Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Dengar cerita ramai yang teringin beli rumah. Tapi masih mampu tengok je dulu. Nak membeli, masih lagi mengumpul. Habis kerat tenaga dah dikerah pulas sampai kering keringat. Makin lama, duit yang dikumpul buat bayaran muka tetap juga belum mencukupi.

Zaman dah keras kawan. Azam dalam hati yang rezeki itu semua dari Tuhan. Niat untuk membeli rumah itu bukan untuk bermewah. Cukuplah menyediakan yang terbaik buat keluarga. Kecil manapun, jika ia milik kita walau sementara pun sudah tersenyum lega.

Proses carian rumah untuk dibeli ni bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Kalau betul ingin, usaha tu memang kena ada. Usaha, ikhtiar dan tawakkal. Itu prinsip sebagai seorang muslim.

Jadi kali ni aku kongsikan dengan kalian senarai website yang boleh membantu kalian dalam proses mencari rumah idaman disamping menambah pengetahuan dalam industri hartanah.

TEDUH

(https://teduh.kpkt.gov.my/)

"Sistem Bank Data Perumahan Negara (TEDUH) adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu komponen dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program atau skim perumahan.

TEDUH juga merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam usaha menyediakan saluran rasmi yang inklusif bagi maklumat perumahan awam dan swasta kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun, agensi pembiayaan perumahan dan pemaju swasta."

Kalau korang pergi dekat pautan 'Perumahan Swasta' - 'Projek Perumahan Swasta'; pautan ni korang boleh masukkan nama projek yang korang nak tahu, dan di situ dia akan paparkan secara terperinci rekod daftar bagi projek yang kita cari tadi. Antara maklumat yang dipaparkan adalah:

1. Maklumat pemaju

  • Maklumat projek
  • Maklumat perjanjian jual beli
  • Status terkini projek
  • Paparan keseluruhan unit: Dekat sini korang boleh tengok status unit Telah Dijual, Belum Dijual, Unit Kuota Bumi serta Jumlah Unit
  • Iklan yang diluluskan
  • Lokasi projek
  • Selain daripada sekadar tahu nama pemaju, kita juga perlu familiar dengan nama-nama kontraktor yang terlibat dalam menjayakan pembinaan rumah tersebut. Mengenal pasti kontraktor utama bagi sesebuah projek dapat membantu kita mengenal pasti jenis 'defect' yang kita akan hadapi ketika kita mendapat milikan kosong atau dalam English 'Vacant Possession' nanti.

    Defect ni bukanlah perihal kecil selepas kita mendapat kunci nanti. Jadi kena siapkan jiwa raga, masa dan poket yang tebal juga bagi memastikan kediaman kita itu selesa serta dalam kondisi yang selamat didiami.

    Gambar di bawah ni merupakan contoh info yang akan dipaparkan bila korang buat carian.

    Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta

    (https://search.lppeh.gov.my/)

    Katalah rumah yang korang berkenan tu ada diiklankan oleh sekian agen. Untuk memastikan kesahihan agen tersebut korang perlu selidik jugak latar belakang mereka. Bagi menyelidik samada firma yang mereka kerja itu betul-betul berdaftar dan takde masalah apa-apa, korang boleh pergi ke LPPEH Search Firm ni.

    Kita kena tahu juga peranan agen dalam pencarian serta proses pembelian aset terbesar kita ni. Nak-nak pulak ada setengah agen kata, agen fee 3% + SST. Ada kata, 3% termasuk SST. Jadi terpulang pada korang nak mencari agensi yang macam mana. Janji...janji semuanya telus dan ada hitam putih.

    Ingat tu. kita sekarang tengah berurusan dengan aset yang makan 6 angka. Untuk setengah orang memang mereka boleh sedebuk bayar tunai. Tapi macam mana macam mana sekalipun, baik berwaspada daripada terkena. Satu sen pun duit ui!

    Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)

    (https://napic2.jpph.gov.my/ms)

    NAPIC merupakan akronim kepada National Property Information Centre atau Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. NAPIC ditubuhkan atas gesaan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berkehendakkan sebuah pusat maklumat harta tanah ditubuhkan bagi tujuan memantau pertumbuhan industri harta tanah di seluruh negara.

    Haaa....website ni tersangatlah menarik untuk kita kaji trend industri hartanah. Selain pada tu, kita juga boleh baca kajian serta laporan yang ada ni bagi kita tahu nilai sesebuah hartanah tersebut.

    Memang kadang rasa betul ke rumah ni balance antara demand dengan supply dia? Tengok macam isu ni takkan pernah ada penghujung. Sebab kita sendiri tahu permainannya bagaimana. Cuma hadap tak hadap saja...Kualiti vs kuantiti kata orang

    Betul ke kualiti = mahal? Bukan harga rumah memang sedia ada mahal ke? Kenapa masih tiada kualiti?

    Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

    (https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/)

    Kotlah ada rezeki rumah idaman korang tu tersenarai dalam pakej Rumah Selangorku, apa salahnya jimatkan dua-tiga puluh ribu untuk keistimewaan ni.

    Yang penting cuba. Dapat tak dapat belakang kira. Lagi-lagi untuk pembeli rumah pertama yang inginkan rumah projek baru,

    Kelebihan:

    • Jimat kos melalui inisiatif kerajaan.

  • Peluang untuk pembeli rumah pertama memiliki rumah projek baru.
  • Tips:

    • Sentiasa semak kelayakan sebelum memohon.

  • Manfaatkan insentif kerajaan jika rumah idaman tersenarai dalam skim ini.
  • Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

    (https://www.jpph.gov.my/v3/ms/)

    JPPH ni mak kepada NAPIC dan berkait dengan LPPEH juga. Jadi dalam hal ehwal hartanah, JPPH adalah Jabatan dia. Manakala LPPEH merupakan Lembaganya.

    Info penting korang boleh perolehi dari sini seperti semakan status penilaian hartanah korang.

    Brickz

    (https://www.brickz.my/)

    Kelebihan:

    • Ketahui harga pasaran berdasarkan data transaksi terkini.

  • Bantu membuat rundingan harga dengan pemilik rumah.
  • Tips:

    • Gunakan maklumat ini untuk mengelakkan membayar harga terlalu tinggi.

    Fungsi Brickz ni untuk korang tahu dan faham harga market value sesebuah rumah yang korang target nak beli tu. Dengan info ni, korang bolehlah guna untuk sesi negotiation harga dengan tuan rumah (kalau korang beli rumah sub-sale atau secara direct owner. Kalau rumah baru memang harga tetap oleh pihak pemaju).

    Laman website info hartanah yang lain

    • Property Guru: Untuk carian rumah dan iklan hartanah.

    • iProperty: Untuk maklumat projek perumahan baru dan rumah sub-sale.

    • Mudah.my: Untuk pembelian rumah secara terus daripada pemilik.

    • Facebook Marketplace: Untuk mencari rumah yang dijual secara langsung.

    Sebagai konklusi, aku boleh gulungkan website tersebut sebagai:

    TEDUH Untuk tengok rekod pengesahan Certificate Of Completion And Compliance (CCC) , tarikh daftar siar, rekod jualan rumah dan lain-lain
    LPPEH Untuk semak daftar agensi hartanah
    NAPIC Carian trend pembinaan hartanah di sesebuah kawasan yang kita nak beli
    JPPH Sekadar info tambahan dan semakan penilaian bagi hartanah yang kita beli
    LPHS Pendaftaran bagi Rumah Selangorku di bawah inisiatif kerajaan.
    BRICKZ Semak market value dan nilai transaksi sesebuah hartanah di kawasan sekitar yang kita nak beli.

    Membeli rumah melibatkan dana yang besar, oleh itu memerlukan kajian yang terperinci. Dengan pengetahuan dan rujukan yang betul, korang dapat membuat keputusan yang lebih yakin dan bijak. Selamat mencari rumah idaman anda!


    Kau tahu kan kenapa, cuma kau buat tak tahu, buat tidak peduli...

    Bitter betul perasaan mutakhir ini. Kelat pada mereka yang tiba-tiba muncul di atas nama ukhwafillah.

    Jelak dengan segala tiba-tiba yang seolah dunia hasil dari kelompokan itu tiada impak yang buat sebahagian diri ini memberontak.

    Pesimisnya kali ini hingga dirasa seperti membuak untuk diluahkan.

    Satunya, pada manusia yang guna kita hanya kerana kita saja punya rantaian untuk ke manusia yang mereka berhajat untuk bersua.

    Kedua, pada manusia yang berhubung semata untuk perkara yang diri pun sudah tidak mahu punya kaitan.

    Hanya kerana silam kita sama, tidak bermakna kita perlu kembali berhubung. Tidak...

    Dunia itu sudah lama dibakar jambatannya.

    Kenapa perlu libatkan aku semata mengubat kerinduan kamu pada suasana lalu?

    Mengapa mahu diimbau segala cerita yang indahnya hanya di mata kamu?

    Eh, itu kamu yang mementingkan diri!

    Kenapa harus aku menghibur sesuatu yang teramatlah tidak aku setuju.

    Tidak!

    Aku tidak pernah mahu ingin bertemu. Apa kalian tidak sedar?

    Kita semua sudah elok-elok terpisah jauh tanpa sebarang cerita berita. Malah, aku sendiri sudah mengosongkan memori dari kisah lampau yang membuat aku langsung tidak bangga memilikinya. Untuk apa?

    Ah, memang tersangat baiknya kita sekadar mengintai di balik jendela daripada menerjah masuk tanpa rela. Cukuplah sekadar aku tahu kamu itu masih hidup, tanpa menjadi sebahagian watak dalam cerita hidup kamu.

    Lagipun, siri kisah itu sudah jauh terkebelakang. Mana mungkin aku ingin mencoret semula watak yang tiba-tiba ini. Bahkan pembaca pun mungkin tidak gemar dengan kewujudan semula watak yang tiba-tiba ini.

    Teruntuk manusia yang sesuka hati menjadikan aku sebagai si layang, pengirim kepada manusia lainnya, mungkin sudah masa untuk dihapuskan watak kalian dalam cerita akan datang. Lagi pula, aku ini jua sudah tiada lagi kaitan dengan cerita kalian.

    Ah....aku memang bitter. Sepahit peria dan petai di laman sana. Bukan lagi pencinta bunga si rama-rama.

    Untuk A, thanks dowh buat aku macam ni. Buat aku sekadar penyandar pada keselesaan novel kau. Aku bukan buku teks yang hidupnya terletak elok. Sekilas pandang semua terasa wow. Tidak.

    Untuk A yang lagi satu, semata aku dan kau pernah menjadi pelarian di pesta buku zaman lalu, tidak menjadikan kau punya tiket emas pada aku.

    Ah....ada baiknya dikambus lari saja dari sisi yang itu dan ini...

    Oh ya, kamu menyimpan nomborku sekadar ingin dijadi rujuk pada nombor lainnya...oh....terbaiknya kamu....

    Sungguh aku bitter!

    Kemudian sekadar pengalas basi bertanya; Oh, kamu bagaimana? Sekarang di mana? Kerja di mana?

    Ah, skrip yang sudah ku hafal sebagai hal-hal yang tidak lagi ingin diborakkan.

    Ya aku bitter. Ya aku marah. Ya aku baran.

    Pada kalian yang terlalu....

    Sungguh aku marah. Katalah aku garang sekalipun...ini cara aku tetap tenang.

    Kalian mencabar ketenangan yang aku jaga...ah bodohnya aku terlalu percaya...

    Kadang tu seperti tidak percaya yang kita ini semakin di hujung waktu. Sepertinya baru semalam kita ini bertatih, berlari mengejar sang belalang di rimbunan rumput yang panjang. Ah...segalanya tinggal kenangan. Kenangan usia yang singkat yang kemudiannya dikaburi menjadi hamba pada sesuatu yang tidak pasti.

    Seberapa lama usia kami di habiskan untuk menjadi sebahagian dunia asing. Teramat asing hingga keluar menjadi kelawar...

    Ah...terasa benar tidak normalnya disitu ya. Ralat, asing dan janggal semua perasaan itu ada. Tapi iyalah....kita ini hanya akur pada kata mereka.

    Alhamdulillah bersyukur masih menjadi orang.

    Alhamdulillah...

    Perjalanannya panjang.

    Ada keringat, air mata dan jerih tidak terkira. Ada hati terguris sini dan sana sehingga kita pun terperangkap pada kehendak yang mana. Alih-alih, memilih bawa diri asing dari segala itulah jawapan terbaik.

    Katanya, berdamai dengan takdir. Kata mereka, sampai bila harus lari?

    Kata dia...sehingga kekuatan itu hadir dan dia tidak lagi goyah ketika berhadapan konfrontasi. Bersama dia. Ya dia.

    Dia yang mereka mula menolak kala diperkenal kali pertama. Gila!

    Gila itu ucapan mereka pada aku. Aku yang sudah cukup gila pada dunia yang didedahkan kalian, bertambah lagi memilih jalan yang bisa menjadi kecaman. Pada siapa?

    Iman tak dapat dijual beli...

    Ia tiada tepian pantai

    Walau apa pun caranya jua...

    Engkau mendaki gunung yang tinggi

    Engkau merentas lautan api...

    Namun tak dapat jua dimiliki.

    Jika tidak kembali pada Allah....

    Terbang tunduk pada setiap peristiwa. Pada setiap liku perjalanan yang dia sudah bersimpang padanya.

    Baru sekarang dia lega. Baru sekarang dia menerima. Setiap renyah, lelah, keluhan dan segala rasa yang dilalui perit dahulu itu kini telah menjadi kekuatan, pemujuk dalam diri.

    Tidak mengapalah....ini dunia semata. Ujian kita begini mungkin adalah hikmahnya.

    Tapi kau yang memilih begini ujiannya, masih dikira hikmah juakah?

    Cuma tersenyum. Siapa kamu untuk menghukum aku?

    Eh...tidak baik kau berkata begitu. Menjawab dengan senyum pun sudah memadai. Tidak usah dicerita, dibentang atau dihujah pada mereka yang tidak bersama jalan ini.

    Yang penting kita disini dan mereka disana berada dalam rahmat Ilahi serta baik adanya. Cukup.

    Mendoakan dari kejauhan dari terlibat dengan rasa yang tidak lagi ingin dia rasa. Cukuplah.

    Mungkin dia rindu pada suasana lampau. Mungkin dia rindu pada riuh, teriakan meriahnya kala mereka bersama. Tapi, dikenang tiada seorang pun yang akan bersama dia untuk meneman dalam mengharung jalan yang ini. Jadi...untuk apa lagi dia bertandang disitu mengemis kasih?

    Melangkahlah mencari bahagianya sendiri.

    Terbang dan tunduk. Terima kasih pada segala.

    Terbang dan menjauh. Menjadi pemerhati mendoakan kalian dari kejauhan.

    Semoga semuanya baik-baik husnul khatimah.

     

    Tak boleh...

    Tak boleh bila kita minta undur, putar, perbaiki, sesuatu perkara yang sudah berlalu.

    Tak boleh...

    Bila kita mula pertikai pada takdir yang menyebab ia berlaku.

    Tak boleh...

    Bila kita pilih untuk give up dan sabotage diri daripada mencari sinar dalam debu...

    Tapi boleh je bila kita jalani dan hadap setiap perkara dengan tenang dan sabar.

    Boleh tak kita tenang-tenang dengan pilihan yang kita buat tanpa fikir prejudis dan stigma masyarakat?

    Boleh...tersangatlah boleh.

    Yang hidup dalam hidup kita ini adalah diri kita. Kita lebih tahu setiap imbalannya. Kita tahu kesan akibatnya. Kita harus berlapang dada dengannya.

    Boleh kan begitu?

    Boleh...

    Apa pun boleh kerna yang membahagiakan hari kita itu adalah diri kita sendiri. Bukan pandangan masyarakat terhadap kita.

    Jadi kawan, macam mana macam mana pun kita kena bolehkan diri untuk menghadapi setiap hari kita. Okay...

    Tadi aku ada baca satu ilmu baru dari buku Anthony Robbins. Dia kata kita ni terlalu biasa dengan setiap keajaiban yang berlaku disekeliling kita hinggakan kita dah tak rasa setiap darinya itu adalah suatu anugerah...

    Kita selalu hukum diri kita dengan meletakkan syarat untuk bahagia. Padahal kita boleh je set minda kita dengan katakan apa pun yang terjadi, kita akan mencari jalan untuk menikmatinya...

    Boleh kan macam tu?

    Lama juga ya aku ambil masa untuk publish entri yang simple ni. Nampak macam simple, sekadar tanya boleh tak...tapi tu lah....ada benda kita kena fikir yang tak semua boleh itu ada jawapan yang semudah dengan sekadar menjawab ya dan tidak.

    Satu hari nanti kalau aku terbaca balik entri ni kan, aku nak kau tahu yang boleh atau tidak kau teruskan saja langkah. Hadap segalanya sebab aku tahu kau kuat. ^_^ Kau cukup kuat untuk menjadikan perkara mustahil itu suatu keajaiban.

    Tetap tenang ya. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.

    Moga husnul khatimah!

    Jawapan dia mestilah agak mustahil. Mana ada kejayaan yang datang bergolek tanpa sebarang disiplin dan momentum. Semua kita kena usaha hari-hari. Bukan sekadar waktu ada mood saja.

    Haa...itulah tu. Aku tengah cakap dekat diri sendirilah ni.

    Tengah tengok balik kalendar, ramai kata bulan Oktober mengundang pelbagai tragedi. Sukar jugak nak dinafikan tu, Jawapan sebagai hamba ini, reda dengan segala usaha dan ketentuan yang diberi.

    Usaha lebih, punya hasilnya. Tiada usaha, bayang apa pun tidak nampak. Namun, usahlah dikeluh kesah segala jika telah diusaha masih juga tiada bayang.

    Sabarlah jawapannya.

    Macam mana ya kita nak kekal disiplin hari-hari?

    Hurmm...

    bermacam buku motivasi, thread, tweet, mahupun video yang bercerita perihal ini. Namun kejayaan disiplin ini hanya akan berlaku bila kita yang mulakan perubahan tabiat dalam jadual kehidupan kita.

    Ya, hidup punya jadual. Rasanya kali terakhir aku punya jadual hidup secara bertulis adalah zaman belajar dahulu. Kemudian bila masuk alam kerjaya dan dewasa ini, segalanya seakan auto-mode. Seperti sudah di setting.

    Kadang, memang tergelincir juga bila mood tidak hadir. Aiguuuu....

    Takpelah, kau jangan terlalu memaksa okay? Buat semampu yang boleh. Slowly but surely kata orang.

    Bila buat macam tu, nampak sangat kita ni terlalu manjakan diri....huhuhuhu

    Mungkin sebab kita ni dah terlalu lama dalam mode survival buat kita lebih pilih untuk bersantai dan hadap apa adanya. Nak dikejar itu ini pun kadang, tiadakan juga ke mana. Situ jugak...jadi tenang saja langkahnya. Ada, ada...tiada, tiada...begitulah...

    Tapi kan...kalau kau teruskan je disiplin kau dalam meraih impian tu rasanya takde salahnya bukan?

    Memanglah takde apa yang salah. Aku pun tak tahulah apa benda buat aku kecundang. Mungkin aku rasa end to end, hidup tetap begini hahahaha....

    Pesimis giler kau nih...

    Yelah, yelah aku cuba ubah lah otak aku ni. Ingat tak penat ke hidup dalam diri yang begini...penat jugak. Tapi aku belajar untuk tidak benci diri. Aku terima diri apa adanya. Usaha untuk pujuk diri dengan mengatakan, sekarang kau dah selamat. Kau dah okay. Tak perlu rushing kejar timeline orang. Kau sendiri punya timeline hidup yang lebih cantik. Tenang ya...

    Bahu diangkat sambil melepaskan nafas yang berat.

    Begitulah kehidupan kau ya. Setelah hampir belasan tahun kau cuba untuk lupa segalanya, tapi tetap jua punya tanda dan parut yang dalam.

    Jadi penguat hidup ini wujud pada disiplin hati kau. Kau yang tentukan segalanya.

    Kau juga yang merancang semuanya. Semua itu atas bahu kau sejak dulu lagi bukan. Jadi ketatkan lagi disiplin hidup agar kita dapat kecapi sesuatu yang kita damba.

    Don't ever give up, okay!

    Perkara apa yang kau paling nak jaga dalam soal disiplin diri ni?

    1. Solat awal waktu
    2. Bangun tahajud
    Cukup dua perkara ni aku nak jaga dulu. Semoga niat kita untuk menjadi muslim yang berdisplin dipermudahkan dunia akhirat. Amiiinnn

    Apa pun yang melanda, masa itu Allah punya. Aku ini milik Allah. Noktah.

    Bersujudlah dengan khusyuk. Semoga husnul khatimah buat kita semua. Aminnn.

    Seminggu ni kesesakan jalan seolah menjadi-jadi. Giler betul sesaknya!

    Hampir setiap hari aku sampai lewat di ofis. Haih! Nak bersungut pun tak selesaikan apa masalah.

    Cuba untuk tak mengeluh atau merungut pun jadi mujahadah. Sabar tu dah kian menipis bila terlalu lama sangat sangkut atas jalan. Perjalanan makan masa 30 minit boleh jadi berganda jamnya!

    Baran jugaklah rasa.

    Hon memang dah jadi ruji dah. Adoyai...

    Fuh,...tenang tenang okay.

    Then kawan kerja pun cakap, "Penambahan kereta lah kot sebab sekarang kan musim hujan, jadi orang yang naik motor semua pakat dok naik kereta. Tu yang merasa sesak dia."

    Kata dia tu ada betulnya.

    Memang termenung bila terlalu lama dalam perjalanan yang dekat. Aku cuba sehabis daya untuk tenang dan berlapang dada atas jalan. Tapi confirm ada manusia yang akan menguji kesabaran aku yang dah kian menipis bila angka 9 masih belum sampai pejabat.

    Keluar habis awal jugak dah keluar rasanya. Tapi, sangkut jugak.

    Hancur terus misi tidak merungut untuk 30 hari aku.

    Istighfar banyak-banyak hati oiii!

    Kau ni bab complaint, perghhh laju kemain ye.

    Nasiblah hari hujan yang sejuk ni cepat sikit reda barannya. Layan instrumen yang tenangkan jiwa, hati dan segala emosi berkecamuk ni.

    Kita yang biasa hadap jam ni kan, dia dapat tahu jam biasa dan jam luar biasa. Jam luar biasa bila jalan mengensot saja. Langsung takde bertatih or berlari anak. Itu confirm kau jangan mimpi sampai on time even waze janji manis tadi. Putih mata sajalah labu oi!

    Jam biasa aku boleh berjamming lagi santai. Memang tenang buat terapi. Kalau jam luar biasa, aku pun kalau boleh nak berhenti tepi jalan dan tido dulu kalau boleh.

    Setakat ni je lah cerita jam aku. Frust giler sebab seminggu makan jam. Sakit kepala nok!!!!!

    Alhamdulillah kerja semua dah setel.

    Moga dipermudahkan semua urusan kita dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah yang sejati. Okeh!

    Moga husnul khatimah gais!

    Salam Oktober gais!

    Hidup je lagi keyboard ni rupanya ya. Tapi tu lah, aku dah jarang menaip guna keyboard tambahan. Guna je lah keypad pada laptop yang ada ni. Latih sampai letih gitu.

    Macam biasa ayat bila dah lama tak borak sini. Dah lama rasanya tak menulis. Macam berkarat segala idea dan terbejat segala falsafah.

    Well, hari tu aku khatam dua tiga novel. Rindu pulak nak marathon novel seolah hanya itu sahaja dunia kita. Hahahaha It's not babe! Really.... Now, our life is more than that.

    Somehow, kehidupan ini sendiri lebih menarik dari segala novel yang dibaca. Tapi itulah, masih lagi nak memandang hijau pada rumput orang lain. Macamlah rumput tu bagus sangat. Kau ada pohon yang lebih damai dan mententeramkan jiwa kot. Syukurlah hati!

    Tadi, aku belek draft buku so call unpublished. Haih, bila lah nak terbitnya? Masih takut lagi ke?

    Takut sampai bila tak ke mana ye dak?

    Kadang aku rasa, mungkin aku dah lebih mature (sambil buat muka mencebik dengan tangan dibahu dan mata dipandang ke atas), jadi bila baca penulisan dulu kala rasa macam "Ergh minah mana tulis benda merapu macam ni ha? Macam tak belajar langsung!"

    Ha nokkk sampai gitu sekali first impression aku weh! hahahahah Cannot imagine lah kalau orang lain yang baca. Plus, di era yang semua orang nak jadi penerbit, penulis dan segala, kenapa kau nak menyumbangkan diri jugak menjadi seperti mereka?

    Sebab...dorang bukan aku.

    Tulisan aku is still aku - Allah berlagaknya kau. Kau kan sehari tu tak angkat bakul sendiri tak sah ea?

    Hahahahah

    Okaylah gais, takde perkara faedah lagi setakat ni. Just some random update, kau okay tak tu?

    Tak okay, (bukan masalah aku hahahahaha) - semoga dipermudahkan...

    Kalau okay syukur alhamdulillah.

    Itu saja entri merapu bagi tanda aku masih wujud untuk hari ini. Semoga kalian baik-baik hendaknya okay!

    Adios!

    Sedar tak sedar, September dah berlalu meninggalkan kita.

    Bulan yang terpaling sibuk. Chey! Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hirup udara segar dan hidup sebagai manusia normal.

    Sejak kecoh isu nan satu tu, terasa tersangatlah serabut bila masih dikaitkan dengan kelompok itu. Walhal kita sudah membuang cerita itu semua. Urghh

    Tersingkap semua, aku dah tak kisah dah. Kita tak pernah ada kaitan!

    Khamis sudah aku meletus bilamana masih dikaitkan dengan statement 'dalam hati ini masih mendewakan mereka'. Entah kenapa baran aku terserlah betul waktu tu seolah zaman itu datang bertalu-talu membuat aku naik gila! Sudahnya, aku menyinggung hati orang yang disayang... Alhamdulillah juga dia tidak ambil hati.

