Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Aku tak tahulah kenapa aku perlu cerita, tapi aku rasa sebab dia cerita lawak yang paling epik dalam hidup aku, so aku rasa ianya patut dicerita.

Cerita dia bermula macam ni.

Aku dengan adik aku, selalu rasa simpati giler dengan penjual jambu/mangga yang ada dekat setiap traffic light tau. Kadang setiap kali nak beli, mesti lampu hijaulah, tak dan nak berhentilah, ada je sebab lain.

Pastu, bila takde duit, tiber lampu merah lama pulak, dorang pun lalu dekat tepilah, apalah. Sakit pulak hati aku.

Dan nak dijadikan cerita, balik dari beli makanan tengahari kelmarin, kitaorang beli satu bekas 'jambu'. Memang happylah, sebab dapat jugak beli, akhirnya.

Aku time tu, memang kind of out. Takde mood, sebab ada hal yang aku memang tengah rungsingkan giler masa tu. Tak fokus otak aku seharian. Memang tak fokus!

Balik tu, aku makan tak berapa nak lalu, adik aku penat dah suruh makan, makan pun macam main nasi dah aku ni. End up, nasik tu dibawa makan malam.

Lepas makan tengahari tu, kitaorang lepak bilik masing-masing. Biasalah, weekend kan, mestilah nak ada space sendiri. Pastu lepas asar, tiber lapar.

Bawaklah keluar 'jambu' yang dibeli tadi. Makan dengan penuh selera lah nak katanya.

Aku masa tu, macam tak puas hatilah dengan 'jambu' yang dimakan;

'Asal rasa dia tak sama macam dulu?'

tapi mulut still gap-ngap makan cicah bagai. Sambil borak benda apa yang dirungsingkan. Dan tak habis pun makan, kitaorang simpan dalam peti ais semula.

Esoknya, Isnin.

Lepas masing-masing balik dari kerja, refreshing, solat semua, makanlah malam. Masa dah habis makan malam tu, adik aku cakaplah,

"Kau tahu tak 'jambu' yang kita makan semalam sebenarnya 'mangga'?" aku dengan muka blurnya hanya keluar respon 'ha?'. Literally tercengang,terpana dan baru sedar.

Baru sedar jambu yang dimakan semalam adalah mangga!

Selepas 24 jam aku makan, dah tak ingat apa, aku baru sedar yang jambu itu mangga! Baru sedar??!!

Dan masa tu memang otak baru sedar dengan setiap teka teki yang menjadi tanda tanya.

Padahal masa makan, aku nampak warna kuning mangga tu, siap ada urat lagi yang aku keluarkan dekat celah gigi. Mana ada jambu batu ada urat. Tapi, nak katanya betapa sel-sel otak dah tak berhubung buat aku baru sedar ianya adalah mangga selepas 24 jam!

Itupun setelah diberitahu yang jambu itu mangga!

Ya Allah, masa tu kitaorang berdekah gelak selama 5 minit lamanya!!!

5 minit bhai, even hari ni pun kitaorang dah tak boleh tengok peniaga jambu/mangga dekat traffic light. Rasa macam, bapak r, otak ni bila fikir barang tu, dah tak nampak hakikat!

Hakikat yang jambu itu mangga semua hilang sebab terlalu fikirkan ianya adalah jambu. Tak tahulah kena sumpah ke apa, tapi serius aku cakap, memang aku tak sedar ia mangga sehingga diberitahu.

Kalau ada cctv yang rekod perbualan kitaorang masa tu, memang boleh nampaklah muka tercengang 'the moment of realization' dekat situ.

Serius dowh, kitaorang lepas habis gelak tu, aku boleh cakap yang 'habis orang menangis keluar air mata', padahal nak cakap 'habis gelak sampai keluar air mata'. Sambung lagi gelak, sebab memanglah menangis keluar air matakan?

Adoyai!!!! Habis semalaman gelak. Ya Allah, memang epik sia lawak jambu mangga kitaorang. 24 jam baru sedar tu. Baru sedar yang jambu itu mangga!

Allah, tak tahu nak kata pa dah.

Sakit perut, rahang semua sebab gelak lama sangat.

So, aku simpanlah lawak epik tu dekat sini. Kotlah, bila masa depan aku baca balik, adalah bukti yang otak ni, bila kita set benda itu perkara itu, maka kita pun akan pandang ianya begitu. Dasyat tak dasyat...

Dan persepsi kita untuk terima pada hakikat perlu pada kenyataan. Baru kita sedar, yang otak ni terlalu bias.

