Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Dah seminggu aku tak update. Dari hari tu aku termenung tengok tajuk 'mimpi' ni, tapi sampai sekarang, aku tak tahu benda apa sebenarnya yang aku mimpikan.

Namalah kau tadak fokus niche, makanya blog kau pun suka hati kau jelah nak merapu meraban membebel pasal apa kan? It's your freedom. Kau tadak terikat dengan mana-mana komitmen. Apa yang takut sangat dengan benda bernama komitmen ni?

Mimpi itu indah sebab kita rasa ia seolah tiada sebarang perikatan dan perjanjian. Walhal, hakikatnya, dengan bermimpi saja pun kita sudah membuat ikatan dan perjanjian dengan diri kita pada masa hadapan. Hurm, tak ke begitu duhai hati?

Mungkin ada lagi mimpi yang lebih indah untuk kau dambakan daripada bermimpi hadirnya seorang manusia bernama teman sejati...

Aish, sejak bila pulak kau dah mula fokus dengan isu-isu hal kedewasaan begini duhai sofie?

Hahahahaha, sejak semua kakak-kakak kau dah berkahwin, dan sekarang giliran kau. Damn it pretty fast!!!!

Lepas tu, aku pun gelabah ayam nak cari calon yang tak pernah terfikir atau terdetik pun untuk dicari sejak dulu. Hahahahah padan muka kau! Tak weh, aku tak boleh disrespect prinsip hidup sendiri. Aku hidup dengan prinsip dari dulu sampai sekarang kot. Takkan disebabkan takut dikata orang, aku main semberono je langgar prinsip hidup aku?

Nein!!!! It's a big NEIN!

Phew....rupanya, boleh tahan susah jugak nak cari calon. Itu baru calon, tak masuk lagi finalis ke apa ke an. Mangkuk benda kau nak ada finalis bagai. Kau bukan loofa uii.

Sudahnya, aku ingat nak kayakan anak buah aku je, lepas tu, ambik anak angkat. Okaylah, aku kasi peluang sampai 2022. Ada 3 tahun je lagi. Apak r TIGA TAHUN tu sekejap gila. Misi 2017 ke laut mati sungguhlah. Chill yuha chill. Calm down, bertenang. Banyak lagi masa tu....aduh, aku tak suka sungguhla masuk bab ni. Takde ke isu lain yang orang akan soal selain isu ni.

Nak kad? ha, nanti aku kasi kad birthday, farewell, semua jenis kad aku akan kasi...nak harapkan kad jemputan nan satu tu, alamatnya memang lambat lagi la....


Mimpi bersepai macam tu je. Tak tahu nak mimpi apa lagi bila realiti sudah mula menampar dan membelasah diri ni. Ingat senang ke nak bangkit lepas kena tempeleng sampai patah gigi, pekak telinga sebelah dan patah rahang? Lambat weh nak sembuh...lambat....sangat....

Sikit bulan lagi, nampak gaya makin naik angka. Angka je kemain bergerak laju...

Mimpi aku sekarang tinggal satu je....nak hidup dengan sehidup-hidupnya dengan penuh kebebasan tanpa sebarang sekatan dan kongkongan. Because my inner peace is my priority. 

Dahlah, malas nak fikir segala kebarangkalian yang bisa merosak kebahagian jiwa ni. Ikut sukalah aku nak mimpi apa, ia percuma.

Chow lu, papehal roger!

Till then...

Memilih untuk melepaskan sesuatu yang bakal menaikkan potensi dan kredibiliti kau itu tidak mudah. Sukar! Ya, terlalu sukar. Tapi, untuk mengejar segalanya kau takut yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Yup! Itulah situasi yang aku hadap sekarang.



Selepas menerima email dari chief editor Zalora magazine, mengenai perubahan hala tujuan majalah tersebut, aku memilih untuk berhenti menjadi contribution zalora magazine. Kenapa? Aku melepaskan permata dan mengejar pasirkah?

