Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Masuk saja bulan September ramai tersenyum girang. Sebab apa? Sebabnya semua dah merancang cuti yang panjang. Lebih-lebih lagi bila nak masuk minggu ketiga bulan September ni. Lagilah ramai mengambil peluang untuk berlibur.

Libur di mana tu kalian?

Plus, masa tu cuti sekolah seminggu. Harapnya semua bercuti luar daerah supaya kota raya sepi dari keriuhan kesesakan jalan. Aminnn...

Supaya mereka yang bekerja saat baki tiga hari tu boleh turut sama senyum seorang dengan nyanyian dalam hati.

Haa, korang dah apply ke cutinya?

Ke nak cuti panjang bulan Disember?

Disember pun best cuti. Dan best jugak kalau nak kerja. Sebab Disember ni traffic dia tak boleh nak jangka. Kadang tu lengang. Kadang tu seperti siput di tengah jalan. Sangkut saja keretanya...

Alhamdulillah tahun 2025 ni hampir ke penghujung sudah. Banyak betul rencah, asam garam dan belacan sepanjang mengharungi bulan-bulan yang sudah. Ada belacannya kita boleh tumis bersama bawang yang lain. Bahkan ada juga ikan masin yang sudah berulat terpaksa kita ketepikan...

Sekarang, mungkin sudah ke fasa dessert. InsyaAllah. Tapi dessert yang berpanjangan pun bahaya jugak. Risau dah tak boleh hadap perasa lainnya...

Hidup ni macam tu lah kawan, kena ada variasi perisa dan perasa lainnya untuk kita punya emosi yang berbagai. Kadang bila statik pada satu rasa saja, boleh buat kufur nikmat. Bila terlalu banyak rasa, masa pula tak terkejar untuk menghargai segala.

Jadi, detik ini, ambillah sesaat cuma untuk mengucapkan rasa syukur pada Dia.

Chey chey kau....bertazkirah di hari Jumaat nan tenang ni kemain ya. Harap kau telanlah kata azimat yang kau sendiri tulis ni...tiadalah makna sebuah nasihat jika tidak disemat di dalam dada gitu...

Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan. Perjuangan kita perlu dilaksanakan.

Libur liburan juga. Tanggungjawab tetap diutamakan.

Okaylah kawan...setakat ini sajalah ceritera kita hari ni. Semoga seorang sofie rajin menulis buat pedoman diri dan introspektif.

Salam Hari Malaysia semua!

Ogos itu bulan yang sepi untuk dia. Sepi dari segala media sosial yang dia cuba untuk buang dari rutin. Rutin untuk menyemak dan membelek media sosial usai bangun pagi.

Iya, memang sukar untuk buang tabiat nyenyak sebegini. Tapi syukur, sedikit demi sedikit dia jadi tidak ralat untuk mengisi masa itu dengan mempelajari perkara baharu...

Misalnya, disebabkan masa itu banyak lebihan dia mula menulis di Substack. Kononnya untuk menjadi penulis disana. Tapi, sejak membaca satu postingan yang direcommendkan oleh Seth Godin, dia jadi termenung sendiri.

Kalau benar dia mahu bina barisan langganan email atau pembaca, bina sajalah dari website sendiri lebih baik kan?

Jadi, puas juga dia membelak susun atur semua perihal yang itu. Andai suatu hari nanti dia mula memperkenalkan content hanya untuk pelanggan esklusif sahaja.

Siapa tahu...

Yang sekarang ini, dia hanya cuba mencuba saja...Tidak mengapalah jika masih belum terlihat segala hasilnya. Namalah cuba.

Cuba pula, sekejap ada kendian hilang. Mana mahunya begitu.

Tidak mengapalah....bagi ruang pada kehidupan yang dia perlu lunaskan lebih baik. Janji, kita ini semua baik-baik saja hendaknya. Amin...

Jadi untuk Ogos ini...dia hanya mahu belajar. Rindu suasana pembelajaran. Rindu yang tidakkan tergapai walau dia bertemu rakan kuliah yang sama.

Maaflah kawan, semenjak usia begini, kita sudah jarang bersua. Kekoknya pula semakin ketara. Mungkin itu yang dia rasa. Kamu bagaimana?

