Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Banyak training, video motivasi, bahan bacaan yang dibaca perihal tingkatkan kualiti hidup sendiri. Tapi, kalau kau tak fokus dengan apa yang kau nak, kau sendiri akan sesat. Kau sendiri akan lemas dalam mencari kekuatan diri.

Mana fokus hidup aku?

Kalau komitmen hidup pun kau takut, nak konsisten pun naudzubillah malasnya. Mana nak berjaya dowh?

Masalah aku itulah. Terlalu lama merancang hidup sampai tak sedar, hidup yang dirancang itu, tidaklah kemana kalau tiada tindakan. Sabotaging our future by giving all the craps and yet we still believe it. Bullshit gila!

Aku tahu, itu kelemahan aku. Masalah hidup yang buat aku terjebak dengan slump productivity. Aku takut dengan kata orang, dan suka buat kerja ikut mood. Based on mood dan bukan untuk masa depan. Impak yang lagi panjang. Kerja nak merungut. Mengeluh....

Entahlah....

Apa fokus hidup sendiri pun dah makin kabur...

Terlalu lelah untuk capai semua walau baru sekerat jalan. Tolonglah sofieadie ni ya Allah.

Boleh tak kau just do it. Just langgar semua dinding dan prinsip hidup tu tanpa terlalu berhati-hati untuk menanti semua sempurna? Kau tu manusia, mana ada istilah sempurna. Sampai bila-bila pun akan cela. Sedarlah diri sikit.

Bulan Ogos bulan jatuh untuk aku. Bulan lay low, bulan untuk revamp hidup dan cuba lepaskan perkara silam yang selalu dijadikan alasan menghalang pergerakan masa depan. Aku kena lawan dowh penyakit yang tiada siapa dapat rawat selain aku sendiri.

Oh shit! Aku lupa makan ubat. habislah....

Apa yang aku fokus?

Belajar untuk conquer dunia digital design?

Menjadi manusia yang boleh sembang sekencang tiupan taufan dalam bidang yang berkemahiran? Sampai boleh guide orang lain dalam mempelajari bidang ini?

Ya, itu fokus aku. Tapi cabang yang mana aku mahu tuju dulu? Banyak cabangnya. Mana satu????

Coding pun tak habis belajar, dah nak masuk lukisan digital. Betul ke tak betul otak aku ni? Kau boleh tak centerkan otak tu? Jangan jumud sangat. Show uplah weh. Kau nak jadi orang mahir, kena konsisten. Tak boleh timbul tenggelam ikut angin.

Aku cuba. Pasti berjaya! Just fucking do it!!!!!!!!!!!!!!!

Tiga hari sudah aku memerapkan diri dalam gelap. Hanya gelap, tanpa sebarang cahaya (kalau boleh), dan tanpa buat apa-apa. Hanya biar mata pejam hingga tidur, dan tidur dan tidur lagi.

Macam ajaib sebab aku tak bukak lagu. Hanya bila terlalu sunyi, aku buka Spotify dan dengar lagu-lagu Illenium. Atau apa-apa lagu yang menambahkan lagu rasa untuk tidak bangun. Hahahaha

Orang cakap aktiviti sebegini tak sihat...well, ianya amat membantu untuk aku kembali aktif, bersemangat pada hari-hari yang seterusnya. (Yelah tu...)

Well, tidaklah secara automatik. Lepas pada tu, bangkit dengan lesu dan mungkin cukuplah dua hari aku paksa diri untuk bergelap. Kalau bukan terpaksa hadap training yang diprovide oleh MyStep, aku rasa mungkin lagi lama aku duduk bergelap, tanpa inspirasi dan tanpa buat apa-apa.

It's really heaven. But, I had to wake up, build my dream, create the future and make it true....

Kalau bukan kau yang buat, sape lagi? Nak harapkan orang lain bertanggungjawab dengan hidup yang kau pilih? Memang takde orang akan selamatkan kau. Every changes have to start from you. Only you can save yourself. Not others...

Aku pun marathon semua video pasal Elon Musk, Jeff Bezos, cuba mengadap free course yang ditawarkan di eLatih.

Dalam nak give up, kau terus bangkit. Sebab itu saja purpose untuk terus hidup. Make your dream into reality. So, yeah....aku tahu aku banyak sangat bertunda, banyak sangat bagi alasan, banyak sangat merungut lebih dari bersyukur...

Kau perlu ubah habit kalau nak berjaya. Wajib dan kena ubah. Itu aku cakap dekat diri sendiri. Sebab masa depan semua di tangan kau. Dan dibawah aturan Tuhan. Dia tak boleh tolong kau kalau kau tak tolong diri sendiri.

Penat, rehat.

Penat, tarik nafas.

Buat selagi mampu. Kau tahu potensi diri, jangan terlalu sabotaj diri tu....

Tu sajalah dari aku. Turun naik yang tak tentu. Normallahkan...tak turun naik, tak hidup namanya...

Alhamdulillah, aku masih punya Tuhan. Dan Al-Quran untuk menjadi peneman sepanjang jalan....

Chaiyokkk!

Aku cuba untuk tidak menghitung baki yang bersisa. Cuba untuk menerima yang aku masih banyak untuk belajar dan explore dunia. Tapi...ianya sudah menjadi suatu habit untuk hitung dan kira.

Aku.Mahu.Berhenti.

Aku tidak betah berlama.

Aku tidak mahu berkait dengan dunia luar.

Yang kejar itu ini sehingga terasa sesak di dada.

Menakutkan!

Orang cakap, kejarlah apa yang menakutkan mu, mana tahu ianya merupakan lubuk emas bagimu. Siapa tahu.

Tak. Aku tidak mahu emas. Aku mahu tenang. Aman. Aku mahu ianya berkait dengan cara aku. Bukan sistem, mahupun mereka.

Tapi...ada perkara perlu dipertimbang sebelum aku katakan selamat tinggal.

Apa yang menyekat fikiranmua wahai diri???

Kenapa kau masih ragu dan selalu berundur?

Entahlah....mungkin sudah terlalu penat untuk menghadap khalayak. Yeah...aku akan berundur....

29 and strong. You got this!

The biggest leap of my life. 1 December 2021....

Chaiyok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Acap kali dia bertasbih...

'Give up lagi bagus', 'kau bukan sesiapa pun', 'berhenti dari hidup'...

Dan bermacam jenis tasbih negatif diputar dalam minda. Bukan. Bukan dia yang bersuara. Tidak sama sekali.

Itu semua bisikan dari fikiran bawah paras sedar.

Ya, dia memang mahu give up.

Ya, dia memang sudah lelah.

Tapi, jadikan ia tasbih basahan lidah itu tidak sama sekali.

Tuhan, aku capek...

Capek sama emosi yang turun naik tiada henti.

Sekejap dia menyerang datang kala mentari melangit. Dan ia biar aku menangis bagai si bayi ditinggal di tandus pasir.

Apa yang merasuk jiwaku ini Tuhan?

Aku lelahhhhhh benar mahu persoal isu yang sama.

Aku. Tidak. Gila!

Aku waras!

Tapi kenapa kau dengar suara yang tiada didengar?

Aku dengarlah bodoh!

Berapa kali aku cakap, suara itu ada. Dia teriak dekat aku siang buta, kau kata aku bohong???

Berair matanya menahan bingit yang bertempur di kepala.

Lirih tangisnya minta didengar. Sunyi. Tiada orang. Itu yang ada dalam jiwanya.

Dia. Sentiasa. Sendirian.

Sentiasa.

Kau takkan faham.

Kalau ya, kenapa kau biarkan aku seorangan?

Kenapa kau tinggalkan aku, sendirian?

Kau takkan pernah faham bukan?

Takpe, aku faham...orang serupa aku ni sampai bilakan sendiri. Sampai mati, kubur pun digali sendiri.

You are not worth saving...

Tuhan, aku capek.....

Orang cakap, hidup ni jangan banyak sangat planning. Takut plan-plan tak terbuat. Sudahnya kelaut.

Hurm...itu oranglah. Bukan aku. Aku kalau takde plan, usah ke laut. Ke atmosfera petala berapa aku pun tak tahu. Mahu tenggelam lemas di angkasa ha. Berangan tak ingat realiti itu punya batas.

Aku baru habis plan, betul ke nak berhenti kerja dengan orang. Pastu buatlah kira-kira. Kira-kiranya pun lahai....macam belum mengizinkan untuk berhenti. Sakit kepala dowh bila buat planning ni. Dia jadi anxiety, overwhelmed semua ada.