Jadi...sekian saja tazkirah epik lawak jambu oh mangga aku. Papehal, stay safe gais. Aku dah tepu tambah tak betul sejak dah lama sangat PKP semua. Sampai mereng pun kian ketara...

Doalah sesama agar kita diperkuatkan jiwa untuk hadap dunia ni. Bendera putih bendera hijau, aku penat hidup tapi tarik nyawa bukan jawapan.

Maka, hadaplah dengan berharap semuakan berakhir....

Ingat tak masa kau tulis dalam diari masa kecil-kecil dulu kau selalu tulis apa?

Ingat tak semua angan-angan dan impian kau masa tu?

Impian yang kau pegang sampai sekarang walau tidaklah seratus peratus jadi serentak, tapi ia semakin menjadi realiti?

Ingat tak perkataan apa yang kita selalu letak dekat ruangan bio di semua platform media sosial kita?

Itu semua doa...apa yang ditulis itu semua adalah realiti yang kita akan hidup dalamnya.

Takut bukan?

Kenapa mahu takut jika apa yang ditulis itu semua perkara yang indah dan perkara untuk kemajuan potensi diri?

The power of words....

Gerun dan bangga sebab semua perkataan adalah doa.

Doa kepada sang penulis.

Jadi, tulislah perkara yang baik-baik...untuk diri sendiri. Bukan untuk sesiapa pun. Untuk diri sendiri juga...

Apa yang difikir itu ada...percayalah...

Salam kabare buat semua warga Malaysia yang masih bertabah dalam mengharungi kehidupan PKP yang tak sudah. Macam mana keadaan korang sepanjang fasa 3.0 ni? Ada okay ka?

Aku?

Macam tu jelah. Nak kata gembira dengan PKP tidaklah, nak kata sedih pun tidak juga. Demi kebaikan bersama, korbanlah sedikit masa keluar dan huha dengan rakan taulan.

Walau aku bangga pegang title seorang Introvert, lama-lama tak keluar rentas daerah atau negeri ni, boleh tahan sakit jiwa jugaklah. Gila tak sakit? Kawan kebanyakan bukan duduk satu daerah. Semua daerah yang berbeza.

Ada yang kat KL, kat Nilai, Pahang, Langkawi..tipunya satu Malaysia kawan yang aku ada, semua tinggal kenangan gambar. Serius dowh….dulu paling tak, bolehlah keluar sebulan sekali lepak makan, short vacay dan sebagainya…

La ni, semua hanya merancang.

Macam hari tu, ada sorang member aku, tiba-tiba mimpi ajak nak ke Arau lepas tu lepak Langkawi kalau PKP dah habis. Semua macam…’bila tu nak habis?’ dan berakhir dengan krik-krik…

Penat jiwa weh bila dah lama tak tengok alam semulajadi, kehijauan dan paling sadis sekali, makan luar…rindunya nak makan di restoran, café, lepak dataran…

Memandangkan buat masa sekarang aku bermastautin di Shah Alam, lepas je habis PKP memang tempat paling dekat sekali nak singgah adalah Kuala Lumpur bebeh!

Ajaklah member yang berada disekitar Selangor dan Negeri Sembilan lepak sana dua hari tiga malam dekat mana-mana hotel yang ada di Staycation KL.

 

Dapat tengok hutan batu dulu pun jadilah. Dah lama tak jenguk Pasar Seni, pusing Kinokuniya ni. Nasib tahun lepas kempunan nak cuci mata tengok Dataran Merdeka tertunai. Kalau tak, aku tak dapat bayanglah tiga kali PKP tak kemana-mana….

Yang bersyukurnya, dalam tempoh ekonomi yang tidak berapa stabil ni, Alhamdulillah satu geng aku masih punya pekerjaan. Samada kontrak atau kerja sendiri, ia masih juga kerjaya yang menghasilkan pendapatan. Tak banyak sikit pun kira syukur giler. Bukan senang nak survive di zaman-zamann begini

Yang sorang member aku tu ha, sepanjang PKP banyak giler projek dia buat. Setakat hari ni dah siap dua projek DIY deco rumah. Tu lagilah berangan nak ke Penang sebab enam tahun lepas kitaorang janji akan repeat vacay ke sana. Sepatutnya tahun lepaslah. Tapi, tahun lepas semua masih takut-takut nak merentas tempat jauh.

