Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Sum 41 ada keluar lagu baru.

Well, tidaklah lagu baru, tapi lagu yang diberi nafas baru bertajuk 'Catching Fire'. Lagu ni asalnya daripada album 'Order in Decline' yang diterbit pada tahun 2019.

Serasa akulahkan, aku dah habis dengar semua lagu dalam album tu pada tahun dia keluar. Tapi, yang melekat hanya satu lagu bertajuk 'Never There' saja...apolah!

Masa tu aku gila dengan 'Never There' sebab dia macam satu lagu yang kau boleh jadikan sebagai motivasi untuk hidup (klise!). Selain daripada tu, lagu tu adalah lagu yang berkait rapat dengan zaman kanak-kanak Deryck. Cerita pasal ayah dia yang tak pernah ada sepanjang dia membesar.

Macam pernah ulas pasal lagu ni...jap aku cari balik entri tu...[Never There]

Well, yup! Ada! Hahahah pantang ada lagu baru dari Sum41 laju je kau on repeat ea? hahahaha

Lagu ni seakan rancak, tapi lirik dia seakan orang yang terkilan pada suatu yang dia pernah ada tapi tidak dihargai....lirik dia direct kot. hahaha sekali dengar pun boleh buat kau rasa macam, so relatable!

 

I never told you how I felt Though I thought I'd said it all And I never knew you needed help Well, 'cause you always seemed so tough

But now I'm here alone Without you by my side If only I had known That you kept it all inside

Now I'm trying to understand Just trying to find a way But forgive you I just can't It's all just to much for me to take

And if I failed you, well, I swear I tried my best But now you're gone, so all your tears can lay to rest Just so you know You meant the world to us, I know that it's too late And all I want's another chance, I can't accept that you have left...

 

Okay... Memandangkan ini adalah reimagined version, ada satu perenggan lirik yang membezakannya. (Oh God, I just love the new version sebab....cerita disebalik lagu tu lah kan...apa lagi...)

Boleh baca cerita penuh tertubuhnya Reimagined version kat sini [SUM 41's DERYCK WHIBLEY Releases Reimagined Version Of 'Catching Fire' After Healing From Wife's Suicide Attempt]

Kalau dalam album 'Order In Decline' (2019), Sum41 takde feat dengan sesiapa. Dan versi terbaru ni, diorang ada feat dengan Nothing, Nowhere (hurm...tak pernah pulak aku follow Nothing, Nowhere ni...Google jap na..)

Eh! Eh! Eh! Sebayalah weh! Bapak hebat sia!!!!

Pergh, jeles betul tengok orang sebaya tapi diorang dah berjaya tahap seantero dunia. Syabas kawan! (Tiberkan jadi kawan..hahahah)

Kalau lirik 2019, dia kata;

Look at all this damage done Are you happy with yourself? And we thought the best was yet to come And I thought I knew you, oh, so well

Tapi, versi 2021 pulak;

I would have took the pain from you If only I had known what you were going through They say that time will heal these wounds But every day gets longer without you

Kalau malas nak buka link tu, boleh tengok keratan artikel berikut....

Sib baiklah alert dengan Release Radar dekat Spotify...Incase belum tengok video terbaru dia, boleh usha lah dekat bawah ni; Baru je premiered 22 jam yang lalu!!!! I'm so excited!

https://www.youtube.com/watch?v=EiNbgTrQCd8

So far, muzik video Sum41 selalu buat rasa macam sedih tapi memberi inspirasi untuk teruskan hidup walau kau pernah terfikir untuk commit suicide and everything...

Lagu dia macam tepat pada waktu. Come in the right time at the right moment....

Terpanjang pulak ulas pasal lagu tu. Walhal, banyak je lagi topik lain yang berlaku sepanjang Mei ni. Misalnya, puasa sunat yang enam masih tak cukup enam hari. Lepas tu, lusa nanti, rakan sekerja merangkap kawan since Diploma akan selamat menjadi isteri orang. Aku dengan member lain, collect duit untuk beli hadiah...

Bermula Jun, jadual kerja macam pack. Macamlah...aku ni susun jadual kerja memang bikin overwhelmed! Tapi, dah selesai susun tu, ikut jelah flow, nanti insyaAllah eloklah tu.

