mungkin ini yang terakhir.

Tak. Ini bukan cerita bahagia yang kau akan jumpa pada setiap hujung novel. Kalau itulah cerita yang semua orang harap, dah lama aku lompat ke laman akhir. Tapi hidup tidak begitu kawan. Kau hadaplah jalan apa yang dibentangkan. Sedih, menangis. Bahagia, ketawa. Kecewa? Ada hikmahnya. Redhalah. Belajar untuk redha. Sakit? Itulah dunia. Fatamorgana yang menyakitkan. Indah itu sebentar cuma.

Senja ini aku tutup dengan nasyid Mengemis Kasih...

Moga Husnul Khatimah.

Aku selalu ingat yang kau akan hadir. Hadir sepertimana kau pernah kata untuk lebih serius selepas lima tahun. Selepas kau lebih bersedia.

Aku cakap, kalau kau nak aku tunggu, aku tunggu. Tapi, kau jawab...

"Takpelah, mungkin kita sampai sini..."

Mesej itu aku baca dengan mata berkaca. Sebab? Jiwa sedikit terluka.

Aku sorang je ke yang selalu harap untuk bahagia dalam 'kita'?

Itu cerita lama. Cerita empat tahun yang sudah. Cerita paling merepek pernah aku hidup. Cerita yang terlalu caca marba. Yang sejak mutakhir ni, aku kerap ingat akan setiap episod kita.

Ah, persetan pada memori.

Masuk tahun kedua kecewa ni, bagi aku...hidup dewasa tidaklah seindah yang aku pernah gambarkan. Indahnya cuma pada duit yang kau genggam. Ukhwah? Sudah lama pudar.

Kadang, aku pun tak tahu iman aku sekarang berada ditakuk mana.

Nafas ditarik dalam dan lama sekali. Melepaskan segala benak dihati yang semakin hari semakin berat menghuni rohani.

"Kau pun tahukan, dalam setiap perhubungan, kejujuran itu paling penting. Kalau orang yang kita kenal dari awal lagi tak jujur, kau nak harapkan apa lagi?" Aku diam. Cuba untuk memastikan pemanduan yang dibawa si penghujah berada dalam garisan selamat.

Malam itu hujan lebat benar. Sehingga berpinar pandangan mata. Pemanduan pun dibiar saja di bawah paras kelajuan yang dibenarkan. Duduk pun di lorong paling kiri.

"Kau bahagia?" tanyaku pada si teman.

"Nak kata bahagia itu tidaklah terlalu bahagia. Cukuplah buat penyeri hidup..." aku angguk. "Tipulah kalau kata dalam perhubungan ni takde gaduh-gaduh. Mesti ada punya..." sambung si teman.

Aku yang disebelah hanya diam menghadam bait kata yang diucap.

Mana hilangnya aku yang konservatif? Kenapa aku sekarang terlalu liberal dan progresif?

"Eh, apa jadi misi korang nak cari calon dekat platform hari tu?"

Aku terus tergelak. "Situ rata-rata semua suami orang. Tak bagi can langsung dengan orang single. End up kitaorang give up."

Suasana kembali sepi. Mungkin masing-masing tidak mahu terlalu berkongsi kisah peribadi. Mungkin...

Usai menghantar sang teman, aku terus pulang ke rumah. Menunaikan fardhu, membersihkan diri sebelum beradu. Penat!

Laman Tik Tok dibelek buat penglipur lara. Kadang ketawa, kadang menangis. Lumrah alam kata orang.

Dalam 10 minit, aku terus menutup telefon. Mata dipejam. Berharap yang hari esok akan membawa sirna buat seluruh penghuni Bumi yang kian hilang harapan untuk melangsungkan hidup.

Ini cerita aku. Yang kian dimamah senja. Ia mungkin benar, mungkin dongeng khayalan semata. Yang merasa segala hakikat itu, cuma aku. Si penulis senja...

Tadi aku tengoklah live Quyeng dekat TikTok, pastu adalah satu quote yang simple Quyeng ingatkan pada live viewer dia.

'Bahagia itu sederhana. Simple...'

Aku kan, hidup ni kurang giler bersyukur. Bila fikir balik, setiap kali down, rasa koyak jiwa ni, aku lupa yang bahawasanya, itu hanya sekadar mainan minda yang terlalu kurang bersyukur dan asyik bandingkan hidup dengan orang lain.

Hidup ini serba cukup. Serbi lengkap. Yang menjadi tidak lengkap bilamana terlalu dengarkan kata orang. Terlalu puaskan permintaan orang lain...

Bahagia itu apa sebenarnya?

Merasa tenang lebih aman dari perlukan bahagia.

Tidak terganggu oleh apa jua musibat itu juga suatu kebahagiaan.

Melihatkan pada alam juga suatu bahagia. Punya pancaindera yang lengkap untuk harungi segala jua bahagia.

Punya masalah juga boleh membahagiakan. Tanpa masalah, kita tidakkan berkembang.

Kadang sedih kerna tak semua orang yang kita sayang, kita dapat tolong. Bukan membiarkan mereka tempuhinya sendirian. Tidak....cumanya...kudrat kita itu punya had. Ada batas.

Yang tidak terbatas kita mampu bagi hanya doa dan sokongan dari belakang. Terlihat seperti tidak membantu bukan. Ah...maafkan aku kalian...

Perjuangan kita selalu dianggap solo. Ya...hidup ini sebenar perjalanan solo. Dari mula hingga akhir.

Yang teman selamanya buat kita, hanya kita. Sebahagia manapun kita pada hidup berdua, bertiga, atau seterusnya, yang tahu segala tetap Dia.

Yang kita selalu percaya dan berserah, hanya Dia. Bukan yang berdua atau bertiga tadi.

Kita sendiri teman.

Selamanya sendiri.

Itu hakikat.

Tapi, kita tidak sentiasa sendiri. Selamanya mungkin, Bukan sentiasa. Ada masa, kita punya teman, pendamping, orang yang sanggup bersusah senang. Ada. Mereka sentiasa ada buat kita. Sokongan dari jauh yang kita selalu tidak nampak.

Selamanya dan sentiasa itu berbeza.

Aku harap hidup kau dipermudahkan, jiwa kau diperkuatkan untuk harung hidup ni. Aku tahu, kita semua perlu untuk kuat sebab realiti memaksa kita untuk menjadi lebih tabah.

Lemah? Kitakan sentiasa tewas. Tapi, apa salahnya tewas jika pertarungan itu sudah tiada sokongan....

Pasrah?

Entah....

Permainan takdir yang kita sukar untuk tebak. Mana akhirnya. Mana jalannya....

Akukah boneka yang tidak punya jiwa?

Atau aku manusia yang mati hatinya?

Tidak, hati aku ini masih hidup. Jika tidak, sukar untuk aku bersikap empati.

Usah disalahkan sendiri jika kita terlalu bergantung kemandirian...

Orang, sentiasa ada. Sentiasa....buat kalian yang meminta.

Mungkin orang bukan Tuhan yang akan tunaikan segala permintaan. Tapi, orang ada. Ada untuk kalian walau sepertinya tiada.

Entah sebesar mana lagi luka ini harus dikoyak agar orang nampak yang kita berusaha untuk membahagiakan mereka yang memerlukan. Hah, luka yang buat kita bahagia.

Luka yang kita robek untuk segaris senyuman.

Lambat laun, bahagia itu sebuah pengorbanan yang setelah kita pergi baru dirasakan....

Yeah...bahagia itu sederhana cuma.

Lama dah kan tak update life dengan diri sendiri. Borak dengan diri, tanya khabar.

'Kau okay tak?'

'Makan okay tak?'

'Mental okay tak?'

Asyik sibuk tanya kondisi orang lain, sedang diri itu sudah lama tak okay....

Penat hidup katanya.

Letih, tiada hujung.

Diperhati pada semut yang asyik berjalan di kaki desktop.

'Haish, ni lah dia bila dah lama tak buat pest control...semut naik aje hidupnya...'

Ke...sebab kau yang jadikan meja komputer tu tempat makan?

Huhuhuhu

Mana lagi port paling heaven untuk makan selain ngadap Netflix. Mujur aku hidup lagi ada mood untuk makan.