Tak mau naik public transport pulak tu. Nak road trip…memang idakle semua berani…

Katanya kali ni, memandangkan semua dah kerja, bolehlah tong-tong tidur dekat Hard Rock Hotel Penang pulak. Maklum zaman study dulu, pi Penang dok hotel mur-mur saja. Kali ni semua dah pegang duit, sekali-sekala laburkanlah pada liburan…gituu…

 

Ah, kalau dapat stay sana seminggu pun aku tak kisah dowh…Rindu gila dengan angin Utara…lagi-lagi Langkawi.

Sebut pasal Langkawi, masa kawan aku yang dok Langkawi kahwin kitaorang sedih gila tak dapat join. Dah la dia orang yang pertama kahwin dalam kalangan kitaorang berenam ni. Paling senyap, paling awal kahwin…begitulah teori zaman belajar, memang praktikal habis.

Masa dia bujang dia ada cadang, kalau semua dah kerja, kita bercutilah dekat The Datai Langkawi. Katanya situ lawa. Instagramable gitulah. Urgh…lamanya tak tengok pantai…

 

Mula-mula kena pi Arau lu. Throwback barang satu dua kenangan dekat sana, makan tom yam dekat kedai wajib singgah, pergi jenguk balik kawasan survey LP dulu-dulu…UiTM Arau pun dah maju sekarang….

Siap pusing Perlis, baru lepak The Datai Langkawi. Situ kenalah lama-lama sikit hahahaha. Harapnya tak penuhlah tempat tu bila habis PKP.

Yelah tu, sekali habis dah semua orang booked.

Haih….macam nilah otak…bila dah lama sangat PKP, macam-macam tempat berangan nak pergi. Duit pun habis dah buat beli barang online…mana nak melancong gini…

Duit simpanan melancong pun dah makin susut pergi lunaskan sara hidup dulu..bil itu ini itu ini…alih-alih ciput je simpanan melancong…janganlah begitu…gua dah lama nak melancong acah orang ada-ada….bukan selalu pun kan…setahun sekali, sebulan terus kita cuti.

Lepas pada tu, kaw-kaw gali balik duit. Kerja untuk melancong…at least ada jugak point kerja kaw-kaw…

Besarlah harapan aku sebagai rakyat Malaysia yang merindui bau alam semulajadi agar pandemik ni berakhir…takde lagi masalah vaksin bagai, mask pun tak yah risau…aku just nak lepak dengan keluarga dan rakan di tempat yang memukau pandang….

Papehal, stay safe semua. Berangan selagi boleh, tak rugi pun berangan dan merancang…ia percuma…hahaha rugilah mereka yang tidak berangan eh eh…

Lepas berangan kita kumpullah slow-slow untuk jayakan ia sebagai satu kenyataan. Sehari 5 hinggit pun jadilah.

Tu jelah cerita aku hari ni. Leklok semua jaga kesihatan, Jangan cuai dan selesa sangat dengan kondisi sekarang. Kesian para frontliner bertarung, kita buatlah apa yang patut supaya pertarungan ini dapat dihentikan.

Stay safe amigos!

Tak...ini bukan post berbentuk rant.

Ia sekadar satu tajuk random yang diterbit secara spontan. Tanpa fikir panjang.

Sebelum bercerita, aku garapkan ucapan Alhamdulillah untuk segala kehidupan yang sekarang.

Ia ada seadanya ia...itulah aku. cheyyyy

Kehidupan ini pembahagian banyak. Bagi manusia single macam aku, aku bahagikan kehidupan itu kepada lima.

  1. Untuk Tuhan,
  2. Peribadi,
  3. Impian,
  4. Keluarga,
  5. Kerjaya.
Dari situ pulak kita catitkan perkara kecil untuk kita fokuskan pada hidup yang telah dibahagi kepada lima sisi tadi.

Untuk Tuhan...

Macam mana nak jadi hamba Tuhan yang patuh segala syariat dan kekal menjadi Hamba yang tawadhuk setiap saat. Banyak cara semua orang boleh cerita. Tapi untuk beramal? Tiada satukan berani mendabik dada...

Itu yang orang nampak...

Mereka nampak apa yang mereka mahu nampak. Bukan dari sisi yang kita lalui. Nak cerita? Malaslah....hahaha...bukan masanya lagi.

Secara Peribadi...

Yang ni susah nak bercerita secara terbuka...

Kadang malas nak difikir sebab jujurnya kita lebih selesa rahsiakannya dan pegang cerita itu kemas rapi dialmari hati. Malas untuk fikir. Malas untuk....urgh....