    Tahu aku bengang. Tahu aku jelak dengan isu ini. Nak dicampak kata 'padan muka' pun ya. Ambillah pengajaran dan iktibar dari kisah begini.

    Berpuluh tahun kau menapak, akhirnya kecundang juga. Bertahun menjeruk rasa, keluarga jadi punah ranah. Semuanya kerana...?

    Sebagai Muslim yang masih waras, jujurnya aku seakan fobia untuk mengikuti mana-mana badan islam. Sentiasa wujud mereka yang menunggang agama. Baiklah dijaga keluarga kecil ini saja.

    Agak tekanan mental, emosi dan segalanya lah. Serabut! Itu memang menyerabutkan. Jadi, kalau boleh, aku dah taknak ambil kisah berkenaan isu ini. Cuba untuk tidak membaca news untuk sebulan dua ini.

    Biarlah ditenangkan dulu hati yang membara ni.

    Nak dimarah pada mereka yang menjadi punca aku terjebak dengan dunia serba tidak normal ini, mereka itu orang tua kita. Haih...jadinya seperti pepatah yang mereka hanya mampu kata, 'Hidup ini ibarat roda. Untuk berjaya harus terus mengayuh ke hadapan'

    Mudahkan?

    Setengah kelompok pula mengatakan, 'syukur punya pengalaman yang tak semua lalui'. Haa yelah...nasib keluar masih jadi orang. Kau tahu tak berapa lama aku ambil masa untuk jadi normal dan tak takut pada orang?

    Kau tak pernah tanya pun kan. Tahu-tahu semua survive. Bagaimana? Sedikitpun tidak ambil peduli.

    Jadinya sekarang, baiklah jarakkan diri daripada segala yang membuat kita terpalit luka. Sembuh memang sudah, dengan izinNya. Cuma, ruang itulah penawar kita.

    Semoga kehidupan kita semua baik-baik hendaknya.

    Dahlah...baik aku marathon Lord of The Rings yang tergendala 14 tahun sudah.

    Salam Maulidur Rasul 1446H semua!

    Alhamdulillah di hari minggu yang panjang ni, masing-masing ambil kesempatan untuk recover dan self-healing gitu. Syukur jugak hari ni hujan, damai, tenang dan paling penting hari cuti!

    Yeayyy!

    Chey, kemain kau bersorak ya. Hahahah padahal mood nak marathon Lord of The Ring sampai terlena ha. Aku manalah tahu yang movienya satu tu sampai tiga jam. Memang terlentok lah kerjanya.

    Mulanya aku nak layan drama 'Uncle Boss Mama' tu, tapi rasa cringe pulak bila watak tu dilakonkan. Teruslah aku macam, takpelah...rosak imaginasi novel aku. Baik aku jangan tengok.

    Oh ya, baru-baru ni kecoh jugak isu pasal satu syarikat ni. Tapi aku malas ambik portlah. Jadi pemerhati sudah memadai gitu. Biar Allah, dan sidang kehakiman yang menentukan nasib mereka. Yang lepas, kita jadikan pengajaran dan iktibar. Yang mana baik kita ambil, yang keruh kita tapis dan buang sejauh mungkin.

    Teringat masa aku pergi interview tahun sudah, aku ter-menjadi penceramah tak bertauliah pada sesi temuduga. Instead of soal jawab temu duga, mereka tanya perihal pengalaman yang itu. Hurmmm..

    Paling tak boleh bla mereka tanya, 'Awak masih ada trauma ke since masa kecil awak agak ....(aku pun mati ayat nak letak term dia kat sini...) traumatized?'

    Aku hanya gelak berseloroh dan menjawab, 'Alhamdulillah saya masih boleh mengawal perihal trauma saya sebaiknya.' Sambil tersenyum. Padahal dalam hati dah siap tekad kata, janganlah aku kerja kat sini sudah. Rezeki jugak aku tak bekerja di syarikat itu. Fuh!

    Hari yang hujan, Isnin yang tenang dan santai...aku membelek-belek planning lama. Kononnya nak menjadi digital nomad, pelbagai rencana sudah digarap. Sudahnya, aku lebih gemar bersantai, tiada tekanan dan ambil ruang seboleh mungkin agar tidak overwhelmed kata orang. Sudah-sudahlah mode strive and survive ya...dah lama sangat kau duduk dalam mode tu.

    Ingat tak kita punyalah beria itu ini dan sampai satu tahap kau rasa 'hilang'? So, aku kalau boleh tak nak kau hilang dah...buat sebaik mungkin untuk enjoy dalam hidup. Tak semua benda kau kena ikut timeline orang. Sebab orang semua time begini mereka begini, jadi kau pun tak semena kena menjadi begini dan begini. Ahhh persetan saja timeline orang!

    Yang hidup dan berjalan melalui jurang masa itu adalah aku. Jadi usahlah melulu....

    Ah, hidup dan prejudis....

    Angin...

    Bila hujan, auto angin akan meneman. Seperti sahabat yang sentiasa ada kala suram. Pelbagai cerita yang angin boleh sampaikan. Pada kita, terpulang mahu terima atau hirau. Pada aku, sibukkan dengan perihal sendiri sudah. Kadang, menjerit jugak rasa tidak adil pada angin yang semberono bercerita. Ah, usah disimpan dalam jiwa. Abaikan dan jalani hidup adanya.

    Yang penting, tenang itu milik aku. Kita bersama.

    Hujan, angin dan tenang. Aku harap kalian jalanilah kehidupan adanya sebagaimana yang pernah kalian damba. Usah diganggu lagi kami yang sedia terang sudah kalian tinggal. Bukan kerana ia trauma yang berbekas, cuma kami sudah tidak disitu lagi untuk kalian sepertimana kalian jua tidak pernah disitu untuk kami pada saat memerlukan. Cukuplah kita tenang pada caturan Ilahi.

    Doa kita baik-baik hingga Husnul Khotimah. Tenang dan damai pada Takdir yang tersurat. ^_^

     

    Hai Geng! Lamanya rasa tak borak kat sini ye?

    Sombong dah ea tak layan blog sejak ada profile Lemon Lapan kau tu. hahahaha...Tidaklah aku ni rajin nak fikir idea untuk dikongsi sebenarnya. Cuma, bila dah ada idea tu, cepat-cepatlah update entri baru. Serius update blog sebenarnya lagi senang dan chillax berbanding dekat sana. Huhuhuhu sebabnya sana bila banyak contest, auto persaingan tu sengit sikitlah. Tapi tu lah....aku gagahkan jugak update satu post setiap hari. Mana tahu ada rezeki dapatlah menang mana-mana contest kat sana.

    So, korang masih aktif men-Google lagi ke game-game yang free tanpa iklan dah boleh leka depan PC tanpa sedar?

    Kalau setiap kali tak tahu nak main game apa, aku ada satu port game untuk korang. Baru-baru ni aku terjumpa sebab ada terbaca dekat blog Anak Denasor (betul ke ejaannya ni?) kalau tak silap. Tu yang laju je aku mencuba hampir semua game dekat sana.

    Nampak je grafik game dia simple, tapi susah jugaklah nak faham. Adeh!

    Kadang kitanya nak main game untuk enjoy je, bukan untuk stress. Kalau nak stress-stress baiklah aku pi buat kerja fikir content ye dak?

    Nasiblah ada jugak game yang mudahnya dan paling aku suka dan geram kenapa sampai sekarang aku tak faham.

    Game tu adalah...Game Choco Loco

    Since aku masih belum berkesempatan upgrade laptop ni jadi PC gaming, jadi game-game yang ringan ni still okaylah untuk aku layan santai-santai.

    Iyaa....zaman sekarang ni kau main game pun boleh pandai memasak. Percayalah. Sebab simulation game ni adalah gambaran dari dunia sebenar jugak.

    Katalah korang ni dulunya bukanlah rajin memasak, tapi sooner or later rasa teringin pada masakan sendiri tu akan ada. Percayalah...

    Awalnya, aku just explore mana game yang ada...tapi game paling lama aku sangkut main adalah game yang cute ni.

    Game - Meat Suika Game

    Korang pun boleh tengok best score aku berapa. Dia macam main game 2048 punya konsep jugaklah. Tapi dalam bentuk yang comel gitu.

    Aku difahamkan yang platform ni bukan saja menyediakan game untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk orang dewasa jugak. Sebabnya ada satu game ni dia ajar kau berbisnes. Aku hari kedua bisnes warung kopi ni bankrup dah weh...

    Belajar Berbisnes dengan Game Coffee Shop

    Aku pun tak faham kenapa ^_^!

    Last-last tutup kedai je lah ha. Sebab apa? Sebab:

    1. Aku tak faham kenapa sukatan inventori gula aku cepat nau habis
    2. Harga coffee secawan 2$ kira murahlah kan? Kat Malaysia mana ada dah harga kopi RM2. Kalau kita nak argue tanpa convert matawang.
    3. Game ni takde rujukan bagi sukatan kopi yang kita jual.
    Kalau korang pernah main mobile game My Cafe, korang boleh jadi barista hanya dengan rujuk resepi dekat game tu. Serius coffee dalam game tu nampak lebih sedap dan real! Macam biasa, jangan compare game free dengan yang ada iklan dan bayaran. Sebab My Cafe tu dia ada generate profit. Kenalah game nampak canggih ye dak?

    Korang tengoklah high score aku pun lahai...>_<

    Patu disebabkan fedup main game yang asyik deficit je, aku pun main game yang lebih santai ala-ala Candy Crush gitu. Haaa ini kalau aku betul main ni memang boleh leka tak sedar hari.  Tapi aku dah lupa apa nama gamenya. Banyak sangat sampai terlupa ^_^!

    Game ni sebenarnya adalah latihan untuk belajar memasak jugak sebenarnya. Dulu aku selalu main game chocolate factory. Sekarang kat manalah game tu sekarang. Jadi tadi aku ternampak kat sini pun ada game yang nama sama. Tapi isinya tak samalah pulak...

    Game Chocolate Factory

    Incase aku pun lupa nak bookmark game online yang free untuk semua orang belajar memasak ni, makanya aku letaklah dalam entri blog sendiri. Sebabnya blog ni dah macam journal/diary untuk aku belek if aku perlukan sesuatu. So, harap dapat membantu korang jugaklah dalam mencari komputer game yang kids friendly gitu.

     

    Sebab apa aku kata main game pun boleh pandai masak?

    Sebabnya semua game ni adalah rekaan sebuah Sekolah Kulinari.

    Aku sendiri tak pasti kalau dekat Malaysia ada ke tak keluarkan game memasak sendiri. Rasa macam ada dan pernah main. Macam Kopitiam. Kalau tak silap lah.

    Okay gais, takat ni dululah cerita aku untuk minggu ini (entri untuk minggu yang sudah). Kalau korang rajin nak belek apa bendalah aku kongsi lagi, mehlah jadi kawan aku kat Lemon sana. hahahah

    Till then fellas! Semoga dipermudahkan urusan kita semua!

    Hai gaiss!

    Macam mana bulan Ogos korang? Okay tak okay?

    Syukur Alhamdulillah semuanya masih bergerak dan bernafas dalam Iman dan Islam. Oh ya, kot korang lupa yang sekarang ni aku banyak habiskan masa mencantikkan konten dekat Lemom8. Kalau korang ada akaun kat sana, meh-meh share dengan aku. Kita support-support ^_^.

    Habis, kalau aktif kat sana, kau dah tak update ke dekat blog ni?

    Insya-Allah, update je selalu. Cuma seminggu sekali je lah. hehehe. Plus, kalau aku celoteh lebar panjang kat sini korang nak baca ke? Tidak jugakkan.

    Haaa...ada baik kita share jugak dekat platform yang ramai pembaca.

    Eh, dah tawar hati dengan blog ka macam mana?

    Eh, tidaklah tawar hati. Cuma, blog ni dia tak boleh update ikut phone. Kena dok mengadap depan laptop dulu ha, baru dapat menaip. Doakan aku dapat upgrade office home aku ni ke model yang lebih canggih tau gais. Ini aku nak up entry sikit, terus berasap. Geram jugak kitanya. Tapi, buat masa sekarang, bertahan je lah boleh.

    Itu yang tengah kerja keras lagi kawan.

    Bulan Ogos ni menariknya kita sama-sama memperingati tokoh-tokoh kebangsaan serta buka balik sejarah penubuhan Malaysia. Dalam kekecohan dengan pelbagai bencana yang melanda sekarang, kita tetap utuh bersiaga bagi merai kemerdekaan Tanah Malaya. 

    Semoga berbaki lagi berapa hari untuk ke tahun baru ni kita pulun habis-habisan untuk mencapai target tahun 2024. Kena semangat sikit. Keep going and don't give up!

    Aku baru start aktif kat sana sejak Julai lepas. Pastu on-off. Cuma start minggu lepas barulah aku rancak berkarya. Sebabbb....ha mestilah bersebab kan. hahahaha sebab sekarang dorang tengah adakan Contest #MalaysiaLife. Hadiah dia pun bukan kaleng-kaleng. Jadi, misi kali ni adalah untuk menjadi seorang dari pemenang hadiah-hadiah tersebut.

    Usaha tu kena ada. Mesti! Wajib!

    Dah, dah lah tu asyik patah semangat kan. Time to shine!

    Konklusinya, bulan Ogos menarik dengan pelbagai aktiviti kebangsaan. Korang kena rajin follow rapat promosi sempena bulan Kemerdekaan.

    All the best dan semoga dipermudahkan urusan kita semua dunia akhirat. Aamiin.

    Gaisss ada yang baru dapat surat tawaran menyambung pengajian di Sarawak ke tuuu?

    Kalau ya, meh sini meh sini dengar aku celoteh meh.

    Celoteh bukan pasal apa, pasal cara korang nak sambung study kat sanalah. Mesti nervous kan sebab nak pergi tempat baru, kena naik flight pulak tu. Nak-nak ni adalah flight pertama korang ke sana. Fuh...confirm berdebar je rasakan.

    Jangan risau kalau korang tak tahu langsung dan memang tak dapat imagine kehidupan kat sana. Sebenarnya kita semua sama bila berada di tempat baru. Literally sama.

    Jadi sebagai orang yang selama ni tak pernah ambil tahu selok belok dan langkah untuk menyambung pengajian di sana sebagai kelahiran negeri selain Sarawak, maka hari ni aku dapat ilmu baru untuk dikongsi dengan korang semua.

    Tips Pelajar ke Sarawak Untuk Kali Pertama

    First, korang kena relax dan tenang. Sebabnya takde apa yang perlu digelabahkan. Korang hanya pack barang macam biasa dan setibanya di airport di Sarawak sana, korang akan beratur dibahagian pemeriksaan imigresen.

    Kat sana baru korang diberi satu slip untuk menyinggah ke Sarawak. Slip tu make sure jaga elok-elok sebab perlu digunakan masa korang terbang balik nanti. (Kalau parents korang ikut hantar sekali, slip ni dorang kena jaga)

    Untuk korang pulak just simpan as a record.

    Second, mahasiswa/wi akan diberi penerangan pada minggu orientasi berkenaan dengan Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) sepanjang di Sarawak. DPT ni boleh diguna pakai hinggalah korang tamat suatu pengajian. Kalau kata nak sambung lagi pengajian seterusnya, barulah korang kena renew DPT yang baru.

    Third; pastikan dokumen korang lengkap setibanya pada hari mendaftar nanti. Antara dokumen diperlukan seperti:-

    • Borang Passport Malaysia
    • Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm – dua (2) keping
    • Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
    • MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
    • Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.
    • Pemohon mesti hadir semasa permohonan dibuat
    • Sediakan duit bayaran sebanyak RM5.00
    Insya-Allah perjalanan masuk keluar ke Sarawak ni sangat simple. Korang jangan fikir susah-susah pulak. ^_^!

    Mungkin terlalu dimomokkan yang bila masuk Sarawak kena ada passport la semua tapi sebenarnya sangat simple. Kalau takde pun okay sebab kat imigresen sana dah ada slip keluar masuk untuk korang.

    So takat ni sajalah sharing aku untuk korang. Ni pun query datangnya dari rakan kerja yang bakal menghantar anaknya ke IPG Kuching. Semoga maju jaya!

    Itu hitungan untuk ke tahun 2025. Wah, nak 2025 dah.

    Punyalah hari tu bising pasal Januari berlalu terlalu lama, nah sekarang....tinggal 143 hari lagi kitakan meninggalkan 2024. Banyak betul perkara berlaku dalam masa yang sudah lupa mahu dihitung ni. ^_^!

    Cantik pulak angka nak ke penghujung tahun ni ya. 143. Like really 1-4-3-...dan ditambah dengan 7...hehehehehe

    Iya, kau bab merepek laju saja ya...

    Iya, memang laju. Since aku pun dah ke laut bila bab menulis sekarang ni, maka ada baiknya aku just merapu meraban sebelum kembali serius.

    Lately aku banyak aktif dekat Lemon8. Iya, aplikasi Lemon Kuning seberadik dengan TikTok kata orang. Awalnya aku sungguhlah annoyed nak memahami konsep konten dekat sana. Serabut dengan over aesthetic post. Everything is like, caca marba magazine wanna be...but hey,...everyone just exploring their talent right? So, just give 'em the break.

    Berbulan tak lama lepas aku cuba menghadap intipati trend Lemon Kuning tu, sedikit sebanyak aku belajar dan cuba bina persona di sana. Itulah asbab aku jarang up dekat sini. Sibuk jadi pereka majalah gitu...

    Kadang aku rasa nak lari dari kehidupan yang terlalu merasa ingin kongsi segalanya. Walhal takde orang kisah pun pada kehidupan dan realiti kita. Semuanya hanya ingin meraih angka dan monetize semata. Hakikat yang agak pahit jugak untuk ditelan. Dan aku sebahagian daripada manusia yang berada hampir digarisan komuniti sebegini.

    Penat bukan. huhuhuhu

    Kita punya pilihan. Jadi pandai-pandailah tapis sendiri...

    Ada perkara bermanfaat, sama-sama dikongsi. Tak perlu pun sampai buka pekung di dada atau menumpahkan apa-apa juga teh mahupun kopi. Cukuplah sekadar awangannya saja. Inikan dunia tipu-tipu. *dengan nada gelak palsu*

    Buat masa sekarang aku syukur dan terusan belajar bersyukur dengan kehidupan. Dulu, kini dan selamanya. Seperti tajuk album, konsert come-back artis lama. Memang kita akan rindu. Itu fitrah. Aku hargai setiap pilihan dan perjalanan tanpa punya rasa kesal. Sentiasa hidup dalam detik sekarang.

    Alhamdulillah. Ucapan syukur sentiasa membahasi jiwa.

    Syukur segalanya telah berjalan dengan lancar.

    Syukur pada perjalanan yang sentiasa diharung tanpa lelah. Walau ia lelah dan perit sekalipun, kita tetap hadap dengan hati yang tabah.

    Kerana, ini lelah yang kita pilih. Maka, pilihlah kelelahanmu sewajarnya. Setelah dipilih, harungi dengan jiwa yang kental. Tanpa sebarang rungutan. Yang ada cuma senyuman.

    Yang hidup dalam kehidupan kita ini, adalah kita.

    Ecewah sudah seperti ceramah kemandirian kau ya.

    Setelah hampir lapan bulan berlalu bagi tahun 2024, aku belajar yang;

    • ada baiknya kita lebih menjaga hal kita daripada sibukkan hal-hal yang lainnya.
    • Normalisasikan tidak mudah menganggap semua orang itu layak masuk kelingkungan kehidupan peribadi kita.
    • Menjaga batasan kehidupan kerja, keluarga besar, keluarga kecil dan peribadi sewajarnya (mujur aku tiada lingkungan sosial hahahaha)
    • Penyelesai masalah terbaik adalah dari diri sendiri serta keluarga kecil
    • Kita boleh katakan tidak tanpa merasa seperti penjenayah. hahahahah
    Maka dengan berbaki lagi 143 hari pada tahun 2024 ini, aku doakan agar segala urusan, impian dan azam kita tahun ini dipermudahkan, menjadi lebih bersyukur dalam semua perkara serta sentiasa menambah ilmu dalam membaiki kehidupan diri dunia dan akhirat. Aminnn

    Buat kehidupan lalu yang pernah menemani aku, terima kasih atas dukungan kalian dalam menjadikan aku ke detik ini. Kehidupan itu mungkin tidak lagi pernah sama walau diteriak berkali sekalipun, kita semua tidak lagi ingin menoleh pada apa yang telah ditinggalkan. Ia sudah menjadi sejarah...

    Fokus ini cuma pada langkah orakan masa sekarang. Agar kehidupan mendatang kita lebih bersedia.

    Hari tu aku berpeluang join satu NGO environmentalist yang terletak di area Bangsar.

    Di hari Sabtu yang tenang, damai dan santai tu aku terpaksa keluar demi meneguk secangkir ilmu dan menyegarkan otak dengan kepentingan menjaga alam. Iyalah, bila dah lama tak pergi ceramah, berbicara ilmiah yang luar dari skop kerjaya kau, kau auto hilang kepekaan dan kesedaran terhadap isu yang lain,

    Bukan tidak kisah, tetapi kurang cakna gitu...

    Niat untuk hadir memang nak belajar mencintai alam dan tumbuhan. Tekad lepas program ni nak jadi seorang planter lah kan.

    Sekali, nahh...kau disuruh cuci signboard dorang beb!

    Perghhh....tak tahu lah nak angin atau apa. Yang penting redha sajalah. Dah itu yang disuruh.

    Agak pffthh jugaklah dengan penceramah merangkap PIC tu.

    Keliru samada itu memang cara dia mendidik orang atau merasa diri bagus terpaling environmentalist membuat dia tampak lebih wow dalam menjaga alam?

    Oh my God, please r.

    Boleh dikatakan rasa sedikit menyampah lah. Kita datang situ untuk belajar, yang kau condemn lebih-lebih macam kena jawab itu ini tu dah kenapa?

    Iyalah, akur jugaklah dalam diri aku ni kesedaran itu terlalu diambil remeh hingga lupa bersyukur. Buat sekadar semampu yang boleh je lah.

    Aku yang bitter atau .....

    Redha sajalah labu. Belajar mana yang perlu. Selagi ada rasa ingin untuk belajar tu, belajarlah. Cuma, bila hadap tukang mengajar begini, menguji jugaklah kitanya. Nah....complain lagi kau ye disini. hahahaha

    Memanglah....aku sungguh tak puas hati weh...

    Aku nak tanam pokok, kau kasi cuci signboard. Mano nak jadinya...ambil kesempatan betullah dorang ni.

    Papehal, thank you sebab share ilmu dengan hadiahkan tumbuhan buat kitaorang semua. Semoga niat untuk mulakan hobi baru ni tak terbantut dek condemn kalian tu.

    Bak kata sekian manusia...kita kena belajar bertenang dalam apa jua keadaan. Berhenti merungut, dan tingkatkan rasa syukur. Barulah kita dapat menjadi manusia yang powerful dalam diri.

    So gais...redha sajalah apa jua orang lain nak kata. Jalan kehidupan ini hanya kita yang tempuhi. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dunia akhirat.

    Ada orang merasa, dengan menyebut semua jenama terhebat buat kita berasa kagum.

    Ada orang merasa, dengan bersembang kencang gema seisi alam buat semua orang tunduk.

    Itu semua perasaanmu sahaja kata orang.

    Geleng kepala sahajalah.

    Malas sebenarnya hendak berhadapan dengan manusia serupa ini. Kadang kalau boleh dielak, kita elak. Tapi itu lah, lumrah alam kerja, hendak atau tidak tetap kena hadap.

    Senyum sahajalah walau sekadar segaris hambar.

    Aip.... janganlah begitu kawan. Niat itu kena perbaiki, betulkan semula..

    Jangan merasa diri mulia. - Itu perasaan paling hina bagi seorang hamba.

    Istighfar duhai hati.

    Kita ini apa pun tetap hamba dari tanah tercipta.

    Tetakluk pada Dia, bukan kita atau mereka.

    Tertakluk pada kita hendak didengar atau jadi iktibar.

    Ya, natijah manusianya selalu begitu.

    Kadang alpa, merasa megah seperti dialah Raja segala Alam.

    Hati duhailah hati. Usah disisip walau sekelumit rasa iri.

    Itu cerita dia, kita angguk dan dengar sahaja.

    Hendak ditelan, dikemam pun membusuk dalam diam.

    Baiklah dikeluar sejurus didengar.

    Sudahnya bila ditanya orang, 'perkara apa yang disembang?'

    Nah, termangu tak punya jawapan.

    Menyengih lagi bagai kerang tua.

    Iya kerang pun bisa menua bukan. Asyik membusuk saja...

    Kadang diri termenung, perkara apa yang buat manusia itu jadi begini mahupun demikian?

    Hebatkan Tuhan.

    Dicipta berbillion manusia namun tiada yang serupa. Adapun tidak pernah sama. Sama pun, tetapkan punya beza.

    Ceritanya, aku ini seolah masih kerdil di alam kerjaya. Di alam itu aku sekadar si penuntut yang tak pernah berhenti belajar.

    Masih lagi merasa diri ini seorang pelajar.

    Ya...dunia yang keras ini sentiasalah dilembutkan hati agar kerap bersyukur.

    Kerasnya dunia nyata membuat kita lebih senang bersujud. Aminn...

    Kepada Dia diangkat segala hajat. Dicerita segala keringat agar segalanya menjadi ibadah.

    Tertakluk pada kita hendak menafsir hidup ini bagaimana.

    Sebuah permainan kah? Sebuah lagenda kah? Sebuah mimpi yang harus dikejarkan segalanya kah?

    Apa pun tetap dengan tujuan yang satu.

    Sentiasa menyerah segala pada Dia.

    Tertakluk pada Dia juga hendak menilai kita bagaimana...Nilaian-Nya lebih penting dari seisi manusia....

    Moga Husnul Khatimah... - Amin Ya Rabbal A'lamin...

