Bila bosan melanda….

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
“ASSALAMUALAIKUM”
Dengarlah daku berfalsafah…

Dulu ayah pernah pesan:

“Orang yang ada Iman dalam hatinya takkan pernah berasa bosan, sebab dia sibuk dengan amalannya dan sentiasa memikirkan tentang dosanya yang menjadikan dia takde masa untuk merasa bosan..”


Tapi, apa yang aku faham berdasarkan pesanan ayah tu?
‘Setiap kali kita merasa bosan, ingatlah masa sibuk nanti. Kalau kita sibuk macam-macam benda kita tak dapat nak buat sebab terlalu sibuk. So, bila ada masa yang ‘tersangat lapang’ ni gunalah untuk kebaikan diri sendiri….’
Apa tindakan aku bila bosan?

  • – Aku duduk kat dapur sambil dengar lagu
  • – Aku cuba lupakan perkara tentang bosan
  • – Aku makan sambil membaca blog orang
  • – Aku baca novel
  • – Aku tido lah!

Memandangkan bukan senang untuk jalan-jalan bila cuti semester yang panjang ni, baik aku’jalan-jalan’ ke blog orang. Ambil pengalaman dari orang yang pergi melancong. Tak dapat pergi tapi dapat ‘feel’nya pun jadilah ya! Nak keluar dengan kawan? (Aiyoo, aku mana ada kawan around Miri ni..kawan semua dok kat semenanjung nu ha!)

Balik kepada tajuk sebenarnya merasa ‘bosan’ takdelah teruk sangat kalau ada internet. Bosan download game, bosan lagi belek semua apps. Last sekali tak sedar masa yang berlalu dan terus masuk tidur. Nampak tak sebenarnya bosan tu takdelah seteruk malas! At least, time bosan terasa macam nak buat kerja.

Tapi, kalau malaslah….satu hapak rasa tak mau buat!
Nak angkat selimut pun malas!
ish ish ish..tu syadid benar dah tu..
Kalau bosan jugak?
Pergilah stalk profile orang.
hahahaha…bukan orang perasan pun. (ops! terkantoi sudah!)

Aku rasalahkan, mesti seronokkan siapa yang tak pernah tau erti bosan ni.
Dia rasa macam, ‘Bosan? Apa benda bosan tu ek?’
Ha, nampak tak betapa untungnya orang yang merasa macam dia dengan ‘bosan’ ni tak pernah bertembung mahupun bersapa.

Bosan tu satu perasaan yang perlu di banteras sepatutnya.
Sebab ia membunuh kretiviti! Betul tak?
Dah hilang dah bosan aku, dok cerita pasal bosan ni…
Ha, nampak tak kita sepatutnya membunuhnya bukan membiarkannya merebak..

Oklah terpanjang pulak bebelan aku..

***THE END***

(Maaflah sebab aku memang suka bebel panjang-panjang)

Keep reading on

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading