Coret-coret Ramadhan….

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Salam ramadhan Al-mubarak buat semua umat Islam…

Al-kisahnya aku ‘yang terlambat’ untuk ucapkan salam Ramadhan pada awal. Ah,…usah ditanyalah ke mana hilang masa tu. Apa-apa pun here I am…(panjanglah kisahnya kan bila dah lama tak update…)

Alhamdulillah tahun ketiga puasa di Arau ni semakin tinggi cabarannya. Tambahan kerja lapangan pun bertambah jauuuuh jaraknya dari kampus. Maklumlah bulan puasa, yang dekat pun jauh, yang jauh apatah lagi…semaaaakin lah jauuuhnya…

Apa? best tak puasa kat Arau sebagai senior? 
– hahahaha tak payah nak katalah. sejak masuk sem 5 as a senior kononnya memang perit sikit lah. Baru tiga minggu, muka dah jadi macam ‘kicap’ balik dah…

Buka puasa makan apa?
– Biasanya kat bazaar ni memang banyak sangat makanan, tapi yang peliknya alih-alih nasi kerabu jugak jadi pilihan. Plus dengan teh ‘o’ ais…cukup. Kekadang tu adalah jugak makan dengan member kat luar. Ha, yang tu kalau tak lain kat KP jerlah…


Dua minggu berpuasa dan minggu lepas adalah minggu paling, paling tragis. Sebab? Bad week macam tulah lebih kurang. Minggu depan dah start cuti raya. Semua dah siap packing, tak sabar katanya. Raya tahun ni balik Miri. So, YEAY! (walaupun aku tak pernah faham apa bestnya tentang raya ni…*garu kepala*)

‘Dua minggu puasa hanya seminggu je sahur…’
‘Itu baru sahur, kalau terawih?’

Hahahaha, rasa macam nak berenang ke Langkawi tak?!
Masa hari pertama puasa, semua girls kelas aku berbuka sekali. Makan kat bilik je…beli kat bazaar pastu makan ramai-ramai. Seminggu puasa, member satu kelas pulak ajak buka puasa. Mana lagi kalau bukan KP! bolehlah…Semalam punya kes pulak, misi nak cari kawasan job untuk survey project, sampai ke balai polis ditanya…tapi tak jumpa jugak kat mana…so berbuka kat luarlah jawabnya.

Amboi makan besar kau ramadhan ni ea?
– Takdelah…puasa kurus je…tak best sangat nak makan. Entah lah..kalau dulu puasa rajin je nak join semua. Terawih, tadarus, Qiamulail…tapi sekarang? entah..buat tu adalah..tapi macam kosong je puasa kali ni…

Patutlah masa part one dulu ramai senior tak join aktiviti…’
‘Sebab apa?’
‘Kau tengoklah apa yang kita buat sekarang…’

Baju raya dah ada ke?
– Baju raya ada ke takde sama jer…takde beza pun. Jangan membazir.

Bila tengok site survey sekarang ni semua jejauh…rasa menyesal pulak tak ambil lesen motor dan tak memiliki motor. Pergh,…mau macam dehydration rasa…kering lesu tak bermaya…

Hari tu layan ‘Teduhan Kasih’ punya pasal, sampai bukak puasa pun dok melayan lagi. Sampai dah jadi macam ‘buka puasa bersama Adi Putra’ dah…hahahah tak sudah berangankan?

Okaylah, cukuplah kemerapuan kat sini…
Moga Ramadhan kalian dinaungi rahmat-Nya…
Chow dulu…

Keep reading on

PRIVACY IS THE TOP CONCERN ABOUT WEARABLES DEVICES

Wearable devices have gained great popularity in the health and sports sectors. The technology has …

Fashion?

“Gila!”  Itulah ungkapan pertama bila dia utarakan idea untuk mengubah fashion. “Kau gila? tak pernah …

Our Times buat aku tergila-gila!

Oh God! Still tersengih sendiri time entri ni ditaip! Cool down jap….Dah okey kot!  Our …

Akim

Hari tu masa Matluthfi kawen, tadaklah aku sedu sangat. Pastu bila Akim kahwin, rasa dia …

Toy Story 4: Listen to your heart…

Yup and yup and yup! Bila naik tajuk movie baru itu tandanya aku baru usai …

Aku harap kau baca…

“ASSALAMUALAIKUM”(Bebelan seorang Aku, budak tepi jalan…) Sedih ke bila ‘kawan’ yang kita cuba untuk berbaik …

Any thought?

0 thoughts on “Coret-coret Ramadhan….”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *