Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Alhamdulillah berjumpa dengan minggu kedua Ramadan. Secara tidak langusng minggu kedua aku sebagai Jobseeker jugak.

Seronok betul dapat bersantai menyambut Ramadan. Nak pulak time ni sakit gigi. Tahan sajalah sakitnya. Aku ni dari hari tu kata nak buat donut Khairul Aming. Masalahnya nak pergi beli barang bawah nu pergh malas naudzubillah. Doakanlah aku rajin ni. Ada bulan puasa penyakit malas semakin menjadi. Buat sesia je puasa.

Aiguu...

Itulah, kadang aku ni memang kena paksa diri sikit bila terlalu banyak masa lapang. Lupa dah matlamat hidup. Pantang betullah.

Ah, takde lepas zohor nanti aku kena turun, beli barang. Jangan dilayan sangat penyakit malas malaun kau ni. Takleh jadi dowh. Kerja asyik nak santai je, lemak deyy!

Macam sekarang, aku tengah lipat baju boleh pulak pause sebab nak bebel dekat sini. Kadang rasa macam geram dengan diri sendiri. Geram sebab terlalu lemau dalam menghadap hidup.

Ikut pada aku ni, dah malas nak hadap hidup sebenarnya. Penat...

Tapi tu lah...masih jugak disini, harungi kehidupan. Tahu tak perasaan tu...perasaan kenapa aku masih disini...hidup ?

Heh?

Manalah semangat hidup aku ni ya Tuhan?

Ke sebab sekarang, bila semua dah dewasa, semua dah bawak haluan masing-masing, kau rasa kau stuck? hahahaha

Lemah betullah jiwa ni...mungkin sebab dulu dah all out bukan pada usianya buat aku malas dah nak hadap hidup. Ada apa pada kesusahan jika segalanya hanya semakin menyusahkan? Apa bendalah aku ni pesimis sungguh!

Ketuk kepala tu baru tahu. Penat dowh nak motivasikan diri sendiri. Jawapan dia kau just keep going. Just do it...keep moving, keep learning and living.

Itu je jawapan dia. Penuhkan hidup dengan rasa BerTuhan, rasa hamba.

Bunyi macam simplekan, tapi nak hadap dia, berhari weh aku lemau nak bangun tak bersemangat. Rasa macam nak je ambil jalan singkat. Haishh...

Betapa lemah jiwa aku ni sampai ke tahap tu...

Syukurlah...syukurlah. Lebihkan rasa bersyukur tu...jangan terlalu ikut perasaan. Tenang saja anak muda...senyumlah. Kau tu cukup je hidup. Syukur tu kurang sangat sampai buat hidup kau tak keruan. Yelah....sapelah tak jeles kan. Tapi, takpe...mungkin ada rezeki lain buat kita.

Jalan kita tak sama....kadang makin sunyi jalannya. Sedih pun ya, terkilan pun ya...

Rasa macam...tak berguna pun ya.

Aku tak boleh macam ni. Ni dah minggu kedua Ramadan, masih lagi kau tak belajar ambil hikmah, rugilah Ramadan. Hurmm...

Hidup untuk akhirat. Hidup untuk alam sana. Aku tetap hilang. Tetap hilang...

Dunia ini hanya sebuah pinjaman. Segalanya hanya pinjaman. Kau kena sedar dan jangan terlalu lemas dalam arus dunia ni. Macam mana pun kau cuba, kalau Tuhan kata itu bukan untuk kau, kau kena redha. Sedia sentiasa harapan kau pada Tuhan...

Sakitkan?

Hahahaha biasalah tu...tak sakit tak hidup.

Dahlah aku bebel kat sini. Baiklah habiskan lipat segala dak pakaian, sedia untuk Zohor dan mengadu pada Tuhan. Bersyukur tu lebihkan lagi.

Till then...

Adios!

Hari terakhir di pejabat buat rasa dia berbaur. Sedih, gembira, seakan tidak percaya dia bakal menjadi penganggur paling berjaya. Akulah yang bakal mengejar segala impian. Akulah watak utama dalam sebuah novella. Lega. Itu rasanya. Lega meninggalkan sebuah tempat yang buat dia belajar dunia kerjaya.

Selang sehari dari tarikh akhir, bertalu jemputan temu duga hadir. Namun sayang, semua dia tolak. Gusar jika dia terima, tidak sampai setahun dua dia akan pergi lagi. Ah, penatlah! Bukan dia memilih kerja, cuma dia rasa hidupnya ada lagi yang lebih menarik dari sekadar menghadap sebuah pekerjaan yang buat dia rasa itu bukan tempat dia. Dan dia berani mati lompat tanpa sebarang jaminan. Tawakkal saja jawapannya.

Alasan? Dia mahu santai menghadapi bulan Ramadan. Mahu tenang tanpa sebarang paksaan yang belum tentu ada penambahbaikan kerjaya. Ah, selalu jua dia merungut. 'Sampai bila mahu setia di ruang kecil yang takut itu ini?' Lantas dia terjun. Terjun tanpa sebarang payung. Terjun tanpa sebarang pelampung. Lemas? Terhempas? Hidup atau bernyawa? Dia sendiri tidak tahu.

Banyak aspek kehidupan buat dia kadang termenung sendiri. Berbaur benar rasa malam ini.

Lebih pulak malam Ramadan yang ke-enam ini kali pertama dia bertaraweh di masjid bersama insan tersayang. Lain benar rasanya. Syahdu, sayu, sedih, rasa seperti merayu pada Tuhan agar hidup ini dipermudahkan. Agar matinya kelak husnul khatimah. Tanpa sedar mengalir jua air mata. Setiap kali ke tempat sebegini, laju saja jiwanya terusik. Laju saja air matanya menitik. Jiwanya rasa lemah. Tidak sekuat seperti nasyid Qathrunada yang sering dia alun kala sekolah rendah dahulu.

Orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar, tidak kenal kecewa dalam perjuangan...

Dia tewas.

Dia bukan mahu buang semua. Dia hanya perlu sokongan dari orang yang mewujudkan dia ke dunia. Itu saja. Dia bukan mahu bermusuh lama. Siapalah dia untuk memusuhi mereka? Dia sekadar picisan yang lahir dari sebahagian dari mereka. Ah, menyesal jua terlahir di dunia ini.

"Kita tak boleh nak halang sebuah kelahiran. Kita kena tempuh, sabar dan hadap. Memang sakit. Memang perit. Jawapan kita adalah terusan kuat. Bersama..." dia tersenyum cuba mengalirkan kekuatan pada jiwa yang kian rapuh.

"Kadang, saya rasa takde sebab untuk wujud kat dunia ni. Rasa macam mesti dunia ni menarik jika saya tak lahirkan. Mesti semua orang lebih senang dengan ketiadaan saya..." dia kalih pandang ke luar. Lampu neon di jalan semakin berkaca. Tahulah dia yang dia sudah memecah tembok retina yang ditahan usai taraweh tadi. Perlahan suaranya bertukar menjadi sengau.

"Saya tak kuat...saya nak give up..."

Semakin dia tahan, semakin deras air matanya merembes keluar. Terdengar lagu Bintang oleh Budak Kacamata diputar oleh frekuansi radio Suria sayup menjadi lagu latar.

Bintang kau jangan bersedih Bintang kau jangan menangis Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana Bintang kau tinggi di atas Ku duduk rendah di bawah Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan...

'Ah sudah, dan dan time ni kena pulak sound tracknya...' dalam sedih hatinya mendesis.

"Awak, saya ada ni. Kita hadap sama-sama. Kita tempuh sama-sama okay. Saya ada je..."

Dia cuba untuk mencari kekuatan di balik senyuman yang perit. Paling kurang sekarang dia menangis punya teman. Lebih baik dari dia menahan tangis dan meraung sakit sendirian. Dia punya jiwa yang sentiasa memberi kekuatan. Dia harus syukur dengan kebahagian yang dipinjam ini. Dia bukan tidak kuat. Cuma ada masanya dia kecundang. Rapuh itu tetap menembusi tembok egonya. Dalam situasi begini dia tetap bahagia. Walau tangis esak dia tetap syukur.

Nikmat Tuhan yang mana lagi kamu dustakan...

Bintang jangan kau terus begini Nanti malam mu tiada berseri Kita akan tetap bersama untuk selamanya Cuma lain suasana...

"Saya nak borak lama lagi dengan awak ni. Boleh ke?" dia minta izin.

"Boleh je, tapi saya risau lewat nanti nak ke sana."

Ya, dia sedia tahu. Bintang yang di hadapan dia ini punya dua dunia yang perlu dijaga. Jadi dia perlu kuat.

Bintang hentikanlah Tangisan yang akan menyiksa diriku Bintang dengarkanlah Ada satu pesanan terakhir dariku Bintang kau pergilah Kerna itulah yang terbaik untukmu

Senja itu berlalu sehingga kelam malam bulan kelihatan. Sabit bentuknya, indah sekali. Subhanallah.

Bintang Percayalah hanya engkau satu di dalam hidupku Bintang...

Iya, benar. Aku menonton wayang di bulan Ramadan. Cannot resist my temptation to watch it on the first day's launching. Urgh!

Tapi puas hati untuk tiga jam bersama pop corn sea salt yang masin amat dan juga pop corn caramel. Pergh...nasib tengok time tengah malam. Mahu tengok time siang ado jugak yang terbatal puasa kang!

Best ke weh?

Opkosle best. John Wick kot, kemonlah...mahu pulak John Wick ni bukan manusia sebarang manusia. Jatuh juta nam pun still bangun elok takde patah liuk bhai. Power gila. Entah-entah John Wick ni sebenarnya Demi God. hahahahaha

Memandai je kau an.

Iyalah, kalau orang lain cerita aksi macam Without Remorse tu, tembak sikit terus rebah na. Habis sampai isteri dia tak sempat diselamatkan dek kerana tembakan nan satu tu.

So, patutkah kalian menonton John Wick Chapter 4 ni?

Iya opkos patut. Plus, habis moreh terus shoot ke wayang tengok John Wick, pastu balik boleh sempat untuk bertadarus sebelum sahur.

Target aku bulan Ramadan tahun ni nak taraweh penuh setiap malam. InsyaAllah amin....moga dipermudahkan.

Apa lagi tentang John Wick Chapter 4 yang perlu korang terujakan?

  • Ada Donnie Yen
  • Kewujudan pertalian persahabatan yang erat
  • Aksi yang non-stop dan violence
  • Pure ending
Dan semestinya rotten tomatoes yang tinggi adalah punca utama untuk korang tontonnya.

Orites, takat sini saja dulu review kita. Aku pun tadak mood nak cerita panjang, papehal roger gais!

Adios!

Salam Ramadan 1444h buat semua Muslim yang merai.

Tetamu yang paling kita rindu dan rai. Tetamu yang membawa sejuta baroqah. Ia suatu yang dinanti semua...

Alhamdulillah di kesempatan ini kita diberi peluang untuk menemui Ramadan. Alhamdulillah syukur diberi peluang untuk perbaiki segala khilaf. Kadang kita tahu di bulan syaitan dirantai, iblis diikat ini satu-satunya yang tinggal adalah nafsu.

Allah, bantulah kami menundukkan nafsu kami di bulan yang mulia ini. Amin...

Well, aku pun masih belum merasa lagi puasa sebab Allah bagi cuti. InsyaAllah ada rezeki kita raya awal. Tapi nak menggantinya ya Allah liat naudzubillah...

Seronok tengok orang berkongsi pengalaman masing-masong merai ramadan. Terhibur juga baca...

Aku?

Macam biasalah puasa ni...sahur, masak makanan berbuka, berjimat dalam belanja. Tiada persiapan raya, hanya menghitung hari berlalu sahaja.