Tu jelah kot topik best untuk diborak bagi sesi Mei. Lain-lain tu aku tak ambil port. Bukan sebab malas, tapi jelak..baik tido ke, layan Netflix ke, takpun berangan yang satu hari nanti bilik kau akan transform jadi bilik ala-ala industrial neon. Seronoknyalah berangan. hahahaha

Berangan, berangan jugak, tapi kaki tu still kena pacak pada realiti...

Usaha tu kena ada. So far semua barang tu dah masuk cart, usaha cari inspirasi dekat Pinterest pun sudah. Ada rezeki, aku ceritalah penuh perihal transformasi 5 tahun gitu....

Takat tu jelah kot sembang mei. Ada 10 blog lagi kena review dekat blog sebelah...(rajikanlah aku ya Allah....)

Papehal roger!

Dah lama rasanya tak layan lagu. Layan mood. Keep in touch dengan diri sendiri. Borak dan tanya khabar hati...

'Kau sihatkah?'

'Ada siapa yang buat kau sakit?'

'Kenapa terlalu lama tidak menjengah?'

Entahlah...

Balik-balik itu sahaja jawapan yang kau tahu. Jawapan yang mengandung berjuta makna...

E-N-T-A-H.

Sejak jejak kaki ke sini, aku rasa macam seolah hilang diri. Terlalu expose pada dunia luar...terlalu...terlalu yang bukan aku.

Dah tu, siapa yang update semua entri merapu kalau kau tak mengaku?

Entah!

Memang itu sahaja jawapan yang kau tahu, walau berjuta buku dibaca sedari dulu?

Mana ada berjuta...tak sampai pun lagi juta tu...Aksara mungkin iyalah berjuta...buku tu, tinggi sangat tahap.

So, kau? Sihat tak?

Tanya lagi...

Sihat yang mana kau mahu tahu?

Sekadar sihat itu, semua orang akan mengaku mereka sihat...

Yelah tu...

Nak masuk dua minggu, tapi sehari pun kau tiada masa untuk diri. Sibuk benarkah sampai lupa siapa yang ada sentiasa?

Sibuk itu tidaklah...tapi kacau bilau itu yang buat otak, minda, hati, jiwa entah kemana-mana. Habis bertebaran menerawang pada suatu yang tiada kaitan.

Kenapa mahu dirungsingkan? Jika ia tiada mententeramkan jiwa, kenapa mulakan...

'Itulah tu...silap catur...rancang memang ada, tapi langkah masih semberono. Yang pening balik-balik waktu tidur jua diganggu...

Sampai bergelas kopi dihirup...

Jadi, salah kopi?

Tidaklah nak salahkan kopi.

Baru je nak tarik nafas lega, nikmat dapat pejamkan mata tanpa fikirkan apa-apa selain mengkhatamkan buku yang ada. Jadinya, sebagai terapi bagi jiwa yang rawan dan tidur yang kurang, aku pergilah pusat rawatan sehenti. Mana lagi kalau bukan kedai buku...

Banyak juga offer buku Seth Godin. Sempatlah sambar dua buah buku beliau, dan dua buah lagi buku yang mungkin boleh jadi vitamin dalam melangkah jalan yang masih tiada laluan...

Pastu, tadi terjumpalah satu buku yang agak menarik perhatian aku. Mungkin akan dibeli dalam waktu terdekat nanti. Dia macam ada kaitan dengan ALIEN. Suatu akronim yang sangat kebetulan!

Ada member, dapatlah rebate 20%. Tak sabarnya!

'Jadi kau nak makan?' satu suara bertanya. Aku jengah ke luar.

'Malas....dah gosok gigi...'

'Kata tak nak buka laptop sebab dah mengadap seharian....suatu penipuan dari seorang yuhaadie...'

Hahaha gelak hambar saja mampu sebab mata dah layu. Hari ni tidur tak tentu. So, chow lu!

Papehal roger!

Kerusi itu sudah lama dia biar kosong.

Kerusi itu sudah lama direnung.

Kerusi itu yang dicari kala dia bertarung pada suatu jiwa yang tiada hati...

Kerusi itu juga yang dia jadikan tempat kalau tiada yang memahami...

Siapa yang huni padanya hingga buat dia menatap kerusi itu terlalu lama?

Penghuninya kerap tiada...

Hingga dia terpaksa meraih pendengar pada kerusi yang bertelinga...

Dia kecundang pada kerusi yang tidak berorang.

I could run I could cry, I could bleed I could say it's never gonna get any better and leave I could throw my hands up I could fall to my knees I could tell myself I'm strong enough to give all the love that I need...

But I still need you To ease my load Hold me when the lightning strikes Lead me home When I don't know which way is right Love me when it's hard, I promise that I'm not Leaving from outside And when I fall apart, promise in the dark You'll be my nightlight,.....

Bila dia termati aksara, hanya lirik yang dijadi pengantara pada bahasa.

Kerap lagu Illenium juga yang dijadi penguat jiwa...

Sumbing sengihnya memandang kerusi yang kian malap ditelan gelita...

I could count Every time that I'm falling (falling) Even when I'm in so deep It gets hard to see, you're still all in I've been lost by myself in the darkness Know that I can find my way Even on the days when it's hardest....

Hela dilepas. Berat keluhan hingga menambah bahang.

"Orang, kalau tiada kerusi pun masih boleh duduk. Bezanya selesa tidak selesa saja..."

Diam...

Apa dia patut buang kerusi dan bersila di lantai atau dia tukar kepada takhta dan salut dengan berlian?

Biar selesanya tiada siapa dapat gapai...

Janji dia tidak lagi menoleh ke belakang.

Ke suatu sudut kerusi persinggahan ramai orang...

 

Does nothingness ever exist?

Tanya aku pada diri yang kian pudar dari memori.

Bodohnya lahai aku ni...orang tanya soalan lain, lain yang dijawab. Walhal, kau tahukan, kau itu nothing! Buatlah persediaan!

Entahlah...sejak terlalu lama tak bersosial dengan manusia baru, kebodohan aku makin terserlah. Rasa nak maki je diri sendiri...

'Apasal kau bodoh sangat?'

'Benda simple macam tu takleh buat ke?'

'Bodoh tu takleh simpan sikit ke weh?'

Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bodoh gila!

Oh God, why am I still exist???

Sedih dowh dengan hidup sendiri. Kenapa bila kau bergaul dengan manusia baru, acap kali berhujung memaki diri? Am I worth living? Am I worth existing?

Nothingness...

I am nothing other than a useless human being...

Bodoh!

Katanya lagi...

Aku tak tahu kenapa aku masih wujud dalam kalangan manusia. Entahlah...

People make mistake...it's okay..you just happened to be the worst one...

Kadang aku tak tahulah nak kata macam mana untuk ubah frame otak aku. End up maki diri adalah motivasi hidup....

*Tarik nafas dalam dan panjang*

Lepaskan perlahan....

Kau akan mengerti...

Semua....

Holla Amigos! Gi mana sih raya kalian? Meriah gak?

Raya aku? Alhamdulillah gitulah hendaknya. Tidak meriah tidaklah suram. Bertemu juga dengan keluarga sendiri serta keluarga sang teman di rantau.

Fuh! Produktif betul hidup aku lately. Ponat baq ang!!!!

So, hari kedua di Shah Alam, masih dalam mood adapts dengan suhu rumah yang agak panas ya ampun! Tolonglah panas dia, masyaAllah....kenot brain.

Allah, syukurlah sofie oiii ada rumah, kereta semua. Panas dunia baru sikit, tu pun dah membebal macam mak nenek. Mendeee!

So, alhamdulillah, selepas 10 bulan bermastautin di Sarawak, kini aku sudah kembali di tanah asing sendiri. Huh...lega tak lega, sedih jugaklah nak tinggalkan tanah Miri. Banyak suka duka sepanjang 10 bulan di sana. Sebenarnya, 4 bulan je dekat Miri nya pun. Enam bulan pulak dihabiskan dekat Samarahan je ha...maklumlah proses recovery dan sebagainya.

Sambil tu, ni lah hasil gambar raya kitaorang tahun ni.

Kuih apa je buat?

