Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Dandelion...

Tengah malam buta macam ni aku bukan nak bagi ceramah pasal tumbuhan bernama dandelion. Kalau nak tahu pasal dandelion secara saintifik dan sejarahnya, korang bolehlah rujuk pada wiki.

Ini bicara dandelion secara alaminya. Kiasan. Well, sesiapa yang rasa macam nak 'tenggelam' dalam dunia kiasan yang mencecah paras 'lowest astronomical chart' dengan aku, mungkin boleh teruskan membaca entri nih. Kalau rasa macam kena ada 'pelampung', aku nasihatkan better tak payah 'menyelam'. Takut 'lemas', aku tak tanggung. Sebab aku sendiri tak pandai berenang. 


Dandelion, 
Sapelah tak pernah tiup dandelion. Kalau boleh setiap kali jumpa dandelion, mesti rasa macam nak tiup sampai 'botak' dandelion tu. Sebab suka tengok dia berterbangan bebas. Macam lawa je kan? Itulah dia dandelion. Ke mana dia pergi, kita pun tak tahu. Ada yang terbang jauh, ada yang awal-awal lagi dah jatuh. 

Dandelion.
Apa persamaan dandelion dengan homosapien? Dandelion ibarat jiwa seorang manusia yang inginkan impiannya bebas tercapai. Terbang dengan yakinnya tanpa sebarang keraguan. Jika dandelion itu sendiri ragu-ragu, korang rasa tercapai tak semua benda yang dihajati tadi? Terang lagi bersuluh takkan tercapai. 

Sebab keraguan membunuh semua pergerakan. Hatta imaginasi sekalipun. 


Dandelion ibarat sebuah keluarga.
Ibu bapa adalah akar dan batangnya, anak-anak adalah bunganya. Sampai masanya, semua bunga itu akan berterbangan meninggalkan keduanya. Walau tak jauh, mereka tetap akan pergi. Kenapa dandelion biarkan bunganya ditiup sang angin mahupun dipetik sang manusia? Sebab itu fitrah alam, dandelion itu hidupnya bertebaran. Cara mereka meluaskan legasi dan empayar dengan melepaskan bunganya. Ada bantahan? Mustahil mereka melawan kuasa Tuhan. 

Dandelion miliki sifat percaya yang sangat tinggi pada bunganya. Mereka yakin walau kemana pun bunga mereka tuju, pasti akan jadi seperti mereka jugak. 

Melepaskan bukan bermaksud membiarkan tanpa tujuan, tapi memberi peluang mengecapi sebuah 'kebebasan' dalam meneroka kehidupan untuk mencapai impian.


Dandelion...
Hidupnya melata bersama rumput. Benda yang kita sendiri takkan perasan kalau mereka tak berkelompok. Sama macam manusia. Orang takkan perasan kewujudan kita kalau sendiri, tapi bila kita ramai, semua orang akan menoleh. Kenapa? Adakah kekuatan itu datang dari bilangan? Atau dari majoriti? Takde makna kuantiti kalau tiada kualiti. Tapi, jika kesatuan itu menyelamatkan, seorang itu ada baiknya berkumpulan. 

Dandelion untuk kali terakhir...
Ia adalah sebuah impian. 
Ia juga ibarat keluarga.
Lambang kebebasan
Atas sebuah kepercayaan..


Bila terpandang dandelion, ingatlah dari mana kita bermula...sebuah kehidupan itu takkan wujud tanpa sebuah kepercayaan. Percaya itu nilai dia lagi mahal dari segalanya. Bila percaya, kita takkan mudah terpedaya....

Maka percayalah...
Jika ada orang tawarkan dua perkara pada kamu, apa yang kamu akan minta?

Jika aku, akanku minta percaya dan ilmu. 

Sekarang 0243, pagi nanti pergi praktikal...dan aku rasa aku dah layu macam dandelion yang dipijak dengan sepatu. Aku tak sanggup hadapi hari-hari baru dengan hanya menghitung waktu. Tapi, bila semua berlalu, aku pulak yang rasa rindu. Choi!!! Rindu konon! Pigi jalanlah...

Okay! night everyone! Thanx for reading my nonsense entry! 
Soalan terbuka ni aku pernah tanya dalam entri minggu lepas.

“Delete blog patut atau tak selepas kita takde?” 

Jawapan 50-50. Ada yang kongsi cerita tentang blog-blog yang mereka follow tapi tuan dia dah takde. Masa aku baca semua komen, seolah lagu jaane nahin, denge tuhje terngiang dalam minda. Oh God sedihnya rasakan. Lagi-lagi kalau pemilik blog tu kita seolah  kenal berabad. Mesti rasa sedih triple quad kan? [sila mainkan video dibawah ni sambil habiskan baca entri...^_^]

Delete blog? Ya atau tidak.
Kalau tidak, ada sesetengah perkara kita patut semak dalam semua entri kita yang lepas. Semua segi dan presepsi blog kena jaga. Lagi-lagi bab aurat. Tidak, sebab nak jadikan kenangan pada mereka, mereka dan mereka. Sebab tulisan kita banyak membantu mereka yang akan hidup. Maklumlah dunia semakin dihujung kuku.

Ya, andai blog terlalu banyak kontroversi. Takut salah tafsir padahal pemilik dah lama pergi. Maka jawapan korang? Ya atau tak masing-masing ada sebab. Macam aku, mungkin aku pilih tidak kot. Tapi sebelum tu memang banyaklah entry yang kena kuarintin. T_T Kena masukkan dalam wasiat siap-siap. Takut ajal jemput tidak diduga.

Soalan-soalan jika korang TAK DELETE BLOG:
  • Setting bahagian comment kena ubah tak? Contohnya ‘comment visible after approval’. Kalau kita tak ubah, sapa yang nak approve komen orang tu? 
  • Kalau blog kita ada domain, ada tak domain yang automatik tukar jadi biasa tanpa tunjukkan yang domain tu boleh dibeli bila dah tamat tempoh? Supaya blog kita still available.
  • Wariskan blog atau biarkan tanpa sebarang update?
Kalau delete, mungkin akan backup dulu kot. Tak pun print hard copy. Buat simpanan untuk generasi. Bahan bukti tu! Evidence yang menunjukkan kita hidup dan persitiwa yang berlaku sepanjang kita hidup. [biarpun ada sesetengah entri tu ambil masa yang lama untuk dihadam T_T].

Kalau Horatio dengan Mac Taylor gali ni, 100% for sure semua soalan akan terjawab. Yang mana tergantung akan dicantum macam puzzle. Bila fikir balik, rasa macam bahaya pulak. Hahahahah

Pendapat dan pandangan korang amatlah dialu-alukan. Mana tahu ada idea yang lagi bernas untuk merancang persiapan sebelum pergi.

Perkara paling menakutkan dalam hidup adalah kehilangan. Betul tak? 
*insyaAllah, ada rezeki lebih teringin nak print out blog nih...buat siri macam journal gitu...


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!
  • "Sains Geomatik?"

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    7 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    17 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Beli tudung baru
    22 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026