Tapi peribadi itu fitrah yang Tuhan serah tika kita lahir.

Ada catur hidup yang bila tiba masanya, kita WAJIB fikir. Fikir sebelum beralah untuk katakan dunia ini kejam. Ya dunia memang kejam. Tapi kita lagi kejam jika hanya menyalahkan dunia diatas keputusan yang kita buat tanpa sebarang tindakan.

Kita kena keluar. Faham, hadam segala senario dunia. Sakit? Ya.

Perit? Ya...

Itulah dunia...

Impian...

Impian itu cabangnya banyak.

Kadang berunsur peribadi. Kadang berbentuk legasi.

Terpulang. Kita berhak mengimpikan apa yang kita mahu.

Percuma!

Rugilah siapa yang tidak pernah punya impian...

Jadi, selagi quantum hidup masih lebih dari tiga, beranganlah untuk mencapai impian. Dan kejarlah ia sebelum kita ditanam...

Sisi Keluarga...

Dulu aku jahil.

Jarang hargai keluarga yang hadir. Sebab selalu sangat jadi serigala dan helang di musim salji. Jadinya ia dingin, beku dan langsung tiada punya hati.

Cuma, sejak peristiwa itu ini berlaku, sedikit sebanyak aku faham kenapa keluarga itu perlu.

Kita, bukan tidak hargai keluarga...cuma persepsi kita belum bersedia untuk terima baik dan buruknya ahli yang kita ada. Terima...belajar menerima, yang keluarga itu adalah manusia...bukan malaikat. Nescaya kita tahu, silap kita adalah tidak membuka minda untuk menerima nasihat dari orang tua...

Kerjaya...

Hurm...soal kerjaya itu berkait dengan semua kehidupan. Kadang ia perlu, kadang ia tidak. Tapi ialah penerus kelangsugan hidup.

Pentingya punya kerjaya buat semua orang memandang tinggi pada mereka. Punya kehidupan yang orang nampak indahnya....

Itu yang orang nampak....

Apa yang tidak nampak, kita tidak cerita...

Sakitnya, perihnya bangkit untuk memastikan setiap sisi yang lima itu kekal berdiri menjadi tulang pada motivasi kendiri.

Rapun? Ya, ia pernah lumpuh....

Tapi ia tetap bangkit sehingga kelima hidup yang dia bahagi itu temui titik pengakhiran yang dia impi...selari dengan caturan Ilahi....

Dia tidak sekadar mendongak menadah tangan agar impinya dijadi realiti. Dia, bekerja untuk segalanya...

Peluang hadir bila kita bersedia menerima baik dan kurang.

Itu yang orang tak nampak...

Moga ketidak nampakkan apa yang dilakukan itu kan terbalas bila tiba waktunya...insyaAllah amin...

Salam Perjuangan teman dan taulan!

Bicara soal hidup, sampai mati pun takkan habis.

Kata dia yang kononnya nak praktis berbahasa Inggeris mulai PKP ketiga ini. Tapi, itu semua tinggal kata-kata semata. Tidak diamal. Ah! Malas benar berbahas dalam bahasa luar jika akalnya sudah terbetah dengan bahasa dia.

Mana mahu mula?

Tulang belakang diluruskan. Penat sungguh harinya menghadap kerja dihadapan komputer ribanya seharian. Mata pun sudah berpinar keunguan dek lampu LED yang dipasangnya dua hari lalu.

Terpengaruh!

Hidup...

Mana mahu mula bila ditanya soal hidup?

Mana mahu dicerita bila diterjah apa itu hidup?

Bagi dia, hidup itu suatu ....hurm, dia pun termati kata memikirkan.

Telah lagi jika berhujah tentang kehidupan.

Dia tidak mahu hidupnya sekadar hidup. Dia, kalau boleh mahu memegang mati kata Vendetta.

'I, while living, will conquer the universe...'

InsyaAllah.

Universenya tidak besar. Cukuplah ada dia, mereka dan kita.

Siapa dia mahu pikul keseluruhan myapada?

Ah, sudah...

Kerja itu kehidupan.

Untuk hidup kita perlu pada pekerjaan.

Apa formula kerja?

W= F x D?

Hah...sudah dia ternganga...

Mana cerita asalnya pun dia sudah tidak pasti apa perbahasannya. Layu mata terpaksa berjaga.

Ada kerja kena diselesaikan. Sudah berjanji, harus ditunai

Itu sajalah cerita dia.

Lain waktu, bersualah kita...

