Semalam aku tido awal. Dalam pukul 10, aku dah sampai kat Iceland dah. Lepas tu bangun-bangun je, tengok jam...da 2016! Wow! 2016 huh? Genap 1 Januari ni, Collin Morgan dah 30 tahun. Aku? Aku...baru sebulan sebaya dengan Logan Lerman...sekarang semua orang dah panggil kakak...tak lama lagi mak cik...lepas tu umi...then Jaddah...last sekali yang tak dapat diduga pulak...arwah.

Tak, aku bukan nak hampakan tahun baru semua orang...aku tak nak jadi spoiler tahun baru...aku pun happy apa sebab tahun 2016 akhirnya muncul. Tahun yang bakal menentukan semua benda yang telah aku usahakan. InsyaAllah dalam tahun ni, aku grad...then kerja. Aku dah dewasa? Arghhhhh!!! Tak mahu dewasa! Dunia dewasa yang menakutkan! Tapi semua itu tetap berlaku walau aku tak hendak dan tak ingin...Empat tahun lagi 2020. 2020 bhai, wawasan 2020!
2016 huh?
Sorotan tahun paling best adalah tahun 2008. Sebab apa? sebab zaman tu zaman Sultan Mizan. Pastu aku dah lama tak buat koleksi sorotan tahun. Yang aku simpan hanya 2008 je. 2008 zaman rebel! 2008...zaman Mawi kahwin...zaman Faizal Tahir penuh kontroversi....lepas tu kawan aku ramai yang tak sokong dengan dia...hanya aku, muzik, kamu je yang setia sokong beliau...terlalu banyak 2008 ajar aku...
Imbas balik semua memori macam ada flash card dalam kepala. Bersediakah aku hadapi 2016 dengan penuh rasa kesyukuran? InsyaAllah....
2016 tu nombor je...takde apa yang akan berubah kalau bukan kita yang nakkan perubahan...
So, nak berubah atau ada azam, tak payah tunggu tahun baru...sebab hari-hari adalah tahun baru bagi orang yang mempunyai impian dan tujuan dalam hidup. Betul tak?
Tahun baru itu sekadar momentum untuk kita lebih bersemangat. Macam fungsi cukup rasa dan pasti sedap,...samalah jugak dengan fungsi kedai Daiso. Diari aku pun dah bertukar dah....tapi setahun tak cukup satu diari wo....kena ada dua paling kurang...oh...sebut pasal diari, yang 20 nama kat sidebar aku ni harap dapat bersabar k? aku akan cuba settlekan hal penghantaran sebelum Januari habis....Untuk awal bulan ni korang boleh guna buku tiga lima dulu kot! hehehehe..
Dahlah...orang cerita 2016, aku dok sibuk bebel 2008...enam tahun dah berlalu...lupakanlah...
Aku harap 2016 akan menjadi tahun paling terbaik dalam hidup kita semua!
Ya, semoga kita semua sentiasa berada dalam kesyukuran untuk meraih erti sebuah kebahagiaan....



betul tu, takut pula menjelma bila dah meningkat usia ni kan. banyak cabaran yang bakal ditempuhi. collin morgan tu merlin ke? XD
BalasPadamha'ah...merlin...minat jugak ea?
Padam^_^!
Hhaha, tak de lah. Dulu kan famous cite merlin kat tv :D
Padamsangat!!! sampai xleh nak move on bila arthur mati....huhuuhu
Padamnak mintak sambungan je ...
Setiap hari pun perlu berazam...
BalasPadamSemoga grad dgn cemerlang
ya betul tu!
Padamamin....saya harap begitulah hendaknya..
^_^
Hai sofie... happy new year.... azam baru.. yeahh... kipidap..
Padamholla cikla!
Padamyeah azam baru!
happy new year too!
mmg angka tapi bila masuk tahun baru macam2 perkara akan dibuat.. cthnya dikatakan tnb akan mansuhkan subsidi.. hihi.. selamat tahun baru sofie!
BalasPadamhahahahha.....angka yg ada makna bagi setiap manusia...
Padamselamat tahun baru juga Kak eintan!
setuju sangattt semua azam tu akan tercapai kalau ada will utk buat, dah keep on doing it kan :)
BalasPadamorg letak azam tahun baru sebab kire start brand new gituu. hahaha
happy new year!
kan??? apa org kata..consistent dalam mencapai tujuan..
PadamHappy new year too nina!
sy pulak dah official berumur 20 tahun. dah masuk angka 2 tu hahaha
BalasPadamanyway,semoga sofie dimurahkan rezeki & dipermudahkan urusan pada tahun baru ni :) inshaallah
Amin! semoga impian dan hajat tashira jugak tertunai utk tahun baru ni!
Padamhappy new year too tashira!
Hahaha comel je entri ni! selamat tahun baru :)
BalasPadamcomel?? huhuhuhhu
Padamselamat tahun baru jugak Fieyqa!
seram kejap tengok pic baby sampai kuburan tu sofie..tu semua memang minta hari2 muhasabah dan perbaiki diri tanpa perlu tunggu bertukar tahun tu.. hehe^^ btw happy new year sofie. selamat menempuh tahun 2016. semoga segala urusan dipermudahkan ^^
BalasPadamAmin! moga ipian dan hajat semua orang pada tahun ini dapat ditunaikan....happy new year too cik ros!
PadamSelamat tahun baru 2016..
BalasPadamselamat tahun 2016 jugak MD!
PadamSelamat tahun baru 2016..
BalasPadam