Tapi, sejak dua minggu ni, mood nak layan Netflix pun dah ke laut. Masa banyak habis dekat socmed. Aku cuba dowh untuk rawat diri. Berkali jugak aku fikir nak off grid. Sebab? Aku takde minat untuk hadap dunia luar.

Rela terperukkan dalam gelap. Tidur seharian. Menangis tanpa henti. Penat nangis, tidur lagi. Seolah, hidup ni langsung tiada erti.

Penat.

Then, kalau aku lari lagi jauh dengan ambil cara sama untuk rawat diri. Isolated lagi...aku takut, aku tak kuat. Aku risau aku bukan aku lagi...

Pastu, aku install balik semua socmed. Aktifkan diri cari harapan untuk terus hidup.

Entahlah wei...

Aku tahu, ujian orang lain lagi hebat dari aku, tapi dorang masih kuat. Tapi aku bukan dorang. Kadang okay, aku syukur. Kadan tak okay, aku rasa baik tidur. At least aku ada mimpi. Mimpi yang aku sendiri tak tahu apa cerita disebalik permainan tidur itu.

Penat.

Penat yang kau sendiri tak tahu kenapa kau penat.

Alih-alih, tidur jugaklah jawapan.

'eh semak pulak aku tengok semut ni woi!'

Mati pun ha. Dok lalu lalang, lalu lalang time orang moody camni, makannya matilah...

Eh, eh dia boleh pulak bawak kawan dia lagi ramai. Aku lahkan....

Ha kan dah merepek post aku nih. Ingat nak update tanya khabar diri, end up pi bunuh semut. Aiguuu

Kau tahu level aku punya nak rawat diri tu, chat dengan diri sendiri pun boleh terhibur. Hahahahah

Chat dengan orang, takut kacau. Dorang pun dah ada life memasing. Chat dengan orang, kau sendiri pun takde mood sebab dorang bukan faham pun kau an.

Baiklah chat dengan diri sendiri. Kau pun faham diri kau, diri kau pun belum tentu paham kau. Begitulah hidup realistiknya.

Instead of permainkan orang, baiklah kau tidur dan habiskan masa dengan ingat Tuhan dan kematian.

Tingkatkanlah ibadah tu. Istiqomah yang paling penting...

Kay r. Aku pun dah mengantuk ni.

Papehal, aku harap korang okay. Tak okay pun takpe...Is not about being okay. It's about being alive....

Adios!

Kalau dulu masa kecik aku serius tak faham, kenapa cerita raya kena sedih. Kenapa asal raya je sedih. Asalnak balik kampung je mesti ada insiden.

Dan hari ni, semua cerita yang selalu duduk dalam kotak hitam dan nukilan novel jadi nyata.

Allahuakbar....itu saja yang mampu aku ucapkan.

Terkejut, tak percaya dan sedih terhadap pemergian arwah sekeluarga. Serius, aku sendiri terpana pada berita yang dibaca.

Arwah kawan baik adik aku Dorang sebaya. Sangat muda untuk pergi. Sekali Tuhan tarik, sekeluarga terus pergi.

Innalillahiwainnailaihi rojiun...

Menitik air mata melihat gambar. Ya Allah, kuatkanlah hati adik aku. Itu lah sahabat baik yang sentiasa ada buat dia kala susah senang.

Aku yang tengah enak habiskan series Hawkeye pun jadi tak keruan. Anak arwah kecil lagi. Tapi Tuhan sayangkan mereka. InsyaAllah syurga buat mereka sekeluarga....

Buat masa ni, bagi aku, inilah berita korban paling tergempar dalam hidup orang terdekat yang aku sayang. Serius tak sangka, tulisan yang selama ini novel, jadi nyata. Satu, satu...

Garam apa lagi yang belum tertumpah...semuanya hampir kita jilat dan telan.

Moga tenang disana...amin amin amin....

"Azwin Yusman Nadzirah Mohd Nor Hazreen Zharfan Hazif Zharfan and their little angel still with mommy's.💔" - Widuri

Hidup ni kelakarkan...sangat kelakar sampai kau gelak pun keluar air mata. Serius kelakar!

Guna banyak mana pun gadjet, banyak mana pun social media yang kau buat, end up dihujung hari, hanya kau, lagu dan sepi. Yup! That is life man....aku pun tak tahulah kenapa aku buat semua benda yang orang lain buat walhal aku tahu yang aku ini kawan pun boleh dikira dengan sebelah tangan. Entahlah labu...

Yang kelakarnya lagi, aku dah siap masak boleh pulak ngadap sini instead of terus makan. Sebab, otak aku keep on running all the thoughts yang buat aku rasa mutakhir ini aku kerap mengeluh.

Pandang sana, mengeluh...

Pandang sini, mengeluh...

Entah apa yang dikeluh kesahkan itu aku sendiri buntu. Kadang cipta dialog yang kau sendiri belum pasti samada itukan jadi perbualan atau sekadar cerekarama dalam kepala. Cerita antara kau dan imaginasi yang kau tak tahu ia akan jadi seperti yang direncana.

Hidup ni kawan, apa yang kau harap selalunya ke laut. Dan apa yang hati kau rasa, itulah hakikat. Nyata. Fakta juga kadang-kadang. Walau otak dah ada bukti ni, hati kau dah terluka jugak ni, tapi kau sendiri tak tahu kenapa kau masih di situ. Bertahan pada sesuatu yang sudah....rapuh...dimakan dek anai-anai....

Apa??

Tak adil untuk terus melulu. Tak adil untuk terus menyerang. Tidak itu, tidak ini karang ada yang terluka. Jadi, kau yang meraung bertanyakan 'kenapa aku' dan 'sakit babi' itu tidak mengapa pula?

Mengeluh lagi...

Buntu.

Aku sendiri dah buntu dan mati rasa. Pada segala. Kalau nihilist itu tidak percaya pada apa, aku ini mungkin lagi nil dan nihil dari segala null.

Apa sebabnya ni? Kau tanya...

Apa yang kelakar sangat hidup sampai kau merasa bahagia dalam raungan instead of ketawa kesedihan?

Sinis gelakku kawan. Sinisnya hingga aku rasa ingin mengalir air mata.

Kenapa saya?

Sebab hati awak tulus.

Gelak.

Jadi hati yang tulus ini jika diluka kira tiada masalah lah? Sinisnya.

Sebab mereka sentiasa punya ruang untuk memaafkan...

Habis kalau semua orang tulus begini kau mahu persetankan mereka hingga hilang kebergantungan pada harapan dan kepercayaan? Begitu? Hingga mereka menjadi seperti kau?

Dunia ini kawan, setiap tindak punya kiraan. Ada hutang bagi setiap perbuatan. Hutang ini bergenerasi pusingnya. Berantai kata orang. Tidak keturunan ini, keturunan kendian. Putar dan putar hingga kiamat.

Mungkin aku adalah pelunas bagi hutang orang-orang lamaku. Atau boleh jadi pemula bagi pemiutang atau peminjam atau...ah, geleng kepala.

Penat jadi manusia?

Angguknya perlahan. Berat bahu untuk pikul, berat lagi hati untuk bertahan.

Tuhan, walau apapun yang berlaku dalam hidupku ini, Engkau akhirilah ia dengan Husnul Khatimah ya Tuhan...Engkau matikanlah aku, kami dan mereka dalam Iman. Rindunya nak bertemu gembira di Telaga Kautsar.

Nikmat dunia ini apalah sangat jika dibanding dengan azab neraka. Tahanlah sikit godaannya itu. Syurga itu jauh lebih indah dan nikmatnya jauh lebih hebat. Kenapa kau masih jua tewas?

Imanku lemah...menangis imanku melihatkan aku yang terlalu terburu mengecap tipuan dunia. Bodoh!

Fulan ya Fulanah, tolonglah janji padaku...janji yang walau seperit mana pun dunia ini mengujimu, tetap dan yakinlah pada janji Allah. Takdirnya itu walau kita selalu pinta untuk tahu dan ingin tahu adakah ada sirna buat kita, kau sandarkanlah pada doa.

Ia lambat. Kadang lambatnya itu kau jua terjelepuk di lohong kelam. Tetaplah bangkit. Tetaplah bangun.

Ya aku bangkit...

Kursatil komedi hidup yang tiada makna selepas kau berjumpa syurga.

Segalanya hanya dongeng semata....

Dijadikan sebuah kisah, seminggu sudah kita tidak bercerita disini. Bercerita walau singkat. Berkongsi hari walau sesaat.

Yeah, aku tahu kita semua punya masalah. Punya susah, punya payah, punya perih dan keringat yang kita mahu ceritakan pada semua orang....tapi akhirnya, kita pilih untuk diam dan hanya mengadu pada Tuhan...

Itu sabar namanya kawan. Kita belajar untuk sabar dan simpan cerita pedih itu hanya untuk Dia. Bahagia kita, sakit kita, hanya pada Dia.

Kau tahu aku sentiasa ada. Aku tahu kau akan sentiasa setia. Tapi, cerita kita selalu punya balah dan silap sangka. Kita lelah dengan sandiwara dan alpa kita itu buat orang terasa. Kadang-kadang kita tidak kisah. Kadang kita diam, sekadar uji perhatian. Tapi, disalah tafsir. Katanya kita tidak pentingkan persahabatan.

Ah, manusia. Lelahnya menjadi orang itu hakikat ya. Kita ini hidup hanya menjadi orang. Bukan haiwan.

Kamu tahu, menjadi manusia itu suatu amanah.

Menjadi manusia itu suatu galas yang tiada siapa mahu akan tanggungannya. Tanggungjawab dalam menjadi manusia. Argh....bikin sakit kepala!

Itu mahu dijaga, ini mahu dijaga. Itu mahu perhatian, ini perlukan senyuman. Hurmm saja jawapan ya?

Ya...kita faham. Kita punya cara untuk menghadapi konflik itu tidak sama. Kamu memilih untuk diam. Hatta aku? Aku lebih kepada konfrontasi. Bersuara pabila bermasalah. Diam pabila inginkan ruang tidak bermakna curang. Cyeh!

Aku mahu makan pun kebingungan memilih menu. Inikan pulak pilihan hidup!

Maka, kamu ya kamu itu yang membaca tapi tidak pernah mengerti.

Untuk kalian yang sentiasa ada kala disapa. Sentiasa ada kala dipinta. Jaga diri ya. Hati-hati dijalan, dimana jua kalian berada. Setakat di pengetahuanku, aku gembira dengan kita semua. Dengan memori yang pernah kita hidup bersama, aku gembira punya kalian dalam episod yang sudah.

Tanpa kalian, kita punya cerita mungkin tidak seindah sekarang. Rindu jua rasa mahu putar ke masa silam. Hampir 10 tahun ya kawan. Banyak benar yang berubah.

Dua tiga dari kita jua sudah berumah tangga, punya keluarga kecil. Siapa sangka...

Alhamdulillah, masing-masing sudah berjaya dalam hidup masing-masing. Gembira mendengar khabar...

Aku?

Nah...aku masih disini...bercerita tentang kalian, melihat memori yang pernah kita ukir di langit Utara....

Tipulah kalau kata tak rindu...

Tapi itu semua dulu. Sekarang, cerita itu makin lama semakin berdebu...

Kau, kau...aku, aku....

Nyata dunia kedewasaan itu terlalu sendiri ya...hingga aku sendiri lupa untuk bertanya khabar. Aku terlalu asyik dalam dunia 'akulah terpaling susah'. Walhal, ada lagi yang paling hebat ujiannya. Maka, nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Lumrah alam....ingatkan aku kala leka.

Aku ini hanyutnya bisa tenggelam ke neraka....tarik dan selamatkanlah aku kawan...risau...risau aku tidak sempat bertemu kalian di telaga Kautsar....

Aku rindu pada ajakan untuk usrah bersama. Kita, ukhwah, lillahi Ta'ala....

Tapi, ujian hati itu hebat....hingga kadang aku terbabas. Tewas dengan tipuannya...

Wahai Tuhan yang bolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di landasan agamaMu....Amin...

Kadang, aku penat untuk menjadi yang terpaling ada buat semua....give up pun ada....tapi, itulah yang menjadikan aku itu aku....

Kay r, takat ni dulu rapuan aku yang tak berapa segar ni. Pape roger....kau pun tahu mana nak cari aku.

Adios!

Raya.

Syawal ketujuh. Sepatutnya aku masuk kerja dah. Tapi disebabkan tiket flight yang buat meringsing jiwa menanti. Aku lelah dan tahap barai sudah, aku decide untuk EL. Simple.

Plus, sejak landing dekat sini, selera makan habis ke laut. Rindu masakan rumah, rindu nak borak-borak time makan. Ada teman gaduh untuk disembang. Tapi tu lah....realiti sudah kembali. Hidup kau kembali sepi. Aku sendiri tak percaya yang aku harus telan realiti ini dan move on dari mood bercuti. Ah, dunia kedewasaan yang kau sendiri saja tahu asam garamnya.

Mungkin terbaik kali ini aku harus sepi dari dunia.

Biar yang tinggal hanya aksara di alam blog saja.

Itu catatan aku minggu yang sudah. Post yang menjadi draft. Baru sekarang punya angin untuk menyambung cerita. Ah, mungkin terbaik jika cerita kita langsung tiada. Tapi itulah, sudahlah alam nyata kau tidak aktif, alam maya pun mahu off grid....memang tiada siapalah ingat akan kau labu!

So semalam aku baru habis tengok cerita Dr Strange yang baru. Masuk agak lambat gaklah. Tapi, who cares, sebab tengok pun ambil syarat supaya tak ketinggalan gitu...End up, istighfar sajalah dalam hati sepanjang tengok cerita. No wonder Brunei banned citer tu.

Korang pe cer? Raya okay tak?

Puasa enam dah habis ke? Aku kata nak puasa 6, tapi terhegeh-hegeh betul mood nak puasa. Kau tu dosalah menimbun, buat amal simple pun malas. Apa nak jadi entah. Weh....janganlah bitter teruk camni weh....aku pun tengah mujahadah dowh. Mujahadah dengan diri sendiri. Aku an, entahlah....tak tau nak kata apa...

Mungkin terbaik kita simpan cerita itu dengan Dia. Yeah...

Berat aku sekarang ni dok maintain dekat angka yang tak sepatutnya. Tsk....kena diet balik nih.

Nobody said that it would last forever That doesn't mean we didn't try to get there I never said that we would die together That doesn't mean it was a lie They'll never take those long summer days When love was untamed Two burning hearts are dared to break, remember....

Bila tak tahu nak share apa, kau sharelah lirik lagu. Pepandai kaulah cari tajuk lagunya...Playlist sekarang pun tengah layan Moody Mix...somehow moody mix ni lagi hidupkan jiwa....oh ya, aku belum share gambar bakso beranak yang aku makan tadi. Kenyang bhai! Alhamdulillah....

I feel the burden now It's weighing down my soul And I can't catch my breath 'Cause these demons follow....

Done share, korang jangan lupa like pulak gambar Bakso aku tu. Nak share, korang jauh. Sape suruh. Benda yang aku happy dok sorang ni, terpaksa lah kongsi gembira melalui gambar je. Tapi tu lah...tak semua dalam gambar itu happy. Paling tidak pun, ia pernah buat aku happy. Gitulah cerita happy melalut ke laut aku hari ni...

So, sebelum Syawal berakhir ni, aku masih sempat ucapakan Minal Aidil wal fa idzin pada sesiapa yang masih setia belek laman merapu aku. Aku tahu korang pun sibuk. Baca pun terus scroll sampai ke bawah. Mana mahu baca elok-elok...well, aku okay saja broh!

Papehal roger!

Adios!

Still Life...

Itu tajuk lagu baru dari kumpulan Big Bang. Siapa je tak kenal dengan Big Bang ni dowh? Zaman jatuh bangun seorang aku ni banyak berlatarkan lagu dorang. Giler rindu dowh zaman tu. Zaman yang aku tak perlu kisah dan peduli pada orang. Aku dan dunia aku...

