Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Dulu aku pernah catit suatu perkara. Tapi aku tetap lupa kenapa aku buat catitan tu. Corakan penulisan pun dah semakin dewasa. Kelakar!

Kalau dulu bahasa bukan main pasar. Sekarang, penuh sastera dan bunga. Masih belum ternobat lagi menjadi pujangga. Macam itulah kehidupan kawan. Macam tak percaya kita ni dah ke usia ini. Hidup menjengah rezeki di tahun 2023. Tahun yang kita langsung tak jangka yang kita akan hidup dalamnya. Syukur Alhamdulillah...

Aku an, kadang tu lupa...

Lupa besar pada nikmat yang ada. Terlalu melihat pada yang tiada. Terlalu ikut pada trend semasa. Terlalu tidak berpijak pada bumi yang nyata.

Lupa katanya...

Tapi, bila punya seseorang yang ingatkan kita pada sebuah kesyukuran, baru kita tersedar...sebenarnya nikmat Tuhan yang mana lagi aku dustakan.

Terlalu kemandirian sehingga terasa dunia ini hanya berpaksi pada kita. Ah, berlagaknya pemikiran kepentingan begini. Itulah...aku ni kadang perlu pada rendaman dan sentapan clorox. Kadang tu rindu jugaklah dengan kehidupan lampau. Pada kemeriahan berkawan, berpasukan dan pelbagai acara persatuan.

Sekarang....yang ada hanya kau dan teman rapat. Yang akan berjuang untuk hidup ke arah yang lebih baik.

Syukur...

Syukur kata dia. Usah terlalu melihat pada orang yang jauh lebih baik pada kita untuk merasa syukur. Lihatlah pada apa yang dibawah agar kita tidak kufur...

Kawan,

masuk bulan Jun nanti genaplah sepuluh tahun kita saling mengenal.

Pada Afiq, yang kini menjadi ayah....aku bangga dengan kegigihan kau...

Pada Afin yang menjadi ibu di rantau tanah dagang, aku syukur hang sentiasa senyum walau badai tidak terlihat di mata kasar.

Pada Al, aku selalu kagum dengan kau. Tabik dan sanjung pada apa yang kau genggam. Kaulah keberanian yang aku cari.

Pada Baz yang selalu menjadi teman bertukar cerita dan air mata, kaulah kamceng paling setia yang aku pernah ada. Kaulah geng food hunt aku yang boleh hunt ke mana saja. Asalkan bajet ada...hahahaha

Pada Ana yang aku rasa semakin jauh di tanah orang, aku harap segalanya dipermudahkan buat kau...

Aku tahu aku bukanlah sahabat yang terbaik kalian pernah ada. Tapi koranglah sahabat yang akan sentiasa ada dalam memori dan ingatan kepala. Aku kadang rasa macam kerdil je nak punya orang baik macam korang an...tapi itulah kurnian yang aku sering lupa untuk syukur...

Pada keluarga....pada adik beradik yang selalu menjadi talian hayat...aku doa semoga kita semua dinaungi rahmat Ilahi dan sentiasa dilimpahi rezeki tanpa henti...

Teruntuk kamu yang teristimewa yang telah bertakhta di jiwa, terima kasih atas kehadiran yang banyak mencorak warna dan membentuk pelbagai semesta yang dulunya hanya hitam dan suram. Aku tahu kadang aku ini sering berbahasa yang mengguris rasa....terlalu diikut pada yang ada di mata. Walhal, ada lagi aspek lain yang aku alpa untuk pandang.

Aku syukur pada setiap kehadiran kalian yang masih setia hingga sekarang. Walau jaraknya kadang jauh kadang dekat, kalian tetap insan yang menjadi watak kemeriahan sebuah novella tulisan aku.

Aku takde kawan lain dah dowh selain korang...

Ada tu ada....tapi tak sama macam korang. Tak rajin jugak nak bergosip dengan orang baru. Yang lama ni lagi naik hantu.

Oh ya, untuk Nina, Zati, Yun yang sakan jadi ibu yang terbaik buat anak kalian, aku doa sentiasa dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segalanya.

Begitulah hidup ni kawan...

Aku pun tak tahu nak merepek apa lagi untuk korang. Aku rindu nak borak lama-lama. Gelak sakan bagai segala permasalah lesap dengan gilai tawa....rindu sia...

