Salam sejahtera warga bumi sekalian!
Amboi , ceria nampak?!
Aih, mestilah dah hajat hati tertunai, sapelah tak gumbira kan?
Apa dia hajat kau, kawen ke?
Ish, kau ni...ke situ pulak, takde hajat lain ke?
Habis tu apa dia?
Aku dapat tengok LOVE SUPERMOON dan POLIS EVO hari ni!!!
Akhirnya....tertunai hajat hati!
Ha, itulah cerita dia pada hari ini dimana saksinya di GSC, AEON Melaka...
Uish!!! Memang berbaloi-baloi tengok cerita ni, hari rabu pulak mana tidak terus bantai tengok dua-duanya sekali!....Debaran, sedih, gembira, air mata, aksi, persahabatan, keluarga dan lawak sepanjang menonton memang tak dapat dipertikaikan lagi! Syabas! Filem ini telah berjaya buat saya menangis dan ketawa dalam masa yang sama...
Love, Supermoon berjaya menambat bintang sebanyak 4/5, dan Polis Evo 4.5/5.
Tengok, masih lagi tersengih sensorang masa tengah taip ni, iyalah terbayang lagi betapa sempoinya lawak Triz dalam Love, Supermoon tu.
"Aku paling tak suka bila aku buat lawak orang tu tak gelak, pastu aku kena explain balik lawak aku tadi..."-Razak-
Memang bantailah gelak masa Love, Supermoon...hadoyai....lambat betul si Razak tu 'pick up'...yang Polis Evo pulak, masa Khai nak selamatkan Nisa, aku pulak yang tunduk takut kena peluru...punyalah feel aksi dia...
Overall, sangat best!
p/s: kehandsome-man Sam terserlah dalam Polis Evo! :p
Entah kenapa hari ni emo sikit pasal isu kenegaraan. Habis aku google mana negara terbaik, yang sesuai untuk immigrates. negara yang tak sesuai...top negara yang boleh terima Islam, yang tak terima, yang boleh itu yang boleh ini...macam-macamlah..siap tengok prosedur dia bagai...fuh!
(Aku pun tak tau angin monsun mana yang menyerang sampai aku gila nak tukar kerakyatan bagai..)
Dan akhir sekali aku google Malaysia Di Mata Dunia...
Aku jumpa satu entri yang buat aku rasa...
"Ruginya kalau lepaskan emas dalam genggaman kerana kejarkan berlian di jalanan..."
Siapa tak sayang negara sendiri dowh? Semua orang akan back up negara masing-masing kalau ada isu kenegaraankan? Aku patut sayang Malaysia. Doakan untuk Malaysia. Bukan hanya ketika musibah tapi setiap masa. Malaysia masih aman.
Tak, bukan ada sebab apa-apa pun..aku saja je cari bacaan tambahan untuk tahu berapa ramai rakyat Malaysia yang dah tukar kerakyatan. Memanglah impian aku untuk jadi 'Germanian' (betul ke idak ni?) tapi setakat melancong and belajar sana mungkin iyalah, InsyaAllah. Untuk tukar kerakyatan,....berjuta kali kena fikir. Biarlah pahit maung kita tanggung bersama.
Nota kaki: Dari hasil pencarian kat google,
*German adalah negara ke-3 yang sesuai untuk immigrates, dan Islam kat sana pun boleh consider as Okaylah...(dari bacaanlah, kalau dari praktikalnya aku sendiri tak pernah lagi ke sana, insyaAllah ada rezeki memang aku akan terokalah negara German idaman kalbu tu...)
*Rindu zaman Islam Hadhari.
"ASSALAMUALAIKUM"
Ehem, ehem...holla there!
Heaven kan dapat lepak sesuka hatinya lepas seminggu final berlalu. Dan dalam tempoh seminggu tu dah bermacam movie aku bantai. Berbaloi 10 hari tak layan movie hari tu, haa...sekarang tengah free, baik buat semua hobby yang kita suka. Baca buku ke, pergi join apa-apa aktiviti yang berfaedah dan etc.
Aku? of courselah layan koleksi movie yang dah terlalu lama disimpan tak dilihat. ecececeh....
Okaylah, aku tak nak waste time, cuma nak share pendapat peribadi tentang beberapa movie yang sudah dilihat...tak kisah lah cerita latest ke oldest..
1. Artificial Intelligince
Cerita ni bagi aku, macam takde point. Aku agak kecewa sebab cerita ni bazir masa aku. Cyeh! Hairannya rating cerita ni boleh tahan gak r..cerita pasal manusia cipta robot budak yang ada perasaan sayang pada orang. Senang kata cerita robot, manusia...bila ada sebahagian manusia yang tak boleh terima robot, berlaku chaos...End.
Aku bagi 4.5/10
2. After Earth
Cerita lakonan Jaden Smith dan ayahnya. Manusia datang bumi, ada alien...(lagi...) Overall cerita tentang misi si Jaden selamatkan ayah dia selepas ship yang diorang naik tu terhempas di bumi. Cerita ni banyak scene 'terkejut-kejut' sampai aku rasa boleh baling laptop masa tengah tengok...
Aku rate 5/10
3. Mr.Mortdecai
Ini cerita lakonan Johnny Depp. Dia jadi Lord Mortdecai yang giler pada seni. Satu hari tu, dia kena selesaikan misteri lukisan yang hilang. Namalah cerita comedy so takdelah heavy sangat.
Rate 6/10
4. Angel and Demon
Fuh...ini cerita lakonan Tom Hanks ni wajib tengok...wajib...Banyak kali tengok pun still lupa siapa orang jahat dalam cerita ni. Puas hati dengan ilmu dia. namalah professor kan kenalah hebat. Kagum sampai terpaksa rewind banyak kali.
Rate 7.5/10
5. Beastly
Alex Pettyfer. Sebab tengok? haah..cerita dia cliche gak tapi mesti tengok lakonan dia. oh, soooo charming!
Aku rate 6.5/10 sikit? na...
6. Begin Again
Buat pencinta muzik, cerita ni awesome dan wajib tengok. Iya, memanglah takde kaitan dengan muzik sangat, tapi perjalanan cerita ni out of expectation...kecewa? itulah realiti.
7/10
7. Big Game
First aku ingat ni cerita pasal lawan gusti ke, football ke...rupanya..cerita seorang budak selamatkan presiden US. Cerita aksi kanak-kanak lah bagi aku...pelik sebab rating dia rendah. tapi aku bagi 6.5/10 untuk cerita ni.
8. Black Hawk Dawn
Untuk cerita ni aku kena buat entri khusus untuk cerita ni saja. Uish, top ten war movie wajib tengok tu...9.5/10..dah lama cari, baru berkesempatan tengok..sob sob sob
Bebas! itulah perasaan lepas tengok cerita ni..Untuk cerita panjang boleh semak kat entri khusus dia
10. Surrogates
Cerita lakonan Bruce Willis. Robot, manusia..lagi....dunia macam game sim tu lah...apa ke dorang ni memang suka dengan robot even dah tau keburukan? Ciptaan Tuhan takde siapa boleh lawan der...
7/10 je aku rate...
***********************************************************
Fuh! Penat 'masuk dalam movie'! Ececeh...ini baru sikit, dalam dunia ni ada banyak negara, dalam setiap negara tu semua ada industri perfileman masing-masing...ha..bayangkanlah..
Da! Thanx for reading ya!