Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Dari hari tu lagi aku termenung panjang. Kalau aku teruskan menaip tanpa merenung, confirm dah berjeda entri setiap minggu aku up. Tapi, itu semua sekadar mainan dan tatapan sendiri. Nak dicerita kat sini itulah yang berakhir dua minggu kesepian.

Alhamdulillah minggu kegemaran ini berlalu dengan tenang. Minggu yang paling syurga sementara. hahahaha...

Tenangnya makan buah limau tanpa gangguan dan hiruk pikuk yang tiada pula aku terlibat tapi tetap juga rasa berselirat. Semoga baik-baik semua. Aminn

Oh ya, minggu yang sudah aku marathon satu drama Korea paling tip top lah untuk aku. Cerita dia bertajuk 'Mouse'. Korang silalah tengok. Ceritanya buat aku nak marah diri sendiri bila skip. Yelah banyak sangat suspen dia dah macam tengok cerita seram. Padahal cerita thriller je pun nyah...

https://www.youtube.com/watch?v=Q6Nki1_8RBU

Nasib cerita tu ada dekat Prime. Sedang aku ralit scroll reels nak cari ilham cerita apa nak ditengok, tetiba snippet cerita 'mouse' ni lalu. Itu yang terus on dan cuti panjang tempoh hari aku dah khatam. Itu yang termenung sekarang ni...tengah lost la tu... hahaha

Biasalah bila dah habis satu-satu series tu dia punya rasa lost semacam. Nak tengok cepat-cepat sebab nak tahu ending. Tapi bila dah habis, termenung kenapalah aku tengok cepat-cepat...Dilema betullah...

Sebenar aku masih di fasa sitcom 'Everybody Loves Raymond'. tapi cerita tu macam mehh...sama macam cerita sitcom 'The Nanny' yang blergh....

Jadi aku layanlah cerita 'Georgie and Mandy's First Marriage'. Disebabkan cerita ni masih on-air, jadi dia masih tak lengkap. Tunggulah sampai series ni habis dulu. Ni cerita sambungan selepas 'Young Sheldon'. Aku rasa macam takkanlah 'Young Sheldon' dah habiskan...hanya semata ending dia...hurmmm

Tu lah...setiap cerita ni mesti ada ending dia. Mesti punya...bila takde ending, rasa macam meleret pulak.. macam-macam hal lah!

Sementara cuti yang panjang ni, confirm ramai seller buat promosi. Jadinya masa sale CNY hari tu sempatlah rembat satu item idaman kalbu ni. Bukan satu mat...hahahaha.

Well, aku nak berterima kasih pada diri yang sentiasa menyental tandas dan bilik mandi supaya ia sentiasa dalam kondisi shine bright like a diamond. Yang setiap minggu menyapu, vacuum, cuci kipas, basuh baju, iron semua dan sentiasa berada dalam kondisi tenang walau itu ini perihal yang bikin kami goyah. Tapi, sebagai penghargaan, kita sapu mana sale yang boleh di sapu.

Supaya diri ini sentiasa semangat untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang penuh misteri ini. Dan semoga jalannya dipermudahkan dan jiwa kami diperkuatkan untuk menghadap cabaran. Aminnn.

Jadinya, setakat sapu sale 2.2 dengan ketahanan pada hidup mendatang tu apalah sangatkan hahahaha....iyakan ajelah labu...

Puas hatilah menengok live, letak reminder sampai seminggu lamanya untuk barang kita idam. Ada yang lebih dari setahun pun ya. Cuma harga tu masih lagi belum menyusut. Tunggulah sale akan datang pulak. Mana tahu sale masa raya nanti lagi kaw-kaw kan. Tonton sekadar kutip point pun jadilah...

Sebelum aku undur diri saja nak pesan...hidup kan, sentiasalah merendah diri....takde sebab pun nak mendabik dada merasa diri bagus dari semua. Tidak...itu semua perasaan yang akan menghancurkan diri semata. Jadi, be humble always...bukan humblebrag...

Sebab tu aku malas nak ambil port dalam hal-hal yang bukan lagi membawa kebaikan pada keamanan hidup....

Bukan kau sahaja bintang utama dalam dunia ni. Semua orang adalah watak utama hidup mereka. Sudah-sudahlah jadikan diri kau watak utama dalam hidup semua orang...

Okay...

Pesan untuk diri aku jugak...sibukkan dalam memperbaiki diri daripada lihat orang. Okeh? Dah tak payah nak makan hati dengan soalan sinis kau takde bolster selama ni. Ingat ni...ingat sampai bila-bila.

Orang takkan ada masa kau terdesak, yang mereka tahu, mereka nak kau raikan mereka masa kau senang. Walhal masa mereka senang, bayang pun tak jengah pada kita. Bila terdesak baru tanya berita.

Semoga kehidupan kita semua baik-baik hendaknya.



Salam hujung minggu semua. Hari ni takde entri penting pun nak dikongsi.

Cuma rasa macam syukur permulaan tahun baru kali ni, semua lebih memilih untuk mematangkan diri dari pelbagai segi. Emosi, fikiran, reaksi dan segalanya yang boleh mengembalikan kemeriahan dalam kehidupan.

Iya, kadang ada je benda kita inginkan itu ini tidak tercapai. Buat diri kita rasa memberontak, marah dan sampai naik geram. Tapi sampai bila? Itu persoalan...

Walhal bila kita mengeksperesikan kemarahan kita itu pada orang untuk menunjukkan keburukan seseorang, yang sebenarnya kitalah yang menampakkan kebodohan sendiri. Ini yang kita kena selalu ingat.