Tapi tu lah...yang ada hanya kenangan....dan untuk masa hadapan yang masih belum pasti....ah rindunya korang...

Ye r tu, aku je kerjaan rindu orang. Orang tidak-tidak pun rindu aku....hahahahah

Takpelah....biasa dah macam ni...aku okay je...

Korang kalau ada apa-apa, roger r aku...

Aku ada je kat sini...

Mencoret kisah hidup. Kadang pelangi kadang kemarau, dan kadang banjir. Apa-apa pun aku happy...sebab korang selalu ada...walau tidaklah ada, ada...tapi cukup adanya....

Faham semua orang tengah mencari kehidupan. Menstabilkan hidup dari pelbagai ruang. Aku faham...sebab tu kadang aku tak ganggu korang. Ada masa aku ping korang, korang tak reply, aku okay je...Sebab yang sentiasa punya masa itu aku...hahahaha

Aku harap, apa-apa yang sedang korang hadap sekarang, semoga dipermudahkan...Amiinnn....

Apa lagi ea?

Hurmmm...

Senang-senang nanti, ziarahlah aku kay...Tak kiralah masa aku masih hidup atau tak nanti...

Harap kita kekal hidup dalam sebuah memori....

Sekarang, struggle kaw-kaw...struggle sampai separuh nyawa. Yang penting jaga kesihatan. Okay?

Semoga segala impian dan cita yang diidam, tergapai. Semoga bahagia dan tenang disamping insan tersayang....

Dah panjang sangat ni aku bebel....Pape roger....

Adios!

Hidup sebuah kekecewaan.

Titik.

Hidup sebuah helaan nafas panjang yang berat sarat dengan kepincangan sesuatu yang sukar untuk diterjemah dan dibentang dalam suatu bentuk yang mudah untuk difaham.

Hidup dan kecewa.

Hidup dan pengharapan.

Hidup dan kesendirian.

Hidup yang diterjemah oleh minda yang kau pantul menjadi realiti.

Orang kata, kecewa itu sebuah keabadian. Expect disappointment and you'll never be disappointed. Itu kata MJ.

Dan kau serap kata-kata itu menjadi azimat. Ubat pada hidup yang penuh ralat.

Aku tak kata dihidupkan ini suatu musibat.

Aku tidak jua menidak hidup ini punca segala azab aku tercampak di lohong yang kian gelap.

Hidup itu rahmat.

Hidup ini nikmat

Hidup itu punya mimpi dalam mimpi.

Yang akhir kau sendiri akan keliru pada realiti. Setelah kau lahir itu realiti atau setelah kau mati baru dinama realiti hakiki?

Mimpi pada sebuah kehidupan yang penuh dengan kesumat kekecewaan.

Kau kecewa. Kau berdoa agar luka dirawat. Namun parut tetap disitu. Tanda pada sebuah robekan yang pernah tersagat.

Kau tahukan, hidup ini tenat?

Kau tahukan hidup ini tidakkan pernah punya rehat?

If I had Wings...

I would fly toward the Sun and become the Star...

Sarat berselirat pemikiran ini buat jiwa dia berat.

Mata hanya mahu dipejam rapat.

Selamanya?

Dia hanya tersengih. Tidak senyum tidak jua mencebik. Kerna hakikat hidup ini hanya berjalan selagi nyawa di badan. Itu baru dunia.

Sudahnya, bila terpisah ia dari jasad, kau mula merasa jasad itu sekadar sarung di mata Tuhan.

Ah, jiwa usahlah terlalu dipikul segala beban yang tiada jisim itu.

Lepaskanlah ia pergi.

Bagaimana mahu terbang jika kau sendiri yang menyendal kaki di batuan?

Penat.

Sumpah penat....

Aku penat...

Namun, jika diikut sangat pada jiwa yang penat dan bersungut pada hidup yang belum lagi di garisan penamat, tidak kemana jua.

Aku wajib bangkit.

Penat? Rehat. Bukan give up...

Ah, hidup dan kehidupan...

Tiada ujian masakan aku punya hidup yang boleh dibangga sebagai petualang?

Maka Zeitlos; Falsafah Ritma Kehidupan...