While watching Income Creation Intensive on Facebook live, I write this post. Just some random journal about Raya 1442H.

I was grateful that I can celebrate Raya in my hometown. A simple Raya with my parents, my sister and my brother. Is not big, but just enough. After almost 8 months I've been away from my place here in Shah Alam, it feels nothing much different from before.

The noise, the attitude of occupancy in this building, is all the same. They still taking easy about wearing a mask. *sigh*

I try to write in English for now. I need to improve them. It quite a while since I have time to write a proper English paragraph, short stories in English...

What does Raya mean to me?

A simple celebration day with the whole family gathering in the same space. The laugh, the chatter, the noise and everything... even though I used to be a grinch of Raya, it doesn't mean I hate them. It just that I had the darkest Raya moment back in 2010.

Nah, I will not rant about that. It's already passed.

The future is now.

That's all for me. It doesn't occur much because I still have language blocking in my head, and I hope I can make it fluently right after a lot of practice.

Till then!

 

 

 

Bila kau mula belajar untuk terima nyata, dan kau mula membuka ruang pada peluang yang digapai, tanpa sedar kau juga buka satu ruang yang digelar pintu kecewa.

Kecewa itu normal. Katanya.

Yang tidak normal itu, bahagia...

Kita manusia tidakkan pernah bahagia,

Jika ada sebentar cuma. Bahagia itu tidak layak berlama.

Laju saja dihalau keluar.

Masihkah ada ruang jika kecewa itu menghalang jalan?

Masihkah ada peluang jika bahagia tidakkan kelihatan?

Kita....tidak punya dunia yang sama.

Bahagia kita itu terminologinya bercanggah makna.

Kecewa itu normal.

Kau perlu ia untuk teruskan hidup.

Ia ubat pada segala kekuatan yang kau perlu untuk hidup di hari mendatang.

Yang tidak itu bahagia.

Bahagia itu melemahkan jiwa yang sekian lama ditambak dari segala rasa.

Rasa bodoh kata dia...

Kenapa dicantas tambak itu jikakau tahu penghujung bahagia itu duri yang menderita?

Bodoh!

Katanya lagi.

Kita....normalizekan kecewa, kerana itu kita tercipta.

Bukan bahagia.

Bahagia itu membunuh segalanya.

Membunuh jiwa yang lebih selesa dibiar tidak punya apa rasa.

Aku pilih kecewa untuk bahagia....

Kenapa? Dia tanya...

Bahagia itu umpama mimpi seram yang menjengah kita kala tidur qailulah. Ia sebentar tapi terasa lama...

Jadi, kecewa itu normal, yang tidak itu bahagia....

Aku sepatutnya boleh je cerita dekat dalam buku. Dalam diari, tapi nantilah dulu. Aku pun dah lama tak bercerita di sini.

Dalam kehidupan, (cyeh nak berfalsafah pasal hidup pulak ye?), kita sentiasa diberi ruang dan peluang. Cuma nampak tidak nampak sahaja.

Ye ke?

Bila masa aku diberi ruang sendiri?

Masa zaman belajar, kita dah terlalu banyak ruang untuk kenal diri. Kenal Ilahi dan personaliti manusia yang mendiami Bumi. Ruang itu samada kau guna secara berfaedah atau tidak saja bezanya...

Peluang?

Bila masa pulak diberi peluang?

Hidup. Hidup itu peluang.

Peluangnya pula kita berhak memilih.

Kita berhak bersedia untuk ditolak dan diperkotak walau kita itu asalnya tidak berbentuk.

Rejection is a common thing...

Being used is another thing....

Orang, umumnya suka guna dan kenal kita untuk mencapai cita mereka yang tidak tercapai.

Tapi tak semua begitu kawan...tak semua...

Orang yang kita jumpa adalah pantulan kepada imej personaliti kita juga. Kita pun tahu, Tuhan tidak hadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebab. Setiap apa yang berlaku pasti bersebab. Itu logik.

Ruang.

Ruang mana lagi yang kau harus cari dan isi dengan segala rasa yang penuh di hati?

Adakah benar hidup ini punya ruang jika segala alam sudah dipenuh jisim yang tidak kelihatan? Molekul, partikel yang jika dilihat pada microscope, nescaya kita rasa ruang itu tiada.

Aku pun tak tahu apa sebenarnya aku merepek, tapi setiap dari kita punya ruang dan peluang untuk mengubah segala takdir dalam hidup kita.

Kita, penulis cerita kita. Kita berhak untuk menukar watak dalam coretan. Kita juga berhak mematikan saja watak itu tanpa sebarang penjelasan. Sebab tak semua manusia mampu membayar harga sebuah jawapan. Hatta dengan dua perkataan.

Kenapa?

Kenapa bersikap kejam?

Siapa yang kejam?

Bukan kita semua adalah villain dalam cerita setiap manusia yang kita selisih? Tidak ramai, satu pasti ada...

Ya,...memang kita akan mencuba untuk menjadi superhero kepada setiap kenalan, tapi tidak sikit pun dari mereka kan sematkan kita dalam ingatan.

Pabila fasa itu sudah berlalu, terhapuslah kita...

Sama juga kita hapuskan mereka dari fikiran. Seri bukan?

Sambil layan The Midnight bagi melegakan segala kekusutan rutin yang semakin dijerut waktu, disinalah aku berfalsafah pasal hidup.

Ah, hidup....

Hidup, hidup, hidup dan tekanan....

Hidup dan pilihan...

Hidup dan.....urgh!

Kononnya awal tadi, lepas balik, makan malam nak terus tidur. Hurm ajelah...

I can't take make eyes off you...

Malam ni line macam siput...aku syak kalau line bertanding dengan siput, confirm siput yang menang. Gerenti! Bukak itu loading, dengar lagu tersekat-sekat, tersekat-sekat...mood aku pun habis ke laut nak feel menulis. Cyeh!

*tarik nafas panjang*

Enam bulan je. Enam bulan je weh...bertahanlah....lepas settle ni kau nak keluar, keluarlah dari jerutan dan mainan agenda ekonomi yang tidaklah bergerak seiring dengan kemahuan jiwa dan impian kau...

Ya Allah, tolong nabila ya Alllah....

Beginilah jiwa merayu setiap kali dia bekerja dengan orang. Biar untung sikit asal bekerja sendiri, dari untung masyuk tapi menarik segala nikmat hidup...

Ah, hidup...itu semua pilihan. Lagi....

Tak bosan ke memilih?

Manusia, bila banyak pilihan jadi cerewet. Bila tiada pilihan, dia kaki komplen!

Nak kata akulah tu an..haaa memang pun. Kau! Kau yang tengah menaip dan bersungut pada kekangan waktu yang mula meragut waktu tidur. Gila! Gila dowh!

Gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

So, green screen aku dah sampai, tunggu lampu, mic dan lepas ni bolehlah luahkan idea meroyan kau dengan lebih kreatif lagi. Argh! Cara kau lari dari realiti yang amatlah tidak memihak pada kehendak diri.

Kau, kalau hidup semata nak penuhkan citarasa sendiri, memang susahlah nak masuk air lain. Suka hatilah labu...aku pun tak larat dah nak ikut arus air yang kau tawarkan. Penat!

Ya Allah, bagilah aku belajar bersyukur instead of merungut. Astaghfirullah....tsk tsk tsk...teruklah kau ni. Haish!

Mende dowh aku merepek ni? Semalam sekole kopi pekat aku teguk. Dan setakat waktu ni, tidur cilok-cilok sejam saja. Nak tidur pun dah tak nikmat. Dalam kepala; kerja, kerja, kerja, kerja...

Weh, kerja sampai mati pun takkan habislah weh...

Pilihan....

Kau yang pilih untuk tersalah niat dalam menerima pekerjaan. Pastu meroyan...memang suka an ulang sejarah.

Dasar!

Love is a setting sun Is a smoking gun Is a 4 letter word I hope it hurts Love is a fatal flaw Is a broken jaw Is a burning bridge

Tak sabar tunggu lampu led yang auto sync dengan beat music. Aaaaa excited!

Apa lagi nak citer?

Doakan kitaorang sukses menjayakan projek ni. 27 hari saja lagi! Gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

I was busy dreamin', buildin' us a world They dreamin' up a good life That wouldn't hurt and wouldn't spoil The sun never set there, the water clean and pure In the beauty there was purpose, so certain, safe, and sure I could live this life forever but from far, far away

Dah r, nak sambung review blog pulak. Papehal roger!

Adios!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ▼  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ▼  Jun (9)
      • Jambu oh Mangga
      • Perkataan itu Masa Hadapan
      • Rindu jalan-jalan bercuti di hotel
      • Itu yang orang nampak...
      • Hidup & Kehidupan
      • What does Raya mean to you?
      • Kecewa itu normal, yang tidak itu bahagia....
      • Ruang & Peluang
      • Hidup & Pilihan
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026