Apa yang jadi dengan aku yang itu?

Well, masih disini. Jika kau tanya. Makin jauh dari realiti. Tiada pengharapan pada apa jua selain Dia. Agar jiwanya tidak kecewa. Pedih, luluh oleh sesuatu yang tidak pasti.

Diam.

Termangu. Apa yang aku tahu, aku lapar. Baiklah aku makan, dan layan FRIENDS dari merapu dekat sini yang end up....terkubur tiada sebarang jawapan.

Aku an, kalau dah jumpa satu lagu yang ngam dengan memori dan situasi, memang akan repeat sampai muntah. Confirm punya. Macam hari ni, mood aku layan lagu dari Ricky Montgomery; My Heart Buried in Venice....macam yang korang boleh tengok pada tajuk entri hari ni.

Lagu ni macam, ada something yang pernah berlaku setiap kali dengar. Padahal, kau baru je dengar. hahahaha

My heart is buried in Venice Hidden beneath all my worries and doubts My heart is buried in Venice Waiting for someone to take it home...

Laa patutlah macam pernah dengar, rupanya aku pernah like lagu ni dekat Spotify dua tahun lepas...no wonderlah terlalu memorable. Masa like tu pada 18 Oktober 2020. Hurm...apa yang berlaku pada waktu tu ha? Masih bersimen lagi aku rasa time tu. Bulan kedua aku bersimen...

Hari ni aku macam blur sikit nak buat apa. Semalam dah siap sebalang biskut Mama Carrie. Entah okay ke tidak rasa dia, aku sendiri confused. Pastu, nasib semalam sempat berbuka sebelum dapat tahu aku 'raya' awal. Eh tengah taip entri ni sempat lagi skrol tiktok then sambung balik. Adoyai...

Kata nak iron baju lah, apalah...baca bukulah. End up, dok termenung. Mende....

Asal orang selalu cakap tulisan dalam blog aku ni beza giler dengan aku in real life? Walhal aku rasa sama je....ada beza ea? Celah gigi mana beza dia ek?

Ya Allah, giler tak bermotif betul entri ni. Dia just nak cerita betapa hari-hari menunggu balik raya itu terasa lama. Tapi bila dah balik, segalanya terasa singkat. Hurm....

perlu ke aku beli baju raya baru? dahlah weh, makin lama aku tulis makin merapu tulisan. Baik aku ngadap buku. Isi otak dengan bacaan bermanfaat sikit. Tak merasa nak habis dah Ramadhan....laju betul...

Kay r, papehal roger! Till then,...adios!

Bila kali terakhir hidup ni dipenuhi dengan kondisi yang sempoi?

Angkat bahu....rasa macam...hari-hari hidup kau adalah sempoi dan chill. Tiada apa perlu dikhuatir atau gusarkan. Segalanya kita serah pada masa dan takdir yang memegang jalan hidup. Kita ini hanya penggembara. Berkelana mencari makna hidup.

Argh....kadang kesendirian itu bikin gila jua jiwa ini ya. Kenapa kau sudah tidak betah untuk menyendiri?

Mungkin....terlalu lama seolah hidup ini memang dikurnia hanya untik sendiri. Sepi. Sunyi...hanya aku, muzik dan...paparan skrin yang kian hari hanya itu saja yang aku tatap. Pergi kerja balik kerja, skrin sajalah ceritanya.

Beza kerja tidak kerja saja. ...

Tadi aku bantai satu pint BR...sampai naik muak jugak mahu telan...tapi separuh aku simpan. Buat peneman hari mendatang. Banyak makanan aku rosak dowh...aku ni pun bukan jenis makan banyak. Kadang tu, buka puasa pun macam makan sekadar supaya tidak lapar esok hari...

Termenung layan cerita yang sama berulang kali....sedih bukan?

Ha ha ha ha....entahlah tu...

Rindu jugak nak dengar riuh rendah, suara hiruk pikuk rakan taulan...beradik...ah, itu semua kian berlalu....perlahan tinggalkan aku sendiri di teratak ini...

Teratak tidak bernombor. Tiada bertanda. Hanya kelam warna penghias laman.

Ah....hidup...kesendirian itu jua yang selalu dekat dengan kau...

Even if you described your feelings And encumbered me with a dozen reasons I might walk alone 'cause I think I've heard enough You were right The night is somewhat brighter than the light There's so much more to find without our eyes Things which I'm too shy to write

....

Sekarang misi tunggu baju raya sampai je. Puas pusing situ sini, end up, Shopee jugak port kau beli yek?

hahahah tengoklah kalau carik tudung nanti nak cari kat mana. Rajin, kita pusinglah jelajah jammed ni. Harung je lah....

Kalau dak....kita sarung ja tudung lama. Sempoi....

Okaylah weh, takat ni bebelan aku. Ni pun update sebab lama giler tak up story. Aku pun dah buat blog ni macam diari pun ye jugak. Kisah pulak orang kan? hahahahah

Chow lu....papehal roger!

Kabare gais!

Salam Ramadhan Kareem, salam sahur, salam bermujahadah di bulan yang penuh baroqah ini.

Sedar tak sedar, dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Dan tiga minggu lagi, bertemulah kita dengan Syawal. Cerita pasal Syawal, dah lama rasanya tak merasa kemeriahan raya yang normal ye kawan....Rindunya nak ziarah menziarahi walau hakikatnya aku bukanlah penggemar untuk mengukur jalan di pagi raya. Tapi, lepas covid hari tu, aku rasa macam, setiap detik itu berharga. Setiap peristiwa itu layak punyak bukti dan memori. Untuk dikenang di hari yang tidakkan lagi kembali.

Kadang rimas jugak nak pakai mask. Dua tahun dah kan kita dengan mask. Rindu rasa nak hirup udara bersih. Segar,...tanpa sebarang mask....tapi tu lah...kesihatan itu tiada galang ganti. Ia lagi mahal dari harga sebuah kebebasan.

Selama ni kita ambil lewa saja perkara sebegini. Ambil endah tak endah. Siapa jangka yang hirup udara pun kian punya sekatan yang lama begini. Tapi ini semua sementara. Sementara kawan....

Lahai sejak bila aku pandai layan lagu jiwang nih?

Hahahaha

Mood puasa sorang ni macam ni lah...Kalau dihitung, hampir setiap tahun aku menjadi perantau. Puasa sendiri tanpa keluarga. Adapun dimeriahkan dengan rakan taulan. Makin lama, semua rakan sudah ditinggal. Yang ada, kau sorang. Sahur sorang, masak sorang, makan sorang....well, tidaklah seorangan. Ada jugak Netflix Tuhan yang meneman. Alhamdulillah....Plus, radio Zayan kan ada untuk meriahkan hari-hari sepi kau....tiberr...hahahahaha

So, bila kau punya masa untuk begitu begini ini, mulalah kau usha-usha semua rakan yang pernah kau kenal dulu. Saja nak tahu apa yang berlaku dalam hidup dorang. Tak follow pun. Friend pun tidakle....cuma tengok saja. Sebab rasa macam awkward nak bersapa. Kita dah tak sama. Kita bukan lagi macam dulu.

Kau ada hidup kau...

Aku...ada hidup aku....

Bukan nak putuskan ukhwah...cuma ia seakan lumrah. Habis belajar, semua dari kita berubah haluan. Definisi kawan dalam dunia kedewasaan pun berubah. Lambat laun, kita hanya ada insan yang bernama keluarga saja. Related by blood. Sebab kau tahu mereka sentiasa ada untuk kita. Susah dan senang....

Dan buat rakan yang pernah jatuh dan bangkit pun, jumlah kian pudar. Sudahnya mereka yang memilih untuk meninggalkan...jadi untuk apa kita mengemis perhatian....

Ini semua sementara kawan....

Ada rezeki, jumpa di telaga Kautsar. Kita sama-sama meneguk disana. Panjang usia, bertemulah kita jua. Dengan IzinNya...

Eh, panjang pulak aku bebel hari ni. Kata nak aktifkan AO, sini pulak aku bebel. Aku rindu dowh zaman blog 8 tahun lepas. Aku sendiri pun tercari dimana perginya aku yang 8 tahun lalu....dunia sudah ubah kita jadi semakin ignorance huh?