Kau tetap bangkit walau perlahan...

Kau tetap bertatih walau tersadung benam ke delapan kaki gaung dalam...

Kau disambar pada nista, kau dipetir pada khianat...

Kita tetap pilih untuk jalan dan berjalan tanpa henti...

Kerana hentian kita masih belum pada destinasi yang diimpi...

A little diamond in the dirt...

....

Ini bukan entri kekecewaan putus pengharapan...

Ia sebuah tonik merawat jiwa yang galau...

Sebuah anesthesia....

Sebuah tasik cerminan saksi perjuangan yang dia jua pernah jatuh...dan memilih untuk bangkit.

Aku masih di sini...

Aku masih berdiri.

Aku masih punya kaki.

Aku tidakkan henti hanya kerana di uji.

Aku tidakkan berpaling hanya kerna aku bukan aku yang dulu lagi...

Ya...kita punya semangat...tetap utuh walau jasad sudah disemadi...

We are stars...

We could be stars...

Senyumlah...

Hidup ini sebuah senyuman... ^_^

Vanished by No Signal menjadi muzik latar. Muzik peneman kala aku menaip pada hari pertama bagi tahun 2023.

Ya benar. Kau dengar itu, sekarang sudah menginjak usia Masihi yang ke Dua Ribu Dua Puluh Tiga Tahun. Itu usianya yang dihitung oleh Masihi.

"Weh, nak ubat batuk boleh?" Soal si teman di ruang tamu. Aku yang sedang menaip terhenti seketika.

"Ubatnya atas peti ais tu ha. Ko ambik jelah...."

Sudahnya mood aku nak menaip entah ke mana aku pun dah tak berjaya nak sambut. Hajatnya nak cantikkan ruang kerja masuk hari bekerja nanti. Tapinya, barang di Shopee pun masih tidak-tidak lagi di beli. Masih jua terperap dalam troli.

Ah, keajaiban manakah yang bisa membuat troli Shopee aku terus kosong dan menjadi nyata. Berangan namanya!

Best Part of Me, nyanyian N3wport dan Svrcina giat bergema perlahan pada stereo. Google kejap lirik lagu ni pasal apa.

Tahun baru.

Ada apa pada tahun baru?

Pada semangat? Pada azam? Pada hadap dan kehidupan mendatang yang belum pasti ranjaunya kita dapat tempuh dengan tabah atau hanya berserah pasrah pada sesuatu yang kita boleh gelar terserah?

Angkat bahu lagi jawabnya.

Usah ditebak pada masa hadapan yang bisa memacung segala nikmat yang sedia terang. Kenapa dirungsing dan diragut jiwa tenang jika gusar tiada mengubah jalan.

Ah, bicara emang mudah ya. Aku yang hadap, aku yang telan, aku jua yang beralah. Akur pada rasa, akur pada alam, akur pada semua jamadat yang berkehendak.

Makanya, ada apa pada tahun baru?

Pada sebuah jiwa yang lebih jitu.

Pada sebuah pengharapan yang lebih baharu.

Pada semangat waja yang lebih padu.

Pada kepercayaan jalan bahagia yang di pilih.

Hajat apa pada tahun yang ini?

Tidak mengharap banyak.

Hanya berdoa agar segala hidup dunia akhirat dipermudah, jiwa diperkuat dan hanya Dia tempat bergantung harap.

Untuk menjadikan jiwa ini kuat, harusnya kita jatuh hempas koyak jutaan kali.

Pandora Purnama Pertama.

Hasil malam terakhir 2022 dengan movie Avatar yang langsung tidak pernah diminat. Tidak pernah terlintas untuk hidup di alam rekaan Na'vi...

"Daripada dorang berharap kepada pokok, kenapa tidak mengharap pada Tuhan yang mencipta pokok? Tak ke pelik? Sebab end up pokok tu dicantas, musnah jua. Tak faham aku..."

Itulah kau, tengok movie untuk bertingkah pada akidah. Namalah fiksyen. Fiksyen mana ada masuk akal. Adoyaiii...

Dahlah, dari aku mengarut dekat sini, baik aku usha Shopee, tapis harga sebelum beli iya dak.

Dah chow lu. Pape roger!

Adios!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    6 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    18 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026