Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Kalau korang sama macam aku yang dah tak renew kontrak service air penapis Cuckoo ni, mehlah kita bersidang sini.

Banyak jimatnya bila kita jaga mesin penapis air ni sendiri. Filter apa semua kena jaga. Selain daripada tu jugak, sistem paip dan part dalaman dia pun kena selalu jenguk. Maklumlah benda dah makan tahun ni, ada saja yang mereput.

Baru ni nak dekat sebulan dah paip penapis air Cuckoo tu banjir. Ingatkan apalah yang punca bocornya...Sekali dibedah siasat, depan belakang kiri kanan, maka kita tahulah bahawasanya paip warna biru dah pun MEREPUT! Mereput tau gais.

Berdasarkan carian ringkas aku, paip biru ni kira paip inlet kalau tak silap...yang oren tu outlet...

Inilah paipnya yang aku dok nengok dan ramai jugak menghadapi masalah yang sama...Boleh dikepak patah-patah gitu.

Bila jadi begitu, memang tekanan air menderu laju membanjiri dapur. Jenuh jugak dok mikir punca. Rupanya si penapis air ni lah punca kebanjiran.

Memang sangat annoying bila asyik kena mengelap lantai dapur yang basah tanpa tahu punca sebenar ni. Nak-nak pulak bukan sikit. Banyak weh!

Makanya, kenalah ganti baru paip yang reput tadi. Kalau korang pernah buka dan bedah siasat mesin air penapis Cuckoo ni, korang boleh tengok barangnya nampak murah. Cheap cheap je material dalam tu. Kita je dok bayar ribu riban demi kebersihan air minum. Padahal boleh dapat mesin yang jauh lebih murah...

Tapi tu lah, masa tu belum cukup bijak. Semua nak mudah...Kena kencing pun kencinglah...

Sekarang bolehlah ada otak sikit..ha ha ha ha...

Filter tukar sendiri kos barang tak sampai RM50.00.

Untuk ganti baru paip yang bocor ni dalam RM5.00. Kalau beli Shopee paipnya lebih murah. Tapi, dan nak cepat baiki, boleh beli dekat kedai hardware. Memang ada. Pusinglah hardware mana, tunjuk atau tanya paip air filter ada tak? Confirm dorang tahu punya...

Kitanya dah sampai membelek nak beli penapis air baru. Yang sekali bayar teruslah. Tengah usha buat perbandingan gitu.

Ni dah elok semula selepas baiki bocornya, alhamdulillah lega banyak mengurut dada... Lepas ni tukar filter pulak. Mudah ja tukar filter ni gais. hahahaha aku pun tukar sendiri kali pertama memang menung. Dah dua tiga kali tukar ni bolehlah dalam 15 minit siap.

Aku selalu beli filter penapis air Cuckoo dekat sini.

Sayang nengok mesinnya dah makin menguning gitu. Putihnya pun da tak naik seri...kita beli awak mahal tau Cuckoo...normallah wear and tear kata orang. Semua gitu...

Tak menyempat pulak nak ambil gambar paip selepas dah tukar. Beli warna putih pun dah okay dah. Lepas siap tukar mana yang patut apa semua, kita bagilah mandi sikit mesinnya. Lap-lap kasi naik seri sikit. Sikit pun jadilah ye...

So lepas pada ni kena rajin menukar paip-paipnya. Dok belek google wording paip air cuckoo, kebanyakan semua mengadu perkara sama. Mesin air Cuckoo kebocoran paip sampai banjir. Tak pasti punca apa...

Jadi kena check depan belakang kiri kanan atas bawah mesin penapis air ni. Kadang paip air masuk kat belakang tu mereput atau longgar, Kadang kes macam aku ni, paip biru bocor dan mereput. Paip oren tadi tengok alhamdulillah masih elok lagi. Kena standbylah kalau dan dia mari bocor tu gak...

Kepada pengguna penapis air Cuckoo yang tak renew kontrak service, marilah sama-sama kita menjaga mesin ini sebaiknya. Jangan give up awal sangat okay.

Semua nama mesin ni, hatta kita manusia pun kadang perlu kena service...makin naik usia, makin kerap kena service....adatlah...

Semoga entri ni membantu buat kalian yang kebuntuan...

Nak beli filter Cuckoo boleh klik sini ---> Filter air Cuckoo

Kalau untuk paip tu boleh beli sini ---> Paip penapis air

Untuk klip paip dekat sini ---> Klip paip air Cuckoo

Semoga bermanfaat!

p/s: gambar paip semua tu dah hilang masa migrate platform.



Selepas dok layan K-Drama Unlock My Boss hari tu, aku macam dok mikir nak layan series apa. Ingatkan nak ulang tonton series New Girl. Tapi susah pulak nak mencari platform untuk nengoknya. Dok tengok dekat 123movies, iklan berlambak. Menyampah jadinya nak nengok.

Pastu, belek-belek snippet Friends pun macam takde hala tuju tak best jugak. Jadinya gedung dok belek cerita untuk jadi peneman makan, lalulah series Cold Case. Nampak menarik.

Aku pun bukak. Ohh...ala-ala style cerita CSI ni. Patutlah...rupanya cerita olahan dari orang yang sama. Iaitu Jerry Bruckheimer....patutlah pun.

Awalnya memang nak tengok series Malcolm the Middle, tapi tak jumpa pulak mana boleh nengok citer tu.

La aku baru sampai Season Satu citer Cold Case ni. Not bad jugak. Sebab dia ada jugak selit yang macam citer based on true story.

Bagusnya series ni dia tak pernah anggap kes yang belum selesai ni sebagai satu kes remeh. Dorang ada team yang akan gali balik kes-kes lama sampailah jumpa siapa si pelaku ni. Pada Detektif Lily Rush ni dia kata Cold Case lagi penting sebab dorang tunggu lebih lama. Jadi keadilan pada mangsa yang kes lama ni sama jugak macam kes-kes yang baru.

Suka tengok style Detektif Rush ni sebab dia sempoi dan kemas. Paling suka tengok style dia negotiate dengan pelaku sampailah dorang mengaku.

Bolehlah belajar dari sini yang sikap yang tenang dalam semua perihal tugasan itu sangat penting.

Total series ni ada 7 season. Setiap episod dalam 45 minit gitu. Kalau korang minat cerita penyiasatan macam ni, bolehlah layan dekat Amazon Prime Video.

Okay gais, papehal gua chow lu marathon Cold Case.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ▼  Mei (2)
      • Paip Penapis Air Cuckoo Bocor
      • Melayan Series Cold Case
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026