Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Sitemap
    • Newsletter
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
    • Segmen
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Contact

Alhamdulillah, selesai sudah urusan dan pengurusan segala design yang berkaitan untuk kedua blog aku. Phew! Beratus jugak habis ya labu! 

Best ke habiskan duit untuk benda digital ni? 

Ha ha ha ha

Best what. Kalau orang lain boleh gila shopping barang branded seperti tudung, baju, kasut, beg dan sebagainya, aku pulak hantu kaki shopping blog template. Pantang ada theme baru, laju je angkat masuk bakul. Pastu syok sensorang serupa blog kau paling lawa dalam universe. hahahaha double perasan sia!

Aku tak tahulah kenapa aku begitu pemurah dalam menghulurkan wang pada perkara digital. Walhal benda tu tak dapat disentuh pun. Tapi, tu lah…dia macam ada nilai disitu. Nilai pening kepala sewaktu setup. Nilai rasa macam nak give up walau dah habis ribuan ringgit. Nanti nak sharelah berapa jumlah sebenar aku taburkan demi blog.

Kemudiannya apa?

Dah habis setup, design itu ini, itu ini…takkan terkubur disitu aje?

Hurm…sedia contentlah labu! Sedia idea buat tatapan dan rujukan awam. Untung masih punya member yang sudi bagi pendapat dan komen membina. Thanks dowh!

Tak lama lagi puasa. Bila puasa, automatik ada bazaar. Kemungkinan untuk aku terlibat dengannya sangat tinggi. Maka, kurang lagi waktu menghadap PC. Bila kita sibuk hidup alam nyata, tanpa sedar dunia maya sudah tak diambil kira. hurm….

But nobody can save me now

I’m holding up a light

I’m chasing out the darkness inside

‘Cause nobody can save me…

Tu jelah update aku hari ni. Esok kena buat countdown untuk launch…dah tiga bulan aku angkat nama Alien Oren. Semoga ianya menjadi suatu dari bintang yang terdampar di alam universe….

Till then!

 Dah nak masuk lapan hari berturut-turut aku layan Linkin Park. Rasa macam masih banyak lagi lagu diorang yang belum didengar. Argh! Akhirnya siap jugaklah recovering blog yang tak semenggah ni. Dapat jugak aku recover balik entri lama-lama yang banyak merapu dulu.

Cuma ada part aku rasa tak relevant tu aku delete ja lah. Bila baca balik rasa macam, yakinnya kamu dengan harapan blog ni akan berjaya ye? hahahaha

Sebulan jugak dia rosak hari tu. Rosak sebab diri sendiri noob. Alih-alih terpaksa gak r dedahkan identiti baru kepada kenalan lama. Haish! Tak suka sebenarnya….tapi tulah…kalau tak mintak tolong, sudahnya memang tak dapat nak recover. Semoga murah rezeki kawan! Aku pun asal je ada masalah server, mesti mintak tolong dia. Thanks weh!

Kesian blog ni ye, banyak kena lompat situ sini sana. In case kalau korang belek entri lama-lama pastu ada yang macam bersepah kena taufan Katrina tu, faham-faham je lah…aku malas nak kemas. Yup! Malas.

Sembang blog

Asalnya aku nak migrate balik blog ni ke blogspot, tapi tak berjaya. Alih-alih aku tukar plan hosting daripada Premium ke Single webhosting dengan bayaran selama empat tahun. Lepas tu, domain ni pulak expired tahun depan. So, settle sudahlah kiranya bahagian tu. Nanti renew domain, renew terus untuk jangka masa panjang.

Sembang Hosting + Domain

Untuk blog sofieadie ni, domain dan hosting dia aku langgan dekat Hostinger. Bagusnya diorang punya service ni, aku tanya pukul 3 pagi pun ada je customer sercvice yang balas. Memang rasa macam berbaloi gaklah stay situ. Malas dah aih nak cari tempat lain. Takat nak handle satu website merapu ni okaylah. Sangat berbaloi-baloi!

Kenapa stay WordPress?

Pengalaman lebih dekat. Nanti aku nak sembang apa bestnya antara blogspot dengan WordPress takdelah sembang guna angin sangat. At least ada pengalaman dan cara handle dia. Renyah memang boleh tahan renyah berbanding dengan blogger, tapi ada part dia yang aku suka buat aku stay.

Macam theme dan design diorang smooth dan lebih cantik. Pastu ada extra SEO checker terus masa tengah taip entri. Walaupun aku tak pernah kisah pun either rapuan aku ni SEO dia helok ke tak helok.

