Mimpi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Dah seminggu aku tak update. Dari hari tu aku termenung tengok tajuk ‘mimpi’ ni, tapi sampai sekarang, aku tak tahu benda apa sebenarnya yang aku mimpikan.

Namalah kau tadak fokus niche, makanya blog kau pun suka hati kau jelah nak merapu meraban membebel pasal apa kan? It’s your freedom. Kau tadak terikat dengan mana-mana komitmen. Apa yang takut sangat dengan benda bernama komitmen ni?

Mimpi itu indah sebab kita rasa ia seolah tiada sebarang perikatan dan perjanjian. Walhal, hakikatnya, dengan bermimpi saja pun kita sudah membuat ikatan dan perjanjian dengan diri kita pada masa hadapan. Hurm, tak ke begitu duhai hati?

Mungkin ada lagi mimpi yang lebih indah untuk kau dambakan daripada bermimpi hadirnya seorang manusia bernama teman sejati…

Aish, sejak bila pulak kau dah mula fokus dengan isu-isu hal kedewasaan begini duhai sofie?

Hahahahaha, sejak semua kakak-kakak kau dah berkahwin, dan sekarang giliran kau. Damn it pretty fast!!!!

Lepas tu, aku pun gelabah ayam nak cari calon yang tak pernah terfikir atau terdetik pun untuk dicari sejak dulu. Hahahahah padan muka kau! Tak weh, aku tak boleh disrespect prinsip hidup sendiri. Aku hidup dengan prinsip dari dulu sampai sekarang kot. Takkan disebabkan takut dikata orang, aku main semberono je langgar prinsip hidup aku?

Nein!!!! It’s a big NEIN!

Phew….rupanya, boleh tahan susah jugak nak cari calon. Itu baru calon, tak masuk lagi finalis ke apa ke an. Mangkuk benda kau nak ada finalis bagai. Kau bukan loofa uii.

Sudahnya, aku ingat nak kayakan anak buah aku je, lepas tu, ambik anak angkat. Okaylah, aku kasi peluang sampai 2022. Ada 3 tahun je lagi. Apak r TIGA TAHUN tu sekejap gila. Misi 2017 ke laut mati sungguhlah. Chill yuha chill. Calm down, bertenang. Banyak lagi masa tu….aduh, aku tak suka sungguhla masuk bab ni. Takde ke isu lain yang orang akan soal selain isu ni.

Nak kad? ha, nanti aku kasi kad birthday, farewell, semua jenis kad aku akan kasi…nak harapkan kad jemputan nan satu tu, alamatnya memang lambat lagi la….

Mimpi bersepai macam tu je. Tak tahu nak mimpi apa lagi bila realiti sudah mula menampar dan membelasah diri ni. Ingat senang ke nak bangkit lepas kena tempeleng sampai patah gigi, pekak telinga sebelah dan patah rahang? Lambat weh nak sembuh…lambat….sangat….

Sikit bulan lagi, nampak gaya makin naik angka. Angka je kemain bergerak laju…

Mimpi aku sekarang tinggal satu je….nak hidup dengan sehidup-hidupnya dengan penuh kebebasan tanpa sebarang sekatan dan kongkongan. Because my inner peace is my priority. 

Sofie at the Port Dickson

Dahlah, malas nak fikir segala kebarangkalian yang bisa merosak kebahagian jiwa ni. Ikut sukalah aku nak mimpi apa, ia percuma.

Chow lu, papehal roger!

Till then…

Keep reading on

Bukan Sekadar Header…

Bukan Sekadar Header. Header blog adalah impression utama bila orang datang menjengah blog kita. Dari …

Day 9: Cerita Telur Ayam

Holla! Disebabkan aku baru je membasuh telur ayam, tetiba ilham untuk update entry tu ada.  …

Week 1: Rasa Tua

Hallo, it’s me… I was wondering if after all these years you’d like to meet.. …

Maybe, one day it will be useful…

Ini adalah frasa yang sangatlah aku kurang gemar bila datangnya mood mengemas aku. Tak kiralah kemas …

Bila umi tanya…

“ASSALAMUALAIKUM”Cerita petang tadi.Sambil main sim dan makan buah jambu cicah asam dengan umi.Umi: Result dah …

Panas Otak!

Panas otak  Ia berlaku bila kita ada idea tapi takde ayat nak diluahkan. Boleh jadi …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top