    Hari ini kita digemparkan dengan kes penembakan yang berlaku kepada Donald Trump. Propaganda apakah yang sedang berlaku kepada dunia hari ini?

    Lama kelamaan keselamatan dan keamanan dunia seperti telur di hujung tanduk. Bidalan yang amat mengusarkan rakyat jelata.

    Buka media sosial semuanya berkisarkan perang, jenayah, masalah sosial yang kian berleluasa tersangatlah membimbangkan.

    Takut sebenarnya hidup di akhir zaman ni. Bermacam ujian dan petaka melanda.

    Teringat nasyid zaman Arqam yang dibawa oleh kumpulan Nadamurni dulu.

    https://www.youtube.com/watch?v=I9zvekBvxkg

    Ditambah dengan perang  genocides di Palestin yang belum pernah berhenti lagi. Kegilaan apakah yang melanda dunia hari ini?

    Bersyukur sangat bila setiap pagi bangun, Tuhan masih beri peluang pada kita hirup udara kemananan, ketenangan. Nikmat paling jarang disyukuri setelah iman dan Islam.

    Terima kasih Tuhan atas kurnia kemanan yang Engkau anugerahkan kepada kami.

    Jom kita sama-sama teruskan usaha kecil kita dalam membantu perjuangan Palestin.

    Semoga usaha kecil kita ini dinilai sebagai ibadah perjuangan. Aminnn.

    #westandwithpalestine

    Cuckoo King Top aku dah tamat bayaran pada penghujung tahun lalu. Jadi sekarang aku sudah sah menjadi pemilik Cuckoo setelah melanggan pembayaran selama 5 tahun.

    Yup, 5 tahun gais aku bayar Cuckoo water filter ni. Barang pertama yang aku langgan pada awal pindah masuk rumah.

    Memiliki jaminan air minuman yang bersih adalah keutamaan setiap orang termasuklah aku. Sejak pada penamantan tempoh bayaran yang lepas, kerap jugak Cuckoo bagi notifikasi mengatakan aku perlu membuat pembaharuan bagi khidmat servis yang ditawarkan dimana penukaran filter dilakukan sebanyak 4 kali setahun dengan jumlah servis berharga RM450.00.

    Bagi mengurangkan komitmen bulanan, maka aku pun menolak tawaran servis Cuckoo. Apa lagi gais, kita pun belajarlah menukar filter Cuckoo sendiri.

    Berlambak jugak tutorial menukar filter yang korang boleh buat rujukan. Kemudahan semua sudah dihujung jari ni, marilah kita belajar sendiri mana yang boleh kita belajar.

    Bak kata para netizen, di zaman serba serbi keras dan MahalDahNi, mana yang boleh berjimat, kita jimatkan. Jangan terlalu diikut sangat keinginan hati dan perasaan.

    Banyak-banyak video tutorial, aku rasa video ni yang paling mudah dan senang diikut.

    https://www.youtube.com/watch?v=jmTy2EnNsTs&t=125s

    Korang boleh adjust setting playspeed video ni bagi mudah nak ikut.

    Dari segi pemahaman aku pulak, korang boleh ikut step by step ni (p/s: ini bagi jenis King Top Cuckoo sahaja ya).

    Langkah menukar filter Cuckoo Sendiri:-

    1. Matikan suis elektrik serta punca air Cuckoo.
    2. Buka penutup di bahagian atas.
    3. Buka penyambungan filter lama dan keluarkan daripada mesin penapis
    4. Buka penyambungan paip bagi setiap filter dengan menggunakan alat (masa tukar hari tu aku guna sudu je)
    5. Sediakan filter baru
    6. Buat sambungan paip pada filter pertama dan flush sambungan terlebih dahulu
    7. Ulang langkah diatas pada setiap filter. Tempoh flush diperlukan sekitar 3-5 minit
    8. Keringkan air didalam tangki bagi pembersihan tangki air.
    9. Pembersihan tangki mestilah digunakan dengan kain yang bersih dan jenis tidak berhabuk supaya habuk tak tertinggal
    10. Bersihkan tangki anda dengan penjagaan yang rapi sementera proses flushing dilakukan.
    11. Setelah siap pembersihan dan flushing semua filter, anda boleh mengemaskan pemasangan filter anda seperti sediakala.
    12. Buka suis dan punca air.
    13. Siap! Air boleh diminum setelah satu jam dari penukaran filter.

    Tips lain:

    Pastikan mesin anda sentiasa kering dan elak daripada sebarang kebocoran dengan menyediakan kain dan tisu semasa proses penukaran filter.

    Kat mana nak dapatkan filter Cuckoo ni?

    Korang boleh dapatkan filter Cuckoo tu disini ---> Filter air Cuckoo

    Apa yang korang akan dapat dengan pembelian filter adalah:

    • Empat (4) cartridge filter:
    • Connector
    • Paip untuk flushing

    ///

    Masa awal aku tukar hari tu makan masa sikitlah sebab newbie sangat kan. Alhamdulillah hasil tips dan tunjuk ajar carian Google, aku berjaya tukar filter Cuckoo sendiri. Fuh!

    Banyak boleh jimat dengan penambahan skill tukar filter sendiri ni. Huhuhuhu....

    Itulah, kalau mampu beli dan boleh tukar filter air sendiri ni, ada baiknya buat sendiri. Mudah je kawan-kawan.

    Itulah aktiviti aku pada hujung minggu lepas. Nanti next 3 months kita akan ulang langkah ni lagi. Harap perkongsian ni dapat membantu korang. Mana yang serba serbi kurang tu, harap dimaafkan.

    Moh le kita fikirkan tips lain juga untuk lebih berhemah dalam berbelanja.

    Salam 1446 Hijrah kepada kalian yang masih berkunjung di laman ini.

    Laman sepi Chipsmore si sofie.

    Laman yang di update ikut selera dia. Ada, ada...takde, takde. Terserah.

    Zaman menyerah kata dia.

    Muharram kali ni macam biasa kita akan buat satu dua spot untuk deep cleaning. Nak dibuat semua, esok dah kerja.

    Target aku sebelum habis tahun ni untuk menyempurnakan sinki yang terbengkalai. Geram jugak tengok air asyik menitis ke lantai. Nak kata longgar, tak jugak. Mungkin sinki tak di sealant lagi jadi punca. Tadi pun aku dah usha-usha material yang boleh dibuat supaya masalah ni dapat dicegah.

    Sempat jugaklah buat karipap frozen buat bekal sarapan nanti. InsyaAllah stok tu cukup buat seminggu ni. Total karipap tadi adalah dalam 35 biji jugak. Haa...sekarang karipap naik harga. Inti sardin pulak kan. Baiklah kau buat frozen sendiri. Selagi ada masa dan kerajinan, kau kena buat bekal dan makanan sendiri.

    Ada jugak aku cuba buat accordian potato. Sepertinya ga jadi ya ahahahaha mungkin derhaka resepi puncanya.

    Nak berharap beli selalu pun, kadang tak kena selera. Ada rasa nak beli, pun jadi berkira. Tak boleh dilayan sangat rasa, 'jangan pernah berkira soal makanan'.

    Tak pastilah cara masak atau beli lebih jimat. Kadang, masak sendiri tu memang lebih jimat. Percayalah...

    Sayur je aku selalu beli time nak masak. Sebab risau cepat rosak.

    Alhamdulillah syukur diberi kelengkapan dalam mengharungi hari-hari yang mencabar.

    Yang penting, jangan pernah risau pada rezeki. Buat sebaik mungkin dalam pengurusan kendiri. Atur hidup sendiri itu lebih disibukkan dari perihal lain.

    Nak dikejar pun terasa penat. Jadi dipilih menyerah pada apa yang tersedia.

    Orang kata kalau kita merasa seperti ditakuk yang sama, 'stagnant' dan rasa macam tak bersemangat dalam mengejar sesuatu yang pernah kita minat, itu adalah tanda kita di fasa pulih dan rawat.

    Ya ya ya...ada aje benda kau nak berhujah ye?

    Yang penting sebenarnya adalah penuhi hidup kita ni dengan kehidupan. Kehidupan yang kau sendiri jadi karakter utama. Bukan sekadar sampingan.

    So Muharram 1446 Hijrah ni marilah kita pasak niat untuk memperbaharui kewujudan asal kita dicipta.

    Till then, semoga husnul khatimah!

    Dua minggu sudah aku sempat mengunjungi susasana kawasan kediaman pekerja kontraktor. Kadang kita selalu wonder, di manalah para buruh kasar ni menetap dan macam manalah situasinya.

    Makanya, masa aku pergi berkunjung kawasan kediaman mereka, sebegitu ucapan rasa syukur terus melimpah dalam jiwa.

    Alhamdulillah, alhamdulillah bisik hati tanpa henti.

    Melihat suasana yang buat aku terkenang kawasan permai dekad yang sudah.

    Simple.

    Hidup yang tenang. Punya segala kemudahan dan sentiasa tersenyum.

    Itu kehidupan yang aku dapat lihat dari riak wajah para buruh kasar ini. Tak pernah lokek dengan senyuman. Walau lelah dan sepenat mana membanting tulang, kadang ada sebahagian mereka mengalami masalah pembayaran gaji dari para majikan, mereka tetap bekerja keras.

    Kadang mogok tu, perkara biasalah.

    Yang penting setiap hari mereka dahagakan pekerjaan. Bertungkus lumus membuat yang terbaik kerana faham itu tugas dan tanggungjawab mereka.

    Usai dari kunjungan itu buat aku belajar yang diri ini teramat kurang dari rasa kesyukuran. Punyalah terasa bagai tidak berjaya itu ini seperti seorang yang masih gagal, walhal...detiknya aku ketika ini adalah suatu kejayaan pada diri.

    Semuanya sudah datang dan diatur cukup indah. Mengikut jadual Dia.

    Syukur, tenang dan tetap tersenyum hadapi segala dugaan.

    Itu pengajaran dan hikmahnya yang aku kian alpa dek diarung rasa cemburu buta pada kejayaan yang disangka akan membahagiakan jiwa. Walhal, semuanya sudah sedia hadapan mata.

    Syukurlah diri...

    Lambat laun kita akan belajar yang ketenangan adalah hadiah paling berharga dalam kehidupan.

    Ketenangan hati, nyenyak tidur malam...itu semua anugerah yang harta benda tidakkan mampu membayarnya.

    Kita kena belajar mengawal minda, emosi serta hati agar kuat dan teguh dalam mengharungi liku kehidupan.

    Kadang kau rasa sepi, sunyi...itu mungkin tanda kau kurang zikir pada Tuhan. (Akulah tu...huhuhu)

    Dipilih sepi dan sunyi kerana itu pilihan. Jauh dari hiruk orang ramai. Kehidupan kita tenang. Alhamdulillah.

    Tukar keluhan menjadi pujian. Kita belajar sama-sama okay.

    Apa jua badai yang mengharungi kehidupan kita pada hari ini, segalanya hanya sementara. Teringat satu quote dekat instagram aku ada baca, dia kata...

    Tetaplah tersenyum teman...

    Siapa dah khatam The Brothers Sun mesti tahu kenapa kena cari churros selepas habis menonton.

    Ke aku je? hahaha

    Tapi churros yang macam dalam cerita tu tak jumpa lagi. Sebab Mr Churros churrosnya semua pendek-pendek sikit. Paling kurang dah lepas gian nak makan churros, ye dak?

    Itu series yang aku sempat khatam minggu raya yang sudah. Oh ya, aku pun sempat tonton F.R.I.E.N.D.S Reunion weh. Tonton kat mana?

    Haa..mestilah rahsia.

    Friends Reunion ni agak emosi untuk aku tonton sebab terasa macam mendewasa dengan sitcom tu. Yeah, sitcom yang banyak menemani dunia kedewasaan. Menghiburkan hari suram, menceriakan emosi yang kelam.

    Daripada hari tu lagi aku dok layan sitcom The Nanny, tapi masih lagi tak habis. Siap selingan lagi dengan limited series The Brothers Sun lah, Friends Reunionlah, Anak Perjanjian Syaitan 1 dan 2 lagi kau!

    Oh, untuk korang yang belum tonton The Brothers Sun ni, tontonlah ye. Make sure tempat korang senang untuk cari churros. Lapan episod je weh. Cumanya cerita tu buat aku stress jugaklah masa tontonnya. Rasa nak hempuk skrin lah dengan detik terakhir dia tu.

    Untuk Anak Perjanjian Syaitan Sequel pulak pada aku ia agak boring dan terlalu banyak ulang dialog. Dia punya bosan sampai aku tonton dengan kelajuan 1.5x pun still menguap. hahahaha

    So, better tonton di Netflix since dah masuk dekat Netflix daripada korang pergi wayang. Okay? Jimatkan duit anda selagi boleh berjimat. Plus, tak perlu keluar rumah pun.

    Hari tu aku dah unsubscribe Netflix tau. Gara-gara Anak Perjanjian Syaitan ni, aku ter-subscribe semula. Tapi untuk sebulan ni je lah kot. Bukan sempat nak layan selalu pun Netflix tu. Balik-balik, belek blog then layan Amazon Prime. Menyesal sikitlah layan APS tu. Nothing worth it. Hurmmm...takpelah at least boleh layan cerita lain lagi kan?

    Buat masa sekarang, tak banyak langgan apa-apa platform hiburan. Yang tinggal, Spotify. Yang lain-lain tu semua share dengan beradik ke apa ke.

    InsyaAllah rajin kita layan cerita yang direkomendasikan oleh orang ramai di Netflix ya.

    Selamat berhujung minggu gais!

    Aku cuba bertenang. Senyum, tidak melatah mahupun menggelabah.

    Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan dengan rasa; This too shall pass...

    Itulah niat keluar rumah lupa pada Tuhan, rasa diri bagus sangat, haa sekali diuji terus menggelupur.

    Biasalah sifat hamba memang begini.

    Mahu semua sempurna tapi lupa diri itu sekadar manusia. Manusia mana ada sempurna...

    Tadi aku dah banci dah side parking tu, tapi tak memasal kena jugak sisi tepi. Calar sudah...

    Itu ini habis calar.

    Dah dah jangan mengeluh. Ini semua sementara. Relax, tenang, semua boleh selesai okay?

    Terasa betul diri ni cuai. Cuai yang amat deh hari ni.

    Jadi sekarang aku nak ambil masa untuk reflect diri. Muhasabah, renung balik setiap inci dan perinci.

    Bila situasi macam ni berlaku, seringkali kita menghukum diri. Sering! Sebab kita takut. Yeah maybe sebab terbiasa. Padahal, kesilapan itu bukan disengaja. Ada perkara sudah ditakdir berlaku, ia kan tetap berlaku.

    Sebab itu geruh tak berbunyi, malang tidak berbau malah tuah jua tiada siapa akan tahu.

    Tapi syukur tadi ada jugak bunyi buat aku sedar sebelum terlanjur.

    Fuh, kusss semengat. Takut mat!

    Okaylah gais, pi polish sat.

    Harap semua akan okay. Aminnn

    Ini adalah cerita dan pengalaman aku bersama Maxis.

    Maxis yang menyusahkan.

    Maxis yang melecehkan.

    Maxis yang merumitkan keadaan.

    Maxis yang sentiasa akan ada salah faham.

    Maxis yang tersangat hassle setiap kali kita perlukan rujukan.

    Maxis yang tadi kata lain, sekarang kata lain.

    Maxis yang eeee menyakitkan dompet jiwa raga sehingga aku rasa macam nak bunuh Maxis.

    Jarang aku nak bagi review untuk barang yang baru setahun guna. Biasanya semua review aku adalah selepas penggunaan lebih dari tiga tahun. Yeah, tiga tahun je kata kau. Itupun nak bising.

    Tiga tahun menjadi penyumbang setia kepada pemesatan sebuah syarikat telekomunikasi itu bukanlah suatu masa yang singkat.

    Merujuk kepada rekod profil, aku mula menjadi pengguna Maxis pada tahun 2019. Ada yang bermula 2021. Apa yang aku pasti, hidup aku bersama Maxis sudah bermula semenjak 2018. Selepas aku pergi tinggalkan Digi, RedOne serta Celcom XPax; pakej awalun aku punya talian sendiri.

    Sebenarnya hari ini aku hampir give up dengan Maxis. Marah, terkilan, kecewa seolah aku sebagai pelanggan setia itu dipandang picisan. Tiada nilai. Walaupun aku sedia maklum yang rata-rata syarikat 'gergasi' sebegini mana pernah kisahkan kesetiaan pelanggan. Yang mereka pentingkan adalah profit dan keuntungan.

    Aku ni apalah sangat sekadar penyumbang ratusan sebulan, kusss semengat kata orang. Orang lain yang menyumbang ribuan sebulan pun tak kecoh macam aku. Ah...itu orang, bukan aku. Siapa suruh dorang tak heboh.

    Semenjak ekonomi kian meruncing begini, ada perkara buat kita menilai semula mana kehendak dan mana keperluan.

    Faktor pertama buat aku memilih Maxis daripada barisan talian yang lain adalah, Maxis suatu brand yang stabil. Meluas, besar, dipercayai. 

    Aku pejam mata dah tak pandang lain masa buat perbandingan. Yang oren, kuning, merah, biru semua sudah tertumpu pada hijau.

    Pakej internet 30mbps dengan harga RM89 sebulan. Cukuplah buat pakai seorang dua. Sayangnya pakej tu dah mansuh. Menjadi Pakej Rahmah yang tidak lagi sah pada pengguna lama. *sigh*

    Aku tak follow up sangat dengan Pakej dan Produk terkini Maxis, sehinggalah aku perasan kenaikan pada bil. Even Pakej aku yang sepatutnya layak untuk jimat dah menjadi beban disebabkan kewujudan Pakej baru ni...hurmm...

    Ikutkan hidup aku dah cukup tenang tanpa perlu sebarang naiktaraf pada pakej. Tapi tu lah, mudah sangat terhasut dengan rebate. Dasar mudah kena gula-gulakan! Arghhh!

    Patutlah beria dorang kasi rebate Pakej 100mbps tahun lepas dengan harga RM89 ye...rupanya paksa aku upgrade dalam diam. tsk tsk tsk...aku je yang lalai selama ni...

    Selepas Pakej Rebate aku tamat Feb 2024 lalu, aku hubungi pihak Maxis untuk kembalikan semula status Pakej aku kepada harga asal tanpa sebarang kenaikan. Aku mahu semula Pakej 30mbps berharga RM89 sebulan. Aku tak nak Pakej 100mbps dengan kadar RM129 sebulan. TAK NAK DENGAN EJAAN SEMUA HURUF BESAR DAN WARNA MERAH BESERTA BOLD!

    Tapi korang tahu apa Pihak Maxis bagitahu aku masa tu?

    "Cik, pakej ni Cik masih terikat kontrak berbaki 12 bulan. Bermakna Cik kena teruskan pembayaran kepada harga normal sebanyak RM129 sebulan. Kita takde pilihan untuk downgrade Pakej cik."

    Dengan naifnya aku cuba jugak memujuk agar dikembalikan harga yang disetuju.

    "Tapi...hari tu masa Maxis call saya offer rebate ni pada saya, saya ada tanya dia, kalau tempoh rebate ni dah habis, adakah saya boleh kembali kepada pakej saya yang asal? Orang Maxis inform saya masa tu kata pihak Maxis akan hubungi semula saya bagi tujuan pengesahan. Biasanya kita akan kembalikan pelanggan kepada pakej asal sekiranya mereka tidak lagi berminat untuk meneruskan pakej rebate ni..tapi kenapa sekarang tak boleh pulak? Plus, saya langsung tak terima sebarang panggilan berkenaan pengesahan ni..."

    "Cik masih ingat pihak Maxis yang tawarkan rebate pada Cik ni?" tanya dia.

    Aku yang dalam hati masih cuba tahan maki.

    "Maaf cik saya memang dah tak ingat siapa yang hubungi saya masa tu. Cik boleh rujuk pada rekod panggilan saya bagi pengesahan."

    Yada yada yada...sudahnya aku pasrah. Disebabkan dia kata, "kita memang takde pilihan downgrade plan pada pelanggan selagi kontrak masih ada."

    Maka bermulalah fasa kecewa aku bersama Maxis usai panggilan itu.

    Kecewa, membazir, rasa macam diperguna semua ada.

    Terasa macam sangat tidak adil sebagai pengguna. Urghhh...

    Aku dengan berat hati terpaksa meneruskan Pakej yang aku tidak redha ini untuk berbulan lamanya. Sehingga satu detik aku rasa macam; 'dah r, cukup sampai sini je lah aku sokong Maxis. Tiba masanya aku beralih ke platfrom lain...'

    Panggilan demi panggilan aku lakukan bagi proses pembatalan khidmat Maxis Home Fibre 100mbps berharga RM129 ini.

    • Panggilan pertama info yang aku dapat, katanya aku akan dikenakan penalti. - Okaylah aku tak kisah. Janji dapat rendahkan komitmen bulanan. - Masa ni aku ada bertanya, "..tapi saya tengok dekat iklan website Maxis, ada Pakej serendah RM89 sebulan tu, boleh ke saya nak Pakej tu?"
    • Maxis kata, "Cik iklan dekat website Maxis semua untuk pelanggan baru sahaja." - Aik, aku pelanggan lama kau ni kain buruk dahlah ye? Tak puas hati sungguhlah!
    • Bila aku dah dalami pencarian aku pada platform yang baru, aku teruskan dengan panggilan kedua bagi mengatakan hasrat serta memahami prosedur untuk menamatkan penggunaan bersama Maxis. - Info panggilan kedua pulak bagitahu aku dengan mengatakan; "Cik kena lunaskan semua bil sedia ada serta membuat pembayaran advance bagi bayaran penalti sebanyak sekian." - Done, aku dah buat.
    • Pada panggilan kedua tu aku dah mention yang aku nak pembatalan segera sebab aku dah tak tahan guna Maxis. Kaki putar punya. Kau bayangkan setiap panggilan aku buat tu aku akan hubungi dua kali untuk pengesahan.
    • Panggilan pengesahan tu Maxis bagitahu aku yang; "Pakej Cik ni dia datang dalam bentuk bundle, jadi sekarang kita dalam proses unbundle pakej cik dulu. Kemudian kena tunggu dua ke tiga hari bekerja untuk meneruskan proses pembatalan." - Okay, aku dah lega dan memang tekad untuk angkat kaki.
    • Selepas aku buat serta menunggu panggilan seperti yang diarahkan, aku hubungi semula pihak Maxis bagi follow-up status since senyap betul telefon aku langsung tak berdering. Kau tahu apa yang Maxis cakap, "Cik, kita takde apa-apa rekod berkenaan permohonan Cik." WHATDAHECK??? - Masa ni aku dah sedikit berang.
    • "Cik, saya dah mohon termination ni sejak Rabu minggu lepas. Saya expect pihak Maxis hubungi saya hari Jumaat, langsung takde. Sekarang dah Selasa dan cycle bil saya dah bermula. Cik biar betul kata permohonan saya langsung takde dalam rekod?"
    • "Alamak Cik, kalau bil baru dah generate, Cik kena lunaskan dulu bil yang baru ni baru kita boleh proceed termination." - *HEAVY SIGH!* - Baik, saya akan buat pembayaran hari ni. "Kalau kata Cik bayar hari ni, Cik tak perlu hubungi Pihak Maxis, kita akan teruskan proses pembatalan." - Aku tak percaya dah kata korang ni. Lambertttt!
    • Selesai pembayaran, aku hubungi Maxis dan terus meminta buka permohonan bagi pembatalan kontrak.
    • Aku penatlah, setiap kali panggilan aku kena explain 'Kenapa Cik nak terminate ya?' Eh suka hati akulah nak terminate. Gerammmm
    • Semua yang bertanya, langsung tak bagi jawapan yang membina. 'Maaf cik kita memang tak boleh downgrade plan' - Dah tak boleh downgrade, kita blah la kan. Jika orang tak sudi...Lebih baik aku pergi...
    • Tapi....orang terakhir aku hubungi ni dia lain sikit. Dia seolah keliru dengan cerita aku. Dia kata, "sejak bila pelanggan tak diberi pilihan untuk downgrade plan?" - Eh, eh, eh kau ni tanya aku pulak? Kau tanyalah team kau. - Maka cerita yang sama aku ulang ke sekian kalinya.
    • Aku tetap berkeras mahukan semula Pakej asal aku dengan bayaran RM89 sebulan. Aku tak kisah. Kau tak kasi, aku memang blah.
    • Pihak Maxis tu cuba tenangkan aku dengan menawarkan pilihan Pakej 100mbps dengan kadar RM99 sebulan. Since RM89 sebulan dah tak wujud. (Padahal ada je lagi, tapi aku dah malas nak bertingkah) - Ikut pada logik pakej promosi terhad yang dipaparkan pada laman website Maxis, aku boleh dapatkan pakej 300mbps dengan harga RM99 sebulan. Tapi tu lah, macam awal aku kata, Maxis kaki putar. Apa yang kau lihat belum tentu hakikat. - Offer yang dalam website tu sekadar tayangan dan dogengan semata. Tengok boleh, percaya jangan. Silap hari bulan, mencanak bil kau terpaksa tanggung.
    • Selepas penyetujuan untuk mengekalkan Maxis Home Fibre dengan kadar 100mbps RM99 sebulan, aku dah lega. Aku anggap semua sudah selesai. Fuh tarik nafas baru. Dan senyum riang.
    • Namun tidak kawan! Panggilan dari Maxis tetap menghantui. Sebab apa? Sebab sistem dorang TAK TALLY! LAMBAT!!! L.A.M.B.A.T! (Okay mungkin bukan masalah sistem, tetapi staf yang bertugas makan angin)
    • Sudahnya, semasa pihak Maxis hubungi aku untuk pengesahan, aku kesibukan mengendali kerja dan meminta Pihak Maxis hubungi semula pada jam 4 petang. Tunggu punya tunggu, jam 5.46 petang baru mereka hubungi dengan meninggalkan missed called. (Ye lah dah masa tu aku tenggah drive buka waze, sebarang panggilan masuk memang auto reject. Sebel!)
    • Aku berhenti sebentar di hentian RNR. Hubungi Maxis dengan hati yang sebel kawan. Sebel sampai warna hijau. Sabar, sabar tenang.
    • Panggilan diterima dan aku terangkan semua A to Z. Yada yada yada, aku dah malas cara, aku hanya cakap, "kan saya dah setuju untuk proceed dengan apa yang saya dah setuju ketika panggilan jam 1219 tengahari lalu. Kenapa masih nak berkonflik???"
    • "Maaf Cik sistem kita ni agent tadi daftar lambat. Selepas Cik hubungi saya, baru agent yang Cik hubungi awal tadi masukkan dalam sistem sekitar jam 2 petang..." Ding dong ding dong "...sebab itulah kita terpaksa suspend sebentar akaun Cik."
    • Garu kepala kejap.
    • "Macam ni lah Encik Amirul ya, saya harap panggilan ni panggilan menjelaskan segalanya. Saya akan menggunakan khidmat Home Fibre 100mbs dengan bayaran RM99 sebulan. That's it. Kalau pengaktifan semula ni datang dengan kadar lama, saya akan terminate terus." Noktah!
    • "Ye Cik betul tu. Kita memang akan aktifkan Plan yang 100mbps dengan harga RM99 sebulan tu."
    • "Okay baik En Amirul, terima kasih atas kerjasama dan pengesahan. Have a good day."
    Man! Aku tak tahu betapa banyak mata dipejam lama sambil menghela nafas panjang semasa semua panggilan ni dibuat.

    Always be kind to others. Always be patient. Sebab tu je aku diam dari maki hamun. Sebab faham yang dorang hanya buat kerja ikut kefahaman dorang.

    End to end, niat aku untuk terminate Maxis Home Fibre menjadi renewal contract. Ah, tak kisahlah pasal tu. Janji aku bayar wifi setiap bulan bawah RM105 termasuk service tax. 

    Harap kau tak buat hal lah lepas ni.

    Aku malas nak tukar platform lain sebab;

    • Kalau aku pindah, kawasan tu belum tentu ada coverage. 
    • Disebabkan takde coverage, nanti platform baru kenakan aku penalti. Kau yang tak cover meluas, aku pulak kena bayar. Luaskanlah jajahanmu. Pffth!
    • Aku tak mahu pakej ada rancangan tv semua
    • Aku cukup sekadar wifi semata.
    Ha kau, kan dah ke-aku-an dah aku nih. Marah ni, marah. Berang semualah.

    Usai panggilan akhir tu, aku memandu dengan tenang. Nasiblah orang terakhir tu lebih berpengalaman dalam mengawal pelanggan begini. Rezeki kaulah Maxis aku setia dalam benci.

    Berbuih mulut ni dah nak hamun kau Maxis. Memang aku dah urghhh lah dengan korang. Apalah sangat hilang pelanggan seorang picisan ni kalau sekadar bagi untung sesen dua pada profit mereka.

    Papehal, aku ucapkan terima kasih pada Sales Staff Code Zaluqman (En Amirul) atas keberkesanan menangani pelanggan seperti aku yang disisih selepas menggunakan Maxis bertahun.

    Aku menanti beberapa jugak staf Maxis yang akan counter offer atau promote Pakej yang lebih 'WOW' untuk aku stay, tapi langsung TAK ADA. Sehinggalah panggilan yang terakhir ini barulah ada staf Maxis yang lebih berakal merungkai segala kesetiaan. Chey!

    Aku tak pasti samada korang (staf Maxis) akan dikenakan penalti atau prestasi akan merudum kalau pelanggan downgrade plan. Tapi, berkali aku telefon tu, cuma seorang sahaja yang memberi secebis harapan.

    Aku takde masalah dengan Maxis sepanjang tempoh penggunaan bertahun ni. Kestabilan dia paling aku utamakan. Aku percaya. Cumanya, setakat mana aku boleh percaya dengan Maxis ni aku tak pasti. Kadang kepercayaan pada Maxis ni pun boleh ter-rosak hanya kerana cetek pengetahuan. Hurmmm...Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga...

    Takat tu je lah cerita pengalaman bersama Maxis. Mungkin rasa macam tak best, rasa aku tak baca TNC, tapi aku baca. Aku faham. Cuma kenalah terangkan. Terang dengan hemah. Mungkin pemahaman aku tak sama dengan sebenar. Mungkin apa-apa boleh diputar. Siapa tahu kan?

    Setiap daripada kita pun ada meletakkan bajet dalam pengaturan kewangan. Jadi, sebagai pengguna, tak salah untuk kita ubah pilihan jika itu sudah melebihi bajet yang diperuntukkan. Bukan sekadar suka-suka. Mana yang boleh kita jimat, kita jimat. Plus, ini pun aku rasa banyak lagi boleh jimat. Cuma, kena lebih berhemat. Pinggan tak retak, nasi tak dingin...itu je lah.

    Maka, selamat meneruskan pembaharuan kontrak yang seterusnya.

    Delulu is solulu...

    Quote ni dah terngiang dalam telinga aku semenjak Isnin lalu.

    Ia bermula masa aku scrool reels dan ada terjemahan terma Gen-Z dengan perkataan asal.

    Delulu adalah delusional, manakala solulu adalah solution.

    Hah.

    Katalah aku tertinggal dari arus trend sekalipun, aku tak kisah sebab aku tak pernah akan searus dengannya. Cheyyy ayat kemain berlagak na...

    Bila dikaji berkenaan terma delulu ini melalui ChatGPT, kita akan diberi penerangan seperti berikut...

    Nah....sakit kepala jugak aku membaca bacaan seperti ini ya. Pening amat deh rasanya...

    Ikutkan masa aku men-Google pasal isu delulu solulu ni, aku macam tak rasa ia suatu bahan atau topik yang berat. Sekali....nah....dalam jugak topiknya ya bila hendak dikupas.

    Daripada delusi, berpindah ke halusinasi...kemudian menjadi psikosis....

    Mak aih...mahu tidak gila mahu membaca. Plus... bila dah membaca lebih ni...kau baru sedar yang kebarangkalian dulunya kemungkinan kau pernah alaminya...Tapi tak sedar, sebab kau tak tahu pasal semua terminologi atau kewujudan dunia yang ini. ha ha ha ha

    Okaylah beransur kepada agenda seterusnya...adakah delulu ini suatu solulu atau sekadar helah semata?

    Entahlah weh....tetiba otak aku jadi penat giler dah fikir perihal ini.

    Iya...ga usah difikirin...

    Yang kau pergi rajin fikir perihal ni tu sebab curious lah tu hahahaha

    Iya benar tuh....Curious tentang apaan sih.

    Thought something fun, something rainbow...rupanya awan gelap, pelangi pudar.

    Iyalah, cukuplah sekadar atasnya saja aku sudah tahu.

    Sambil research mengenai topik ni aku boraklah, tanya berkenaan adakah kita pernah alami situasi sebegini?

    Mungkin ya. Tapi, kita tak naklah buat diagnosis sendiri ya. Jadi kami diam. Berteleku. Hembusan nafas pun terasa berbatu. Berat!

    Kehidupan kedewasaan ini katanya keras. Keras, berat, gelap, kelam dan seangkatan dengannya semua memberi jawapan serupa.

    Yang menjadikan ia ceria adalah tanggapan dan persepsi kita terhadap kehidupan yang melanda.

    Mahu warna beginikah, warna begitukah, mahu dipikul beban dibahu lagikah atau mahu terus putuskan segalanya tapi sebarang rasa berbuku mahupun berbaur.

    Tak semudah itu...tapi tidak mustahil bukan.

    Jadi, perlahan-lahan kita mengorak langkah, melepaskan segala rasa yang sering menghantui kita.

    Sakitnya mungkin perit. Namun, sakit itulah yang kita tagih agar bila berhadapan sakit yang lebih dasyat kita tidak lagi jatuh sebegini. Mungkin lebih terkawal segalanya.

    Eh, aku pun dah lupa entri ni pasal apa. Yang penting, kita fokuskan hidup pada perkara yang memberi manfaat pada iman kita. Teringat satu quote ni,...

    Jadi, delulu solulu!

    Okay, enough with this mantra already. Move on and go find another affirmation!

    Gua mahu muntah udah kaji ini topik.

    Alhamdulillah hari tu ada rezeki untuk update RAM laptop. Akhirnya tidaklah hang jeng semedang setiap kali aku buka beribu tab.

    Tapi tu lah, sejak upgrade hari tu bunyi laptop kemain berkipas macam nak terbang gamaknya. Sabar ajelah. Nasib laptop laju sedap nak pakai buat design wajah baru blog tahun ni.

    Haaa kalau korang dah perasan blog ni dah tukar make-up baru. Kononnya dah jemu dengan deco lama. Harapnya semangat untuk keep-up itu sentiasa ada. Aminnn

    Ikut pada hati nak beli RAM melalui platform Shopee, tapi masa tu dah tempted sangat nak upgrade RAM, maka berjalanlah kita ke kedai All-IT. Harga barang-barang macam ni beza harga dia tak jauh sangat dengan pembelian atas talian. Plus, dah alang-alang sampai kedai tu, sesi soal jawab dengan sales advisor tu pun dah banyak, maka aku pun cekau lah satu RAM Kingston 8gb. Iya, 8gb saja. Jangan tamak!

    RAM build-in sedia ada dalam lappy aku ni hanyalah 4gb. Makan bila dah tambah 8gb, jadilah 12gb. Cukuplah sekadar buat main design geli-geli dengan layan movie.

    Tema baru ni diinspirasikan dari contoh template yang aku usha dekat sebuah website ni. Memang simple, kacang, zup zap zup zap je buat even kau dah lama tinggal. Chey...berlagak pulak ayatnya.

    Tidaklah, nak katanya, bila kau selesa dengan platform blogging ni, dia akan jadi senang, simple je buat.

    Tinggal rajin tak rajin je.

    Nak seru rajin memang lambat cerita dia sebab distraction zaman sekarang ni tinggi gila.

    Tips dia, jangan sentuh handphone bila kita niat nak buat aktiviti kreatif sepanjang hari. Once kau dah sentuh phone, hurmmm bye bye lah niat kau tu. Semua akan jadi angan semata.

    Oh lupa nak inform awal, RAM tu Random Access Memory ya, bukan Ramlee Awang Murshid. Kalau aku dah mention dengan unit metrik GB tu, rasanya korang pun dah faham RAM apa ^_^!

    Sebut pasal nama penulis RAM, PBAKL hari tu aku tak pergi pun. Semangat berpesta buku dah tak sekental zaman duduk asrama dulu. Sekarang bila dah mudah nak access pergi, memang tak terasa langsung nak pergi.

    Dulu punyalah susah kemain siap kena banned lagi, dia punya semangat tu lain maciam.

    So, harap aku rajin nak menaip seperti selalu. Aminnn.

    Sambil-sambil tu enjoy baju, wajah, tema baru blog aku nih. Temanya Sofie Awesome dowh! hahahahaha

    Okaylah gais esok nak masak bekal, kena bangun awal.

    Ada rezeki, kita jumpa esok yob! Kena rajin macam kak Ana. Setiap hari ada je post baru.

    Chaiyok!!!!

    P/s: Baru perasan tahun lepas langsung tak tukar tema blog.

    Awalun pembuka taipan aku sudah menghembus nafas kemain berat. Seolah terpaling beratlah baggage yang aku bawak sepanjang menempuhi lima bulan pertama bagi tahun 2024 ni.

    Itulah ada quote kata, sehari itu panjang, tetapi setahun memang singkat. Sampai mana dah kita?

    Alhamdulillah masih disini. Tiba pada destinasi yang kita sendiri tak pernah akan fikir. Alhamdulillah...

    Tak lama lagi raya haji weh.. Pastu tahun baru Hijrah. Gila betullah...Aku macam masih tak percaya tahun ni tahun 2024.

    2024 seolah masih mimpi. Segalanya terlalu laju...seolah 2004 itu masih dibelakang. Walhal sudah 20 tahun beb! DUA-PULUH-TAHUN!

    Maigad!!!

    Tuhan, tak percayanya aku masih dikurnia peluang hidup hingga ke detik ini. Bersama pengalaman hidup yang ini. Cerita yang ini serta susur galur yang aku sendiri tak pernah sangka aku berjaya harungi.

    Tipulah kalau aku tak sedih. Tipulah kalau aku kata aku langsung tak rindu pada setiap fasa yang berlalu.

    Sekarang kita kat fasa mana?

    The end of the era kata Monica pada Rachel. End of every sitcom. Macam Young Sheldon melabuh tirai mereka selepas sekian tahun. (Sekian tahun sebab aku malas nak Google berapa tahun dah cerita tu on Air, yang pastinya ia berakhir pada Season yang ke-7)

    Aku masih ralat pada dunia yang aku pernah hidup. Seolah tidak percaya dulunya aku begitu. Aku yang...sekarang yang...

    God I really missed myself so much a lot!

    Bukan pada siapa aku merindui. Cuma pada diri...

    Pada diri aku dibangku sekolah rendah. Pada kaunter bakeri, kafe serta pasaraya.

    Merindui pada parang yang setia bersama dengan aku untuk dua tahun lamanya.

    Pada suasana pasar segar dingin subuh.

    Pada kesibukan bulan puasa saat tempahan ayam melimpah ruah hingga kau lupa telah masuk waktu berbuka.

    Pada kabur mata yang berjaya diharungi tanpa susahkan sesiapa.

    Pada cermin mata pertama yang aku sarung.

    Pada diari pertama pernah aku conteng.

    Pada setiap bau, udara, dan pemandangan yang pernah aku semadikan sebagai memori di kepala.

    Tuhan, sungguh aku rindu...

    Kenapa tengah tahun 2024 aku masih bertapuk?

    Apa yang aku takut?

    Kesat hingus sat. Sedih mat...sedih terasa seperti semalam aku mengusung bagasi kali pertama menuju ke airport untuk pergi asrama.

    "Dua puluh tahun sudah tu bah...kenapa kau masih toleh ke belakang tu?" tanya dia.

    Air diteguk bagi mencuci segala rasa yang kian kelabu.

    Aku...kita akan berjaya okay. Kau jangan risau sebab aku pastikan kita akan berjaya.

    Aku tahu, kadang aku malas. Aku biar lengah bermaharajalela dalam sanubari kita, aku utamakan kelesuan. Berharap dengan cara itu aku akan pulih dan bangkit dengan lebih bertenaga. Tanpa sedar, aku sudah berada di zon selesa.

    Zon paling bahaya.

    Aku belajar banyak perkara.

    Banyak benda yang aku belajar buat aku toleh pada kisah lama. Bukan untuk meratap, cuma buat pedoman dan sempadan.

    Aku dulunya begini, sekarangnya begini.

    Dulunya aku sekian, sekarangnya aku demikian.

    Demikian aku ini mungkin terjadi kerana sekian. Aku tidak marah pada sekian, aku jua tidak mahu terlalu berkira dengan demikian. Demikian itu aku hidup dalam rasa yang amat dalam.

    Sekian pada demikian menjadikan aku lebih orang. Orangkah aku?

    Dimana kalian?

    Ia kerana, sekian aku demikian dan kini aku tiada kalian.

    Kalian sudah tiada...

    Kalian itu tiada kerna demikian punya suara.

    Jadinya kini aku lebih kesendirian. Bersama kehidupan yang aku pilih untuk teruskan.

    Bahagiakah kita?

    Alhamdulillah, bahagia cara kita.

    Tengah tahun sudah ya.

    Iya, tengah tahun sudah ni...

    Kau macam mana?

    Kaulah yang masih mencari makna sebuah kehidupan.

    Ya...usah dicari...jawapannya kan datang sendiri.

    Tidak sekian, demikian.

    Tidak demikian, kemudian...

    Namalah kehidupan...

    Jawapan bukan sebuah destinasi...

    Suasana itu yang harus dihargai...

    Semoga jalan itu tetap kita hadap dengan kekuatan Ilahi.

    Harus kuat, Jiwa!

    Mesti!

    Dulu kan kalau orang tanya pasal hobi, laju je aku akan jawab, menulis. Tidak menulis, confirm membaca. Dua tu je hobi aku. Lepastu bila dah masuk usia remaja, tambah lagi hobi baru iaitu dengar lagu. Seiring teknologi berkembang barulah aku didedahkan dengan dunia game.

    Lambat sikitlah aku diperkenalkan dengan dunia gaming ni. Lagi-lagi tak semua game yang aku pandai main. Game pertama paling aku ingat yang paling addict bila main adalah game warblade. Itu sampai sekarang kalau on je, confirm terus tersangkut.

    Jadi, topik pasal game pada zaman sekarang memang kita banyak pilihan. Nak jenis game macam mana, hampir semua ada. Versi PC, tablet, phone. Pergh tak percaya aku sempat merasa hidup di zaman era kemodenan, hidupnya canggih macam ni.

    Kalau dekat phone, dulu aku main Township dengan Cooking Diary. Tapi sejak lepas Covid hari tu, Township dah tak best, jadi aku slowly random main game lain. Dah tak kekal macam dulu.

    Ke aku patut mulakan balik main game township tu. Ah, tunggulah beli ipad nanti.

    Kalau dekat PC or laptop ni pulak, aku banyak explore game daripada developer baru. Salah satu sumber aku main game tanpa sebarang gangguan adalah dekat Money Games ni.

    Money Game Online Free Ads!

    Game sekarang kita ada pilihan untuk jadikan dia sebagai salah satu cara bagi mencerdaskan minda. Awal aku main game dekat sini, memang aku blur giler weh. Sebab canggih sangat gamenya.

    Tapi dalam ratusan game yang aku main ni, adalah beberapa yang boleh jadi game kegemaran aku.

    Permainan Video Atas Talian Yang Dapat Menajamkan Daya Fikiran

    Real Estate Tycoon

    Mulanya game ni aku tak tahu nak main macam mana. Memang blur habis. Ni versi Time Trial Mode. Aku banyak main dekat Story Mode sebab dekat situ baru aku belajar cara menaikkan asset kita dengan jumlah kapital yang sangat terhad.

    Masa main game ni buat aku terfikir yang sebenarnya sesiapa boleh jadi kaya rasa dengan modal yang rendah. Yang penting semangat itu yang kena ada.

    Modal yang rendah bukan jadi suatu halangan, bahkan cabaran untuk bergerak lebih jauh.

    Untuk berjaya lepasi cabaran setiap level, kita kena berfikir, bertindak serta membuat keputusan dengan pantas. Tak boleh teragak-agak sebab masa akan berjalan dan bila tamat je masa dan kita masih tak capai target yang dikehendaki, game over.

    Terus over beb!

    Familiar tak konsep game ni dengan kehidupan sebenar? Kalau semudah itu, semua orang dok pakat flipping property mat...

    Material Merge 2048

    Game kedua, aku suka yang buat rumah. Dia sama macam main game 2048 tapi versi setiap kali kita berjaya kumpul material untuk rumah tu, dia akan automatik upgrade rumah kita.

    Bermula daripada sekadar dalam gua je, sehinggalah kita boleh dapat rumah yang lagi mewah. Yang penting jangan tersangkut. Kalau tersangkut habis lah kena ulang balik.

    Material Merge 2048

    Tak dan pulak aku ambik gambar masa dia jadi rumah yang mewah giler. Sebab time tu terus keluar game over huhuhuhu

    Nuts and Bolts Screw Puzzle

    Aku suka giler game ni sebab dia rasa puas hati. Game ni kalau main yang versi apps dalam phone confirm banyak giler iklan. Tapi kat sini kau boleh berfikir secara logika untuk bersihkan board ni.

    Cara main dia sangat simple. Kita just pastikan yang semua skru ni dapat meloloskan besi tu. Nampak macam mudah, tapi silap buka skru, ko akan screwed! Best sebab kau tak perlu pressure untuk unlock semua screw ni.

    ///

    Bonus game lain yang aku suka main sebab boleh asah skill mengira:-

    Cashier Simulator

    Cashier Simulator

    Supermarket Numbers

    Okaylah takat tu dulu perkongsiaan game daripada aku hari ni. Kalau korang senang, atau kebingungan nak buat apa, mehlah jenguk tajamkan minda dengan main game dekat Mortgage Calculator.

    Asah balik skill tambah tolak darab bahagi dalam kepala tanpa bergantung harap dengan kalkulator.

    Till then gais! Adios!

    Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

    Salam Singgah

    Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

    Singgah & FOLLOW

    Singgah Baca

    • Recommended blog editor: MellyaCrayola
    • Sekerat Jalan
    • 7143 45 U537355 93850N

    Singgah Beli Dulu

    Singgah Selalu

    • Blog Anamizu™
      Masalah Tukar Duit Raya
      4 jam yang lalu
    • cikcappuccinolatte
      Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
      17 jam yang lalu
    • Jurnal Shikin Razali
      Salam Ramadan
      Seminggu yang lalu
    • Sembang Sorang
      Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
      6 bulan yang lalu
    • aienienka
      Tulisan pertama pada 2025
      6 bulan yang lalu
    • Wa Thought...
      Untung
      10 bulan yang lalu
    Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

    Singgah Borak

    Arkib Blog

    • ►  2025 (26)
      • ►  September (4)
      • ►  Ogos (1)
      • ►  Julai (3)
      • ►  Jun (3)
      • ►  Mei (2)
      • ►  April (4)
      • ►  Mac (3)
      • ►  Februari (3)
      • ►  Januari (3)
    • ▼  2024 (34)
      • ▼  Disember (2)
        • Website Wajib Di Semak Sebelum Membeli Rumah
        • Bitternya Kamu...
      • ►  November (1)
        • Terbang Tunduk
      • ►  Oktober (4)
        • Boleh tak...
        • Boleh ke berjaya tanpa disiplin?
        • Baran ke Tenang?
        • Semua Okay Tak Tu?
      • ►  September (3)
        • September dan LOTR
        • Hujan, Angin dan Tenang
        • Main Game Pun Boleh Pandai Masak
      • ►  Ogos (3)
        • Apa yang menarik August ni?
        • Tips Pelajar ke Sarawak Untuk Kali Pertama
        • Lagi 143 Hari
      • ►  Julai (5)
        • Redha Sajalah...
        • Tertakluk pada kita...
        • Keamanan dunia semakin tergugat?
        • Jom Tukar Filter Air Cuckoo
        • Marilah kitee...
      • ►  Jun (7)
        • Tetaplah Tersenyum Teman...
        • Churros dan The Brothers Sun
        • Tak memasal betullah
        • Maxis Fibre 30mbps dah takde??
        • Delulu Solulu
        • RAM dan Baju Baru
        • Tengah Tahun Sudah...
      • ►  April (3)
        • Online Game Untuk Tingkatkan Daya Berfikir
      • ►  Mac (1)
      • ►  Januari (5)
    • ►  2023 (58)
      • ►  Disember (2)
      • ►  November (3)
      • ►  Oktober (3)
      • ►  September (5)
      • ►  Ogos (5)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Mei (2)
      • ►  April (12)
      • ►  Mac (8)
      • ►  Februari (6)
      • ►  Januari (6)
    • ►  2022 (46)
      • ►  Disember (4)
      • ►  November (3)
      • ►  Oktober (5)
      • ►  September (4)
      • ►  Ogos (2)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (2)
      • ►  Mei (1)
      • ►  April (7)
      • ►  Mac (2)
      • ►  Februari (3)
      • ►  Januari (7)
    • ►  2021 (91)
      • ►  Disember (8)
      • ►  November (20)
      • ►  Oktober (6)
      • ►  September (9)
      • ►  Ogos (8)
      • ►  Julai (5)
      • ►  Jun (9)
      • ►  Mei (9)
      • ►  April (8)
      • ►  Mac (6)
      • ►  Januari (3)
    • ►  2020 (39)
      • ►  Ogos (1)
      • ►  Julai (2)
      • ►  Jun (13)
      • ►  April (6)
      • ►  Mac (8)
      • ►  Februari (3)
      • ►  Januari (6)
    • ►  2019 (51)
      • ►  Disember (5)
      • ►  November (2)
      • ►  Oktober (3)
      • ►  September (8)
      • ►  Ogos (3)
      • ►  Julai (4)
      • ►  Jun (6)
      • ►  Mei (4)
      • ►  April (2)
      • ►  Mac (4)
      • ►  Februari (2)
      • ►  Januari (8)
    • ►  2018 (58)
      • ►  Disember (6)
      • ►  November (4)
      • ►  Oktober (8)
      • ►  September (8)
      • ►  Ogos (11)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (2)
      • ►  Mei (3)
      • ►  April (1)
      • ►  Mac (7)
      • ►  Januari (2)
    • ►  2017 (59)
      • ►  Disember (2)
      • ►  November (4)
      • ►  Oktober (5)
      • ►  September (6)
      • ►  Ogos (7)
      • ►  Julai (7)
      • ►  Jun (5)
      • ►  Mei (6)
      • ►  April (6)
      • ►  Mac (7)
      • ►  Februari (3)
      • ►  Januari (1)
    • ►  2016 (109)
      • ►  Disember (6)
      • ►  November (5)
      • ►  Oktober (11)
      • ►  September (7)
      • ►  Ogos (4)
      • ►  Julai (4)
      • ►  Jun (4)
      • ►  Mei (14)
      • ►  April (4)
      • ►  Mac (21)
      • ►  Februari (14)
      • ►  Januari (15)
    • ►  2015 (72)
      • ►  Disember (20)
      • ►  November (12)
      • ►  Oktober (10)
      • ►  September (1)
      • ►  Ogos (3)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (4)
      • ►  Mei (8)
      • ►  April (3)
      • ►  Mac (2)
      • ►  Januari (3)
    • ►  2014 (44)
      • ►  Disember (10)
      • ►  November (20)
      • ►  Oktober (2)
      • ►  Ogos (1)
      • ►  Julai (3)
      • ►  Mei (1)
      • ►  April (7)

    Anda Awesome ✨

    Tengah Kemas Rumah

    Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
    Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

    Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026