Siapa cakap best kerja planner ni?

Kalau berfikir tu mudah, kenapa ramai ambil jalan singkat?

Bisnes plan, marketing plan, sales plan, semua benda nak ada plan. Even hidup ni nak bangun pukul berapa pun kena rancang. Itulah dia. Rancang tu penting, jadi tak jadi belakang cerita. Paling kurang dah research.

Hurm....geram tau dengan diri sendiri sebab cepat sangat overwhelmed. Relax tak bertempat. Sampai kadang rasa malas giler nak hidup. Malas nak buat semua benda, malas nak jadi terpaling show up. Just malas....

Tapi, ianya tak bagus untuk kesihatan emosi.

Tak tahulah benda apa yang lelah sampai rasa macam nak give up. Hari-hari cakap dengan diri sendiri, nak quit nak quit nak quit. Tapi, masih juga duduk depan laptop ni, mengadap kerja tanpa henti. Tiga bulan je lagi...tiga bulan je lagi. Nanti nak benti ke nak apa, ko fikirkanlah. Yang penting sekarang ko kena hadap dan telan hidup kau itu, begini.

Korang yang kat sini pun rasa macam, eh dia ni kerja merungut je seharian. Cubalah bersyukur sikit. Ye aku bersyukur aku hidup. Lebih dari bersyukur dowh.

Tapi...?

Hahahaha macam tahu-tahu je ada tapi....

Entah...aku pun tak tahu jika tapi itu buat aku tak bersyukur.

So, aku biarlah lepaskan rasa berbuku tu dekat sini. At least, sedih tu berkuranglah sikit. Penat nak coop dengan dunia. Penat nak kejar duit even kau suka bazirkannya setiap keping dan syiling.

Takat tu jelah cerita aku. Doalah kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan kaya jiwa, harta dunia akhirat sentiasa. Amin....

p/s: dia macam nak sedih, macam nak loses hope macam dah tak de harapan untuk percaya segalanya. tapi tu lah...kau tu ada Tuhan...hurm.........

Alhamdulillah masih ditemukan dengan tahun Hijrah 1443.

Dalam ujian terselit Rahmat.

Dalam sendu terselit senyum.

Hah....tak sangka pun terpaksa jangka. Yang kita ini masih tiada jawapan untuk bebas keluar seperti sediakala. Jauh benar harapan itu. Semakin jauh untuk digapai.

Hari demi hari, kerjaan kita hanya bertahan. Pertahan segala kekuatan yang tinggal. Seram, takut, kadang tak tahu mahu rasa apa lagi.

Berhenti berharap? - Sudah

Give up? - Hampir

Hilang jiwa? - Sudah

Entah....waras sudah dicampak kemana pun aku sendiri tidak tahu.

Hidup untuk survive. Itu saja.

Hidup demi kelangsungan.

Berharap pada apa lagi selain Dia sahaja harapan yang tinggal. Come onlah, terlalu awal untuk ucapkan kau penat berjalan. Banyak lagi semak perlu dirintis. Banyak segalanya. Sakit kepala?

Itu lumrah.

Hidup, selagi bernama hidup mana ada yang kekal. Segalanya akan punya pengakhiran. Setiap yang mula, pastu hujungnya titik. Huh...sampai waktunya giliran kita pula hilang tanpa ucapan selamat tahun baru mahupun selamat malam.

Kawan, teman, keluarga dan siapa saja kalian, maafin aku diatas kekhilafan lalu ya. Jika ada yang punya dendam, katakan saja padaku, mana yang dapat dihadam, aku cuba telan.

Resolusi tahun baru?

Be happy and carpe diem!

Hari ni aku bangun lambat (lagi...). Lepas baca sedikit isi dari buku Productivity Ninja, aku rasa hidup aku caca marba. Teruk, tak produktif dan burn out. Tengah hujan macam ni aku cuba untuk bersyukur lebih dari merungut tentang kegagalan mematuhi jadual hidup.

Aku tak tahu berapa banyak lagi buku, podcast dan video yang aku patut hadam supaya hidup aku sentiasa patuh pada apa yang aku mahu. Hari Ahad ikutkan podcast yang aku dengar adalah dari Seth Godin bertajuk Akimbo. So far minggu ni benda yang aku dapat strike adalah dengar podcast dan bersenam je.

