Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Masuk bulan Julai ni, genaplah lima bulan aku tukar platform blogging daripada Blogger ke Nexbuilder. (Sorry gais aku masih tak punya kajian dan data yang mendalam mengenai Nexcipher untuk direview, bagi peluang aku habis final dulu, then baru aku boleh bentang dan kupas isu Nexcipher ni lebih mendalam-cakap jelah kau nak chill dengan Netflix, kan senang)

So, disebabkan gap antara satu paper ke satu paper yang lain itu boleh melancong dan makan angin, aku pilih untuk 'touch-up' blog. Sebenarnya blog ni masih separa siap dan belum sempurna sepenuhnya. Kalau ada terlihat cela parut blog ni dimana-mana, butakan saja mata kalian buat sementara (hahahaha)



Cerita hari ni adalah perkongsiaan mengenai 'What happens when you change your blog platform?'. Kalian benar ingin tahu? Benar ni?

  1. Duit korang melayang
  2. Masa akan terbuang
  3. Stress akan menjengah dan perlahan korang lupa untuk mandi
  4. Makan depan laptop perkara biasa
  5. Oh My Google Ads!
  6. Viewer merudum teroks!
  7. Dilanda kemurungan dan procrastination dalam gubahan penukaran
  8. Idea kering
  9. Tetiba bersemangat semula masa banyak deadline perlu dihantar selepas berabad abaikan proses migration blog
  10. Yeay!!! Finally I can release my new version of blog!

Oh, jangan risau perkara yang aku senaraikan itu hanya berlaku pada aku. Eh? Korang pun rasa macam ni jugak...Awee...High V!

The truth is, semua orang akan melalui perkara 1 (Duit melayang) tu tadi. Lagi-lagi buat mereka yang pertama kali nak menggunakan dot com (.com). Bila first time, mestilah kena buat research dulu kan. Hosting mana terbaik, murah dan reliable. Takkan korang nak terus jump to the conclusion, pick and drag everywhere without consider about the costing right?

Bila nak buat migration blog dari blogger ke wordpress atau apa jua platform yang dirasakan awesome dan reliable, kajian itu paling kurang makan masa bertahun. Yup! Dengar tu, B-E-R-T-A-H-U-N! Why? Sama macam teori kita nak buat majlis kawen. Eh, eh ada kaitan ke? Adalah sikit....

Kenapa perlu buat kajian sebelum migration? 

Wait for the next post ya!

The points is, antara 10 senarai tadi, semuanya akan mudah dan pantas jika kajian itu telah di-blueprintkan. Ah, sudah...mende pulak blue print ni? Pendek kata, paling kurang kita dah memenuhi semua senarai berikut;

  • Pros n cons
  • Cost comparison
  • Time dedication
  • Ultra speed high fibre internet
  • IDEA!

LIMA benda ni sangat penting untuk melancarkan segala proses pemindahan blog kita tadi. Kalau tidak, memang banyak akan tersangkut. Macam projek pembangunan yang tiada lulusan dan over budget. Ada tengok siap on time? Opkos kalau siap, runtuhnya cepat bangat tuh...

Cukup dululah, lepas paper yang terakhir nanti kita sambung ya. Wish me all the best and may the force be with us!

Adios muchachos!

Hi there!

Malam yang sepi lagi hening ditemani lagu-lagu yang mengimbau memori, aku dengan senang hatinya mahu bercerita mengenai dunia diploma dan dunia degree.

Idea ni tercetus atas permintaan member diploma dulu. Yeah, kau tahu siapa. Dan entri ni dengan terbukanya aku tujukan kepada semua. No hurt feeling here.

Rasa macam biased tak entri ni nanti? Yelah, dari awal lagi memang aku akan beratkan life diploma dari degree. Alasan?

Dah memang diploma lagi awesome kot! Degree life benda yang aku ingat dan memorable pun langsung tadak kaitan dengan dunia pembelajaran. Aku paling ingat hidup as makhluk asing yang sibuk kejar pelbagai sisi, dan tak pernah ingat nama ayah setiap sorang dalam kelas.

Okay kita mula dengan Diploma life.


Aku diploma dekat Arau.

Terang lagi bersuluh Arau adalah satu tempat yang sangat dekat dengan jiwa, tenang, country style, ada sawah, penuh adventure, dan yang paling penting segalanya murah.

Awal kelas aku kenal Alia. Dan kitaorang terusan kawan sampai sekarang. The best teammate ever la aku boleh labelkan Alia ni. Kalau diimbau balik, aku masih ingat semua orang punya nama penuh bagi keseluruhan kelas Ca diploma dulu. Nampak tak betapa ambil tahunya aku dengan rakan sekelas even diorang tak pernah kisah pun aku ni siapa. Sebab?

Diploma life adalah dunia ciptaan yang aku selalu impikan agar ia menjadi babak yang aku takkan lupa. Setiap sem ada objektif untuk dicapai, walau dipertengahan sem ianya agak barai dan serabai. Paling best, aku akan luangkan masa sendirian di tiga tempat ni: library, Academic Height dan Dahlia 3.

Kau tahu spot lepak kau saat perlukan ketenangan. Kau tahu yang headphone, muzik dan ritma serta buku itu akan sentiasa menjadi peneman kau. Sebab kau tak give a damn shit dengan perkara dan benda lain yang tiada memberi impak dalam babak cerita kau.


Jadi, dunia idaman itu wujud secara realiti ketika zaman diploma. Dari sudut kawan, aku akan on memana plan yang diorang rancang sebab aku tahu moment tu tak akan berulang. Dan jika ia punya ulangan sekalipun, impak dia takkan pernah sama.

Cuma pada penghujung diploma aku agak spoil sebab ada parasit masuk kumpulan kitaorang. Dan paling hantunya, aku boleh pulak kena infection parasite tu. Memang menyesal nak maki hamun diri sendiri pun ada jugak. Sampai sekarang aku masih rasa penangan kebodohan aku tu. Arghhhhh! (yang hantunya, ia masih menyebarkan racunnya even dah masuk dunia degree). God I hate myself!

Degree Life


Degree di Shah Alam.

Aku tak pernah plan bagaimana ia akan berjalan. Sebab aku punya aim dan objectives lebih kepada mencari side income dan pengalaman luar tempurung kaca.

Belajar? Masih fokus belajar, tapi dah tak kisah dengan pangkat dean list semua. Realitinya tak begitu indah. Jadi banyak tahun aku bercelaru.

Even dah tahun akhir pun, aku tak pernah sebati dengan budak kelas. Semacam ada gaung, jurang dan dinding antara satu sama lain. Walau masing-masing senyum dan gelak didepan, realitinya...bertikaman. Macam yang berlaku dalam satu group zaman diploma dulu.

Jujur dua tahun sebagai budak degree, aku tak rasa nak mencipta bonding and chemistry dengan rakan kelas. Ah, mungkin aku tak pernah aim untuk meluaskan network dikalangan mereka. Mungkin...

Dan tahun berganti, aku rasa macam hipo everywhere. Rasa tak best sumpah tak best! Lagi-lagi bila kau adalah orang yang punya prinsip hidup, introvert dan bukan kaki kipas yang terpaksa blend in. Semacam tak best dan sakit. Aku pun tak tahu apa sebenarnya tujuan aku untuk menjadi ramah. Mungkin ada hikmah yang masih belum diterjemah...

Jadi aku bagi peluang dekat degree untuk gunakan baki terakhir untuk kenal dengan semua budak kelas. Bolehlah...tapi tak sebest diploma. Hahahaha...degree life hanya boleh sampai level 'bolehla' dan tak lebih dari itu. Lagi satu hal, dunia degree kau boleh nampak atur hidup kau dengan lebih jelas. Pertarungan realiti dan hidup dalam kaca memang sengit dan banyak melukakan. Semua tabir dan hijab bagai terselak dengan sengaja.

Tipulah kalau kau tak pernah menangis sepanjang degree. Setiap sem kau akan terinsut punya.

Konklusinya, aku tak move on langsung dengan kebebasan dan pengalaman hidup di Arau. Aku rindu bau dia, pemandangan dia, tom yam dan segala tentang Arau. Shah Alam is good for surviving but Arau is way more great to know who you really are.

So diploma life aku akan kenang sampai hujung nyawa. Degree life maybe aku lebih ingat tentang luar dari kawasan kampus dan lebih kepada pengalaman mengharungi dunia sebagai someone who I never thought I would be. Sebab tu aku lost. Identiti itu aku langsung tak pernah detik untuk jadi.

Okaylah, aku akhiri entri ni dengan 'I miss you Arau' dan 'So long farewell Shah Alam'.

Ke mana pula hidup kita selepas semua ini berakhir?
Do you think about me cause I don’t have any doubt you must in this life

Even though you’re never there,

I didn’t feel you disappear from sight, you did it well.

Dua bulan yang lepas, Sum 41 ada keluarkan album baru diorang yang berjudul 'Order in Decline'. Dan dalam album ni aku dah berjuta kali mendengar lagu yang bertajuk 'Never There' among others song. Sebab?

  1. Ia seolah cetusan baru bagi lagu yang begitu menggamit memori seperti; 'With Me', 'Pieces', 'War, dan 'Best of Me'.

  2. Lagu yang begitu personal bagi Deryck dimana dituju untuk ayah dia (I just love personal song...)

  3. Dekat dengan jiwa dan kena dengan situasi hidup untuk dua dekad yang lalu...


[embed]https://www.youtube.com/watch?v=xQwTTalT5u0[/embed]

Apakah aku begitu tua dengan mengatakan aku sudah hidup selama dua dekad?

Nope man, aku masih lagi budak hingusan yang mengemis di jalanan mencari makna hidup yang sebenar biar kalam al-quran itu sentiasa ada untuk dijadikan rujukan.

Aku pernah mendengar satu gosip murahan ini yang mengatakan aku adalah budak muallaf yang baru kenal islam. Respon aku?

Gosh! Kalau aku muallaf aku tak masuk islam seawal ni barangkali. Mungkin masih berfoya, liar dan tidak wujud blog berupa orang yang lemas dilautan tak berpangkalan sebegini. Macam mana kau boleh terfikir yang aku ni baru masuk islam?

Mungkin benar. Mungkin aku masih jahil dan buta untuk praktikkan semua ilmu amal islam dari setiap sudut, ruang dan penjuru.

And now You and I share the same life missing out So the story goes

That we’re left, we’re stuck with a broken house.

I know that if I I had the chance I’d let you know, that I understand and I’ve let it go.

Kenapa susah sangat untuk mengkritik orang secara bersemuka? Kalau itu benar kenapa tidak palit saja cerita palsu itu pada aku? Tak perlu pun kau sebarkan seolah kau benar-benar kenal aku. You never there!
Ah, manusia dan spekulasi...bagai hingus dan air liur basi. Sentiasa ada walau kita bersihkan setiap hari.

Bidalan yang bagus kawanku. Apa kau sudah hilang akal?

Aku tak pernah hilang akal. Yang selalunya, bila aku membiarkan emosi dan perasaan mengawal akal waras. Masa itu mungkin berjuta kerja bodoh dan gila yang aku langsung tak mengaku samada itu aku atau syaitan yang lakukan.

Lagu ni dalam maksudnya.

Mungkin aku boleh tujukan pada semua yang 'Never There' untuk dua dekad itu. Ia sedih, sadis dan begitu menyiat rasa. Tapi, kau tahu...sebab tiadanya mereka disisilah kau terusan hidup tanpa sebarang putus asa. (Walau beribu kali juga kau fikir untuk harakiri atau jika ia halal sudah lama kau akhiri...)

Tapi aku biarkan saja...sebab aku pun sama macam mereka. Barangkali lagi teruk sebab aku pun 'Never there' for them. Jadi kita seri sama.

Jadi aku pilih untuk diam dan biar ia berlalu bagai dandelion yang tiada arah tuju dan tempat daratan. Mungkin dandelion itu bisa mengecap angkasa dan menjadi bintang...aku tak tahu.

I don’t need you by my side I think by now I’m doing fine myself, on my own

But I feel you time to time, like your sending outta sign to tell say I’m not alone

Walaupun mereka tiada pada saat itu, tapi doa mereka tidak pernah putus. Doa kita. Sebab setiap yang hidup semua bergantung pada pengharapan. Hope. Harapan yang buat jiwa punya objektif, matlamat dan sasaran. Walau kadang penat, kita tetap bangkit.

Dan ada masanya juga, aku hanya mahu Netflix and chill. Dunia terlalu pantas untuk dikejarkan. Tiada sisi yang perlu pada kita seorang.

Who cares if one more light goes out?
In a sky of a million stars...

It's kind of heavy tho.

Commitment, priority, dosa pahala, syurga neraka, single loser, married winner such things...

sampai satu masa kau diketuk dengan pemikiran sebegini kau rasa macam nak ambil saja pisau dekat dapur dan tikam saja diri ini tanpa ragu. Sebab kau tahu, hidup kau macam tak bermakna sebab semua 'box' kau satu pun tak pernah di'tick' sejak kau kecik sampai sekarang.

There are things that we can have, but can't keep

I'm very sorry if I never there for all of you...and I always pray that all of us will have a great ending. Di sana...
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!
  • "Sains Geomatik?"

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    7 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    17 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Beli tudung baru
    22 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026