Hurm....malas! maka takdelah kuih mana pun dibuat. Rushing dowh raya aku. Raya ketiga sibuk nak fly. Raya keempat, mana nak kemas rumah, kemas bilik yang 10 bulan ditinggal, kemas itu ini itu ini....ergh sakit kepala sia!!!

ni plan nak tukar lantai rumah sebab dah teruk sangat kondisinya. Lepas tu, nak upgrade bilik sendiri lagi, tukar tilam, tukar almari, tukar deco bagai....amboiii banyak nau nak ditukar dan diupgrade. Ada rezeki lebih nak tambah aircond pulak, lepas tu dapur. InsyaAllah...doakan kami ada rezeki untuk tingkatkan keselesaan hidup sendiri...

Lepas tu....cerita pasal raya?

Tahun ni beraya di rumah lia sebab tahun lepas dah beraya di rumah aku an...dapatlah makan ayam masak merah, sambal udang petai dan kuih muih yang mak alia buat. Pergh! balik rumah kenyang gila kau!

Mak Alia siap tapau lagi untuk bawak makan dirumah. Hari ni sempatlah borak satu dua dengan mak ayah si afiq, Eleh, dia yang tak ajak aku singgah selama ni, pastu aku pulak kena label sombong. cyeh!!!!

Untung sabut, dapatlah kuih kapit dengan cookies red velvet tunjuk dari keluarga Afiq.

Pheww....penat! Hari ni berjumpalah aku dengan kereta selepas sekian lama berpisah. Rindu gilaaa!

Esok dah kerja macam biasa. Sambil-sambil tu kena kemas bilik yang dah bersawang tahap giga. Berkulat almari tu memang sakit gila mata. Kalau rajin aku citerlah before after handle rumah ni.

Bayangkan dari sebusuk-busuk tahi rumah ni sampailah ke level dia yang sekarang dijaga, pergh! memang taklah aku nak hidup susah dengan orang lain dah... tak larat dah wehhh...demand tinggi gila pasai I know my worth...hahahah

okay ciao lu, papehal roger!

Satu daripada kelemahan menjadi manusia ialah, mereka suka buat andaian.

Andaian itu yang selalunya mencetus kepada perang. Perang jenis apa?

Selalunya perang dingin.

Ya. Kita manusia sering menyalah faham sesama sendiri. Miscommunication kata orang.

Tidak ditanya, tidak diapa, terus lancar misil. Jadi, dia kebutaan.

Apa salahnya?

Mana tingkahnya yang jelak pada pandangan mereka?

Lalu dia hanya menyepi. Terasa dia hanya satu retakan pada istana kaca buat mereka. Si asing, pelik yang pentingkan diri. Si gila pada kebebasan...

Siapa dia untuk menghukum mereka jika salahnya dia sukar untuk diterima sebagai salah?

Dia salah? Jika ya, silalah ajukan bagaimana untuk betulkan. Bukan kerana kita dewasa, kita tahu dan peka dengan setiap gerak geri manusia. Dia itu masih perlu pada bahasa. Bukan dicemuh semata.

Ah....tidak berjasad, tidak bertuan. Itulah dia. Semua orang belajar dengannya sedari kecil. Tapi, tidak semua mempunyakan dia sebagai milik mereka. Dia keliru usah dicerita.

Penat. Penat jika hanya membayangkan senario didalam minda. Kenapa bila kita bertanya, nada balasannya sering kedengaran sinis. Tidak sinis, ditinggi suara.

Apa salahnya?

Kerana tiada kontribusi pada apa yang mereka kerja? Begitu?

Baliknya, dia membisu. Membisu itu lebih baik dari bicara yang diketepi. Seolah berkata pada dinding.

Tidak mengapalah, diakan memang sering begitu. Disisih terpinggir disudut yang hujung bermain bersama bayang...apalah sangat hendak bergaul dengan orang...

Itulah...sepi itu sering buat dia terfikir. Kenapa kita berandai dengan sesuatu yang menyakitkan? Kenapa tidak kita andai dengan sesuatu yang membahagiakan? Takut kecewa?

Bodoh!

It's all in my head....sebab itu dia tidak berjasad

It's all in my head....sebab itu dia kesepian riuh dialam minda. Dijerut pada sesuatu yang tiada bertuan.

Satu dari fasa menjadi manusia yang dia tidak suka....ditinggal sebelum meninggalkan....

