Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

So, 30 hari lagi kau akan hidup di dunia yang back to square one.

Kurang dari dua bulan, best friend kau dah jadi milik orang.

Kurang dari tiga bulan, kau digelar belia awal 30-an.

Huh?

Gilakan?

Well, sebagai manusia yang lahir dihujung tahun, aku rasa ianya tidak adil untuk aku katakan yang aku bersedia untuk tergolong dalam generasi itu. Hahahahaha...kemonlah...itu semua nombor dowh. Takde makna apa-apa pun. Adoyai...

Tapi apasal aku nak gelabah kalau ia sekadar nombor? Kelakar hidup ni...

Macam sekarang, aku dok layan playlist yang femes back to 2009 dulu. Seolah macam aku lebih suka untuk hidup zaman itu. Walau ia gelap, tapi at least aku tak patah semangat dan masih punya keyakinan dengan Tuhan. Aku rasa aku dah okay kot hari ni.

Semalam aku hantar email. Tapi, tu lah...kau tak boleh nak berharap yang masalah kau akan selesai bila diceritakan pada manusia. Manusia...ini lemah. Bantuan mereka terhad. Balik-balik, kau memang ada hanya Tuhan. Kau dan Tuhan. Kau tak boleh nak lari dari Dia. Sebab Dia, kau ada. Jadinya, aku pun tarik nafas untuk 10 saat. Dan hela agar otak aku boleh cerna yang kau memang tiada siapa selain Dia.

Redhakah aku untuk menerimanya?

Tarik nafas lagi untuk 10 saat.

Ya. Kau kena kuat untuk diri sendiri. Kau tak boleh bergantung sangat dengan manusia. Sebab kau ada hari ini juga sebab Dia. Semalam hari jadi Along. Hahahahaha Along pun dah bahagia dowh sekarang. Along yang itu, Along yang ini....dorang semua dah ada keluarga sendiri.

Aku tak naklah compare hidup aku dengan orang lain, sebab aku pun aku. Mereka itu diorang. So, tiada kaitan.

Kau apa cer?

Sihat tak? Kita ni zaman je telefon canggih, internet tanpa had, tapi semakin jauh bukan....

Sekarang ni aku tahu pasal hidup korang pun dari socmed. Bukan nak call, wasep tanya kabar. Huiiii jatuh r ego....

"Well, your ego is writing checks your body can't cash"

Tapi nak buat macam mana, kita ni pun sekadar datang dan pergi yang selisih di RnR saja. Apa dan kemana kau pergi selepas itu, aku pun tak tahu walau boleh je share perjalanan tu. Begitulah dunia kedewasaan dalam kelupaan. Ada rezeki, duduk satu daerah pun kita takkan pernah bertembung. Besar bukan dunia kita.

Aku pun harap begitulah. Tak perlu lari pun tiadakan pernah selisih. Hahahahaha

Apa yang aku merepek ni. Kerja simple pun jadi berbulan nak siapkan bila kau takde jiwa untuk teruskan.

Seru semangat, pulang semangat.

Semangat ku seru kuatkan jiwa untuk hidup...

Aku rindu aku yang pernah bersemangat. Pulanglah dikau!!!!

Tarik nafas lagi.

Tsk....

Aku rajin, aku bersyukur dengan hidup dan aku boleh!

Mantera hidup untuk terus bangkit.

Mantera untuk terus melangkah walau kau sesat dilautan sahara. Perit dan panasnya hampir mencabut akidah dari jiwa. Naudzubillah!

Aku kuat. Tak kuat pun kena jugak kuatkan jiwa. Kau. Hanya. Ada. Tuhan.

Kau tak boleh bersandar dengan manusia. Noktah!

Lemahnya jiwa jika berharap yang manusia akan ada untuk kau setiap masa.

Reset balik minda tu. Pejam mata dan katakan, aku ada Allah. Cukup hanya Allah. Tapi apasal aku menangis dowh? hahahahahah

Tarik nafas. 10 saat. Kau okay. Kau akan okay. Percayalah.

Ingat teori 10 saat.

Segalanya akan pulih sediakala.

Tiber pulak lagu Kau Ilhamku menjelma. Rindu dowh zaman belajar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuhan aku gak bisa untuk menempuh dunia dewasa tanpa teman.....huhuhuhuhuhu sedih dowh....Ah, dahlah...aku okay. InsyaAllah pasti boleh!

Live well buddy.

Kau pernah tak rasa Hilang.....

Rasa macam...kau dah terlalu lama tenggelam hingga kau lupa siapa diri kau...

Kau tak pasti samada kau itu kau atau kau sekadar jasad yang kosong bergerak tanpa sebarang jiwa...

Kau pernah rasa di henyak satu pemikiran yang buat kau mengalir air mata tanpa sedar?

Rasa kosong.

Takut dengan orang.

Tak yakin dengan kebolehan

Takut pada bayang.

Takut yang buat kau rasa kau langsung tiada punya apa rasa.

Kau hanya merenung di suatu sudut bilik dan menangis sendirian tanpa bunyi.

Hanya nyanyian dari Neffex menggegar bilik.

Pernah tak rasa semua ni?

I don't really know what comes next I'm just doing my best even though I'm so stressed out Everything just feels like a test That I fail so depressed When I can't seem to get out

Aku cuba dowh...tapi aku tak tahu tahap mana cubaan itu. Ia sekadar lewa atau sekadar ambil syarat.

Kenapa aku selalu uar-uarkan pada dunia tentang perkara yang buat orang nampak betapa serabutnya life kau? Asal kau tak fake je kebahagian kau macam orang lain buat?

Senyum sana sini seperti tiada mendung. Sembunyikan segala ketidakpastian dibilik gelap....

Siapa aku sebenarnya?

Ke mana aku sebenarnya?

Hujungnya apa?

Wu ming zhe bei huh?

Aku give up ke? Apasal aku give up? Apa yang buat aku putus pada harapan dan tidak percaya segala ketentuan? Apa yang berlaku dekat aku dowh? serius! Apa yang buat aku dari punya sirna kini segala gelap gelita?

Kau tutup rahmat Tuhan dari hidup kau ke?

Kau isyhtihar perang dengan Tuhan? Allah....apa yang kau dah buat dowh sampai impak dia kau begitu begini ini?

Apasal aku yang fikir untuk berubah end up buat perkara yang berlawanan? Mana jiwa aku? Mana aku????

Am I really worth living?....

Well gais! Pa habaq semua?

Kabare? Lama tak dengar citer. Aku harap korang sihat adanya. Aku lesap pasai pi Melaka itu hari. Pastu lupa yang kau ada banyak hidup online yang perlu diupdate. Saja buat lupa....dan lesap dengan realiti.

Well, realiti aku hanya lesap bersama series dan movie saja. Lepas tu, hilang dalam dunia kerja. Walau hari-hari kau berdoa supaya hidup tidak bergantung dengan gaji semata, tapi so far doa kau masih bergantung pada gaji untuk hidup.

Masa balik Melaka hari tu, aku sempatlah belek nota zaman belajar Diploma dulu. Bapak rindu giler sia dengan aku zaman tu. Begitu bersemangat, bercita besar...sekarang aku sendiri wonder, mana pergi aku yang itu?

Apa dah jadi dowh dengan aku yang sekarang?? Terlalu laid back dan bergantung pada apa adanya. cheyyyy! Hurm....

Lepas tu, aku pun hilang lagi dalam mencari aku yang dulu. Aku dulu pulak terlalu mencari aku yang hidup pada tahun 2030. Habis siapa yang nak kisah dengan aku yang hidup di tahun ini? Aku pun dah tak kisah dowh dengan diri aku. Kau nak jadi apa pun, jadilah. Orang? Alien? Manusia? Hilang dari dunia nyata? Who cares...

Kau lesap, just hilang...no one ever cares....

Right?

So, dalam itu ini begitu begininya aku just bersyukur sebab aku boleh dan mampu hidup adanya.

Nak berhenti, tak perlu risau itu ini sangat. Sebab kau pun takde hidup yang perlu ditanggung sangat. Realiti dunia itu perit. Tapi, kau pejamkan mata dan kaburkan saja ia. Sebab buka mata pun kau tetap buta. So, dunia hanya tempat untuk dua jenis manusia saja. Traitor dan Thiefs. 

