Salam penghujung Mac. Tak lama lagi puasa. April 13, 2021.
Tahun ni tak banyak beza dengan tahun lepas (2020). Masih sama, masih sendu masih tepu dan sewaktu dengannya. Tapi aku cuba untuk buat kelainan. Apa yang lain pun aku tak tahu. So far masih lagi sama.
Oh ya, ini adalah permulaan bagi refreshment blog sofieadie. Aku dah reset semua entri lama. Dah takde dalam lingkungan ini dah. Domain sama tapi semua cerita baru. Cerita lama dah tutup buku. Atau mungkin aku akan update mana yang perlu.
Guna Wordpress huh?
Sangat menyengalkan! Betterlah kau mula dengan blogspot dulu. Senang, mudah dan simple! Sakit pala o nak edit guna wordpress. Even kau dah beli theme dekat etsy atau mana-mana, kegigihan untuk edit tu memang erghhh!
Ni pun masih tak habis lagi. Aku tepu dah. Agak tepu nak hadap. Dengan width blog yang tiada aturannya, lepas tu paragraph yang tak boleh dijustified. Aku tak suka paragraph tak sama. Sakit mata dowh!
Tu jelah post bagi Mula ni. Sambung edit balik. Tu belum lagi edit blog sebelah tu. At least blog sebelah guna blogspot. Settle!
Nanti rajin aku sambunglah kenapa perlu sampai dua blog. Adios!

Guna WordPress huh?

Ada banyak perkara yang bila direnung dan diputar kau berharap ia tidakkan jadi begitu. Ia sepatutnya begini. Jadi kau mula tuding pada takdir. Kenapa? Kau sudah mula tidak redha dengan pengadilan hakiki?
7143
Jauh masa hadapan direnung, semenjak dia dibangku sekolah dilakar semua mimpi setinggi angkasa. Tapi yang berbalik padanya hanyalah debu yang bertebaran. Habuk! Dia hanya bersin mendapat sakit. Mana pergi taburan bintang yang dia lakar untuk dijadikan jambatan suatu tika? Mana?!!!
U537355
Kau, kau, kau...satu demi satu dihitung baris nama yang menjadi pemutar segala cerita yang sepatutnya mengikut apa yang direncana. Tapi apa yang dia dapat lakukan? Sekadar menyalahkan manusia lain atas segala tanggungjawab yang dia lari? atau agar dia tiada rasa bersalah diatas kegagalan menghidupkan mimpi yang diingini?
Ah! Dangkalnya fikiran. Yang bersalah, yang patut dituding itu semuanya aku! Aku yang hidup di dalam jasad bernyawa yang mendokong nama ini. Aku! Putarannya kembali sifar. Back to squre one kata orang.
Jika tiada dilahirkan nescaya aku tidak perlu menghadapi segala kegagalan. Argh!
93850N
"Semuanya baik saja" jawabnya ringkas bagi mengelak perbualan dipanjangkan.
Dia bukan bosan. Bukan kejam untuk menghalau semua manusia dari punya interaksi dengannya, dia hanya sudah tidak punya jiwa. Sifar. Segalanya tiada motif untuk punya perasa. Sama. Malar. Constant. Itukan yang semua mahu.
Sudah lama cartanya menjunam ke lohong keluar dari garisan statistik normal. Dalam garisan sejarah, dia hanya satu titik dari huruf i dalam ejaan 'History'.
Itu saja ceritanya.
7143 45 U537355 93850N