Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Okay, walaupun aku tak buat benda ni secara konsisten, tapi aku tetap akan update sehingga hari yang ke-30.

Couch potato? Fitness fiend?

I'm both actually. I work out 3 to 5 times a week. Aku ikut channel Emi Wong untuk workout session. It's feel really nice actually after working out. I cried in a sweat! A lot of them!

Musim sekarang pulak, cuaca sangat syiok. Kadang sepagian aku habiskan masa untuk bergolek je. Or what they called it, couch potato. Takde benda yang teruk pun kalau kau nak hidup selesa. Kau nak belajar, nak baca buku, binge watch semua benda pun tak masalah. Tapi, pepandailah cover up kerja kau balik.

Tu je yang aku selalu pegang. Sedap memang sedap tidur-tiduran. Bermalas-malasan ginian itu memang tak boleh lawan lah once kau dah terjatuh ke perangkap selesa ni. Tapi, nak pressure teruk-teruk pun, kau end up ke liang jugak hahahah.

Bapak demotivated hidup kau.

Takdelah....kau...kita, balance je lah hidup ni kan. Life is simple. It's freaking simple. Bila kau terikut dengan orang tanpa ada pendirian sendiri tu yang buat life ni jadi complex.

Well....sudah masanya untuk keluar dari kelompok complecity!

Bulan ogos lepas ya, aku tak workout langsung. Makanya, sia-sia usaha untuk konsisten workout pada Julai lepas. Adeh lahai aku ni. Okaylah....takat tu je dari aku. Papehal roger!

Yup...aku ada masalah untuk konsisten sejak dua menjak ni. Sekarang ni distraction terbesar aku adalah The Office. Yeah, aku binge watch sitcom tu dah nak seminggu. I know I should do some real work with faster progress...

It's been nice you know...to understand something. Passion and really care about something that really matters to you. But recently,  I feel like I'm sabotaging my future. Yeah...urgh...

Ni pun blog dah lama tak update. Last week aku tukar design sikit. Ambil angin baru, explore something etc.

Ni aku cam cubalah lawan binge watch aku. Dengan kerja macam tak nak bangun....do wake me up when September end tho....But I think I should not feels guilty for having this pleasure thing. I have enough living in the hard world..Begitulah cerita dia....

Ada berapa season je lagi untuk aku khatamkan The Office. Dan aku rasa aku perlu habiskan dia sebelum Oktober. Ngeng tak ngeng...papehal, live well buddies!

Adios!

Oh ya, lupa nak cerita. Hari Isnin lalu aku pusing taman tasik dekat sekitar sini. Macam tak sangka yang aku boleh pusing tasik tu ea. hahahaha

Okay, yes ada beberapa minggu lagi untuk tamatkan fasa kali ni. Yep...nak tamatkan fasa ni, kau mestilah kerja uiiii

Okaylah...tu saja dari aku, Till then!

Hurm....5 tahun lalu jatuh pada tahun 2016. Tahun pertama aku di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda. Boleh dikatakan memang banyaklah perubahan yang berlaku. Aku akan pecahkan ikut bahagian yang aku rasa okay untuk kongsi.

Perubahan ni merangkumi positif kepada negatif dan negatif kepada positif. Hidup ni turun naik. Kalau dulu kitanya itu, tidak semestinya kita kekal sebegitu. Adakala kita pun akan terjun bila jiwa itu hilang.

Bahagian 1: Dari segi sosial

Kawan aku tinggal beberapa saja. Dan boleh dikatakan yang betul-betul tinggal adalah kawan yang dari zaman diploma.

Lingkungan sosial aku tak besar. Dia satu dua di tempat yang berbeza. 5 tahun dulu aku kind of adventurous. Suka kenal ramai orang. Kenal jelah. Belajar tentang orang. Sampai sekarang masih suka jadi pemerhati personaliti orang. Tapi sebab dah jarang keluar, jadinya skills pemerhatian aku dah semakin kurang.

