Mengintai tabir 2017

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Yeah, ada seminggu lebih lagi 2017 akan persembahkan dirinya sebagai watak utama. Minggu yang sudah penuh dan sesak dengan segala tugasan sebagai pelajar, telah pun berakhir. Sekarang yang tinggal adalah perang menuju final exam. InsyaAllah malam ni, Masjid UiTM Shah Alam ada buat sambutan Maulidur Rasul sekaligus melaksanakan Solat Hajat. Alang-alang berenang, minum air terus…

Ini adalah kali pertama merasa final exam masa sambutan tahun baru. Nervousnya! Kalau masa diploma, musim sekarang adalah musim cuti mid-sem. Jadi bila dah degree ni, dia kontra habislah.

2017.

Memandangkan bukak je tahun baru ni adalah final exam, maka kemungkinan besar proses penghantaran hadiah bagi contest pun akan makan masa sedikitlah..diharap semua peserta dapat bersabar. Dan terima kasih sertai contest ni! -sudah ada 53 penyertaan- haaa…macam mana mau kasi itu hadiah?-

Antara list yang aku rencanakan untuk 2017 adalah:-

1- Baju baru untuk blog

Mungkin patut, mungkin tidak…tapi kalau dah bertukar karang, kira misi aku dah terlaksana lah kan?

2- Marathon DC Series 

  • Arrow,
  • The Flash,
  • Legends of Tomorrow,
  • Super Girl,
  • Gotham,
  • iZombie,
  • Lucifer dan
  • Preacher.

Sebelum series tu bercambah lagi yang baru, baik aku khatam mana yang ada ni…Yang paling giler hari tu, aku nak layan Arrow je, tapi disebabkan diorang boleh pulak buat crossover bagai, habis habis! Aku paksa hold dulu, dan jadikan asssignment musim cuti nanti…

3- Mengkaji negara Turki. 

Aku tak tahu kenapa, tapi sejak kes duta Russia kena tembak, kes Aleppo dan macam-macam lagi…aku pun rasa patut buat kajian pasal isu ni. Masih belum terlambat untuk mula.

Kenapa dan kenapa itu masih berselirat lagi..kalau dapat, memang nak pi lah sana. Lagi-lagi Derinkuyu

Garapan kasarnya beginilah. InsyaAllah akan terus berkekalan semangat ni. Yang Iluminati pun tak habis lagi kaji, strategi pelaburan Robert T.Kiyosaki pun masih tak khatam, rencana untuk personal branding masih dalam proses kajian, carian…

Yang paling utama adalah, menaikkan kualiti dalam diri kepada yang lebih baik dari tahun lalu dan sebelumnya….

Thanks for reading and Happy Holiday!

p/s:

Awak yang tengah nak final exam tuh, buat cara nak final ye…cuti awak lambat lagi.-termasuk diri sendiri ni-😂

Keep reading on

A Better Florist Malaysia : Stunning Florist Whom You’ll Love to Visit

With holidays and anniversaries happening ever so often in our lives, it’s undeniable that finding …

February Movies Marathon

Memandangkan terlalu banyak movie yang aku tengok hari tu, (ada yang tengok kat wayang ada yang …

Bagaimana mencari pekerjaan selepas tamat pengajian?

Universiti atau kolej tidak menyediakan kita kehidupan yang sebenar. Jika kita seorang pelajar sepenuh masa, …

Chapter 4 @Arau

Tak dapat lagi befday kat rumah. huhuhuTapi hari tu dah sambut awal sekali dengan my …

Minda vs Hati

Hati itu ada dua. Hati yang boleh dilihat dengan mata kasar dan hati yang boleh …

Be strong buddy!

Aku tak tahu nak up cerita apa. Cuma sebabkan aku dah lama tak up entri …

Any thought?

0 thoughts on “Mengintai tabir 2017”

  1. hahahahha….ini bukan azam…ini list-to-do ^_^~ azam ek? hurm…kalau azam mungkin nak jadi Oliver Queen lah kot!- jangan lupa share azam kau tu-

    arrow punya pasallah aku terpaksa layan dak Legends…barry allen pun satu, ada ke dia kenalkan si supergirl dkt arrow…parah aku! lepas ni sapa pulak dia nak introduce…

  2. Fuyoo dah ada azam 2017. Haha..

    Aku tak pernah ada azam lagi. Tapi tgk kau letak marathon cerita arrow salah satu azam 2017, so aku dah tahu camne nak buat azam 2017 aku sekarang. Thanks weh. Haha..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *