Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Darsawarsa ini aku dah tak kisah pada kewujudan yang pernah aku agung dan sanjung suatu tika dulu. Aku lebih senang sendiri, hadap segalanya seperti kita punya segala kekuatan yang ada di muka bumi ini.

Sebab?

People like me don't have people. We are the people that people have...

Makanya, aku syukur. Syukur kerana dalam kesendirian, sebenarnya ada orang yang anggap aku sebahagian dari kelompokan mereka.

Pelikkan?

Aku ni kalau jual insurans, confirm tadak orang nak beli. Sebab? Aku tadak ramai kawan, networking pun tak reti nak keep. Reti build pastu campak ke laut. Isunya malas nak keep update pada sesuatu yang renyah dan belum pasti. Aku pun kadang tak faham pasai pa...

Tapi benda berlaku. Tanpa sedar dan kadang kurang dibawah paras pengetahuan yang tinggi.

So, bulan Februari adalah bulan hopping. Aku tak tahulah kenapa aku bising-bisingngkan isu ni. Sebenarnya aku sayang nak kerja situ, nak tengok company tu growth etc, tapi...sampai bila aku nak tunggu dan tercongok di situ? Aku pun dah penat nak main game kecik. Somehow aku nak join something bigger something tremendous....

So, aku lagi sekali mencari arah kerjaya hidup aku. Mencari sesuatu yang solid dan bukan sekadar apply biasa-biasa lagi. Mahu kelainan....doakan pencarian yang damai itu ditemui.

Aku pun tak target kerja lama dekat sesuatu tempat yang aku nampak growth dia lambat...tak. Aku tak nak jadi orang yang itu. Yang selalu bagi harapan pada sesuatu yang tak nampak. Sudah-sudahlah hidup zaman tu labu oiiii!

Punya luas bumi Tuhan ni, alih-alih yang itu jugak kau berharap. Ada rezeki baru, baik kau pergi. Demi kau, masa depan dan kebaikan sendiri.

Bukan sesaja. Pujuk diri...jangan dengarkan sangat kata orang. Yang menentu masa depan kita itu adalah diri kita sendiri. Daripada dok bising-bising, baiklah kita bergerak dan terus merancang untuk lebih maju ke hadapan. Okies?

InsyaAllah ada lagi yang terbaik buat kita. Rezeki Tuhan tu luas. Chill...

Kadang, nak difahamkan semua benda ni tak mudah. Jadi, kita ikut je arus hidup ni...

Bak kata lagu FT; "Santai, santailah sayangku...pergi mana laju-laju..."

So, tarik nafas, dan hela....chill relax...this too shall pass...and we start it over again...

Never downgrade our values, ourselves...though I know I deserve a much better life than this...

Bagilah sisi kehidupan ini semuanya lancar paling kurang aku seronok dalam mengharungi dunia kerjaya...

Coz people like me do not have so many people, I have to be my people...

Sebelum masuk waktu tidur, tutup laptop selepas misi pencarian kerja baru, macam biasa aku akan lepak kat sini. Borak-borak dengan blog sendiri supaya ianya tak bersawang.

Darsawarsa ini, ujian kita pelbagai peliknya. Ada yang itu, ada yang ini kadang kita rasa seperti syukur jua masih bertahan hingga ke tahap ini. Ada perjuangan itu yang berteman tapi selalunya ia sepi. Sendiri...

Tapi takpe, itu lumrah alam kata orang.

Memang untuk bertukar segala arah dan angin kerja itu tidak mudah. Perlu membiasakan diri pada ruang baru. Pada budaya yang kita belum tahu itu agak sukar. Janggal usah dikira. Tapi, hidup perlu pada risiko dan keberanian. Iya, memang suka risiko pun kan.

Berbalik pada cerita sebuah misi menghias dan upgrade isi rumah masih lagi tergendala seiring cerita ini dilakar. Aku sesungguhnya sangat kecewa dengan kau. Teramat. Hingga aku rasa seperti lagu Nirwana Band bertajuk Sudah Cukup Sudah dan kadang terngiang lagu Nanasheme berlirikkan,

'Terpulanglah mau jadi apa Mau jadi hantu mau jadi buaya Terpulanglah mau bikin apa Mau bikin masalah serah teruskan saja..."

Yang hilang itu kan pasti ada yang lebih baik kan mendatang. Ah, peduli apa pada permasalahan orang yang enggan menerang kondisi letak duduk diri mereka. Malas juga mahu dipusing ambil kira. Mungkin tahun sudah tahun akhir kita menjadi kawan. Mungkin...lepas tragedi ini semua, ku kira...kita sudah menjadi warga alien ya?

Suka hatilah labu...

Sekarang, selepas semua yang berlaku, segala keputusan ada baiknya aku berserah pada Allah. Melalui jalan isthikarah. Ada benar untuk meletak segala takdir dan keputusan itu selari dengan yang sedia tercatat di Luh Mahfuz...mahu dirungsing apa lagi jika semua sedia tertulis. Kerja aku sebagai hambanya Dia, hanya buat yang terbaik untuk hadap, terusan hadap, hingga muntah hijau dan mahu apa pun jawapannya hanyalah hadap.

Hadap selagi mampu

Hadap selagi boleh

Tulisan azimat pada diri yang aku semat buat minggu ini adalah;

"Yang menjayakan aku adalah aku,

yang menjahanamkan aku adalah aku,

Aku ada atas izinNya

Dengan izinNya aku berjaya..."

Maka, usah disedih pada yang telah hilang, akan hilang, bakal hilang...

Semua telah tertulis...

Hakikat seorang hamba kita perlu belajar redha...

Iya, bicara guna liur memang mudah. Untuk hadapnya, perit naudzubillah!

Sakit yang amat!

Kadang menangis menonggeng siang malam. Sakitnya Tuhan!!!

Jerit dibalik bantal. Menangis kala makan, peritnya untuk belajar sebuah redha....

Namun, akur sebagai hamba...ini semua ujian. Sakit itu lumrah hidup sebagai manusia...

Sabarlah duhai diri...

Sabar ya...

Aku masih bertahan...kerana Dia....

"I didn't know that you will give up this early..." ujar rakan sepejabat selepas dia mengatakan yang keberadaannya disini kemungkinan tidak lama dan tidak pula dia berkata mengapa dan kenapa.

"What made you think that?" soalnya lagi.

"Saya rasa penat dengan kondisi syarikat yang amat lambat dalam buat keputusan. Terlalu indicesive yang kadang saya rasa, penat! Sekarang ni saya pun dah tak happy nak kerja lama di sini untuk apa lagi saya teruskan?" dia jawab sambil bermenung panjang. Boleh tak dalam banyak perihal hidup, bagilah at least satu sisi hidup yang akan berjalan dengan lancar. Just smooth sailing. Tak perlu pening. Ini, semua benda serba pusing. Geram!

Usai dari balik kerja dia akan melepak lama dalam kereta. Ambil semangat untuk hidup, mengutip segala jiwa yang telah lama hancur tiada rupa bentuk lagi. Senja itu dia berjalan perlahan. Mengira setiap langkah. Sampai bila lagi dia harus begini? Perlukah aku hanya undur diri dan tarik dari medan yang bukan lawannya ini?

Patutkah aku hanya lari dan tinggalkan segalanya dari dunia ini? Lari sejauh mungkin agar tidak ditemui sesiapa lagi.

Hela berat dilepas.

Jadi dewasa ini tidak semudah order makanan di warung Pak Ali. Dulu mungkin kita nampak hidup dewasa ini simple. Sekadar kerja, mencari wang dan hanya hidup. Tapi nyatanya tidak. Ada lagi perkara lain lebih dari itu.

Ada jiwa perlu dijaga. Ada hati perlu diperiksa.

Penat.

Kalau dengan give up-nya aku buat hidup orang lain lebih lancar dan tenang, baiklah aku lari. Lari hingga tidak ketemuan. Lari dari semua yang menyerabutkan. Lari sehingga aku tidak perlu toleh dan tangisi lagi segala rasa yang terlalu dalam....

Ah, dalam hidup ni tiada siapa pun kisahkan perihal kita. Masing-masing sudah punya pertarungan mereka sendiri, kenapa aku harus semakkan fikiran mereka?

Kadang, aku just nak lari. Lari, lari dan lari...

Aku sendiri kadang tak tahu mana realiti dan fantasi. Aku serabut. Aku kusut.

Sampai satu tahap, mungkin aku takkan kembali. Biar setinggi mana pun suara diseru, aku bukan aku lagi...Aku sudah lama mati bersama banjiran air mata yang sering mengalir kala senja hari.

Ah, senja...waktu yang tepat untuk dia merencana pelarian. Isolated Plan katanya...

Aku tak akan berpaling...itu tekad aku...

"Kita memang begini ya...sendiri saja dari awal hingga akhir" bisik Aryan pada Seroja. Mata mereka masih tidak mengerdip melihat mentari yang kian tenggelam dimamah bumi.

"Sarat topik kita ini" Seroja hanya angguk.

Selagi boleh hadap, hadaplah...sampai satu tahap jika lari itu lebih tenang, kita pergi saja ya?

Dia angguk.

Ya, ini bukan kisah nyata. Selagi ia masih di kepala, mereka hanya kekal dipenjara. Tapi, saat mereka tidak bertakhta, usah diseru jelata yang tidak bertanda. Mereka sudah lama terpenjara. Punya peluang, tiada dalih...merekakan lesap. Ditelan bayang senja...

Kursatil yang tiada siapa duga...

Aku ingat dah jam 23. Tapi rupanya ada 20 minit lagi sebelum aku pilih untuk menatap buku.

Aku tak tahu apa masalah orang lain, yang penting masalah aku selesai dengan aman. Aku taknak bercampur dengan orang sebab setiap dari orang yang kita kenal akan membawa pada pemahaman masalah yang dorang hadap. Kenapa aku perlu faham akan masalah diorang walhal diorang kadang tak pernah faham apa masalah kita?

Kenapa?

Orang cakap itu teknik pengurusan masalah kendiri. Bagi aku, cukup hanya kita jaga diri dan usah terlalu damping pada orang yang tidak pernah ada saat kita perlu. Setel. Hidup ini simple...

Kadang simplenya buat kita mencari masalah. Pandai cari masalah, pandailah simpan. Setel bukan?

Kenapa nak rumitkan keadaan dan mencipta masalah yang punya jalan penyelesaian?

Ko-mu-ni-ka-si!

Dan aku di sini hanya diam. Kalau satu pihak saja yang bercakap itu bukan komunikasi, Itu hanya sesi luahan ketidak puasan hati. Dah kenapa???

Kau tak puas hati dengan aku, yang aku sedia ada sudah move on dan berlalu pergi tu dah kenapa ya?

Kenapa itu persoalan aku?

Siapa yang kau cuba untuk seru dan panggil kembali?

Siapa?

Tidak, aku tidak pernah punya rasa. Aku hanya meletak rasa pada yang aku perlu sumbangkan rasa. Pada yang sedia tawar itu, mungkin perlu diterima hakikat yang kau tidak pernah berperisa. Hebe...

Kejam?

Celah mana?

Isthikarah?

Iya.

Apa petunjuknya?

Itu rahsia. Hal aku dan Dia.

Kenapa hendak dihebah?

Diam itu jawapan.

Diam kau pada janji yang tak pernah tertunai itu mungkir namanya.

Diam aku meraih janji hanya pemerhati pada hutang kau tabur.

Kisah pulak aku...

Ya, hidup ini punya kisahnya sendiri. Kisah yang kita cuba katup serapat mungkin agar tiada yang merobek jiwa lama. Kenapa hendak ditangis segala kesal yang semakin berjauhan?

Ya, sudahlah...baiklah kita begini...

Dunia kita sudah tidak sama....Bumi yang kita diam mungkin ya, tapi arena kehidupan kita tiada simetri lagi.

*hela nafas berat*

Aku tidakkan beralah pada diri, kenapa aku harus letak harapan pada orang yang mengatakan aku cepat mengalah? Kenapa ya? Harapan aku hanya pada diri. Pada Tuhan Rabbul Izzati. Punya harapan selain Dia, hanyakan berjumpa kecewa...

Jadi, baik aku bla dan angkat kaki. Lebih banyak hidup untuk dihargai dari menghabiskan masa pada mereka yang mempersolkan nilai kendiri...

Retrograde!

Aku jarang letak pengharapan pada manusia. Jarang...Sebab aku tahu berharap pada manusia itu sama seperti berharap diri ini untuk dikecewa. Tapi senipis mana pun harapan aku pada mereka yang bergelar manusia ini, aku tetap punya rasa terkilan...

Walhal aku tahu, aku faham dan aku cuba sabar. Tapi yang buat janjinya itu bukan aku. Aku tak suka berjanji dan aku takkan pernah membuat sebarang janji pada manusia selain aku. Kerana janji pada diri itu sudah cukup pada aku untuk aku simpan dan pegang. Tapi, janji pada manusia lain? Hurmmm....tidak sama sekali.

Aku dan janji, aku tidakkan bermain pada janji, pada tekad, pada azam...itu aku.

Perkara ini serius untuk aku.

Tidak mampu, usah janji.

Apa aku ini tunggul untuk kau jadikan sendal semata? Marahnya aku adalah diam.

Bengangnya aku adalah jeling. Aku tak suka dan aku takkan pernah suka.

Hidup ini ada prinsip. Ada jati diri. Bukan sewenang untuk mungkir.

Terkilan...ya sangat

Mungkin aku terlalu ada buat orang anggap aku ini bahan jenaka. Seolah setiap masa boleh dirunding sama. Tidak..

Aku pun punya keras kepala.

Kerap diberi muka inilah jadinya. Suka buat rasa orang lain tawar pada apa yang ada. Semakin lama semakin tinggi mungkir.

Entah apalah manusia ini...

Tidak boleh, jangan berjanji. Orang lain jua punya rencana lain. Orang lain jua punya waktu dan jadualnya sendiri. Bengang!

Ah, dunia dewasa semua orang mahu memperleceh masa. Kemudian kata, 'Oh sorry, aku ada itu ini itu ini sekian-sekian...'

Weh, kalau masa pun tak boleh nak manage, tak payah tengok benda lainlah...

Sigh...

Kecewa. Terkilan....

Ah, sudahlah...

Aku ngantuk dah ni sebenarnya. Tapi otak bising.

Nak rasa kecewa, tapi tak jadi. Nak rasa itu ini, semua rasa tu aku hanya tahan. Sebab aku cuba untuk letak diri dekat tempat diorang. Makanya, aku hanya diam dan bermenung hingga kantuk mata dibuatnya.

Lelah!

Hidup ini memang hanya lelah kawan. Yang buat tenang adalah mindset dan perspektif kita terhadap dunia.

Aku berdoa dan harap sangat fasa kehidupan kita dunia akhirat dipermudahkan. Aminnn

Kadang tengok kita pulun bagai nak rak, tapi in the end tetap jua kena pulun di sana, terasa rugi giler amal.

Aku bukanlah mukmin sejati, tapi kecenderungan untuk sentiasa membaiki diri itu sentiasa mahu dan mahu. Sebab tahu, kita ini bukanlah maksum...

Tuhan tolonglah...tolonglah limpahi kami dengan rahmah dan hidayah. Apalah sangat amal ini jika dibanding dengan rahmat kasih sayangMu...

Tuhan, hari ni aku syukur. Syukur masih punya ingatan untuk sentiasa mengingatiMu. Syukur atas segalanya.

Tuhan...

Kau permudahkanlah urusan dan berilah kecukupan kepada orang disekeliling kami.

In the end, kasih kita pada manusia akan terbukti pada ketiadaan kita. Kasih orang pada kita jua hanya terserlah pada saat mereka tidak punya apa.

Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku merepek. Serius mata dan ngantok. AO untuk hari rabu akan rehat. Rabu untuk rehat. Rabu untuk rencana. Rabu untuk rancang...

Semoga dipermudah segala urusan dan diperlapang jiwa.

Till then...

In the end, it doesn't even matter...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ▼  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ▼  Februari (6)
      • People Like Me...
      • Yang hilang...
      • Senja: Episod 5
      • Hideko...
      • Kilan
      • In the end...
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026