Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Jam 0119

Selepas dua hari kau mensushi.

Dan kau di fasa transisi. Fasa hidup yang agak sempit dan bebas. Fasa penentuan masa hadapan sebelum disandar pada Dia. Atau pasrah?

Entah. Okay, aku mengantuk Mengantuk yang disebabkan hujan, atau memang mengantuk sebab sekarang adalah waktu tidur. Mungkin boleh jadi keduanya.

Aku dah balas semua email yang penting. Penting bagi segala penentuan fasa transisi.

Fasa hidup yang kau tak cerita pada orang bagaimana jalannya.

Berdurikah ia?

Tajamkah lencongannya?

Haluskah teksturnya?

Tiada siapa tahu sebab kau sendiri masih keliru. Keliru kerana kau harus kejar segalanya dalam sehela nafas yang lalu.

Ah, kehidupan...

Banyak perkara yang kau tinggal dan perlu tinggal

Berpaling pada jalan yang hanya ada kau dan masa hadapan.

Siapa yang teman?

Itu bukan sandaran.

Kau ada Dia.

Kau, ada mereka.

Kau, cukup adanya.

Transisi ini makan masa berbulan. Kadang nampak sehaluan, kadang berlirat sukar ditemukan.

Apa?

My friends are robots kata Arrested Youth.

Am I going to be a robot too?

Don't know.

Kau, jangan banding seinchi dengan senjengkal.

Pada mancis yang sudah diguna atau mancis yang disimpan. Kualitinya tidak sama. Kadang diasah belum tentu menyala.

Kadang perlu juga dicucuh pada bara, baru kau terang sedewa alam.

Humble.

Okay, masa tidur. Gosok gigi, baca doa...tidur jawapan agar tidak berfikir keterlaluan yang buat kau lupa punya Tuhan.

Syukur.

Ya, transisi hidup yang paling besar.

Lompatlah seluas langkah.

Terbanglah tanpa sayap.

Terbanglah sejauh mungkin...

Terjunlah...sebelum terbang kau perlu terjun.

Ke gaung yang kan bertemu ke alam lain...langit bagi sebuah kejatuhan....

Bye.

Dalam hidup ni, ada benda kau harus pasakkan saja dia berlalu. Usah difikir terlalu jauh yang boleh buat jiwa kau merasa rapuh. Tiada keyakinan pada pengharapan, walau ianya sudah tiada lagi dalam kamus hidup kau.

Kau diam kerana tidak tahu atau mati kata kerana kau lupa memakai keyakinan pada personaliti sebelum berjumpa khalayak.

Did you make it?

"Jadi, cik sofie...apa pencapaian paling hebat yang pernah digapai sepanjang hidup?"

"I'm still alive!" selorohnya.

Ah, sesi temuduga kau buat main ya?

'Takpe, hidup ini gelanggang permainan. Bermainalah ikut persediaan. Usah terlalu gopoh untuk terjun pada keputusan. Pujuknya.

Sokay, kalau yang ini tidak berjaya, banyak lagi perkara kau boleh teroka. Namalah hidupkan.

Life is a voyage, some people try to avoid it I seek to try and destroy it, I swear I feel like a toilet bowl Shitting on everything I've ever said or I've done You told me this should be fun, thanks for the talk, are we done? This is my masterpiece, a tragedy, I wrote it myself It's full of irony and blasphemy, it's practically hell But the perfect part about it is it's all that I've got I'm over wasting time in life trying to be something I'm not...

Ya, kau harus bersedia untuk hidup. Tiada persediaan, kau nampak sangat dungu dan bodoh!

Rilek lah....

Senyum dan lambai pada pengalaman. Kau tempuhinya. Kau berjaya belajar tentang diri. Kau akan okay.

Kau akan okay. Usah gusar.

Minggu akhir yang dinanti. So long life...

Jumpa lagi di lain takdir. Moga kita kekal hidup walau ditanam 7 kaki dalam. Senyumlah...

0019.

Sambil layan lagu dari Arrested Youth, dengan otak yang seakan mahu fikir tapi kosong ini, aku menaip. Cerita yang berlaku, kisah yang dilihat dan hari-hari yang berlalu.

*tarik nafas panjang*

This empty feeling's creepin' in I hide beneath my sheepish skin It only ends when I begin To take the time to seek within...

Kenapa lagu-lagu selalu kena dengan emosi setiap kali aku mahu menulis?

"So, perancangan dan purpose hidup awak lima tahun akan datang apa?"

"Airbnb di Iceland."

"Wow, perihal gaji awak agak realistik. Tapi bila soal purpose, awak high hopes ya!"

Mereka ketawa.

Well, tak salah berangan. Jika kau rasa ia mampu digapai, kenapa menafikan?

Dipandang poster 'Towards Digital Nomad' yang sudah bertampal hampir dua bulan di sisi kanannya. Passion yang dia cuba untuk tanam walau dalam apa jua keadaan. Poster itulah dia punya Everyday Prozac. Kau boleh gapainya. Boleh punya. InsyaAllah.

Tiga hari lalu aku menonton satu movie lama bertajuk 'Eat Pray Love'. Satu movie lakonan Julia Robbert. Tiga hari bhai aku perlukan untuk habiskan movie yang setakat 2 jam 13 minit tu. TIGA HARI?

Series yang beratus episod pun kau boleh khatam tiga hari. Tak faham aku.

Sambil menonton tu, aku jotting down banyak quote yang boleh buat pedoman hidup. Dah macam study pun ya jugak. Mungkin sebab tu sampai 3 hari kot.

Iklan kejap.

Ada satu manusia ni. Aku tak kenal, tapi dia satu batch zaman diploma dulu. Kau, dah request untuk follow dekat IG, pastu kau yang unfollow. Jadah mende kau an? Baik takyah follow. Isu follow unfollow ni kuat sensitif jugak zaman ntah pape ni. Dia macam takde value pun dekat situ. Mungkin adalah, tapi...serius dowh, jangan follow kalau kau tak kenal. Just blah. Blah boleh tak?

Pastu selepas puas berbonanza, balik tu aku terus tido. Aku tak tahu kenapa mood aku hari ni (baca semalam) dia punya ngantok tu naudzubillah. Aku kalau boleh nak tidur seharian. Tapi sebab kau ada kerja dan perlu cari kerja, terpaksalah bangun untuk hidup.

Bila orang tanya, apa reason untuk kau bangun setiap pagi, aku clueless. Sebab, aku dah lama tak bersemangat untuk bangun. Tapi aku cuba, cuba jugak solat subuh walau semakin hari semakin berat. Cuba untuk bernafas walau sukatannya perlahan. Apa benda yang buat kau ingin untuk bangun?

Grab Food?

Mungkin jugaklah....

Banyaknya benda nak cerita dalam satu post.

Pasal bonanza, movie, orang yang unfollow kau, life, sesi interview....

Ergh...perlu ke cerita semua?

Perlu kot. Kot kau rindu nak belek-belek, mende apalah kau buat sepanjang 2021 nanti, ha nilah...dok merapu dekat blog. Hahahaha....bapak tadak life sia...

Orang judge aku kaki bebel based on penulisan. Huh....aku selected bebel lah. Sharing falsafah je lebih. Falsampah...hahahaha

Sampai mana dah kita tadi?

Kelmarin aku tolong setup satu booth bagi expo baby besar-besaran di MVEC. Mid Valley Exhibition Centre. Dia punya lenguh tu, perghhh...takyah cakaplah...tu yang jadi lemau kot. Tapi, aku teringat aku tak update post, so...terbitlah entri ni.

Kau pe cer?

Life okay? Mental balance tak?

