Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Menggaru kepala kejap bila tengok rating GTMetrix ni dah ke angka F. Tandanya apa itu? Tandanya website gue ini sudah berat bak memikul batu kala membukanya ya?

Urgh...males banget gue mahu kaji perihal yang itu. Janji wajah baru page utama gue ini sudah siap. Alhamdulillah...

Wajah lama dulu yang pernah mengungguli anugerah website paling berjaya sesi 2024 sudah aku tukar. Muak barangkali ha ha ha ha...Iya, cepat benar muak dengan wajah blog sendiri ya. Nyata tukar baju blog itu lebih mudah banding update entry seharian. Plus, sedar tak sedar ani jam sudah ke esok harinya.

Esok pulak aku kerja. Macam tak kerja je kau ea?

Iya...hari ni rasa macam malas betul nak bersembang. Malas nak itu ini dengan manusia. Malasssssss...

Salah aku?

Iya, aku salah. Ambilah kau nak betul tu gak..

Mana ada habis barang tu? Masih banyak lagi...

Ha iyalah masih banyak lagi...walhal terang lagi bersuluh sudah kering kontang...

Ambillah korang. Tegakkanlah benang yang dah basah lencun semedang takde rekod rasmi dalam otak korang. Otak aku? Ini otak orang genggam kerja dia bagai nak rak. Aku ikut arahan, bila benda dah setahun kendian kau sendiri tak ingat arahan kau, itu salah aku kah? Dasar nyanyuk petala langit ke dua belas!!!

Tapi aku buat apa tadi?

Aku diam teman.. diam dah hembuskan nafas menyampah pada manusia sebegini. Dunia je semua ni kawan...dunia saja.

Kesal dengan peristiwa tempoh hari aku berasa sedikit lega. Lega yang, aku tak perlu menjaga hati sesiapa. Kau ingat kau je boleh sakitkan hati orang? Eleh...banyak lagilah ruang aku boleh sakitkan hati kau. Kau tunggu je.

Ya Allah tak baiknya aku ya Allah...apaan sih sudah merasuk jiwa ini doang?

Haih...itulah nampak tak...ha inilah ciri-ciri manusia yang masih punya sakit. Sakit mazmumah. Sakit hati atas perkara kecil kerana hal-hal dunia. Omaigad...teruknya kau....

Itulah...sedar tak sedar nak kiamat ni kau masih lagi fikiran macam ni ye...sedar-sedarlah diri oii....bawa ingat Tuhan banyak-banyak. Istighfar!

Okaylah, saja bebel kotlah ada orang tengah tunggu...bilalah si sofie ni nak update entri baru. Ha...ini aku dah update ni, hidup lagila tandanya tu.

Yang kerja komen semua spammer. Kau yang bukan scammer atau spammer tu tak reti nak komen? Takpelah...kau dah baca pun kira syukurlah.

Papehal roger. Adios!



Tenang hari tu seolah direntap kasar dari jiwa dia. Segalanya terus merubah persepsi dia pada dunia yang satu ini. Dunia yang dia boleh menyarung topeng untuk terlihat lebih mesra, lebih berjiwa manusia, lebih mudah untuk diperguna...

Namun, setelah peristiwa itu dia seolah sedar letak duduk dirinya. Dia bukan manusia yang itu. Dia sekadar ke dunia itu demi menyara diri dan keluarganya. Cukup. Bukan untuk diperlakukan sebegini..

Bukan dia sengaja untuk melakukan kesilapan. Perihal kecil yang boleh dijawab dengan;

"Takpelah, nanti pergi selesaikan dulu yang itu. Takde apalah.."

Semenjak detik itu, nyata dia hanya sekadar alas kaki...kuli untuk di tempat itu...

Hakikatnya memang perit untuk diterima. Tapi itulah realitinya...

Lantas segala gerbang, tembok dan perisai terus dia persiaga. Tidak mahu lagi leka sebegini. Tidak mahu lagi menjadi yang huha huha demi melihat yang lain merasa selesa. Tidak...itu persona sudah mati sejak dinista sebegitu hina.

Sagat terasa dalam hatinya. Walaupun punya pepatah berkata "Kenapa kau merasa renyuk jiwa bila diperkata manusia luar? Walhal diri kau juga yang mengenal dengan lebih baik..."

Namun dia gagal.

Tenang itu hadir sedikit telat saat itu. Semua perisai dia sudah sedia. Sekarang, hadaplah dia yang ini. Dia yang tidak lagi senang untuk bersembang hal-hal tanpa sebarang motif yang jelas.

Cukuplah detik ini mengajarnya.

Ada hikmahnya juga perkara sebegini terjadi. Tidaklah dia perlu bersusah itu ini demi melegakan hati manusia lain.

Nyata....bila punya kesedaran begini, dia auto terlihat antagonis pada mereka. Ya.

Snap....

Just because dia pernah bagi ruang sebegini rendah dia berhak untuk terus diinjak...tidak..

Dia juga berhak untuk meletak jarak dan mencipta sempadan.

Tenanglah jiwa. Kita sudah selesai satu kelegaan untuk perihal ini. ...

Terima kasih atas pengalaman ini. Terima kasih menyedarkan dia...

Jelaslah dia tidak pernah salah dalam mencipta jarak sedari awal...demi jiwa yang lebih aman....



Amboi kauuu....sembang pasal cuaca ya hari ni.

Ye...cuaca hari ni buat rasa macam nak gerak ke tempat kerja tu terasa beraaaaaat betul. Selimut jadi berat. Kaki nak melangkah rasa macam kena gam...

Baca news kata ada kawasan sedang banjir.

Sigh....

Sekarang susah betul nak jangka kawasan mana yang okay. Su-sah...

Kesian juga setiap kali hujan hati auto gelisah. Risau, gundah dengan kondisi air yang sukar dijangka. Akan tinggikah...akan berhentikah...

Bila terlalu panas pun serba tidak kena. Membahang sampai rasa mahu berendam.

Bila hujan pula, situ sini khabar banjir melanda. Naik sampan, air hingga paras yang agak membimbangkan nilai hartanah. Sudahnya satu persatu orang mula menjual rumah yang tidak lagi selamat buat mereka. Bahkan tenang juga hilang dicabut dari jiwa setiap kali cuaca hujan...

Dunia mahu ke penghujung sudah kita inikah?

Sekarang...apa saja yang tak boleh dirungsing...hampir semua menjadi bahan bualan dan keluh kesah. Kalau nak difikir sangat, memang boleh jadi tak kuat jiwa nak hadap.

Harga itu ini semakin meningkat.

Upah seolah ketinggalan zaman....semua serba tak kena...

Perang pula? Sana, sini tanpa henti...

Rungsing! Rungsing! Pusing!!!

Tenang dimana lagi mahu kita tenteram?

Menunglah kawan.

Tapikan...perkara ni kita jangan terlalu fikir. Sebab benda ni bukan dalam kawalan kita. Apa yang boleh kita buat, adalah rancang sebaiknya untuk elak dari perkara ini terjadi...

Somehow, betullah orang kata ignorance is a bliss...jangan ambil kisah sangat benda yang buat kita rasa sesak nak hidup.

Lama-lama depress sorang...haih...susahlah macam tu kawan...

Takpelah...kita usaha untuk buat mana yang kita boleh kawal. Tenang...doakan mereka yang kurang bernasib baik agar segalanya dipermudahkan. Hari ni hari mereka, esok lusa belum tahu lagi nasib kita...

Jadi...doa yang baik-baik.

Cuaca macam ni pun, menu maggi cup pun rasa nikmat. Tak perlu mewah, janji ada. Cukup seadanya...begitulah...

Semoga negara Malaysia menjadi sebuah negara yang Baldatun tayyibatun warabbun ghafur.... amin amin amin



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    7 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    19 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026