Bahagian 2: Dari segi pembangunan kendiri

Aku semakin introvert. Hahahaha dulu ye mungkin ambivert. Bila kau tak keluar, lama-lama dari ambivert kau jatuh kepada introvert. Jadi berat mulut, tak reti nak express perkataan dengan betul dan selalu jadi bahan gelak setiap kali bercakap. Salah satu alasan yang buat aku lebih suka diam.

Diam dan dengar. Kadang tak dengar pun. Lost in spaces adalah hahahaha...aku lebih aware dengan apa yang aku nak. Walaupun masih banyak cacat situ sininya, aku tahu setiap tindak tanduk aku ada sebab yang tersendiri.

Aku tahu yang aku punya persona agak sukar untuk selari dengan orang. Aku belajar untuk meneroka dunia yang lebih luas, yang boleh diterima dengan pegangan aku. Makan masa itu pasti. Paling kurang, aku dengar naluri hati gitu...

Bahagian 3: Dari segi prinsip hidup

Ada pembaharuan selari dengan penambahan pengetahuan. Ada prinsip yang aku terpaksa buang, ada yang diubah...

Aku pun tak tahu aku ni terlalu pegang pada prinsip. Tapi sekarang aku kind of flexible. Walaupun masih banyak keraguan, tapi kita belajar. Continuous learning...Prinsip hidup ni lah yang mengikat aku untuk jadi orang. Walaupun aku sekarang adalah alien (lols!)...ada sebahagian jiwa aku sudah tidak terikat pada apa pegangan

Bahagian 4: Perhubungan

Semakin tidak percaya. hahahahaha

Kalau dulu aku percaya, sekarang dia macam...aku boleh hidup aman harmoni dengan apa yang aku ada tanpa perlu bersandar pada apa jua status perhubungan.

Ya masih sama sejak 18 tahun lalu. Masih skeptikal pada hidup berpasangan. Masih rasa ianya bukan satu keperluan.

Bahagian 5: Pendidikan dan kerjaya

Aku dah ada degree dalam pengurusan hartanah. Ada pengalaman kerja di syarikat swasta. Dah ada pendaftaran rasmi dari segi bisnes. Tinggal nak come out dengan kepelbagaian produk.

Lain-lain:

  • aku dapat kawal pemikiran dan reaksi aku setiap kali memori zaman kanak-kanak menjelma
  • dari takde kereta dan rumah, sekarang dah ada
  • dari selekeh suka pakai tudung sarung, sekarang dah reti nak groom diri
  • lebih berani dan yakin dengan personaliti sendiri
tu jelah kot yang aku boleh kongsi...lain-lain tu biarlah jadi kenangan dalam diari. Sekarang diari pun dah ada banyak jenis. Diari harian, jurnal affirmation, kajian personaliti, diari quote dari movie...begitulahnya...

That's all for me.

Live well buddy!

Sejak aku mula membaca buku pengurusan masa, diri dan hidup, aku belajar buat jadual rutin sendiri. Aku start masa masuk asrama tahun 2004. Sejak pada tu aku jadikan time table ni sebagai reference hidup.

Ikut tak ikut belakang cerita. Tapi mostly aku ikutlah mana yang mampu.

Hidup aku ni boleh dikatakan tidaklah begitu mencabar. Ada masanya kesibukan tak cukup waktu. Ada masanya memanjang tengok drama. Simple kan. Aku suka chill, netflix, relax...tapi tak boleh nak ikut sangat pleasure hidup yang sementara....kena strive untuk hidup yang luar biasa.

Kalau dulu setiap kali diari baru, mesti ada time table ni. Dia macam satu kewajipan gitu. Sekarang guna spreedsheet je. So jom kita tengok a day of my life:

Roughly-nya, beginilah life aku sehari-hari.

Makan, kalau adik aku takde, memang GrabFood lah jawabnya. Hehehehe...aku pun bakal jadi member Platinum Grab dah sekarang. nice an. So, tu jelah kot hidup aku sehari-harian. Kalau weekend, just replace work part dengan chores, blogging, editing, chilling...or sleeping. Life is simple. So simple..