Oh lagi satu ni, aku kan kalau casual keluar, lepak malas-malas (pernah pulak lepak rajin), selalunya aku pakai hoodie. Senang. Sauk je dah boleh chow nampak versatile. Tapi aku tak nak support hoodie ciplak. Kalau nak something yang authentic. Yang ada copyright. Tapi susah nak cari. So, aku roger pada kenalan yang macam tsunami ni. Tsunami sebab dia datang berkala. Tak boleh nak predict bila. Tapi sekali mai, pergh....hancur alam bhai. Aku aku sekali mati.

Tanyalah, kot dia ada jual hoodie lagi. Tapi, macam biasa. Tsunami tak datang bila kita panggil. No hard feeling dude. Aku faham...ye ke? well...aku tahu aku bukan barisan bencana alam yang boleh buat impak besar pada Bumi. Aku molekul yang hidup tanpa disyukuri oleh sesiapa melainkan pada mereka yang punya teleskop untuk menilai.

Cyeh....kemain!

Esok (as in hari ni), jam 12 PM ada lagi sesi interview. Next week ada dua. Semua online. Hope background aku tak rosaklah time sesi interview. Aku call, jumpa okay lagi. Bab video call ni, aku lemah banyak dowh. Melainkanlah kau aku dah kenal lama. Huhuhu tapi okay saja. The only thing you can wear every day without hassle of any money is confident. So wear it proudly, son.

There's a box hidden under my bed Full of all the thoughts I never have said Things I'm too afraid to say to my friends Words I'm too shame to say that I said

Bonanza aku bantai 10 pinggan kot. Macam biasa, orang belanja.

Kau sempat tak bonanza?

Reti tak pakai chopstick? Tak susah pun makan berchopstick. Ah, too many places that rip all the wounds that I tried to hide...

Serius dowh, kau pe cer?

0053.

Lama dah tak update podcast. Pe cer ntah. Argh...I need to re-purpose my life. Tak lama lagi birthday gua dowh. Kejap betul hidup. Tup tup dah 2022.

Till then...papehal roger!

Jam 0125.

Kau baru sudah makan malam usai menonton Venom 2 di wayang. Yeah, tadi minum petang di Zus sampai tak perasan jam semakin lewat ke angka yang usah dirungsing berapa. Kau bukan ada apa-apa kerisauan perlu dihirau. Hidup ini bebas. Bebas dari segala prejudis dan komitmen. Huh...

Jadi Venom 2 atau Venom: Let there be carnage, apa pendapatmu?

Awesome, like I would like some venom symbiote in my life that could protect me from doing some shitty decision. Urgh...we need that venom. Tapi tu lah, mampukah jiwa dan diri aku ni bertahan dalam kewujudan serentak begitu?

Well, diri ini pun sudah bingit mendengar hingar suara yang tidak berjasad. Untuk bersatu dengan creature alien seperti venom tu, mungkin tiada masalah. Mungkinlah...

Emotional pain, it hits much harder, and it lasts longer... -Venom
Korang dah tengok belum weh?

Aku tengok sebab orang belanja. Entah bila dapat belanja orang pulak kan...sokay, take your time. Ada rezeki lebih, kita ratakan pada semua yang sentiasa ada untuk kita. InysaAllah....

Ni first time aku tengok wayang selepas dunia seakan normal. Setahun lebih jugaklah tak jejak wayang ea. Review pun ke laut bhai. Venom, venom...Basically, venom ni cerita Tom Hardy. Bapak hambar sia review aku. Well, kalau korang rasa minat dengan this kind of genre, bagi aku, mustahil untuk korang tidak tontonnya lagi kan?

Kenapa kita perlu cerita superhero dalam jadual hiburan kita?

Well, semua orang ingin jadi sesuatu dalam hidup dia. Perlu pada sesuatu yang boleh menjadi pemangkin untuk terus dan kekal hidup. Misi. Purpose?

Huh...kalau kita adalah watak yang selalu menjadi collateral damage sewaktu peperangan, tidakkah itu suatu yang sadis?

Kenapa aku buat review hambar jam pagi ni dowh? Bukan kau patut tidur ke? Esok kau kerja an?

Kerja je...tapi aku tak faham, setiap kali esoknya kerja, malamnya aku mesti susah gila nak tidur. Mesti! Dia macam kau tahu kau perlu tidur sebab perlu restore tenaga, tapi mata dan otak kau seakan berbalah, end up...kau tak tahu bila kau lena. Sedar-sedar kau ada 40 minit lagi perlu bersiap. Kadang 40 minit untuk semuanya, tak cukup bhai. Berkejaran nafas tak cukup udara.

So, masih lagi nak buat review venom yang tidaklah sereview mana ni?

Hurm...okaylah aku berhenti. Sambung esok. Rupanyakan, aku dah habis dah kontrak minggu ni. Asal boleh lupa dowh? Nyfanyukfuk befetufullahfah! Ah, rinfindunfunnyafya nakfak cafakapfap ffeh..

Ah, merapu dah ni. Papehal, leklok hangpa semua. Till then!

Adios!

Kita, takkan pernah sama. Titik!

Itu yang dia cuba cakap dan bilang pada diri. Biar apa pun orang judge kita, anggaplah mereka takkan pernah faham. Mereka tidak tahu. Diam.

"Umur berapa ya?"

"Umur tahun ni 29."

"Oh, tapi kenapa baru dua tahun pengalaman kerja?"

"Saya banyak habiskan masa saya dengan belajar"

Apa pun perbualan selepas itu dia sudah tidak dengar. Yang terngiang adalah, 'dah 29 tapi pengalaman kerja baru 2 tahun?'

Seperti echo. Dia berputar ligat dalam kepala.

'Dah 29 tapi masih takde kerja stabil.'

'Dah 29 tapi kerja kontrak'

Ah, dunia duhai dunia.

Kau, kalau tiada perkara baik keluar dari mulut, just diam boleh tak.

Sebab, kita takkan pernah sama.

Time line kita, berbeza.

Mungkin orang umur 23 sekarang dah boleh kahwin, cerai dan kahwin baru. Dah bergelar jutawan dan jatuh bankrupt.

Mungkin.

Tapi ada aku kisah dengan hidup dorang?

Nope. Langsung tak kisah,

Itu hidup dorang. Jalan dorang, siapa aku untuk judge. Kau sibukkan dengan hidup dan amal kau sudahlah.

Nak kejar apa dowh?

Rilek sudahlah.

If you can't make it in your 20s, you still got it in your 30s. Life isn't a race. Kau nak bertanding dengan siapa? Nak show off pada siapa? Dunia mungkin boleh kagumi pencapaian kau, tapi kau? Bahagia ke show off hidup takde privacy?

Jual privacy untuk apa?

Yeah, narcissist bangat sih lorh!

Kan dah kena tiao dekat sini. Tadi aku sabaq ja. Tapi sebab terngiang bak echo, baik aku legakan sedikit dan cuba tenangkan diri dengan mantera, 'kita takkan pernah sama'. Titik!

Bukan sebab orang begini tidak cari jalan keluar. Berkali. Kau tahu apa kan nak terus jump to the conclusion. Diamlah weh. Diam boleh tak.

Dahlah, baik aku pi Zus, tengok alam dan keluar ambil nafas baru. Senyum pada dunia. You got this!

Sejak wujudnya Zus dua tahun lalu, di mana aku baru tahu kewujudannya tahun ini, aku rasa ia sudah menjadi satu cafe wajib dalam hidup. Selepas Secret Recipe, Starbuck, kini Zus. Old Town White Coffee mungkin kadang-kadang. Oh, Black Canyon, Thai Thai...dan banyak lagilah.

Ikutkan aku nak buat review pasal Zus, tapi...nantilah. Aku suka Zus wujud. Tahniah korang sebab berjaya naikkan momentum setara coffee mewah yang lain. Syabas!

Cumanya aku tak suka sangat packaging dia yang menggunakan stapler dan selotep. Ia agak, tidak friendly. Packaging dah okay, cuba terlalu secure yang buat susah nak bukak tu, aku tak sure kenapa. Takut tumpah? Mungkinlah...mungkin pihak RnD korang boleh cari alternatif yang lebih friendly dan mesra pelanggan.

Plus stapler korang pun agak merbahaya. Agaklah...cuba guna selotep macam Starbuck. Nice and simple also secure.

Okay habis part feedback sebagai penggemar Zus.

Semalam aku tak sempat update blog. Takde intention pun nak update hari-hari sebab kalau aku tak up life dekat sini, aku still akan menulis dekat diari. Yup...buku fizikal jurnal aku yang selalu ada cerita. Cuma empat bulan yang lepas aku lost gila buat aku takde tulis apa-apa dalam tu.

Tak tau pasal pa, tulis diari yang aku gemar pun aku tak minat masa tu. Dengar lagu pun kureng...sekarang baru okay sikit. Baru nak letak boundaries dalam diri. Kuatkan mental agar bila emosi celaru, mental aku masih boleh kawal sisi dunia yang itu.

La ni aku masih lagi baca buku Furiously Happy dan satu lagi buku pasal tingkatkan dunia kerjaya.

Oh ya, kelmarin aku habis dengar audiobooks pasal Ikigai. Pergh, bagus gila layan audiobooks. Sehari boleh habis dua ke tiga buku bhai! Cuma nak betul-betul digest pasal buku tu, aku hadkan sehari satu audiobook saja.

Dengar dekat Spotify saja. Kau pun dah langgan premium dekat situ, cukuplah an.

Apa lagi?

Minggu akhir yang dinanti telah tiba. Aku kena siapkan cepat mana yang tertunggak. Yihaaa! Lepas tu rehat sat sebelum masuk kerja baru. Pergh....dah nak 2022....

Semoga tahun ini ditutup dengan pelbagai senyum dan memori manis. Amin! ^_^

Korang pulak pe cer 2021 ni? Oh nanti macam biasa, aku buatlah round up story sepanjang tahun ni. Korang pun mesti excitedkan nak jumpa tahun baru. Moga kalian sihat selalu dan bertemu dengan impian yang didamba.

Till then, papehal roger!

Chow!

Macam biasa, itu muzik latar yang aku sedang dengar sekarang. Muzik sahaja, tanpa sebarang lirik. Kadang bicara irama itu dapat menterjemah segala peristiwa yang sukar diungkap melalui kata-kata.

Ah, hari ini gangguan tidur datang lagi. Sukar benar mahu pejam, lena dibuai mimpi walau menguap ribu kali. Apahal dowh?

'Aku rasa, aku perlu get help dowh...' ujar dia perlahan.

'Asal? Kau tak okay ke weh?' soalnya. Risau.

'Well, aku okay je. Tapi, aku rasa aku perlu professional untuk betulkan jiwa aku...'

Mereka diam. Ya, mereka memang perlu pada bantuan luar. Agar tidak terjatuh lagi ke lohong sama, berulang kali...Mati...lemas...gelap, kelam...ah...sisi dunia yang sebuat sahaja buat dia menangis sendiri.

'What is wrong with me?! Why am I so fucking weak????'

Hela dilepas kasar.

Kadang, kau perlu keluar. Keluar dari zon selesa. Keluar walau jiwa kau dah koyak zillion kalinya. Keluar!!!!!!!!!!

When a champion falls....who was there beside her?

No one...

Sebab tu kau kena kuatkan mental kau. Bila mental tak kuat, emosi rabak, kau rebah! Emosi goyah, kau retak! Keluarlah....

Keluarlah...

Lirihnya. Kasar dan penuh pengharapan pada cahaya agar bantu dia keluar dari gelapnya zaman silam yang bisa menggelapkan masa hadapan.

'Asal tak warna merah? Instead of gelap, kan cantik lagi dimerahkan...'

Cerlung mata dia memandang yang berkata.

'Kau...kau jangan nak cabar aku. Aku masih waras untuk tidak memilih merah untuk mencerahkan jiwa yang gelap.'

'Pastu stay dekat kelabu dan berharap hari baru?'

Biar hitam. Biar kelabu. Biar debu terpaksa disapu asalkan tiada merah yang bercampur.

Kenapa dengan merah?

Merah...bilamana kau telah lemah untuk pasak keyakinan pada keajaiban, harapan, dunia ini kan sirna...

Merah, bukan jawapan.

Ia penipuan untuk kau lebih lemas dan tenggelam.

Ah, sakit jiwanya. Sakit otaknya. Sekejap dia terang seolah punya harapan, sekejap dia hilang, kembali pada zon yang tiada orang.

Ah...aku perlu tolong diri ini. Hantar dan rawat dia pada yang berkompetensi...

Lelah untuk jadi doktor pada diri sendiri.

Lelah untuk jatuh bangun sendiri bangkit...

Ya, memang boleh.

Tapi...aku tak rasa jatuh yang selepas ini aku akan kembali. Jatuh yang ini sudah lama buat aku hilang diri. Hilang yang aku sendiri sukar untuk serunya pulang. Dia...hilang...tolonglah keluar...tolonglah...kau...janganlah jatuh lama sangat...

When a champion falls...

Well, kau tak pernah jadi champion...

When a loser falls...it gets uglier...

Kau okay?

Ya, aku okay. Senyumnya. Bergenang air mata cuba untuk terus senyum. Kau. Akan. Okay....

Kita, akan okay...keluarlah...aku perlukan kau. Janganlah hilang terlalu lama...

Jangan tinggalkan aku seorang untuk berjuang....

Bisiknya nyaring dalam hati agar dia yang hilang itu kembali pulang. Bersama semangat.

Orang hatta Alien pun kau sapu tinggalkan aku sendirian sini. Aku akan seru kau hingga kau jumpa suaraku dalam kelam kelabu.

Pulanglah diri.

Pulanglah...

I was The one you left behind here The soggy road you travelled Was deeper than my sorrows Stay here

Disebabkan lagu yang aku tengah dengar sekarang bertajuk Runnin, dan aku kehilangan idea untuk letak tajuk post ni apa, maka...jadilah ianya runnin. Yup, betul jangkaan aku.

Otak aku agak tak function sejak dengar teriakan bodoh dari kejiranan yang tak bertamadun mengalahkan beruk di zoo. Sakit hati bhai dengar babun-babun ni terjerit macam mintak disembelih. Ada aku siat jugak daging buat menu datuk rimau baru tahu.

Selepas contemplating tentang hidup, patutkah ia mati dalam sedih atau gembirakan saja dengan lakonan. Fake it till you made it. Aku pun tak pasti. Tapi, orang kata 'berlakon' itu perlu untuk hidup. Tak kisahlah kau pelakon tersohor atau pelakon dalam jamban,..keduanya penting untuk kebahagian jiwa kau.

Lagu kedua berputar. Tajuk Lonely by Yoe Mase.

I sold my own soul to the Devil Said, "You don't need your heart" In this world full of trouble Where the madness won't stop And they take advantage And they run for the hills 'Cause a life is harder When they swallow the pills

Took a walk with an angel Because she said she can't fly I screamed out, "Can you forgive me?" Before she said goodbye Well, go into darkness before I try Is life worth living when you need to get by?

'English kau ke laut. Ada hati nak menulis dalam English'

'Kau, tak payahlah try harder sangat. Macam mana- macam mana pun, kau tetap habuk..'

Ah...bisikan itu berputar. Kau pernah tengok cerita Soul?

Oh ya Soul...yang dia ingat hidup ni perlu ada purpose. Tapi bila kau dah dapat seperti apa yang orang kata based on purpose tu, kau rasa kosong. This is it soal kau.

Lagu ketiga bermain. Capricorn nyanyian Xan Griffin dan WOLFE.

Give me your tears I will make fire from them Give me your poor I will make gods of them Give me your wish I will make truth of it Give me a chance And I'll do all of it

Aku berhenti simpan semua cerita tentang orang. Sebab di dunia penuh riuh ini, kesepian jua menjadi teman. Dulu ye lah, orang boleh kata...kita akan berkawan sampai kahwin. Boleh ber-barbeque dengan keluarga masing-masing. Tapi, nyata...belum bersanding sudah diketepi. Huh?

Well...lumrahlah itukan. Usahlah bersedih kawan. Kita ini hanya manusia tepi jalanan. Biasalah, kereta lalu lalang, manakan ada yang berhenti.

Ah, sudah...semakin merepek.

Positiflah diri. Senyumlah kerana dunia ini masih perlu pada senyuman kau walau penuh hipokrit. ^_^

Pi lah tengok Friends sana...ketawalah....usahlah berduka pada yang sudah tiada, yang melupa mahupun yang sibuk tenggelam dengan dunia kerja...kau, hidup kau. Bahagiakanlah ikut caramu...

Now I'm alone like a stone in the void I am passing through And I'm the one standing by on the side And I'm whispering "you and me...

Itu lagu keempat yang berputar sepanjang aku menaip entri ini. Senangkan orang cari kau bila mereka tenggelam...tapi bila kau lemas di lautan, dipijak buat sebagai loncatan untuk bernafas didaratan. Lumrah alam itukan. Aku tetap disini.

I met a lion inside a zoo He looked at me and said "What's up dude" "I remember a time when we shared this land Now we both got shackles on our hands" I said "Wait a minute, I'm not locked up" "You're the one behind bars all cooped up" He looked at me and when he thought it Through he said "I am a prisoner just like you"

Baik aku berhenti sebelum bertemu lagu yang kesepuluh.

Senyumlah duhai diri,..kata beridolakan Joker...senyumlah.

“Smile, because it confuses people. Smile, because it’s easier than explaining what is killing you inside.” ― The Joker

Semalam aku baru habis menonton siri Mindhunter. Sebuah drama thriller tentang penyiasatan unit baru bagi FBI pada tahun 1970an dulu. Katanya based on true story.

Apa yang aku belajar?

Memahami personaliti dan psikologi itu suatu kemestian. Sebab setiap penjenayah yang terlibat punya motif yang tersendiri terbentuk dari behavior yang dorang tak sedar. Tak bestnya pulak dia hanya dua season saja. So sekarang, aku kena cari siri baru untuk dilayan buat teman makan. Haila....

Siri macam ni jarang aku tengok back to back. Sehari satu episod saja....sebabnya dia bukan sitcom yang satu episod 20 minit. Lima episod sitcom baru satu episod dia. Tu yang takleh nak back to back sangat. So, siri apa ya yang kita nak tonton seterusnya? Mungkinkah Billions? Atau Downtown Abbey?

43 hari lagi masuk tahun 2022. Hurm....Banyak betul hidup orang sekeliling aku berubah. Aku? Well, masih begitulah. Disini, menaip cerita yang belum tentu orang baca. Kadang, aku dah tak tahu untuk apa lagi hidup ni dihidupkan. Bukan aku tak cuba untuk positif, tengok pada sisi yang cerah, gali motivasi...cuba dowh...

Tapi, end up...di suatu sudut jiwa kau, kau akan jatuh. Jatuh untuk tidak bagnkit dan hidup sekadar wujud.

Wujud, hidup, matlamat, positif, korban, ah...itu semua satu sisi yang buat kau rasa ketinggalan.

Kemon happylah dowh, kau free kot. Masa kau punya, boleh tidur, menonton sesenang hati yang kau mahu. Ada internet, ada akses semua...

Ya, ya aku syukur.

Alhamdulillah.

Aku rasa macam nak lari kejap dowh. Ke mana tu aku tak tahu...Just keluar dari zon selesa aku ni. Jump to see the whole new world. Bila? Pun tak tahu.

43 hari lagi...kurang dari dua bulan...tak lama lagi birthday kau. Nak sambut kat ne? Eh, eh...tahun ni kita sambut macam biasa...sensorang. Dengan series apa? Ke nak tengok wayang? Hahahaha...well, tengoklah apa yang ada masa tu. Sekarang ni, jom kita siapkan kerja dulu.

Satu hari nanti, aku teringin nak hilang dari radar. Hilang dari semua manusia yang pernah aku kenal. Hilang dari sisi hidup yang buat aku rasa tak aman dan tenang.

Hilang....

Satu hari nanti, aku hanya mahu diam dan sepi dari segala khabar berita.

Tegur pada yang ingat, hirau pada yang alpa. Sebab aku dah move on. Asbab aku terpasak pada kisah lama, pada manusia yang tinggal hanya gambar, cuma satu....ukhwah.

Skema syak!

Tapi tu lah....sejak dewasa, semua mudah lupa. Hidup pun sekadar hidup. Kita hanya wujud pada yang hadapan mata. Pada yang tiada, kita lupa khabar mereka. Benarkah lupa? Atau sengaja untuk buang kita?

Mana pun jawapannya, kita hanya kisah satu hari lalu.

Satu hari nanti, aku nak pergi tanpa cerita dengan sesiapa. Begitulah alam. Pergi, pergi...

Eh, apa yang aku merepek ni.

Satu hari nanti itu tidak jauhkan teman. Boleh jadi ianya esok, lusa, malam ini. Siapa tahu....

Sejak jejak Black Canyon, ia dah jadi tempat kegemaran pulak untuk aku. Tom yam sedap, kerabu mangga enak. Syukur alhamdulillah.

Senyum...

Senyum pada pencapaian diri kerana berjaya move on. Berjaya juga bangkit tanpa digebangkan pada alam. Pada yang bukan lagi keperluan, semuanya ditinggalkan. (Well....tinggal blog je lah port aku up life aku...sebab dia yang paling setia...hahahaha)

Kadang, aku ni ha yang overthinking pada yang tiada. Kemonlah...kata dah move on...ye....aku move onlah ni....kecoh r....

Apa je kau dah buat untuk hidup setakat ni?

Well....aku dapat ikut semua jadual waktu hidup yang aku atur. Suatu progress yang memberangsangkan. Aku, tak endah dengan dunia luar dari kawalan aku. Dan...I'm breathing bebeh!

Satu hari nanti, kalau kita bertemu...mungkin jejakmu sudah ku hapus...seperti kata Peterpan, 'Menghapus Jejakmu'...

Engkau bukanlah segalaku Bukan tempat tuk hentikan langkahku Usai sudah semua berlalu Biar hujan menghapus jejakmu...

Agituuuu....

So kawan, bakal ex-kawan...selamat berjuang yo! We are just somebody we used to know....no hard feeling ait!

Adios!

Kau scroll-scroll telefon.

Buka apps, tutup. Buka apps lain, tutup. Bukak Spotify, pasang earphone dan hanya dengar lirik pada lagu yang dimainkan.

Tarik nafas. Hembus.

Ah, dunia dah ke hujungnya huh? Getus kau.

You will not be remembered. Ujar kau dalam hati...

Kau padam semua media sosial. Untuk apa? Kau sendiri tak tahu. Kau ada ke takde dekat platform tu, takde orang kisah pun. Kau aktif? Show off sia!

Kau tak aktif? Who cares!

Dan dunia seakan sunyi.

Sepi dalam riuh yang kau sendiri tak sangka ia sehening ini.

Siapa kau yang lalu bukan penentu kau di zaman akan datang. Dan siapa kau sekarang, tiada siapa kisah hidup atau mati.

Well, kalau mati, mungkin khabar itu tiada disampaikan. Kau loner. Who cares dowh?

Move onlah....

Dan kau move on...

Move on hingga lupa untuk bersosial dan bermasyarakat.

Kau yang orang pernah kenal bukan lagi manusia yang sama. Kau hilang...

Tapi siapa kisahkan....

Sebab kau, pada mereka...dah lama mati. Pergi jauh dari dunia mereka. Kau juga yang menjauhkan diri. Bukan begitu?

Diam....

Well....kau tak sendirian kawan. Kita sama. Tidak sama, sama. Tapi, sama....

Kita diam dari menghantar dan bertanya khabar. Sebab, kita tidak mahu terlihat 'kasihan'.

'Kasihan kau masih belum berjaya huh?'

'Kasihan dia masih tiada kerja stabil....'

'Kasihan dia masih tiada siapa....'

Diamlah! Tiada siapa mahu pandangan kau.

Sadis!

Aku kan....move on dari hidup sejak dulu lagi. Tapi ajaibnya masih disini. Hidup dan bernafas di Bumi seperti manusia lain.

Okay saja dilupa dan melupa.

Okay saja hidup tanpa sesiapa.

Okay saja ketawa sendiri menonton drama.

Mana ada sedih. Happy what!

Tidur cukup, makan sedap, coffee Zus. Tidak Zus, Starbuck. Apa lagi nikmat yang dilupakan tidak kita senarai?

Kasih sayang dari Tuhan yang hidupkan kita setiap hari. Banyak! Terlalu banyak hingga dikufur.

Move onlah dari prejudis manusia yang tidak pernah kisahkan kewujudan kau.

Move onlah dari menjadi pemberat kebahagiaan insan lain.

Move onlah weh....

Huh.....

Aku move on dari hidup jillion kalinya.

Aku move on dari rasa inferiority yang tidak bertempat. Semua rasa yang buat aku lupa pada Rahmat. Sabarlah dikau....this too shall pass.

Okay, kita move on. Ayuh angkat kaki dari dunia ini dan berlari ikut irama kita. Jauh dari kata mereka. Jauh dari zaman silam yang buat kau rasa down. Jauh dan larilah sejauh dari mereka.

Be you. Do good. And just live life to your fullest.

Smile....

You only live one!

121121.

Itu palindrome.

Sunyi sungguh hidup tanpa deringan. Ah, kau yang matikan alarm, salahkan kesunyian.

"You know you are happy when you got a lot of stories to tell, but you got no one to share with...and you feel okay and move on instead..."

You'll lose your mind standing on the battle line Starting to choke on your heart in your throat And it feels just like you can't remember how to fight We'll crack before we shatter We can't fall apart...

Tadi tengahari bukan main banyak falsafah yang bingit minta di hambur. Sampah! Sekarang satu pun tiada. Mana?

You can't surround a lion with a bunch of lazy sheep The one thing about royalty is that we love to feast...

So I put my middle finger up I'm done being your slave

'So, kau masih layan playlist aku atau kau dah delete?'

Diam. Kau siapa? Minta aku layan playlist kau pahal kan?

'Oh, tak dah. Aku discover banyak lagi lagu awesome instead of dengar lagu kau....yang agak...traumatized. hahahaha' selorohnya benar.

Jujur kadang bisa tergeliat lidah.

Malas mahu dilayan.

Kau siapa?

Itu persoalan setiap kali entah apa-apa menjelma.

Kau siapa?

Aku helok je hidup selama ni takde kacau orang or sesiapa. Jadah mende kena kisah pasal kau an? Choi!

Amboi, maghoh ka?

Idokle ambe maghoh. Cuma seperti, selagi ia suatu pertikaian, kenapa harus dipertahankan.

Hurm...

Hidup.

Misteri.

Ajaib?

Tiada pasti.

Buat kita....hanya....H-I-D-U-P

Survive dan pertahan.

Jatuh dan tenggelam.

Bangkit terus tinggal apa jua dibelakang.

Tiada ditoleh.

Tiada didongak.

Hanya lurus memandang.

Pada pertukaran fasa.

Fasa separa sedar.

Ah....dunia.

Semakin diraih semakin ketagih. Semakin hingar bikin sunyi.

Semakin cerah, digali hilang.

Jiwa...

Helanya panjang.

Clawing our way out into the open Weighed down by apathy And I hope you find the love that you wanted Even though I know it's not with me....

Bisakah tawar itu berperisa tiada payau?

Kau, ya kau yang sibuk bercerita di belakang.

Apa kau tidak fikir palindrome bisa menerjang?

Karma maksud kau?

Tidak. Palindrome. Kau baca ia depan, bercerita belakang, pusingnya kau sebenar yang jahanam.

121121

Ah, lambatnya makan malam ini sampai?! Ergh!

Mengapalah tidak dipesan dari awal. Haiyer!!

Jiwa pada bahagia.

Apa masalah dengan semua lagu malam ni? Nonsense!

But then you came back in to try to fix it But never helping me when I start to drown Like the love we thought we found Is it worth the pain if I should stick around?

Fix it just to break it...

121121

Palindrome.

Mungkin aku terlalu bias dalam memilih rasa dan tekstur bagi ais krim, tapi bagi aku Cold Stone tidaklah sesedap Baskin Robbins. Noktah.

Hari tu aku try ambil yang single scoop. Nasib single scoop, itupun tak habis. End up yang kawan aku punya, tak habis. Kan dah membazir tu. Mana nak habis bila dia punya cream tu kasa giler dan agak tidak kenalah dengan selera kitaorang. Plus, dia punya presentation agak turn off. Dianya pun tak habaq yang set tu tak sekali dengan waffle. Hurmm...Memang first and lastlah ke situ.

Tak lama lagi....(selepas menconteng satu muka terakhir bagi diari yang setahun dia peram tidak bertulis sebab kehilangan semangat hidup) aku mula kerja baru. Well, masih perlu pada gaji dan khidmat untuk timba pengalaman. Kau memang tak boleh terus jump kan?

Hurm...begitulah hidup....bila kau jadi bos pada diri sendiri, kau akan mula rasa benci pada diri. Aku tak tahu itu aku atau semua orang punya rasa sebegitu.

'Biasalah....bos-bos kan...' bagi aku ayat itu kedengaran sarkastik pada cuping mahupun qalbu. Somehow, aku just nak simple life with big paycheck. But how dowh?

'Ala...kau bukan tak tahu cara dia. Lebih dari tahu, cuma malas je...'

Urgh!!!!

So, selepas keluar dengan kawan tempoh hari, macam biasa aku ada beli empat buku. Since last month aku tadak beli buku an...so aku bantai empat buku. Satu pasal mental illness fighter, pasal cari kerja, pasal mind shift dan satu lagu pasal bloggers. Well, setiap penulis wajib punya blog tapi tak semua blog punya buku.

Kau bila?

Bila apa?

Nak buat buku sendiri?

Ha ha ha ha....

Itulah....m-a-l-a-s.....

Ikutkan sangat malas tu, sampai ke liang pun belum tentu bernama nisan. Erm.....

Okay, itu adalah ice cream tempoh hari yang aku makan. German coklat something. Okaylah, azan dah sudah, tinggal nak lunch pastu sambung kilija pulak. Three freaking weeks bebeh! Adios!!!!!!!!!!!!!!

Tahun akhir sebagai warga dua?

I hate my life!

We've become echoes But echoes fade away We fall into the dark as we dive under the way...

Itu irama yang menjadi latar muzik taipan entri ini. Ah, time-time macam ni pulak sakit perut. Penangan jus ubi semalamlah ni.

Hari ni (baca semalam), adalah hari terakhir bersarapan di 9Kopitiam. Kedai sarapan yang paling dia suka sepanjang menjadi team jualan di Eko Cheras. Ya, disebuah pusat membeli belah yang mati hidupnya. Ergh!

Kau bayangkanlah crowd yang ada disitu. Hidup segan, mati pun tidak mahu. Sendu dan syahdu sekali!

Tapi, satu perkara yang aku belajar sepanjang jadi krew expo ini adalah.....selok belok jalan di belantara konkrit. Itupun boleh juga sesat walau berpandukan peta. Syadid! Sebelah petangnya pula dia jadikan mee kolok sebagai santapan. Alhamdulillah kenyang. Syukur.

1503

'Hey'

Satu pesanan masuk. 'Ah, apa lagi yang dia mahu?' Dibiar mesej itu tidak berbalas untuk dua jam.

Kenapa dunia dewasa ini penuh licik ya?

Sukar benar untuk fahami setiap apa yang difikir, terdetik mahupun terlintas. Ada saja yang harus dikaji. Asbab bagi setiap tindakan dan peristiwa.

Buat masa sekarang, aku menonton siri 911 Lone Star. Sebuah rancangan yang membuatkan rasa kemanusiaan aku segar dan tidak mati.

Ah, ngantoklah weh!

Ingat balik nak terus tidur, tapi sayang jika hidup ini tiada catatan. Seolah hari itu tiada dalam lipatan.

Apa lagi yang dia suka sepanjang tempoh expo ini?

Kenal ramai muka dan wajah baru.

'Somehow kau rasa tak, hidup dewasa ni buat kita cenderung menjadi asexual...dia macam atheis bagi sexual orientation.'

'What? Ya Allah apa benda yang merepek tu?' dan mereka berdekah ketawa.

Teruk betul topik pagi kali ni. Persoal tentang ideologi yang semakin sakit kepala untuk difahami.

'We gonna continue our chat tomorrow, right?'

Dia diam. 'Apa lagi yang kau mahu?' desusnya.

'Tuhan, hamba ini merancang selalu lewat. Apa yang dirancang selalu telat. Hamba ini nan sentiasa terlewatkah dalam semua aspek kehidupan?'

Malas mahu diimbau atau terlalu fikir hadapan. Cukuplah dia hidup dengan sekarang. Realiti.

Satu dua belon dilepaskan. Tali besi yang dirantai jua sudah hancur diketuk, namun masih tidak terputus. Mahu terbang, ada saja yang menarik. Mahu tenggelam, ada jua menahan. Takut lemas pada apa pun dia musykil. Pasakkan keyakinan pada Dia?

Itu pun sudah juga dia buat. Dulu....

Dia menyengih sinis. Dulu...

Habis sekarang kau sudah tidak beriman pada takdirnya Dia?

Astaghfirullahaladzim.....mengucap teman. Kau itu masih dibawah rahmat Allah. Syukurlah kau punya ujian itu unsurnya bersifat dalaman. Dibalik hijab wakanda.

Kepala digaru.

'Ah, sudah...benda apa lagi yang dia merepek...'

Wish we could turn back time To the good old days

So, nak tidur atau sambung episod seterusnya?

"Siapa yang bodoh?"

"KITA!"

"Siapa yang MASIH BODOH?"

"KITAAA!"

"Siapa KITA?"

"Loser!!!!"

Well, ini bukan mantera bagus untuk memulakan kerja sebagai team work. Tapi ia sangat membina semangat serta 'membantu' perniagaan yang harus difaham tidaklah sebesar dan semewah Megah Holding oleh barisan volunteer.

Ya, charity. Kerja amal, kumpul pengalaman kata mereka. So-called team loser.

'Dia best....tapi tu lah...' itulah pemula bicara bagi sebuah rungutan rata-rata mereka.

Seronok? - susah nak cakap.

Best? - Bolehlah...

Okay tak tu? - Tak okay pun kena okaykan jugak...

Begitulah rutin bila kau menjalankan transaksi tanpa hitam putih. Segalanya angin.

Mana dah cerita kita tadi?

'Tak takut orang baca tulisan kau dan buat mereka terasa?'

'Well, cerita ini habis disini. Sekadar meluah. Chill'

'Chill kau, bisa menjerumus ke neraka. Mahu?'

Dia geleng.

"Dalam hidup ni apa yang kita mahu kadang adalah kesepian dan kesunyian jauh dari orang ramai. Jauh dari pelbagai ragam, jauh daripada....dunia yang menyebabkan kita membabitkan hidup kita dengan orang..."

Itu rekod suara yang kabur diulang dengar hasil dari pemikiran tiada henti kala melihat orang ramai.

Sesak dan mengantuk buat dia akan terlentok jika disorong bantal. Lagi pula harga bantal bayi yang hampir ratusan ringgit itu selesa benar untuk dijadi alas beradu barang seminit dua. Dia toleh ke kanan. Dilihat para promoter sebelah asyik jalani semburan sanitasi. Toleh pula ke kiri. Tiada apa yang menarik. Dia kembali ke kerusi. Duduk.

Berdiri tiada berorang ini, lelahnya lain macam.

"Eh, Ikram? Perghhhh..." itu teguran awkward yang pertama selepas bertahun juga dia tidak bersua dengan rakan sekelas zaman diploma zaman dinasour dulu kala. Huh? Tua benarkah usia dunia sehingga apa yang aku lihat sekarang semua bakal menjadi ibu bapa?

'Swaddle ni sangat baguslah untuk ba-be. Eh, beyi...'

God! Apa yang aku susah sangat nak sebut bebi ni? Tergeliat lidah. Lols!

Nafas ditarik dan dihela kasar.

Pogatif = Positif + Negatif

Ergh!

Sepatutnya usai balik dari kerja, dia solat, bersihkan diri, merenung dan bersyukur pada nikmat Tuhan. Syukur hari ini hujan. Syukur rezeki kau masih punya uang untuk makan.

Alhamdulillah.

Oh ya, siapa yang panda-pandai rate artikel aka diari tidak bertauliah aku semalam dengan 4 bintang?

Asal 4 bintang dowh?

Apa masalah kau?

Ada masalah dengan aku cakap, habaq mai la sini. Usahlah berselindung dibalik rate yang tiada makna itu!

Cyeh, marah bhai! hahahahah

Maghahlah. Giler tak curious orang sesuka hati rate diari penulisan kita. Terguris jiwa tahu! Hahahahah

Well, please don't rate without reason. It really bothering me!

Aku tulis cerita merapu merepek meraban aku kat blog pasai aku tak nak orang reaction pada apa jua status, taipan yang aku tulis. Annoying dowh. Aku tak cari dan tak perlu pun pada pencari perhatian. Nah,....aku tak perlukan perhatian korang dowh...bintang, love, hati, atau tanda bagus....itu semua dusta. Emoji?

Ergh! Hipokrit talam dua mata!

So, please....aku prefer kau komen dari memandai rate.

Habis tu, apa function button rate tu?

Itu je plugin komen yang aku rasa paling bagus selain dari si harey Disqus yang selalu buat hal. Plus, macamlah orang nak komen life kau kan?

Kau SAPE?

Hilang cerita aku seharian dek tengok rating unknown. Erm...daser manusia tidak berperi!

So, gais if you dare come lah visit us and support our expo at Eco City Cheras. Expo beyi lah. Nak expo apa lagi. Teringin gak nak join expo buku, tapi tulah...tak pernah dapat lagi. Papehal roger.

Pogatif!

Hidup pogatif!

Mantera hidup buat kau lena dalam terjaga.

Till then, be well buddies...

////

Nota kuku: aku tak rasa AO hidup buat masa sekarang. Since sofieadie bersama, who cares about AO?

Banyak-banyak platform sosial media yang dia ada, balik-balik blog juga menjadi tempat dia menconteng segala rasa dan cerita tanpa suara. Facebook bukannya tiada. Ada. Tapi dia tidak suka perasaan di 'like', atau apa saja reaction yang ada pada status. Bila ramai, riak pula dia. Bila tiada, murung.

