Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Tahun ni kebanyakkan geng-geng Arau aku dah habis belajar. Bila dah habis belajar ni, majority ada yang terus kerja, ada pulak nak relax, makan angin atau duduk tenang-tenang bagi sebulan dua. Jeles pulak aku tengok diorang boleh santai-santai dan tak payah runsing dengan kemasukan semester baru yang masih berbaki kurang dari sepuluh hari ni.

Paling best sekali, tak grad lagi dah dapat kerja. Masyuk betul rezeki diorang. Selepas beberapa hari exam habis tempoh hari, diorang mulalah ajak ke situ sini. Antara tempat famous yang diorang selalu suarakan adalah, Ho Chi Minh, Jepun, Bali, Bandung, Thailand…paling jauh sikit pun Australia. Dan yang paling buat tercekik nafas nak kumpul bajet adalah jelajah Eropah.

Kau tahu ajelah, member yang kaki jalan mulalah tak sabar suruh orang ikut plan dia,

‘Weh jom pergi melancong sama-sama. Bila lagi nak backpacking macam dulu-dulu. Dah start kerja nanti, bukan senang dah nak ada masa macam sekarang. Hari tu kau kata nak lunaskan impian jejak Ho Chi Minh sebelum 2020.’

Adoyai….puas kepala fikir bilalah bajet travel ni nak cukup.

Member cakap, ‘kalau kau fikir benda ni nak jadi, takkan jadi punya. Kau kena berani buat sesuatu yang luar dari perancangan’.

Aku ternganga kejap. Dia dah kerja masyuk, bolehlah sembang kencang gitu.

Aku ni ha….bab nak melancong, memang kena atur rapi-rapi. Supaya tadaklah poket bocor sana-sini. Lagi-lagi kalau melancong ke negara orang nih. Mahunya tak gelabah nak bersedia dari awal.

Sebenarnya, ramai orang tak tahu sangat yang bila waktu yang sesuai untuk dapatkan promosi yang murah-murah. Untuk manusia spesis macam aku ni, lebih suka beli tiga bulan awal. Tak kisahlah ada deals ke takde deals, aku memang akan beli at least tiga bulan sebelumnya. Tapi hakikatnya, kita boleh dapatkan harga yang lagi murah, kalau betul-betul kena dengan timing dia.

Sudah, bila pulak tu nak tunggu masa yang sesuai?

Aku dahlah tak boleh tengok duit banyak kat tangan nih. Nanti ada jelah tetiba hobi baru nak dibeli. Tapi pengalaman melancong ni tak sama dengan barang yang kita beli tu. Mana mungkin barang dicagar dengan pengalaman kan?

Jadinya, ramai galakkan untuk usha masa Traveloka Saleabration yang kurang dari dua hari saja lagi promosi ini akan berlangsung. Katanya masa promosi tu, kita boleh dapat online flight deals yang murah-murah termasuklah penginapan hotel, airport transfer, experience dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Kalau tak sempat ke MATTA Fair 2019 KL pun tak perlu dah nak rungsing, sebab semua deals tu boleh jugak didapati melalui online. Kan senang tu. Tak payah susah-susah nak jalan jauh-jauh semata-mata untuk dapatkan deals yang hebat-hebat. Menghargai setiap kuasa di hujung jari gitu! (Kata jelah kau tadak teman nak jalan hahahaha)

Since promosi ini akan berlangsung hanya sebulan sahaja bermula dari 26 Ogos hinggalah 27 September 2019, diorang sarankan agar aku gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk merancang perjalanan tanpa mengira bulan apakah aku nak pergi.

Tapi still kena check monsoonnya jugak. Supaya tadaklah pergi time bulan puasa. Karang naya kena puasa lebih panjang dari waktu berbuka.  Tu okay lagi, kalau kena musim hujan sentiasa, tak ke naya pulak demam dekat negara orang?

Memandangkan hujung tahun adalah musim yang paling sesuai untuk mereka yang teringin nak tengok salji atau merasai suasana sambutan Hari Natal dan juga tahun baru di musim sejuk, jadi bolehlah tempah awal tiket percutian ke negara Hemisfera Utara.

Ah, sudah mana pulak Hemisfera Utara tu?

Hemisfera Utara adalah kawasan sekitar negara eropah seperti United Kingdom, Germany, Switzerland dan  lainnya.

InsyaAllah panjang umur memang teringin nak jejak kaki ke Negara German.

Impian dari dulu sampai sekarang, kalau boleh nak jugaklah merasa budaya German barang setahun dua. Eh, tu dah lama sangat dah tu! Usha jelah dulu, boleh buat perbandingan harga, tak dapat pergi hujung tahun ni, habis praktikal awal tahun depan pun jadilah.

Jadi korang yang mana dah lama teringin dan sudah pun kumpul duit untuk melancong tu, marilah kita sama-sama cuci mata dan buat pilihan secara bijak. Kalau tak melepas lagi….So, see ya on the next flight!
(Bicara dalam dialect indonesia)

Kau pernah mimpi?

Mimpi bertemu peri-peri yang akan merealisasikan segala impi menjadi realiti?

Geleng. 

Aku tidak percaya pada peri. 

Kenapa?

Kerna peri selalu mengecewakan banyak jiwa...buat mereka lupa pada kuasa yang lebih besar dari angan si peri...

(Sinetron tamat)

###

Belum mula menulis sudah mengantuk. Biasalah menulis kala mata sepatutnya lena, aku paksa ia untuk buka dan berkerah tenaga memikirkan perkataan yang serima nadanya. Bismillah awalun kalam pemula bicara...katanya lima belas minit yang lalu.

Jam sekarang menunjukkan pukul 0221. Bermakna, ada tiga jam lebih mahu ke waktu subuh. Ah, setiap malam dia qiamullail. Tanpa solat. Bagaimana, dikirakah itu sebagai berjaga malam? Wallahua'lam...

Sambil mencari latar muzik yang sesuai, aku mulakan penulisan dalam keheningan malam. Gelapnya tenang. Sunyi mengasyikkan si pemejam mata yang sudah panjang mimpinya. Ingin aku turut serta, tapi mimpiku....terlalu berat dan sarat dengan kata yang aku sendiri sukar untuk bernafas kala menceritakannya. Terasa lena seharian pun tidak mampu untuk membendung mimpiku ini.

Mimpi...


Zaman kanaknya pernah bermimpi, mahu menjadi manusia termuda membuka resort atau hotel atau sebuah kompleks perlancongan. Nyata masih jadi angan walau sudah menjangkau dua puluh tahun kehadapan.

Maka, dia mimpi lagi...

Untuk menjadi manusia yang berjaya meraih sebanyak "A" dengan hanya empat bulan belajar. Tidak juga berjaya...dia mulai merasa lelah untuk berangan dan mimpi disiang hari. Tapi, harapan nan secubit mengetuk mindanya agar terusan mencari. Tanpa henti. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran dunia di setiap jemari.

Ketika berada di pengajian tinggi, dia pilih untuk hidup berlainan identiti. Kononnya fokus itu bercabang dua, tapi dia buta pada cabang yang lagi banyak tidak kenampakkan walau sekadar bayang. Dia sudah terjerat dan tersesat dalam keriuhan amukan gila mimpinya yang mahu mengejar semua dalam sekelip mata. Dunia sudah membutakan setiap deria kemanusiaan yang dia pernah penjara suatu tika.

Cinta dunia memakan diri. Dia mengejar, dia terkejar.

Lelah!!!

Tersungkur di tirai mimpi. Tertarik tabir yang selama ini dia cuba untuk sembunyi. Penghujungnya....dia tetap menangis sendiri.

Esakan semalam menjadi percikan bara pada jiwa yang masih percaya pada sebuah mimpi.

Percaya, kuncinya. Percaya adalah fius pemula buat dia lebih gagah.

Percaya yang setiap direncana walau rapuh, dengan tekad dan usaha serta izinNya, dia pasti kan berjaya.

Percaya.

Yakin pula arangnya.

Yang sentiasa menghangatkan bara mimpi itu agar terusan membakar segala anasir yang luar dari kawalannya.

Mimpi ----> Percaya ----> Yakin ---> Tindakan ----> Terserah pada Tuhan

Apa kau pasrah selepas bertindak? Semudah itu kau berserah? Kelihatan lemah di medan perang. Belum masuk bertempur, baru bunyi gempita, kau sudah rebah. Heh, keluar sajalah dari medan...