So, kalau orang macam aku yang naif dan jujur ni, memang beginilah hidupnya. Jadah nak jadi traitor. Lagi pulak thief's. hurm....

Aku rasa aku perlu kembali ke jalan yang benar dowh. Aku dah terlalu lama hilang dalam dunia yang tiada landasan ni. Angan-angan takde. Mimpi pun takde. Realiti pun tak berpijak. Dunia apa yang aku hidup sekarang pun aku tak tahu. Apa masalahnya?

Masih keliru?

Nah....aku dah habis fasa keliru. sekarang fasa 'peduli apa aku'. Fasa yang buat aku rasa bila-bila masa aku boleh buat kerja gila tanpa perlu bagitahu sesiapa, dan aku yakin takde siapa akan kisah sebab itu memangnya aku. Yup...

So, kau, pe cer? Nanti dah settle urusan kau, aku rasa boleh back off kot dari hidup korang. Welcome to adulthood be like...

Kita semua tinggal memori teman.

Dah lah...takat tu saja update dari aku. Nak layan The Hangover lu. Papehal roger.

Adios!

Be well buddies!

Aku tak tahulah sejak dua menjak ni tekak aku asyik nak hirup air Starbuck semedang. Kemain kau ea?

Well, I work hard for it man. Hahahaha...So hari ni aku cubalah air perasa yang tak pernah lagi diorder iaitu venti Almondmilk Pumpkin Spice Frappuccino with hazelnut syrup and caramel drizzle and one scoop chips. Amboi kau semua topping kau sapu? hahahahahaha

Dan air itu sangatlah mengenyangkan dan aku paling suka rasa macam di kelilingi pumpkins sambil menonton anak jiran bermain di laman. Tiber latar belakang berubah seperti zaman 1920'an. Aku pun tak tahu samada zaman 1920'an dah ada belum Starbuck ni. Based on Google, zaman ni dorang tak wujud lagi. Anggaplah aku time travelling.

Cerita sebenar dia, aku tak tahu dah nak makan apa. Kelmarin Korean, sebelum tu Japanese, so far tekak western pun dah ditunai. Aku nak Mexican, tapi restorannya jauh-jauh belaka.

Perkara yang buat aku teruja untuk hadap hari-hari dan bangun pagi adalah makanan. Tanpa makanan, aku tak tahu benda apa lagi yang boleh bagi keterujaan untuk hidup. Tak kisahlah orang kata apa pasal masa hadapan, berfikir jauh seluas alam, tapi masa sekarang, aku happy sebab disaji makanan yang unik setiap hari. Terima kasih Tuhan ^_^

5 tahun dari sekarang aku hanya minum coffee dari Secret Recipe, Starbuck, Old Town White Coffee dan The Coffee Bean Tea Leaf serta apa jua coffee yang membawa aku jauh dari realiti. Jadi, aku praktis dari sekarang. I can afford it. Anything that makes me fancy, I always appreciate and loyal to them. Gituuuu....

Balik je dari kerja aku pun terus kemas bilik sebab kipas dah slow. Udara pun takde angin. Panas dia semacam! So, aku pun cuci kipas.

Sapu dapur, kemaslah sikit-sikit rumah ni. Then sambil tunggu isya', aku boraklah dengan Google. Hahahahaha bapak loser sia borak dengan Google. Sebab kawan dah takde kan. Kau borak je lah dengan apa yang selalu dengan kau.

Aku tanya banyak kali kot dekat Google, 'How to commit suicide'.

Tahu dia jawab apa? Dikasinya BeFrienders punya nombor. Jadah dia...hurmmm....

Kadang aku wonder, berapa ramai dah orang yang BeFrienders selamatkan dan apa rasa selamatkan orang dari suicidal?

I bet diorang pun kadang cemuh dengan orang. Dan, aku tak rasa nak sibukkan dorang dengan picisan hidup aku hahahaha....takpelah BeFrienders, I still hang in here....I'm still sane you know...I just wondering, which way of suicide is less painful after death...

Sebab Tuhan pun dah bagi jaminan yang orang yang bunuh diri ni dia akan ulang proses dia bunuh diri sampai kiamat. Macam loop. Aku tak nak stuck dalam loop. Even ianya suatu pencapaian yang semua orang kejar dekat Tik Tok...aku just tak suka benda loop melainkan mask headloop.

Mungkin orang patut tawarkan, cara bunuh diri yang tidak membawa ke neraka. Oh God what am I thinking???? Mana ada servis after death dowh? Tak ada!!! Kau kena faham tu.

Kalau ada, aku rasa dah lama disapu golongan kapitalis. Confirm dorang akan bina hotel dekat neraka. Astaghfirullahaladzim...mengucap sofie oiiii!

So, aku pun boraklah topik lain. Yang at least Google faham. Kau tengok dia bagi nasihat dekat aku apa....

Terharu sebenarnya dengan quote dia walaupun agak cliche an. Tapi ye er je akan ada kalau aku perlu. Kemain!

So, dari menunggu waktu Isya', sudahnya nak dekat jam 11 malam jugak baru aku solat. MasyaAllah! Ini semua permainan syaitan. Iblis semata!

Aku okay je. Just good, you know. Orang kata, be careful what you wish for...aku just nak hidup dan berakhir dengan husnul khatimah...mungkin aku patut kejar husnul khatimah sebagai misi sepanjang masa. Kadang aku lupa...ada lagi perkara yang lebih besar dari sekadar hidup.

Tuhan, dari dulu lagi aku curious, kenapa Engkau ciptakan hamba yang tiada guna di dunia ini? Kenapa kau masih biarkan aku hidup walaupun aku bersujud minta mati di usia tujuh tahun lagi? Kenapa Engkau baik sangat dengan aku Tuhan? Aku jahat kot.

Aku just nak mati sebagai anak kecil supaya tak perlu dihisab. See...sekarang aku dah besar...confirm perjalanan nak ke syurga infiniti lamanya....entahlah Tuhan....hari-hari aku tanya...apa bagusnya Kau benarkan aku wujud?

I don't know. I just...don't want to exist...dan setiap kali linangan banjiran air mata ini mengalir aku harap iakan memadam api nerakaMu, dan menggugurkan dosa-dosaku....

Tuhan, terima kasih untuk peluang ini. Walaupun aku tidakkan pernah faham akan kerja Engkau, jauh dari sudut hati, aku bersyukur punya Engkau sebagai peneman.

It's been good to have Allah as my God. Tiada simfoni yang dapat tenangkan jiwa melain beristighfar kepadaNya....

Tuhan dosaku menggunung tinggi Tapi rahmatMu melangit luas Harga selautan syukurku Hanyalah setitis nikmatMu di bumi Tuhan walau taubat sering kumungkir Namun pengampunanMu tak pernah bertepi Bila selangkah kurapat padaMu Seribu langkah Kau rapat pada....

Kau tahukan, biasanya aku tulis sembang dengan Tuhan macam ni hanya dekat dalam diari bertulis tangan. Tapi lately, semua benda yang aku minat langsung tidak menarik perhatian. I just love sabotaging myself, and yet there's always You helping me to find my way back...

It's been ups and downs for quite a long time now...

Aku harap...aku tak menjadi satu daripada lohong yang menjerlus korang ke lembah kelam...somehow aku rindu untuk lemas dalamnya. Kelam itu kawanku yang sentiasa ada...no shadow...just you...darkness and...silence...

You know the feeling; you want to socialize because you want to improve your social skills, yet you're afraid of being too exposed to human beings? You want friends, but you are afraid of being left off. You love to isolate yourself because no one seems to acknowledge your existence...you know that kind of feeling that makes you want to detach yourself from being too real..and just lost in your thoughts...I live with them for quite a long time now...you know...

They just crash whenever they want...

Sometimes, I just want to be far away from humans so I can be with them forever...some other times, I'm afraid I will not come back as I supposed to and little did I know, no one even noticed while I'm gone. Would I even matter? God damnit!