Live well buddies! ^_^

Hah, dah masuk dua hari aku skip challenge ni. Dah tak jadi challenge dah la hahahaha

Tapi takpe kita teruskan juga sampai cukup 30 hari. Ni gara-gara tersangkut dengan KDrama. Ah, dah lama tak tengok KDrama yang buat kita reflects hidup ni. So drama apa yang aku tengok tu, kita cerita dekat post akan datanglah ye. Hari ni kita jawab dulu 5 lagu kegemaran. Soal pasal lagu ni kan, aku susah betullah nak jawab dan pilih. Sebab hampir semua lagu yang ada dalam liked playlist aku itulah yang aku suka.

5 Lagu Kegemaran

1- Take You Down by Illenium

Lagu Illenium boleh dikatakan hampir kesemua lirik dia aku suka. Direct, meaningful, deep...dan boleh bawak aku to another space. Either deep in the ocean atau ke ruang angkasaraya. Dan lagu ni adalah antara lagu yang jadi penguat kala gelap dan terang.

This life is like a razor When it cuts I bleed But it's in my hand And I'm doing it to me

Ah, gila r....Kali pertama aku dengar lagu ni masa tahun 2018. Dan boleh dikatakan masih layan sampai sekarang. Setiap kali dengar dia macam bagi rasa yang berbeza. Kadang rasa bersemangat, kadang rasa down...lagu adalah antara medium yang boleh buat kita mengimbau banyak kenangan.

https://www.youtube.com/watch?v=SL_-RqReveA

 

2- Crawling by Linkin Park

Ini pulak lagu zaman aku jadi pekerja dobi tak berbayar pada tahun 2009.

Tahun 2009 boleh dikatakan fasa yang agak lost lah untuk aku. Banyaklah cerita dan diari yang berkisar tahun ni yang seakan macam hidup dalam filem indie...tak sangka dah 12 tahun berlalu.

Crawling in my skin These wounds, they will not heal Fear is how I fall Confusing what is real

https://www.youtube.com/watch?v=Gd9OhYroLN0

 

3- Saturn by Sleeping At Last

Ni antara lagu zaman gelap aku jugak hahahahaha....adoi banyak betul zaman gelap kau ye...mana zaman terang kau??? Entahlah....

Ada je zaman terang, tapi entah aku suka benar mengguakan hidup sendiri. Orang lain sibuk gali lubang cari peluang, kau sibuk tutup lubang dan kambus diri sendiri...apa daa...

Kdang, bila kita hadap segala kegelapan yang ada dalam diri kita dan kita conquer dunia kegelapan itu tadi, dia boleh jadi satu sumber kekuatan buat kita untuk harungi kehidupan....

How rare and beautiful it is to even exist

https://www.youtube.com/watch?v=dzNvk80XY9s

 

4- Nameless Generation (Wu Ming Zhe Bei) by Chen Xue Ran

Lagu ni aku adalah lagu baru diminat selepas tonton satu drama ni. Lagu yang menjadi inspirasi tertubuhnya Alien Oren.  Ikutkan aku dah tekad untuk berhenti dari dunia blogging. Nak off radar...tapi selepas aku tengok dan hayati lagu ni, aku rasa macam...I have to do something....

Walaupun masih lagi tidak nampak hasilnya, tapi aku percaya yang something itu wujud. Dan seboleh mungkin aku harus wujudkan ia.

Aku pun tak tahu translate guane, tapi part paling aku suka bila lagu tu tanya

Pretending to be enthusiastic Pretending to be free of shackles What did you finally become?

Who is the nameless generation? Forgetting who doesn’t matter The glory of who continues to chase is not accompanied by tears Maybe very tired Maybe humble forever Who is born is not the same, even if I call my nameless generation

https://www.youtube.com/watch?v=stCBbh81ZeU

 

5- Shooting Star by Barbie

Hahahahahah kau buat lagu Barbie jadi favorite??? Mende siaa??

