Cuti Raya di Mana???

July 12, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"

Cuti raya di mana??
Of courselah kat Miri!

Alhamdulillah, dengan selamatnya aku telah pun tiba di rumah tepat 10.30 pagi tadi. 
Fuh! memang tak terkatalah mengantuk tahap gaban ke berapa ceritanya kan? Sebab sepanjang flight dari KL -MYY aku hanya tidur. Iyalah, nak buat apa lagi kalau malam sebelumnya aku tidur-tidur ayam je. Beralaskan lantai surau yang amat sejuk. Memang tak tidurlah jawabnya!
(KLIA2 memang bestlah! Tapi Air Asia hanya best kat KLIA2 je, tempat lain....hurm ajelah...)
Dan sekarang, baru dapat buka puasa pukul 6.41 petang. Kalau sebelum ni asyik pukul 7.38 petang je...

Memandangkan aku dah wujud kat rumah ni, kenalah meringankan tulang yang dah berkarat tahap besi nak mereput untuk menyediakan barang jualan bazaar. Hari ni aku belumlah lagi pergi turun ke bazaar, maybe esok kot! Macam-macam jual...aku tengok tadi adik-beradik aku buat persiapan jualan dah macam pro giler! Aku yang baru balik ni ternganga dan terpinga tak tahu...baru lima minggu kat Arau, dah banyak berubah. 

Hajatnya nanti aku nak home made beberapa biskut wajib ada time raya. Misalnya; Almond London, tart nenas, popia, dan masih dalam idea. Mama carrie? ha, biskut tu pun dah lama giler tak buat. Corn flake madu mungkin ada...yep, mungkin....InsyaAllah...

********************************************

Assignment ada tak masa cuti ni?
- itu tak usah berkira sangatlah. Sangat ada! Plus kena prepare segala report. Report yang tak pernah habis. Sentiasa ada....


Tapi tak apa. Itu bukan penghalang untuk merasai kemeriahan hari bahagia. 
(even aku sendiri tahu yang raya hanya di sana. dan aku sememngnya tak layak untuk meraikannya)

Raya tahun ni, semua balik. dan cukup ahli. So, kenalah happy-happy kan? 
Lagipun bukan selalu dapat gather-gather macam ni. Sementalahan semua tengah belajar dan masih banyak masa, apa salahnya menyerikan rumah. Agaknya, memang riuh giler la rumah sebab dengan ragam tujuh orang pakar dapur dalam rumah. Mana yang masak makanan basahnya, makanan keringnya, kek lagi, ditambah pulak dengan biskut raya dan tak lupa....MERCUN malam raya!

Okaylah, mungkin setakat tu je cerita yang dapat aku merapu meraban kat sini. InsyaAllah kalau jari ni rasa macam nak bersenam, minda pun ada aje idea...aku akan update lagi. Bukan selalu line clear macam ni, time balik rumah ni lah kena hargai, takde istilah nak jimat data sangatlah!

Selamat menambahkan ibadah pada minggu akhir ramadhan!

'Ramadhan akan meninggalkan kita,
Syawal menjelma menandakan hari raya,
Kehidupan biasa bermula semula,
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa...'

14 comments

  1. Mama carrie tu lama jugak gua tak mkn...


    *telan air liur*

    ReplyDelete
  2. mesti best meniaga kat bazar nie kan? :D
    banyaknya persiapan raya. :D

    ReplyDelete
  3. Bestnye dapat beraya bersama-sama family. Belajar di uitm arau ke?

    ReplyDelete
  4. waaa...dah balit miri dah kah?? kamek lom start cuti gik tok...gik kat opis...arghhhh...jelesss hahhaha

    ReplyDelete
  5. Selamat kembali ke rumah dik...

    ReplyDelete
  6. memandangkan saya tak pernah ke sarawak, jadi teringin nak tengok entry sambutan raya orang sarawak, boleh ke? =)
    new gold reader #141

    ReplyDelete
  7. @Sarip Kumbang itulah baru teringin nak buat, tapi tak berapa nak jadi hu6

    ReplyDelete
  8. @BudakVanilla best sangat! persiapan raya je kena meriah, jemputlah datang open house raya kedua!

    ReplyDelete
  9. @Deanna Morni aok baruk sampe jak...sian eh...sik lamak agik cutilah ya...iboh sedih2

    ReplyDelete
  10. @namy yul boleh aje! insyaAllah saya akan update entry nya....:p

    ReplyDelete

© SOFIEADIE. Design by FCD.