Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Dari tadi lagi aku mengadap skrin kosong sambil ditemani Spotify. Mencari balik diri yang hilang.

Tahun 2023 aku memilih untuk sepi. Padam dari segala dunia maya yang aku pernah kenal suatu tika. Namun dari sudut kecil, aku ingin berjaya punya legasi maya. Bagaimana?

Lost huh?

Entah sukar untuk diperkata. Lost namun aku ketemu diriku yang lebih sebenar. Aku tahu aku sudah banyak lari dari sasaran yang pernah aku pasak tiga tahun sudah. Apa yang ditakut aku sendiri tidak pasti.

Kalau boleh aku mahu putus segalanya. Aku hanya mahu hidup yang baharu.

Semudah itu keputusannya. Aku letak boundaries yang jelas agar orang hormat pada pendirian. Bukan semua 'ya' aku tidakkan pernah punya 'tidak'. Aku tahu batasnya. Ada yang ku terima tanpa bayaran. Ada yang ku akan berkira hingga kau tidak terlepas dari bayang. Erghhh!

Dan aku fikir lagi, impianku bukan untuk begini. Maka aku harus begitu. Bukan lagi ini.

Aku termenung lagi. Dimana gagalnya aku...

Mungkin aku tidak sepenuhnya membuang semua silam buat aku teragak-agak untuk maju ke hadapan. Start over again. With the whole new audience. Can I?

Yes, you can.

Okay done cuci dunia maya.

Doakan aku rajin dan konsisten untuk gapai impian. Awatlah aku ni malas sangat aih?! Tak faham jugak aku ^_^!

Mungkin aku dah selesa sangat. Boleh jadi jugak tu. Makanya, aku kena displin lebih lagi lepas ni.

Cuba dan cuba lagi sampai berjaya. Chaiyok dearself!

Ye, itu tajuk entri sedetik terlintas saat otak aku cuba fokus untuk menyiapkan pembentangan kerja. Macam biasa, sikap procrastination sentiasa menyaingi semangat juang untuk fokus.

Mencari senarai lagu yang sesuai buat peneman, kendian membelek laman orang...akhirnya sedikit dari kerja aku cuba update sekitar apa yang ada pada kaktus iguana.

Kaktus Iguana Tulip Andalas = K.I.T.A

Hahahahaha

Perihal apa pun aku sendiri tak tahu.

Terlalu hingar dunia buat aku memilih untuk tenggelam bersama dunia maya paling sepi; blog. Lain-lain mungkin punya, tapi buat masa sekarang aku pilih untuk sepi dari semuanya. Sekarang pun tinggal IG. Argh...macam nak delete je semuanya. Seperti era 2020 dahulu. Habis semua aku delete. Ada bagusnya begitu barangkali...

Hidup tidak lagi semak dengan segala. Hurmmm...*nafas berat dihela*

Dan tahun ni aku dah tak langgan Spotify. Terasa mahalnya disitu untuk subscribe platform lagu. Dulu memang banyak artis indie aku boleh discover. Sekarang, aku sendiri clueless artis indie mana yang best untuk dijadikan latar bagi tahun 2023 ni.

Kesunyian amat sih tahun ni. Sepi giler. Ini jalan yang aku pilih.

Sepinya menyenangkan.

Sunyinya mengasyikkan.

Sehingga aku tidak lagi ingin pada riuh dan keramaian.

Ianya menjanggalkan.

Yang aku punya hanya kaktus iguana tulip andalas.

Kaktus yang bisa hidup lama tanpa menyusahkan

Iguana yang mudah merubah warna pada keadaan tanpa mengubah dirinya

Tulip...yang indah terlihatnya boleh menghilang tekanan...

Andalas...sosok kayu yang amat berkualiti

Makanya ia menghasilkan kita. Iya kita yang asing dari dunia nyata dan kebiasaan.

Apasal aku layan Hayd dowh? Walau aku sendiri tahu Hayd adalah artis official bagi tahun 2021 aku.

Habis siapa artis tahun 2023 aku ni sekarang?

Ga punya sih....

Bosan amat tuh ga ada artis dedikasi bagi tahun ni. Hidupmu apa sunyi teramat hingga tidak punya artis tertentu menemanmu saat ini?

2023 huh?

Gila betullah dah nak ke 2024. Aku sendiri pun tak sedar dah hidup ni bergerak terlalu pantas.

Isu Palestin masih belum selesai. Israel laknatullah merasa diri terpaling berkuasa tu semoga dihancur Tuhan! Gila punya Israel.

Teruskanlah memboikot sahabat. Jangan boikot sekerat jalan. Alhamdulillah dah jadi tabiat untuk memperjuang usaha paling kecil ni. Semoga dinilai baik oleh Dia.

Guysss I'm comeback with Spotify!!!! Yeeehaaaa!

So, 2023, please be good to us. Always love all the journey <3

Apa lagi yang aku nak merepek kat sini ya? Hurmmm...Semoga dipermudahkan segala urusan buat semua.

Till then, semoga aku rajin dan bersemangat untuk hidup ^_^

Fighting!

Jadinya, selepas insiden aku  ter-reset phone sendiri, aku terpaksa tunggu paling kurang seminggu untuk recover balik akaun ID aku. Hurmmm...

Betullah orang kata, once dah tukar iPhone, nak patah balik ke android memang rasa janggal. Prefer simplicity yang ditawarkan. Kemasan dia. Urghh...aku just prefer dengan produk dia.

Dulu pernah guna iPad Mini sebagai pemula barangan Apple ni, tapi sejak dia rosak dulu, aku dah tak guna. Then, pada tahun lepas aku dapat tahu yang iPhone 13 ada warna hijau, aku terus grab. The best decision I've ever made. Oh ya satu lagi sebab start iPhone 13 ni dia boleh guna dua sim. End up aku tak guna pun dua sim dalam satu phone ni.

Sebab nak pisahkan nombor kerja dengan nombor personal, maka aku gunalah android aku sebagai phone kerja.

Bila phone kerja ni, kita jarang guna Whatapps dekat phone. Instead kita selesa guna Whatapps Web. Maka, phone tu hanya untuk buat telefon orang je lah. Pastu bila dah habis waktu kerja, aku terus campak phone kerja tu.

Pastu sekarang ni menung je lah ha. Belek laptop, update blog, update podcast, scroll pun malas. End up tidur. Tak tidur tetiba rajin tulis diari kan. Ye lah bilamana kau scroll semua orang dok meluahkan perkara-perkara peribadi buat kau rasa...blergh....

Geleng kepala je lah. Dunia oh dunia...

Kadang aku wonder, tapi aku malas nak wonder, maka aku buat hal aku je lah. Malas betul aku ha. Ingat aku kisah? Hidup kat dunia ni bukan semua berputar pasal kita. Banyak lagi hal lain.

Dunia medan ujian. Memang takkan pernah indah. Kena semat dalam diri hal tu. Jadi bila ia berlaku pada diri, kau sedar, hidup ini yang hakiki hanya di sana. Bukan sini.

See aku bebel apa lah tetiba ni kan. Nak layan movie, tengah fikir movie apalah yang best nonton nih. Hari tu aku dah marathon semua sequel fast furios. Fast X tu boleh pulak ending dia tergantung. Tak memasal kena tunggu tahun depan.

Yang isu Palestin sekarang, dunia memang dah sedar. Pemimpin pulak seperti dibuta hati mereka. Sebagai rakyat ini hanya berdoa. Berdoa agar Palestin bebas dari serangan Zionis zalim ni.

Kadang aku belek entri lama blog aku ni boleh tahan cringe jugak ya. Lagi-lagi fasa kau rasa hidup ni perlu pada orang lain untuk bahagia. Padahal, hakikat dia, kau boleh, tersangat boleh bahagia hanya dengan diri sendiri. Tak perlu pada crowds, kawan, validation luar, pamer situ sini sana untuk buktikan yang kau happy.

Kau boleh happy dengan hanya buat hal sendiri. Lagi tenang. Serius.

Masa yang kau ada pun lebih banyak. Alhamdulillah.

Syukur perjalanan hidup ni amatlah rare. hahahahah perasan sia.

Well, setiap dari kita punya cerita unik sendiri. Aku cara aku, kau cara kau.

Siapa yang cipta stress? - Diri sendiri

Siapa yang cipta expectation? - Diri sendiri

Jadi perkara pertama untuk dipelajari saat pandai membaca adalah...? - Kau sendiri tahu jawapannya.

So....2023 setakat ni bagaimana?

Alhamdulillah, semuanya semakin tenang. Tiada lagi berharap itu ini. Hanya berjalan tanpa henti.

Sebenarnya soalan ni dah lama ditanya oleh junior geomatik kita pada awal bulan Oktober lalu. Tapi, disebabkan aturan beberapa insiden yang agak kabut pada waktu tu buat aku hilang momentum untuk berkongsi segala tips.

Apo nak share tips padahal diri pun ke laut ha.

Alhamdulillah sekarang semua kembali stabil, punya kelapangan sempena cuti Deepavali ni kita up lah tips dan kaedah belajar yang boleh membantu pelajar Geomatik perform setiap semester.

Korang para junior yang singgah sini mesti expect aku kerja dalam bidang ni kan?

Well, sorry to disappoint you guys... hakak korang ni lebih cenderung menyambung pengajian dalam dunia hartanah daripada dunia ukur tanah. Sekarang tengah bekerja dalam bidang pengurusan hartanah di sebuah bandaraya yang penuh sesak semak naudzubillah! Alhamdulillah syukur juga diberi peluang meneroka dunia kerjaya yang penuh ranjau. #mohonbertabahjiwa

So, para junior sekalian, korang masuk bidang ni mesti dah google habis dah kan Geomatik ni pasal apa?

Sure punyalah korang tapis kaw-kaw sebelum select kos ni. Ke korang main taram je, janji sambung belajar? Ehhhh, jangan begitu adik, belajar ini sebuah pelaburan. Sebelum melabur sana sini, kena survey dulu baik-baik. Yang helok cerah peluang dan masa depan (insyaAllah).

Jangan pakat lepas batuk kat tangga. Nervous tau kalau dapat kos yang tak selari dengan jiwa. Jadi, KENA PILIH ELOK-ELOK KOS SEBELUM SAMBUNG PENGAJIAN. (haaa...CAPSLOCK siap bold kau aku kasi. Ni REMINDER paling penting TAHU!)

Jadinya, apakah tips skor belajar bagi pengajian Geomatik?

To be honest, mana-mana tips belajar sama je. Takde yang special. Kunci dia:-

RAJIN

Tak rajin, apa pun tak jadi. Tapi, rajin membuta pun tak boleh jugak. Korang kena ada STRATEGI BELAJAR. Macam mana nak buat strategi belajar?

Dulu masa sekolah aku suka baca tips-tips belajar dari PTS Publications. Daripada tips situ aku olah ikut keselesaan aku. Jadi bila pilih tips belajar ni, korang kena pastikan dia selesa dengan korang. Terlalu rigid, korang auto lemah semangat punya. Jadi santai. Study smart. Rasanya bagi setiap semester aku ada share tips dia sikit. Tapi untuk versi general, aku boleh huraikan macam ni.

Sebelum belajar, kena tahu apa yang korang nak kuasai. 
Misalnya, korang memang blur giler pasal Cadastral, apa kepentingan dia. Dan dalam masa yang sama, korang kena faham cara kiraan dan kaitan Cadastral dengan Astronomy. Perkaitan dia dengan Engineering pulak. Jadi, dalam situasi ni korang boleh cuba ikut langkah bagi strategi ni.

Tips Skor Belajar - Geomatik

Sebelum belajar:

  1. Tulis apa yang korang tak faham - maximum tiga (sebab dari ibu yang tiga ni, korang kena hurai segala anak dan cabang dia)
  2. Tulis matlamat akhir korang hasil dari belajar. Contoh:- untuk faham perkaitan Cadastral dengan cerapan matahari
  3. Set mode untuk korang belajar - baiknya tanpa sebarang muzik dan gangguan dalam pomodoro timer.

Sesi Belajar:

  1. Screening dulu nota, buku dan sumber bacaan korang
  2. Highlight keywords yang korang nak kuasai. Guna konsep 5W1H

Selepas Belajar:

  1. Buat latihan berdasarkan soalan tutorial dan final exam
  2. Baru buat nota tanpa merujuk sebarang buku - Nota ni, korang kena tulis berdasarkan apa yang korang faham. Bukan copy paste.
  3. Berdasarkan nota korang tadi, highlight key-points dia. - dari situ baru buat teknik akronim, mind map, flash card dan lain-lain.
  4. Setiap hari, dedikasikan 15 minit untuk belek semua nota kecil korang ni tadi. Belek je tengok, tak payah buat apa.
  5. Lepas tu buat latih tubi - semak dengan lecturer bila tak faham
  6. Ajar kawan-kawan. Yup, ini tips paling best sebab bila kita kongsi ilmu dengan orang, kita sendiri akan lebih cepat ingat.
Sebelum belajar tu ada baiknya korang buat persediaan sebelum sesi pengajian dengan pensyarah. Biarlah masa korang baca tu otak tengah blur, tapi korang teruskan. Esok percayalah, masa lecturer explain, korang akan auto O. Otak korang dah familiar dengan semua term dan teori tadi. Dan apa-apa yang tak faham, korang boleh terus direct tanya pensyarah pada hari yang sama.

Ingat, kena buat latihan dalam masa tiga hari selepas habis belajar. Kalau tak, ilmu tu dah pudar. Dah tak segar.

Lagi-lagi kalau subjek yang libatkan subjek mengira. Balik kelas, terus buat latihan. Jangan tangguh even korang sibuk dengan persatuan sekalipun.

Rajinkan diri. Kena. Mesti!

Sebab percayalah, dunia belajar adalah detik yang paling indah yang korang akan kenang sampai bila-bila. Jadi gunalah peluang sebagai pelajar itu sebaiknya.

Serius. Lepas habis belajar, vibe dia takkan pernah sama.

Alright takat tu dululah pesanan dari senior korang ni. All the best dan chaiyok buat korang. Kutiplah ilmu sebanyaknya dunia akhirat. Balik kelas, menyinggahlah ke Masjid, meriahkan jemaah dan dengar ceramah-ceramah dari para ilmuwan.

Semoga perjuangan menuntut ilmu dipermudahkan buat kalian. Aminnn...

P/s: Thanks sebab selalu jengah sini setiap kali google pasal Geomatik. Kejayaan anda adalah senyuman bagi seorang senior yang pernah patah semangat kala junior dahulu. Jadi, usah diulang mimpi semalam. ^_^

Beli rumah ni sebenarnya tak susah. Proses dia mudah sangat sebenarnya. Apa yang buat kita nampak susah untuk dapat adalah nilai dia. Kedengaran terlalu besar. Sampai kecut perut untuk beli rumah. Proses beli rumah sama sebenarnya macam beli kereta. Prosedur dia tak jauh beza.

Persiapan dia pun makan masa. Maklumlah kita nak melabur pada nilai yang besar ni memang kena study lebih sikit. Awal bulan September hari tu aku banyak pergi tengok showroom. Ambik aura untuk beli rumah katakan. Sambil-sambil belajar dan siaga apa yang perlu.

Sumber yang paling selalu dijadikan rujukan dalam tips pembelian rumah yang aku selalu baca adalah:-

  • propertyguru
  • iProperty
dan lain-lain ruangan forum seperti gold forum dan FB group. Kalau nak tengok market rumah pulak, platform mudah.my tak pernah dilupakan.

Itu untuk kita survey market.

Sebelum kita survey lebih detail market rumah ni biasanya kita kena tahu persiapan dari segi modal. Ha...masa ni lah akan keluar bermacam jenis kalkulator.

Satu lagi port tips rumah paling friendly yang aku selalu baca adalah dekat Myra. Sebagai generasi millenial ni, Myra sangatlah informative dan user friendly.

Jadi, untuk korang yang sama macam aku yang sedang giat mencari rumah, ni adalah antara selok belok dia;

  1. Catat rekod komitmen bulanan
  2. Tentukan berapa kemampuan yang kita boleh bayar secara bulanan bagi tambahan komitmen baru ni
  3. Buat senarai rumah yang kita ingin beli - yang ni memang kena banyak study sikit
  4. Rajin pergi site visit - kalau rumah baru yang belum siap lagi, kena pergi showroom dan tapak.
  5. Kaji latar belakang pemaju dan kontraktor utama
  6. Bila dah ada senarai pendek, korang boleh tanya agent atau direct sale representative
  7. Pastikan dah ada simpanan untuk komitmen baru ni - bayar deposit booking minimum RM250 atau RM500 macam tu bagi semakan pinjaman rumah.
  8. Tunggu keputusan semakan pinjaman
Mesti peningkan bila kena kira-kira ni. Ha, sekarang tak payah nak pening sangat sebab dah banyak teknologi canggih yang boleh tolong kirakan kemampuan beli rumah.

Kalau area aku sekitar sini, nak dapat rumah landed memang agak susah dah. Kalau ada memang akan burst bajetlah. Tak pepasal hujung bulan makan pasir. huhuhu

Janganlah buat teruk gitu ya. Banyak je tips yang ada dekat internet ni.

Kalau bayar sewa dan sama macam bayar bulanan rumah sendiri, ada baiknya mula usha rumah-rumah yang kita boleh beli. Ada je lagi kat luar sana...

Katalah korang dah ada rumah, lepas tu nak refinance rumah sedia ada untuk ambil rumah lain pun boleh juga kira guna kalkulator remortgage ni.

Katalah masa dah booking untuk semakan pinjaman tu rak lulus, korang jangan risau sebab amaount tu akan dipulangkan semula. Kemungkinan yang tidak meluluskan pinjaman rumah ni boleh jadi disebabkan korang ada;

  • Komitmen bulanan yang tinggi
  • Ada buat restruktur hutang
  • Punyai pinjaman yang interest tinggi seperti personal loan dan kad kredit
Jadinya, untuk ada rekod bayaran pinjaman dengan bank paling cantik adalah pinjaman kereta dan pinjaman pembelajaran. Kalau katalah bank nak kita ada rekod, gunalah dua ni je. Kalau nak guna kad kredit boleh, tapi kena waspada dengan instant gratification.

Dulu pernah pensyarah aku cakap, beli rumah ni macam ABC je. Rajin menyimpan untuk deposit, takdela lama sangat terikat bayar hutangnya dengan bank.

So, tak salah kalau usha-usha rumah idaman dulu. Ada rezeki, dapat jadi kenyataan.

Nak tahu kira-kira bulanan untuk rumah tu korang guna kalkulator sini [https://www.mortgagecalculator.uk/overpayment/]. Walaupun dia punya matawang tak sama, tapi formula dia tetap sama. Sebab proses jual beli kereta dan rumah ni dekat mana-mana pun sama. Murah dan mahal je lah bezanya.

Tu sajalah tips dari aku hari ni. Hari tu pernah cuba, tapi belum ada rezeki lagi. Kumpul modal lebih lagi, kita cuba akan datang. Okay. Don't give up!

Korang kena ingat, beli rumah ni banyak makan kos. Jadi bila beli tu, bukan sediakan semata-mata untuk bayaran bulanan. Korang kena fikir kos;

  • Renovation
  • Barangan dalaman
  • Move-in deposit and admin charges, bagi yang duduk rumah strata
  • Barangan elektronik
  • dan lain-lain lagi
jadi, bila dah beli rumah ni, itu bukan masa yang sangat sesuai untuk bersikap kedekut ya. Sebab korang dah buat keputusan untuk ambil risiko ni, bila dah dapat tu, masa awal-awal je akan makan kos. Bila semua dah buat elok, jangka masa akan datang , korang dah tak perlu sakit kepala.

Apa-apa pun semoga dimurahkan rezeki untuk kita semua dalam urusan memiliki rumah idaman ^_^

Sedari aku kecil lagi isu ni berputar. Sampailah sekarang masih lagi tak habis. Kadang aku sendiri tak faham kenapa perang ini perlu berlaku.

Dan dimana kita pada waktu negara tu berperang?

Aku sendiri kadang buntu. Dan ambil langkah untuk berdiam. Hanya doa buat mereka.

Kadang tu rasa, betul ke langkah yang aku buat ni?

Betul ke segala perkara yang aku share, repost dan create awareness ni berkesan buat orang sedar serta enthusiast dengan isu Palestin ni?

Adakah dengan repost aku dapat bantu menjayakan Palestine hidup dengan aman?

Semuanya masih menjadi rahsia Tuhan.

Wallahua'lam.

Kita teruskan berdoa semoga semuanya peperangan ini bertemu pengakhiran.

Tapi, dalam masa yang sama...itukan sudah tanda dunia semakin dekat benar dengan pengakhiran...

Diam seketika.

Allah, Kau laknatlah Israel.

Kuatnya iman warga Palestin sampai bersiaga untuk syahid. Kentalnya iman mereka  buat aku iri.

Aku ini nak angkat selimut waktu hujan tengah lebat masa bangkit subuh pun payah. MasyaAllah...hebatnya mereka...

Aku cuba sedaya yang termampu untuk menyokong perjuangan Palestin. Sedaya yang ada.

Nak kata berani sangat berjihad itu, tidaklah berani mana. Tapi kita cuba.

Jom kita sama-sama hafal doa qunut nazilah demi kesejahteraan saudara kita di sana.

https://www.youtube.com/watch?v=YFm0oU-bQj4

 

qunut nazilah

Amin amin amin Ya Allah 🤲🤲🤲

Oh ya, terima kasih juga blogger Kanvas Dakwat kongsikan kronologi Palestine dari Channel Kupi-Kupi GO.

Yuk tonton!

https://www.youtube.com/watch?v=q3X_Zt_49qU

 

Semoga perjuangan untuk membebaskan Palestin ini menjadi ibadah 🤲

#savePalestine #PRAYFORPALESTINE

Tak mudah sebenarnya nak raih kembali kualiti penyokong yang hargai karya kita. Tulisan dan apa jua hasil yang kita cipta hasil dari pinjaman Dia. Tapi aku percaya, dengan konsisten dan semangat untuk meluaskan lagi personal branding dengan berani promote tulisan sendiri, kita akan berjaya.

Pasti berjaya.

Dulu aku selalu takut. Rasa macam useless...apa dah term yang orang guna tu bila kita mula tak yakin dengan apa yang kita buat selama ni. Hurmm...istilah dia macam self-sabotage. Ya Allah tak ingat langsung.

Walaupun entri aku banyak tahun ni (entri sembang sorang mostly), tapi itulah cara aku untuk panaskan semula enjin aku untuk berkarya. Aku tahu aku tersangatlah mengambil masa untuk overcome perkara ni. Aku takut, aku cuba lepas tu aku sorok. Sebab apa? Aku tak yakin dengan kebolehan diri. Aku hilang kepercayaan diri untuk buat semua perkara yang aku pernah enjoy suatu tika dahulu.

Overwhelmed, dan takut pada suatu yang belum pasti buat aku biarkan semua projek yang aku usahakan terbengkalai.

Aku shut down projek AO. Aku abai Kepada Sesiapa. Sampai aku nak akses sekarang aku sendiri dah tak tahu password dia apa. Jadinya semua isi yang blogger lain pernah share dekat aku untuk buat podcast, semua hilang.

Rasa bersalah juga buat macam tu. Mungkin kesan dari terlalu konfiden buat aku hilang konfiden.

Tahun 2024 tak lama lagi bakal menjelma. Kurang dari tiga bulan lagi. Aku? Masih lagi takde memberi impak pada dunia. Masih sibuk dengar rutin harian sendiri.

Jadinya, aku harap dengan sedikit perkongsian aku pada alam maya ni, tak kisahlah apa pun yang dikongsi, semoga ia bermanfaat pada yang memerlukan.

Aku ni tidaklah sifu mana pun. Bukan jugak si ahli guru ilmuwan etc dalam bidang ni, tapi aku belajar. Belajar untuk menjadi barisan professional dalam dunia kerjaya mahupun dunia hobi.

Blog adalah hobi aku. Hobi, terapi yang aku tak mampu untuk tanggung bulan-bulan maka aku masuk zon blogging bagi rawat segala luka dan cuci jiwa.

Maka, aku restart balik projek ni. Aku usaha walau mata mengantok giler. Aku belajar yang, tak kisahlah apa yang kau beri, bila mana kau konsisten dan belajar dari apa yang kau buat, orang akan mula hargai kewujudan kau. Kau kena usaha.

Kau hendak ia, kau usaha. You have to earn it!

Okay?

Revamp berapa kali revamp dah. Sekarang kau tinggal konsisten je. Sehari satu post, sehari satu story. Kau berusaha untuk beri impak pada masyarakat sekeliling kau.

Okay geng, doakan aku istiqomah dan dijauhi dari perasaan imposter syndrome.

Till then, adios amigs zaijan ila liqa' wa maasalamah!

Sebagai alumni FSPU, aku dah lama tak update atau follow up dengan dunia pembelajaran yang berlaku selepas grad hari tu. Memang masuk je alam kerjaya, terus sibuk dan fokus dengan kerja je semedang. Mana nak keep perform, mana nak fikir masa depan etc. Lagi-lagi masa zaman Covid tu memang banyak group Whatapps yang aku dah keluar. Itu tak termasuk jurus menghilang dan out of radar tu...

Malam ni aku rajin sikit buat research sebab ada seorang junior minta tips tentang bagaimana untuk perform dan skor dalam pembelajaran bagi pengajian Sains Geomatik. Alang-alang ada orang tanya, aku pun curious pasal silibus terkini. Nasib jugak junior kita ni pemurah orangnya dan sudi berkongsi silibus AP120 bagi intake Oktober 2023.

Sedang aku belek study plan yang baru ni, aku buat perbandingan dengan study plan zaman aku tahun pertama bergelar pelajar Sains Geomatik (intake sesi Jun 2013). Pergh,....memang banyak berbeza dowh. Sampai aku sendiri pun dah agak blur dengan nama subjek baru. Paling terkejut sekali aku baru tahu yang sekarang ni nama Fakulti pun dah rebranding. Bukan lagi FSPU (Fakulti Senibina Pengajian dan Ukur) tapi dah jadi CBE (College of Built Environment) atau dalam bahasa Melayunya dinamakan sebagai KAB (Kolej Pengajian Alam Bina).

Rebranding nama ni secara rasmi dah bertukar semenjak Oktober 2022 lagi [sumber]. Dah setahun jugak nama baru ni dipakai dan Oktober 2023 aku baru tahu perihal ini. Pergh...giler ketinggalan zaman sia aku....Korang bolehlah check website KAB ni dekat sini ---> [https://kab.uitm.edu.my/index.php]

Canggih dah webiste UiTM sekarang. Cayalah...paling bangga sekali tengok barisan pensyarah yang pernah ajar aku dulu. Haih, rindu pulak rasa nak berguru dengan mereka.

Dikhabarkan juga hasil penukaran nama ini juga menghasilkan sebanyak lima (5) buah nama sekolah iaitu:-

  1. School of Architecture & Interior Architecture
  2. School of Town Planning and Landscape Architecture
  3. School of Construction and Quantity Surveying
  4. School of Real Estate and Building Surveying
  5. School of Geomatics Science & Natural Resources
So, nama yang aku bold tu adalah nama kursus yang aku belajar ritu. Walaupun keduanya dalam satu Kolej, tapi ia dibezakan dengan pecahan sekolah. Kalau dulu FSPU terus direct kepada pecahan nama pengajian sekarang dia dipecahkan dahulu kepada nama sekolah, barulah ke nama pengajian. Jadi 3-tier gitu. Yang list kat bawah ni semua pengajian dibawah FSPU dulu (ini aku copy paste je dari website dia ^_^!)
  1. Architecture
  2. Construction
  3. Surveying Science & Geomatics
  4. Town & Regional Planning
  5. Quantity Surveying
  6. Estate Management
  7. Interior Architecture
  8. Landscape Architecture
  9. Building Surveying
  10. Park & Amenity Management
  11. Postgraduate Studies
Jauh sangat ke beza silibus selepas rebranding ni dibuat?

Itu aku sendiri tak pasti sebab macam yang aku kata, aku dah takde intel untuk jadi sumber pada perkara ni. Sekadar seorang alumni yang buat bacaan rawak berkenaan pengajian yang pernah dia belajar zaman ritu.

Kalau korang nak tanya tips belajar ke apa, kadang aku ni pun bukanlah perform dekan dari sem satu sampai habis pun. huhuhuhu tidaklah rasa punya kelayakan untuk bagi tips. Tips belajar ni sama je kat mana-mana kau belajar pun. Tak kira peringkat tadika hinggalah peringkat kedoktoran.

Entri ni aku just nak habaq dekat hangpa yang mana tak tahu lagi pasal rebranding FSPU ni ja. La junior tak panggil dah FSPU. Depa dok gelar CBE ja weh.

Hang budak mana?

Aku budak CBE

Sekolah apa?

School of Geomatics Science and Natural Resources.

Hangpa kena ingat tu pasai nanti kena tulis kerap dekat report dengan esaimen.

Tips belajaq aku share esok na. La ngantok dahlah. Apa tips yang aku share tu hangpa ikutlah mana yang elok. Yang dak tu, buat jadi sempadan ja. Okay?

See ya when I see ya!

Till then!

Ramai junior masih guna blog ni sebagai rujukan setiap kali google pasal geomatik. Betul ke?

Hahahaha perasaanmu sajalah Sofie. Blog kau pun dah tak berapa relevan untuk dorang. Entri pun dah expired. 10 tahun beb kau tinggalkan dunia geomatik. Well, tidaklah 10 tahun. Mungkin dalam 7 tahun.

Tahun 2013 adalah tahun dimana seorang sofieadie ni membuat keputusan untuk merantau ke negeri Perlis. Instead of mengikuti kehendak pasaran dalam menyambung pengajian, aku pulak ikut rasa negeri mana yang belum jejak. Sudahnya, disebabkan nak pergi Perlis, aku pun pilih kos Sains Geomatik ni. Ish ish ish ish....semua orang yang dengar pakat geleng kepala.

Kamu ni memperjudi masa hadapan betullah... - itu kata mereka.

Tapi bagi aku, membuat keputusan sebegitu rupa adalah suatu kebebasan yang banyak mengajar aku erti kesederhanaan. Once kau dah merasa betapa tenangnya kehidupan di Perlis, kau akan auto mengaku yang Perlis itu kampung kau. Even kampung kau sebenar bukanlah disitu.

Dah hampir 4 tahun aku tak pulang Perlis. Rindu pula rasa nak bersantai ke sana. Ambil dan hirup udara Perlis. Hari tu aku sempat jejak Kedah. Itupun atas urusan kerja. Sekejap sangat.

Untuk adik-adik yang mencari entri perihal Geomatik dan inginkan kepastian 'apakah dunia geomatik' ini memenuhi kehendak pasaran?

Aku akan jawab ya. Ya Geomatik sangat perlu dalam pembangunan negara. Kita dekat Malaysia ni kekurangan pakar dalam industri Geomatik. Maka, korang jangan ragu-ragu untuk menceburi bidang ni. Even aku sendiri tidak meneruskan pengajian dalam industri ni.

Habis tu kenapa akak tukar kos?

Oh, sebab saya lebih berminat dengan industri hartanah. Menguruskan bangunan even ianya kadang-kadang buat saya rasa Ya Allah, apalah yang pelik sangat masalah yang datang ni? Bunyi macam simple 'Uruskan hartananh dan bangunan', tapi hanya bangunan dan Tuhan saja yang tahu apakah masalah yang dihadapinya.

Seronok ke belajar Geomatik?

Seronok! Sebab kau belajar dalam pelbagai situasi pembelajaran. Kau ada kelas, ada lab, ada site dan ada projek. Semua tempat kau akan explore. Tamakkan? Masa usia punya keinginan explore sesuatu yang tinggi, ada baiknya kau explore segalanya. Usah terlalu bertapuk dalam gua.

Ha tengok akak korang ni, bersungguh memayungi total station. Ni kalau korang cari LinkedIn sorang-sorang dalam gambar ni, alhamdulillah semua berjaya dalam industri geomatik. Terutamanya Madam Mun Zack. Itu antara rakan sepengajian yang paling sukses. Sebagai rakan satu batch, aku bangga dengan pencapaian beliau walau dah lama giler tak contact. Adatlah itu adik-adik. Bila kita dah habis belajar, dan mula berkecimpung dengan dunia kerjaya, perlahan-lahan kita punya circle mengecil. Yang meneruskan kehidupan dengan alam rumah tangganya juga sudah tidak sama.

Lambat laun dunia kita hanya kita yang menentukan ianya ke arah mana. Jadi usahlah terlalu digusarkan pada masa hadapan itu. Tidaklah iakan menambah apa-apa kebaikan melainkan menarik segala keseronokan berkali ganda.

Semacam tua benar saja kamu ni.

Iyalah, siapa sangka kita akan berjaya dengan cara yang lebih baik dari segala perancangan yang kita hendak. Makanya disini, Allah adalah sebaik-baik perancang. Jadi kita kena yakin tu. Yakin pada Dia.

Kita merancang dan berusaha semampu daya. Yang tentukan adalah Dia.

Senyumlah ^_^

2013 - 2023

Apa yang saya belajar?

Hidup ini sebuah perjalanan. Bukan berkenaan destinasi tetapi bagaimana kita menghadapi setiap cabaran dengan lebih tenang tanpa mengenepi syariat Ilahi.
Okaylah takat ni saja bebelan aku. Aku doakan semoga segalanya dipermudahkan buat kalian dunia akhirat.

Moga husnul khatimah!

Tuhan, aku ini hamba yang kuat benar berangan. Itu ini habis satu alam dan jamadat aku impi dan angan untuk miliki. Namun, hadirnya Engkau disisi dalam hati ini, hidupku kembali aman.

Tiada kesah, tiada lagi keluh ketakutan kehilangan pada suatu yang memang tercipta untuk tidak kekal.

Kenapa ya usai menangis kita sering mengantuk?

Kerna jiwa kita perlu rehat untuk hari yang baru.

Jiwaku ini ingin sekali menjadi penglipur laran, bercerita pada maya tentang tauladan dan sempadan, namun aku gusar. Gusar penyampaianku kan guriskan hati orang. Jadinya, bilamana laman ini tidak berorang, aku lebih tenang untuk bercerita. Ia ada diawan, sentiasa mudah digapai namun tidak semua menyinggah untuk bersantai. Lega...

Lega untuk bersuara tanpa sebarang pemerhati. Kecuali Engkau Tuhan.

Aku kan...banyak sebenarnya benda nak dicerita. Tentang aku, tentang dia, tentang kita. Sebolehnya hajatku itu untuk kita damai bersama. Dibawah rahmat Tuhan Yang Maha Luas.

Jemari dibelek, kuku yang panjang direnung. 'Ah, bilalah nak dipotong kuku ni ya...' Hari ke hari semakin panjang. Rimas!

Buat diri,

tak baik tak apa, tapi jangan aniaya orang. *sigh*

Sekarang ini aku dimana, kategori tidak lagi baik namun tidak jua jahat. Boleh jadi juga jahat dalam novella orang lain.

Kenapa masih setia menulis walau tiada pembaca?

Aman. Amanku terletak dalam tulisan. Ini pun sudah dikira aku jarang menulis. Sampai karat benar rasa minda. Ergh!

Citaku itu tidak lagi memperoleh populariti dan ikutan yang ramai. Cukup sekadar yang sudi menghadiahkan al-Fatihah kala pemergian. Moga husnul khatimah.

Buat kamu, aku minta maaf. Aku tahu ucapan maaf ini tidak bisakan merawat setiap luka yang kau rasa. Cukuplah aku menjaga batas sewajarnya untuk kesenangan jiwa kita. Aman dari segala hasad dan prejudis.

Buat kamu jua, aku harap bahagia itu kan tetap menyinar dalam jiwamu. Semoga kita kan peroleh apa jua yang kita impi atas IzinNya.

Tuhan, Engkau yang membolak-balik hati ini, tetapkanlah hati kami diatas landasan agamaMu. Pimpinlah kami selalu....

Aku tahu, jurnal ini bukan untuk kamu atau kamu. Tapi kamu, ya kamu itu...yang belum tentu kan menemukan aku dalam tulisan ini.

Mungkin ada sebab aku memilih untuk kekal laylow dari menulis yang tidak-tidak. Semoga istiqomah.

Salam hijrah sahabat!

Bulan Rabiul Awal tahun ni aku dihadiahkan dengan khabar gembira.

Perubahan. Perubahan untuk membaiki diri. Kembali pada fitrah. Bukan sekadar ilmu tapi disertakan dengan amal. Lebih-lebih lagi bila ada kebersamaan.

Syukur, bangga, sedih dan semua rasa bercampur baur. Rahmat Tuhan itu Maha Luas dan tersangatlah hebat. Dia boleh beri petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang Dia hendak. Bilamana Dia memberi kita peluang, percayalah, itu peluang yang kita harus ambil dan guna ia sebaiknya.

Aku syukur dengan segalanya. Aku syukur atas segala ujian dan dugaan. Jatuh bangun semua aku tetap syukur. Sebab aku tahu, setiap kehidupan ini adalah dugaan dan medan ujian. Hendak disungut sangat, kita siapa?

Sekadar hamba. Maka aku akur.

 

Rabiul Awal sebuah pembaharuan untuk baiki diri bersama. Perhaluskan lagi jalan untuk ibadah. Ah, indahnya Islam.

Doakan kami istiqomah dan mujahadah dalam baiki diri.

Terima Kasih Tuhan. RahmatMu tiada tandingan....

Korang pernah terfikir tak kenapa kehidupan kita perlu bergantung kepada dua jenama ini dalam kelangsungan dan keselesaan hidup?

Padahal dulu sebelum kewujudan dua jenama ni kita rasa elok je hidup ni. Tapi semenjak tahun 2016, jenama ini kaw-kaw buat marketing mempromosi produk dorang. Agent dorang pulak bercambah bagai cendawan selepas musim hujan. Orang awam pun berpusu-pusu teruja untuk menggunakan perkhidmatan dari kedua jenama ini lebih-lebih lagi ia dipromosikan oleh jejaka-jejaka Korea yang terkenal.

Bagus sangat ke kehidupan kita selepas menggunakan mereka ni?

Adakah hidup lebih produktif? Semakin warna-warni dan kesihatan semakin terjamin?

Jujurnya antara banyak-banyak produk yang dorang keluarkan paling bagus adalah penapis air. Yang lain semua hauk. Tiber merepek air purifier, tilam, air cond, hob, hood dan entah apa-apa lagi yang kadang rasa macam satu scheme yang scam.

Selaku pengguna water filter dari Cuckoo, aku tak pernah bersungut atas bayaran bulanan dia. Service dia pun okaylah...Aplikasi Cuckoo pun makin hari adalah penambah baikan. Yang bila aku start merungut ni adalah sejak kewujudan Coway dalam kehidupan ni.

Iya memang Coway ni aku beli sebab support member. Yelah, dorang yang jadi Agent ni hari-hari kena pressure oleh team leader sampai mental. Tak pepasal macam-macamlah underground punya cara sampai agent sendiri terjerat semata-mata nak hit target dari team leader. Kadang kesian. Kesian sebab yang kena tekan agent bawahan. Padahal, kalau betullah produk ni bagus, kau takyah pun tekan orang akan cari punya. Confirm.

Macam produk Midea, ada dia promote kaw-kaw untuk orang beli produk dia? Takde kan...tapi elok je pengeluaran barang elektronik dia orang support.

Sebab apa? Dia mampu milik dan one time purchase. Nak service ikut suka. Bayaran service pun tidaklah setinggi mana.

Entri ni sebenarnya aku buat sebab aku tak puas hati dengan after sale dari Coway. Coway janji bulan bintang. Dan kalau kau tak ikut cara dia, dia akan tekan kau pulak. Katalah aku ada link auto-debit, tapi aku bayar guna JomPay, disebabkan kau bayar guna JomPay tadi, kau kena bayar pulak handling fees dorang walaupun kau bayar setiap bulan. Tahu berapa handling fees dia? RM10.00

Bagi aku itu jumlah yang besar untuk ditarik. Aku bayar kot. Bukan tak bayar. Sebab aku bayar guna JomPay terus kena charge handling fees? Baik kau terminate je JomPay dan tak payah buat alternatif lain selain auto-debit.

Cuckoo aku elok je bayar ikut apps dia even pernah terlambat bayar untuk dua bulan. Ada dorang charge RM10? Takde. Yang penting customer bayar. Itu function ada aplikasi. Memudahkan orang.

Yang si Coway ni tadi, aku ada terlambat bayar dua bulan then dia punya auto-debit terus cancelled dan kenakan handling fees RM10. Orang bayar bukan tak bayar.

Agak kecewa jugaklah beli produk Coway sebab after sale service dia tidak indah mana. Baik guna Cuckoo. Kalau mampu dah lama beli sedebuk je terus. Malas nak bayar bulan-bulan macam ni. Nampak amount dia kecik je tapi kecik-kecik pun cili padi. Merasa jugak kacau kita punya komitmen.

So far aku tak pernah jumpa agent Cuckoo kena tekan kaw-kaw dan hard-sell. Dorang sempoi je. Kadang biar customer yang cari dorang.

So kalau untuk korang baru nak berjinak beli barang macam ni, nasihat aku better ambik mana yang perlu. Selain dari tu, better kumpul duit dan beli cash je. Tenang otak. Usahlah nak ditolong sangat orang ni, fikir diri sendiri je. Yang sakit nak membayar itu kita. Bukan dorang. Dorang yang jual tu pentingkan commission jadi top sales. Dapat pakai BMW melancong sana sini. Sudahnya kita merana bertahun. Aiyooo...

Even kita guna juga kemudahan yang kita langgan tu, perit nak menelan. Kadang tidur malam pun menung. Keluh kesah menyesal. Haish...kenapalah dulu aku tak sabar sangat. Menung weh...

Aku pun bercakap sedar diri. Ukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu beli cash tu, maknanya tak mampulah nak memiliki. Gunalah produk yang kita mampu milik dan tenang masa depan.

Nak dijual sangat khidmat service tu pun kadang fikir, tak berbaloi mana. Kontrak pun ikat macam nak beli motor. Haish...

Nak di cancel karang, kena penalti pulak. Hurmm ajelah kitanya....

Even kalau kau beli produk dekat Maxis or Digi secara bulanan pun tak pernah kena tekan dengan handling fees RM10 ni tadi bila terlambat bayar. Sebulan yang lambat bayar tu je dia kenakan Admin Fees. Pastu next, dorang setel dah kalau kau bayar cantik-cantik. Tak de pulak syarat kena auto-debit, kena itu kena ini.

Syarat yang menyusahkan. Orang nak bayar ikut cara dia lah nak bayar guna medium apa. Janji bayar. Itu syukurlah aku nak bayar.

Ada bagusnya dorang buat pakej macam ni, tapi better tak payahlah jeratkan diri. A big NO geng. Water filter aku okay lagi. Lain-lain tu, better tak payah. Sepanas mana pun Malaysia ni, kau tahan je. Kumpul duit beli cash. Lagi tenang hidup. Sakit sekali lagi baik dari berkali-kali yang takkan habis.

Aku tidaklah nak defame ke apa, tapi just open review untuk beringat bila kita dibawah nanti. Ini time kat atas rasa boleh, mampu semua, terus angkut semua produk bayaran bulanan. Padahal satu hari tu nanti kita dibawah, memang kena pandang serong punya oleh dorang ni. Dorang tak kisah pun situasi kau. Yang dia nak duit kau je. Maka, hadkan diri kita dari terlalu mengambil barangan ansuran ni. Enough la....

Kalau betul ekonomi semakin pulih, hentikan langganan ansuran dan beli secara tunai. Program bayaran ansuran ni tak sepatutnya dinormalisasikan. Sedarlah...bangun dan keluar dari fatamorgana ni. Jangan jerat diri. Okay...

Terlalu banyak review indah-indah pun tak membantu sangat. Kita perlu ada a bit of dark side review supaya beringat. Orang otak bisnes dia fikir nak duit kita je macam Mr Crab.

Mana yang baik tu buatlah pedoman, yang tidak-tidak tu jadikan sempadan. Jaga duit anda sebaiknya untuk kecerahan masa depan anda! Stay healthy!

Yo wazzup!

Lama jugak aku tak borak sekitar kehidupan yang berkaitan secara langsung mahupun tidak tanpa kias. Selalunya semua cerita penuh kiasan dan bidalan. Metafora alam jagat kata orang. Maklumlah teka teki itu biar kita aje yang faham.

Tapi untuk entri kali ni, aku nak jugaklah cerita sikit tentang keterujaan pembeli rumah baru, lebih-lebih lagi buat mereka yang berkali-kali beli rumah baru ni.

Kalau nak dikongsi cerita ragam pembeli saat mengambil kunci rumah ni banyak. Sampai tak hadap pun ya. Biasalah, bila kita invest dekat sesuatu yang melibatkan enam angka le atas ni, semestinya kita mengharapkan pulangan yang melangit. Tapi itu tidak menjadikan ia lesen untuk merasa dewa. Garu kepala teman deh.

Apa sebenarnya Vacant Possession ni?

Kalau dilihat pada Google, maksud Vacant Possession (VP) ini adalah...

the right of a purchaser to exclusive use of a property on completion of the sale, any previous occupant having moved out.

Vacant Possession (VP) in Malaysia is the moment when you are handed the keys to your property and are ready to move in.

Memang excited kan dapat rumah. Anugerah paling berharga bila kita dapat membeli rumah idaman lebih-lebih lagi pembelian secara tunai (cash buyer).

Aku paling suka dengan pembeli rumah yang membeli rumah dengan niat untuk didiami. Okay je sebenarnya pada mereka yang beli hartanah untuk tujuan pelaburan, tapi kebanyakan pembeli yang membeli rumah untuk pelaburan ni perangai dia lain macam. Kadang naik geram jugaklah... tapi kena sabar. Cuba jugak letakkan diri dalam kasut dorang tapi takde asbab pun nak itu ini sebab kita bukan tak buat kerja tu. Buat, cuma akan ambil masa.

So aku pun dah tak berapa ingat hari ke berapa dah join team untuk VP ni. Lama kelamaan alah bisa tegal biasa. Senyum dan buat yang terbaik. Layankan aje songeh para pembeli ni. Kita pun faham. Semua orang kalau boleh nak dan mahukan yang terbaik. Persepsi macam mana dorang akan bagi reaksi itu usahlah dihiraukan sangat. Itu luar dari kawalan kita. Nak diambil hati terasa pun, naik malas dah.

Iya, iyakan aje semua.

So, macam mana sebenarnya perjalanan untuk vacant possession ni?

Perlu ke developer assist para pembeli untuk tour rumah baru mereka sendiri?

Perlu ke beratur untuk ambil kunci?

Kenapa susah sangat journey nak ambil kunci ni?

Kenapa lambat? Kenapa itu? Kenapa ini? dan macam-macam soalan, sungutan dan rungutan yang diterima.

Pada kami, setiap kerja perlu ada proper prosedur. Untuk lebih kenal dengan rumah baru ini, biasanya team developer lebih mahir untuk tunjuk.. Macam orientasi. Masuk tempat baru, semua perlu orientasi. Untuk bagi familiar dengan kawasan. So, kalau ada apa-apa dorang pun dah well informed. Tapi itulah, tak semua suka proses begini.

Kalau boleh, para pembeli ni nak kita buka booth, semua pembeli boleh beratur pastu kita pass macam tu je kuncinya. *geleng kepala*

Sakit kepala pun ya. Adoyai....

Journey dia berbeza pada setiap pemaju. Ada yang sape nak ambil kunci, ambillah. Rumah tak bersih apa pun tak bersih pun takpa. Yang penting kunci dah diberi.

Ada yang kita perlu bawa tour pusing kesemua facilities yang ada, tunjukkan dimana parking, dimana bilik untuk bacaan meter dan tempat buang sampah, apa yang boleh dan tak boleh. Kalau ada banyak soalan, boleh tanya terus. Terasalah istimewanya disitu bukan?

Korang prefer yang mana?

  1. Just beratur ambil kunci tanpa tour.
  2. Perlu assist pada kali pertama semasa ambil kunci
Ada pernah satu development rumah ni kita bagi kunci tanpa sebarang assist. Bila pembeli situ dah bertahun duduk, dorang pun tak tahu sebenarnya ada banyak alternatif jalan lain yang boleh tembus ke laluan rumah dorang. Tak ke naya. Habis kalau terbako, pastu rumah tak pernah buat fire drill, acano?

Kalau aku sebagai pembeli rumah baru mahupun rumah sub-sale ni, aku prefer ada orang assist untuk kali pertama. Lebih baik team developer dan home owner sendiri.

Bukan tak terima assist dari agent. Kadang para agent ni suka 'over'. Bukan select tapi kebanyakan agent begitu. Lepas close deal, terus lepas tangan. Yang penting commission. Biarlah indah khabar dari rupa pun. Yang nayanya kita. Para team VP dengan buyer.

Perit o pengalaman kena.

Itulah orang kata, bila nak invest sesuatu yang melibatkan dengan angka besar ni, kena study elok-elok. Biar makan tahun. Study dan explore forum. Jangan letak harapan melangit sangat. Biar harapan berpada. Pesan pada diri aku jugak ni...

Feedback yang aku dapat, ramai buyer suka pilihan ke-2. Perlukan assist pada hari mengambil kunci. Even yang berlagak tak nak assist ni tadi pun sebenarnya cemburu dengan mereka yang ada assist. Terjeling-jeling, sebab sendiri sesat berlagak sangat. Susah kalau macam ni. Tak nak kerjasama.

Tahu kita akan ambil masa. Tapi, itu SOP.

So, aku harap in future kalau aku berpeluang beli rumah baru nanti, pihak developer akan bawak kita tour di sekitar rumah baru. Seronok tau dapat layanan macam tu. Terasa istimewa gitu.

Apa-apa pun selamat menikmati rumah baru anda!

Setiap dari kita adalah watak utama bagi kehidupan yang kita tinggal. Terpaling heroin pun tidakkan menjadi kita bintang utama filem orang lain. Kita hanya wujud dalam series manusia lain sebagai watak sampingan.

Kadang selalu berangan yang aku ini watak utama bagi novel Soalnya Hati. Menanti Pyan yang belum jua kunjung tiba. Walhal hakikat aku adalah heroin ABC Cinta Kita. Bukan lagi novel Soalnya Hati seperti yang didamba.

Perit mana lagi yang belum dihadap? Desis dirinya sambil memandang saujana kota raya yang semakin pesat meneroka mayapada.

Sakit dikhianat?

Sakit ditikam belati?

Sakit yang buat kau kebas pada setiap keperitan?

Ah, kenapa difokus hidup pada kesakitan semata?

Bahagia itu tiadakah?

Ada. Memang ada. Bahagia itu ibarat pelangi yang menjelma sebentar cuma.

What about it?

Saat kita bahagia, masa berlalu begitu pantas. Sekerdip sudah kembali pada sirna pudar. Gelap. Berakhir di suatu sudut hanya kau dan memori semata.

Dipandang kiri, ditoleh kanan...kau tak punya siapa selain dari silam yang meneman.

"Aku terkilan dowh, member yang aku susah senang dah jauhi diri aku..." luah sang teman.

"Welcome to adulthood bebeh..."

Fasa dimana kau hanya mampu merindui sesuatu yang tidak bisa digapai. Bahkan semakin menjauh.

Begitulah hidup ini kawan...

Tiada yang berada di detik yang sama lagi. Fasa yang selalu kita perbahaskan. Perihal emosi bisa dihancur lumat hingga bersepai. Perihal kehidupan yang langsung tidak terungkap bagaimana susurnya.

Diam sahaja akhirnya. Hanya temuan sama sahabat handai buat rawat segala lara.

Ya, lara mana bisa terubati jika segalanya semakin hambar.

Siapa aku dalam hidup kamu?

Siapa kamu dalam diri aku?

Teman yang tidak akan tinggalkanmu selamanya adalah dirimu sendiri. Yang selalu merindui kamu itu jua adalah dirimu sendiri. Tidak ada orang yang akan menjaga dirimu melainkan dirimu.

Manusia lain adalah essence tambahan. Kadang ada yang asli, kadang ada yang tidak ori. Lumrah...

Tidak semua barang itu punya hasil tempatan. Ada yang diimport. Selagimana ia tidak buat kita hilang waras, kita jalani ia sebaiknya.

Sabar, tabah dan teruskan menjadi jiwa yang kuat.

Kehilangan demi kehilangan itu adalah hadiah buat diri kau..

What about it?

Kerna ia mengajar diri kita untuk menjadi lebih setia ke arah yang kita cita.

Kau mesti berjaya. Kau perlu berjaya.

Senyum saja jiwa. Senyum walau berair mata.

Kita pasti berjaya.

Kerna bahagia milik kita...

Aminnn

Musim selesema atau aku selama ni kebaskan diri dari jatuh sakit?

Aku terbaca satu artikel dekat satu website ni disebabkan curious tentang habit aku yang sekarang. Aku selesa dengan isolation dan kadang terjerumus pada desolation.

Semalam sambil iron baju dan tudung aku pasang audiobook 48 Laws of Power. Buku yang aku pernah baca masa zaman diploma ri tu. Dalam satu law tu dia ada kata, tidak digalakkan terlalu asingkan diri. Aku macam, dah kenapa an...bukan isolasi ni suatu privasi ke?

Tidak ya. Isolasi ni dia ada bagus dan lebih kepada buruk. Sebab kita dah selesa dengan kesendirian kadang orang pun boleh jadi lupakan kita. Huh? Isn't that good things?

Law tu kata is not a good choice.

Aku ni sejak pada zaman Corona sampai la aku kuarintin diri. Hahahaha dia makin menjadi-jadi untuk tidak keluar rumah. Dasyat tak dasyat sampai aku rasa selesa untuk statik.

Potensi besar bila kita terlalu biasa dengan dua perkara ini adalah, dementia.

Hah, kau tak ingat ke dalam Orange is the New Black salah sorang karakter dia yang paling power boleh kena dimentia sampai tahap kronik. Kau jangan main-main dengan sakit hilang ingatan ni. Walau aku tahu kau pernah ingin untuk menjadi lupa pada semua. Tidak, tidak, jangan bermain dengan kata-kata sobat. Sampai masa kau diuji nanti, terduduk kau.

Album baru Illenium tahun ni aku paling suka selepas album dia yang Fractures tu. Antara artis yang paling rajin terbitkan album. Bila ntah Arrested Youth nak ada album baru. Same goes tu Ryan Caraveo. Ergh...aku dok repeat album yang sama je dorang ni.

Apa yang jadi bila aku pilih untuk tidak asingkan diri?

Aktifkan semua laman media sosial.

Orang kata bila kita terlalu sibuk dengan kerjaya hingga rutin seharian semua berkisar kerja dan bila jumpa rumah kau hanya santai main game, masa berlalu tersangatlah pantas. Tup tup dah September. Giler kejap kan rasa.

So, lepas ni korang tengoklah aku aktif dekat sini lebih lagi. Itupun tak janji lah. Ambik syarat yang update sebagai aku masih hidup lagi. Pun bisakan...

Okaylah, sambung kerja dulu. Papehal roger!

Itu tajuk lagu LP yang menjadi pendamai gelita jiwa dan suasana kala aku menaip.

Dengar lagu LP ni kadang macam suatu pujukan dan rindu pada sesuatu yang sukar diterjemahkan. Lagu-lagu yang banyak meneman dan membawa ke suatu zaman yang tiada siapa saat kau perlukan. ha ha ha...

Dia auto zoned out bila dengar lagu dorang. Hampir setiap lirik aku hafal.

What I've done?

Setiap hari aku tanya. Once decision has been made, aku sendiri tak kenal siapa diri aku. Ia subjektif.

Aku pun takde sebab untuk kongsi pada dunia kenapa dan mengapa. Keterujaan tu dah takde. Baik hidup dalam Gotham yang sedia kelam. Jauh dari orang, jauh dari segala.

Kau dah kenapa?

Papehal baik aku layan TBBT. Dari merapu entah apa-apa dekat sini. Nak bercerita tapi tak nak cerita. Dah kenapa....

Usahlah dicari aku ini. ha ha ha....aku pun dah tak tahu samada aku ini mahu dicari temu lagi oleh silam yang aku sudah pilih untuk tidak bersemuka lagi...entahlah...

Talking to myself....and I know...

Dahlah....sitkom apa yang kita nak layan pula ya kali ni...la dok ulang cerita yang sama...

Take everything from the inside And throw it all away 'Cause I swear for the last time I won't trust myself with you

Tearing me apart with Words you wouldn't say And Suddenly tomorrow's A moment washed away 'Cause I don't have a reason And you don't have the time But we both keep on waiting For something we won't find

Mungkin aku takkan kembali. Mungkin aku akan menjauh lebih lagi. Dan mereka akan bertanya, sampai bila?

Selamanya?

Tiada selamanya di dunia ini. Tenang saja jiwa. Aku masih disini. Sampai masa kita kembali, kembalilah kita. Usah dirunsing pada apa yang bisa menyerabut jiwa.

Kau dah pilih, sekarang kau teruskan berjalan. Bukan lagi dalam kelompokan mahupun kawanan. Kau sendirian. Itu kekuatan.

Another day's been laid to waste In my disgrace Stuck in my head again Feels like I'll never leave this place There's no escape I'm my own worst enemy

Do you feel cold and lost in desperation? You build up hope, but failure's all you've known Remember all the sadness and frustration And let it go, let it go

Pendek-pendek jugak lirik semua lagu LP ni ye....

"Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one."

Dari aku copy paste semua lirik dia dekat post ni, baik chow lu. Adios!

Kadang tu aku malas.

Bukan kadang. Setiap masa pun ya.

Malas nak bermimpi. Malas nak punya angan yang tinggi. Malas itu, malas ini sehingga apa yang ada depan mata aku hanya hadap. Hadap dan jalan. Hadap dan redah hingga terasa hidup ni sangat pantas dan berterabur.

Ya, berterabur sebab aku tak punya rekod dalam hidup. Aku jalan, jalan dan jalan. Aku harung, harung dan harung hingga aku lupa siapa aku yang ini. Apa aku ini sudah tidak lagi menulis diari untuk berkongsi segala rahsia hati?

Atau aku sudah terlalu dewasa hingga tiada punya masa untuk rungsingkan perihal hati dan emosi?

Lelah perjalanan mengharung jalan sesak yang panjang buat fikiran kreatif aku terbejat?

Entah.

Aku sendiri entah ke mana. Laut hilang, habuk kian menebal. Otak berkabus seolah berjalan semuanya mimpi tapi hakikat ia realiti. Mengejar itu ini itu ini, hujung waktu kau jua termenung menghitung jari.

Mengira apa amalan yang ku bawa di sana nanti.

Ah sudah....

Mana pergi impian aku yang berkobar untuk menjadi seorang usahawan muda?

Apa aku ini sudah tua untuk meneruskan mimpi?

Lebih selesa dan tenang makan gaji?

Boleh jadi...

Tak semua perkara kita cita itu perlu dikejar. Tapi jika semua cita itu kita capai, pasti merasa bangga, bukan...

Ya...bangga.

Nak borak kat sini pun kadang aku tak tahu nak sembang apa. Rasa dia tak sama macam dulu.

Dulu semua benda teruja nak dipublisitikan. Lagi ramai tahu, lagi happening hidup. Tapi sekarang, aku lebih hargai sebuah privasi. Apa yang kita lalui semuanya memori sendiri. Buat senyum sendiri. Yang tahu je tahu...gitu...

Usahlah diawamkan kisah hidup pada orang yang belum tentu kisahkan hidup kita sewajarnya. Lebih kepada menyibuk? Entahlah. Jadi kita lay low saja...

Che che che che...kau nak lay low?

Dah cukup lay low lah ni. Semua media sosial mana ada update nak dekat sebulan. Target aku untuk tidak aktif selama mana yang boleh.

Habis blog ni?

Hurmmm blog ni je lah cerita aku. Kau rajin baca, bacalah...gambar bukan aku punya. Hahahahaha

Ini lebih kepada tenggelamkan mimpi yang pernah dipasak je...adoyai...

Korang kena tahu, kalau dalam hidup ni benarlah orang kisahkan kau, dia akan kisahkan kau dengan sebenar-benarnya. Aku ini idaklah mithali mana. Masuk usia ini, tinggal apa je yang ada. Itu ini aku dah tak sama macam dulu. Beza mat...aku pun dah malas nak fikir. Yang penting, hidup kena hidup.

Lepas tu, lepaslah.

Jauh kau bawak diri?

Tak jauh mana aih....ada je sini. Cuma lebih tenang dengan sepi.

Sepi...ha ha ha ha...itulah rutin yang meriahkan hidup ni. Hidup dalam sepi. Jiwa lebih terapi...

Eh, merepek amat dah ni. Mata pun terkebil-kebil dah...papehal roger. Adios!

Yo yo yo wazup gais!!!

Pe cer pe habaq korang semua? Lama benar busy takda cerita. Aku rela menaip cerita supermoon dari lipat baju yang menimbun. Dasyat benar!

Well, bukanlah selalu aku melihat Supermoon ni. Last Supermoon yang aku tahu masa tahun 2016. Lama gila wei!!!! So dikesempatan malam bersama bulan berjarak dekat pada Bumi ini, aku inginlah ucapkan supaya diri aku ni sentiasa bersikap tenang dan tidak melatah.

Aku ni dari hari tu kesibukan itu ini itu ini sampai bila ada tekanan aku terus naik radang. Bukan biashe biashe mat!

Aku pun heran pasaipa aku jadi lagu ni. Geram yang amat!

Maka, aku wish pada diri supaya jiwa ini lebih terang dan besar dari Supermoon yang kelihatan pada malam ini. Semoga aku rajin baiki diri, tetap tenang walau ribut jiwa....

Aku ni pun nak borak panjang serba salah. Pasai baju dekat belakang aku ni dok menjeling. Dok bising mintak lipat sangkut pa semua.

'Weh lipatlah kami...' Bingit betul! Serabut nengok. Sampai melimpah bakul baju tu yang tak tahan tu. Padahal basuh macam biasa ja. Maybe sebab pi basuh cadar pa semua. Tu yang melimpah tu. Aiguu...

Dah dah dah, kita tak mau aura-aura negatif sebegini. Baiklah kita kekal aura Supermoon.

Perihal satu sudah terlunas sedikit demi sedikit. Dan hari ini adalah hari kesibukan pada perihal satu ini kian sempurna. Slowly but surely. Ya, sangat penat. Ya sehingga berantakan jua jiwa. Namun memilih untuk tetap utuh itu jua yang menyemarakkan lagi rasa untuk terus berusaha.

Macam Supermoon ni. Ingat dia rajin ka nak datang dekat dengan Bumi hari-hari. Dak! Jarang-jarang ja perkara ni berlaku. Jadi kena belajaq bersyukur. Yang aku pi meroyan dalam loghat utagha ni pasai pa tak tau.

Rasa sedaplah nak membebel bahasa orang na? Bahasa sendiri pun lupa kemain. Apada...

Dekat padamu arah yang ingin ku tuju....cyehhh tiber menyanyi lagu Yusry tang memana. Kau dah kenapa dowh?

Okay tak orite?

Ke sebab makan kimchi overgassed kau jadi piang gini? hahahahaha

Alhamdulillah. Itu saja ungkapan aku atas segalaya yag telah dikurnia. Nak merungut, kita ini hamba. Jadi bersyukur.

Nak marah, kita ini siapa?

Jadi kena redha...

Walau seribut mana pun harian aku nih, kadang kelam kabut yang entah apa-apa, aku belajar untuk hadam secara perlahan dan pantas. Acenggane tu? Perlahan dan pantas? Kontradik gila!

Aku ni idaklah perform mana. Masih merangkak, bertatih pada dunia yang pelbagai. Jadi dengan keberadaan Supermoon pada malam nan berangin ini buat hati aku damai. Tenang pada sesuatu yang jarang-jarang.

Mengantoklah pulak gais...kay r takat tu dulu rapuan aku nh. Dari meja yang penuh bersepah. Erghhh tak tau nak kata pa...

Semoga dipermudahkan segala urusan dan husnul khatimah! Adios!

Hujan yang lebat seakan ribut di pagi Sabtu ini amatlah mendamaikan. Walau guruh kedengaran serta kilat sabung menyabung, semuanya adalah luaran. Cuaca yang luar dari kawalan. Namun kita tetap tenang. Yakin rumah yang kita berlindung selamat dibawah naungan Tuhan. Keyakinan seperti ini yang penting dalam mencorak masa hadapan.

Usah terlalu gusar atau gentar pada sesuatu yang luar dari kawalan. Tetap tenang kerna kita tahu kita boleh hadapinya.

Maka, nikmat Tuhan yang mana lagi kamu dustakan?

Punyai kekuatan jiwa yang tetap tenang, tidak menyimpan dendam itu suatu anugerah.

Ya, ia sakit.

Ya, ia perit.

Kadang amarah menggelegak hingga bikin tegang urat. Adakah kita dapat lakukan sesuatu dengan menunjuk reaksi yang agresif?

Tidak. Malah mengeruhkan lagi keadaan.

Waste of time .

Bila kita sandarkan pemikiran pada setiap apa yang ada ini hanya sebuah pinjaman, kita tidak lagi kisah pada raungan, pada teriakan lolongan apabila sesuatu itu hilang. Kita hanya termenung. Termenung kerana kita mengambil sesuatu perkara itu 'for a granted'.

Acap kali kita menunjukkan emosi apabila ia lari dari norma. Bukan kebiasaan.

Gelisah bukan?

Berada pada satu fasa yang kita langsung tiada tapak yang kukuh. Seperti kaki bayi yang masih bulat. Goyah. Segalanya kembali pada titik mula.

Sesuatu yang hadir dalam hidup ini segalanya pinjaman.

Walau bermatian kita menegakkan itu milik kita, ia tetap bukan milik kita. Selamanya tak akan pernah jadi milik kita. Siapa kita untuk punya rasa memiliki?

Sekadar satu titik yang menjadi statistik pada kehidupan Bumi.

Merendah dirilah...

Bukan mendabik.

Apa yang aku merepek di pagi hari ni aku sendiri tak tahu. hahahaha

Kadang ia seolah rapuan yang tersangkut dalam kepala. Suatu perasaan yang sering menganggu lena malam. Apa yang membuat mimpi itu suatu trauma?

Entah...

Pabila tidur malam bukan lagi suatu rehat untuk kau, ia menjadi suatu kehidupan disisi yang lain. Apa aku yang berjaga ini tidak cukup hidup hingga tidurku juga perlu pada kehidupan?

Ya, kau adalah zombi kala berjaga. Tidurmu adalah kehidupan sebenar.

Chey...

Adakah mimpi kau beremosi? - Ya.

Adakah mimpi itu kau dapat merasa? - Ya...

Nah...jadinya diri kau memerlukan kehidupan yang lebih hidup kala lena.

Pffthh....

Seriuslah?

Angguk. Ya, ini serius.

Tapi ia tidak menjadikan kehidupan itu milik kau. Bisa jadi milik orang lain. Kau meminjam kehidupan orang lain untuk merasa hidup.

Huh...pelik. Kenapa begitu?

Adakah kau mengingati segala perkara yang diimpi? - Tidak.

Adakah kau punya bukti yang kau lalui segalanya? - Tidak...

Kerana itu pinjaman. Kau tiada bukti yang jelas padanya.

Hurmmm....

Mana milik kita?

Tiada...

Jadi segala yang terpunya pada nama ini juga tidak menjadikan ia kepunyaan kita.

Jadi segala yang original itu adalah ciplak?

Tiada idea asas yang baru terbina dalam satu malam. Idea menjengah pada setiap insan. Samada kita mengambil atau membiar idea itulah yang membezakan setiap keputusan.

Ada faham?

Ah, kau aku nak bersantai hari yang mendung bagi otak aku pusing. Dah pergilah main jauh-jauh.

Kerana masa itu bukan milik kita. Sesiapa bisa mencemarnya. Jadilah manusia yang punya kendiri prinsipal yang flexible. Kerana teguhnya sebuah prinsip saat ia jatuh, nescaya kau akan terduduk. Kerana prinsip jua adalah momokan sebuah ketakutan pada suatu yang tiada kepastian.

Adios!

Well hello there!

Hari ni aku just nak kongsilah dengan diri aku sendiri yang sedang mencari semangat untuk lebih produktif selepas waktu bekerja. Aku ni, bila sampai je rumah selepas menghadap jammed yang hampir sejam, confirm balik terus tidur punya. Aku yakin sangat benda ni sebab dah dua bulan lebih jugak aku buat rutin macam tu.

Pastu, satu hari aku rasa tepu. Mood swing, rasa down, rasa useless dan pelbagai rasa yang buat aku jauh daripada rasa bersyukur. Aku muhasabah balik rutin hidup aku. Dan korang akan lihat kenapa aku boleh hidap segala rasa-rasa yang tak membina. Alasan? Aku terlalu hadap hidup tanpa membina sebarang memori. Sebab tu aku lost.

Bangun pagi - solat siap pergi kerja - hadap jammed - sarapan - masuk kerja - rehat - sambung kerja - balik kerja hadap jammed - penat - santai tenangkan badan - solat - tidur.

Dan perkara ni berulang seperti biasa. Malam kadang aku scroll tanpa tujuan. Kadang aku survey market, kadang update blog, kadang baca buku, kadang layan movie. Bila penat sangat aku dah tak kisah dengan makan malam. Biasanya aku skip. Penatlah katakan.

Sampai satu tahap, aku bosan baca segala perkara yang acah-acah produktif. Suka hati akulah nak produktif ke pesimis ke apa kan. Yang penting cukup rehat, hidup tenang. Cumanya tak best sebab kau takde penambahan ilmu tambahan selain daripada rutin yang dijalani. Ada je baca semua, tapi tak mencabar mana untuk minda.

Makanya, perkara apa untuk jadikan waktu lapang selepas bekerja itu lebih bermanfaat?

Azan dah berkumandang tu, mehla kita Isya dulu.

Perkara 1 - Rehat

Yup! Kau dah penat hadap kerja seharian. Dah all out semua otak minda untuk hadap kerja, ada baiknya bagi otak kita ni sedikit ruang untuk tarik nafas dan reset dengan berehat. Bukan semua perlu dikejarkan dengan pantas. Tenang-tenang ambil nafas sehingga kita kembali menjadi kita yang waras. Bukan sekadar mood untuk survive.