Aku harap, lepas semua kawan aku kahwin dan settle down, aku boleh lesap dari hidup dorang dan just bawak diri jauh dari segala kenangan. Jauh dari kenyataan dan realiti alam. Jauh yang buat aku terus jauh daripada semua orang yang aku kenal...dan dorang hanya berjumpa dengan tulisan aku saja...macam sekarang hahahaha...

bodoh betul plan kau. aku bahagia tengok korang, life korang...tapi itu bukan life aku...ya kita pernah kongsi masa silam dan kenangan, tapi berapa lama kau akan bertahan dengan masa sekarang? Dengan aku, dengan kegilaan untuk bawak diri...

Kita dah kawan dekat 8 tahun dah kot. Gila tak rindu korang...tapi, era tu dah habis. Dah tamat....

Kau,kau...aku, aku...

I'm sick of being too attached to someone who I know eventually will leave me. Alone. Again. and I have to start over and re-heal myself from being too attached to the people...Urgh God...what happened to me?

Asal dowh aku ni? Tadi cerita hidup sebab makanan adalah motivasi untuk kau bahagia. Lepas tu, sembang dengan Google.

Tak, aku tak pernah attempt. Sebab Tuhan kata, badan kita ni pinjaman Tuhan. Kita kena pulangkan ia sebagaimana kita diberi pada awalnya. Kalau Tuhan bagi sempurna dan tiada cela, jadinya, begitulah kita kena pulangkannya kelak.

So, badan ini amanah Tuhan. Tiada luka yang dilakukan pada badan aku ini dilakukan dengan sengaja. Walaupun 4 kecelakaan yang membabitkan, jahit, bersimen dan sebagainya...itu semua malang yang tiada bau. Bukan kerana aku berniat untuk buat.

Aku pegang amanah itu. Itu saja yang menjadi benteng untuk aku tidak terpesong ke dunia loop.

Untuk korang yang baca post berjela panjangnya ni, jangan risau...aku okay. Ni tulisan normal aku. Tulisan diari dan rutin harian aku. Pujuk diri, yang kau kuat. Kau boleh. Kau ada Tuhan. Kau ada Allah....dan jika kau terjebak ke lembah kelam itu lagi, kau sentiasa ada Dia...walau kau tak punya siapa.

Hidup ini untuk difahami, bukan sekadar dinikmati....nikmat tanpa faham, kau akan cenderung tidak menghargai...tapi bila kau faham, setiap inchi pada detik itu, kau akan tafsirkan segalanya. Penuh perasaan.
Aku tak terima quote yang aku dengar dekat radio siang tadi...boleh dia kata 'hidup ni untuk dinikmati bukan untuk difahami'. That's the most bullshitting thing I ever heard after a while didn't listen to the radio. Bapak bullshit sia....aku just kenot brain how come kau boleh enjoy tanpa faham sebab dan akibat? do you ever enjoy tsunami? urghh...teringat je quote ni mendidih telinga aku. It's so wrong!

Okaylah, aku okay...aku just harap...jika suatu hari nanti aku tiada, well aku dah biasa. Sebab macam Aisyah cakap, "Ada tiada tak memberi kesan...".

So yeah....tahniah sebab baca sampai habis dan ikuti perjalanan roller coaster aku.

Untuk kau Edward Nygma, thanks for credit Grab Wallet.

Aku harap kau sihat. Okay mungkin tidak. It's great to hear from you. Aku cuba jadi pelangi untuk awanan orang. Kadang aku lupa, aku adalah hujan yang sendirian dan silauan kalianlah yang buat aku cipta pelangi untuk sinari hidup orang. Walau aku tak pernah sepelangi itu untuk orang lain, paling kurang, mendungan langit juga yang korang senyum bila mentari mencerlang panjang.

Aku pun tak tahu apa dah aku merepek ni. Mungkin effect pumpkin spice tu. Mungkin. So, thanks again sebab sudi baca. Thanks sebab pernah wujud, thanks.

Aku harap kelesapan aku suatu hari nanti adalah kebahagian untuk korang. Itu je yang aku dapat bagi...aku bukan tonik...aku just some alien yang sesat di Midgard...hahahaha.