Ni lagu yang buat aku tak berhenti untuk bermimpi siang hari. Lagu yang buat aku rasa macam hidup ni penuh warna warni, unicorn dan pelangi yang mana otak aku percaya selama ni hidup itu hanya punya dua warna. Tak hitam, putih. And we have to learn the grey area....

When you don’t know where to go And you’re feeling all alone Look inside yourself You’re so much more than you know

https://www.youtube.com/watch?v=rsgZFroptjI

////

Dulu Dreamers by Axwell x Ingrosso pernah jadi mainan tidur aku siap jadi DP whatsapp....tapi, dahlah kot zaman tu, kau pun tahu...untuk hidup, jangan terlalu kerap menoleh, statik dan rungsing dengan masa hadapan. Kau hanya perlu hidup dalam masa yang kau ada sekarang.

Hari-hari sematkan dalam minda, aku boleh conquer darkness aku dan jadikan setiap kesakitan yang dilalui sebagai kekuatan untuk lebih berani.

Takat tu jelah dari aku. Esok ada meeting special dari barisan management. Dan aku bertekad sebulat hati yang aku..... - kita sambung besok pulak

Live well buddies!

Masa buat entri blog ni aku tak faham sangat maksud religious views tu. Dan aku terpaksa google apa itu religious views. Jadinya berdasarkan carian aku, ini yang aku jumpa:

Pandangan aku tentang agama adalah ia sesuatu yang simple. Agama itu mudah. Ikut syariah.

Pastu sebagai penganutnya aku bersyukur jadi salah seorang manusia yang punya agama. Alhamdulillah....

Walaupun post ni ditulis pada waktu tengah malam, anggaplah ia hari ketiga sebab sambil aku tulis ni pun aku borak dengan member aku di talian. Ah, lamanya tak borak berjam-jam dengan member. Last pun rasanya sebulan sekali je. Pastu fokus aku hanya dengar cerita tentang kawan aku ni.

Tu jelah kot entri untuk kali ni, borak pasal kerjaya dan hidup ni boleh sampai ke laut jugaklah. Adios jumpa esok!

If I would be honest with myself, I see myself walking in the middle of the city, visiting the most beautiful library in the world. Sipping coffee, oh smoothies and watch people walk by. Takin' a deep breath, how far have I become. After that, I come back home, with my lovely family. Although I never imagined myself as a married person, but in 10 years, who would imagine what will happen. Maybe I have my little family. Living overseas as a digital entrepreneur.

Ah moga anganan dan impian ini jadi kenyataan. Aku yang sekarang pun masih sibuk menapak untuk merealisasikan segala impian itu supaya ia berjaya dihasilkan seperti yang dimahu.

Masa makan malam tadi, adik aku ada share pasal webinar yang dia ikut. Ada seorang penceramah ni dia suruh muhasabah dan review hidup dengan buat satu table. Dimana column pertama table tu kita tulis apa yang kita nak, column kedua tulis apa yang kita dah capai. So alang-alang aku dah mengadap dekat sini, meh kita lihat apa yang dah berlaku dalam table hidup seorang sofie. Adakah dia menjadi seperti apa yang dirancang atau hanya merancang tanpa tindakan.

Uuuuu takut nih...tapi takpe, so far aku tak terlibat lagi dengan perkara jenayah.

Nah tak jadilah nak share. hahahaha life planning aku tu kot. Bahaya...confidential gitu. Tapi ringkasnya ia lebih kurang beginilah:

WHAT I PLANNED WHAT ACTUALLY HAPPENED
Have 5A for UPSR Get 2A2B1C for UPSR
Kalau dilihat pada 10 tahun yang lalu, ini ke aku yang aku nak jadi dulu?

Hurm....so far walaupun ianya bukanlah berlaku seperti yang aku nak ia jadi, tapi aku rasa akulah yang bermasalah dalam menggapai semua impian ni. Aku puncanya kenapa aku masih tak berjaya. Dan menyesal? Menyesal itu tidak, tapi kecewa dengan diri sendiri sebab kau terlalu lama hold back diri kau dari merasa kejayaan sebenar.

