Kau pernah rasa tak? Rasa malu dengan diri sendiri? Pernah? Samalah dengan aku. Aku kadang-kadang malas dah nak ulang cerita banyak k...

Jalan cerita setiap orang berbeza...

By | Disember 28, 2015 17 comments
Kau pernah rasa tak? Rasa malu dengan diri sendiri? Pernah?
Samalah dengan aku. Aku kadang-kadang malas dah nak ulang cerita banyak kali setiap kali aku jumpa orang, aku berkenalan dan akhirnya pusing-pusing cerita aku adalah cerita yang sama  pada setiap orang yang berbeza.

"Kau kenapa ek lambat masuk diploma? bukan sepatutnya 21 tahun tu patut dah habis ke? kau repeat SPM ea? ke dari matrik?"

"Takdelah, camni dulu masa aku habis sekolah rendah aku pergi satu sekolah ni, lima tahun. tapi sayangnya sekolah tu takde PMR ngan SPM bagai. So, habis je lima tahun aku pergilah kelantan turun tingkatan tiga ambik PMR sebab nak tukar aliran. Kiranya aku masuk batch '95 lah. Sampailah sekarang...."

"Kenapa kau masuk sekolah tu?"

Angkat bahu...

Jalan cerita semua orang tak sama...
Itu semua orang tahu. Kau tahu aku pun tahu.
Umur bukan kayu ukuran. Tahu tu...

Iya aku PMR umur 18, 
SPM umur 20. dan 
aku belajar kat area semenanjung even aku orang Miri.

Kenapa belajar jauh-jauh?
Sebab masa belajar adalah peluang kau pergi tempat sejauh mungkin.

Mula dulu memang parent aku yang suruh...
Tapi lelama ia macam pilihan...
Tulah, setiap apa yang berlaku tu ada hikmah...

Kalau orang lain ada bestie dari tadika, sekolah rendah sampai masuk U...
Aku pulak, ada kawan yang berbeza untuk setiap sekolah...

Dan aku tak pernah kisah kalau diorang semua bagi alasan yang sama setiap kali aku ajak datang rumah.

"Rumah kau jauh..."

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

17 ulasan:

  1. wahhh, awak memang hebat... beruntung dapat jejaki bumi Allah yang luas ni... yg penting, pengalaman kan? thumbs up! (y)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...ha'ah beruntung sgt...alhamdulillah...

      Padam
  2. yep. jalan cerita setiap orang berbeza.. macam Lissa, kawan-kawan sambung study.. Lissa ja yang kerja. hehe tapi kita kena ingat, rezeki kan Allah atur cantik-cantik untuk lain-lain orang.. hehe

    anw, terpedaya sungguh dengan ayat dalam gambar tu.. Lissa baca dengan seriusnya. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyap! betul tu. setuju dengan lissa..

      hah? terpedaya?haahahhaha #sorry lissa! ^_^!

      Padam
  3. semua orang lalu jalan yang berbeza walaupun kadang2 ada persamaan.
    aku penah ada bestie tapi lepas tu serik dah. tak payah ada lagi bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? kdg jeles tengok org yg ada bestie...tapi bila pikir balik...baik takya ada mungkin lagi bagus!

      Padam
  4. Masing2 ada jln cerita yg berbeza...mmg xkan sama bah..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. yalah...bena ya....
      dah lamak KD sik nangga KD ea...
      ^_^!

      Padam
  5. Salam kenal blog hebat ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. uish...amin! moga menjadi hebat seperti Etuza jugak..

      Padam
  6. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. are u serious? really? wahhhh! eksaited giler nih...

      Padam
    2. Untung r zalora terpikat. Camne? Dah accept belum? Haha..

      Padam
    3. Betul2.. Semua org ada jalan yg berbeza. Pokoknya, tak payah pandang rendah kt org lain. Boleh jd yg kita pandang rendah tu satu hari nanti, jadi jauh lebih hebat dr kita.

      Btw, aku pun kalau setiap kali tukar sekolah, tukar kawan. Yg maintain smpai skrg kawan kat U je, sbb tido sekali kan..rapat la sikit..

      Padam
    4. utk komen pertama, alhamdulillah dah accept.

      komen kedua pulak, aku setuju dengan apa kau tulis. Betul! memang kawan kat U je yg tinggal sekarang, yg lain xtau dah kemana...

      Padam
  7. sy pernah duduk tahun 6 dua kali ahahaha, beza kan kisah kita :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? itulah yang membuatkan setiap org unik dengan kisah tersendiri...
      ^_^

      Padam