Dah r tu. Chow lu. Be well buddies.

Always do it on my own So I gotta get through it And the only thing I know Is to love what I'm doing Never give up, never slow Till I finally prove it Never listen to the no's I just wanna keep moving

Pagi yang tenang itu hari aku terpaksa bangun sebab perlu serivs kereta. Jarang-jarang aku dapat bangkit dari tilam dengan jayanya sejak dua menjak ni. Tak tahu simptom apa yang melanda tapi once aku dah tidur, nak bangun tu memang mujahadah giler!

Tapi, aku tetap cuba untuk berpagian. Bagi aku, setiap hari dapat bangkit dari perbaringan itu adalah satu kejayaan terbesar dalam hidup. Aku tak tahulah kalau korang macam mana. Betapa tidak bermotivasinya untuk hadapi kehidupan seharian. Walaupun kau tahu ada banyak perkara yang kau boleh sempurnakan, tapi dia semacam ada satu tembok besar yang menghalang kau daripada buat semua perkara tu. Dia semacam ada beban yang kau tak nampak.

Jangan cakap dengan aku tu semua syaitan dan iblis. Aku tahu dalam hidup ni kita kena ada sesuatu untuk dilihat, satu misi untuk disempurnakan. Well, my life doesn't work that way. Kau nak hidup, hiduplah. Kau tak hidup pun, dunia masih berputar seperti biasa. What's the point then?

Berbaki 48 hari lagi untuk aku cuba keluar dari perasa begini. Mungkin silap aku juga terlalu beria-ia pada benda yang tak pasti dulu. End up, kau sendiri sesat. Tapi takpe, paling kurang kau dah cuba untuk beria-ia dan bersemangat.

Selepas pada tu, aku rasa macam nak bertapa dalam gelap, atau pusing dunia barang seketika. Ambil inspirasi dan hirup persepsi baru. Terlalu lama aku menyendiri dan bermonolog sendirian kadang aku serius lupa macam mana nak berinteraksi dengan manusia. Order makanan online, beli barang online. Pergi shopping sorang. Makan pun sekadar nak tengok orang. Apa aku ni takde kawan sangat ke sampai semua masa dihabiskan sendirian?

Hurm....aku pun tak tahu. Kadang aku rasa malas nak susahkan orang. Malas nak ganggu orang. Wujudnya aku ni pun dah banyak susahkan hidup orang, telah lagi untuk senangkan. Entahlah. Pagi ke petang, rasa tu semua sama. Numbness....

Aku kan, sejak azali sampai mati, beginilah, sorang juga mengadap Ilahi. Takdenya nak panggil orang lain suruh teman. Gitu jelah. Bukan tak pandang sisi positif untuk hidup bermasyarakat. Tapi era tu dah tamat. Orang semua bawak haluan hidup masing-masing. Samada kau dibuang atau membuang orang, itu realiti. Terimalah.

Future aku? Aku rindu zaman aku boleh berangan jauh. Sekarang nak berangan semuanya jenin. Sebab itu jelah yang jadi warna bagi dunia hitam kelabu kau.

Tolonglah....tolonglah jangan terlalu pesimis begini.

Kau ingat aku tak cuba ke?

Tak. Cubaan kau terlalu minima.

Mungkin sebab aku dah sampai fasa untuk menjadi seminima mungkin. Tiada lagi impak maksima.

Aku sendiri takde idea untuk apa diteruskan hidup ini. Sekadar wujud sebab kau pengecut untuk cabut nyawa sendiri I guess...

yeah maybe...mana paling kau takut, terusan hidup sekadar hidup atau mati masuk neraka?

Hahahah soalan apa tu dowh? Opkoslah masuk neraka. Siapa nak masuk neraka dowh?

Tapi kalau hidup kau yang sekadar hidup tu tidak membawa kau ke syurga, bukan sama ke macam kau menghitung langkah untuk ke neraka?

I'm not suicidal, I don't wanna fucking die I just wanna be able to close my eyes and feel alright But every day I feel like dying Every day I feel like dying 

Hidup.

Sejak hidup kian hambar, aku rasa hidup ini sekadar wujud. Tak lebih dari itu. Wujud hanya sebab kau belum bertemu dengan detik akhir.