Aku takut untuk berjaya. Takut ia sementara buat aku kufur nikmat. Dan bila aku mula capai yang aku nak, satu persatu ia jadi nightmare. Itu masalah aku. Argh!!!!!!!

I'm sabotaging myself dude!!!! God...I have to change my mindset.

I don't want to live this kind of life in the next 10 years...

What I want is, I'm having a beautiful family, have a simple life with the person I loved the most...we don't speak Malays since he might be someone from overseas I guess hahahahahha berangan ke langit sia! Takpe, itu imaginasi aku. Impian aku kan.

If that never happens, so I just wander around in the city of nowhere. Smiling, living and breathe a new fresh air....

2031 hah?

Umur aku dah berapalah masa tu. Well yang penting masih muda. Kekal muda dan comel macam aku 10 tahun yang lalu.

Tu jelah kot dari aku. Berapa minit lagi nak masuk hari seterusnya.

So, dimana korang 10 tahun akan datang?

Adakah kita akan berselisih di persimpangan yang sama? Atau kau langsung tak menoleh kala aku melambai ?

Moga lambaian aku itu dari helikopter lah kan. hahahahahaha

Iceland aku datang!!!!!!!

Berbekalkan semangat untuk mengubah habit hidup diri ni, aku cuba buat satu challenge (random challenge dari pinterest) untuk aku kekal konsisten dalam mencipta habit baru. Semoga aku berjayalah sehingga 30 hari mendatang. Kalau korang rasa nak join sekali pun boleh, jangan lupa tag aku. Aku ni kadang suka baca blog orang. Personally, just about their life and how they overcome all the obstacle along with it in achieving their dream.

What is my current relationship status?

This question is very simple. I'm in love with building my legacy right now. Apart from having a scandal with the foods and Netflix, I also consistently building a healthy relationship with my future. Within 82 days, I'm going to marry my dream and taking the gigantic biggest leap in my entire life.

For real? What is your relationship status?

Well, if you insist to know, I'm happily living my single life. Surround with positive friends, supportive community, working smart on my dream and what else I should ask more? I already have everything I need.

Rilek la. Dalam geng arau-ian ada tiga lagi yang lain masih single mingle an. So rilek lah. Kalau 5/6 yang dah move on to another level in their relationship pun belum tentu aku akan naik level sama macam diorang. Benda ni orang kata, just focus on working on yourself. Usaha dah buat. Tapi, bayang belum ada.

Mungkin belum masanya lagi. Mungkin selepas berjaya hidup dalam dunia impian yang kita usaha ni, baru akan naik ke level tu. Mungkin.

Bagi tahun 2021 ni, fokus untuk mencari pasangan tu, dah tertutup. Sebab dah bagi peluang pada quarter lalu tapi tak berjaya. So, kita tunggu pulak bila misi tu masuk queue balik. Hahahahah

Apa pulak blog post challenge ni soalan pertama dah kasi soalan gini. Aigooo.....

Takat tu jelah kot update hari ni. Semoga seorang sofie kekal konsisten untuk show up every day in her life.

Nak tahu hidup aku as Alien Oren, jangan lupa shout out dekat blog sebelah alienoren.com yo!

Kadang, aku rasa aku ni terlalu harsh dengan orang. Macam tengah video call ramai-ramai, aku kadang lost dalam perbualana. Pastu kena gelak macam tiber an sebab tak faham. Jadinya macam sedikit what-the-heck feeling la kan. Orang macam serius dengan topik, pastu bawak loyar buruk, memang kena bodoh setepek lah kan.

Entahlah, aku tak gemar buat camtu sebenarnya. Seakan...tak berpelajaran gitu. Memalukan sijil degree je kau ni. Perangai kalah budak tak berpendidikan tinggi. Mendelah. Benda simple pun nak bengang, terasa hati bagai.

Tu lah kadang faktor yang buat aku malas nak involves dengan manusia. Yeah, baiklah kau duduk dalam gua gitu dak?