Jujurnya, terlalu sedikit sangat contribution yang aku buat sampai nak pinjam nama mereka untuk jual diri. Ya, it's nice working with them for almost 5 years  I think. But, for the good sake, aku pilih untuk fokus pada satu matlamat. Dah terlalu lama aku reka hidup pelbagai sisi. Aku pernah rasa manisnya hidup bila fokus hanya pada satu misi. Hasilnya, bila fokus, aku akan dapat. Dengan izinNya. Sebab itu yang aku hendak.

Jadi, dalam tempoh kurang dari tiga bulan ni, aku perlu berfikir dan bertindak dengan bijak. Bukan lagi ikut rasa dan perasaan. Segala pertimbangan harus diterima akal dan wajib berfikir panjang.

Mungkin dengan melepaskan title sebagai contributor Zalora, aku boleh lebih fokus dengan plan hidup yang lainnya. Seperti, mengusahakan Nilediting hingga menjadi suatu entiti perniagaan yang diperlukan semua orang. Mana tahukan?

Kalau kau usaha sikit itu, sikit ini tanpa fokus yang sebetulnya, lama kelamaan, kau akan lari fokus.

Oktober.

Bulan untuk mengubah lensa dan perbetulkan perspektif dari semua segi. Terutamanya hidup dan kerjaya. Orang mungkin akan kata kau gila kerja atau obses pada career sehingga lupa yang hidup ini bukan hanya untuk kerja sahaja. Kadang, dengan kerja....ia membantu kita lenyap dalam dunia lain seketika. Dunia yang membuatkan kau lupa apa itu bosan.

So here it is, farewell Zalora Magazine. It's such a generous pleasure to work with you. Have a great day ahead and all the best!

Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak tahu bagaimana untuk bercerita.
Part 2 podcast aku, takkan didedahkan trivianya. Nanti sampai masanya aku akan kongsilah ye...untuk hari ni, aku cerita trivia kenapa perubahan habitat itu perlu.

Semalam aku join program anjuran MASMED UiTM. Program usahawan yang julung kalinya aku join. Banyak membuka minda dan otak jugaklah bila join program macam ni. Ia lagi meletakkan diri ini berada di kerak bumi.

Bagusnya bila ada rasa macam ni adalah dia membantu kau untuk muhasabah, reflect balik diri...refresh balik plan, objektif, misi dan visi hidup. Macam biasa bila join program baru untuk pertama kalinya, aku lebih suka diam dan memerhati. Suka tengok gelagat, keletah dan karenah manusia-manusia yang berada dalam ruang tersebut.

Tapi tadaklah diam sampai tak buat engagement dan connection, buat jugaklah...sebab kau join program dimana ramai daripadanya adalah bisnes man/woman etc. Ada yang humble, ada yang havoc, ada yang...macam-macamlah! Aku? hahahaha aku ni minah sesat entah dari mana-mana tah yang suka join program hanya semata-mata nak tengok orang. Walhal, dekat tepi jalan pun boleh tengok orang.

Hurm....teringat kata-kata speaker masa hari kejadian,

  • kita kena bezakan hobi dan bisnes

  • hobi adalah sesuatu yang kita perlu keluarkan duit untuk gembira

  • manakala bisnes adalah, yang memberi kita duit


Aku dekat fasa mana? -Hobi @ Bisnes ??-


Aku sebenarnya kurang gemar untuk label benda yang aku buat. Aku buat sebab aku nak buat, dan dia adalah suatu benda yang dapat membantu aku lupakan kekecohan dunia realiti. Ia buat aku rasa happy (yep it's seem like a hobby for them), ia buat aku rasa bertanggungjawab untuk lakukannya...walau ia tidak menjana apa-apa keuntungan.

Okay, katalah sekarang aku tengah internship. Dan aku buat 5 side project.

Podcasting -


sebab aku tak jumpa podcast yang kena dengan jiwa, jadi aku buatlah podcast yang macam mana jiwa aku nak. Sama macam teori penulis buku. Aku adalah pendengar setia podcast sendiri. Pesanan dari masa lalu incase future aku lupa daratan. Lagi satu sebab impian nak jadi deejay radio tak kesampaian, jadi....kita buatlah radio sendiri...senang! Kaulah bos, kaulah deejay, kaulah editor, kaulah producer, kaulah pendengar, kaulah segalanya. Kau malas, channel kosong, kau rajin boleh gain listener selain dari kau sendiri.

Blogging -


yang ni memang hobi, sebab aku suka tengok sentuhan jemari aku hidup dalam dunia maya. Blog ni aku design sendiri tau. Tulisan dia takde ciplak dari mana-mana. Original dari otak dan rasa aku sendiri...adalah jugak orang nak bayar, tapi aku tak jadikan blog sebagai lubuk menjana pendapatan. Ada, ada...takde, takde....bila set otak yang blog ni aku buat untuk kaut untung, automatik ayat dia jadi tak sedap. Plastik dan sebagainya....jadi, aku biarkan ia santai dan profesional.

Format editor -


yang ini aku kena buat betul-betul sebab aku dah daftar bawah SSM. So, ia adalah side bisnes yang aku tak jadikan sebagai main income juga tapi membantu aku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan setiap hari. Aku buat sebab minat dan nak tolong orang. Ia adalah bisnes santai yang dibuat atas dasar suka pada perkhidmatan yang memudahkan urusan orang ramai. InsyaAllah ia akan membesar. Masih banyak yang perlu dibelajar.

Faktor yang buat aku suka formatting adalah, aku nak galakkan orang suka belajar, suka buat research, suka self-exploring, suka pada ilmu....aku sedih betul dengan mereka yang walau dah masuk universiti dah habis belajar pun masih come out dengan 'tak suka membaca dan belajar serta praktis'.

Zalora Contributor


Sama jugak macam blog. Ia adalah hobi, in different level. Join Zalora ni aku belajar banyak benda jugak. Dari segi penulisan dalam bahasa English, bina keyakinan dalam menjadi penulis yang professional, no pasar pasar, no slang dan sebagainya...The best part is, ia adalah mimpi yang menjadi realiti. Masa kecik dulu aku pernah berangan nak jadi penulis dan editor bagi majalah Bintang Kecil, Remaja, Nur...

Part-time worker


Oh yang ni sebab aku nak duit lebih. So yeah...ia adalah secondary duit poket kala sesak dan self finance untuk aku established projek Orang dan Nilediting. Since korang pun tahu yang aku tak ambik PTPTN, jadi aku lebih suka ada duit lebih-lebih tanpa sebarang ikatan.

Selain daripada tu jugak, life part time ni dia best sebab membantu gila untuk soft-skill dan skill yang lainnya. Paling crucial sekali, time management skill dan self-motivated skill. Yelah, life ni sunyi kot. Sepi, takde orang faham sangat. Kalau ada pun lane tak sama. Nak tak nak, hanya kau sorang je yang dapat membantu diri kau sendiri.

Internship life


Sebab ia wajib. Inilah benda sepenuh masa aku patut buat. Tapi kalau tak self explore dengan benda-benda lain seperti perkara yang disenaraikan, kemungkinan...aku kekal di takuk yang aku sendiri tak suka.

Aku rasa aku pernah coret entri macam ni. Kalau tak silap dalam....Tiga sisi dan Purpose of living. So, setiap kali aku ubah tujuan hidup....macam nilah cara untuk yakinkan diri yang it's okay start small start none.... kau hanya bersaing dengan diri sendiri saja. Takpe....(pujuk diri sendiri >_<!)

Kenapa perubahan itu perlu?


Sebab ia membantu meluaskan perspektif kita terhadap kehidupan.

Okaylah...panjang pulak....see ya when I see ya!

Till then!
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    10 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    20 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026