Ah, perasaan begitulah yang buat dia lebih rela menconteng sebanyak mungkin aksara disini. Laman ini. Laman yang tiada pengunjung namun boleh dilihat secara awam oleh sesiapa saja. Kata tidak suka bergaul dengan orang, tapi mahu juga hidup di alam yang punya banyak orang dari jamadat. Apa-apa sajalah labu!

Kepada...

Dulu dia dikira hampir extrovert, dan lama kelamaan menginjak ke ambivert. Sekarang dia hanya sang introvert. Yang merasa sesak dada bila berada di khalayak ramai. Seram! Putus nafas bila melihat gelombangan manusia. Kenapa boleh jadi begitu ya?

Manusia...

Menjadi Manusia merupakan podcast dari negara jiran yang pernah jadi kegemaran.

Manusia...

Bersyukurkah aku menjadi manusia?

Manusia itu rumitkan?

Perkara simple pun bisa kompleks jadinya.

Yang...

Yang jadikan dia itu tertinggal di ruang yang dia tidak pernah suka itu siapa?

Kehendaknya Dia atau dia yang tidak pernah ada inisiatif untuk berganjak?

Bernama.

Mempunyai nama yang tidak pernah lapuk dek hujan, tak lekang dek panas buat dia mahu tukar nama sendiri.

Kata orang, mengapa?

Nama kamu itu cukup indah dan simbolik.

Pada siapa?

Aku tidak pernah gemar dengan nama sendiri hingga usia menginjak ke angka tiga baru aku tahu nama itu bukan sekadar nama. Ia adalah sahabat yang bersama kita hingga dunia sana. Kau bersyukurlah kerana nama kau itu mahu bersama dengan kau.

Ya, alhamdulillah.

Kepada manusia yang bernama...

....

Wonder why the party's over soon as I arrive Must've done something in a former life And I don't really wanna change Change

Mati katanya. Berdecit tidak jadikan kerjanya siap. Arghh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bencilah macam ni!

Itulah, menjadi manusia yang paling sukar bila mereka punya nama. Nama itu suatu sumpahan.

Nama itu, bukan sekadar personaliti. Ia suatu jerat.

Jerutan mati pada memori.

Bagaimana mahu buang?

Tidur sudah self hypnosis. Tapi kenapa masih dikenang?

Mana silap cara, atur prosedur yang dia tinggal?

Kau yang memakai nama itu, moga takdir kita tiada bertemu. Selamanya.

Kau yang mengguna nama itu, moga berjaya dunia akhirat.

Kau, yang sentiasa setia dengan nama itu, pergilah jauh ke ufuk sana.

Agar aku tiada mencari kau dengan nama itu di dunia digital untuk sekian kalinya....

Berambuslah!

I got these thoughts inside my head That I been too afraid to talk about 'Cause if we talked 'em out there'd be nothing left to talk about So I block 'em out All these voices at the coffee shop But people are like dogs, yeah they bark a lot - Mirrors, Arrested Youth.

Silence...

Stillness.

Sambil melihat ruang bilik yang bingit diselubungi irama dubstep dari Spotify, aku mula menaip. Coretan tentang kehidupan hari ketiga di bulan November. Mengantuk lagi sebenarnya walau jam lagi lima belas minit ke angka 12. Ya, 12 tengahari dan aku mengantuk. Itu normal.

Yang tak normal, kau balun ais krim Baskin Robbins satu bekas. Kononnya nak bagi anak buah, end up dorang boleh pulak makan ais krim bersulam air. What is that? Terlalu maniskah perisa yang achik dan ateh korang pilih? hahahaha

Entahlah. Kadang aku lupa perasa apa kegemaran anak kecil. Maklumlah, kita ini sudah sebati hidup begini tanpa kanak-kanak. Ambil pulak perisa kekacang dan karamel. Memang kemanisanlah budaknya.

Okay, cerita sekarang aku kena siapakan kerja sebelum esok. Tapi, malasnya naudzubillah! Mengantuk, menunggu barang sampai. So excited!

Dua benda yang boleh menghiburkan hari-hari yang sendu adalah, menerima ketekan pintu dari para delivery. Tak kisahlah Grab Food atau Shopee. Yang penting ada barang dan makanan yang sampai. Satu lagi bila dapat tidur seharian tanpa risaukan apa yang berlaku pada hari-hari mendatang. Tidurlah 24 jam, 48 jam lamanya tanpa perlu diganggu. Membazir waktu?

Ah, katalah kau jeles. Kau pantang pejam mata terus diganggu. Oh, kalau tak tidur pun, kau marathonlah apa saja cerita, buku atau game yang tergendala. Selain daripada perlu mengadap kerja.

Alamak! Bila dikenang hari esok kena pulun kerja di Expo 4 hari lamanya. It's killing me!

Tapi itulah life kau sekarang. Cuti, weekend pun kerja. Kerja retail begitulah lumrah. Orang kerja, kau kerja. Orang cuti, kau pun kerja.

Normal.

So, tak banyak kot update untuk hari ni. Ada kerja perlu dilunas. Papehal roger!

Lately ni sebelum tidur aku akan mainkan satu guided lucid dream meditation. Untuk apa aku tak pasti. Tapi aku suka bermimpi suatu yang hidup. Kebanyakan dari mimpi itu senang dan aku boleh ingat sampai sekarang. Tapi, ada sesetengahnya pulak, aku lupa samada ia mimpi atau realiti. So confusing, right?

Dalam aku tersedar, atau kata lainnya masih belum lena, aku pun belek Shopee. Rutin normal abad-21. Sambil belek Shopee tu tetiba aku terfikir. Tahun ni ramai benar kawan dan kenalan yang melahirkan cahaya mata. Dan aku yang single ni, tang tiber rajin nak bagi hadiah baju baby dekat dorang semua tu dah kenapa dowh?

So, instead of sibuk carikan dan belikan orang lain, orang yang jauh dah lama tak berjumpa hadiah, baik aku shopping dan kasi hadiah untuk orang yang dekat dengan aku kan?

Siapa lagi, kalau bukan aku sendiri. Hahahaha. Tak pun adik aku yang baru dapat kerja baru ni ke. Adalah faedahnya sikit. Sebab lainnya pulak, dorang pun dah lupakan aku an. Alasan, hanya kau je sibuk bagi hadiah, dan tak pernah terima hadiah....betul bukan?

Habis shopping aku pun lena ke dunia mimpi. Jujurlah cakap, bila hari-hari praktis untuk ber-lucid dreams ni, dia kind of restless. Tapi, the journey itself quite rewardinglah. Sebab kau jadikan ia suatu permainan untuk escape realiti dan hadap segala insecurities kita.

Cyeh....madah!

Aku rasa aku patut upgrade tempat beradulah. Tilam dari zaman student sampai la masih sama tak da improvement. InsyaAllah ada rezeki kita upgrade yang itu. Itupun nak habaq ka? Sebab aku ternampak satu tilam queen murah dekat Shopee! Apa lagi laju r nak rembat. Sabar, sabar....

Next month. Kita tak tahulah kemana hala kerjaya lepas ni. Pagi tadi aku terlepas dua panggilan telefon dari syarikat mana aku tak tahu. Sebab masa tu aku sibuk mengemas rumah. Maklumlah ada tetamu nak berkunjung.

Korang pe cer?

Oh, ya lupak nak update pasal receiptify aku bulan Oktober lepas.

Nampak tak bulan lepas aku pulun marathon semua lagu dari Neffex. Aku harap tadak sapalah kenal Neffex ni. Aku kind of takmau orang minat benda sama hahahahah kau pahal an? Tapi lagu Lost Not Found tu memang terbaiklah. Untuk mood melankolik, sendu, gelap macam aku.

