The Useless

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Pernah suatu ketika dulu aku dengar seseorang berkata dengan anaknya.
“Kalau korang semua ni mati lagi bagus, dari hidup menyusahkan aku! Hidup pun takde guna-guna asyik menyusahkan orang!”

Aku yang mendengar pun merasa sedih, inikah pula orang yang dituju. Sedih. Lagi-lagi aku tengok anak-anak orang tu semua masih dalam tahap satu. Hingusan! Apalah yang dorang faham sangat dengan makian tu semua. Tapi, tulah ayat yang berulang-ulang aku tengok orang tu cakap dengan anaknya. 
The useless!
 
Sampai sekarang ayat tu masih kedengaran. And memang betul, apa yang diucap oleh seorang ibu itu kan menjadi doa kepada anaknya. Memang dorang akan jadi si useless setiap kali balik rumah. Bukan sebab diorang takde inisiatif sendiri, tapi sebab diorang dah bosan dengan ugutan dan makian yang keluar dari mulut si ibu. Mereka dah besar. Sampai bila nak marah-marah??
Dan bila sang ibu baru berjinak untuk memanjakan anaknya ketika usia mereka sudah menginjak 20-an, mereka dah rasa geli. Sebab itu bukan cara mereka dibesarkan. Mereka telah dilatih macam askar. Hati batu. Kasihan sungguh! Tapi, itulah yang aku perhatikan.
Tapi, orang selalu kata jangan salahkan ibu mengandung. Memang ibu mengandung tak bersalah. Semua orang berhak untuk dapatkan peluang. Tak kiralah peluang ke berapa sekalipun. Yang penting kena ingat, Tuhan sendiri pun tak pernah menutup peluang kepada hambaNya untuk kembali, inikah pulak kita manusia yang nak menghukum. So not fair lah. Tapi, kena ingat setiap proses pasti perlukan masa. 
THE END!

Keep reading on

Rindu Rumah

“ASSALAMUALAIKUM”(Coretan dari utara…kemerapuan yang tak pernah habis….)Petang yang damai macam ni, kadang buat aku terfikir …

Happy Birthday To Me…

“ASSALAMUALAIKUM” Cerita kek tahun lepas punya.. Soundtrack: If you’re not the one by Daniel Bedingfield …

Waktu menjadi saksi…

I always told myself that 2017 going to be a rough year. Why? My other …

Moving Forward

“ASSALAMUALAIKUM”Semalam aku berjumpa dengan Sir Z yang mengajar subjek Engin. Surv. 2,..dan dengan penuh ____ …

Betul ke?

Dalam hidup kita selalu dihadap pelbagai pilihan. Bila tiada pilihan, kita merungut kata tiada versatil. …

Aksara

Aksara… Tidak semua boleh ditatap ramai pabila bercantum menjadi satu ayat, Tidak semua kata boleh …

Any thought?

0 thoughts on “The Useless”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top