Entahlah....

Sampai bertemu lagi kawan. Aku doakan kalian baik hendakNya.

Adios!

Aku ni, dah lama benar tak shopping baju raya dengan sebetulnya. Last yang aku shopping sakan pun masa tahun 2012 rasanya. Masa tu tiga pasang baju raya aku borong. Semua kaler oren pulak tu. Tak alang-alang rembat!

Lepas pada tu, baju raya semuanya dibeli atas pilihan keluarga. Janji ngam, janji ikut tema. Habis cerita.

Lepas tu, sejak lepas PKP nih, aku pun tetiba rasa macam, KENA beli baju raya baru instead of recycle. Sampai bila nak recycle weh? Kelapa diperah beratus kali sudah tentu kering santan dia uiii....begitulah dunia recycle ....tiber hahahah

Mahu tak tiber, sebab kadang jemu jugak kitar baju sama. Buang je lah baju lama tu. Lelong dekat bundle. Pastu, ko ambiklah baju baru. Habis cerita. Baju kurung yang aku ada ni pun semua dah outdated bhai. Bukan tak muat. Still muat ea, cumanya corak dia macam tok nadur berkajang kain jugaklah.

Lambat pulak aku tidur hari ni. Maklumlah baru siapkan inti karipap. Esok boleh kepil-kepil je karipapnya. Stok pun sebekas ha aku buat. Karipap inti daging yums!!!!

Korang beli baju raya kat mana weh? Shopee ke walk-in lagi better? Nak beli baju raya jovian pun, malas nak support kapitalis. Tapi semua business itu kapitalis. huhuhuh

Papehal fon raya dah ada. Katil raya pun dah ada...jiwa raya baru nak ada...baju raya masih decide lagi....teraweh pun macam chipsmore. Adoyaiii....

Okaylah weh, aku pun tak banyak citer. Nak tiduran awalan. Gitchu...

Papehal roger!

Well, stamina don katanya suatu menu yang datang kembali. Lepas tu aku takeaway lah menu nih. Berharap ianya sama dengan Stamina Don 4 tahun lalu. Rupanya....

Tidak....hanya ada nasi dan daging semata. Dulu punya ada gabungan telur dan dagingya agak berbeza.

Entahlah tu....Sekarang memang senak lah perut menahan stamina don nih. Tak pepasal terpaksa tidur lambat bagi makanan ni proses cepat sikit. Aku pulak makan lambat tadi. Dok sibuk pusing mall sebab dah lama tak lepak sensorang pusing mall. Rindu betul rasanya.

Oh ya, waktu kerja sekarang agak awal sikit habis. Walau cuma 30 minit awal, tapi bolehlah....dari tak awal langsung. Pastu pusing punya pusing, aku terbeli aiskrim Ben and Jerry perasa Netflix and chill. Bolehlah. Nak kata sedap tu sedap, mungkin sebab aku dah kenyang, rasa dia macam biasa je. Aku still craving BR punya aiskrim. Nyameh!

Esok kembali buka puasa secara sederhana. Misi aku Ramadhan ni nak berjimat dengan lebih lagi dan melangsaikan semua bebanan kewangan yang ada. Hilang semua, lega rasa hidup!

Okaylah weh, jumpa esok. Rajin, aku masuk karipap. Tak rajin kita buat popi saja. Rajin lagi, mungkin buat pai daging. Tak put wrap. Tapi nasi masih ada. Mungkinkah nasi goreng telur masin?

Kita tunggu dan lihat.

Selamat menjalani ibadah puasa semua!

Salam Ramadhan Kareem semua!

Ini adalah Ramadhan tahun ketiga, yang dirai secara solo. Sorang,...kalau dua tahun yang sudah solonya tidaklah sepanjang bulan. Ada juga adik yang meneman. Tapi, tahun ni....memandangkan semua sudah menginjak dunia dewasa makanya, sendirianlah kita menenmpuhnya...

Well, takdelah teruk sangat pun puasa sensorang. Ko boleh bangun, tidur, masak sesuka hati menu yang kau nak. Buat apa saja rutin yang kau rasa nak buat. Bebas itu ada. Hip hip hooray!

So, hari pertama ni sebenarnya aku recycle lauk minggu sudah. Jimat tak jimat. Sebab aku masak memang akan simpan lebih untuk hari malas.

Yup, hari ni hari malas akulah....hahahaha

First puasa dah malas yek. Kau ni, tak elok ikutkan sangat penyakit tiada penawar ni...baiklah kau ubah habit kau tu sementara syaitan dan iblis diikat nih.

Yola yola yola....tengah cubalah ni. Aku tengah usahakan seruan untuk aktif berblogging jugak nih. Sofieadie is other side, ni sebagai AO ni...kau ni pun...nak jadi AO sebenarnya agak rigid bagi aku. Kau tak boleh nak terlalu share hidup kau sebab AO adalah sisi professional blogger seorang sofie. Agithu....

Eh, bila nak azan nih...

Well, sesambil tunggu waktu berbuka aku pun buatlah Basque Cheese Cake. Takde mixer-mixer. Aku guna whisk manual je weh. Tunggulah jadi ke tak jadi tuh nanti. Nanti dah siap kita share gambarlah ye. Tak hari ni esok lusa.

Eh, korang yang puasa sensorang tu, sembahyang teraweh dekat mana? Masjid ke dekat rumah? Ke ikut mood jugak?

Owh, kalau camtu aku ikut mood gak r. Tapi untuk malam kedua ni, aku baru start solat teraweh sorang. Semalam kes mood ke laut punya pasal maknaya aku tak teraweh lah....huhu

So, pape roger. Panjang umur jumpa lagi masa rajin!

anyways, aku dah ada Twitter baru. Since akaun twitter aku yang lama dah didelete dua tahun lepas. Sekarang korang boleh lah usha akau baru aku. Follow la kalau baik. hahahahah

It's been a while since I update useful entries. The least I could do is let the blog be active and update regularly. Recently, I just changed my domain registrar to Google Domains since it is more affordable compared to the previous one.

Aku baru perasan yang blog ni server down buat dua tiga hari lepas. Disebabkan tak tukar name server ke hoster dia. Tapi sekarang semua dah okay, alhamdulillah. Weekend macam ni biasa aku layan satu dua movie ke, tak pun tidur sampai matahari tinggi.

Bukan tak nak buat perkara yang lebih produktif etc, tapi buat masa sekarang, biarlah aturan itu diperlahankan buat seketika. Ikut langkah kita yang masih membina dunia kerjaya. Hambarnya tulisan aku. Well, ikutkan tak mau update apa pun. Tapi sebab dah seminggu tak update, maka....tulislah satu entri pun walaupun macam hambar teroks. Huhuhuh

Sejak minggu lepas aku buat pest control dekat rumah. Sekali ha....beratur segala menatang keesokan harinya. Heaven sia tengok dorang semua tewas selepas operasi tu. Puas hatilah sebab selama ni aku macam geram giler tengok dak lipas bersepahan malam-malam. Maka, setiap hujung minggu, selepas sapu semua tu, aku wajib sembur keliling rumah dengan special spray ni. Sambil-sambil pagar rumah agar dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini.

Pastu, sejak dari bulan lepas aku dah kurang makan luar. Sekarang kita semua home made. Unless ada hujung minggu tu, rasa macam nak chill-chill, kita order je lah kan...jarang-jarang gitu.

Dah r, aku tadak idea dowh nak citer mende dah. La ni hidup kau, kau sorang ja simpan segala. Apa semua sibuk dengan hidup depa. Maka, kita buatlah cara kita. Kena terima yang cana-cana pun...hidup ini hanya perjalanan solo.

Moga kalian baik-baik aja.

Till then.

Okay. Sepatutnya aku tidur. Atau dah beradu dialam mimpi. Tapi sibuk buat research pasal batu lah. Pasal birthstonelah. Pasal senarai syarikat developer yang blacklistlah. Semua bendalah kau nak baca dalam masa ni. Asal nak tidur je, menGoogle topik yang pop up dalam otak kau.