Hidup ni lebih dari sekadar hidup. Lebih dari segalanya. Seteruk mana pun kita rasa diri kita ni, semalang mana pun kita diuji kita tetap kena utamakan rehat. Masa untuk sendiri. Supaya emosi dan peristiwa yang bertalu menimpa kita tak membuatkan kita kufur. Ada hikmah kita diuji. Ada asbab ujian itu tanpa henti.

Maka, berehatlah. Dengan solat, dengarkan alunan quran. Plus sekarang banyak dah channel dekat youtube buat Quran Lo-Fi. Ini tips kembali pada fitrah. Kadang aku pun rebel. Teruk rebel sekalipun aku sedar, aku ini hanya si hamba. Sebab tu jangan terlalu menghukum diri.

Kita dah buat yang sebaik mungkin. Ada perkara diluar dari kawalan kita, kita lepaskanlah. Jadi, berehatlah...masa untuk refleksi diri..menjadi manusia yang waras...

Perkara 2 - Belajar

Belajar ni bukan saja kena hadap buku. Banyak cara kita boleh belajar. Kalau terdetik untuk sesuatu perkara kita terus Goolge itu juga namanya belajar. Kita baca review untuk sesuatu perkara, tentang isu berkaitan kerjaya, kehidupan dan apa jua yang menambahkan pengetahuan itu semua dikira belajar.

Jangan hadkan definisi belajar hanya dengan menghadap buku semata. Nak-nak pulak sekarang dunia teknologi menguasai, gunalah dengan sebaiknya. Hatta dengan layan Netflix pun boleh dijadikan suatu sesi pembelajaran.

Belajar bahasa, belajar tenangkan otak dengan tidak memikirkan perkara yang berselirat urat untuk difahami. Kita belajar menerima sesuatu itu juga dikira belajar.

Cyehhh pandai kau berfalsafah ye...

Perkara 3 - Meditasi

Apa beza rehat dengan meditasi?

Well, semua rehat boleh dijadikan meditasi tetapi tak semua meditasi boleh dijadikan rehat. Sebab setengah orang dia bermeditasi dengan mengemas rumah, memasak, buat perkara yang dia minat sehingga dia tak sedar jam berputar hingga ke larut malam.

Meditasi kadang dijadikan satu distraction pada sel otak.

Kadang meditasi ini kelihatan tenang tanpa sebarang pergerakan.

Kadang perlu pada pergerakan yang tidak terhitung kawalan.

Ada orang jadikan meditasi itu suatu jalan untuk menghasilkan pendapatan. Meditasi itu subjektif kerana manusia itu unik.

Setengah orang jadikan solat dan membaca quran sesuatu meditasi buat merawat rohani. Ada setengah pula dengan menyibukkan diri tanpa henti.

Tapi tiba waktu untuk berehat, kita akan berehat hingga tiada kesempatan pada hingar yang menjerit.

Dan itulah cara manfaatkan waktu selepas habis bekerja. Nampak macam serupa kan, tapi tak sama.

Rehat, belajar, meditasi. Nampak simple tapi kita sering pandang enteng. Kita ni hari-hari ada belajar sesuatu. Cumanya rekod tak rekod je lah.
Kuat daya ingatan, kadang kita biarkan segalanya berlalu tanpa sebarang catitan. Orang macam aku yang jenis suka jadikan buku atau aplikasi nota sebagai otak kedua ni sering mencatat sana sini. Maklumlah rasa semua perkara tu satu informasi yang bermanfaat. Pastu overwhelmed sorang-sorang. Adoyai...

Tenang anak muda. Hidup adalah medan ujian. Hahahaha jadi jangan risau kalau semua benda tak kena. Kalau hidup ni serba serbi sempurna, matilah namanya.

Maka carpe diem teman. Carpe diem. Live life, make mistakes and learn.

Takde orang terus pandai dalam semua perihal. So chillax.

Untuk diri aku, thanks for never quitting.

Untuk kau, usah terlalu menghukum diri. Everythin happens for a reason...

Untuk korang, pepandailah cari jalan untuk menghayati kehidupan yang diingini.

Papehal, moga husnul khatimah!

Salam Muharram 1445 Hijrah kepada semua warga yang merai tahun baru Islam ini.

Alhamdulillah Muharram yang penuh syahdu cuaca, diberi kesempatan baru untuk membina hidup lebih maju. Tenang anak muda, usah terlalu diperbandingkan hidup dengan manusia lainnya. Kita punya alur kehidupan yang berbeza. Tiada satu pun yang serupa.

Tahun baru itu adalah suatu butang reset bagi minda dan persepsi kita. Untuk menjadi lebih baik, lebih bersedia dan matang dalam segala perihal.

Amboi introduction kau kemain skema kan? Dah kenapa baku sangat ayatnya?

Itulah, bila waktu Public Holiday ditemani dengan langit mendung serta kicauan burung ni, automatik dia jadi lullaby buat tidur kau lebih panjang. Tapi sekarang jam 9 pagi aku dah setel mandi sarapan semua. Biasa jangankan mandi, bangkit dari selimut pun tidak labu oi!

Dia punya mood malas tu, perghhh naudzubillah tak boleh bawak bincang. Kadang aku buat je perangai tu nya...kadang-kadanglah.

So, apa perancangan bagi tahun baru ni?

Manifesto untuk berubah itu sentiasa ada. Langkah-langkah untuk perubahan itu, kadang kecundang jugak. Selalunya memang tewaslah deka kerana susur jalan yang boleh buat hati galau. Berbalik pada Tuhan segala perancangan. Ikut pada plan aku, memang macam-macam dah terlangsai. Semuanya hanya angan sajalah. Maka, hidup ini kita hanya mahu yang sentiasa membangkitkan taraf hidup kendiri.

Bermula dari sifar, satu persatu kita bangkit menghitung satu dua tiga dan seterusnya. Namun sifar sering menjengah. Jatuh lagi dan lagi. Seperti cuaca mendung yang bukan selalu menjadi idaman ramai. Mendungnya pada badan, terasa tenang untuk bersantai.

Apa lagi rancangan hidup yang dimahu jika semua sudah ada di hadapan mata?

Bersyukur.

Aku mahu menjadi manusia yang lebih bersyukur pada setiap perihal.

Berhenti mahu pelbagai itu ini yang buat rasa syukur itu berkurangan. Semoga rasa untuk bersyukur, tawadhuk, qanaah dan segala sifat mahmudah mudah diserapi dalam diri. Amin...

Aku berhenti berharap pada masa lalu, pada sebarang kemungkinan yang buat hatiku hancur kala harapan lebur. Berhenti untuk menjadi yang sentiasa ada, yes man dan apa jua yang buat aku tidak selesa.

Dewasa amat sih!

Yeah, kusangka ujian menjadi manusia ini teruji saat umur kita 15 tahun atau 18 atau jua 25...Nyatanya, atur masa umurnya aku itu tidak seperti manusia normal. *garu kepala*

Tadi siang aku keluar, uruskan pengambilan barang dekat kawasan yang agak jauh. Rajin pulan traffik buat roadblock time cuti macam ni. Yang tak boleh bla terpaling tak boleh bla, dia saman kitaorang disebabkan ketidak jelasan jawapan yang diberi. Urghh! dasar! aku malas nak argue dengan dorang badan uniform ni.

Memang spoil lah mood tahun baru bila nampak dorang merata kat jalan.

Papehal, Salam Maal Hijrah uolls!

Pape roger! Adios!

Hari tu aku baca banyak blog yang ceritakan pasal Solitaire.org ni, aku ingat tempat ni ada satu game je. Aku pun ushalah apa yang best. Rupanya, haa banyak betul game klasik dekat sini.

Aku ni baru je habis main game Logic Puzzle Sokoban. Otak terus jeng. Satu pun blog tu aku tak dapat letak elok-elok dalam kotak yang dia nak. Dah fedup aku terus up entry ni. Tiber rasa otak aku macam ada block da.

Dari hari tu aku dok ralit game dia yang Hidden Object. Sebab game Hidden Object ni dia buat mata kita jadi lebih tajam dan teliti. Kadang tu benda depan mata pun masih tak nampak.

Best Hidden Objects Game Best Hidden Objects Game

Persaingan paling best bila aku menang Battleships Armada Video Game. Hahahaha happy weh kalau lepas penat kerja, hadap jammed semua then main game kita menang. Sapelah tak jadi ketagih nak main game situ. Sakan bila team rival tak dapat tebak kapal kita dok dekat mana. Ni kalau masa kecik kita main guna buku petak je. Sekarang pergi je site ni, korang boleh main dah.

Free Online Battleships Armada Video Game Free Online Battleships Armada Video Game Free Online Battleships Armada Video Game

Antara game yang aku lemah dekat sini adalah Solitaire dan Card. Itu antara game yang langsung tak berkenan untuk dimain. Huhuhuhu

Logic game ni aku cubalah untuk cuba kasi menang satu kali. Tapi tak pernah-pernah menang. Tak tahu pasai pa. Ke sebab otak ni dah tepu sangat kerja, pastu bila ada benda baru dia makan masa untuk belajar dan hadam?

Boleh jadi jugak tu kan.

Sebulan lebih aku cuba explore semua game yang ada dekat Solitaire.org ni. Tak cukup masa nak main dan share dengan korang. hahahaha. Ini pun aku usahakan jugak kongsi port game yang aku selalu lepak. Lagi best kalau game ni tak perlu connect dengan internet. Sebabnya masa hari tu rumah aku ada masalah internet. Sudahya tak dapat den nak main game.

Bila korang tengok dekat site game ni, dia macam design game lama-lama dulu. Rasalah vibe 90's.

Yang Mahjung animal tu cute gila animasi dia.

Animal Connection Mahjong

Yang paling penting dekat Solitaire.org ni game dia semua zero advertisement! Takde iklan-iklan merapu yang akan menganggu kosentrasi korang main game. Nanti jadi macam aku, tak sedar diri esok kerja ada lagi nak main game. Apodaa..

Aku ni jarang nak ngajak orang main game, tapi bila jumpa port online games percuma macam ni, apa lagi...kita kena canang seantero dunia mat.

Nanti kalau korang free-free nak santai hujung minggu tak tahu buat apa, bolehlah klik-klik main game dak. Cuba yang game asah otak tu. Terus lekat dalam kepala punya.

Takat tu ja cerita aku hari ni. Nak sambung main game sat.

Pape roger gais! Adios!

Teringat 10 tahun dulu aku jadikan blog sebagai satu terapi aku dalam menjalani kehidupan. Seiring usia dimamah kerjaya, aku sendiri lupa bagaimana untuk mengurus masa. Hidup kelam kabut, itu ini kena henyak, kena pantas kena pertikai. Kadang aku rasa respect aku pada manusia sudah tidak lagi dipandang pada usia.

Sebab apa?

Sebab dalam kerjaya, orang yang berusia dari kau belum tentu akan respect kau sebagaimana kau respect diorang. Bukan aku nak hadap dorang respect aku, Tidak! Aku cuma tak faham kenapa semua perkara hendak dibuat sebagai sesi tikaman lidah. Sumpah aku tak faham.

Cakap saja, mesti ada yang hendak ditingkah. Tidak habis bicara, laju saja mereka melantun bahas. Ya, setangkas bicara kau itu belum tentu punya sahih yang aku boleh terima. Jadi, kian hari hormatku pada manusia senja begini kian tipis. Naik menyampah pun ya.

Tolonglah...

Tapi benda ni kau akan hadap. Kena hadap. Belajar untuk hadam. Dunia ni luas. Kau baru jumpa suku dari selautan manusia yang ada. No wonder aku tak pernah rasa nak jumpa orang. hahahaha....cukuplah dengan manusia yang ada ini buat aku hilang aman.

Sabar jiwa, tenang duhai hati.

Aku malas nak rant pasal ni, tapi kita boleh nampaklah hal ni...

Jangan sesekali adukkan manusia di tempat kerja dengan peribadi. Itu saja. Cukup 9 hingga 5. Lebih dari itu, mereka hanya si asing di dunia kita.

Lepas pada tu, aku perlu hadap jammed. Paling kurang dua jam pergi dan balik. Sedang hadap jammed, hiburan yang ada hanya radio dan putaran lagu yang disimpan dalam pen drive. Kau sendiri saja tahu bagaimana untuk hiburkan hari-hari kau.

Teringat satu quote dari podcast The Minimalist ni, 'no one deserves your concern without your consent.."

Sama dengan pepatah yang pernah diperbahas Eleanor Roosevalt; "Nobody can make you feel inferior without your consent."

Makanya, jalani kehidupan ini dengan kita sebagai penakluk jati diri. Bukan atas tiruan orang, bukan jua atas telunjuk siapa. Usah jadi lalang mahupun langau yang hanya ikut dan buat kacau. Kau, ikut cara yang kau percaya. Usah diikut sikap bertingkah, usah jua diajuk rasa bongkak.

Masing-masing belajar dari apa yang tersedia. Tidak kerana benar atau salah. Tidak. Kita hanya pelaksana tanggungjawab. Berbalik setiap dari kita itu adalah Dia.

Ya, aku tahu pena bicara tidak seindah amal yang dipratikkan. Tapi kita belajar. Belajar dan belajar. Ada perkara kita diuji dengan bicara kita, sebab itu diam adalah jawapan. Usah dijerat pada sesuatu yang kita tidak punya pengetahuan padanya.

Adalah seorang ni....kita pasti bertemu pesen begini dimana saja kita pergi.

Nasihat untuk diri, usah dilayan. Aku buat cara aku, kau ikutlah gaya kau.

Kerjaya adalah dunia pembelajaran yang panjang. Tanpa sebarang kreditasi. Jika merasa seperti alas kaki, maka itulah yang terjadi. Jika dengan kerjaya ini akan mengangkat taraf hidup kendiri, maka berkeraslah dalam meneruskan impi. Bukan untuk kepuasan sesiapa tapi untuk diri.

Siapa pun kita pada masa lalu tidakkan menjamin siapa kita pada masa sekarang, dan kita yang sekarang belum tentu sama dengan yang akan datang. Mungkin orangkan pertikai, tapi biarlah...biarkan saja pada persepsi yang takkan pernah ada kalau kita susah senang.