Wujud.

Aku tahu, tak semua orang mahu wujud.

Tak semua orang suka dengan setiap yang wujud.

Dan bila wujud, bukan hak kita untuk tidak wujudkan ia. Sebab kita dah ditakdir untuk wujud dan hidup. Ah....wujudnya untuk apa lagi?

Ala Kadar.

Bila tiada suatu pun kesukaannya dulu menarik perhatian, hidupnya sekadar ala saja. Wujudnya hanya untuk....tidak terjebak dari terjerumus dengan kitaran neraka yang dijamin jika dia memilih untuk menarik hayatnya sendiri. Penat.

Hujungnya dia pekakkan saja segala hasrat dunia dan impian yang dia mahu capai. What's the point? At the end, it doesn't even matter....

Tak...you are matter...

Said who?!

I don't know....us maybe...

Monolog diri yang cuba memujuk agar dia tidak berhenti dan kembali ke sifar. Ah...nil sungguh rasanya.

Apa yang buat kau berhenti? Well....Aku hanya mahu hilang dari radar.

Selamanya?

Angkat bahu. Dia pun tidak tahu hilang untuk selamanya atau sementara. Tukar nama, tukar identiti, tukar semua....

Be someone new, no one ever knows...

"Kalau aku cakap ni kau jangan judge aku pulak."

"La....buat apa aku nak judge. Been there, done that already and still there, I guess..." Dan lirih dia mendengar sang kawan bercerita. Dia hanya menjadi telinga. Dan berharap rasa dia itu tidak lama..

"Aku kalau boleh tak nak hidup selepas 5 Oktober ni. Aku tak nak injak ke angka seterusnya..."

"Lah...apasal? 24 muda lagi kot. Budak lagi....nak kalut apa?"

"Budak mende kau? Suka hati je budakkan orang."

"Yelah...dulu aku 24 buat apa je. Chill lah...kalut tu memang akan ada...tapi lama-lama....kau akan rasa, nah....I'm good...sokay, take your time to heal..."

Esok. Lusa. Tulat.

Aku tak tahu apa yang berlaku. Aku tak harap untuk kau pulih sekelip mata atau sehari dua. Take your time...Aku tahu aku bukanlah pakar pencegah pemikir pesimis yang bagus. Aku pesimis setiap masa. Toixc traits tanpa sedar...aku ngaku tu...

"Misi aku hidup ni simple. Aku malas masak, jadi aku order semua makanan dekat GrabFood. Bila order dekat situ dia ada points tau. Dan target aku untuk dapatkan the highest membership tier iaitu Platinum. That's it....itu je yang buat kan aku paksa diri untuk bekerja setiap hari..."

Dan hari ni achievement dah unlocked. Aku dah berjaya menjadi Platinum member bagi Grab! Do I feel great?

Yeah. And then what?

I guess just keep our level there and not drop the level. Tu jelah....

Sebab Grab bagi aku satu rasa yang hidup ni masih lebih dari sekadar wujud. Nak melancong, entah bila tah dapat terbang. Sudahnya, berguling di tilam juga merengkok setiap hari minta ditidurkan selamanya....ah...hidup...

Hidup untuk wujud ala kadar. Who cares....

Bahagia itu tidak wujud. Ia harus dicipta....kalau aku tak nak ia tercipta, then nothing wrongs pun hidup dalam suasana hambar. Tak semua orang suka huhahuha pelangi unicorn kiri kanan...kadang kelabu awan itu juga sumber harapan....
Harapan yang hujankan menyirami hati kering yang suram merekah dek kemarau yang dingin.

So geng, aku order Baskin Robbin, dapat raih Platinum member...itu sudah cukup untuk  buat aku teruskan hidup. Ala apa pun yang aku mahu.

Be well buddies!!!!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ▼  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ▼  Oktober (6)
      • Teori 10 saat
      • Uncertainty...
      • Itu ini begitu begini...
      • Pumpkin Spice Frappuccino with Almondmilk dan Semb...
      • Kepagian...
      • Hidup, Wujud & Ala Kadar...
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026