Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Hampir setahun dunia begini. Dunia overthinking, paranoid, anxious dan segala kegawatan serta mala petak menimpa. Satu persatu penghuni mayapada diuji. Dari sekecil rintisan hujan sehingga sebesar arus diraja. Semua, semua kita berhadapan dengannya.

Keempat faktor untuk kita kekal kuat kian menipis yang akhirnya tinggal sifar. Kejayaan semuanya sekerat jalan. Masih diterjah bau gagal.

Ah, gagal itukan petanda proses perjuangan. Kata mereka.

Sampai bila harus berkurung dan hanya meneleku pada sesuatu yang tiada kepastian?

Mungkin Dia mahu kita belajar erti kata 'dengan izinNya'. Tiada apa yang pasti selain dari kehendakNya.

Jalan pun sudah tidak kelihatan, manakan mahu berjalan? Dalam kesamaran? Terang pun kau terjelupuk berpaling tadah inikan pula dalam bayangan.

Entahlah...sekerat jalan itu selalu menjengah. Pantang dia mahu ke penghujung, ada saja yang menghalang. Semua, semua cerita dan gerakannya hanya sekerat jalan.

Untuk memulakan ia semula, ah...tiada daya serta kuasa. Pesimis akalnya semakin tajam. Apa guna bersikap optimis dikala kekusutan begini?

Semua hanya agenda. Kita adalah permainan dunia.

Apa lagi mahu dipercaya selain tawakkal padaNya?
Hola amigos! Ni hao! Xin nian kualie!

Pe cer? Pe habaq lama sepi habis berhabuk blog semua benda outdated, irrelevant and most importantly nonexistent!

Mana kau hilang ha? Last seen pun Julai. Lima bulan lepas tu. Okaylah, masih dalam beberapa bulan, belum tahun. Tepu sebenarnya bila laptop takde. Tu yang hambar je blog. Nak update guna phone, hurm ajelah....

Baru berapa baris, dah kering otak tetiba takde idea nak update apa. Padahal banyak giler untold story nak kongsi. Sejak balik Miri, tup tup la ni stranded di Kuching. Pasaipa boleh ke Kuching pulak?

Ha...itulah kau, sape suruh tak update cerita dengan member sendiri, kan dah banyak tertinggal. Sibuk sangat nak promote bisnes itu ini gelabah dengan ekonomi, nak jadi outstanding end up terkapai di gigi langit jugak.


Halusinasism betullah!

Nak cerita, tak rajin. Tapi nak update jugak even hambar. Maklumlah sejak masuk dekad ni, dunia hanya tinggal dua warna; hitam & putih. Makanya, aku pilih kelabu.

Kelabu bagi gambaran terkini. Mendung, hujan, banjir, segala macam jenis bencana, petaka dan masalah dari semua segi keluar hadirkan diri penuhi Bumi. Jadinya, setakat rumusan 2020 hidup seorang aku itu tiadalah bermakna sangat jika dibandingkan dengan apa yang populasi dunia lain lalui.

Dasar halusinasism!

Podcast?

Ha, itu kita memang tak dapat nak update buat masa sekarang. Biar dulu ia tergantung begitu. Aku urgh gila setiap kali dengar podcast sendiri. Apalah yang aku fikirkan sepanjang bersemangat nak hasilkan podcast tu? Lagi-lagi season 2. What's wrong with me huh? Ada ke benda, urgh...nak delete, sayang....benda bodoh macam tu jugaklah buat refleksi penambah baikkan pada masa akan datang...Ah, biar je lah...

"Kita ni tersangkut pada dunia yang ingin memberi inspirasi tapi tidak mahu menonjol diri....stuck!"

Halusinasism!

Halusinasi + ism = Halusinasism.

Sebuah teori khayalan yang selalu diangankan tanpa suatu pun jadi kenyataan. Ia sekadar sebuah ilusi.

2021.

Apa yang kau dah gapai?

Huh? Soal tentang pencapaian hidup ni kadang terasa macam takde satu benda pun yang lepas garis berjaya. None! Semua masih disekitar 'ha, bolehlah dari takde langsung'. Pathetic loser gila! Hatta nak sedarkan diri betul atau tidak aku ni loser, aku ambik ujian 10 soalan 'Di tahap manakah kegagalan aku berada sekarang?'

Jawapan?

Pathetic loser! hahaha

Takdelah, tu ujian memain sajo. But still...

"Tak pernah terfikir yang pengakhir 20'an kita macam ni..."

"Macam ni macam mana?"

Aku pandang dia, dia pandang aku. Dan masing-masing melepaskan helaan yang dalam. Berat bunyinya...

I don't like my mind right now,
Stacking up problems that are so unnecessary...

Halusinasism...apa yang digapai itu bukan diangan.

Banyak perkara, orang serta idea dilepaskan begitu saja. Peluang serta ruang itu dikatup kerna sudah tidak percaya. Nonsense katanya. Kenapa? Kenapa memaksa? Kenapa masih berimpi setinggi angkasa sedang kaki terang lagi bersuluh masih terpasak pada mayapada?

Terpasak kau kata? Berdiri pun bertongkat masakan punya upaya untuk memacak kaki pada graviti?

It is what it is. Now and then.

Tak kisahlah pengalaman itu benar atau tidak, ia tetap bukan alasan. Jadi aku lebih suka berdiam. Tidak semua manusia yang dikenal punya kelayakan pada kebenaran dan penerangan. Diam itu lebih baik. Berundur, dari bertempur di medan tanpa senjata.

"Kadang aku tak tahu nak percaya apa dah...I think I am toxic in this whole 'ship' thingy...and maybe this is the time I let myself fade away from your memory..."

Tetingkap chat dipadam. Dia termenung...

'Kau patut bersyukur punya teman yang benar-benar mahu selamatkan kau dunia akhirat. Apa masalah kau?'

Tangan ditopang pada dagu. Taipan terhenti. Bunyi kipas menderas menampar muka hingga menenggelamkan alunan muzik Forever oleh Peder B.Helland.

Baru hari ini dia punya jiwa untuk update cerita, belek cetera barang satu dua. Itupun tiada satu yang melekat dimata. Telah lagi hati. Balik-balik kisah yang serupa. Genre berunsur pemasaran. Kecewa....

Ah, kemerepekan apakah yang telah merasuk ni?

Buat semua warga laman yang menjengah, yang kenal, dikenal, mengenal, siapa pun anda yang pernah berselisih memori pada babak bersama makhluq bernama sofie ini, aku harap muka surat tentang kita itu kau koyak dan bakar tanpa sebarang keraguan. Tiadalah manfaatnya aku pada kalian.

Jika terselit satu dua baris yang buat kau tersenyum kala berduka, simpanlah baris itu. Jika sekadar pencucuh yang membara hingga mengalir air mata, goreskanlah nama aku hingga terpadam dari kamus hidup kalian. Usahlah disimpan jarum yang patah ini lagi.

Apa yang dibelakang usah dipandang dengan penyesalan, iakan menjadi beban pada masa akan datang. Apa yang dihadapan usah dirisaukan, iakan menyempitkan pilihan. Dan sekarang, biarkan halusinasism bermaharajalela kerna itulah pelarian kehidupan seorang manusia yang lumpuh mimpinya....~ so4ie
Tadi ikutkan aku dah siap tulis satu entri. Guna apps Wordpress. Tapi harey semua lesap. 😑 Makanya, aku kena start over balik cerita merapu Tepi Jalan.

Dalam kehidupan ni fasanya banyak. Terlalu banyak. Bukan setakat lahir, bayi, sekolah rendah, menengah, puberty, kolej, diploma, degree, master, phD then mati saja. Panjang lagi fasanya.

Fasa Biawak - Fasa Penyu - Fasa Dandelion - Fasa Pelangi - Fasa Jerangkung - Fasa Zombie...dan lain-lain lagi.

Katalah sekarang aku sedang berada di Fasa Tepi Jalan. Fasa yang kau nak lintas minta dilanggar agar hidup itu dapat dihabiskan disitu terus atau kau bina RnR untuk dimanfaatkan bagi sesiapa yang ingin berehat kala nafas terputus...

Itu fasa hidup seorang aku yang tangannya sudah kebas menaip entri yang sama walau konteksnya sudah berbeza.

Nampak asing bukan bila kau pilih untuk berundur dari bertarung. Seolah kau itu mudah benar putus asa dan kecil sekali jiwa berjuang. Ah, aku bukan si pejuang idaman semua orang.

Kenapa mahu bersusah payah kala diri tiada apa nilai yang boleh ditawarkan?

Fasa Zero kata dia.

Ah, manusia dan kesempurnaan seperti kek salju yang jarang sekali dibuat menjadi oleh si tukang kayu bertangan batu.

Ini entri perjalanan tepian jalan seorang manusia yang tidak mahu punya sebarang interaksi dengan manusia lain. Lebih-lebih lagi pabila dia memilih untuk bebas dari segala segi yang menyekat horizon pergerakannya. Tidak kiralah diarah oleh sang raja berbaju emas atau si katik berkeris pendek.


Yang penting dia tidak terlibat dengan sesuatu yang bisa meragut ketenangan jiwa.

Katalah dia bodoh sekalipun dia tidak kisah. Janji jalan yang dia pilih untuk dirintis itu tiada punya ular atau buaya yang berlidah dua.

Pelikkan.

Setiap kali aku nak up entri sesantai mungkin, ia mesti berpenghujung kiasan yang bila dibaca kemudian hari bisa merungsing akal fikiran.

Apa sebenar yang cuba kau sampaikan?

Entahlah weh...aku penat hirup udara gagal. Hidu nafas sebagai manusia loser....

"Kau hidup itu lambang sebuah kejayaan..."

Sengihan sumbing.

Entahlah...terlalu banyak keluhan sehingga dia lupa nikmat kesyukuran..

Itu saja dibisiknya. Malas bertingkah pada manusia yang tampak lebih jauh berjaya di usia yang jauh lebih muda.

Alih-alih di tepian jalan ini juga dia mengemis kasihan. Sebuah laluan yang jarang dihargai setiap insan.

Nak ubah quadrant hidup dari kiri ke kanan itu tidak semudah yang dicerita. Nak jadi S ke B itu pun tidak indah jalannya. Telah lagi jika mahu terus lompat ke I.

Yang penting ia berubah dan minda kita jua bisa teralih sebelum dipejamkan mata...moga sempat dengan IzinNya.

Dahlah weh, takat ni dulu rapuan tepi jalan seorang aku yang takut pada lintasan seberang. Ada baiknya aku perindahkan laluan ini dari menjengah ke laman orang. Paling kurang, bermanfaat pada jiran...

Terkandas mimpi dijaring labah.

Tersadung kaki tersungkur rebah.

Mahu ditangis gusar dijerlus tanah.

Maka bertarunglah ia dilipatan sejarah..

 
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    10 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    20 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026