Pastu, sibuk penuhkan SpreedSheet dengan perkara research yang kau tak tahu pun samada ia perlu atau tidak dalam meneruskan kehidupan. Kau just baca for fun. Pun bolehkan...

So, Alhamdulillah kehidupan baru seorang sofie ini selepas terjun tanpa sebarang payung atau lompatan seterusnya cukup aman dan tenang. Just terjun. Tanpa tahu jika terjunan itu bertemu di landai mana. Dan syukur, ia di awanan yang aku mahu hidup. Alhamdulillah.

Aku syukur sebab semua perkara yang digerun sudah pun berlalu. Kau berjaya keluar dari zon selesa dan lingkungan familiar shenanigan. Still hidup ma...

Paling seronok, kau tak perlu pressure dan rungsing perkara yang bukan hal kau untuk pening. Mendelah kan....so long my friend!

Support so call founder ni kadang, merugikan diri....yang untung dan kaya, diorang je. Kita ni, bagai nak rak jadi alas kaki. Begitulah hidup ni kawan....ada benda kau perlu selfish. Ada perkara kau perlu berani untuk dibenci. Perghh...kemain ayat kau ea. Sokay dowh....

Kita ni, kalau tak jaga diri sendiri, memang tak akan ada orang yang akan jaga kita.

Ah sudah....apa yang aku merepek nih. Asal nak tido je mula la rapuan falsafah dia.

Aku pun tak nak update banyak. Bulan Mac ni bulan yang panjang sebelum masuk bulan puasa. Puasa ganti pun tak sempat habis lagi. Kena ganti cepat la weh citer dia. Papehal, aku doa semoga kita dijauhkan dari wabak yang masih merbahaya ini. Take care of your health. Lagi-lagi musim hujan ni. Hati-hati bawak kenderaan. Berhemahlah di jalan raya yer.

Apa lagi?

Hurm....never stop learning. Always find time to read and learn new things. Okay?

Adios!

Papehal roger!

Aku an, dah lama tak bebel. Padahal, hari-hari kau conteng dekat buku. Pasal hari kau yang....walau tidak semeriah orang, tapi kau berjuang. Berjuang untuk hidup kau. Tetap hidup. Di sini...

Kau tahu, kau cuba untuk belajar tidak membanding. Kau tahu, kau cuba buat yang terbaik. Kau tahu, kau cuba....walau jiwa kau bukan disitu.

Okay, apa ceritanya?

7 tahun lalu, aku pernah cakap, yang aku lagi suka strive, thrive, survive, and just chill whenever I wanna chills. Dunia itu kalau boleh, biarlah hanya untuk kita. Tapi, kadang...ada sesetengahnya kita rasa, kita mahu jadi serupa mereka. Ada jiwa untuk melantang suara. Jadi mereka yang punya nama. Mereka yang berada dibarisan yang dekat dengan jaminan dari segi kerjaya. Kerana apa?

Senang diluluskan pinjaman. Hidup selamat hingga usia senja.

Itu momokan yang sering didengar. Kadang, takut pada ketidak pastian masa hadapan itu dia sudah jelak.

Biarlah....

Kau datang je temuduga ni walau jiwa bukan disitu. At least, kau cuba ambil pengalaman. Cuba hadap kenyataan yang sekadar ditemuduga itupun sudah cukup bangga. Walhal, cerita didalam sana hanya dia saja yang mampu ketawa. Gila!

Kenapa, bila kita tak nak, ia datang?

Bila kita betul-betul nak, ia hilang?

Sebab jiwa kita sudah tidak lagi mahukan itu.

Bayangan saja buat dia tidak mahu. Sediakah dia untuk menggalasnya? Besar peranan tu...

Kita ni kalau nak harapkan sedia, sampai bila tidak akan pernah sedia. Cayalah....

Kasut terbalik pun dia tidak perasan. Habis-habis yang ditanya bukan perkara yang dia baca.

Sudah.....mati akal aku menjawab. Confirmlah takkan dapat. Bendalah kau....

Benda, kalau kau tinggal dan tak praktis....semua akan hilang. Confirm kaw-kaw punya...

Hanya kerana kau tidak mahu, biarkan ia saja disitu. Kau, berjuang dengan apa yang kau mahu. Buat apa yang kau rasa perlu. Buat hingga kau bangga dengan usaha itu. Bukan kerana atas dasar jaminan yang orang lain angankan.

Bukan jua kerana, kau settle for the less. Kau hanya belum puas bernafas sebagai petualang. Dunia tidak hirau kiri kanan.

Aku belum puas bernafas bebas tanpa sebarang perikatan pada sesuatu yang aku tidak ingin faham...just...bukan sekarang.

Dulu pernah, bercita begitu begini. Tapi, realiti?

Biarlah ia menjadi hak yang lain....

Aku bahagia dan senang begini.

Tenang itu ada. Nafsi-nafsi ha?

Namalah dewasa. Nafsi sentiasa ada. Siapa lagi yang kisahkan kau kalau bukan kau.

The heart wants what it wants...

Chiao!

Yo kabare kalian!

Lama giler aku tak update story kat sini. Setiap kali nak update mesti rasa macam....macam biasa, benda boleh simpan sorang kenapa nak share? Hahahahah...cakap je lah kau takde idea. Or isunya terlalu peribadi yang buat kau rasa, better aku simpan dalam diari dari digodek jadi bahan saksi dan bukti....

Apa cer tajuk kau merepek sangat kali ni?

Sejak kebelakangan ini, aku tengah memahami ideologi kebangkitan setiap manusia kala mereka dipuncak kegelapan tanpa sebarang bantuan. Ya, kita ada agama, ada takdir untuk disandar dan Tuhan untuk dipercaya. Itu kepercayaan kita pada Pencipta aku tak nafikan. Tapi ada satu perkara yang membentuk attitude kau dan persepsi kau pada kehidupan ini apa?

What kind of ideology do you implement in your everyday life?

Apa quote yang kau pegang, sampai kau tak give up?

Apa -ism yang kau genggam sampai siapa pun tidak boleh buat kau tumbang?

'IDFGism.' itu jawapan yang pernah dia terima.

Even we hold the IDFGism, there's always one thing that we give a fuck about it. Don't we? We just don't have any interest in bothering other people's lives....that's all.

Skeptikal pada pemikiran yang tidak serasi buat kita mudah menghukumi seseorang. Kenapa?

Sebab kita tidak sependirian dan apa yang kita buat itu jelak dimatanya?

Attitude manusia berubah. Ada faktor yang merubah. Ada perspektif yang dia pegang buat ia nampak tidak selari. Change of heart?

Apa beza IDFC dengan IDGAF?

Sama tidak?

Entah. Terpulang...

Kadang kita geram. Geram pada istilah, flow. Arus. Ikut pada trends, norma dan general....Tapi, yang menyebabkan ia menjadi budaya adalah mereka inilah. Aku tak kecam. Itu mereka, cara mereka. Biarlah. Janji bahagia.

Kasut kita tak sama.

Itu mudahnya.

Kita ini kadang mahu semua tenang, semua nampak ikut aturan. Tapi itu sekadar anggapan. Walau apa jua yang berlaku, kita kena terima. Dengan lapang dada. Undurlah....kita bukan keutamaan mereka dan mereka? Bukan jua keutamaan untuk kita. Win-win bukan?

Ya Allah apa yang aku merepek tengah malam buta ni.....

Dari tadi dok termenung depan skrin. Mata ngantuk, ngantuk dah....

Esok nak ambik jubah konvo.

Akhirnya....

Kau apa khabar?

Sihat?

Masih jenguk sini?

Takyahlah jenguk. Bukan ada apa pun...

10 tahun itu seolah semalam berlalu.

10 tahun semua orang sudah ada kehidupan. Yang asing. Yang kita...sudah terpisah dari menjadi sequel.

Kau cipta trilogi sendiri, aku masih menghitung berapa aksara untuk dijadi tajuk muka depan....

Begitulah hidup kawan...

Kalau ada jawapan pada ideologi kau, falsafah apa jua yang dipegang, embody it....jadikan ia pakaian hari-hari kita. Itu prinsip yang buat kita itu unik.

Aku pun masih belajar. Hari-hari belajar, faham tentang diri. Kenal diri...

Okaylah....takat tu jelah update kita hari ni. Papehal roger...take care.

Tarik nafas panjang lu sebelum aku buat entri ni.

Hah.....what happened to the positive sofie?

Aku diam.

'Dulu you tak macam ni pun. You happy ceria, takde monyok-monyok. Kenapa you jadi macam ni?'

'I never thought that you are this kind of shallow-minded person.'

Diam lagi.

Entah. Aku sendiri tak tahu jawapan. Yang satu aku pasti adalah, aku dah tak happy. Tu je?

Haah...

Lain?

Aku nak kerja, bukan cari kawan. Kerja is kerja. Biarlah kawan yang aku ada ni hanya mereka. Aku pun bukanlah baik sangat untuk berkawan dan kenal ramai orang. Yang datang, datang. Pergi, pergi.

Tapi, dalam perubahan kali ini aku seolah watak antagonis pada orang. Aku yang buat janji, tapi bila dah masuk, lain pulak yang terjadi. Itu pun sebab pengaruh dari orang lama di situ.

'Kak, kalau dapat keluar awal, baik keluar. Dari jadi hamba kat sini.' Istilah hamba itu menakutkan! Seolah aku bakal menjadi pengalas kaki pada tempat yang bukan layaknya. Seram! Bunyi macam hinakan? Tapi sebelum terlambat, aku sendiri bertindak melulu dan keluar.

Seminggu pertama mungkin aku dapat keep the momentum. Masuk sebulan...lama-lama ia hilang. Sinar tu dah takde. Rasa seolah....aku ke yang tak sabar dengan progress?

Hurmm....

'Ya sini memang fast pace, akan growth etc. tapi lambatlah..' kata sang teman. Aku dengar dan angguk perlahan. Benda beginilah buat aku jadi kecut untuk alami proses lama itu. Ya ia suatu budaya kerja yang pantas, tapi...dari satu sudut, ada jiwa yang menderita. Hari-hari putarkan mantera pogatif.

'Siapa yang bodoh?'

KITA.

Tak. Aku takkan biarkan haru biru ini mencemar kedamaian jiwa. Seminggu bercelaru, ada baik kau keluar.

Dibaca quote satu wallpaper berbunyi 'because it's your choice to be a loser'.

Perghhh sentap teroks sia!

Hahahahaha....

Makanya, walau agak kasar dan melulu, ia tetap akan berubah. Hidup tetap akan bergerak dan waktu terus berputar.  Kau kalau asyik bertelagah dalam diri demi jaga hati orang, yang hujungnya kau yang gila, baiklah kau fikir, siapa yang pilih untuk gila?

Ya, kau...

Baru first quarter 2022 dah banyak benda berlaku.

Takpelah diri, inilah namanya hidup. Ada masa kau rasa dunia ini penuh pelangi dan unicorn. Ada waktu, kau tetap kena terima, cuaca buruk itu juga sebahagian dari lumrah alam. Banjir, kemarau, harga barang melambung, ayam takde....eh, eh, tiber....

Ah, borak pasal ni, kalau beli tiket balik raya, karang....tiber PKP balik. Ini yang aku malas ni. Kemon r, dah 2 tahun kot aku kena blip dari dunia normal. Tup tup dah 50. Pe cer?

Last hari tu baru 26 kot. Ni tak habis-habis covid, covid, covid...raya je PKP. PKP je raya.

Sudahnya....apa-apa pun....yang menindas still play victim.

Lumrah.

Papehal hidup mesti diteruskan.

Chow lu....

Masa itu berharga. Jika tiada penantian, tiada apa perancangan, dirasa masa itu sangatlah percuma.

Tapi...bila punya agenda, tentatif dan sebagainya, untuk menepati masa itu, ianya automatik menjadi suatu kegalauan.

Perspective sebuah kepercayaan sering disalah erti. Dipesong maksud dan takrifan.

Lelah jua bertelagah pada suatu yang seperti roller coaster. Boomerang. Pusing-pusing, situ jua isunya. Tiada penyelesaian!

Berbuih liur berzikir, merengus, rungut dan dengus segala amarah tidak kepuasan, tapi yang tetap menetap di ceruk situ menanti fasa ini berakhir masihnya dia.

Loser!

'Well, saya tidaklah sampai melabelkan diri saya ini loser. Lebih beranggapan ianya sebagai suatu phase...'

'Transisi hidup...'

Bokeh benar masa hadapannya.

Kabur!

Desing di telinga mula membingit. Seolah mengiyakan keputusan hidupnya yang terlalu takut untuk keluar.

Terlalu takut untuk bergaul dan bermasyarakat.

'Saya dah blast 5 application hari ni...'

Itu bukan statement pengecut. Bukan jua si petualang yang bercabang lidahnya. Tapi, lebih kepada pencari kebebasan hidup dari semua sudut.

Kesihatan mental, emosi, dan ketebalan mata wang yang berkepuk-kepuk.

'Kita ni ada je pilihan....kenapa perlu setia pada suatu yang tidak menghargai. Kita ni manusia. Hidup kita hanya didedikasi pada Dia. Bukan marhaen yang lagak seperti dewa!'

Ya benar.

Ya...

Berair matanya untuk menjelaskan pandangan hidup yang semakin lama hilang dalam perspective bokeh.

Mahunya tidak kuasa mata dia meningkat.

Silau!

'Kau...kalau hidup susah sangat nak bekerjsama dan memahami konsep kesatuan pasukan....cakap awal yang kau tak percaya semua orang. Senang untuk aku chow awal. Tidaklah perlu menderita bertarung dengan jiwa dan wang ringgit.'

Kalau nak dibanding dengan apa yang diberi....neraca tidakkan berkutik! Terlalu sedikit!

Geleng kepala. Gila!

Ini perspective bokeh dia yang cetek.

'Hidup ni simple. Kita just hidup, dan enjoy. That's it. Tak payah merungut, mengeluh....mungkin apa yang kita lalui tak sama. Tapi, yang boleh menilai segalanya hanya diri kita sendiri....'

Termenung dia barang 30 saat.

Bukan dia tidak mencuba untuk bersyukur dan henti segala rungutan dan bebelan tentang kerjanya. Dia sudah cuba. Sudah...tapi ada saja cerita dan peristiwa yang buat darahnya mendidih. Emosinya kuca lana. Mahu saja diterajang punch bag bagi melepas rasa geram. Sayangnya, punch bag pun tiada....

Alih-alih.....pekung di dada terkeluar, mereka mula merencana untuk mencari sinar di luar. Ciao, ciao, ciao, ciao kata Joe Flizzow.

Dia best...sangat....tapi tu lah...perspective cetek dan bokeh buat mereka rasa cemeh. Diperlekeh seperti graduan selekeh.

Sudahlah....rezeki itu punya jalan. Untuk berjumpa dengannya, kita jua harus memeta langkah. Orak sejauh mungkin agar dipertemu rezeki yang lebih stabil kata orang.

Apa itu kestabilan?

Adakah kelimpahan harta itu maksudnya stabil?

Atau sekadar cukup hidup untuk sehayat ini?

Angkat bahu lagi...

Geleng kepala...

Marilah berambus...

Untuk apa ditunggu jika hati bukan disitu?

Ini adalah sebuah tulisan random yang berlatar belakangkan muzik nyanyian Nekoi. Ya, Nekoi...artis yang orang tak kenal pun...aku? nak dengar lagu based on Top Chart dan hype?

Memang tidaklah...

Dulu, 10 tahun dulu mungkin ya...Mungkin akulah penggemar Top Chart Song every second day...tapi bila dah 10 tahun wiser ni.. (Cyeh, wiser ke tu?), aku macam dah tak kisah dengan apa arus semasa bawakkan. Ribut? Taufan? Viral? Ah...itu semua monsoon pemusnah alam sejagat. Sama seperti ia akan merosak prinsip aku. Hurm...prinsip huh?

Sejak bila kau dengan prinsip pernah bersua?

Entahlah...

'Tiha...' aku panggil team baru kitaorang yang baru masuk minggu lepas. Sambil dia sibuk tagging barangan yang baru sampai, dia pandang aku.

'Kalau Tiha dah jadi mak nanti kan, hobi apa yang Tiha akan pilih?' aku tanya sambil sibuk mengasingkan barangan yang ditempah oleh kedai di Brunei.

'Apa? Tak pernah fikir pun lah soalan tu...' dan Sofiya di ruang belakang hanya ketawa.

'Apa soalan dia tadi?' sambil bersisa kikikan tawa dia bertanya.

'Hobi kalau dah jadi mak-mak.' Jawab Tiha dengan wajah yang penuh pelik.

'Kalau Sofiya la kan, menenun kain! hahahahah' makin besar hilaian tawa yang diberi. Sarkastik benar jawapan. Tapi, at least...punya jawapan.

'Saya rasakan....saya banyak menidak takdir...' ujar aku spontan.

'Hah?' Sofiya dan Fatihah sama-sama ternganga.

'Ye Tiha....Kak Sofie ni, dia punya random thought tu kadang kita tak perlu fikir pun. Tapi, dia fikir. Lepas tu nanti Sofiya layankan je lah. Haaa...kenapa kak Sofie cakap macam tu?' dia ketawa sambil menerangkan sedikit sebanyak olah aku pada rakan baru.

'Tiha nak tahu hari tu kak Sofie tanya soalan apa dekat Sofiya?' Fatihah angkat muka tanda ingin tahu. 'Apa dia?'

'Sofiya ready tak kalau suami Sofiya Firaun?' dan mereka ketawa terbahak bagai tiada hari esok.

Aku hanya menggeleng kepala.

'Lepas tu tanya, ready ke tak kalau kita meninggal masa tengah bersalin. Kadang soalan tu, kita tak fikir pun situasi dia....'

Dunia kerja ni seronok. Sebab dari kerja, kau punya otak seperti bekerja sama. Kadang dia diam, sepi di atas sana. Tapi, bila dia punya lintasan, laju saja ia bermain dalam fikiran.

Kenapa kau rasa kau banyak tolak takdir?

Menyesal dengan apa yang kau pilih?

Susurnya panjang hingga kau seolah tidak kisah pada pengakhiran. Kau, hanya mahu hidup. Aman....just...live...

'Semalam saya ada baca...dia kata, kebahagian hidup ni bukanlah hadir pada saat kita meminta. Ia adalah penerimaan kita untuk menjalani hari-hari dengan hati terbuka dan bahagia....akan datang...'

Kita tak perlu lihat pada bahagianya hidup...tapi lebih kepada...hidupkan hari.

Itu topik sepagian bagi elak rasa sunyi di ruang kerja.

Entah...

Kadang, bila diamnya aku....mereka pelik. Mereka akan bertanya, apa yang difikir di sana sehingga aku bungkam mati kata?

Tiada. Itu jawab aku...

Bukan tiada apa yang difikir. Tapi, tiada aksara yang bisa dicantum untuk menerbitkan segala rasa dan fikiran itu bersatu menjadi ayat yang panjang. Dia macam....kau hilang dalam dunia atas sana. Walau, kau bukanlah gemar untuk sesat dalam kelam...tapi disitulah kau peroleh banyak cerita dan pengajaran...

Adakalanya, aku sendiri tak tahu. Hidup aku ini di jaluran selarikah? Yang sentiasa bergerak seiring tapi tidak pernahkan bertemu?

Atau sekadar garisan yang satu....panjang dan terusan memanjang tanpa henti....garisan yang amat bergerigi.

Berat benar hela di jiwa ini. Sakit untuk diperam. Sakit untuk disimpan.

Bukan. Aku tak mahu ia pulang dan kembali tenggelam. Dunia yang tiada kerajaan itu. Ia gelap.

'Ada tempat kerja tu, masa interview dia ada bagitahu yang work culture diorang memang jenis balik lambat.' Tiha buka cerita.

'Iya??' Seperti biasa ratu eksperesi adalah Sofiya. Aku hanya jadi pendengar.

'Serius r?' Tiha angguk.

'Ye...so kalau kita nak balik awal pun jadi macam serba salah. Padahal dah habis working hours dah pun...'

Tetiba aku teringat cerita Suits.

'Mana boleh macam tu. Takde work life balance lah. Kita pun ada hidup lain untuk dihidup. Lainlah macam kak Sofie...hidup dia memang untuk kerja je....' bebel Sofiya panjang tanda tidak menyokong dengan budaya kerja sebegitu.

Aku dengan kerja. Boleh jadi seorang yang workaholic kata orang.

Aku takde benda apa untuk dikisahkan selain dari kerja. Kerja itu hidup aku.

Kerja itu....sesuatu yang dapat buat aku lari dari gelapnya awan di atas sana. Dalam dunia pemikiran yang sunyi dan tidak berorang....

Sepertinya entri ini. Ia random. Nama Firaun pun sekadar imaginasi soalan bayangan jika kau ditakdir berpasangankan manusia zalim. Ya, kita mungkin boleh kata, hidup ini pilihan.

Kenapa nak bersuamikan Firaun? kata kau lagi.

Mungkin, sebelum dia menjadi Firaun dia bukanlah Firaun yang akan dijangka. Mungkin sebelumnya dia adalah Hang Tuah. Dan lama kelamaan ia berubah. Siapa tahu apa yang berlaku dalam sejarah?

Angkat bahu...semuanya terserah.

Dan lagu dari Nekoi masih berputar...

Don't say that you need me 'Cause I been chasing insecurity Just hold on 'till I get better Fading out, fading out.....

Hela berat dilepas....

'Weh Sofie, hang ada buat lagi tak projek NilEditing? Aku nak join team hang boleh ka?'

Akhirnya....

Tapi, aku tak tahu jika Alien Oren, Nil Editing dan sofie ini dapat bersatu atau tidak. Semuanya kadang ke laut. Tidak ke laut ke aero angkasa tiada berpenghuni...

AIA kau pe cer?

I. Just. Wanna. Give. Up. And. Live.

Live. Without. Any. Possession...

I just feel lost I, I feel like I'm aimlessly wandering And I'm tired of it Like I'm tired of that feeling, I'm tired of that feeling of You know, just staying in limbo I'm tired of seeming like I'm not going anywhere; spinning my wheels...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ▼  2022 (46)
    • ▼  Disember (4)
      • Senja: Episod 4
      • Sang Rama Kaca...
      • Tika Alas....
      • Hey, it's ok :)
    • ►  November (3)
      • Review The Best Vacuum Cleaner in Malaysia
      • Isnin cuti yang tergantung
      • November, Hujan & Tenang
    • ►  Oktober (5)
      • Ting Ting Ting! Your times up!
      • Ralat nan Musibat
      • Dimanakah kita?
      • Drive away all the shitty feeling...
      • Larasan Sebuah Jiwa
    • ►  September (4)
      • Senja: Episod 3
      • Belatikah aku?
      • Aku rindu aku yang lalu...
      • Saujana September
    • ►  Ogos (2)
      • Arakian kita berubah wajah...
      • Welcome home dearself...
    • ►  Julai (6)
      • 1444H: Ku Pinta RedhaMu
      • Senja: Episod 2
      • Senja: Episod 1
      • Bahagia itu...
      • Menjadi realistik
      • Eid Adha 1443H
    • ►  Jun (2)
      • Komedi Kursatil
      • Kepada sesiapa...kamu terutamanya
    • ►  Mei (1)
      • Mungkin terbaik...
    • ►  April (7)
      • Big Bang dan Kenangannya....
      • My Heart is Buried in...
      • Sempoi, simple and chill...
      • Ini semua sementara....
      • Beli baju raya @ Recycle ?
      • Jurnal Ramadhan 2: Stamina Don!
      • Jurnal Ramadhan 1: Masak Lemak Cili Padi
    • ►  Mac (2)
      • Upside Down
      • Hidup dan Belajar
    • ►  Februari (3)
      • Jiwanya bukan disitu...
      • Ideologistik Skepticism, Attitude dan IDFCism
      • Shifting
    • ►  Januari (7)
      • Perspective Bokeh
      • Firaun, random, Nekoi...
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026