Aku rasa sekarang aku terbela burung tanpa sengaja dekat belakang rumah. Kemain korang burung ea, bersarang menumpang tak bayar sewa. Buat bising melata.

Tapi takpelah, aku pun malas jugak nak kisah. Dua tiga hari ni panasnya lain macam. Lepas tu hujan tiba-tiba. Kadang aku sendiri confused bhai.

Sekarang cuaca sukar nak diramal. Borak pasal cuaca pulak aku ni. hahahah

Aku pun syukur sebab dapat bebas dari semua serabut. Tapi kena kerja keras untuk fokus hala hidup sendiri. Ramadan sebuah hijrah kerjaya. Doakan aku dapat gapai setiap impian darinya.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan yang baik-baik hendakNya.

Selamat merai Ramadan gais!

Till then. Adios!

Tadi leka aku mendesign projek Diari Ramadhan aku lupa yang aku tengah masak inti karipap. Sikit lagi nak hangus bhai! Kuss semengat!

Itulah dia kalau aku masuk zon khusyuk, aku memang lupa dunia luar semua. Heeee

Aku rasa tahun ni adalah tahun di mana aku hanya hiburkan diri dengan bersendiri. Buat hobi sendiri, tonton series, masak, kemas rumah, pergi kerja dan teruskan menggapai impian. ^_^

Syukur giler sebab aku banyak belajar dari pengalaman tentang kesendirian. Kadang aku jeles pada orang yang ramai kawan, banyak circle, kenal semua orang...dapat kawan yang supportive, yang bersemangat...tapi bila sampai pada aku, aku hanya seorang yang terhegeh pada orang lain. Dan bila aku sedar perihal ni, aku berhenti...

Aku sedar letak diri aku...

Aku mula menjauh dan kurangkan interaksi. Sebab aku tahu aku terlalu kisah pada orang buat dorang menyampah barangkali dan seorang pun tiada kisahkan kita,...maka aku undur diri. Sama seperti bagaimana Shamaldas Chanchad tidak kisahkan pada ramainya kawan.

Aku tahu, aku je yang sibuk cerita tentang kawan-kawan dekat sini. Dah berapa entri hanya tentang dorang, tapi satu respon pun ga punya...

Sedarlah duhai diri....

Hahaha

ya...sakit bukan...

Iya nyata sakit...abaikan perkara yang kita tidak boleh ubah.

Kita ada hanya kita.

Aku ada cuma kamu.

Kadang tu aku rasa, baiklah aku duduk lagi menjauh dari semua. Hahahahaahah

Takdelah aku overthink macam ni. Bina hidup baru. Hidup yang kita mahu...

InsyaAllah...

Aku akan berjaya.

Kita akan berjaya. Kerja keras dahulu, abaikan pada mereka yang buat kita rasa begini, terima kasih jua ya buat aku begini...

Terima kasih jua atas memori yang sudah...

Terima kasih ya...

Fasa kemudian mungkin kita hanya tinggal seperti lagu Gotye.

Yeah....agak kecewa jua. Tapi gapapa sih, aku sudah biasa...

Semoga urusan kalian dipermudahkan dan aku doa kejayaan dunia akhirat. Itu saja ya...

Kita ga kekal untuk selamanya kerna selamanya tidak pernah wujud.

Selamanya punya tarikh luput.

Selamanya kan pupus...

Yang ada hanya aku dan kamu...

Duduk bergelap di tengahari buta yang terik itu adalah hobi aku kala hujung minggu. Sebagai manusia yang tidak gemar bersosial dan semakin tiada lingkungan rakan, aku lebih senang habiskan masa sendiri. Membaca, main game, tonton movie dan hanya sibuk dengan perihal sendiri...

Sunyi dia biar aku kemam sendiri...siapa kata sunyi...Otak ini sentiasa bising sampai kadang aku sendiri takde idea nak senyapkan dorang macam mana. Alih-alih aku akan pilih untuk tidur...