Kerjaya bukan satu keagungan yang dibanggakan, cukup sekadar membantu menyedia kehidupan yang lebih senang dan tenang. Penghujungnya, adab kita sesama manusia jua yang lebih disanjung hormat.

Cyeh kau berceramah kemain na. Hah lega rasa....well, ini cara aku menerapi keserabutan minda yang masih sukar memahami mereka. Aku gak mahu faham lagi pada asbab kenapa dan mengapa pada setiap kejadian. Aku just terima, dan it is what it is. Kalau kau sudah begitu, begitulah kau. Usah disandar pada potensi yang belum tentu terjadi.

Itu semua dunia tipu-tipu. Hahahahaha

Untuk jiwa yang tenang, berdamailah dengan hakikat kehidupan. Baiklah kau santai renung kipas di siling sambil ditemani titisan hutan di zink. They just not worth the rant. hahahaha

Chow lu, paper rogerrr!

p/s: annoying nak mati. Pffthhh! Asal je tengok muka dorang auto rolling eyes, jelir lidah. HAHAHAHAH tapi acah tenang...sabar sabar...

Aku ni an, asal nak menaip je mengantuk Asal mengantuk je nak menaip. Sudahnya, satu entri pun hauk! Sat aku pi pusing mesin basuh lu. Jakgi sambung.

Ni mesin aku pusing kali kedua, tapi malas nak sidai lagi. Kita sidai sekaligus nanti.

So, korang pe cer? Eh, sibuk tanya hal orang, kau tu pe cer lama giler sepi dari dunia menulis ni? Lama giler-giler giler, giler...hahahaha

Biasalah, hidup semenjak kedewasaan yang kian sepi ini, pilihan dia hanya untuk hilang dari radar saja. Ianya lebih tenang untuk terus malap dari semua talian. Satu persatu cahaya dipadam. Lebih tenang, lebih santai. Walau hakikat dihambat kerjaya yang kian memakan masa yang kita pernah ada. Tak terkejar bhai!

Rindu gak nak menulis kat sini, tapi ada sebulan lebih hari tu aku memang di gua. Gua yang menarikku ke lava hingga munculnya kembali bukan lagi aku yang sama. Seram bukan?

Kalau ditanya, apa mahu ditanya lagi?

So sambung balik. Aku pun lupa apa sebenarnya nak dicerita. Maklum otak ni sibuk kena jaga itu ini. Sampai tak sempat nak marathon K-Drama. Sekarang ni fokus kehidupan adalah meneruskan jalan yang hadapan.

Tidak lagi menoleh pada apa yang buat kita tersangkut dijalan. Ya, aku ni hari-hari hadap jammed. Makan jammed. Bisa merinding darah. Tapi, sabar. Itu pilihannya sekarang. Sabar dan doa semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kefahaman dalam ilmu kerjaya.

Too many things to handle in a short time. Muntah? Telan.

Pening? Hadam.

Loya? Sandar...

Nak mengeluh, nak kondem, nak complaint pun tak kemana juga. Belajar lah yang hidup ni begini. Kau kena kuat jiwa.

Lately ni aku belajar banyak perkara. Belajar untuk itu, belajar untuk ini. Di akhir waktu, aku hadap Dia, dia. Dan aku. Waktu untuk aku. Sendiri.

Hari tu aku lepak steamboat sensorang. Mengidam hot pot punya pasal. Sambil bakar-bakar tu, aku layanla K-Drama. Acah fefeeling Korean. Cheyyy.....

Pastu, habis bantai utnuk hampir dua jam tu, aku jeng...sebab pening gila. Rupanya....hahahah rupanya....biar aku je yang tahu.

Paling best sejak malap dari radar ni, kau tak perlu pening-pening tentang trend. Tentang demografi...tentang orang lain. Kau hanya fokus dengan dunia dan kehidupan kau serta apa yang penting saja.

Tadi siang, kitaorang adalah lunch...then the best compliment I ever received so far in my entire life is when someone said that 'Akak reti ea makan sampai habis semua. Macam nasi dengan lauk elok je habis dalam masa yang sama..."

Wasehh.....waseh wasehhhh aku pun tak sedar. Tup tup pinggan aku paling licin. Elok je kosong. Sedang pinggan yang lain masih punya sisa nasi lebih, sayur atau lauk. Aku perasan gak bila aku makan sekarang an, dia macam laju habis dari orang lain dam licin. Hurmm...pelik. Biasanya akulah manusia terpaling lambat habis makan. Aneh-aneh saja mutakhir ni.

Okays, aku pun dah setel sidai baju semua di tengah malam hari ni, memandangkan esok Sabtu, mohle kita bersantai sambil melayari kerja-kerja yang perlu dipelajari.

Fighting!

Semoga dipermudahkan segala urusan dan husnul khatimah! Adios!

Aku ni hari-hari bukak je blog, nak menulis...sudahnya bermenung. Apa yang dimenungkan pun aku sendiri tak tahu. Kadang mencari ilham, idea, pelbagai rencana nak difikir. Pastu cakap dekat diri, 'kau kena buat dulu. Yang penting buat!'

Kadang tu geram dengan diri sendiri sebab terlalu insecure dengan orang. Terlalu kurang bersyukur pun ya. Tapi sekarang aku tengah belajar mencuba untuk melawan segala aura kegagalan. Aku belajar menarik aura berjaya. Memang kurang sambutan. Memang terasa lorong yang dipilih langsung tidak berorang. Mungkin sebab tu aku cepat patah semangat.

Iyalah...sejak ke usia ini, aku memilih untuk menyepi diri. Tenangkan hidup. Makan masa itu benar. Sangat makan masa. Namun aku tetap syukur sebab walau ia lambat, aku tetap memilih untuk teruskan berjuang. Iya, benda macam simple kan...tapi entah...kadang rasa semangat tu hilang jauh sampai langsung tidak hirau masa hadapan.

Sekitar quarter pertama 2023, apa yang sudah berlaku?

*tarik nafas panjang dan hela*

Nak kata banyak itu tidak. Tapi adalah sedikit rentetan yang boleh mengubah jalan hidup. Alhamdulillah masih hidup. Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menghirup udara yang penuh angin. Syukur...

Secara ringkas, sepanjang quarter pertama aku;

  • Buat dapur baru tapi separuh jalan pasai kontraktor lari...
  • Berhenti kerja demi career development...
  • Take a career break...
  • Kerja part-time dekat Go Get
  • Hadir pelbagai sidang temuduga
  • Terminate Alien Oren dengan mengaktifkan Sofie Adie
  • Publish podcast setiap bulan
Itulah antara achivements aku takat la. Syukur dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas doa kalian. Aku masih banyak benda untuk dibelajar dengan arus dunia dewasa ni. Circle pun kian hilang. Mungkin langsung tiada...yang tinggal mungkin bayang...realiti dewasa yang tak ramai ceritakan. Apa yang penting aku tetap syukur sebab segalanya berjaya diharungi. Tipulah tak pernah fikir untuk give up...ada je...hahahaha

Well, kenapa nak difokuskan kehidupan pada yang malap bila kita sudah biasa bergelap? Cahaya itu kita yang usaha. Bukan sekadar menanti agar segalanya tercipta. Usaha. Tawakkal. InsyaAllah kau akan dapat. Percayalah....this too shall pass...

Tiada yang kekal. Segalanya sebentar cuma.

Hari ni tetiba banyak lalu dekat timeline aku pasal motor. Rasa macam lepas ni nak ambik lesen motor, pastu slow-slow kita pergi healing dengan ride kan. hehehehe insyaAllah...

Banyak cita-cIta dan impian yang buat kita kekal berjalan. Itulah harapan.

Mana kata nak jadi editor Dari Meja Sofie Adie nya? *garu kepala sat*

Tengah dok mikir lah ni. Aku ni jenis suka menulis macam diari, kalau kita konsisten je tulis gini boleh dak?

Boleh ja....janji kau selesa. Kau real. Be you, do you....setel. Tak yah pening-pening. Tenang aja duhai jiwa...this is you track, you own the pace. Chill....

Takat tu ja untuk hari ni...papehal roger!

Kadang ada banyak cerita kita nak kongsikan pada orang, pada kawan, pada semua....berialah kita menaip dengan bersemangat...tapi bila dibaca semula, kita lebih memilih untuk batalkan segala hasrat. Lantas wudhu diambil dan terus bermunajat, bercerita pada Dia instead of mereka...

Fasa hidup dimana kau lebih selesa untuk mengadu pada Dia. Untuk tidak melatah saat diperkata oleh manusia...

Semakin hari kepercayaan kau pada manusia kian tipis. Sukar benar mahu dipercaya. Lelah jua mahu dengar kata orang.

"Cuba itu..."

"Cubalah begini..."

"Cuba jangan..."

Penat.

Kadang yang aku mahu hanya tenang dan biarkan kehidupan ini berjalan seperti apa yang telah sedia jalan. Tidak lagi mengia. Tidak lagi menolak.

Hanya ikut pada alurnya.

Bukan kerana mereka, bukan kerana sesiapa.

Kerana ini jalan hidup yang sedia tertulis.

Lagi bermenung tentang apa?

Tentang kehidupan memang banyak cerita hendak dimenung.

Ada yang buat kita tersenyum, ada yang buat kita berdecit mengeluh.

Untuk apa lagi dikesal, benda sudah berlaku. Let by gone, be by gone kata mereka. Aku iya kan aja.

Mei tahun ini menjadi penamat kisah persahabatan yang kita pernah pegang. Mungkin sebab kesal terlalu baik atau sebab terlalu ada. Bila sering ada orang mudah lupa.

Aku doakan yang baik-baik buat kalian. Terima kasih atas segala kenangan.

Okaylah geng, banyak hal lagi tentang hidup ni kita perlu fokus. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kecukupan dunia akhirat. Aminnn

Till then!

 

Setelah sekian lama bertarung samada untuk terus, henti atau ubah; maka pengakhiran April 2023 ini aku pilih untuk lakukan yang berlawanan dari kebiasaan.

Sebagaimana yang dilakukan oleh si George Costanza dalam sitkom komedi Seinfeld, itulah yang aku akan buat. 'Do the opposite'.

Kelakar pulak rasa sebab seolah tak percaya aku ni kala usia ini masih lagi takut dengan bayang sendiri. Masih berdelima, masih insecure dan overwhelmed. Tapi itu hakikat selepas kau buat satu keputusan untuk ubah hidup kau.

Buang segala yang buat kau rasa terbeban, lakukan perkara yang selama ini kau bermalasan untuk buat. Punyalah selama ni kau teragak-agak dalam buat keputusan drastik dan kali ni kau snap je jari, kau ubah minda kau dengan tekad, "Hari ini aku mahu jadi yang lebih baik dari kehidupan lampau dan hari-hari sebelumnya."

Ya ia agak menakutkan sebenarnya sebab kau tak tahu apa yang akan melintang di hadapan, tapi bila kau letak segala harapan dan kepercayaan pada Dia, automatik secara perlahan jiwa kau akan menjadi lebih tenang.

Apa yang mengubahmu?

Kehidupan.

Do the opposite

Dua bulan sudah mungkin aku boleh kira untuk berbaik semula, tapi setelah kian hari makin sepi, akhirnya aku tekad untuk buang semua...aku tahu ia kedengaran agak kejam, tapi bila orang yang mungkirkan dahulu, kenapa harus kita yang mengemis?

Dunia semakin hari semakin terbalik.

Ada yang dulunya buat kita tersenyum girang, kini tidak lagi.

Ada yang dulunya kita tidak betah untuk diam, kini itulah yang menjadi kegemaran.

Sudah semakin matang barangkali...

*Senyum*

Sekarang, apa yang paling utama adalah mengejar kedamaian jiwa untuk punya pengakhiran yang husnul khatimah. Cita-cita untuk membahagiakan diri sendiri serta insan yang sentiasa ada disisi.

Ya, ia masih belum sempurna dan selamanya tidakkan sempurna. Tapi satu persatu aku akan belajar. Belajar untuk menerima segala kekurangan dalam kebahagiaan. InsyaAllah....

Semoga diberi kekuatan jiwa untuk mengejar sesuatu yang lebih hakiki. Langkahku mungkin akan pincang, tapi aku tetapkan berjalan. Memilih yang minoriti...

Doakan aku gais!

Raya tahun ni terasa semakin menjauh. Menjauh dari segala norma dan kebiasaan. Raya pertama sahaja jiwaku hancur luluh. Segala kepercayaan kau remuk yang sukar diungkap bagaimana rasanya.

Kau menangis dalam diam. Kau tahan segala air mata dan hingus hingga membuatkan suara kau menjadi sebegitu sengau.

Tak. Kau tak marah.

Kau tak sedih...

Cuma terkilan.

Tapi siapa aku untuk berhujah lebar?

Aku bukan sesiapa pada sesiapa.

Aku hanya aku. Si penglipur jiwa sang petualang yang terlalu kemaruk mencari kehidupan yang penuh kebebasan.

Aku tak mintak banyak.

Susahku sendiri.

Diamku kerna malas mahu diterang pada manusia yang sedia punya persepsi tersendiri. Terus dihakimi.

Buat bazir liur saja. Diam saja jawabnya...

Botol kacang Koh-Kae digapai. Gatal pulak mulut nak mengunyah.

Sejak mutakhir ini muzik sudah tidak sebati dengan jiwanya. Semua dia tukar dengan alunan selawat dan zikir. Baru terasa damai jiwa yang didalam. Jiwa yang perlu pada Tuhan.

Tenang ya jiwa. Kita tidak berhak untuk marah sesiapa. Kita ini manusia. Harus punya sikap pemaaf.

Ya, semuanya aku telah maafkan.

Itu saja. Kemudian, seterusnya aku hanya mahu lari dari semua ini.

Aku patut undur diri dari segala yang tidak membina.

Aku perlu demi kedamaian dan ketenangan jiwa.

Tuhan, perkuatkanlah jiwa hambaMu ini. Aminn....

Sampai suatu saat, aku bukan aku yang pernah aku kenal lagi...

....

Apa yang mengubahmu?

Aku...

Ini adalah minggu ketiga aku jadi freelance helper untuk kerja yang pelbagai. Dari ruangan gudang, dapur hinggalah ke ruang pejabat. Semua aku buat. Bila rasa nak cuti, kita cuti, rasa nak rehat, kita rehat.

