Dah lama betul mencari getah bahagian penutup botol air ni. Kitanya malaslah nak kena beli botol air baru bila dah setia dan sebati dengan botol nan satu ni.
Hampir lapan tahun jugalah botol ni menjadi teman setia ke hulu dan ke hilir. Hingga lupa yang selain daripada mencuci kita juga perlu tukar part botol ni bila dah tiba waktunya.
Makanya, hari tu baru terdetik nak cari part yang sesuai dengan botolnya. Alhamdulillah….ada kawan!
Macam mana lah boleh tak terfikir nak cari awal. Patutnya getah tu dah macam wajib tukar setiap tahun😅
Aduhai nampak tak betapa selesanya minum kuman hahahah
Untuk korang yang pakai jenis botol macam saya ni, bolehlah usha part getah tu kat sini 👇🏻
https://s.shopee.com.my/8AUXj6g19k
Seronok rasa tengok getah botol air dah macam botol baru. Nak minum pun rasa yakin.
Alhamdulillah sekarang makin rajin dah jaga botol air ni. Kesian dianya mesti meraung jerit minta tukar getah tu dah lama giler. Tuannya ni je baru terfikir nak mencari. Aduhaiii
Korang jangan ulang kesalahan macam saya ni. Kena ingat, masuk je tahun baru, atau musim baru, rajinkan diri bukan setakat spring cleaning, tapi check barangan yang kita ada tu. Mana perlu service kita service, mana boleh baiki, hantar baiki, (kalau kos baiki tu lebih murah dan berbaloi daripada beli baru).
Memiliki sesuatu barang itu memang mudah. Tapi untuk menjaga dan memastikan setiap darinya berada dalam keadaan elok dan baru selalu, sangatlah payah….
Sebab itu lah bergunanya pengurusan harta benda dalam hidup kita. Dari situ kita boleh buat jadual berkala untuk pemeriksaan barangan. Biasa kita tahu jadual service kereta dan tilam coway. Eh, eh…
Macam kes kecoh di laman sebelah yang seorang pelajar mengalami cacat kekal dek kerana menggunakan peralatan sukan yang tidak dijaga dengan baik…
Jadinya, lebih baik mencegah dengan patuh pada pemeriksaan berkala sebelum terlambat…
Jom sama-sama kita periksa barangan biasa kita guna tu, adakah ianya dalam keadaan selamat atau sudah tiba untuk dirawat?



0 comments