Lalu dia keluar. Bukan keluar dari medan pertarungan. Tapi keluar menjadi pendekar yang mengetuai pasukan. Pasukan mimpinya yang sekian lama lena hingga diketawakan setiap darinya.

Apa yang harus dimalu?


Malu itu letaknya bertempat. Malu tidakkan membantu mimpi. Malu, kitakan tersesat. Malu hanya pada satu. Adab. Bukan pada pembangunan kendiri.

Boleh terkandas tumbesaran jika malu tidak mengenal laluan.

Itu, sana lorongnya malu.

Sini lorongnya hanya mahu memajukan diri.

Kalau dipermainkan kata itu hanya sekadar untuk mainan bibir, usahlah berkata-kata. Kata itu harusnya dikota. Kata itu, harusnya dipelihara untuk yang selayak mahu menerima.

Kerna telinga, bukan cawan kertas yang kau boleh sewenangnya menuang kata-kata manis murahan yang berakhir dengan hurungan semut merah yang menyakitkan. Telinga itu, wayar yang menghubungkan melodi yang merdu menyimpul setiap satunya menjadi lagu.

Liur itu pula, bukan siraman untuk si cawan penuh.  Liur adalah liabiliti dari Tuhan. Harus bijak menjaga agar tidak berhutang yang sia. Cukainya bukan calang-calang. Bukan boleh dibayar dengan ringgit Malaysia mahupun dolar Amerika.
Hatta 'maaf' dan 'terima kasih' jua belum tentu dapat membayar segala piutang walau fizikalnya resit telah dikeluarkan...

Mana isunya mimpi, hingga ke liurnya basi?

Usah malu untuk bermimpi walau disiang hari. Ia percuma. (Dalam tempoh awalan). Kemudian, kau harus bayarnya berterusan.
Mimpi bukan lagi prabayar. Mimpi adalah pascabayar tunggakan bil yang kau harus laksana secara harian...

Kerna mimpi itukan menjadi nyata, bila kau komited untuk mengejarnya dalam setiap tindakan.

Mimpi masa lalu itu masih aktif walau telah bertukar pelan talian. Yang penting ia masih bergantung pada satu hayat. Nyawamu....

-0343-Masa untuk bermimpi....-
Bila dah seminggu tak up cerita, kau pun dah berkecamuk nak letak tajuk apa. Awalnya tadi nak letak "Masih Mencari", kemudian ditukar kepada "Persiagakan Carian". Bunyi seakan mahu persiaga kematian. Dan berakhir dengan "Aset dan Liabiliti" disebabkan itu isu yang bermain dalam benak fikiran kau paling dalam sehingga hari-hari kau persoal samada aku ni "Aset atau Liabiliti" dalam kehidupan sekarang. (Dan setelah habis menaip, aku pun tak tahu apa yang kau sembang?)

p/s: ini bukan subjek akaun.

Well, hello there!

Kabare kalian yang masih mencelik dan sudi menjengah laman sesawang yang menjadi lair untuk aku merapu meraban dan melepaskan segala pemikiran yang kurang waras untuk dibahaskan secara lisan.

Bagaimanalah mahu mulakan dunia podcast, kalau kau sendiri dah lupa cara intonasi bacaan secara fizikal? Aku tak tahu weh. Sumpah tak tahu dan sebab itulah aku katakan sebenarnya isu aku nak bahaskan adalah "Pencarian", "Mencari", dan segala kata terbit yang dihasilkan dari kata asas "CARI".

Kemungkinan entri ni panjang berjela itu tinggi. Sebab ada tiga isu yang dikupaskan. Itupun kalau ikut rangka awal. Kebarangkalian topik itu bercambah seakan tinggi.

Isu 1: Cari

  • Dalam hidup sentiasa ada sesuatu yang kita ingin cari.
  • Bila dah cari, kita selalunya ambil masa yang lama untuk menilai dalam pencarian
  • End up fasa tindakan kita akan berhujung dengan tiada jawapan
  • Sebab terlalu taksub dengan kesempurnaan
Cari bukan sahaja tujuan hidup. Segalanya perlu dicari. Kalau tak dicari, orang katakan tiada berjumpa. Kalau berjumpa tanpa sebarang pencarian itu tuah yang jarang-jarang kenampakkan.

Cari, hilang. Cari, terhalang. Cari,....perjalanan yang penat! Kadang ditipu, kadang dibantu. Kadang segalanya seakan hilang dalam radar, sesat dalam cahaya....

Isu 2: Siaga

  • Bila dah cari, selalunya kita persiaga
  • Siaga jiwa, raga bagi sebarang kemungkinan
  • Kalau boleh, mahu semua sempurna dan lancar
  • Kalau boleh, tidak mahu berhujung tangisan dan air mata..
  • Kalau boleh, biarlah penghujungnya gembira
  • Siaga pada sebuah mimpi ngeri
Bagaimana?

Siaga selalu kecundang tengah jalan. Momentum untuk terusan istiqomah itu turunnya lebih banyak dari naik. Kencangnya berpidato lebih hebat dari mengelap peluh. Siaga pada apa? Kalau dicari tiada dijumpa...

Seakan mahu berteriak, "Sudahlah! Aku mahu keluar dari maze ini!!!" dan bila diluruskan jalan itu, kau termangu kaku.

Isu 3: Aset

Robert cakap, aset adalah sesuatu  yang bagus dalam kehidupan kewangan dan penstabilan ekonomi kendiri.
  • Aset akan mengkayakan kau
  • Nilainya sentiasa naik dan tak pernah ketinggalan zaman
  • Membantu menjana passive income tanpa kau sedar
  • Kau bebas dari segala piutang dan ikatan
Aku setara dengan asetkah? Bernilaikah aku untuk dijadikan suatu kebanggaan pada alam?

Affirmation cakap, kita kena rasa diri kita worthy. Ubah perspektif hidup kawan, nescaya kau rasa diri kau punya kualiti tinggi dan memberi nilai aset pada semua orang yang mendampingi dikau.

Aku harap begitulah...

Isu 4: Liabiliti

  • Liabiliti ada bagus dan ada tidak
  • Ada yang akan menjerut, ada yang akan membantu
  • Liabiliti punya nilai susut
  • Nampak mewah tapi fikiran kusut
  • Lambat laun, poket kosong
  • Memberi rasa terbeban pada orang
Liabilitikah aku?

Konsep.

Siapa yang cipta konsep? Kalau dengan wujudnya konsep ia buat hidup kompleks.

Aku masih mencari hidup, niche, tujuan, haluan....duit...definisi hidup sebagai manusia yang selain daripada memenuhi populasi. Aku nak sesuatu yang outstanding tapi relevan. Sesuatu yang sanjung tapi humble. Idola yang boleh aku puja tanpa bertopeng muka...

Hahaha....kau sendiri gelak, sebab sendiri pun tahu jawapan. Tapi kau deny sebab kau takut label...walhal tak de orang tahu pun labelization yang kau permainkan dalam otak yang penuh karat lebih berat dari karat emas.

Tuhan jawabnya.

Rasul, idolanya.

Aset yang tidak pernah menyusutkan kehidupan kau.

Liabiliti yang menguntungkan.

Mahu kah dikau?

***

Cuba untuk tidak mengfokuskan hidup pada sebuah perbandingan angka. Cuba untuk hidup buta, pekak dan bisu sementara. Cuba untuk berlapang dada walau diterjah berjuta soalan yang kau sendiri sukar untuk tetapkan jawapan. Cuba untuk meluaskan pemikiran...cuba untuk tidak menterjemahkan bahagia pada yang ada.

Aku cuba...

Cuba untuk terusan sesat kalau itu beri kedamaian jiwa yang tak semua orang mampu tafsirkan situasinya. Cuba...

Oh, kemanakah kau bawaku sesat ini?

Entahlah....mungkin kau patut siagakan fokus yang telah kau cari, tingkatkan nilai aset kau dan jadi suatu liabiliti yang berbaloi untuk dimiliki.

Telus cakap lurus usah difaham.

Bersimpang siur kata mengkabur rawan rasa yang senyap sengsara.

Dikurung tiada didengar, dilihat tiada disapa.

Bahasa dipusing dikunci setiap ritma.

Agar yang membaca tidak menerobos istana yang dibela dalam gelita....
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    10 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    20 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026