Dari tahun lepas lagi nak cerita part ni, sampai la belum dicerita lagi. Hahaha takpelah kita peram dulu pengalaman tu. Nanti cukup tiga tahun, kita bagi feedback baik punya!

Dua blog? Tak leceh ke nak handle?

At least kalau aku meroyan, aku ada blog personal. hahahah. Nanti tiber meroyan dekat celah entri cerita pasal webdesign, pros n cons between WordPress and Blogger semua, tak ke tak helok gitu. Lagi pulak, aku ni kalau menulis cerita ikut sedap hati dia je nak menaip. Takde dah nak toleh kiri kanan.

Maka, satu blog aku gunalah Blogger, satu lagi biarlah jadi khazanah peribadi kekal di WordPress. Leceh tak leceh, yang handle itu biarlah aku cerita kemudian.

Jadi blogger best ke?

Entah! Aku ni tak suka sangat nak melabel diri tu either blogger atau picisan atau debu dekat kasut sang Maharaja. Tapi, bila dah lama sangat ada blog ni tanpa sedar auto label diri sendiri blogger. Cyeh!

Aku tulis benda yang aku rasa nak tulis saja. Kalau nak suruh aku tulis based on apa orang suruh, itu bukan aku punya minat. Automatik pressured. Biarlah entri aku tu berhasil dari apa yang aku rasa nak kaji dan kongsi. Bukan sebab nak raih rating sesiapa.

Memandangkan esok atau April 2021, merupakan bulan anniversary bagi dunia blogging aku, aku rasa macam nak buat contestlah. Cyeh! contest kau! Dah lama rasanya tak buat contest. Last 2016 kalau tak silap. Itupun bukan aku yang bagi hadiah. Disponsor oleh orang. Bertuah betul zaman gemilang terbilang dulu.

So, siapa yang akan anjur?

Alien Oren atau sofieadie?

Kita tunggu entri akan datang!

Papehal welcome back dear self!

Salam penghujung Mac. Tak lama lagi puasa. April 13, 2021.

Tahun ni tak banyak beza dengan tahun lepas (2020). Masih sama, masih sendu masih tepu dan sewaktu dengannya. Tapi aku cuba untuk buat kelainan. Apa yang lain pun aku tak tahu. So far masih lagi sama.

Oh ya, ini adalah permulaan bagi refreshment blog sofieadie. Aku dah reset semua entri lama. Dah takde dalam lingkungan ini dah. Domain sama tapi semua cerita baru. Cerita lama dah tutup buku. Atau mungkin aku akan update mana yang perlu.

Guna WordPress huh?

Sangat menyengalkan! Betterlah kau mula dengan blogspot dulu. Senang, mudah dan simple! Sakit pala o nak edit guna wordpress. Even kau dah beli theme dekat etsy atau mana-mana, kegigihan untuk edit tu memang erghhh!

Ni pun masih tak habis lagi. Aku tepu dah. Agak tepu nak hadap. Dengan width blog yang tiada aturannya, lepas tu paragraph yang tak boleh dijustified. Aku tak suka paragraph tak sama. Sakit mata dowh!

Tu jelah post bagi Mula ni. Sambung edit balik. Tu belum lagi edit blog sebelah tu. At least blog sebelah guna blogspot. Settle!

Nanti rajin aku sambunglah kenapa perlu sampai dua blog. Adios!
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

ABOUT ME

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Always remember, all dreams are within reach. All you have to do is keep moving towards them.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 7143 45 U537355 93850N
  • Sekerat Jalan
  • Halusinasism

Categories

  • Blog 39
  • Geomatik 23
  • Journal 223
  • Rant 114
  • Tips 34

Advertisement

Arkib Blog

  • ►  2025 (1)
    • ►  September (1)
  • ▼  2021 (7)
    • ►  April (1)
    • ▼  Mac (3)
      • Kemudiannya apa?
      • Sembang Blog
      • Mula
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (44)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (10)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (53)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (10)
  • ►  2018 (72)
    • ►  Disember (7)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (8)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (75)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (6)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (9)
    • ►  Julai (8)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (9)
    • ►  Mac (10)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (119)
    • ►  Disember (7)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (22)
    • ►  Februari (15)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (104)
    • ►  Disember (21)
    • ►  November (29)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (10)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (64)
    • ►  Disember (18)
    • ►  November (31)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)

Theme by OT | Gooyaabi | S.U.S @ 2026