Setiap kali lepas sahur, aku terpaksa memaksa diri untuk rajin. Yup! R-AJ-I-N!. Tarik nafas panjang...

Untuk malas, satu benda pun tak payah search. Siapa yang ajar untuk jadi malas? Siapa yang google 'How To Be Lazy?' Yilek! Takde. Itu jawapannya. Seminggu sudah aku jalani training bakal diserap under satu program GEP. Alhamdulillah rezeki bagi tahun ini terlalu banyak untuk dihitung.

Maka, setiap pagi lepas sahur, aku akan masak menu untuk jualan di gerai. Menu aku tak banyak dua saja. Kadang satu, kadang dua. Ikut tahap daya yang ada. Sambil masak tu, instead of dengar lagu, aku cuba membiasakan diri untuk mendengar podcast. Satu rutin yang lama aku tinggal.

Maka, podcast pilihan dan kegemaran selalunya adalah 'The Minimalist'. Korang mesti familiar punya dengan dua orang jejaka yang mengasas gaya hidup ni. Dokumentari pendek diorang ada dekat Netflix. Nak tengok, pilah search.

So, aku belajar gaya hidup minimalist ni based on kemampuan aku sejak tahun 2018. Aku mula belajar untuk tidak punya ikatan emosi pada semua barang, orang mahupun tempat. Dan isu yang aku dengar semalam adalah mengenai 'Enoughism'.

How much enough is enough?

Persoalan yang kita sering tanya pada nafsu yang selalu tamak pada kepuasan hidup. Siapa yang letak paras kecukupan pada kepuasan hidup?

KITA.

Siapa yang kata, dengan gaji RM800 sebulan kita tak boleh hidup?

KITA,

Sepanjang aku jadi manusia tidak berupaya untuk enam bulan lamanya, aku langsung takde pendapatan. Zero! Tapi, aku matikah?

Tidak!

Aku masih lagi hidup dan tersengih bagai kerang busuk minta dipelihara. Alhamdulillah aku bersyukur punya kecukupan pada hidup seadanya. Aku belajar yang, cukup itu tiada batas parasnya. Ia cukup. Titik.

Ada sebuah kereta biasa untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat itu cukup.

Ada sebuah rumah untuk berlindung dari hujan panas serta marabahaya itu cukup.

Ada keluarga yang sentiasa membantu perkuatkan emosi dan keupayaan hidup itu lebih dari cukup.

Ada agama dan Allah pelengkap hidup. Itu lebih dari cukup.

Jadi apa yang kita mahu cari lagi?

Sebab standard hidup kita tidak setaraf dengan orang lain?

Ah, persetankan perasaan itu. Rasa untuk membina kemajuan diri itu bagus, tapi jika ia merosakkan rasa syukur dan rasa kecukupan kita pada hidup itu sangat bahaya. Sebab manusia tidak akan pernah merasa cukup.

Lambatkan nak belajar rasa bersyukur.

Aku syukur pada setiap nikmat yang Allah beri sejak lahir hingga ke detik ini.

Aku syukur adanya dengan segala ujian dan rahmat Ilahi.

Aku syukur dan merasa cukup dengan nikmat zahir dan batin.

Moga aku, kau dan kita semua menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan mereka. Amin! :D

Tak lama lagi, terbanglah aku ke tanah dagangan. Mencari pengalaman dan rezeki di tanah orang.

Alhamdulillah pengurusan permit untuk rentas negeri sudah pun selesai. Dalam kelam kabutnya, dalam keadaan tidak teraturnya, banyak itu ini lupa, selesai jugaklah...Lega sikit...

Tapi, takdelah terus tarik nafas lega sebab masih berbaki enam hari lagi untuk join online training. Penat!

Tu je. Penat dan menarik. Banyak ilmu baru dipelajari, insyaAllah akan diamal dan diserap sebagai pedoman kedewasaan.

Cubalah... penat mental dan fizikal sekaligus. Tu belum lagi penat emosi. Penat! Penat nak bertoleransi dengan orang. Biarlah...terbiasa jadi lone ranger tu, memang lone ranger je lah. Biasa dah kan...bukan sekali dua...terlalu biasa dah. Family, kawan, semua sama....

Dunia ni tipu daya. Tu jelah...

Nak dekat setahun jugak aku hirup angin sini. Walaupun aku tak expect pun untuk hirup udara Samarahan lama-lama. Tapi, benda dah jadi. Begitulahnya....

Hari ni, masa training aku broke down...bodohkan? Nak dengar? Nah...

Alien Oren · Hujan
Orang lain bagi kurang 10 saat, aku tiber nak lima minit...mende...tapi tu lah..pasal apa ntah tetiba aku cenggitu...biasalah sedih sorang. Sedih dengan diri sendiri...rasa macam nak peluk diri sendiri dan cakap, 'everything gonna be okay. You just embrace it...we so close to give up now....'

Music latar belakang tu pulak nama dia 'Resurrection'. Ni spontan ja...tu yang ayat terabur habis. Sabar jelah an...

Tu je lah rapuan untuk hari ni. Takda pa yang menarik, papehal roger!

Adios!

Aku tak tahulah samada aku pernah atau tak buat tajuk entri ni. Tapi seakan tipikal bunyinya. Siang tadi, training banyak menceritakan pasal MAKNA.

Apa itu makna?

Siapa yang cipta makna?

Apa yang kita faham tentang makna?

Nampak macam simple kan, tapi bisa termangu jugaklah nak fikirkan jawapan. Makna tu sama dengan simbolik ke macam mana? Confused!

Lagi pulak bila Encik Fauzi tanya lebih spesifik, makna kerjaya dalam kamus hidup kita? Apa yang ia bawa?

Bahagia? Derita? Minat atau kecewa?

Ah, malasnya nak berfikir.

Sebagai umat manusia yang dikurnia akal, berfikir itu wajib bagi mengasah minda. Hari ni topik yang kitaorang belajar adalah tentang self leadership. Kata beliau pulak, bagi sesiapa yang ada pengetahuan asas dalam memahami manusia ni, dia cenderung menjadi manusia yang sensitif. Padahal, orang lain tak sampai pun tahap tu.

So, pesan beliau awal, tak usahlah hati tisu sangat. Sebab tak semua orang tahu dan acknowledge dengan perkara ini. Nampak remeh, tapi powerful. Apa dia?

PERKATAAN.

Perkataan yang diucap tidakkan dapat diundur. Ha...nak berhujah tentang perkataan ni, aku malas aih nak bukak berjuta google tab. Cukuplah sekadar aku kongsi perkara apa yang aku belajar sepanjang ikuti training ni.

Semenjak jadi peserta program ni, aku sedikit kekurangan masa. Yelah, sebelum ni dah mewah sangat dengan masakan. Sekarang, mana nak buat kuihnya, mana nak ambil tempahan design blognya dan mana nak fokus terhadap apa yang bakal dilatih.

Project Management itu sangat kritikal. Sebelum ni, setakat penat fizikal dia takdelah sampai level, bila rehat, letak kepala, terus lelap. Sekarang, penat dia mental dan fizikal. Tapi itu hanyalah self talk kita yang tak boleh overwork.

Lagi satu kita kena belajar overestimated instead of underestimated. Macam mana?

Haigoo...gimana sih mahu jadi overestimated? Nanti rajin aku bukalah research work. La ni nak update santai-santai buang pemikiran kat sini. Yang bahawasanya Ramadhan nak berakhir dan aku tak lama lagi bakal meninggalkan tanah Miri....sedih.....

Selesa kot life dekat sini. Tapi tulah...sape je dapat berkembang dalam zon selesa...maka berhijrahlah wahai anak muda, selagi punya kudrat.

Sempatlah rembat stok wardah yang tengah sale sempena Hari Pekerja.

Paling dirindui adalah meja solek. Even kau tak berias pun, just suka tengok barang tersusun rapi gitu...Biar tak berapa rapi hahaha

Takat tu jalah cerita aku. Baca niat puasa untuk esok dan maa'salamah!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    4 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    17 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ▼  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ▼  Mei (9)
      • Sembang May
      • Kerana Kopi...
      • Kerusi...
      • Nothingness...
      • Raya 1442H: From MYY to KUL
      • Tidak Berjasad, Tidak Bertuan
      • Enoughism
      • Kurang 10 Hari
      • Makna sebuah kehidupan
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026