Dahlah tu. Takat ni je update dari aku. Papehal roger. Aku rasa November ni bulan baru untuk aku percaya yang dunia ni worth living. Tarik nafas.....hela...kau akan okay. Okay?

Be well buddy,

Adios!

Hari ini banyak pulak cerita hendak dikongsi bersama. Perihal hidup, kerjaya, masa hadapan yang masih kekaburan. Apa yang menempa buat dia berjeda langkah pun tiada alasan. Dilihat kiri kanan, semua yang wujud seakan gembira hidup. Benarkah?

Kita melangkah tanpa arah itu akan bertemu jalan pulang atau tidak?

Semestinya tidak. Jawabnya.

Apa yang penting sekarang jika dia takut pada segala komitmen dan tanggungjawab?

'Kau rasa bersemangat tak bila tengok pasangan berduyun-duyun menghadiri expo bayi bagi persediaan kelahiran sulong ni?'

'Ergh....aku tak rasa dowh bersemangat. Rasa macam, takpelah, bukan sekarang kot! hahahaha' dia berseloroh.

'Kau?'

'Seronok dowh. Rasa macam tak sabar nak ada zuriat sendiri.'

Wow! Dia terpana.

Apa yang buat orang yakin yang hidup ini indah untuk punya kelangsungan legasi?

'Kadang, kita kena berani perjudikan hidup. Kahwin itu suatu judilahkan?'

Dia angguk. 'Ye dowh! Nak berjudi, main terjah begini, melibatkan nyawa insan lain, kita kena cari pemain yang hebat. Bukan sekadar serkap jarang.'

'Itulah. Sekarang ni, mana ada jaminan dalam semua benda. Lagi-lagi bila kondisi seakan tidak nampak perubahan. Masih ditampuk lama. Tiada yang berkembang...'

Bualan mereka ditangguh seketika dek kunjungan mula menampakkan kemeriahan sambutan para pengunjung. Ada yang berdua, bertiga, kita berdansa....eh, ke situ pula dia bawa.

Yang penting, jualan mereka mencapai target.

Yang penting, dia seronok melihat ragam persediaan orang awam. Bukan dia, atau sesiapa yang berkaitan dengannya.

Dia akur, hidup ini kadang kita perlu mengambil risiko dan terjun atau langgar apa sahaja. Pejam mata dan letak keyakinan pada Dia. Tapi, itu bukan cara dia. Dia lagi suka memerhati, tidak melibatkan pada suatu yang dia sendiri tidak yakin. Bermanfaatkah dunia ini untuk diteruskan jika tiada kestabilan?

Bermaknakah setiap kelahiran itu jika kesediaannya rapuh dan tidak berjitukan akidah yang padu?

Ah, lupakan saja untuk hidup seperti mereka. Dia bukan mereka, dan mereka bukan dia. Masing-masing punya pegangan dan prinsip. Hormat. Itu tunjangnya.

Hormat pada apa jua keputusan yang dilakukan.

Yang penting, dia masih punya nikmat untuk memejam mata tanpa serba salah...

Lena itu suatu nikmat yang selalu dilupakan...

Harga sebuah ketenangan....

Yang penting dia boleh lari tanpa memberitahu sesiapa....

Yang penting dia boleh pergi tanpa risaukan sesiapa....

Yang penting, dia melihat mereka bahagia tanpanya....

Yang penting, dia tidak terikat pada apa mahupun siapa....

Salam November gais!

Dalam sedar tak menyepi kita dah nak bertemu dengan tahun baru 2022. Another 30 years of living. Syukur Alhamdulillah masih hidup dan punya kudrat untuk terus wujud. Kalian pula gimana? Masih hidup gak?

Kitanya syukur dalam hidup, jatuh, bangun, menangis sendirian, tetap dikurnia nafas untuk terus berjuang seharian. Dan tetap bangkit walau rasa lelah menyelubung pagi hari untuk terus hidup.

Hidup itu indah.

Hidup itu anugerah.

Hidup itu suatu perkara yang kita tidak pernah pinta tapi Dia tetap kurnia.

Mengapa agaknya...

November bulan akhir mungkin untuk dia bertarung pada cacian yang boleh menjadi punca dia lemah. Bukan kerana dia takut untuk melompat jauh. Tetapi, lompatannya itu tiada jaminan.

Ah, nama pun hidup. Mana ada kelangsungan jaminan. Hari-hari ianya suatu perjudian. Ada yang sudah meninggal. Ada yang lesap dan hilang. Ada yang tiada ketahuan hidupnya melainkan dilihat pada status sosial media. Mahu sedih pun tiada gunanya. Dunia kita pun sudah terpisah tanpa sedar.

Alih-alih, segala perkongsiaan hanya diundur dan dikumam dalam jiwa dan dibiar kosong dalam muka diari yang sudah lama tidak bersinggah. Begitulah lumrah bila kau sudah tamat belajar.

Tiada lagi 'Hi, apa khabar ceritamu?' atau 'apa kamu okay disana?'. Segalanya sepi dan indah di alam maya. Nyatanya tiada siapa tahu apa duduk dirinya.

Jadi, November ini jika boleh dia hanya mahu padam segalanya. Jika boleh. Biar dia kembali tidak punya segala perhubungan sosial media. Biar dia ketinggalan dalam apa jua cerita. Biar dia peroleh cerita hanya bila dihubungi saja....

Ah....dunia dewasa tidak disangka begini sepi.

Sepi yang buat dia gembira dalam tangis kala pulang lewat malam usai bekerja sama orang. Berkhidmat pada dunia yang bisa buat dia riuh seketika.

'Kau, apa khabar?'

Taipan itu dipadam, kerna dia tahu soalan itu pasti tiada jawapan.

'Weh, pe cer dowh?'

Padam lagi...

Pada siapa mahu dihantar segala pertanyaan walau dia begitu ingin bertanya khabar mereka.

Dilihat setiap nombor yang disimpan. Punya kurang dari 100 orang yang boleh dia hubungi tanpa perlu berfikir panjang. Ah, biarlah...kisah dia seperti latar belakang telefilem KIL, Terbaik Dari Langit atau seperti kisah novel karya Pingu Toha. Sepi dan berjela dalam kehilangan alam. Sebuah kisah indi yang tidak pernah dibuku atau ditayang.

November hadir.

Apa kau sudah okay?

Apa kau sudah pulih dari gangguan jiwa yang buat kau merudum tiada semangat hidup?

Ya, barangkali.

Sometimes I'm alright, sometimes I don't know Watching time fly makes me feel old Sometimes you move up, sometimes you lose track But all the ups and downs that life has Got me coming right back

Sudahlah....kita cuma pejuang yang bertarung pada suatu yang tiada kenampakan. Dia sepi kerana hingar menakutkan.

Dia hilang, kerna ketemuan itu mengerikan.

Jadi kau hidup untuk apa jika tiada bukti kewujudan?

Sejarah digali hanya bila kau sudah selamat meninggal. Siapa kau sekarang bukan layak untuk dikenang. Begitulah...

Live well buddies.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ▼  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ▼  November (20)
      • Transisi
      • Did you make it?
      • Bonanza, attraversiamo...
      • Falsafah Venom: Let there be carnage...
      • Kita takkan pernah sama.
      • Dear Zus...
      • When a champion falls...
      • Runnin
      • 43 hari lagi...
      • Satu hari nanti....
      • Move onlah....
      • Palindrome
      • Cold Stone? bolehlah....
      • Terlewatkan, nan sentiasa...
      • Mantera Pogatif
      • Kepada manusia yang bernama....
      • Remain as you are...
      • Lucid dream
      • Yang penting
      • So, November huh?
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026