Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Arau.

Dengar je nama Arau terus menggamit semua memori dan cerita. Siapalah tak suka setiap kali pergi Arau bawak RM10 pun boleh bertahan sampai malam kan? Arau kot...tempat lahirnya seorang lagenda. Tapi tak ramai pun yang faham perasaan teruja setiap kali pergi Arau.

Aku pun masih tak boleh move on setiap kali jejak Arau. Ada je cerita nak throwback. Ada je cerita nak diranting dan sebagainya. Gilanya personaliti aku setiap kali dengar nama Arau kadang tak semua orang dapat bendung. Sebab mereka tak tahu rasa tu. Rasa macam melambung dan melayang sambil tersengih tengok sunset dibawah pohon yang sekarangnya sudah tiada...sedih...sedih bila dapat tahu Academic Height dah tak terjaga. Sedihnya lagi bila tak sempat pusing sekeliling Arau untuk makan segala jenis makanan dan mengutip segala memori.

Nak pulak setiap kali pergi Arau, automatik lagu 'Cerita tentang kita' oleh Peterpan bermain dalam kepala. Weh, kenapa sedih sangat ni.....rasa macam kalau dapat duduk dekat Arau untuk selamanya pun aku tak kisah. Atau jadikan rutin pergi ke Arau setiap tahun hanya untuk mengubat rindu yang tak terbendung.

Dia bukan kisah cinta antara dua manusia yang orang selalu gembar gemburkan. Ia adalah kisah antara aku dan Arau. Arau punya damainya yang bila angin meniup sepoi bahasa ia seolah beri kekuatan agar terus hidup dan melangkah ke hadapan...Arau macam sebuah inspirasi yang akan menjentik hati setiap penghuni yang menjengahnya...

Kalau nak bahas isu kenapa Arau...aku lebih rela diamkan saja dan senyum sambil membayangkan ketenangan yang Arau sajikan...daripada terangkan panjang berjela pada orang yang tidak tahu menghargai Arau. Tadak guna cerita sedapnya sambal petai pada orang yang tak makan petai...tak pasal-pasal kau sakit hati...

Arau bersama memorinya.

Arau bersama air matanya...Arau...hanya Arau saja yang buat aku gembira dalam kesedihan. Hanya Arau saja yang dapat mengubat galaunya jiwa kala mahu sendirian. Hanya Arau saja...yang bila kau menapak sendirian ia seolah sebuah kekuatan. Memori bersama Arau sampai bila pun aku tak akan lupakan.

Trip kali ni aku tak sempat jengah PDJH. Aku tak sempat jejak PI. Aku tak sempat nak teroka CMart dan segala kedai baru yang ada. Orang kata bergerak ramai, jauh perjalanan. Tapi...tak. Kalau manusia yang ramai itu tak reti menghargai, aku rasa ada bagusnya gerak sendirian....

Bak kata Sum 41, I'm better off by my own...

Overall, tak semua orang boleh dijadikan teman trip ke Arau. Lebih menyakitkan lagi....jika mereka palit memori pahit pada kau. Aku ingat dowh. Aku ingat sampai bila-bila....dengan bertemakan lagu-lagu Sudirman untuk mengubat payaunya rasa, aku rasa...aku serik nak pergi Arau dengan orang sembarangan....

Aku lebih rela pergi unplanning trip sendirian.

Macam teruk giler penangan yang dipalit. Tapi, yeah...bagi aku it really cut real deep. Sampai aku rasa silap besar menjadi seorang manusia yang open up memori dia pada orang yang baru berada di level acquaintance...entahlah....

Kalau korang tanya, apa yang berlaku dekat Arau tempoh hari sampai aku cold-blooded macam ni?

Huh.....banyak. Banyak....sampai aku rasa ada baiknya cerita itu aku kemam sorang. Ada baiknya aku tak bersembang dengan orang. Ada baiknya aku bottled up all the feeling dari kena judge dengan orang...ada baiknya aku bawak diri dari bergaul dengan masyarakat yang end up....aku menyesal kenal orang....

Bila kau beri peluang untuk hidup pada sisi yang sikit pun bukan diri kau dan jadi macam ni, jujur aku serik. Kalau fake itu yang dipilih, baik aku pergi solo sejauh mungkin....dahlah...aku semadikan sumpahan memori itu bersama segala rasa yang mengecewakan disini. Agar kau tahu, tak semua kenalan itu boleh dijadikan trip buddies....

The only trip buddies yang menghargai kau hanyalah buku, lagu, pena dan duit....kau kena ingat tu....silap besar aku over exposed personality pada orang yang salah....tak semua boleh terima skelaton dizaman dunia serba plastik.

Aku yang emo. Tak emo bukan orang namanya. Random rant yang aku perlu buang dekat sini. Sumpahan memori. Agar kau tahu, tak semua yang ketawa bersama itukan wujud bila dibanjiri air mata....aku pun bukan pelampung untuk semua orang. Jadi, aku terima yang semua orang pun bukan pelampung untuk aku....Plus, tadak guna pun kalau baling pelampung pada orang yang suka main banjir....

Once again, don't get too close its dark inside....



Kadang ada satu masa tu, kita nak jadi orang yang paling berinspirasi dalam satu ruang. Ada satu masa tu pulak, kita hanya mahu menjadi bayang, echo dan hanya mahu hidup yang tenang tanpa mengejar segala benda yang semua orang kejarkan. Just living a simple life. A happy private life yang hanya terhad kepada orang yang betul-betul kenal kau sahaja.

Complex kan bila diri kau kena bertarung dengan dua dunia yang hendakkan perkara yang berlainan. Padahal end up, satu badan ni jugak yang masuk dalam kubur.

Best sebenarnya, hidup simple. Sekadar hidup, buat hal yang kau suka dan rasa seronok nak buat. No enforcement dalam apa tindakan. Sebab takde benda pun yang nak dikejar sangat. Semua benda ni nak laju-laju, pantas-pantas ke mana? Semua nak outstanding, nak authentic, nak itu ini kalau boleh impian itu dikahabarkan pada dunia...tapi somehow, mimpi sebegitu memenatkan jiwa. (If you're not born into it.)

Seronok je hidup normal, marhaen, mediocre....as long as they living their life to the fullest dalam hidup dia, tak bermaksud dia langsung tak berguna pada ekosistem. Seimbang, balance. Kalau semua orang nak jadi leader, habis siapa yang nak jadi pengikut? Kalau semua nak jadi tukang masak, habis siapa jadi tukang makan? Kalau semua nak jadi producer, langsung consumernya hanya berputar dikalangan producer sahaja? Tidakkah penat bila semua tujuan itu hanya berjalan atas dasar keuntungan dan kepentingan sahaja?

Kau tak benefit untuk aku, lantas kau tiada gunanya pada aku, begitu? 

Ah! Kalau begitu, kejamnya dunia! Yeah, it is a cruel cruel whole world bila semua orang fikir normal is boring. Tak pernah straight A, potato, tak pernah menjadi yang terbaik, lantas mereka itu manusia boring? Siapa letak level bar dalam kehidupan ni? Status, harta benda kalau fikir logik, semua benda itu akan kita tinggalkan.

Sakit otak nak penuhi impian orang. Sakit jiwa kalau ikut sangat dengan apa yang orang kata. Yang hidup dalam badan ini adalah kita. Yang mahu hadap semua benda itu adalah kita. Sebab tu lah simple life is way much fun...

Biarlah aku nak jadi penyu ke apa...as long as ia tiada merosakkan kehidupan orang lain.

Tak, tak emo pun...cuma jiwa kacau sebab dah lama tak baca Quran....argh....I should really not skipped reading AlQuran even for a day...Dah r, chow lu...karang makin banyak pulak penulisan hitam dekat blog ni.



Salam kabare dan salam maulidur Rasul bagi tahun 1441H. Dah lama rasa biarkan laman ini bersawang. Yeah, namalah laman sesawang, so biarkanlah ia bersawang sewenangnya. Hahahah


Holla gais? Pe cer pa habaq, lama tak dengar cerita. Ke aku yang makin tenggelam dalam lautan Pasifik ni? Hari ni tak dapat nak record podcast lagi, pasai suara tadak. Huhuhu...dah lama dah tak merasa hilang suara macam ni,...ala-ala seksi gitu. Karang bahaya pulak tak dengar langsung. Kalau dah okay esok, kita terus lah merekod ya...InsyaAllah.

Dengan bertemakan lagu dari dak Jonas Brothers, aku mulakan penulisan;

Aku tengah serabut serabai macam ni, mulalah nak merapu meraban. Maklumlah dah hampir suku tahun aku tak menulis ala-ala klasik deep sesat ke lohong tiada berorang. Kadang, aku sendiri rindu nak menulis benda macam tu. Malangnya, ia hanya menjelma saat aku terjatuh....kebahagiaan tika jatuh itu kitakan sentiasa dikelilingi ilham. Dan kebahagian tika gembira itu, kita lupa pada kesedihan....

Yang mana aku pilih?
Untuk kreatif dalam kesedihan atau untuk bahagia dalam ketandusan ilham?
Jujur cakap, aku suka pilih sedih, Sedih mengkayakan jiwa serta ilham. Tapi bahagia? Bahagia buat kita menghayati setiap kehidupan dengan senyuman. Seperti lilin yang wujud ketika black-out. Tapi bila cerah, tiada orang akan pandang dan kisah dengan kewujudan sang lilin.

Hurm....i'm only human....

Consistent is the key. Bermanfaat atau tidak itu terpulang pada jiwa yang menyediakan juadah. Sama seperti kita punya restoran, hari ni jiwa kita rasa seronok, jadi pelbagai juadah kita pinta sang tukang masak sediakan. Tapi, bila jiwa kita suram, jangankan sambal belacan, bidai kedai pun terasa berat mahu dibukakan...

Tapi, tak boleh. Jiwa suka tak suka, sedap tak sedap, janji kita terusan buka kedai. Kita terusan produce lilin walau kita tahu takde orang akan kisah dengan lilin yang terperuk dalam laci dapur tadi.

Lilinkah aku? Lakukah restoran aku kalau hari-hari aku buka dengan misi untuk menjadi restoran paling mashyur di abad-22?

Walau peminat makanan pelik-pelik itu hanya sekerat dua? Lakukah juadah idea lilinnya tadi?

Argh!!!

Serabut!

Aku tak tahu apa tujuan penulisan itu disemadikan disini. Adakah untuk orang baca atau untuk mengingati betapa sesatnya jiwa ini kala dia ketandusan idea....atau....sekadar menghiasai laman sesawang seperti sawang di Gua Kelam.

Tuhan, aku rindu Arau...rindu tahun 2013...rindu nak lepak dekat Academic Height. Rindu nak pakai tudung bulat, rindu nak jalan-jalan keliling Arau dengan basikal....tapi itu semua tinggal memori...tak sangka dah jauh kebelakang....

Hari ini yang ku sangka panjang rupanya sekadar kerdipan mata....

Dahlah, banyak sangat merepek. Kau pun satu, dah tahu rindu, pergi je lah jenguk sana. Arau I'm coming home!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    10 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    20 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026