Duduk gua pun murung sorang tak kemana jugak. Ke diorang tu kadang jenis kaki menganjing 24 jam. Itu pun aku tak tahu.

Dear whoever read this,

kau kena faham yang aku bukan manusia yang senang get along dalam topik yang korang borak. Kalau aku tak nak faham, buat apa nak anjingkan orang? Suka hatilah, aku nak serap input apa untuk otak aku ni. Otak aku hak aku. Tak payah kerja nak kritik orang kalau orang tak berminat untuk tahu apa yang kau tahu. Pffth!

Sabar woi! Ingat mantra kita...mantranya pun dah lupa mendelah hahahaha

Nobody can hurt our feeling unless we let them.
I'm so sorry for every harsh thing that happens, but not sorry for being real. I should be kind, but the time isn't right. Urgh...I hate myself whenever I let my emotions overpower my rational being.

Aku harap, setiap tindakan lampau zaman jahil tak waras itu, kau halalkan buat tenang hidup kita. Yeah, aku pun banyak buang orang sebagaimana orang buang aku. Bukan sikit...argh...why did I do that??

Paling tak best, aku ni kerja meluah dekat blog. Orang tahu aku ada blog, dan kalau kau terbaca post ni, aku harap korang dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan dalam setiap urusan. Aku? Aku still macam ni. Masih sibuk mencanting jalan untuk ditapak. Improvement hidup?

Hurm...mungkin jadi lebih bijak dalam beremosi. Lebih jelas dengan apa yang dikehendaki. Lebih waras...mungkin. Kadang aku rindu jugak aku yang huha huha, mudah kawan dengan orang, tapi masa buat kita berubah...Banyak peristiwa buat mata jiwa lebih terbuka.

Kalau nak dikongsi milestone hidup seorang aku ni, huh....no wonder jadi wolf, eagle dan penyu hahahaha penyu ha?

Dahlah, aku doa 2022 akan menjadi tahun yang daring buat aku. Tahun yang aku akan hidup sehidupnya.

2021, kau adalah tahun yang paling banyak ajar aku tentang perasaan, hati jiwa dan ketidakpercayaan pada jaminan. There's no warranty in life. 

Kau letaklah bubble wrap setebal dan sebanyak mana pun, kalau parcel kau dicipta untuk remuk berkecai bersepai, kau akan berdarah terluka juga. Kotak yang balut bungkusan daripada rosak, jika dihenyak campak ditimpa hujan pun belum tentu kau terjamin elok.

Yang baliknya, kau either diguna, direfund atau dibuang. Itu semua pilihan. Jadi untuk apa kita dicipta jika akhirnya dikembalikan?

Why create it in the first place if we end up end?

The moments? to enjoy and live with it? Yeah, I guess...

Ah, apa yang aku dah merepek ni. Aku just nak cakap yang, know your worth. Don't let your life haunt you with regrets.

I'm sorry for everything and everyone I ever hurt. I'm grateful for everything that happens. Without it, I couldn't be me.

Thank you for make me feel useless.

Thank you for using me.

Thank you for underestimating my capability

Thank you for ghosting.

Thank you for looking down at me

Thank you for letting me be me.

Dear whoever that make me feel that way, you are nothing other than some dot that exists on my map.

And for whoever that always believe, support, and looking up to whatever I'm doing, you are the crucial characters in my novel life. Without you, my story life would be dull. Thank you.

I'm grateful for my incompleteness, imperfect and flaws. - sofieadie

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ▼  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ▼  September (9)
      • Day-7 Blog Post Challenge: Couch potato or fitness...
      • In Between....
      • Day-6 Blog Post Challenge: How have you changed in...
      • Day-5 Blog Post Challenge: A Day in My Life
      • Day-4 Blog Post Challenge: 5 Favorite songs
      • Day-3 Blog Post Challenge: My Religious Views
      • Day-2 Blog Post Challenge: Where do you see yourse...
      • Day-1 Blog Post Challenge: Current relationship st...
      • Dear, whoever....
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026