Tak pernah jangka jugak yang di usa ini ia lebih sunyi dari sedekad lampau. Aku rasa macam nak extract diri dari norma sosiolis...aku hanya hidup pada apa yang aku mahu tahu...cukup...

Aku tidak susahkan orang, dan orang jua tidak susahkan aku...

Entah kalau aku meninggal nanti siapalah yang akan rai ya?

Terpaksa mintak tolong orang masjid...barangkali...

Aku ada satu masa dalam sebulan mesti emosi melampau. Overthinking, tutup semua telekomunikasi, unfollow, unfriend dan hanya bergelap...sendiri...

Ya...aku pernah terlalu kisah pada orang dan ia sakit...sebab itu aku senang tak punya siapa...

Senang ke mana saja aku mahu...

Ah, katalah aku pentingkan diri...walhal hakikat yang menjadikan aku sebegini jua adalah pengalaman...

Ya....

Sudah lama terbiar sendiri, hendak dipanggil jua aku sendiri sudah lupa pada apa aku cari...

Aku hilangkah?...

Sudah lama tidak berjiwa....

Sudah lama terbiasa...

Terbiasa diperguna....menjadi yang selalu ada....

Senyum sajalah jiwa....

Kitakan ada Tuhan...

Kadang aku sendiri tak tahu untuk apa lagi hidup ini masih ada...

What's the point?....

You got nobody...you are nobody...

Hidup itu beginilah....cukup masanya nanti aku hanya mahu jauh dari segalanya....jauh dari segalanya....

Hanya jauh...

Hanya ingin menjauh...

Sejauh yang orang tiada akses untuk mencari...

Tenang ya jiwa...tenang saja dengan arus hidup ini...

Kita diperguna pun senyumlah...

Ini semua sementara...hanya dongeng dan mimpi...

Kita akan gapai jauh yang kita impi...

Aku berhenti...berhenti menjadi apa yang orang selalu impi...

Jalan ini memang hanya sepi...

Dan aku akan senantiasa meniti hari-hari ke pemergian yang lebih jauh lagi sunyi...

Sampai suatu saat tiada siapa kan telus untuk hubungi...

Terima kasih atas khabarnya...

Apa kiranya kita ini di takuk ini atau kita punya pilihan untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik?

Iya, kita punya pilihan dan ruang.

Ruang untuk belajar, melakukan kesilapan dan perbaiki segala khilaf. Tapi jarang manusia seperti kita ini punya kesedaran untuk menyedarinya dalam masa yang singkat. Sering jua ia dibayar dengan usia dan masa.

Ya, aku khilaf.

Ya aku belajar dari khilaf.

Aku belajar untuk menambah baik kualiti diri.

Ubah segala norma yang dimomok dari moyang.

Kita boleh berjaya. Kita boleh pekakkan telinga.

Kita usaha dan usaha. Tapi sering usaha kita orang tidakkan.

Orang kata usaha kita terlalu picisan. Terlalu lewah lalu dipandang enteng.

Ya, mereka yang memandang bolehlah berkata yang bukan-bukan. Kita yang hadapinya hanya senyum dan kemam.

Ah, biarlah mereka dengan persepsi mereka. Kita dengan cara kita.

Perbaiki diri ke arah yang lebih baik. InsyaAllah target hidup kita dunia akhirat adalah husnul khatimah dan berada di barisan syuhada. Aminn..

Malam nisfu sya'ban ini banyak manfaat. Semoga segala doa yang kita harapkan itu diperkenan Dia.

Allah, Engkau permudahkanlah urusan kami dunia akhirat. Berilah kecukupan dalam kehidupan kami Ya ALLAH.

Permudahkanlah jalan kami ya Allah, perkuatkanlah jiwa-jiwa kami. Didiklah ia agar terusan istiqomah.

Tuhan, selelah mana sekalipun kami, Engkau sentiasalah tetap dengan kami. Luruskan jalan kami jika ia sudah lari dari landasan yang Engkau ingin. ...

Tuhan...

Ampunkan segala dosa-dosa kami ya Allah...

Aminnn...

