Hari tu masa Matluthfi kawen, tadaklah aku sedu sangat.
Pastu bila Akim kahwin, rasa dia sama macam masa pyan kahwin dengan zul. Tak sedih,
tapi macam...macam tu lah. Macam makan nasi berlaukkan garam kosong, macam baca
buku tapi satu pun tak faham atau macam tengok cerita ‘Pirates of Carribean’. Budak
90’s dah makin ramai bersalaman dengan tok kadi. Makinlah tua daku rasa.
Tahniah buat Akim dan Stacy.
| credit and sumber ig Fadzilzahari |
Since when aku minat Akim nih? Jap, belek diari lama
dulu...based on apa yang ditulis dalam kitab lama, aku bukan minat Akim yang
sebenar, sebab aku lebih minat Akim yang klon. Cyeh! Takdelah...aku memang
minat sejak lagu ‘Bengang’ lagi...masa Akim buat konsert lagu Bercinta. Lagu
I’m Yours....tak sangka dah nak dekat 10 tahun Akim sebagai artis. Dah jadi
suami orang dah pun. Aku? tak payah tanyalah....
| sumber IG: Akim & The Majistret |
Tadak hal lah Akim dah kahwin pun. Ramai lagi ‘Akim’ kat dalam
dunia ni. macam Adele kata, takde dia pun ada ‘Someone like you’ pun
okey...tapi tu lah, kita takkan selalu dapat apa yang kita nak. Kadang kita
kena belajar menerima apa yang kita tak nak atau tak suka. [quote tadak kaitan..T_T]
So Akim dan Stacy, selamat pengantin baru ya! Semoga bahagia hingga
syurga.
credit to IG: Hlive
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, time aku kahwin nak jemputlah Akim ke majlis. [itupun kalau sudilah, kalau tak terpaksalah panggil akim lain...] hahahahha berangan! calon pun tadak dah fikir pasal artis jemputan...choi!
Dah! dah! tak baik usha suami orang lama-lama, itu hak milik stacy. Kita mana ada hak....
Entri khas untuk Akim dan stacy sempena korang kahwin. Nanti bila aku rindu korang, bolehlah aku belek entri nih...yelah katanya nak print out blog nanti...
Thanx untuk semua sumber gambar...tak sempat nak kejar flight tadi sebab sibuk uruskan tanah kat Miri ni...huhuhu kalau tak dah lama duduk sebelah stacy tadi...[okay! memang kena stop berangan...]
dah lama giler akim tak update blog dia...habis suda artis pujaan yang single mingle....sendiri lagi...
tetiba lagu zaiton sameon bergema dalam kepala...
"Dulu aku sendiri...kini masih sendiri"
Huhuhuhuhu...okay bye....ku rawat luka ini ditikar sejadah dulu.....
Liputan dari the rakyat post tentang perkahwinan Akim dan Stacy
lagi banyak gambar kahwin akim dan stacy
Liputan dari the rakyat post tentang perkahwinan Akim dan Stacy
lagi banyak gambar kahwin akim dan stacy










