Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Tenang hari tu seolah direntap kasar dari jiwa dia. Segalanya terus merubah persepsi dia pada dunia yang satu ini. Dunia yang dia boleh menyarung topeng untuk terlihat lebih mesra, lebih berjiwa manusia, lebih mudah untuk diperguna...

Namun, setelah peristiwa itu dia seolah sedar letak duduk dirinya. Dia bukan manusia yang itu. Dia sekadar ke dunia itu demi menyara diri dan keluarganya. Cukup. Bukan untuk diperlakukan sebegini..

Bukan dia sengaja untuk melakukan kesilapan. Perihal kecil yang boleh dijawab dengan;

"Takpelah, nanti pergi selesaikan dulu yang itu. Takde apalah.."

Semenjak detik itu, nyata dia hanya sekadar alas kaki...kuli untuk di tempat itu...

Hakikatnya memang perit untuk diterima. Tapi itulah realitinya...

Lantas segala gerbang, tembok dan perisai terus dia persiaga. Tidak mahu lagi leka sebegini. Tidak mahu lagi menjadi yang huha huha demi melihat yang lain merasa selesa. Tidak...itu persona sudah mati sejak dinista sebegitu hina.

Sagat terasa dalam hatinya. Walaupun punya pepatah berkata "Kenapa kau merasa renyuk jiwa bila diperkata manusia luar? Walhal diri kau juga yang mengenal dengan lebih baik..."

Namun dia gagal.

Tenang itu hadir sedikit telat saat itu. Semua perisai dia sudah sedia. Sekarang, hadaplah dia yang ini. Dia yang tidak lagi senang untuk bersembang hal-hal tanpa sebarang motif yang jelas.

Cukuplah detik ini mengajarnya.

Ada hikmahnya juga perkara sebegini terjadi. Tidaklah dia perlu bersusah itu ini demi melegakan hati manusia lain.

Nyata....bila punya kesedaran begini, dia auto terlihat antagonis pada mereka. Ya.

Snap....

Just because dia pernah bagi ruang sebegini rendah dia berhak untuk terus diinjak...tidak..

Dia juga berhak untuk meletak jarak dan mencipta sempadan.

Tenanglah jiwa. Kita sudah selesai satu kelegaan untuk perihal ini. ...

Terima kasih atas pengalaman ini. Terima kasih menyedarkan dia...

Jelaslah dia tidak pernah salah dalam mencipta jarak sedari awal...demi jiwa yang lebih aman....



Amboi kauuu....sembang pasal cuaca ya hari ni.

Ye...cuaca hari ni buat rasa macam nak gerak ke tempat kerja tu terasa beraaaaaat betul. Selimut jadi berat. Kaki nak melangkah rasa macam kena gam...

Baca news kata ada kawasan sedang banjir.

Sigh....

Sekarang susah betul nak jangka kawasan mana yang okay. Su-sah...

Kesian juga setiap kali hujan hati auto gelisah. Risau, gundah dengan kondisi air yang sukar dijangka. Akan tinggikah...akan berhentikah...

Bila terlalu panas pun serba tidak kena. Membahang sampai rasa mahu berendam.

Bila hujan pula, situ sini khabar banjir melanda. Naik sampan, air hingga paras yang agak membimbangkan nilai hartanah. Sudahnya satu persatu orang mula menjual rumah yang tidak lagi selamat buat mereka. Bahkan tenang juga hilang dicabut dari jiwa setiap kali cuaca hujan...

Dunia mahu ke penghujung sudah kita inikah?

Sekarang...apa saja yang tak boleh dirungsing...hampir semua menjadi bahan bualan dan keluh kesah. Kalau nak difikir sangat, memang boleh jadi tak kuat jiwa nak hadap.

Harga itu ini semakin meningkat.

Upah seolah ketinggalan zaman....semua serba tak kena...

Perang pula? Sana, sini tanpa henti...

Rungsing! Rungsing! Pusing!!!

Tenang dimana lagi mahu kita tenteram?

Menunglah kawan.

Tapikan...perkara ni kita jangan terlalu fikir. Sebab benda ni bukan dalam kawalan kita. Apa yang boleh kita buat, adalah rancang sebaiknya untuk elak dari perkara ini terjadi...

Somehow, betullah orang kata ignorance is a bliss...jangan ambil kisah sangat benda yang buat kita rasa sesak nak hidup.

Lama-lama depress sorang...haih...susahlah macam tu kawan...

Takpelah...kita usaha untuk buat mana yang kita boleh kawal. Tenang...doakan mereka yang kurang bernasib baik agar segalanya dipermudahkan. Hari ni hari mereka, esok lusa belum tahu lagi nasib kita...

Jadi...doa yang baik-baik.

Cuaca macam ni pun, menu maggi cup pun rasa nikmat. Tak perlu mewah, janji ada. Cukup seadanya...begitulah...

Semoga negara Malaysia menjadi sebuah negara yang Baldatun tayyibatun warabbun ghafur.... amin amin amin



Telapak tangan direnung dan dibelek lama. Terimbau segala dialog suara yang pernah cuba menilik takdir melalui garisan halus padanya...