Apa kiranya kita akan berjaya suatu hari kelak?

InsyaAllah...

Apa kiranya, kita ini sudah tidak punya sesiapa ?

Begitulah hendaknya...

Apa kiranya, kita semakin kemandirian?

Iya ada benarnya...

Semoga yang baik-baik buat kita.

Tenanglah jiwa...

This too shall pass...

^_^

Angan itu selalu tinggi letaknya. Namalah angan, percuma tanpa sebarang cagaran.

Siapa kata angan tidak punya cagar?

Ada.

Kau saja yang tidak nampak harga sebuah anganan.

Harganya adalah masa dan waktu yang kau selalu rasa lapang tanpa hargainya.

Iya, iya aku kembali berceloteh disini kerna disini saja tempat untuk bercerita. Cerita yang punya aku sebagai tuannya. Disana, di mana saja bukan aku punya hak. Ia dijaja dilelong untuk pujangga berbayar. Ah, skeptikal dan pesimis...daser...

So, memandangkan azan zuhur baru berkumandang, ada baiknya aku solat dulu.

Sambung balik.

Ceritanya hidup ini tidakkan pernah habis. Sampai bila-bila selagimana kita masih hidup. Ya, syukur dihidupkan. Syukur adanya

Kadang, menjadi kita sendiri ini sebenarnya tidak mudah. Kita punya cerita yang buat kita rasa ada baiknya aku diam. Ada baiknya aku jauh dari orang, dan ada manfaatnya jika aku tidak menimbulkan apa kemaslahatan.

Tapi, aturan Tuhan kata menjadi manusia kita perlu bermasyarakat. Perlu bersosial, perlu pada pertolongan. Itulah yang menjadi indahnya sebuah kehidupan.

Ya, ya, ya....cukup sekadar itu, selebihnya biarkan ia privasi sehabis mungkin. Lagi indah.

Apa yang kita tidak tahu, masih luas ilmu Tuhan yang belum kita teroka. Kisah kita itu kita watak utamanya. Jika diletak kita ini di filem orang, kita hanya sebuah bayang. Jadi, kenapa lihat dari sudut itu?

Apa yang aku merepek sia? ^_^!

*pause goreng fries kejap pasai gatai mulut*

Lama pulak nak tunggu si kentang tu masak. Kay kita sambung balik.

Semalam adik aku call. Katanya, dia kalau kahwin nanti instead of orang datang ke rumah untuk kenal dengan pengantin, baiklah dia si pengantin datang ke rumah-rumah orang dan perkenalkan diri kepada saudara sendiri. Jadi tetamu instead of merai tetamu.

Sebagai seorang yang jarang berada dikawasan tanah saudara sendiri, aku jumpa flaws dalam perancangan dia. Pada aku, kenapa kita nak terhegeh-hegeh memperkenalkan dikala yang lain langsung tidak kisah pada siapa kita?

Kenapa, kita perlu campur gaul dengan mereka sedang mereka langsung tidak pernah ambil tahu kita bagaimana?

Kenapa, kita selalu menjadi yang beria dikala mereka langsung tidak bertanya khabar?

Nahhh....aku takkan buat begitu. Hidup ini privasi sejak lahir dan azali.

Saudara atau tidak, kemana kamu kala aku perlu?

Jika tiada, sebegitulah jua aku.

Yang kenal kita itu hanya kita. Maka, jagalah kita sebaiknya. Terimalah kita, seadanya.

Dia ada seadanya dia.

Cukup masa, yang mengenal kita adalah mereka yang baru kita jumpa. Iya, mereka lebih kenal kita tanpa spekulasi mendalam.

Itulah hidup digarisan ombak

Kau pun tahukan...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ▼  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ▼  Mac (8)
      • Minggu kedua Ramadan
      • Senja: Episod 6
      • John Wick Chapter 4 & Sahur
      • Suatu yang dinanti...
      • Shamaldas Chanchad
      • Hush the Storm...
      • Apa kiranya...
      • Linearwave, kau tahu kan...
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026