Ya, memang kita rasa macam geram sangat sebab ada saja peristiwa yang buat kita rasa mendidih kesabaran. Tapi bila diingat balik, haih...buat apalah aku nak naik angin untuk perkara yang sia-sia begini.

Sudahnya, baiklah aku mencari alternatif lain dan memilih untuk lebih bertenang. Namalah keazaman paling utuh yang kita inginkan tahun ini adalah untuk menjadi manusia lebih tenang dan tinggi kesabaran dalam segala hal. InsyaAllah dengan izinNya, hatinya dikuatkan untuk mencapai azam ini. Aminn

Kadang rindu untuk melihat postingan tanpa sebarang prejudis. Hanya berkongsi kemeriahan hidup semata. Rindunya untuk menjadi manusia yang tiada syak wasangka. Ah...semuanya harus dimulakan dari jiwa sendiri.

Usahlah didengar dan ditakut sangat kata orang. Yang melaluinya adalah diri kita.

Teringat satu perkongsian dari laman media sosial mengenai situasi selepas kita meninggal. Semuanya akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. Tiada juga kata orang yang kita terlalu takut itu akan bersama kita. Jadi, kehidupan ini kita penuhkan saja dengan kemeriahan cara pilihan kita.

Biasalah bila mood overthinking menerpa, memang naik gila. Tapi kita kena ingat dan pujuk diri, tiada pemikiran paling bagus melainkan fikirkan perkara yang bagus-bagus. Prasangka yang baik. Kena lawan rasa dan fikiran yang buat kita terseksa sendiri.

Perkara tu mudah. Bila melibatkan emosi ia jadi kacau...

Jadi kena matangkan emosi. Haih...nak mematangkan emosi ni, perghhh makan jiwa air mata jugaklah.

Begitulah kehidupan dunia ini kawan. Tiada ujian manakan kita dapat dinilai disisi Dia. Jadi bergembiralah saat diuji. Tenang, sabar dan sentiasa berbalik pada takdir yang Maha Mengetahui segalanya.

Kemeriahan pilihan hidup ini mudah. Hubungkan setiap perkara pada Allah. Sandarkan setiap keperluan pada Dia.

InsyaAllah hati kita tidak lagi mudah untuk dikoyak...

Kuat jiwa kawan!

Malam yang kelam, bahang kian terasa. Walau selebat manapun hujan yang melimpah, anginnya tiada.

Dia menerawang menyusuri jalan maya, mencari ilham.

Kita ini hanya ditakuk ini sajakah? Memang begini sentiasa atau kita ini yang buta tiada rasa syukur di jiwa...suaranya itu walau tiada didengar namun terasa bingit hingga ke telinga.

Usahlah dirungsing. Inikan pada usaha kita juga. Walau tersurat semuanya, usaha itu paling bermakna. Tanpa usaha, kita akan mudah berputus asa.

Iya, jika ada usaha tapi masih jua belum terlihat segalanya, kadang lelah itu dirasa jua...

Aku faham. Aku tahu perasaan kamu.

Andai telah diusaha, usah dirungsing. Kitakan ada Dia.

Mereka diam. Ya, usaha pun sekerat cuma, tapi mengeluh seperti manusia tiada iman di dada.

Pandangan terus dibuang pada lautan awan yang terusan membasahi jalan. Terlihat kelabu pada matanya. Betapa lebatnya hujan ini hingga sukar ditelus alam sebelah sana.

Tetapkan hati untuk bersangka baik pada setiap perjalanan yang Dia tentukan. Iya, kadang benar jalan itu kamu yang sengajakan. Tapi, tidak dia terdetik untuk mengharungi jalan sebegini. Jalan yang sunyi...

Jalan yang masing-masing lebih selesa untuk menyepi diri.

Tidak mengapalah, perjuangkan ia sebaiknya. Ada rezeki nanti, adalah...

Tulisan melankolia menemani malam yang hanya diteman suara si penghawa dingin. Malam yang bahang kata dia. Sebahang rasa ingin terus berjaya tanpa sebarang usaha. Ah! Rengusan itu membuat dia tewas.

Tiada keberhasilan kan dapat tanpa usaha kawan. Semua perlu pada usaha. Pengorbanan sesuatu itu sebagai cagar yang kamu perlu bayar jika ingin berjaya.

Anggukan kepala hanya diberi sebagai tanda akur.

Usahlah dirungsing, kitakan ada Dia. Bersangka baiklah...

Boleh ke kita berjaya? soal dia mulai meragui.

InsyaAllah boleh. Sebagai hamba, jalan kita usaha, usaha dan terusan usaha. Kemudian doa. Doa agar perjalanan kita ini dipermudahkan.

Ya...ini sudah masuk tiga bulan, namun tiada keberhasilan.

Alah....baru tiga bulan.

Iya, itu katamu 'baru'. Yang kesuntukkan waktu itu sudah terasa bagai dihalau saja rasanya. Malas mahu bertingkah bila segala sudah dipertikai.

Iya...ambillah segalanya. Ambillah semua...tidak juga hendak dihirau segala apa yang membuat jarak mereka makin jauh dari semua. Ya...ada bagusnya ia begini.

Asing. Sepi.

Namun jiwanya tenang.

'Takpelah...itukan hak mereka. Kita doa semua agar berjalan lancar.'

Terima kasih sentiasa ada. Kita pun tidak mahu dirungsing pada bukan kuasa kita. Buat lelah saja.

Semoga semuanya selesai dengan amannya. Amin...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    8 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    20 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026