"Garis kau begini ini, kau akan jadi si pemboros. Bukaan garis begini membuatkan kau ..."

Dan suara itu hilang. Bukan saja dia tidak fokus mendengarnya. Bahkan tika itu, untuk mempercayainya juga suatu syirik khafi...Dan malam ini dia termenung, merenung telapak yang kian ketara segala garisannya.

"Eh...kenapa tangan kamu macam orang tua? Hahahaha" laju dia menyorok tangannya apabila rakan mengejek seolah tangannya tidak sepadan dengan usia tika itu...

Ya...tangan ini jualah yang tidak pernah luka tika memegang parang menetak ayam dalam keadaan yang rabun...Tipis dia senyum. Ah, peristiwa lalu..seperti semalam semua ejekan itu dia terima...

Apa lagi yang direnung pada telapak ini?

Untuk melihat kemana halanya kemudian? Atau benarkah setiap orak yang dia kemudi? Tanpa sedar terasa irisnya berkaca... Ah...hembusan berat memuntahkan segala rasa yang dia sendiri tiada tafsir meneka...

Iya...garisan takdir itu dia cuba selusuri tanpa sebarang tekaan atau tebakan. Hanya laluinya dengan hati yang kental dan jiwa yang tekad...

Alah...takdir, takdir, takdir...benda boleh ubah kot. Ada hati nak salahkan takdir. Menyampah...

Ya, mungkin itu jawapan enteng pada sesetengah pihak..

Ha ha ha ha...dia hanya mampu gelak sumbing. Iya...aku jua sepertinya itu dahulu. Kala tidak mengerti langit tinggi rendah, tanah tidak bertapak...sekarang, kau juga terjerumus menelan segala kata sendiri. Itulah...orang dah kata...jangan pernah rasa setiap ujian itu kita dah rasa...Jangan...

Ya...fiksyen olahan dia buat penyedap rasa. Seperti masakan yang tidak percaya pada garam dan gula lantas ditambah serbuk aji serta perasa lainnya...cendawanlah...serbuk bawang putihlah...kemudian ia tidak lagi sekadar terikat pada garam dan gula...bahkan tanpa keduanya juga tidak mengapa...

Ah...bahaya ini.

Tak lama lagi, tiada lagi teriakan deruan enjin keretapi yang menjadi peneman, jam alam semesta yang menjadi penanda aras waktu buat dia...

Tiada jua pemandangan itu ini yang tidaklah dia rindui tapi sudah terpahat sebagai memori. Pada bayangan senja pohon lidah buaya kala hari suram. Pada warna jingga...yang sentiasa mencuba menyerikan ruang gelap baitnya...

Baiti Jannati...hahahaha ye ye je kau kan...

Kawasan yang dulunya lengang kini sudah berwarna warni gemilang. Ya...semuanya indah selepas dia tiada.

Garisan takdir setakat ini katanya....ada aturan lain lebih baik buat kita bisiknya...insyaAllah...

Kenapa kamu menangis teman?

Akukan masih disini, menemani setiap harimu...tanpa jemu...kenapa aku teresak itu? Sekalah air matamu kawan...

Ya aku tahu....ada jiwa telah tertumbuh pada kehidupan yang kita sudah tekad untuk tidak punya rasa padanya.

Bagaimana boleh menumbuh jika sudah tekad?

Kehidupan berlaku...kehidupan harian, rutin nan selesa. Membuah segala rasa sayang...

Ah...sudahlah, tiada apa yang kekal. Pada akhirnya kita tidak juakan berpasak pada satu tempat. Hijrahlah teman, hijrahlah demi kebaikan...

"Ia...tiada bertempat...kerana tempat Dia yang menjadikan...

Dia memberi tiada mengambil manfaat, kerana dia tiada berhajat...

Tiada didahului oleh tiada, zatNya tidak dapat difikirkan,

Bagaimanapun dibayangkan

Itu semua mainan setan

(Bila dia Zat Yang Maha Agung)...."

Ada satu sudut itu, masih terpahat benar setiap suatu yang dia belajar tanpa sedar. Selagimana ia menjadi tali keledar hidupnya, selagi itulah dia tidakkan lekang dari mengingatinya...

Garisan takdir...

Siapa pun tidak tahu selusurnya bagaimana.

Siapa pun tidak pernah tahu aturannya itu samakah dengan kehendak ingin kita.

Kadang, terasa seperti sudah elok pada jalanNya...

Itu semua rasa semata. Tiada yang hakikat...

Yang tahu hanya Dia....

Kita? Berdasarkan logik dan emosi, imbalannya sudah menjauh...

Cuma doanya...semoga kita husnul khatimah...

Apa jua kehadapan, semoga ditabahkan jiwa dengan redha....

Senyumlah teman...garisan jalan kita masih belum selesai...perit bagaimana sekalipun, tetaplah tersenyum...

Ah...dongengan palsu rekaan syahdu nyata menyiat jiwa yang sedang sendu...

Sudah...usah terlalu difikir. Serahkan segala pada Takdir.

Persiaga juga segala mungkir.



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ▼  Jun (3)
      • Just Because...
      • Cuaca Yang Sukar Diramal
      • Garisan Takdir...
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026