Bangun awal, subuh awal, tidur awal - semua ke laut!

Membaca ya. Masih strike buat masa ni walau ada selanya.

Apa dowh yang aku lemah sangat nak hidup ni?

Kerja banyak lagi tak siap. Otak masih lagi sarat berselirat. Itu ini itu ini idea habis whiteboard diconteng untuk deliver projek. Tapi aku tak happy. Tak puas dengan peformance yang diberi. Mana kurangnya? Manay cacatnya?

Urgh....kau sendiri tahu jawapan tapi kau masih ulang kesilapan.

Kau itu tak jaga jadual dengan Tuhan sebab itu hidup kau kerjanya meroyan. Oh God, what is wrong with me??

Gagal itu biasa.

Lumrah seorang kita, aku yang kerja overwhelmed setiap waktu.

Hujan lebat.

Angin kencang.

Lagu dipasang untuk meredakan jiwa yang tidak tenteram.

Tapi otak?

Otak aku jujur cakap, menerawang sampai tak jejak tanah. Itu yang buat aku sukar untuk sudahkan kerja. Mungkin.

Barangkali.

We live in an era where information is overloaded. The market gives us too much choice, and it's our responsibility to filter which one that we should hold the most...
Mentally speaks, I'm tired over everything. Even I delivered nothing!

God, please gives me strength to hold myself together and get shit done... Amin

So, kalau korang perasan, aku tukar lagi theme blog. Sebabnya itu memang kegemaran aku. Main tukar design blog sesuka hati. Pastu cacat sana sini situ sinun tu, abaikanlah. Aku pun masih explore tak sudah bab mendesign blog.

Anyhow, aku lagi prefer design theme di Wordpress berbanding blogspot. Sebab tu minggu ni aku rasa minggu paling sepi sebagai seorang AO. Aku tak larat aih nak hidup dua-dua serentak. Minggu sofieadie gitu.

Sofieadie ni blog dia lagi keakuan gitu. Lagi banyak freedom, dan...urgh....banyak gila gambar yang aku kena betulkan....semua gambar jadi rosak, gara-gara main tukar theme. Itulah dia benda paling aku lemah sekali setiap kali reset.

Ha, ye aku reset blog ni hari tu. Konon nak belajar custom theme wordpress kat YouTube, alih-alih rosak. Frust menonggeng tak terkata tu usah diceritalah.

Mahu tiga hari tiga malam aku bercekang mata semata nak belajar cara custom made tu. Biar tak lawa mana, tapi tu lah....nak kata bazir masa tu, aku macam tak gamak jugak. Sebab aku dah makin fahamlah apa yang aku nak explore lagi.

Frust itu ya. Sangat!!!!

Kalau korang belek blog aku ni, pasti kejap heading dia gitu, kejap heading dia gini tu, aku harap korang abaikanlah dulu ye. Aku pun masih mencari solusi untuk bagi dia sama. The heck betullah..

Banyak gila cerita aku nak bebel, since aku dah lama tak bebel kat mana-mana socmed an. Aku rasa, aku mungkin tak akan bebel dekat platform lain selain blog. Sebab blog ni dia selamat banyak. Plus, kau tak bebel sebab nak perhatian sesiapa. Kau just nak menulis dan berkongsi sesuatu saja. And, aku pun kadang banyak express gif dekat tumblr. Ya, aku ada tumblr. So what...

Bebel kat tumblr tu sebab gif ja. Dan kat situ takde sesiapa yang kau kenal. Dan ya, bebel sebagai ekspresi juga. Itulah kerjaannya aku bila hadap benda yang aku rasa nak explore. Jadahnya, kerja yang patut siap tak tersiap. Urghhhhhh

So, sambung esok. Aku nak khatam banyak buku, telan banyak input dan hadam banyak info. Papehal roger!

 

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ▼  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ▼  Ogos (8)
      • Apa fokus hidup kau?
      • Me, Darkness and I
      • Living the counting days ahead....
      • Tuhan...aku capek....
      • Planning satu hal...
      • Akhir atau Mula....
      • Hujan yang tenang
      • Itulah kerjaannya dia...
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026