Maaf Dari Hati...

July 26, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"
Jauh dari sudut hati ni, aku nak minta maaf sangat-sangat untuk semua yang pernah menyinggah sini, yang follow, yang komen yang tinggalkan jejak....
yang aku dah lama tak komen...silent reader aje...
Di atas semua kekasaran bahasa dalam penulisan, siapa tahu ada yang tersayat jiwa tika membaca...
Maaf kalau ada yang aku tak balas ke hapa semua selama menyelam dalam dunia blog ni...
Sebenarnya kalau ditimbang tara blog aku ni, tak layak pun di siar...hahahah
Banyak merapu dari input...tapi itulah tangan dengan minda aku ni 
sik pande dok ternah mun orang sarawak madah!
Mala ajak mok berloya sia sinek...

Apa-apa pun maaf dari hati untuk Sofarz sebab guna tajuk lagu sebagai tajuk entri..
Suka sangat dengar lagu ni, tak pernah jemu...seolah dari hati...
Nampak tu nak minta maaf pun boleh lari fokus..
Abaikan semua tu...
Yang penting peluang meminta maaf di hari raya aku takkan lepaskan...
Memang orang kata;
'Jangan tunggu raya baru mintak maaf!'
Tapi, raya adalah peluang terbaik untuk sebuah kemaafan...

2 comments

  1. salam lebaran..maaf zahir batin ye..

    ReplyDelete
  2. mohon maaf segala silap selama kenal ni ye hehe.
    lama Ana tak dpt dtg sini. ada masalah sikit =D

    salam aidilfitri :)

    ReplyDelete

© SOFIEADIE. Design by FCD.