Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Dalam kecelaruan mengharungi hidup, mengatur, merancang masa hadapan yang belum pasti....sungguh bisa buat kepala bingung! Bingung! Bingung! Sampai boleh bengong! Ergh!!!

Hari tu aku dah tengok cerita, aduhhh apa da nama tajuk cerita tu? Drama politician thriller tu....aduh lupa pulak namanya..Jap, google iflix...haaaa Daulat!

Ha, korang dah tengok belum Daulat ni? Kalau takde benda nak buat tu, pi lah layan sat. Aku tak cakap dia filem paling terbaik seantero dunia. Dan aku pun tak menafikan yang cerita tu bahasanya indah.

Tapi, ada setengah orang (ya, setengah orang...) dia baaaaaanyak bising pasal movie tu. Aku rasa macam naik sampah dengan manusia macam tu. Dia macam bangsa yang dok compare End Game vs Ramadhan tahun lepas. Aduhhh, annoying gila! Ha, kan dah emo tak pepasal. Okay habis cerita. Pffth pada manusia demikian...

Tajuk takde kaitan dengan entri,. Ya, itu memang hobi aku bila menulis sekarang.

Bila fikir balik, aku tak nak bertanggungjawab dengan kehidupan dewasa aku selepas ni. Aku malas nak pikul beban bil itu ini...insuran, simpanan, profit, semua tu....argh! Kenapalah aku tak terperangkap dalam dunia kanak-kanak untuk selamanya je? Tak perlu pun fikir pasal duit, sumbangan, bantuan, pengharapan....sistem semua yang membantu kadang aku tak boleh nak percaya...

Bagi aku sistem tu tak wujud dan tak pernah wujud pun...yang ada cuma kepentingan...urgh....

Baik kau diam dalam gua lah woi!

Memanglah, kadang tu rasa selesa gila, bangun ikut suka, impian kau just nak penuhi hidup dengan Tuhan...fokus pada hidup akhirat.....tapi, bila realiti ketuk, dia cakap, hidup kena berusaha...baru kau boleh sandar pada Tuhan 100%...kalau tak usaha, mana mau jadi...

Membuatkan aku macam terdetik;

'aku ni memang dilahirkan untuk tidak berjaya selamanya ke?'  

'ke aku memang hidup untuk penuhi statistik warga loser, mediocre semata?'

Entahla...setiap kali terdetik macam ni, kadang aku rasa macam malas nak terlalu kejar apa yang sepatutnya aku kejar. Yeah, tak salah pun jadi marhaen...tak salah pun duit cukup pakai...tak salah pun tolak semua sistem....dan tak salah pun kalau kau tak nak terlibat dengan sistem....


Cukup basic dah ada, itu bagi aku dah cukup syukur. Terima kasih pada ayah, sebab banyak mudahkan kehidupan kami....secara tidak langsung, memang ayah dah banyak persiagakan aku untuk hadap dunia penuh pancaroba ni...

Kena campak situ sini dulu tu, buat aku dah lali dengan norma sekarang...malas...ya, aku memang malas...malas nak jadi bising, tong tang tong tang pada saluran longkang yang end up diperairan buaya...

Kalau dulu aku berangan nak jadi muka depan majalah, masuk tv, kena interview bagai...sekarang pada aku, cukuplah aku dapat jumpa Tuhan dalam keadaan aku sedia. Husnul khatimah....aku malas dah nak kejar benda yang belum tentu aku akan dapat. Usaha? Uh, kalau dengan usaha itu bisa mengoyak jiwa ni, baik aku lari sejauh mungkin...

Benda takde spare part jangan dibuat main...

Loser? sokay...aku dah biasa dah

Janji aku tak dikawal sesiapa...bukan sistem, bukan jua saluran sampah...

Biarlah aku hanyut dari terjerat...usah diberi pelampung pada mereka yang suka berenang...

Itu saja pesanku...walau realiti aku tak pandai berenang, tapi biarlah aku lemas....at least jasad masih bersatu...walau jiwa dah jauh ke dasar laut...

Daripada aku berangan setinggi langit, yang jatuhnya kelak menyepaikan jasad dan paling teruk jiwa....

Tidakku dongak pada burung untuk bebas tapi ku pilih hanyut didasar lautan untuk meraih tenang.....

 
Dengar cerita harga minyak tengah murah giler sekarang. Tapi tak boleh keluar. Hahahahaha. Cerita sedih dan gembira untuk semua.

Hari ke-19. 

Aku cuba jugak untuk tak terlalu update sangat dengan isu semasa sekarang. Bukan apa, takut paranoid. Nak keluar dari zon paranoid tu bukan senang. Sampai boleh hilang keyakinan pada Tuhan tu. Makanya, kali ini, aku pinjam nama COVID bagi segala pemikiran yang berlaku sepanjang musim ni sebagai COVID Thoughts.

Dulu, masa sebelum aku ambil sesuatu kos atau sambung pengajian ke peringkat tinggi, aku mesti akan tanya soalan ni pada diri sendiri:
"Apa peranan dan contribution kos yang bakal diambil tika dunia dilanda perang?"
Dan aku cuba senaraikan sebanyak mungkin peranan yang kos tu dapat sumbangkan. Tapi, since aku sendiri dah bercelaru dengan persoalan tu sendiri, aku rasa Sains Geomatik adalah antara kerjaya yang sangat penting jugak. Sebab diorang ada basic buat thematic map. Map untuk kawasan zon merah, zon kuning mahupun zon hijau bagi jangkitan C.

Masuk je kos pengurusan hartanah, aku rasa dia sangat bagus sebab dia bagi pengetahuan tentang hartanah. Bila, macam mana dan apa yang patut kita tengok setiap kali nak beli rumah. Memanglah takde orang nak beli rumah masa zaman COVID ni, tapi kalau ada yang berkemampuan dan ada simpanan untuk beli rumah yang cukup, sekaranglah waktu yang sesuai.

Dah tentulah kerjaya yang paling-paling banyak memberi sumbangan tenaga dan khidmat pada kita tanpa kira masa adalah para saintis, ahli agama, doktor, barisan jururawat, tukang masak, pembersih alam sekitar, polis, cikgu, tentera, peternak, petani, media dan paling penting barisan pemimpin negara. Aku tak nafikan kerjaya lain penting, tapi dari segi memenuhi keperluan rakyat jelata, ini adalah barisan hadapan. Yang kemudian diikuti barisan penyokong seperti pengangkutan dan penghantaran, internet developer, juru teknik dan seterusnya....

Kalau betullah setiap 10 tahun akan terjadi pembersihan penduduk bumi, aku pun tak dapat bayangkan samada 2030, 2040 itu imune badan ni dapat tahan ke tidak dengan pandemik macam ni....Tak, bukan nak terlalu yakin yang kita akan hidup, tapi...just imagine for a while...bagi kesedaran untuk lebih menghargai masa sekarang.

Berbaki 18 hari lagi nak Ramadhan, tapi situasi masih tegang. Aku punyalah tak nak terlalu obses dengan angka kes C ni, tapi setiap seminggu, aku akan updatelah sehari...tup tup makin bertambah kesnya. Sedih....lagi-lagi dengan pengkhabaran yang jangkitan ni pun boleh terkena tanpa kita sedar. Nak bukak pintu rumah pun dah takut sekarang...huhuhuhu

Tetiba masa macam ni, takde kereta pun takpe. Asalkan ada tempat berlindung dan keperluan asas elektrik, air, makanan, minuman dan internet...internet tu penting wo....

Walaupun 2020 takde kereta terbang, tapi tanpa kita perasan 2020 mengajar kita untuk adapt dengan dunia tanpa sempadan. Tak semestinya kena pergi opis baru boleh buat kerja. Ada internet, dimana saja kerja boleh jalan. Adapt dengan dunia digital nomad. Kena hadap...itu dunia teknologi yang patut kita guna sekarang.

Kalau aku ada anak sekarang, aku suruh dia sambung bidang kedoktoran dan jururawat. Bukan nak serap pemikiran dengan jadi doktor gaji masyuk, atau jaminan kerja...tapi nak jadikan dia parajurit yang berjuang pada negara bila tiba situasi macam ni berlaku. Besar peranan diorang, hanya Tuhan dapat balas.

Aku selalu jeles dengan orang yang hidup dikawasan desa. Yang ada tanaman sendiri, ada ternakan sendiri...yang boleh survive walau takde kelengkapan moden. Asasnya, awal keperluan manusia itu adalah agama, tempat perlindungan, kelengkapan pakaian dan makanan serta ilmu pengetahuan.
Tak perlu mewah, janji hati kaya....

Keperluan aku sekarang tak banyak. Cukup makan, minum, ada internet, buku, rumah tempat berteduh, laptop dan paling penting kesihatan.

Dan perkara yang aku tak perlukan sekarang adalah; beauty esssential, baju baru dan segala barang tambahan yang tanpanya kita masih boleh hidup.

Sorry dowh kalau sesiapa yang promote items yang bukan keperluan. Aku tak dapat nak support. Aku pun terpaksa ikat bajet..kena berjimat cara hemah. Pendapatan pun tadak...so aku utama yang utama dulu....

Sekarang kita berada di era 21st century. Dimana ramai menantikan WWIII dan kemungkinan inilah WW yang kita hadapi. Dia tiada kemusnahan secara fizikal. Tapi dari segi biologi dan humanity. Aku dah cakap ini adalah C-thought yang dikongsikan pada laman ini supaya aku tak fikirkan perkara yang tiada kesahihan ini lepas ni....

Akihir kata, semoga kita semua dilindungi rahmat Ilahi dan diberi kesempatan untuk hidup dan menghargai dunia akhir zaman ini....dan dijauhi dari segala fitnah dunia, fitnah dajjal, azab kubur dan api neraka....Amin ya rabbal a'lamin

Wassalam...

Siapa pernah baca novel RADHA? Relevankah Aku Di Hatimu giteww.

Okay, ini bukan tajuk kupasan mengenai novel RADHA atau isi hati sesiapa. Ini adalah perbahasan mengenai tahap ke-relevan-an blog di zaman millenium. Sebelum kita bermula, marilah kita tarik satu dua nafas sebagai membersih pemikiran dari debu zaman Jepun.

Sesiapa sahaja boleh cipta blog

Generasi hari ini rata-ratanya memiliki peluang yang sangaaaaaaatlah banyak untuk jana income hanya dari rumah. Ditambah dengan musim PKP macam ni, lagilah besar peluang untuk explore, belajar segala macam teknik untuk buat duit dari rumah.

Well, ini bukan post ajar korang buat duit dari rumah. Tapi lebih kepada, kenapa semua orang patut mulakan blog sebagai income tidur. 

Pertama dan utamanya, semua orang harus faham, yang zaman sekarang kalau kita ada 4 perkara ni, insyaAllah kita akan berjaya. InsyaAllah.... Ditambah pulak dengan work-smart, consistent dan displin, memang sesiapa boleh pergi jauhlah...(#pesanpadadiri jugak)

Apa dia 4 perkara tu? 

  1. Wifi / Internet
  2. Mindset
  3. Impian
  4. Laptop / Smartphone

Simple kan? Tak perlu banyak. Hanya 4 barang ni, kalau semua orang boleh kuasai dengan sehabis mungkin, memang boleh berjaya.

Katalah, aku ikut purata.

Puratanya, semua orang ada internet dan smartphone. Betulkan? Paling pun, untuk student sekarang dah ada laptop. Sebulan kau pishang tak tahu nak buat apa, scroll twitter, IG, FB dan bermacam soc-med dah kau scroll, sampai rasa macam, 'Ya Allah, bilalah fasa PKP ni berakhir?'

Instead of kita menghitung hari untuk ia berakhir, apa kata, try buka laptop, search Blogger, dan buat satu blog free. Sebagai newbie, free pun dah cukup okay dan suatu pencapaian yang bagus.

(Aku sarankan sebagai pemula dan memang tak tahu langusng pasal domain, hosting, plug-in semua tu, ada baiknya mulakan dengan Blogger dulu. Bila dah ada kemahiran dan faham semua term-term dunia blogging, kalau nak cuba Wordpress sangatlah digalakkan.)

'Tapi, aku tadak mood nak tulis..'

'Nak tulis mende? Aku mana reti nak taip panjang-panjang...'

'Leceh la buat blog, nak design lagi, itu ini itu ini...'

That's it!

Kalau kau adalah manusia yang pernah bagi alasan macam ni, tapi masih curious tentang relevankah blog di zaman millenial, ada baiknya baca post ni sampai habis. Sebab nyatanya, blog sentiasa relevan pada setiap masa! Ya, betul tu!

Blog sentiasa dicari orang.

How???

Well, perkara pertama bila korang curious tentang something, korang pergi mana? Google kan? Katalah kita curious tentang cerita hantu yang berlaku dekat hostel UiTM Lendu, dan kita pun taip....

'UiTM Lendu berhantu'  dan tekan search.

Carian pertama yang keluar adalah blog fiksyen shasha. See, Fiksyen Shasha tu asalnya adalah kompilasi cerita seram yang disusun oleh pemilik blog. Kemudian dibuka peluang kepada sesiapa saja untuk submit cerita. Dan blog itu berkembang dengan jaya sehingga semua orang kenal.

Sebut je cerita hantu, Fiksyen Shasha.

Cerita seram je, Fiksyen Shasha. Dia dah jadi macam satu flagship bagi blog tersebut.

Contoh lainnya pulak, resepi nasi goreng kampung. Pun yang akan naik nombor satu adalah laman blog. Artikel blog dari website masak-masak.

Jadinya, blog ini senantiasakan relevan sampai bila-bila. Masa aku awal buat blog dulu pun, just kongsi cerita pasal kos yang aku ambik je. Tak de benda sangat pun nak cerita. Adalah satu dua tiga empat benda merapu. Yang menariknya, benda-benda merapu tu kadang ada jugak orang baca dan carik. Misalnya:
  • Post pasal Apa itu Poyo?
  • Tragedi aku kena tipu Mak Cik TBS
Paling hits sekali, pasal Sains Geomatik. Padahal semua tu aku tulis empat lima tahun lepas. Tapi makin lama, makin relevan (lagi relevan kalau sentiasa update mengikut peredaran zaman). Relevan sebab Google dah simpan kemas rapi kita punya cerita dalam data diorang.

Orang sentiasa perlukan maklumat dan pengalaman sebenar. Sebab pengalaman itulah yang buat kita dekat dengan pembaca. Kadang, dengan kongsi pengalaman kita (walau pada masa tu dirasa entah apa-apa), sebenarnya kita dah tolong surutkan kerisauan dan perasaan ingin tahu orang lain yang bakal mengalami pengalaman tu.

Lagi-lagi bila kita akan hadapi driving test keesokan hari, atau kena interview oleh pegawai-pegawai tertentu bagi masuk bidang pengajian yang kita minat. Maka, sebelum tidur, kita gigih ni Google dan baca semua pengalaman orang. Nak bagi kita ready dan tak terlalu gelabah. Bila kita dah boleh cool down dan tahu perasaan nervous itu normal, at least kita boleh bagi semangat pada diri yang kalau tak berjaya, bukanlah maknanya dunia kehidupan kita tu habis takat tu je. Ada banyak peluang dan hikmah yang kita boleh ambil.

Jadi, kalau korang tanya aku,

relevankah blog dizaman millennial ni?

sampai bila-bila pun aku akan jawab YA.

Ia sentiasa relevan. Sebab blog adalah evergreen. Bukan sekadar trend yang bermusim. Blog sentiasa ada. Makin lama kita jaga blog, makin banyak kehidupan yang kita tolong.

Jadinya, mulakan saja blog korang hari ini. Dotcom atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting mula. Lepas tu baru kita boleh belajar dan adapt dengan proses yang dilalui.

Ini quote kesukaan setiap kali rasa macam tadak semangat:
Rome was not built in a day  & There's always room for improvement

Untuk korang yang dah lama ceburi dunia blogging ni, pernah ke korang rasa menyesal sebab buat blog? 

Dan untuk kalian yang baru saja nak menceburi dunia blog ni, welcome to the bloggerhood!! Yang penting enjoy dan selamat blogging!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    10 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    20 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026