Flexible!

Itu yang aku suka tentang kehidupan sekarang. Walaupun bunyi macam tak de jaminan dan langsung tidak kukuh kerjanya, tapi paling kurang aku belajar susah sendiri. Alahmdulillah segalanya dipermudahkan dan diberi kecukupan. Yang paling best tentang kerja freelance ni adalah, kau tak terikat dengan orang langsung. Takde ikatan itu ini yang buat kau rasa persoal dan pertikai kewujudan.

Kau buat kerja dekat satu tempat, buat yang terbaik. Tunjukkan prestasi yang terbaik dan habis shift, kau boleh pulang dengan tenang. Esoknya pulak kau akan hadap kerja yang tersangat berlainan dengan kerja kau pada hari ni.

Kerja yang orang kata, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Seronoklah untuk aku. Sebab dia bebas. Sekarang ni aku kena semat dalam diri sebab aku bos pada diri ni. Aku kena lebih serius untuk bina kelainan hidup. Cipta jalan yang penuh unik.

Unfollow the mass kata orang.

Takut memang takut sebab tiada jaminan.

Tapi berbaloi untuk adrenalin hidup. Yelah, hidup hanya sekali, kau explorelah celah dunia mana yang kau ingin. Yang penting kau bersyukur dan bersyukur selalu. Ingat tuh.

Hidup ni kena perbanyakkan syukur.

Ayat kesyukuran

Orang kata apa pun, kau syukur.

Syukur sebab kau masih punya kemampuan untuk berjuang walau naluri kau sudahpun give up.

Syukur walau hidup kau hanya Tuhan saja sebagai teman. Kau adalah pendorong terbaik diri kau.

Alhamdulillah...

Everything I touch turns into gold...

April adalah bulan manifestasi untuk hidup lebih bersyukur.

Ramadan adalah bulan untuk membaiki diri. Lebih matang dari semua sisi. Emosi, jiwa, raga, hati mental dan semuanyalah. Semoga ujian yang kita lalui ini menjadikan kita manusia yang lebih syukur kepadaNya.

Kita ni kan, bila diuji, mulalah mencari di mana Tuhan...kadang nak rebel. Walhal Tuhan tak perlu pun pada kita...kita ni ha...tersangatlah perlu pada Tuhan.

Kadang balik dari kerja, termenung di sudut tilam...merintih agar Tuhan kuatkan jiwa ini. Pejuang, petualang, atau perantau....aku dah tak kisah...aku hanya perlu kekuatan dan dorongan agar aku tak pilih jalan singkat.

Alhamdulillah, aku masih menulis di sini...itu bermakna aku survive untuk hari ni. Incase tiber aku lesap lama...korang tahulah kat mana nak cari aku.

Hadiahkanlah al-Fatihah ya...^_^

Orite gais, aku nak update podcast pulak. Papehal roger. Thanks sebab masih setia disini. Tak kiralah pada kurun bila korang baca entri ni, aku tetap ucapkan jutaan terima kasih sebab jumpa blog aku.

Till then amigos!

Aku kadang give up nak hidup. Serius aku give up.

Habis tu kenapa kau masih dekat sini?

Entah....sebab ada misi yang aku belum lunas yang buat aku ditahan Tuhan kat dunia ni.

Dosa mungkin...

Hutang solat yang aku tak sedar...

Mutakhir ni aku buat apa pun hanya sekadar 'janji aku dah buat yang terbaik dan semampu jiwa aku untuk buat...'

Takde passion. Takde semanagat. Takde rasa apa pun. Sifar.

Semakin dewasa ini, dunia semakin sepi. Jalannya, likunya...ceritanya yang buat kau hanya ada pena dan aksara saja untuk bercerita.

Iya, kita ini sukar benar untuk bersyukur ya. hahahah

Alhamdulillah Tuhan panjangkan usia kita. Untuk baiki diri. Sentiasa refleksi diri. Tapi, sampai satu tahap, macam sekarang...kalau boleh lari sejauh mungkin dari semua ni, aku memang akan lari...

Habis kenapa kau tak lari dari dulu?

Kenapa instead of kau berzikir nak lari, kau masih jua disini?

Aku tak rasa aku punya tempat di dunia ini...

Semakin kita pinta untuk lari, semakin sayu rasa diri...

Sebab?

Takde orang pun yang tahan kau...

"Asal nak lari? Habis aku macam mana?"

"Kalau kau nak lari, aku nak ikut sekali la..."

"Lari ke mana dowh? Jalan pun kau malas ada hati nak lari..."

Tak. Itu semua dialog ilusi yang aku nak dengar. Tapi takde...

Orang hanya diam...seolah kalau aku lari, lagi bagus...hahahaha

bodohkan...

Hidup ni kawan, kadang kau perlu gurau dalam sedihnya. Sebab minda kau tengah buat tricks. Kau tak boleh cepat percaya apa yang kau rasa. Kau kena kuatkan jiwa...

Iya, aku tengah kuatlah ni. Kalau dak, takdenya aku kat sini hari ni...

Semakin kita ingin menjauh, semakin kita tidak punya rasa...

Gembira ala kadar.

Sedih begitu jua..

Kau hanya jalani hidup sebab belum tiba giliran. Kau hidup, hadap...dan tenang semampu mungkin...

Manusia ni nak bersyukur payahkan...hahaha

Iya aku bersyukur dowh. Aku syukur kau ada dengan aku. Walau tak berjasad kau sentiasa setia dengar aku berceloteh. Kaulah bayang yang bagi aku kekuatan. Penaung segala keyakinan. Payung kala aku sedu sedan.

Thanks ada dengan aku...

Aku rindu kau.

Kau yang memandang tinggi dalam kehidupan.

Kau adalah aku, aku adalah kau...

Semakin kita dewasa, semakin kita kenal diri. Benarkah?

Angkat bahu....

Entahlah...

Aku tak tahu...aku just taip agar otak aku kosong dan tak lagi bising. Ah...

Baiklah aku tidur. Bukan tiada optimisnya aku ini, ada...

Cuma...aku lebih kepada realistik. Syukur pun ya.

Tuhan, aku serahkan hidupku ini pada Engkau...maka permudahkanlah...

Amin...

Korang tahukan yang tak semua orang mampu hadap setiap dari apa yang setiap orang lalui. Itulah yang membuatkan kita unik dan berbeza.

Perspektif dan cara kita menafsirkan setiap perkara itu tak pernah sama.

Minda kita ni perlu diasah agar kita boleh nampak gambar yang lebih besar dari nyamuk sebelah mata.

Sakit?

Hadap.

Penat?

Hadap?

Sunyi?

Hadap...

Kau kena hadap dan kuat untuk tempuhinya. Sebab semua benda ni akan hilang ditelan masa.

Nak berharap beria sangat pun, kuasa takdir bukan ada pada kau. Kau hanya usaha...selebihnya terletak pada Dia. Kau frust, kau menonggenglah macam mana sekalipun, bila itu bukan untuk kau, kau kena belajar menerimanya.

Hadap selagi boleh.

Orang kata, mereka yang punya pilihan dalam hidup merupakan orang kaya. Sebab? Ada pilihan...

Ada setengah orang, mereka hanya hadap. Nak lari, takut ia berisiko tinggi. Banyak benda akan terganggu gugat. Sape je berani hidup bila tiada jaminan?

Aku ni main redah je. Dapat tak dapat belakang cerita, yang penting hadap...

Jalan kehidupan begini nyata sunyi dan sepi...

Sebab kau tak pernah statik dan tiada bertempat pada suatu kelompokan.

Nobody...

Cuba dalam satu hari dari hidup kau, kau buat yang berlawanan dari kebiasaan. Macam mana George Costanza berubah walau sementara.....

Layu nak hadap...lebih-lebih lagi kau jadi bitter dengan semua harapan. Baik takyah berharap, balik-balik...kau sendiri kecewa....dah lah...

Hadap je lah selagi boleh...yang penting sentiasa bersama Tuhan...

Kau boleh punya....

Yakinlah...

Okay...

Papehal roger, aku chow lu. Mengantok sangat dah ni.

Adios!

Aku ni bab membebel memang nombor satu. Lebih lagi bila bebel secara tulisan ni. Maklumlah, sape je teman borak kau sejak dewasa ni kan?

Balik-balik dinding blog ni, diari tak pun kau conteng dekat Words. Itu je lah tempat kau bebel. Jadilah buat hilang rasa nak borak.

Ikut pada norma seorang aku ni, aku sebenarnya tidaklah banyak celoteh. Ikut pada mood. Sekarang mood aku suka bercerita. Tapi sayang, tadak orang nak dibuat teman sembang. Maka, layanlah tulisan aku na.

Dah masuk dua minggu aku kerja secara kasual. Untuk minggu ni aku jadi cookies helper. Tukang buat cookies raya. Masyuk baq ang cookies dorang. Bila tengok bakery macam ni, teringat impian kitaorang nak buka bakery sendiri. Tapi biasalah, impian itu mudah...

Iya...yang mudah itu...berangan.

Yang mudah itu, berimaginasi luar dari kosmos.

Tapi bila segalanya punya penghalang, satu demi satu impian kita bagai dicantas. Sampailah sekarang yang tinggal hanya angan.

Seronok tengok orang berjaya. Kadang tanya jugak pada diri, aku bila? Kemudian senyum...'takpelah, janji aku bahagia dan tenang adanya...'

Sabar. Masa kamu belum tiba. Tepuk dada dan teruskan lagi usaha.

Kadang give up, kadang rasa menyesal, kadang itu kadang ini...semua buat dia terfikir, betulkah jalan yang aku pilih ni?

Yang mudah itu, mengeluh. Yang sukar itu bersyukur...

Iya aku belajar menadah tangan, menundukkan jiwa agar menjadi hamba yang bersyukur. Alhamdulillah...

Ini semua dugaan...kata P.Ramlee...

Kadang, bila bergaul dengan manusia tanpa kenal hingga ke dasar buat kita merasa lebih syukur atas setiap pengalaman dan keunikan yang hanya kita saja alami. Perit itu ada,...standardlah....tapi kita pun sudah move on. Untuk apa disandar lagi pada kisah yang sudah tidak relevan itu.

"Umur berapa ea? Nampak macam matang...tapi nampak macam muda..."

Aku hanya senyum. Iya, kerap benar dengar tebakan sebegitu. Senyum saja jawabnya. Malas mahu dibincang sesuatu perkara yang sudah luput dari ingatan.

Alhamdulillah, balik kerja saja dah tak perlu tunggu waktu berbuka. Sedang menuju ke rumah pun azan sudah bersuara. Masuk saja rumah, gelas digapai, air ditadah dan baca doa, terus diteguk. Melegakan tengkuk. Ah...

Lebih pulak bila kau kerja di ruang yang bahang, dapat mencicip setitis air segar yang sejuk pun sudah lebih dari nikmat seisi jagat. Itulah nilai sebuah kebahagiaan yang kita cari.

Sambil mengunyah strawberi coklat aku termenung lagi.

Inikah jalan hidup yang kita pilih?

Iya...

Inikah perjuangan yang kita cari?

Paling kurang aku bertemu ramai orang. Dan lingkaran sosial aku untuk menjadi biasa itu semakin luas. Tak kenal mana, tapi pernah kerja sekali...

Itu yang mudahnya....

Secara bertulisnya, mungkin tidak sehebat mana. Tapi begitulah kehidupan ini. Aku hanya mahu lingkungan yang ceria. Bukan sekadar sendiri cuma. Bukan aku tidak betah menyendiri, tapi cukuplah di alam sana aku sendiri. Tidaklah aku bazirkan hidup di dunia hanya menekur pada suatu sudut tidak berorang...

Yang mudah itu...lari dari ketidak selesaan.

Yang mudah itu, berada di garisan selamat.

Yang mudah itu bila kita berhajat dan kita usaha untuk mendapatkannya....

Are you hunger enough?

Teringat satu soalan tapisan dari satu syarikat yang aku apply kerja. Soalan dia berbunyi, 'If you're an animal, what kind of animal you want to be and why?'

Nak je aku jawab, dah aku lahir sebagai manusia asal aku nak imagine diri jadi haiwan pulak? Herannnn....

Aku jawab aku mungkin penyu kot. Ada space sendiri...

Mesti dorang expect jawapan dia helang, gagak, singa, naga etc...

Eleh...suka pandang rendah dengan penyu. Tak tahu impak penyu tu lebih besar dari helang dan semua haiwan riuh yang korang agungkan sangat tu.

Penyu kot....jangan memain...

Eh terpanjang lagi bebel aku...

Nak baca blog orang pun dah tak jumpa entri dari jiwa...maka, biarlah aku baca blog sendiri....lebih orang dari manusia.

Kay gais, papehal roger!

Adios!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ▼  2023 (58)
    • ▼  Disember (2)
      • Last thought on 2023....
      • Kaktus Iguana Tulip Andalas
    • ►  November (3)
      • Tengah Menung Apa Tu...?
      • Tips Skor Belajar - Geomatik
      • Selok Belok Beli Rumah Paling Simple
    • ►  Oktober (3)
      • Sekitar Isu Palestine
      • Restart - Revamp - Consistent!
      • Baru tahu FSPU dah tukar jadi CBE
    • ►  September (5)
      • Journal Geomatik Selepas 10 tahun
      • Tulisan buat diri
      • Pembaharuan Sebuah Kehidupan
      • Dark side of Cuckoo & Coway
      • Journey of Vacant Possession
    • ►  Ogos (5)
      • What about it?
      • Desolation vs Isolation
      • Bleed it out...
      • Pasakkan Mimpi Yang Tenggelam
      • Supermoon Gais!!!
    • ►  Julai (6)
      • Mana milik kita...
      • Manfaatkan Waktu Lapang Selepas Bekerja Dengan Tig...
      • Muharram, Mendung & Kicauan Burung
      • Free online games di Solitaire.org
      • Ada seorang ni...
      • Lately ni...
    • ►  Mei (2)
      • Sekitar Quarter Pertama...
      • Lagi bermenung tentang apa...
    • ►  April (12)
      • Do the opposite...
      • Apa yang mengubahmu....
      • Unfollow the mass....
      • Semakin itu, semakin ini...
      • Hadap selagi boleh...
      • Yang mudah itu...
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026