Masih mahu lagikah menjadi bekas kawan sekuliah kelas sedekad lalu?

Hah...kelakar bukan...dulu kita itu ini ceria...

Sekarang pun ceria. Ceria juga. Namun cerianya sudah tidak sama. Ada riak yang kita harus jaga. Bukan seperti zaman belajar. Hu ha hu ha ketawa mengilai tidak sedar dunia.

Ah,...zaman dulu...apa sajalah yang dia tidak rindu. Namun, dia yang akan datang lebih dia rinduinya.

Dia yang sekarang? Telah lagi dia hargai.

Detik nafasnya yang menaip kala ini...itulah jiwa yang menjadikan dia manusia.

Cubaan, dugaan, ketawa, senyuman dan air mata....semuanya kehidupan yang dia tidak akan lupa sepenuhnya...Begitu juga kamu kawan...

Lupa itu tidaklah. Tapi untuk berhu ha hu ha itu tidak lagi menjadi kegemaran masa lapangnya.

Tidak mengapalah...janji kita semua baik-baik saja kan?

Iya...aku sentiasa doakan kalian. Kalian yang satu, yang dua, yang tiga dan seterusnya. Semoga kita husnul khatimah. Semoga kita berjaya dunia dan akhirat.

Mungkin dia tidak betah kerana kehidupan kita sudah tidak sejajar. Mungkin sekadar garis silang yang sudah semakin menjauh dan menjauh terusan menjauh....

Tidak mengapalah kan....yang penting kamu dan kehidupanmu semakin bahagia dan bermakna tanpa dia. Dia? InsyaAllah lebih bermakna dan bahagia dalam makna sendiri.

Jumpa kalian di sana...

Till then...

Kisahnya bermula begini.

Mihun atau setengah orang panggil bihun ini sebenarnya dimasak buat makan malam. Teringin katakan. Alasan lain sebab nak habiskan daging sebelum bertukar rasa. Kendian, mihun yang dimasak buat makan malam itu punyai bahagian lebihan yang masih banyak.

Jadi, disimpanlah lebihan itu ke dalam peti, kononnya untuk dijadikan bekal hari yang esok.

Esoknya pula, ada beberapa insiden yang membuatkan dia tidak jadi untuk jadikan mihun itu sebagai bekal. Maka, dipanaskannya sebagai sarapan pagi. Namun....

atas asbab lainnya mihun yang telah dipanaskan itu terpaksa ditunda makannya kerana punya makanan lain sebagai sarapan. Disimpan lagi ke dalam peti.

Kemudian, esoknya dibawalah mihun yang sama tadi sebagai bekal. Disimpan pula ke dalam peti di tempat kerja.

Tanpa diduga, ada rezeki lain pula dijamu sebagai santapan tengahari. Tunda lagilah hajatnya untuk menghabiskan mihun yang dibekal tadi...

Mihun oh mihun.

Dari satu peti ke satu peti.

Kemudian setelah dipanas, disejuk kembali.

Kemudian dari sejuk, dipanaskan pula...

Dengan tekad untuk menghabiskan mihun sebelum rasa bertukar, dia panaskan segera atas kuali. Dihidangkan terus sambil melayan Modern Family.

Sekali pinggan, dua kali pinggan.

Habis pun kau ya mihun...

Begitulah kisah si mihun yang bertukar dari peti ke peti...

Haila haila...buat aku ketawa sendiri saja dengan perkara random begini. Adoyai...



Inilah dia wajah mihun daging tu. Tanpa sayur pulak. Itupun nak dihabiskan panjang betul perjalanan dia. Sepanjang nak masukkan gambar ni. Nak masukkan pun bersusah payah ha.

Itu sajalah cerita mihun kali ni. Alhamdulillah selamat juga mihunnya dimakan habis.

Tips mihun cantik lembut dan tetap sedap adalah, gunalah sup daging sebagai pelembut mihun. Keliatan sudah banyak terputus pendek mihunnya kerana diaruk lama dalam kuali. Males sudahku. Janji masih boleh dimakan.

Itu saja ya gaes! Adios!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Brand New Blog!
  • Sekerat Jalan
  • Recommended blog editor: MellyaCrayola

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    5 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    18 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026