Berbeza itulah uniknya kita

Bila direnung, kadang dia hairan kenapa itu kenapa ini…

Hairan kenapa dan mengapa dan setiap persoalannya akan berakhir dengan temu bual bersama si AI. Hurm…awalnya dia juga bantah pada teknologi yang satu ini…

Lebih-lebih lagi ia melibatkan legasi buat generasi mendatang. Siapa juga yang mahu kita berebut air mineral, suatu keperluan sebagai manusia ini dengan sang teknologi yang hidup berjasadkan algorithm dan processors semata?

Namun, jika tidak diguna dan dimanfaatkan sebaiknya, kelak manusia lain juga akan guna setamaknya tanpa sempat kita mengetahui kegunaannya. Pada akhirnya, dunia inikan hancur juga. Yang pasti setiap kehancuran itu disebabkan hasil tangan-tangan dari manusia juga..

Nak nak pula sekarang dunia semakan semua rata-rata menjadikan AI sebagai “buddy” mereka. 

Pembetulan kesalahan bahasa? AI

Mahu cipta lagu berdasarkan karya kita dengan mudah? AI

semua kini sedang serba canggih dan moden hingga membuatkan dia berasa takut yang akal dan mindanya tidak akan dikuasai penggunaan sepenuhnya. 

Semakin lama dirasakan hidupnya seolah terlalu bergantung pada si AI ini pun hampir ya. Mudah dalam segala hal dan perihal. Maklumat pantas dirumuskan hanya dalam satu klik saja.

Zap…semua maklumat terus dihujung jari.

Hendak tahu perbezaan Perkeso biasa dan plan terbaharu dengan mudah beserta infografik yang menarik? AI

Hendak lihat adakah langganan insurans tersedia akan menggandakan wang keluar untuk fungsi yang sama? AI…

Mudahkan?

Skill terpaling laris kini hampir juga jatuh kepada si pencipta prompt. Wahh siap ada kelas bimbingan kawan. Sangat mudah bukan…

Tapi itulah yang membuatkan dia rasa mudah bosan. Rata-rata kemana saja dia toleh, segalanya seolah sama. Templatenya seakan mirip antara satu sama lain. Tiada yang unik.

Risau juga dianya andai sudah sebati dengan AI kelak otaknya semakin tumpul dan dia langsung tewas untuk berfikir luar dari semesta…

Mana uniknyamidentiti kita sebagai manusia?

Mana signature seseorang itu dalam setiap karya?

Prompt semua mudah ditiru. 

Seperkara lagi yang buat dia kadang termenung sendiri adalah, bagaimana seseorang itu masih punya tunjang setelah punya kehidupan sendiri?

Dia?

Tamat saja dunia pengajian, berdirilah diatas usaha sendiri. Satu persatu mula dikembali pada tuan. Dianya sekadar penjaga lebih kepada penumpang pun ya. Tiba masa, punya tarikh luput…bertungkus lumuslah usahakan semuanya sendiri.

Bagaimana?

Terpulang…

Termenung kerana emosinya langsung tiada berperasa saat membaca luahan betapa rindunya untuk pulang even sudah menjadi ibu pun merindukan ibunya…

manalah perasaan itu pergi ya…

jauh betul dia termenung seolah hampir benar sumpahan kata-kata yang sering dia dengar dari zaman hingusan dulunya…”kamu ini anak buluh betung…tiada orang mahu…itulah dibuang…”

Jadinya, pada mereka yang punya rasa kasih yang mendalam kepada penyumbang wujudnya kita didunia ini, alhamdulillah. 

Kita yang begini..ya bersyukur juga kerana dari awal sudah dilatih, apa saja dunia ini hanya sekadar dongeng. Andai ada yang berpergian, itu suatu khabar gembira.

Tapi benarkan dia sudah bersedia?

Bersedia untuk menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada kelak?

Dunia tempat ujian.

Apa juga yang ada pada kita hanyalah pinjaman.

Jagalah setiap pinjaman sebaiknya agar menjadi bekalan disana…

Iya, itu yang otaknya telah dibasuh sedari memahami dunia abc.

Yang paling dia asyik ternigang mutakhir ini adalah suaranya yang dulu berhujah seolah tika itu dia tahu dan sedar yang pada begini akan begini dan pada begitu akan begitu. 

Jelas benar setiap ungkapannya. 

Kita ini dewasa kelak, usahlah hendak disedih apa pun. Kerana semuanya sudah sedia punya acuan. Usah terkejut…jadi tugasmu hanya bersedia.. bersedia mengharungi satu demi satu…

Ahhh sungguh dia tidak gemar punya kesedaran begini. Seolah menjadi manusia yang tidak punya hati pun ya…

Kenapa ya dia boleh punya gambaran begini pada usia begitu dahulu?

Itu yang paling dia musykil…

Apa si kecil aku dahulu fikirkan hingga si besar aku ini ketandusan galian akalnya…

Sudahlah…sampai bila pun kau akan dihantui bayangan perbualan petang itu…

Dikerusi yang itu. Bersama mereka, membicarakan kehidupan yang kini, hidup yang dia sedang jalani…

Renungan itu dia takkan lupa…dan dia yang kini belajar menafsirkan yang dia yang dulu itu terlalu awal merentas masa…

Dunia kanak-kanak dia terlalu kehadapan daripada dunianya yang sekarang…



0 comments