Bebas berantai ni dia punya lingkungan tak
besar. Radius dia pun tak panjang. Macam sempadan Sarawak kat Laut China Selatan
la lebih kurang. Nampak macam besar, tapi tak boleh pergi jauh. Bila lebih dari
had, kita kan dipersalahkan kerana melanggar peraturan. Macam zombi yang terikat
dengan rantai besi. Dapat bayangkan tak?
Samalah seperti orang yang hidup dia penuh
kebebasan, tapi jiwa dia terbelenggu. Boleh jugak disamakan dengan burung
merak, bersayap tapi tak boleh terbang. Nak bebas tapi ada rantai yang
menjerut. Ronta atau biarkan, tetap akan mati. Jadi jalan selamat, pilihlah
bertenang. Seperti dibiarkan tapi dalam minda penuh perancangan. Susun atur nafas
dengan perlahan supaya tak tewas kerana putus harapan.
Bebas berantai situasi dia tak sama dengan
gantung tak bertali atau layang-layang putus tali. Gantung tak bertali dengan
layang-layang putus tali ni, kalau dia jatuh atau terhempas, memang teruk kesan
dia. Konsep dimana letaknya rantai atau tali tu bergantung pada presepsi
seseorang.
Kadang letaknya di pergelangan tangan seperti
gelang, kadang seperti rantai yang memukau tapi bisa menjerut. Boleh jadi
seperti gelang besi dikaki seperti banduan merbahaya. Kadang tali itu digenggam
oleh kita. Ada masanya jugak tali tu seperti pelampung ketika kita lemas,
seperti sayap ketika kita hampir terhempas dan seperti titian untuk kita ke
seberang.
Siapalah taknak hidup bebaskan? Bebas dari apa
jua segi yang hanya korang sendiri tahu definisinya. Dalam terlalu teruja untuk
hidup bebas, jangan sampai tersalah melepaskan tali dalam genggaman atau
memutuskan rantai yang diikat. Sebab boleh jadi tali atau rantai itu adalah
hidayah dari Tuhan.
Maka fleksible kan ‘tali hidup’. Supaya ‘tali itu’ dapat membawa kita lebih jauh dan selamat ke destinasi impian.
Fuh! sekarang ni aku pulak yang rasa terpenjara.
Thanx for reading!




kindly feel it right now.. huhuhu T_T
BalasPadamfuh! beratnya rasakan? tabahlah ct...insyaAllah kan temui jalannya
Padamsaya setuju~ kadang2 rasa diri macam bebas, hakikatnya kita tetap terikat... terikat dengan rasa bersalah...
BalasPadambetul...rasa bersalah yg jadi pembunuh dalam diri...
Padamyesss! kadang-kadang kita terasa ada yang mengikat kita sampai kita rasa terbeban. tapi kalau kita bijak menilai erti sebalik 'ikatan' tu.. InShaaAllah ada hikmahnya :D
BalasPadamitulah....definisinya terlalu dalam...hikmahnya pun insyaAllah berbaloi...
Padambebaskan..,
BalasPadamaku cuba...
Padamcik enkena baca 2 kali untuk memahaminya.. cik en faham..
BalasPadamwah! bagus nya cik en cuba fahmkan! heheheh....thanks cik en!
Padam^_^